Thursday, 9 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (7)


Kami sampai di kedai durian. Kami makan bersama dengan air kelapa. Sebenarnya, antara buah-buahan yang aku kurang minat adalah buah durian. Makanya, aku bedal durian hanya sedikit sahaja.

Sambil makan, kami berbual-bual berbagai perkara yang tidak mempunyai tajuk khusus. Dr MAZA yang sangat suka bergurau dan menyindir memeriahkan perbualan kami. Lebih-lebih lagi, disampuk dengan gurauan Dr Maszlee dan beberapa teman yang lain. Dr Juandajaya tidak begitu hangat menyampuk, tetapi banyak memberi respon dari sudut bahasa badannya.

Tajuk fikrah Liberal juga menjadi perbualan yang menarik juga. Disamping itu juga, perbualan tentang kisah aku dipanggil oleh Polis ekoran kritikan aku terhadap Sultan Selangor juga menjadi perbualan kami pada malam itu.

Semasa di restoran Insaf tadi, perbualan tentang aku “lawan sultan” ada dibualkan juga. ketika itu, Ustaz Azhar Idrus masih ada lagi. Dr MAZA bertanya kepadaku tentang kejadian polis memanggil aku tentang kes itu.

“ana dah kena panggil 4 kali dengan isu 2 orang sultan” ujarku.


“mula-mula dulu, kes sultan Kelantan sebab dedah dokumen projek tok bali melibatkan Sultan Kelantan” aku menyambung penceritaan di restoran Insaf sebelum kami datang makan durian.

“sultan yang mana ni?? Sultan yang baru ka, yang lama?” lebih kurang begitu soalan Dr MAZA.

“Sultan yang ni la.. yang pakai jubah.. tapi hampeh” aku jawab.

Aku melihat wajah Ustaz Azhar Idrus yang duduk sebelah Dr MAZA. Dia hanya senyum sahaja ketika mendengar cerita aku.

“masa tu, ana dedah.. sampai-sampai je, tengok polis yang ambil kes tu orang Kelantan. Jadi, ana jual asobiah Kelantan ana la… cerita pasal Kelantan, sampai hampir terlupa cerita pasal isu sultan….

“last sekali, polis itu buka balik cerita pasal sultan Kelantan tu…. ana hanya cakap kepadanya, yang semua pendedahan dokumen sultan tu, isunya sememangnya dah ada dalam internet.. ana hanya dedahkan dokumen sahaja… “ ceritaku panjang lebar kepada yang hadir. Didengari oleh Dr MAZA, Ustaz Azhar Idrus, Dr Maszlee, Dr Juandajaya dan beberapa rakan-rakan lain yang aku tidak tahu nama mereka.

“Cuma masa tu, ana cakap kat polis tu bahawa ana nak Tanya dua soalan je.. terpulang, nak jawab atau tidak… yang penting, kena fikir…

“pertama; masa isu sultan ismail nak turun takhta, Faris nak naik, ada kes seorang pegawai polis yang dok jaga sultan kena tembak dan mati…. Masa tu, berapa sen gaji anta naik? Polis tu kata, gajinya tak naik.. jadi ana cakap kat dia, kalau gaji anta tak naik, apa alasan untuk anta pertahankan sultan ni?

“Kedua; Sultan ni, dia beranak je, dah ada duit lebih seribu ringgit. Lepas tu, bila dah jadi sultan, gajinya sebulan sampai puluhan ribu.. jadi, apa sebab dia boleh berebut projek dengan rakyat.. sepatutnya, bagi kat rakyat je…?”

Mereka mendengar ceritaku dengan penuh khusyuk.

“kali ini, ana kena panggil isu sultan Selangor..” aku menyambung cerita lagi

“isu ini berkaitan dengan 4 kenyataan ana dalam dalam Facebook; ana kata sultan tu bodoh; sultan tu firaun; sultan tu perabis duit rakyat dan sultan tu syaitan”


“ana cakap la kat polis tu, bodoh tu lawannya pandai. Sultan tu tak pandai agama. Jadi dia bodoh la” ceritaku itu, menjadikan semuanya ketawa kecil.

“ana cakap kat polis tu, sultan tu firaun sebab sultan cakap jangan terpengaruh dengan agenda kebebasan bersuara. Ana cakap la, firaun yang sekat kebebasan bersuara, jadi dia firuan la” sekali lagi mereka ketawa..

“ana cakap dia syaitan, sebab syaitan tu maknanya orang yang jahat dari kalangan jin dan manusia. Jadi, sultan tu syaitan la sebab tak ikut islam yang ajar hak kebebasan bersuara” lagi sekali mereka ketawa…

“emmm… apa yang keempat….” Aku kurang ingat point aku yang keempat.

Dr MAZA menyampuk, “perabis duit rakyat”

“ah… ana Tanya polis tu, berapa gajinya sebulan.. dia serba salah gak nak jawab..bila ana tekan, dia jawab juga. dalam sebulan empat ribu ringgit. Jadi, ana cakap kat dia bahawa sultan-sultan ni, gajinya sebulan sampai ada 80 ribu ringgit sebulan.. padahal goyang kakinya.. lebih baik ambil duit tu bagi kat tuan yang dok sebuk jaga keamanan Negara… polis tu jem la..” ceritaku panjang…

Ceritaku panjang lebar itu, diambil perhatian mereka yang hadir. Tiba-tiba Ustaz Azhar Idrus menyampuk; “isy. Kalau ada tiga orang macam wan ji ni kat Malaysia ni, habis sultan-sultan ni”

Mendengar sampuk Ustaz Azhar itu, menyebabkan semua ketawa.



Cerita pasal sultan tu bersambung lagi sekali lagi di kedai durian di PJ… semuanya kerana di situ ada papan tanda tertulis “sultan durian”…

Bersambung….





3 comments:

  1. Hangat2. Cepat ust. Nak tau lagi ni. (Silap2 boleh buat novel. hehe. )

    ReplyDelete