“Kat Sarawak, masalah yang macam ko dok bimbangkan tu tak
pernah berlaku pun” lebih kurang begitu Ujar Dr Juandajaya.
Masa tu, pemikiranku baru teringat bahawa Dr Juandajaya
adalah orang Sarawak, walaupun berkhidmat sebagai mufti di Perlis.
Sambil-sambil itu, Dr Juandajaya pun keluar dari kereta, dan
terus meluru ke arah Hishamuddin Rais. Kelihatan Hishamuddin Rais bangun dari
kerusi dan berjalan menuju kea rah Dr Juandajaya untuk menyambut kedatangan Dr
Juandajaya.
Aku melihat keadaan Hishamuddin itu, hati kecilku mahu
ketawa. Ini kerana, kelihatan bagaimana Hishamuddin Rais itu memberi
penghormatan kepada agamawan seperti Dr Juandajaya.
“ada agama lagi hisham ni sebenarnya” hatiku berbisikan
sendirian.
Hishamuddin Rais membawa Dr Juandajaya ke satu meja yang agak
berjauhan sikit dari rakan-rakan yang lain. Selepas Dr Juandajaya bersalaman
dengan rakan-rakan yang ada, Hishamuddin, Dr Juandajaya, Aku, Aiman dan Ilhami
pun duduk dimeja yang dibawa oleh Hishamuddin Rais.
Mungkin Hishamuddin Rais ini adalah orang yang agak berumur
dan selalu berinteraksi dengan “orang-orang besar”, menjadikan dia agak tidak
kekok untuk berinteraksi dengan agamawan seperti Dr Juandajaya, walaupun mereka
berdua adalah dua aliran yang berbeda. Hishamuddin Rais mengambil Order untuk
kami semua. Kelihatan Dr Juandajaya membuka kopiahnya. Aku mula ketawa dengan
tindakan Dr Juandajaya itu.
Antara mereka berdua, banyak perkara yang dibualkan. Tetapi, focus
perbualan mereka banyak berkisar politik, tentang parti PKR dan hubungan Dr
Juandajaya dengan Taib Mahmood.
Pada malam itu, baru aku tahu bahawa Dr Juandajaya ini dari
keturunan bangsawan melanau yang mempunyai hubungan besar dengan Taib Mahmood
yang berkuasa di Sarawak. Beliau pernah bercerita bahawa semasa kemerdekaan
Malaysia dulu, atuknya datang berjumpa Tengku Abdur Rahman dengan membawa hamba,
sedangkan Tengku hanya bawa Setiausaha politik dan pegawai kerajaan sahaja. Gambaran
betapa bangsawannya keturunan melanau di Sarawak.
Banyak perkara yang disebut oleh Hishamuddin tentang scenario
politik di Malaysia; analisa dan sudut pandang yang beliau berikan. Sedang berbual,
datang air white coffee yang dipesan. Aku tengok, dengan selamber mufti perlis
itu minum. Aku pun menyampuk dengan nada gurauan dengan menyatakan; “tak jadi
masalah ke ni?”
Dr Juandajaya terus bercerita keadaan di Sarawak. Beliau nyatakan
bahawa di sana, masalah hubungan antara muslim dan non Muslim amat toleransi. Muslim
tidak janggal masuk ke dalam kedai non Muslim, dan non Muslim pula amat tahu
makanan dan minuman yang orang islam tidak boleh makan. Diasingkan antara
makanan yang halal dan tidak halal.
“perh.. cool gile ye keadaan kat sana” ujarku menyampuk
cerita Dr Juandajaya.
“Ana tak pernah sampai lagi kat sana… rasa macam nak pegi je
kat sana je” sambungku lagi.
Kemudiannya, perbualan antara Hishamuddin Rais dan Juandajaya
bersambung kembali. Dr Juandajaya ada bertanya setahap mana kepercayaan yang
boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim. Hishamuddin dengan terang-terang
menyatakan bahawa anwar Ibrahim boleh dipercayai dan boleh diharap untuk
membuat perubahan dalam politik Malaysia.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment