“Anta nampak macam mana?” soal Juandajaya dalam talian
telefon.
“ana dengar cerita yang Doktor akan bertanding.. ini kisah
benar ke khabar berita angin je?” aku bertanyakan soalan untuk kepastian.
Juandajaya ketawa bila aku tanya soalan itu. Lalu dinyatakan
bahawa siang tadi dia berada di Kuala Lumpur. ketika dia telefon aku itu, dia
baru sampai di perlis. Aku bertanya, buat apa ke Kuala Lumpur. dia menjawab
bahawa dia baru lepas berjumpa dengan Timbalan Presiden PKR, Saudara Azmin Ali.
Bila mendengar dia menyebut nama Azmin Ali, aku terus
menyatakan kepadanya agar tidak masuk bertanding pilihanraya. Alasan yang aku
berikan adalah dengan beberapa alasan. Pertama, pergaduhan dalam parti sangat
teruk, malahan lebih teruk pergaduhan antara PR dengan BN. Kedua, suaranya
sebagai mufti di luar kerangka parti politik lebih berkesan kepada rakyat. Aku memisalkannya
dengan kehadiran Dr MAZA yang banyak pandangan-pandangan agama dan pandangan
politik beliau yang terbukti banyak memberi kesan pada minda politik rakyat
Malaysia, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu parti
politik.
Dr Juandajaya tidak berceloteh banyak pada malam itu, bahkan
lebih banyak mendengar pandangan-pandangan
yang aku lontarkan kepadanya. Di akhir celotehku, aku menyatakan kepadanya
bahawa jika mahu bertanding juga, aku cadangkan agar beliau bertanding di
kerusi dua parti sahaja; PKR dan DAP. Jangan sekali-kali bertanding di kerusi parti
fikrah melayu mundur, seperti parti PAS dan UMNO.
“kalau dalam PAS, mungkin Doktor jadi “Islam” tiga hari je. Hari
keempat, doktor dah jadi “kafir”” ujarku sambil ketawa untuk memberi analogi
kerana mengenangkan sudut agama Dr Juandajaya yang progresif yang merasakan
sudut pandang itu pasti akan mendatang tentangan dari agamawan-agamawan yang
ramai dari PAS.
Aku memberi pandangan agar Dr Juandajaya bertanding dalam PKR
dan DAP bertujuan untuk mengubah sudut pandang persepsi politik rakyat Malaysia
terhadap agamawan dalam parti politik. Selalunya, agamawan itu amat sinonim
dengan PAS. Juga, rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa pandangan agama
dalam PAS itu setahap wahyu, bukan dilihat sebagai ijtihad yang boleh diterima
dan ditolak. Lebih parah lagi, sudut pandang agama dari parti PAS dilihat
seakan-akan tidak boleh dikhilafi. Jika dikhilafi juga, terhamburlah dari pengkagum-pengkagum PAS dengan berbagai-bagai lebel agama, seperti lebel munafiq, munafiq haraki, fasiq dan
sebagainya.
“sebelum ini, Mustafa Ali ada juga telefon” Dr Juandajaya
memberikan info menarik. Aku semakin mengambil perhatian.
“apa yang dia minta?” aku menyoal ketamakan ingin tahu.
Dr Juandajaya pun bercerita bahawa Setiausaha Agong PAS, Dato
Mustafa Ali ada menelefon beliau meminta agar bertanding atas tiket PAS, tetapi
hatinya tidak dekat dengan PAS sangat. Selepas ajakan Mustafa Ali kali pertama itu,
beliau sudah jarang mengangkat telefon jika dihubungi oleh Setiausaha Agong PAS
itu.
Di akhir perbualan pada malam itu, aku sekali lagi mengulangi
pandangan bahawa jangan bertanding langsung dalam pilihanraya, dan kekalkan
dirinya sebagai mufti yang memberikan pandangan-pandangan agama yang boleh
mengubah minda rakyat malaysia yang lebih berkesan sepertimana yang dibuat oleh
Dr MAZA. Tetapi, jika mahu bertanding juga, pastikan bertanding atas dua tiket
sahaja; PKR atau DAP.
“kalau nak bertanding, bagitau la.. ana sedia membantu”
ujarku penutup perbualan malam itu.
Selepas memberi salam, aku mematikan telefon… selang beberapa
ketika…
Bersambung…
No comments:
Post a Comment