Thursday, 30 May 2013

HUKUM CUKUR JANGGUT

Ulama sepakat menyatakan bahawa haram hukum cukur janggut. Dalam kitab Maratib al-Ijmak, Ibn Hazm pula menyatakan, pengharaman itu diijmakkan oleh Ulama.  Dalam kitab al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’, al-Syaikh Ali Mahfuz menyatakan bahawa pengharaman cukur janggut itu disepakati dikalangan ulama-ulama mazhab empat.

Pengharaman itu berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya adalah seperti sabda Nabi SAW dalam hadis al-Bukhari;

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ


Maksudnya;
“Bedakan dirimu dari orang-orang musyrikin, dan lebatkan janggut dan potonglah misai” (al-Bukhari, hadis no : 5442)

Dalam hadis ini, Nabi SAW menyuruh orang Islam tidak menyerupai orang-orang musyrik. Antaranya adalah dengan tidak mencukur janggut. Ibn Taimiah menyatakan Syarh al-3umdah bahawa larangan mencukur janggut itu seperti larangan mencukur rambut bagi orang perempuan. Juga beliau menyatakan dalam kitab al-Fatawa al-Kubra bahawa larangan mencukur janggut sama seperti suruhan berkhitan bagi orang lelaki.

Menurut al-Qaradawi pula, beliau menyatakan larangan dalam hadis ini dengan dua kupasan, iaitu seperti berikut;

            Satu:
           
            Hadis yang melarang ini tidak dibawah maksud pensyariatan seperti dalam fiqh Ibadat, tetapi ia adalah dibawah hadis yang tidak pensyariatan.

            Dua:
            Larangan dalam hadis ini tidak bersifat mutlaq, tetapi bersifat muqayyad. Dengan arti kata lain, larangan itu merujuk kepada tujuan agar tidak menyerupai orang musyrik. Ini kerana, di zaman nabi Muhammad SAW, orang-orang majusi itu, rupa paras mereka adalah dengan mencukur janggut.

Makanya, jika datang di satu era bahawa mencukur itu tidak ada kaitan pun menyerupai musyrikin, atau dengan mencukur itu akan membedakan pula dengan orang-orang musyrikin yang membela lebat janggut, maka cukur itu tidak menjadi haram.
           
Sekian

Wallahu ‘Alam..


No comments:

Post a Comment