Nama Buku : Akal dan Wahyu :
Tentang Rasionalitas Dalam Ilmu, Agama dan Filsafat.
Tajuk asal : ‘Aql va Vahy
Penulis : Hasan Yusufian dan
Ahmad Husain Sharifi
Terjemahan : Ammar Fauzi
Heryadi
Terbitan : Sadra Press,
Jakarta, November 2011.
AKAL DAN WAHYU
Akal didefinisikan sebagai
kemampuan khas manusia dalam membedakan baik dan buruk; mana jalan dan mana
jurang.
Akal dan wahyu, kedua-duanya
adalah sumber ilmu, cuma akal itu umum, sedangkan wahyu itu sifatnya lebih
khusus berbanding akal. (10)
CARA PEROLEH PENGETAHUAN
untuk peroleh pengetahuan, ia
perlu kepada beberapa perkara penting;
1. Jalan umum
2. Jalan khusus.
JALAN UMUM
Dalam menggunakan jalan umum,
antaranya adalah indera luaran. Ia tercapai dengan cara empirikal. Tetapi ia
sahaja tidak memadai, sebaliknya perlu kepada cara yang lain sama, iaitu
pemikiran dan pembuktian menerusi mutawatir dan penyaksian batin (bahasa arab :
Shuhud Batini | Bahasa mantik : wujdani) (12 - 13)
yang dimaksudkan dengan
mutawatir adalah pemberitaan yang tidak dapat diragui ekoran ramai pencerita,
yang amat mustahil mereka sepakat berbohong. Teks wahyu yang sampai kepada
manusia merupakan salah satu perkara mutawatir. (P)
Adapun maksud dengan shuhud
batini pula adalah kemampuan mengetahui dan bersentuhan langsung dengan sesuatu
hakikat atau realiti.
Dalam bahasa sufisme disebut
sebagai hudhuri dan dalam bahasa mantik disebut sebagai wujdani. (P)
Jika dilihat dalam perbincangan
mantik, cara empirikal, teks (mutawatir) dan shuhud batini ini selaras dengan
penghujahan secara burhaniyyah. (P)
JALAN KHUSUS
Antaranya adalah wahyu. Di
sisi ahli kalam, wahyu dimaksudkan sebagai pengajaran ilmu secara khusus dari
Allah kepada hambaNya yang terpilih yang ditugasi untuk memberi petunjuk kepada
umat manusia. (15)
hakikat wahyu itu amat rumit
dan sulit difahami kecuali bagi mereka yang mencapai kedudukan wahyu itu
sendiri. Sifatnya amat melampaui atau beyond dari kehendak manusia biasa.
Tidak sekadar itu, antara
jalan khusus adalah mencapai dengan hudhuri,
iaitu perasaan kerohanian yang dicapai oleh orang-orang terpilih sahaja,
sepertimana orang awam merasai lapar, ngantuk dan sebagainya. (P)
25 mei 2014 | 6:41 petang |
Saujana Utama.
#akalwahyu
Sebelum membincangkan tentang
akal dan wahyu, antara perkara utama perlu dijelaskan adalah;
1. Apakah akal bertembung
dengan wahyu, atau sebenarnya akal bertembung dengan tafsiran agamawan terhadap
wahyu? (19)
Dahulu, pernah mufti saudi
menfatwakan kafir dan murtad terhadap mereka yang menyatakan bahawa bumi itu
bulat. Ini kerana, beliau berpegang dengan firman Allah yang menyatakan bahawa
tuhan menciptakan bumi itu terhampar.
Ekoran kemampuan teknologi
dan sebagainya, menjadikan terbukti
bahawa bumi bulat, malahan tafsiran mufti saudi terhadap ayat al-Quran itu
ternyata salah, kerana ayat tersebut adalah kalam majaz, tetapi ditafsirkan
oleh mufti terbabit dengan maksud kalam hakikat. (P)
2. Apakah akal bertembung dengan agama atau akal
yang bertembung teks agama? (17)
teks Wahyu itu, ia tidak
semata-mata difahami dengan akal, tetapi perlu diiringi sama faktor lain,
seperti zaoq dan banyak faktor lain. Ekoran itu, elemen teks dan akal
seharusnya diselarikan dalam memahami agama, disamping tidak diabaikan
faktor-faktor yang lain.
3. Dalam perbincangan akal
dan rasio, sering sahaja dilihat dari sudut empirisme sahaja, sedangkan rasio
itu boleh sahaja dilihat dari sudut intuitivme. (27)
intuitivme ini boleh difahami
dalam perbincangan sufisme. (P)
Di kalangan ulama Islam, ada
pihak yang kelihatan menolak faktor falsafah dalam agama, seperti al-Ghazali
sehingga menulis kitab bertajuk tahafut al-Falsafah, tetapi di sana terdapat yang mendokong
falsafah seperti ibn Rushd yang menulis tahafut al-Tahafut sebagai menjawab
al-Ghazali disamping beliau menulis tentang keseragaman antara falsafah dan
agama pada sebuah kitab bertajuk fasl al-maqal.
Ada pihak menyatakan bahawa
al-Ghazali yang menulis tahafut al-Falasifah itu sendiri adalah tokoh falsafah.
Ini terbukti dengan beberapa buah kitab beliau yang mengupas kaitan falsafah
dengan agama, seperti maqasid al-Falasifah, al-munqiz min al-Dhalal, iljam
al-awam dan sebagainya. Namun didakwa bahawa al-Ghazali tidak mencapai
kemampuan tahanan falsafah tinggi setahap ibn sina dan al-Farabi.
Pun begitu, ada pihak pula
menyatakan al-Ghazali bukan ahli falsafah, tetapi beliau sekadar ahli kalam
sahaja.
25 mei 20 14 | 7:03 malam |
Saujana Utama
#akalwahyu
Di kalangan agamawan, ada yang menolak falsafah. Dalam kristian, ada orang bernama murtin luther yang
menyerang Aristotle. Penolakan beliau
adalah penyalahgunaan akal yang berakibat hingga falsafah membuang hakikat
iman. (33)
Namun di sana, ada juga
aliran kristian yang menyatakan keselarasan agama (kristian) dengan akal,
seperti Thomas Aquinas (1225 - 1247 M). Namun,
dia sendiri ditolak sekumpulan agamawan sehingga dituduh sesat. (21)
Dalam tradisi muslim juga,
terdapat yang menolak peranan akal dengan agama, seperti Ibn Taimiyyah dalam
tradisi sunni. Dalam tradisi syiah, terdapat kalangan akhbari yang bertindak
menolak peranan akal dengan agama. (34)
al-Ghazali juga dianggap
tokoh yang secara terang-terangan menolak itu sehingga menulis kitab bertajuk
tahafut al-Tahafut.
Dalam keadaan begitu, dijawab
oleh sebilangan sarjana muslim bahawa ketika mereka menolak itu, mereka tidak
lepas dari menggunakan akal juga. Bermaksud, secara tidak sengaja mereka juga
telah akui peranan akal dengan agama.
Di kalangan ilmuan
muslim, terdapat yang memadukan antara
akal dan agama ini, seperti Ibn Rushd menerusi penulisan beliau bertajuk Fasl
al-Maqal dan Tahafut al-Falasifah.
#akalwahyu.
Sebilangan pengkaji muslim
menganggap bahawa akal sebagai alat, sedangkan wahyu adalah sumber ilmu.
Seorang pengkaji iran bernama
Hasan Yusufian menyatakan bahawa orang yang menyamakan akal dan wahyu seperti
orang yang mengatakan sumber makanan manusia terdiri dari daging, buah-buahan
dan organ pencernaan, lalu disimpulkan bahawa kewujudan organ pencernaan sudah
memenuhi seluruh keperluan makanan manusia. (37)
walau bagaimana pun, disana
terdapat sebilangan pengkaji yang mengklasifikasikan faktor akal itu
sendiri. Mereka klasifikasi akal itu
kepada seperti berikut;
1. Akal sebagai alat
2. Akal sebagai sumber ilmu.
Akal yang dianggap sebagai
sumber ilmu ini dikenali sebagai akal fitri atau akal badihi. (38)
#akalwahyu
Ibn Sina amat dikenali
sebagai tokoh logik. Namun, didakwa bahawa karya beliau bertajuk al-Isyarat wa
al-Tanbihat tidak mengabaikan faktor zaouq.
(38)
Suhrawardi juga seorang tokoh
hebat menulis hikmah isyraqiyyah dalam usaha memadukan filsafat dan irfan; akal
dan zouq.
Dianggap lebih ketara seperti
yang dilakukan oleh Mulla Sadra dalam hikmah muta'aliyyah. (39)
Kehebatan Mulla sadra itu,
sehinggakan Murtadha Mutahhari menyatakan bahawa Mulla sadra berjaya memadukan
empat perkara penting;
1. Masyaiyyah Aristotle
2. Masyaiyyah ibn Sina
3. Irfan Ibn Arabi
4. Ilmu Kalam. (40)
Mutahhari menyatakan, hikmah
muta'aliyyah mulla sadra itu umpama empat sungai yang bertemu dan berubah
menjadi satu galur sungai besar yang berombak kencang. (40)
#akalwahyu
Ada pihak anggap hati
melebihi akal. Namun begitu, kelihatan
mulla sadra amat gigih membela akal disamping dia akui bahwa kelebihan dan
peningkatan berlaku pada irfan. (44)
Walaubagaimanapun, Ibn Turkah
menyatakan dalam Tamhid al-Qawaed bahawa irfan tidak boleh menyendiri dalam
mencapai pengetahuan, sebaliknya perlu kepada akal juga. Namun, sifat irfan itu
melebihi dari akal. (45)
ia diumpamakan seseorang yang
hebat dalam lumba motor. Sebelum ia pandai memandu, dia perlu kepada juru
latih. Lalu, apabila ia sudah pandai, kadangkala kepandaiannya melebihi juru
letihnya. Juru latih itu diumpamakan sebagai akal, sedangkan capaian irfan
melebihi akal seperti kepandaian berlumba motor melebihi juru latihnya. (P)
Ini dapat dilihat perbedaan antara ibn sina
dengan Abu Said Abul Khair yang berdialog selama 3 hari. Selepas dialog,
apabila ditanya kepada Ibn Sina tentang pandangannya terhadap Abu Said, dijawab
Ibn Sina; "dia menyaksikan semua yang aku tahu"
lalu, apabila ditanya
pandangan abu said tentang ibn sina, dijawab abu said, "dia tahu yang aku
saksikan". (41)
kelihatan dalam kes ini, terdapat perbedaan antara konsep pembuktian
akal (tahu) dengan pembuktian hati atau zouq (musyahadah).
Menariknya, Maulana Rumi ada mengungkapkan satu lagi
istilah dalam salah satu syairnya, iaitu akal imani. Didakwa ramai pengkaji, akal imani itu adalah
merujuk kepada konsep zouq. (46)
#akalwahyu
Apabila berbicara tentang
akal dengan agama, pasti ia akan lahir tiga bentuk;
1. Rasional - kesesuaian
dengan akal.
2. Supra rasional - melampaui
akal.
3. I rasional - bertentangan
dengan akal.
Ekoran itu, apabila dilihat
sesuatu perkara agama, mereka akan melihat dari sudut rasional. Jika berlaku
supra rasional atau i rasional, mereka akan menggunakan kaedah takwil sebagai
membela diri (opologetisme). Jika tidak
mampu juga, maka ia akan membuang perkara tersebut.
Ini berlaku pada John Locke
dalam agama kristian. Ekoran dia anggap sebagai tidak rasional, makanya dia
telah membuang beberapa elemen yang dianggap penting dalam agama kristian,
seperti konsep triniti dan dosa warisan. (82)
Dalam tradisi umat Islam,
bentuk ini juga berlaku. Mereka dikenali
sebagai muktazilah.
Dari kalangan ilmuan syiah,
mereka melihat bahawa muktazilah dianggap sebagai rasionalis, disamping banyak
tokoh-tokoh sunni yang terpengaruh dengan muktazilah, seperti asyairah. (84)
#akalwahyu
27 mei 2014 | 7 malam | Bukit
Beruntung.
SUDUT PANDANG ILMUAN SYIAH
TERHADAP MUKTAZILAH
Ramai akui bahawa pendiri
aliran pemikiran muktazilah berasal dari salah seorang murid imam hasan basri
(21-110 H) yang bernama Wasil bin Ata' (80-131 H)
Didakwa bahawa asal mahsul
bagi fahaman itu adalah perdebatan antara guru dengan murid yang bertajuk
pelaku dosa besar itu kafir atau masih mukmin.
pada guru, pelaku dosa besar
adalah mukmin, sedangkan pada murid ia adalah kafir. Perdebatan yang panjang
menjadikan murid mencipta satu teori "satu tempat antara dua tempat".
Iaitu, pelaku dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir. (84)
Dalam riwayat yang lain,
mempamerkan kisah kononnya perdebatan itu tentang status anak kecil yang ibu
bapanya tidak beragama Islam, lalu anak kecil itu dikira sebagai kafir atau
mukmin, seterusnya ke neraka atau ke
syurga jika meninggal semasa kecil. Perdebatan itu menjadikan Wasil
mengemukakan teori "satu tempat di
antara dua tempat". Iaitu, kanak-kanak itu tidak mukmin dan tidak kafir;
kalau mati kecil, dia tak boleh masuk syurga dan tidak boleh masuk neraka. (P)
Sebilangan pengkaji
mengatakan, kisah yang kedua tidak bersumberkan riwayat yang kuat berbanding
kisah yang pertama.
Dari sudut sejarah, didapati
kalangan muktazilah lebih kehadapan dalam perdebatan dan menjawab tuduhan musuh
kepada Islam. Ekoran itu, ada pihak
mendakwa bahawa ajaran muktazilah banyak terpengaruh dengan fahaman agama
selain islam ekoran perdebatan tersebut.
contoh : penafian terhadap
konsep qadha dan qadar yang dianggap warisan dari Ma'bad bin Juhani (w : 80 H)
yang kononnya terpengaruh dari fahaman nasrani. (85-86)
Begitujuga ada dakwaan
mengatakan bahawa muktazilah terpengaruh dengan agama yahudi, iaitu salah satu
aliran dalam yahudi yang bernama Farushim. Dalam bahasa mereka, farushim itu
bermaksud menyendiri yang amat iras dengan maksud muktazilah dalam bahasa arab.
(86)
namun, ada pihak menolak
dakwaan itu. Ini kerana, farushim adalah aliran literalis dalam yahudi
sedangkan muktazilah adalah aliran rasionalis.
Namun begitu, dalam agama
yahudi, ada aliran rasionalis yahudi bernama Shaduqi. Didapati aliran Shaduqi
lebih iras dengan muktazilah dalam perdebatan mereka, seperti mereka sering
berdebat dan berbincang tentang kebebasan dan kehendak manusia secara khusus.
Ini berbeda dengan Farushim yang suka berbincang tentang sejauh mana baik atau
buruk memakan telur pada hari sabtu. (90)
#akalwahyu
27 mei 2014 | 7:18 malam |
Bukit Beruntung.
Ada pihak mengatakan bahawa
pengaruh fikrah muktazilah adalah dari ajaran kitab-kitab yahudi dan
nasrani, ini kerana dilihat pada
beberapa tokoh rujukan syiah, seperti Nazdam muktazili (w. 231 H) menghafal
bukan sekadar al-Quran, malahan menghafal juga Taurat dan injil, disertakan
mahir dengan tafsirannya sekali. (87)
Namun dakwaan itu
ditolak, kerana aliran muktazilah lebih
pentingkan soal logik, sudah pasti ia tidak terpengaruh dengan teks kitab
keagamaan. (P)
Ada pihak menyatakan bahawa fikrah muktazilah
adalah kesan dari berlawanan mereka dengan agama lain. Ini dimisalkan seperti pandangan mereka
tentang makhluknya al-Quran. Ini kerana, ia berbasiskan kepada debat dengan
pihak kristian yang mengatakan Nabi Isa sebagai kalam Allah (kun Fayakun). Jika
Kalam Allah itu qadim, sudah pasti Nabi Isa juga qadim, walhal mereka mahu
mengatakan bahawa Nabi Isa itu makhluk,
makanya mereka menyatakan bahawa Kalam Allah adalah makhluk. Kesan dari
keputusan itu, menjadikan mereka mengatakan al-Quran itu sendiri adalah makhluk. (88)
Sebilangan ilmuan menyatakan
bahawa Muktazilah menolak konsep qada dan qadar. Ini kerana, perkara itu boleh
membawa kepada fahaman jabariyyah disamping mereka menukilkan perkataan Saidina
Ali yang ada menyatakan;
"Kalau benar demikian,
sudah pasti pahala dan azab tidak lagi beerti"
perkataan Saidina Ali
terdapat sebuah kitab hadis syiah, iaitu
kitab al-Kafi oleh al-Kulaini.
Ini dikukuhkan lagi mereka
dengan kisah Saidina Umar yang menangkap pencuri, lalu untuk mempertahankan diri, pencuri itu
menyatakan bahawa dia mencuri berdasarkan qadha tuhan. Maka Saidina Umar bukan
sekadar mengenakan hukuman potong tangan kepada pencuri itu, malahan dikenakan
hukuman sebat ekoran berdusta atas nama Allah. (89)
#akalwahyu
27 Mei 2014 | 11:51 malam |
Tropikana sungai buloh.
Sebilangan besar ilmuan syiah
yang mengkaji tentang Muktazilah beranggapan bahawa Muktazilah bukan sekadar
terkesan dengan pengaruh falsafah Yunani, malahan mereka menerimanya. Sifat
rasionalisma mereka menjadikan mereka menerima sepenuh hati tentang falsafah
Yunani itu. (91)
Namun begitu, pandangan itu
direndangkan dengan dakwaan bahawa kalangan muktazilah tidak menjadikan
falsafah yunani sepenuh hati. Ini kerana, mereka lebih menekankan konsep
sastera arab jahiliyyah dalam memahami nas berbanding menggunakan logika yunani
(Aristotle). (91)
ini dibuktikan dengan dialog
yang berlaku antara seorang tokoh bernama Jaafar Barmaki dengan Nadzam
Muktazili yang berbincang tentang Aristotle. Nazham al-Muktazili menyatakan
bahawa beliau bukan sekadar menguasai
logika Aristotle, malahan beliau pernah
menulis risalah mengkritik logika Aristotle itu. (92)
Dalam keadaan begitu, ramai
ilmuan akui bahawa muktazilah punyai peranan besar dalam menjaga keaslian islam
berbanding aliran lain. Terutama, keberanian pihak muktazilah berbanding aliran
lain dalam berhadapan dengan kalangan yang bukan muslim dalam perdebatan
teologi.
Antara perbincangan besar
mereka adalah seperti tajuk keadilan Tuhan, kebaikan dan keburukan melibatkan
makhluk atau Tuhan dan sebagainya. (92)
Dalam keadaan begitu,
pembelaan mereka terhadap keaslian agama gagal ketika berhadapan dengan
kalangan jabariyyah dalam isu kehendak Ilahi. Ini kerana, pada muktazilah, mereka menolak konsep yang dibawa oleh
jabariyyah demi membela konsep keadilan Tuhan. (93)
#akalwahyu
28 mei 2014 | 12:05 pagi |
tropikana sungai buloh.
Dari sudut perbahasan ilmiah,
ada pendapat menyatakan asal mausul bagi fikrah muktazilah adalah dari tajuk
kewajipan bersyukur kepada Allah, apakah satu perkara yang wajib, waima
kebaikan yang dikecapi manusia itu dinilai menggunakan akal, bukan dengan
wahyu. Ini kerana, kalau wahyu sahaja sebagai penentuan baik dan buruk, maka
tiada kewajipan bersyukur di kala tidak diturunkan wahyu.
Dari perbincangan itu, ia
merebak kepada perbincangan kewajipan mengenal Allah tanpa menerusi wahyu,
seterusnya tajuk penentuan baik dan buruk secara akal atau secara wahyu. (94)
Ada sebilangan manusia
menyatakan bahawa muktazilah adalah kalangan yang meletakkan akal mengatasi
wahyu. Dakwaan ini ditolak oleh ramai pengkaji.
Ini kerana, hakikat bagi muktazilah,
mereka tidak menolak wahyu, malahan akui bahawa akal tidak mendahului
wahyu. Namun, faktor akal sebagai penilai terhadap wahyu. Jika bertembung antara
wahyu dan akal, maka wahyu itu wajar ditakwil. (96)
Ini dikukuhkan dengan
beberapa bukti, iaitu seperti pendapat
muktazilah yang menyatakan bahawa zat Allah itu tidak dapat ditanggapi dengan
mata kepala, kerana tindakan menanggapi
zat Allah dengan mata kepala adalah sesuatu yang tidak rasional. Ia dikukuhkan
lagi dengan firman Allah dalam surah al-Anam, ayat 103 yang menyatakan bahawa
Allah itu tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata. (97)
Namun begitu, tanpa dinafikan, ekoran serangan dari musuh
mereka yang kuat menjadikan sebilangan tokoh-tokoh dalam muktazilah menjadi
kalangan yang radikal dalam menggunakan akal sebagai hendak mempamerkan
keputusan mereka ketika berlawan. Kalangan radikal muktazilah ini menjadikan
sudut pandang manusia terhadap muktazilah menjadikan akal mengatasi wahyu.
#akalwahyu
28 mei 2014 | 7:20 malam |
Bandar Baru Sungai Buloh.