Aku tidak berminat dengan perjuangan berasaskan kepada orang,
tetapi aku kagumi dan percaya, orang yang baik, rajin dan bijak sahaja mampu
membuat perubahan dalam sesebuah pemerintahan.
Orang bodoh yang rajin, pergerakan akan menjadi ketinggalan
zaman. Orang bijak yang pemalas, menjadikan pergerakan hanya sekadar idealisma,
tanpa gerakan yang realistik. Orang yang bijak dan rajin, tetapi jahat, amat memberi
bahaya kepada hasil mahsul Negara atau negeri yang diperintah
Makanya, aku lebih percaya kepada sistem. Iaitu, sistem yang
dikepalai oleh orang baik, bijak dan rajin. Ini kerana, dengan sistem,
kerosakan berjaya dikurangkan. Disamping wujudnya orang yang bijak, berjaya
memberi kemajuan dari sudut inovasi.
Kepada penyokong Husam, lelaki kaguman anda itu bukan
segala-galanya, walaupun memang tidak dinafikan bahawa beliau seorang yang
baik, bijak dan rajin. Tetapi, perkara yang paling penting adalah pembentukan
sistem yang baik.
Makanya, dari anda berfikir untuk memastikan Husam sebagai
exco, adalah lebih baik anda mencadangkan kepada kelantan dibawah kepimpinan MB
yang baru perkara berikut;
Satu : Membina negeri yang ada akauntabiliti, kredibliti dan
Transparensi.
Kelantan seharusnya menjadi pemerintahan yang punyai sistem
yang lebih baik dari pemerintahan PR di Selangor dan di Pulau Pinang. Di Selangor,
sejak awal pemerintahan PR, sudah diwujudkan Selcat, iaitu satu badan siasatan
bagi mengesan sebarang penyelewengan terhadap urusan kewangan negeri. Keadaan yang
sama juga dengan Pulau Pinang. Pengamalan selcat ini, tidak jauh beda dengan
konsep hisbah yang pernah dibahas dalam kitab-kitab fiqh politik Islam, juga
pernah digubal di negeri terengganu di era pemerintahan PAS dahulu.
Peliknya, kelantan sejak dari tahun 1990 lagi, badan sebegini
penting tidak ditubuhkan, sedangkan Selangor dan Pulau Pinang telah menubuhnya
tidak sampai setahun selepas penubuhan kerajaan di bawah pemerintahan pakatan
rakyat.
Sebagai rakyat kelahiran Kelantan, aku juga ingin tahu
bagaimana pengurusan balak di Kelantan? Bagaimana hasil mahsul balak diagihkan?
Syarikat mana yang menguruskan balak di Kelantan? Lebih-lebih lagi, apabila berita
angin menyatakan kononnya kilang papan telah “tutup kedai” ekoran pengurusan
perkayuan di Kelantan diserahkan kepada salah sebuah syarikat kayu dari Singapore.
Apakah benar atau tidak, perlu ada badan Hisbah untuk didedahkan kepada rakyat
jelata.
Juga, aku mahu mengetahui apakah pengamalan pemberian projek
di Kelantan, apakah menggunakan kaedah direct nego atau dengan open tender? Benarkah
dakwaan bahawa hospital al-Nisa’ telah rugi hamper 7 tahun? Dan berbagai-bagai
lagi yang perlu ditransparensikan.
Kedua : penubuhan perbadanan inovatif negeri
Seorang ahli politik yang hebat, sentiasa mempunyai idea yang
baru. Makanya lebih penting bagi sesebuah negeri yang mahu menjadi lebih baik
dari negeri lain.
Ramai yang menyanjungi Husam Musa, kerana ramai mendakwa
bahawa beliau seorang yang sentiasa punyai idea-idea baru dalam pengurusan
ekonomi negeri. Ketiadaan husam di Kelantan, memerlukan sebuah badan yang
memikirkan untuk mencipta idea-idea baru untuk memastikan pergerakan negeri
sentiasa baru dan segar. Ini, sama ada
penubuhan perbadanan baru, atau dengan perkasakan perbadanan yang sedia ada,
seperti perbadanan kemajuan iqtisad negeri Kelantan.
Lebih-lebih lagi, di Kelantan sentiasa mendapat tekanan
ekonomi dari kerajaan pusat, seperti Royalti minyak, pampasan taman Negara dan
terbaru dikhabarkan bahawa dijumpai pula symptom-simptom kewujudan emas dan
timah pula di sebilangan tempat di Kelantan.
Jika tiada idea inovatif, segala hasil mahsul ini tidak akan berjaya
diurus dengan baik, juga gagal memberikan pulang baik kepada rakyat Kelantan itu
sendiri.
Padaku, jika dua perkara ini berjaya dilaksanakan oleh Kelantan
dibawah Pemerintahan MB Kelantan yang baru, insya Allah, Kelantan akan berada
di mercu kejayaan yang lebih baik dari Negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment