Thursday, 30 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (20)

Aku ke Perlis bersama dengan Ibrahim, seorang pelajar di Australia yang sedang bercuti. Sebelum ini, aku sudah banyak kali menyatakan kepada Dr Juandajaya bahawa aku mahu ke sana untuk pekena Nasi kandar Perlis yang amat terkenal dengan nama Nasi Ganja.

Sebelum ke perlis, aku singgah terlebih dahulu di Penang. Berjumpa dengan Pakaq dan bawa beliau bersama ke sana. Dalam perjalanan, banyak perkara yang aku dan pakaq bualkan. Terutama beberapa teori-teori fiqh terbaru yang jumpa, disamping beberapa polisi-polisi yang pakaq buat kajian yang menjadi kebiasaan kami saling tukar bertukar maklumat dan ilmu. Tidak ketinggalan juga, perbualan kami tentang situasi politik terkini, sama ada dalaman atau luaran PR.

Selain berjumpa dengan Dr Juandajaya, kami juga merancang untuk berjumpa dengan Ustaz ZulQarnain, seorang bekas ADUN di salah sebuah DUN Perlis pada tahun 1999 dahulu. seorang ilmuan muda dalam PAS yang mempunyai pandangan yang progresif, tetapi dirugikan oleh sebilangan pimpinan-pimpinan PAS. Niat pertemuanku dengan Ustaz Zul itu sudah lama, tetapi itu adalah kali pertama kami bertemu.

Kami sampai hampir subuh. Sebilangan rakan-rakan di Perlis sambut kami, seperti Izwan, Ilhami, Iqbal dan rakan-rakan lain menyambut kami. Apabila sampai, hampir dengan subuh. Selepas kami menunaikan solat subuh, aku pun menghantar sms kepada Ustaz Zul dan Dr Juandajaya.


Ustaz Zul membalas SMS aku lebih awal berbanding yang lain. Dr Juandajaya pula suruh aku rehat dahulu dan beliau akan maklumkan balik tempat yang untuk kami bertemu.

Dalam pukul 8.15 pagi, kami pun menuju ke salah sebuah medan selera di Kangar untuk bersarapan pagi di sana. Sesampai di sana, kelihatan Ustaz Zul dan Iqbal sudah sedia menunggu. Kami berpelukan dan bersalaman dan terus mengambil tempat di salah satu sudut di kawasan medan selera tersebut. kami hanya memesan minum sahaja, sednagkan makan kami tunggu makan bersama dengan Dr Juandajaya.

Di situ, aku berjumpa beberapa teman-teman dari PR, seperti Iza Suraiya, juga rakan FB seperti Amin Al-Khalidi. Walaupun pertama kali bertemu, kami perkenalan kami agak mesra. Mungkin kerana kami selalu bergurau dalam FB walaupun tidak pernah bertemu dan bersua.

Aku, Pakaq, Iqbal, Ilhami dan Ustaz Zul berbual banyak perkara. Banyak tertumpu kepada politik. Sedang berbual-bual, tiba-tiba Handphoneku berbunyi, kelihatan di screen Hpku tertera nama Dr Juandajaya. Aku pun angkat tel…

Bersambung…




HUKUM CUKUR JANGGUT

Ulama sepakat menyatakan bahawa haram hukum cukur janggut. Dalam kitab Maratib al-Ijmak, Ibn Hazm pula menyatakan, pengharaman itu diijmakkan oleh Ulama.  Dalam kitab al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’, al-Syaikh Ali Mahfuz menyatakan bahawa pengharaman cukur janggut itu disepakati dikalangan ulama-ulama mazhab empat.

Pengharaman itu berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya adalah seperti sabda Nabi SAW dalam hadis al-Bukhari;

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ


Maksudnya;
“Bedakan dirimu dari orang-orang musyrikin, dan lebatkan janggut dan potonglah misai” (al-Bukhari, hadis no : 5442)

Dalam hadis ini, Nabi SAW menyuruh orang Islam tidak menyerupai orang-orang musyrik. Antaranya adalah dengan tidak mencukur janggut. Ibn Taimiah menyatakan Syarh al-3umdah bahawa larangan mencukur janggut itu seperti larangan mencukur rambut bagi orang perempuan. Juga beliau menyatakan dalam kitab al-Fatawa al-Kubra bahawa larangan mencukur janggut sama seperti suruhan berkhitan bagi orang lelaki.

Menurut al-Qaradawi pula, beliau menyatakan larangan dalam hadis ini dengan dua kupasan, iaitu seperti berikut;

            Satu:
           
            Hadis yang melarang ini tidak dibawah maksud pensyariatan seperti dalam fiqh Ibadat, tetapi ia adalah dibawah hadis yang tidak pensyariatan.

            Dua:
            Larangan dalam hadis ini tidak bersifat mutlaq, tetapi bersifat muqayyad. Dengan arti kata lain, larangan itu merujuk kepada tujuan agar tidak menyerupai orang musyrik. Ini kerana, di zaman nabi Muhammad SAW, orang-orang majusi itu, rupa paras mereka adalah dengan mencukur janggut.

Makanya, jika datang di satu era bahawa mencukur itu tidak ada kaitan pun menyerupai musyrikin, atau dengan mencukur itu akan membedakan pula dengan orang-orang musyrikin yang membela lebat janggut, maka cukur itu tidak menjadi haram.
           
Sekian

Wallahu ‘Alam..


Tuesday, 28 May 2013

TIADA WILAYAH FAQEH DALAM SUNNI (3)


Dalam syiah, asas pemimpin itu mesti “ayatolah” atau dalam istilah melayu disebut sebagai “agamawan”, sedangkan dalam sunni, kepimpinan itu hendaklah ada dua; Qawi dan Amin.  Iaitu, mempunyai kemampuan mentadbir dan amanah. Dalam erti kata yang lain, seseorang  setahap ayatollah atau agamawan tidak semestinya layak menjadi pemimpin, jika dua perkara ini tidak wujud dalam dirinya.

Abu Zar al-Ghiffari pernah dinasihati oleh nabi SAW;

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا


Maksudnya;
            “Wahai Abu Zar, kamu adalah lemah.  Ia (jawatan) adalah amanah. Ia pada hari kiamat adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang memegangnya dengan sebenarnya dan menunaikan seperti kehendaknya” (Muslim, hadis no : 3404)

Dalam membahaskan maksud “lemah”, al-Imam al-Nawawi menyatakan;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل عَظِيم فِي اِجْتِنَاب الْوِلَايَات ، لَا سِيَّمَا لِمَنْ كَانَ فِيهِ ضَعْف عَنْ الْقِيَام بِوَظَائِفِ تِلْكَ الْوِلَايَة

Maksudnya;
            “Hadis ini adalah asal yang besar bagi menghindarkan dari kepimpinan, terutama bagi mereka yang ada kelemahan dari sudut melaksanakan tanggungjawab kepimpinan itu” (Syarh al-Muslim, jld 6, hlmn 296)

Adapun contoh orang yang mempunyai kemampuan dan amanah itu adalah sepertimana permintaan jawatan oleh Nabi Yusuf yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
            “Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf, ayat 55)


Nabi Yusuf AS layak memegang jawatan kerana beliau mempunyai dua sifat utama; iaitu Qawi dan Amanah. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Yusuf mendakwa bahawa dirinya ‘Alim, aiitu mengetahui. Ibn Kathir menyatakan, maksud dengan mengetahui itu adalah;

ذو علم وبصرَ بما يتولاه

Maksudnya;
            “Iaitu orang yang mempunyai pengetahuan dan pandangan terhadap apa yang dia pimpinkan” (Ibn Kathir, jld 4, hlmn 395)


Dengan erti kata lain, jika seseorang itu sekadar agamawan atau ayatollah sahaja, tetapi tidak ada kemampuan mentadbir seperti pentadbirannya mendatangkan kerosakan, bukan kebaikan dan kemaslahatan kepada rakyat bawahannya, maka ia tidak layak dilantik sebagai pemimpin mengikut acuan sunni. 


Bersambung….


Monday, 27 May 2013

TIADA WILAYAH FAQEH DALAM SUNNI (2)


Dalam Sunni, perkataan, perbuatan dan taqrir nabi SAW perlu dilihat pada beberapa kerangka. Al-Syaikh Muhammad al-Ghazali pernah mengungkapkan bahawa sudut pandang sunnah itu hendaklah diperhatikan pada dua sudut; iaitu Tasyri3 dan tidak tasyri3. Makanya, timbul soal memakai kopiah itu dikira sebagai amalan sunnah pensyariatan atau ia sekadar pakaian Nabi SAW yang berbangsa arab yang memakai pakaian kebudayaan arab sahaja.


Adapun Dr Nu3man Jughaim, beliau menyatakan dalam tesis Phd beliau bahawa sudut pandang pada hadis Nabi SAW itu kepada empat; iaitu Tasyri3, ta’dib, al-Hady wa al-Irsyad dan al-Imamah. (huraian ringkas ada di sini)


Istilah imamah ini tidak sekadar digunakan oleh Dr Nu3man Jughaim dalam kitab Turuq al-Kasyf 3an Maqasid al-Syari3, tetapi digunakan juga oleh Dr Sa3id Ramadan al-Buti dalam kitab Dhawabit al-maslahah. Dalam istilah Dr Sulaiman al-Asyqar dalam kitab al-Wadih fi Usul al-Fiqh li al-Mubtadiin, beliau menggunakan istilah al-Amr al-Maslahi atau urusan kemaslatahan. Perkara Imamah ini, ia tertakluk kepada maksud politik itu sendiri, iaitu memberi kemaslahatan kepada rakyat.

Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Al-Qaradawi pernah menyatakan bahawa politik itu adalah memberi kemaslahatan kepada rakyat. Dalam Maqasid Syariah Islamiah wa makarimuha, al-Syaikh 3allal al-Fasi menyatakan siyasah itu hendaklah melaksanakan tiga perkara, iaitu memberikan hak kepada yang berhak, mengakui keadilan dan mengurus urusan rakyat.

Yang penting, politik dalam sudut pandang sunni adalah kemaslahatan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, dalam sunni ada satu kaedah yang popular, iaitu urusan pemerintah itu terhadap rakyat tertakluk dengan kemaslahatan.

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة

Ekoran itu, asas dalam Sunni bahawa pemimpin politik itu berasaskan kepada dua perkara, iaitu al-Qawi dan al-Amin, atau seorang yang ada kemampuan dan beramanah. Ia berasaskan kepada Firman Allah;

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

            Maksudnya;
            “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya." (Surah al-Qasas, ayat 26)


Makanya tidak hairan, perkara ini ditekankan oleh al-Qaradawi semasa sedang berlaku Pilihanraya di Mesir selepas kejatuhan Mubarak. (baca sini)

Bersambung..


KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (19)


Hishamuddin Rais dan Juandajaya merancang bertemu lagi. Kali ini, pertemuan dengan disertai Tian Chua. Aku turut hadir dalam pertemuan tersebut dengan aku membawa Ibrahim, salah seorang pelajar dari australia yang sedang bercuti. Pertemuan itu berlaku beberapa hari sebelum tercetus isu kesultanan Sulu.


“Kau ni ramai betul ye stock anak ikan” gurau Juanda kepadaku semasa aku ambilnya di hotel.

“eh, nak ambil calon PKR, mesti la bawa ramai anak ikan.. jambu…” aku balas dengan nada gurauan juga sambil ketawa.

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan. Antara yang terpenting adalah tentang cadangan Hishamuddin Rais untuk kerusi yang bakal Dr Juandajaya bertanding. Keputusannya adalah dua plan; Kerusi PKR di Parlimen Kangar, atau salah sebuah parlimen di Sawarak. Kandungan perbincangan itu, aku tidak ikuti mendalam.

Selepas perbincangan itu, Tian Chua ada sebut bahawa akan berlaku dalam beberapa hari lagi isu King Sulu. Aku hanya mendengar kupasan Tian Chua sambil-sambil disampuk oleh Hishamuddin Rais. Tukar Tiub tetap menyatakan bahawa ini semua lakonan untuk game pilihanraya. Ternyata, tidak lama kemudian isu King Sulu itu tercetus.


Pertemuan kali ini, kelihatan perbincangan lebih serius. Mungkin faktor Tian Chua adalah salah seorang pimpinan PKR mungkin mendatangkan natijah begitu.

Namun, perbincangan itu tidak selesai begitu sahaja. Tetapi, dicadangkan kepada perbincangan yang lain. Mungkin kerana mahu melihat beberapa faktor yang lain untuk membuat keputusan yang jitu.


Sebelum pertemuan keseterusnya, ada seorang pimpinan PKR mahu berjmpa dengan aku dengan Hishamuddin Rais. Pertemuan itu mahu dilakukan secara tertutup, melibatkan enam mata sahaja; Aku, Hishamuddin Rais dan pimpinan terbabit.

Pada jangka awalku, apakah tajuk Juandajaya ini yang mahu dibincangkan. Ternyata, tajuknya lain. Perbincangannya banyak tentang projek menjatuhkan UMNO/BN dari menapak sebagai pemerintah di Malaysia di waktu yang hampir dengan PRU.

Bersambung…..


Sunday, 26 May 2013

TIADA WILAYAH FAQEH DALAM SUNNI (1)


Dalam syiah, mereka menekankan apa yang dinamakan sebagai Imam Ma’sum. Imam Maksum itu, mereka sandarkan kepada firman Allah SWT;

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Maksudnya;
            “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Pada mereka, para imam itu hendaklah dari keturunan nabi Muhammad SAW yang berasal dari Ali bin Abi Talib, kemudian Hasan bin Ali dan seterusnya. Ia dikenali sebagia Ahl al-Bait. Ini kerana, dalam nas sandaran mereka ini mereka beranggapan bahawa secara terang-terangan bahawa Allah SWT sememangnya mensucikan ahl al-Bait, sedangkan selainnya tidak ada penyucian seperti ini.

Dalam sunni pula, ayat ini tidak merujuk kepada ahl al-Bait seperti yang difahami oleh syiah. Ini kerana, pada sunni, ayat ini merujuk kepada para isteri-isteri Nabi SAW. Ini bersandarkan kepada satu ayat sebelum ayat 33 ini, iaitu pada ayat 32. Iaitu, Allah SWT memanggil di awal ayat itu “wahai isteri-isteri Nabi SAW”

Di sisi syiah, Ahl al-Bait ini sewajarnya menjadi imam pula, kerana mereka berpegang dengan firman Allah SWT;

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
            “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (Surah al-Baqarah, ayat 124)

Ayat ini menyebut bahawa imam itu mesti dari zuriat Nabi Ibrahim AS. Ia merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia merembak kepada keturunan Baginda SAW yang dikenali sebagai ahl al-Bait.

Dalam sunni pula, maksud zuriat dalam ayat ini adalah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW sahaja, tidak terkait langsung selepas dari Nabi Muhammad SAW.

TIADA IMAM

Di kala kejatuhan Shah Iran dari tampuk pemerintahan, Ayatollah al-Khomaini telah mengadakan ijtihad baru dalam syiah bagi memegang tampuk pemerintahan Iran. Makanya dicadangkan apa yang dinamakan sebagai Wilayah faqeh.

Ijtihad ini hadir ekoran ketiadaan Imam, atau dikenali sebagia Ghaibah kubra. Pada syiah, imam akhir mereka sudah hadir, tetapi ghaib sepertimana ghaibnya Nabi Khaidir AS. Dengan ketiadaan Imam, menjadikan rumit untuk membentuk pemerintahan Iran. Makanya, bagi menyelesaikan perkara ini, al-Imam al-Khomaini menyelesaikannya dengan "ijtihad" berani beliau, iaitu kepimpinan Ulama-ulama Syiah yang dikenali sebagai Wilayah Faqeh. "Ijtihad" al-Khomaini tidak diterima oleh semua para ayatollah Iran. Ada sebilangan mereka yang tidak menerimanya.

Kepimpinan Ulama-ulama Syiah Iran atau dikenali sebagai wilayah faqeh ini membariskan dua belas orang ahli majlis syura mereka yang terdiri dari para ayatollah-ayatollah yang berkuasa menentukan dasar pemerintahan mereka yang berasaskan kepada Islam pada sisi pandang mereka.

Para ayatollah yang terpilih pula, bukan manusia sembarangan, tetapi hendaklah melalui fasa-fasa yang hebat dari sudut perbahasan ilmu dalam Syiah, disamping mempunyai perjalanan spritual yang hebat. Mereka hendaklah mempunyai kemampuan irfan yang kuat, seperti yang dikehendaki oleh Allah dalam al-Quran;

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya;
            “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”  (Surah al-Anfat, ayat 2)

Dengan irfan yang tinggi itu, mereka tidaklah dikira sebagai ma’sum sepertimana ma’sum nabi, tetapi dengan maksud mereka ma’sum dengan tidak melakukan sebarang maksiat ekoran mereka sudah sampai tahap nafsu mutmainnah seperti dalam perbahasan tasawwuf dalam sunni. Implikasinya adalah apabila mereka mendengar nama Allah, hati mereka gementar, dan iman mereka bertambah apabila disebutkan ayat-ayat Allah.


Ia dimisalkan seperti orang melayu yang tidak akan makan babi. Tidak dinafikan bahawa tidak mustahil individu melayu itu boleh makan babi, tetapi memandangkan kejijikan tahap maksima pada jiwa sebilangan orang melayu sehinggakan mendengar kalimah babi pun, orang melayu boleh terasa nak termuntah, menjadikan orang melayu itu tidak makan babi. Begitulah sikap para imam syiah dengan dosa, iaitu kejijikan tahap maksima terhadap dosa ekoran tarbiah diri dalam irfan menjadikan mereka tidak melakukan maksiat. itulah yang dimaksudkan dengan Ma’sum dalam sudut pandang syiah.

Para ayatollah yang menjadi ahli Majlis Syura kepimpinan ulama-ulama syiah bernama Wilayah faqeh itu pula, hendaklah berada dalam proses ini. ia bertujuan, keputusan yang dibuat oleh mereka berada dalam kerangka kehendak ilahi dari sudut pandang syiah, bukan berdasarkan kehendak hawa nafsu.

bersambung...

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (18)


Perbualan panjang pada malam itu amat menarik. Hishamuddin Rais, seorang penganalisa politik memberikan sudut pandang politik yang memang menarik dengan beberapa isu-isu politik yang dibandingkannya.

Dalam perbualan itu, Hishamuddin Rais mendapat gambaran umum tentang keadaan Dr Juandajaya dalam dunia politik yang mahu dia tempuhi. Gambaran awal dalam sudut pandang politik dalam hasrat hati Dr Juandajaya adalah dua perkara, iaitu sama ada beliau bertanding di Parlimen Kangar atas tiket PKR atau beliau bertanding di kerusi di salah sebuah parlimen Sarawak atas tiket PKR juga.

Perbualan itu berakhir agak lewat. Semasa dalam perjalanan pulang, aku nyatakan kepada Dr Juandajaya bahawa kita perlu pergi makan dengan dibelanja oleh Sang Mufti. Dia bersetuju, tetapi beliau menyatakan minta cepat kerana dakwa beliau pada pagi esok, beliau ada satu program penting.

Aku terus memandu ke arah sebuah gerai makan Ikan Singgang yang berhampiran dengan kelab Sultan Sulaiman. Di sana, kami makan dengan banyak yang dibelanjakan oleh Dr Juandajaya. Merasa juga kami duit mufti.

Sambil makan, banyak juga yang kami bualkan. Antaranya tentang keadaan sarawak, isu sultan dan sebagainya. Dr Juandajaya ada menyatakan bahawa beliau semakin meluat dengan sistem monarki. Mendengar keluhan beliau itu, aku cukup semangat. Kerana, ia amat sinonim dengan jiwa aku. Benci sistem monopoli kuasa, tetapi mahukan sistem yang berkongsi hasrat dan cita-cita, iaitu sistem demokrasi.

Setelah selesai makan, kami terus meluncur pulang ke arah hotel beliau bermalam, iaitu berhampiran dengan Bukit Bintang. Kami melalui jalan P Ramlee yang amat popular sebagai tempat kelab-kelab malam di situ. Di situ, kelihatan pondan-pondan berkeliaran.

“Dr, tengok tu…” aku tegur Dr Juandajaya dan mengisyaratkan dengan mulutku ke arah pondan-pondan itu.

Dr Juandajaya memalingkan mukanya ke arah itu. Aku, Aiman dan Ilhami ketawa dalam kereta.

“hahaa… rosak iman mufti malam ni” aku menyampuk sambil ketawa.

Dr Juandajaya tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum sahaja.

Apabila hampir sampai dengan hotel, Ilhami pula bersuara, “Dr ada jadual tak, kami kat perlis nak buat usrah dengan Dr”

“aahhhh.. tak ada masa la aku nak buat usrah” Dr Juandajaya membalas.

“apa barang usrah… itu semua konservatif… yang penting, kita kena liberal..” aku menyampuk dengan nada gurauan sambil ketawa.

Apabila sampai, Dr Juandajaya pun turun. Ilhami juga turut turun dari kereta dan mahu ambil tempat duduk di hadapan.

Dr Juandajaya kata, “biarlah dorang duduk kat belakang..”

“oit, ingat aku ni driver ker?” aku menyampuk menjadikan Dr Juandajaya, aiman dan Ilhami ketawa.

Bersambung…. 

Saturday, 18 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (17)


“Kat Sarawak, masalah yang macam ko dok bimbangkan tu tak pernah berlaku pun” lebih kurang begitu Ujar Dr Juandajaya.

Masa tu, pemikiranku baru teringat bahawa Dr Juandajaya adalah orang Sarawak, walaupun berkhidmat sebagai mufti di Perlis.

Sambil-sambil itu, Dr Juandajaya pun keluar dari kereta, dan terus meluru ke arah Hishamuddin Rais. Kelihatan Hishamuddin Rais bangun dari kerusi dan berjalan menuju kea rah Dr Juandajaya untuk menyambut kedatangan Dr Juandajaya.

Aku melihat keadaan Hishamuddin itu, hati kecilku mahu ketawa. Ini kerana, kelihatan bagaimana Hishamuddin Rais itu memberi penghormatan kepada agamawan seperti Dr Juandajaya.

“ada agama lagi hisham ni sebenarnya” hatiku berbisikan sendirian.

Hishamuddin Rais membawa Dr Juandajaya ke satu meja yang agak berjauhan sikit dari rakan-rakan yang lain. Selepas Dr Juandajaya bersalaman dengan rakan-rakan yang ada, Hishamuddin, Dr Juandajaya, Aku, Aiman dan Ilhami pun duduk dimeja yang dibawa oleh Hishamuddin Rais.

Mungkin Hishamuddin Rais ini adalah orang yang agak berumur dan selalu berinteraksi dengan “orang-orang besar”, menjadikan dia agak tidak kekok untuk berinteraksi dengan agamawan seperti Dr Juandajaya, walaupun mereka berdua adalah dua aliran yang berbeda. Hishamuddin Rais mengambil Order untuk kami semua. Kelihatan Dr Juandajaya membuka kopiahnya. Aku mula ketawa dengan tindakan Dr Juandajaya itu.


Antara mereka berdua, banyak perkara yang dibualkan. Tetapi, focus perbualan mereka banyak berkisar politik, tentang parti PKR dan hubungan Dr Juandajaya dengan Taib Mahmood.


Pada malam itu, baru aku tahu bahawa Dr Juandajaya ini dari keturunan bangsawan melanau yang mempunyai hubungan besar dengan Taib Mahmood yang berkuasa di Sarawak. Beliau pernah bercerita bahawa semasa kemerdekaan Malaysia dulu, atuknya datang berjumpa Tengku Abdur Rahman dengan membawa hamba, sedangkan Tengku hanya bawa Setiausaha politik dan pegawai kerajaan sahaja. Gambaran betapa bangsawannya keturunan melanau di Sarawak.

Banyak perkara yang disebut oleh Hishamuddin tentang scenario politik di Malaysia; analisa dan sudut pandang yang beliau berikan. Sedang berbual, datang air white coffee yang dipesan. Aku tengok, dengan selamber mufti perlis itu minum. Aku pun menyampuk dengan nada gurauan dengan menyatakan; “tak jadi masalah ke ni?”

Dr Juandajaya terus bercerita keadaan di Sarawak. Beliau nyatakan bahawa di sana, masalah hubungan antara muslim dan non Muslim amat toleransi. Muslim tidak janggal masuk ke dalam kedai non Muslim, dan non Muslim pula amat tahu makanan dan minuman yang orang islam tidak boleh makan. Diasingkan antara makanan yang halal dan tidak halal.

“perh.. cool gile ye keadaan kat sana” ujarku menyampuk cerita Dr Juandajaya.


“Ana tak pernah sampai lagi kat sana… rasa macam nak pegi je kat sana je” sambungku lagi.

Kemudiannya, perbualan antara Hishamuddin Rais dan Juandajaya bersambung kembali. Dr Juandajaya ada bertanya setahap mana kepercayaan yang boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim. Hishamuddin dengan terang-terang menyatakan bahawa anwar Ibrahim boleh dipercayai dan boleh diharap untuk membuat perubahan dalam politik Malaysia.

Bersambung… 

Friday, 17 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (16)


Dalam perjalanan ke Brickfield, tiba-tiba aku dapat sms dari Hishamuddin Rais bahawa beliau sudah sampai. memang tepat dengan waktu dijanjikan bahawa Tukar Tiub akan sampai ke sesuatu tempat dijanjikan. Kadangkala aku memikirkan, bahawa rakan-rakan yang dari aliran Sosialis ini, dalam menjaga masa, mereka jauh lebih baik dari aliran islamis.


Dalam perjalanan ke sana, terdapat sedikit jem ekoran pembaiki jalan berlaku di Bukit Bintang. Sebelum mengambil Dr Juandajaya, aku sudah berpakat dengan Aiman dan Ilhami, untuk nak pekena Dr Juandajaya beberapa perkara. Antaranya, nak perabis duit dia untuk dia belanja kita makan pada malam itu dan nak bawa dia kat kawasan pelik-pelik di Kuala Lumpur, nak tengok kopiahnya tercabut atau tidak. Haha

Lalu, semasa di kawasan bukit bintang, dalam kereta kami nampak ada beberapa orang perempuan arab yang berpakaian seksi.

“Oit Doktor.. tengok tu.. awek arab” aku menyergah.

Dr Juandajaya dengan cool sahaja dia melihat. Pastu dia tengok aku, dia senyum.

“ala.. biasa la tu…” ujar Dr Juandajaya yang menyebabkan kami dalam kereta semuanya ketawa.

Sambil-sambil itu, kami bualkan beberapa perkara tentang politik, agama dan sebagainya.

“isy.. banyak sangat soalan orang dok tanya dalam tweet yang aku rasa macam malas nak jawab je” tiba-tiba Dr Juandajaya bersuara sambil tunjuk galaxy note samsung beliau.


Aku menjengok galaxy note samsungnya itu sambil memandu kereta dalam jem. Kamudian aku menyampuk; “Haa… tu la pasal… tp kalau ada orang hantar kat ana, ana layan je…”

Pastu, perbualan kami berlegar lagi dalam isu bid’ah, syiah, zikir ya hanana dan sebagainya. Memang ternyata, Dr Juandajaya seorang salafi dari sudut pegangan aqidah dan fiqh ibadat, tetapi dari sudut pandang politik beliau agak terbuka, tidak terikat dengan pegangan salafi aliran saudi, seperti yang didokong oleh Ulama Muda UMNO.

“dalam dunia ni, mana ada geng yang mengaku dirinya ulama, kecuali Ulama Muda UMNO” lebih kurang begitu ungkap Dr Juandajaya mengkritik sikap Ulama Muda UMNO.


“eh… Doktor ingat dalam UMNO je ke… Dalam PAS pun ada la.. “ aku menyampuk menyatakan pandangan terhadap keadaan yang hampir sama dalam parti PAS.

“masalah besar, jika ada orang perasan dirinya ulama…” Dr Juandajaya bercerita.

“aih… kalau mengaku ulama, baru ada sakral… sesiapa lawan, boleh jadi kapir” balasku dalam nada gurauan.

“jual agama, mesti laku punyaa..” sambungku lagi.

“haa… macam hari tu, ada orang singapore tanya aku.. “ Dr Juandajaya memulakan cerita.

“dorang jual air zam zam.. nak bagi laku, pegi tulis kat botol air zam zam tu, dicelup janggut nabi” cerita Dr Juandajaya..

Aku ketawa dengar cerita tu.

“mana dorang dapat janggut nabi tu?” aku soal

“entah.. janggut dorang kot.. pastu ngaku janggut nabi” Dr Juandajaya menjawab.

Aku ketawa dengan cerita Dr Juandajaya itu. Banyak perkara yang kami bualkan. Dalam keadaan tidak sedar, kami sudah sampai di Brickfield…

Kelihatan dari jauh di oldtown, Hishamuddin Rais dengan beberapa teman berada di situ. Hishamuddin Rais memerhatikan kepada kami.

“eh, Doktor boleh ke duduk kat tempat macam ni? Ini kedai kapir tau.. ni pakai kopiah pula ni, nanti macam-macam hal pula?” aku berseloroh dengan Dr Juandajaya.

Bersambung….





Thursday, 16 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (15)


Satu hari, Dr Juandajaya memaklumkan kepadaku bahawa beliau akan datang ke Kuala Lumpur. ada satu program yang beliau akan hadir, tetapi diambil kesempatan untuk bertemu mata dengan Tukar tiub aka Hishamuddin Rais. Dia memaklumkan kepadaku untuk pertemuan itu.


Aku memaklumkan kepada Hishamuddin Rais, tetapi Hishamuddin memaklumkan bahawa beliau tidak ada di Kuala Lumpur, kerana pada malam itu beliau ada satu program bertempat di Temerloh. Lalu dirancang mahu berjumpa pada siang keesokkannya, tetapi sekali lagi Hishamuddin memaklumkan tidak sempat kerana melihat kepada kesempatan masa.

Melihat factor masa yang dilihat oleh Hishamuddin Rais itu, Dr Juandajaya menyatakan pujian beliau kepadaku tentang Hishamuddin Rais yang tidak berjanji jika diyakini tidak dapat ditepati.

“walaupun mereka bukan agamawan, tetapi mereka lebih menjaga masa” lebih kurang begitu ungkap Dr Juandajaya dalam sms.

Makanya dirancang pada waktu lain. Aku telah menyusun pertemuan itu. Hishamuddin Rais juga telah bersetuju untuk diadakan pertemuan antara tokoh sosialis itu dengan seorang agamawan berjawatan mufti.

Hishamuddin Rais bertanya kepadaku, di tempat manakah pertemuan mahu dilakukan. Aku menyatakan bahawa biar mufti itu datang tempat Hishamuddin, bukan Hishamuddin ke tempat yang dia mahu. Ini kerana, pertemuan itu atas kehendak mufti, bukan kehendak Hishamuddin.

Aku bersetuju untuk temukan antara mereka berdua di oldtown, brickfield. Iaitu tempat yang digelar oleh Hishamuddin Rais sebagai tempat lepak yang paling cool.


Selepas menyampaikan kuliah maghrib di salah sebuah surau sekitar Selangor, aku terus mengambil Aiman dan Ilhami untuk ambil Dr Juandajaya di salah sebuah hotel yang berhampiran dengan bukit bintang. Sesampai di hotel, aku hantar sms kepada beliau bahawa kami sedang menunggu di luar hotel, dan aku menyuruh Ilhami menjemputnya di lobi hotel.


Sesampai Dr Juandajaya di keretaku, beliau melihat dalam keretaku ada Aiman yang duduk di bahagian belakang kereta. Aku tahu, Juandajaya suka bergurau kasar denganku, kerana melihat perangaiku yang suka bergurau begitu dengan beliau beberapa kali sebelum ini.

“Oi, ramainya jambu kau” Ujar Juandajaya. Itulah kali pertama, Dr Juandajaya berbahasa “aku n kau” denganku.

Dengan nada gurauan, aku berkata, “kalau nak jadi PKR, kena ramai Jambu”.

Aiman dan Ilhami ketawa di belakang dengan jawapanku. Dr Juandajaya pun naik keretaku, yang ketika itu, keretaku sedang memasang lagu hindi. Aku menjeling Juandajaya apabila dia mendengar lagu itu, tetapi dia buat muka selamber jer.

"Dia ni mesti cool punya... " hatiku berbisikan sendiri.

Aku terus memandu laju menuju ke arah brickfield. Memandangkan hari itu adalah malam minggu, laluan jalan agak jem, menjadikan banyak perkara yang kami bualkan pada malam itu.

Bersambung….  




Wednesday, 15 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (14)


Padaku, perlis adalah sebuah negeri yang mempunyai kelebihan tersendiri berbanding negeri-negeri lain. Dari sudut amalan ibadat, mereka dikenali sebagai negeri sunnah. Di sana, kebanyakkan surau dan masjid mereka, subuhnya tidak dilakukan Qunut seperti di negeri-negeri lain. Mufti-mufti lantikan mereka, semestinya amat berbeda dengan mufti lantikan di negeri lain. Lebih menarik, di kebanyakkan negeri-negeri lain, mufti mereka dari kalangan orang-orang tua, tetapi di Perlis, muftinya dari kalangan ilmuan-ilmuan muda.


Sebelum ini, Malaysia dibisingkan dengan perlantikan Dr MAZA sebagai mufti. Seorang agamawan muda yang agak berani menyatakan pandangan. Sudut pandang agamanya juga agak progresif sehingga tidak disenangi dengan mereka yang beraliran konservatif. Isu-isu yang dikemukakan juga menggegarkan Malaysia, seperti isu “bin Abdullah” kepada muallaf, isu sekodeng dan sebagainya. sikapnya yang tidak mengira siapa, menjadikan beliau seorang pengkritik terhadap beberapa dasar yang diamalkan oleh parti politik, tidak kira di pihak kerajaan memerintah, mahupun terhadap pembangkang.

Keadaan yang sama juga ada pada Dr Juandajaya yang banyak menyatakan sudut pandang agama yang agak berani. Antaranya adalah isu memberi “bin” kepada bayi yang dilahirkan sedangkan bayi itu berumur 6 bulan dalam kandungan. Tidak dinafikan, perdebatan ini amat panjang lebar, malahan pandangan yang dikemukakan oleh Dr Juandajaya itu cukup berasaskan kepada fatwa-fatwa ulama terdahulu, seperti Ibn Quddamah dalam al-Mughni, juga bersesuaian dengan konsep maqasid penjagaan maruah manusia.

Aku mengkagumi Dr Juandajaya adalah disebabkan keberanian dia mengkritik BN di Perlis ekoran wang baitul Mal yang digunakan oleh pihak parti memerintah Perlis dengan cara yang tidak benar. Beliau pernah bercerita kepadaku bahawa setelah sikapnya menarik diri dari baitul Mal itu bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak Istana Perlis.


Menariknya dari cerita beliau, apabila Raja Perlis bertanyakan hal itu, beliau menjawab; “Patik tak nak masuk neraka, Tuanku… kalau Tuanku nak masuk neraka, Tuanku boleh sokong tindakan mereka”.

Mendengar cerita beliau itu, menjadikan aku kagum dengan keberanian menyatakan kebenaran yang ada pada diri Mufti perlis itu. Kadangkala aku terbayang juga, alangkah baiknya kalau semua mufti-mufti Malaysia bersikap seperti ini. kerana, banyak perkara yang boleh diselesaikan, terutama berkaitan dengan harta rakyat.

Kadangkala aku juga berfikir, kalau perkara sebegini berlaku dihadapanku sendiri, apakah aku mampu menyatakan perkara yang sama kepada Sultan. Aku juga memikirkan, jika perkara ini berlaku pada rakan-rakan dalam perjuangan Islam. Apakah ada kemampuan melakukan tindakan yang sama.

Bersambung….







Tuesday, 14 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (13)


“Anta nampak macam mana?” soal Juandajaya dalam talian telefon.

“ana dengar cerita yang Doktor akan bertanding.. ini kisah benar ke khabar berita angin je?” aku bertanyakan soalan untuk kepastian.

Juandajaya ketawa bila aku tanya soalan itu. Lalu dinyatakan bahawa siang tadi dia berada di Kuala Lumpur. ketika dia telefon aku itu, dia baru sampai di perlis. Aku bertanya, buat apa ke Kuala Lumpur. dia menjawab bahawa dia baru lepas berjumpa dengan Timbalan Presiden PKR, Saudara Azmin Ali.

Bila mendengar dia menyebut nama Azmin Ali, aku terus menyatakan kepadanya agar tidak masuk bertanding pilihanraya. Alasan yang aku berikan adalah dengan beberapa alasan. Pertama, pergaduhan dalam parti sangat teruk, malahan lebih teruk pergaduhan antara PR dengan BN. Kedua, suaranya sebagai mufti di luar kerangka parti politik lebih berkesan kepada rakyat. Aku memisalkannya dengan kehadiran Dr MAZA yang banyak pandangan-pandangan agama dan pandangan politik beliau yang terbukti banyak memberi kesan pada minda politik rakyat Malaysia, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu parti politik.



Dr Juandajaya tidak berceloteh banyak pada malam itu, bahkan lebih banyak mendengar  pandangan-pandangan yang aku lontarkan kepadanya. Di akhir celotehku, aku menyatakan kepadanya bahawa jika mahu bertanding juga, aku cadangkan agar beliau bertanding di kerusi dua parti sahaja; PKR dan DAP. Jangan sekali-kali bertanding di kerusi parti fikrah melayu mundur, seperti parti PAS dan UMNO.

“kalau dalam PAS, mungkin Doktor jadi “Islam” tiga hari je. Hari keempat, doktor dah jadi “kafir”” ujarku sambil ketawa untuk memberi analogi kerana mengenangkan sudut agama Dr Juandajaya yang progresif yang merasakan sudut pandang itu pasti akan mendatang tentangan dari agamawan-agamawan yang ramai dari PAS.

Aku memberi pandangan agar Dr Juandajaya bertanding dalam PKR dan DAP bertujuan untuk mengubah sudut pandang persepsi politik rakyat Malaysia terhadap agamawan dalam parti politik. Selalunya, agamawan itu amat sinonim dengan PAS. Juga, rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa pandangan agama dalam PAS itu setahap wahyu, bukan dilihat sebagai ijtihad yang boleh diterima dan ditolak. Lebih parah lagi, sudut pandang agama dari parti PAS dilihat seakan-akan tidak boleh dikhilafi. Jika dikhilafi juga, terhamburlah dari pengkagum-pengkagum PAS dengan berbagai-bagai lebel agama, seperti lebel munafiq, munafiq haraki, fasiq dan sebagainya.

“sebelum ini, Mustafa Ali ada juga telefon” Dr Juandajaya memberikan info menarik. Aku semakin mengambil perhatian.

“apa yang dia minta?” aku menyoal ketamakan ingin tahu.

Dr Juandajaya pun bercerita bahawa Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali ada menelefon beliau meminta agar bertanding atas tiket PAS, tetapi hatinya tidak dekat dengan PAS sangat. Selepas ajakan Mustafa Ali kali pertama itu, beliau sudah jarang mengangkat telefon jika dihubungi oleh Setiausaha Agong PAS itu.

Di akhir perbualan pada malam itu, aku sekali lagi mengulangi pandangan bahawa jangan bertanding langsung dalam pilihanraya, dan kekalkan dirinya sebagai mufti yang memberikan pandangan-pandangan agama yang boleh mengubah minda rakyat malaysia yang lebih berkesan sepertimana yang dibuat oleh Dr MAZA. Tetapi, jika mahu bertanding juga, pastikan bertanding atas dua tiket sahaja; PKR atau DAP.

“kalau nak bertanding, bagitau la.. ana sedia membantu” ujarku penutup perbualan malam itu.

Selepas memberi salam, aku mematikan telefon… selang beberapa ketika…

Bersambung…







Monday, 13 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (12)


Aku ke masjid al-Salam, Bukit Sentosa untuk sampaikan kuliah maghrib. Di kala itu, isu yang sedang hangat dibincangkan adalah isu kalimah Allah. Dalam kuliah, aku ada mengupas tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam dari sudut penghujahan nas al-Quran dan al-hadis.


Selesai kuliah, seorang lelaki agak berumur, memakai serban ala-ala Sudan mendekatiku.

“Ustaz, Jadi ke Dr Juanda nak bertanding kat parlimen Kangaq kali ini” soal lelaki itu dalam loghat utara.

Aku terus merenung ke arah muka lelaki itu.

“Isy, tak tau pula.. tapi ana rasa, tak kot..” aku jawab soalan lelaki tersebut.

Lelaki itu senyum dan terus menyatakan, “Saya ni orang Perlis…”

“Ooo.. patut pun tanya soalan tu..” aku membalas.

Apabila aku nak berlalu pergi dari masjid, ada seorang pula lelaki kurus yang agar tinggi datang rapat kepadaku. Dia pun menghulur kepadaku satu risalah yang tebalnya lebih kurang 9 hingga 10 muka surat kepadaku. Aku membuka risalah itu, didapati sebuah risalah dalam bahasa arab yang menerangkan penggunaan kalimah Allah kepada non Muslim.

Aku melihat risalah itu, dan lelaki itu ambil risalah itu dari tanganku, dan dia membelek beberapa helai, sambil dia menunjuk dan membaca beberapa matan arab dalam risalah itu tentang penggunaan kalimah Allah. Aku merenung kepada risalah itu, ternyata kupasnanya cukup ilmiah dan mempunyai sumber rujukan dari kitab-kitab muktabar.

“isu ni ustaz, masalahnya ustaz-ustaz kita pun tak faham” ujar lelaki itu.


Memandangkan dia boleh membaca matan arab yang tidak berbaris itu dengan baik, aku menganggap bahawa lelaki itu bukan sebarangan.

“Ustaz ke yang tulis ni?” soalku.
                                                              
“tak.. ada budak-budak pondok yang tulis benda ni” ujar lelaki itu.

Hati kecilku merasakan bahawa risalah itu kemungkinan besar di tulis lelaki terbabit, tetapi disebabkan merendah diri, menyebabkan dia tidak mengaku. Itu sangkaan aku sahaja.                                                                                                                   

Risalah itu, lelaki itu hadiahkan kepadaku. Aku pun mengucapkan terima kasih kepadanya, dan menerima risalah yang cukup bermakna tersebut. aku pun terus ke arah keretaku, dan memandu pulang ke sungai buloh.


Dalam perjalanan pulang, aku terfikir dengan soalan pak cik yang berasal dari negeri perlis yang bertanya tentang Dr Juandajaya. Makanya aku terus mengambil handphone kecilku, dan terus hantar sms kepada Dr Juandajaya. Aku bertanya kepadanya, benarkah ada berita mengatakan bahawa dia akan bertanding dalam pilihanraya kali ini.

SMS aku itu dibalas agak lambat juga.

Seperti biasa, apabila pulang dari kuliah, jika tidak ada sebarang program, aku akan ke port harianku, iaitu di Sebuah restoran mamak di Tropikana Sungai Buloh untuk membaca, bermain internet dan sebagainya.

Sesampai di situ, ada beberapa rakan yang sedang menunggu, seperti Aiman, Ilhami dan Danial. Sedang galak berbual-bual, tiba-tiba handphoneku berbunyi…

Bersambung…