Padaku, perlis adalah sebuah negeri yang mempunyai kelebihan
tersendiri berbanding negeri-negeri lain. Dari sudut amalan ibadat, mereka
dikenali sebagai negeri sunnah. Di sana, kebanyakkan surau dan masjid mereka,
subuhnya tidak dilakukan Qunut seperti di negeri-negeri lain. Mufti-mufti
lantikan mereka, semestinya amat berbeda dengan mufti lantikan di negeri lain. Lebih
menarik, di kebanyakkan negeri-negeri lain, mufti mereka dari kalangan
orang-orang tua, tetapi di Perlis, muftinya dari kalangan ilmuan-ilmuan muda.
Sebelum ini, Malaysia dibisingkan dengan perlantikan Dr MAZA
sebagai mufti. Seorang agamawan muda yang agak berani menyatakan pandangan. Sudut
pandang agamanya juga agak progresif sehingga tidak disenangi dengan mereka
yang beraliran konservatif. Isu-isu yang dikemukakan juga menggegarkan
Malaysia, seperti isu “bin Abdullah” kepada muallaf, isu sekodeng dan
sebagainya. sikapnya yang tidak mengira siapa, menjadikan beliau seorang
pengkritik terhadap beberapa dasar yang diamalkan oleh parti politik, tidak
kira di pihak kerajaan memerintah, mahupun terhadap pembangkang.
Keadaan yang sama juga ada pada Dr Juandajaya yang banyak menyatakan
sudut pandang agama yang agak berani. Antaranya adalah isu memberi “bin” kepada
bayi yang dilahirkan sedangkan bayi itu berumur 6 bulan dalam kandungan. Tidak dinafikan,
perdebatan ini amat panjang lebar, malahan pandangan yang dikemukakan oleh Dr
Juandajaya itu cukup berasaskan kepada fatwa-fatwa ulama terdahulu, seperti Ibn
Quddamah dalam al-Mughni, juga bersesuaian dengan konsep maqasid penjagaan
maruah manusia.
Aku mengkagumi Dr Juandajaya adalah disebabkan keberanian dia
mengkritik BN di Perlis ekoran wang baitul Mal yang digunakan oleh pihak parti
memerintah Perlis dengan cara yang tidak benar. Beliau pernah bercerita
kepadaku bahawa setelah sikapnya menarik diri dari baitul Mal itu bahawa beliau
telah dipanggil oleh pihak Istana Perlis.
Menariknya dari cerita beliau, apabila Raja Perlis
bertanyakan hal itu, beliau menjawab; “Patik tak nak masuk neraka, Tuanku… kalau
Tuanku nak masuk neraka, Tuanku boleh sokong tindakan mereka”.
Mendengar cerita beliau itu, menjadikan aku kagum dengan
keberanian menyatakan kebenaran yang ada pada diri Mufti perlis itu. Kadangkala
aku terbayang juga, alangkah baiknya kalau semua mufti-mufti Malaysia bersikap
seperti ini. kerana, banyak perkara yang boleh diselesaikan, terutama berkaitan
dengan harta rakyat.
Kadangkala aku juga berfikir, kalau perkara sebegini berlaku dihadapanku sendiri, apakah aku mampu menyatakan perkara yang sama kepada Sultan. Aku juga memikirkan, jika perkara ini berlaku pada rakan-rakan dalam perjuangan Islam. Apakah ada kemampuan melakukan tindakan yang sama.
Bersambung….
tu baru baitulmal perlis,dah takut neraka.kalau sokong BN yg conquer wang dan hasil negara tak takut neraka ke mufti?
ReplyDelete