Oleh;
Wan
Ji bin Wan Hussin
(Ahli
Jawatankuasa BiPPA Parti keadilan Rakyat)
Ulama-ulama
dalam kalangan muslim menyatakan hukum main chess adalah seperti berikut;
Pertama;
Dalam
kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Al-Qaradawi menyatakan harus bermain
Chess dengan syarat tidak melengahkan solat, tidak terjebak kepada judi dan tidak
melahirkan permusuhan. (al-Qaradawi, al-Halal wa al-Haram Fi al-Islam, hlmn
288)
Dalam
kitab Ihya’ Ulum al-Din, Al-Imam al-Ghazali berpendapat bahawa main chess
adalah dibenarkan, tetapi lebih digalakkan tidak main atas alasan makruh. (al-Ghazali,
Ihya’ Ulum al-Din, jld 2, hlmn 283)
Kedua:
Ibn
Taimiyyah (al-Fatawa al-Kubra, jld 2,
hlmn 11), al-Nawawi (Raudah al-Talibin, jld 8, hlmn 204)
dan al-Qurtubi (tafsir al-Qurtubi, jld 6, hlmn 291) menyatakan hukumnya adalah haram.
HUJAH
Pendapat
kedua menyatakan haram, kerana mereka merujuk kepada amalan itu boleh membawa
kepada judi yang diharamkan. Pendapat pertama menjawab bahawa larangan haram
yang dimaksudkan itu jika boleh membawa kepada judi. Justeru, apabila tidak
membawa kepada judi, maka ia tidak haram. Makanya, kembali kepada hukum asal,
iaitu harus.
Pendapat
kedua juga berhujah bahawa larangan haram itu kerana amalan tersebut boleh
membawa kepada permusuhan. Pendapat pertama menjawab, justeru tidak haram jika
tidak membawa kepada permusuhan. Terutama, permainan itu boleh membawa kepada
ketajaman akal.
Juga pendapat kedua
berhujah bahawa terdapat hadis bahawa Nabi saw ada menyatakan bahawa setiap
perkara yang melalaikan seseorang lelaki muslim, maka ia batil, kecuali
memanah, mendidik kuda dan bergurau senda dengan ahli keluarga. (Tarmizi, بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الرَّمْيِ
فِي سَبِيلِ اللَّهِ, hadis no : 1637)
كُلُّ مَا يَلْهُو بِهِ الرَّجُلُ الْمُسْلِمُ بَاطِلٌ،
إِلاَّ رَمْيَهُ بِقَوْسِهِ، وَتَأْدِيبَهُ فَرَسَهُ، وَمُلاَعَبَتَهُ أَهْلَهُ،
فَإِنَّهُنَّ مِنَ الحَقِّ
Dengan
hadis ini, pendapat kedua menyatakan haram. Dijawab oleh pendapat kedua bahawa,
kalimah “batil” dalam hadis, para ulama hadis tidak memaksudkan sebagai haram,
tetapi memaksudkan sebagai amalan yang tidak ada manfaat dan faedah. (al-Syaukani, Nail
al-Awtar, jld 8, hlmn 118)
«كُلُّ لَهْوٍ يَلْهُو بِهِ الْمُؤْمِنُ فَهُوَ
بَاطِلٌ إلَّا ثَلَاثَةٌ: مُلَاعَبَةُ الرَّجُلِ أَهْلَهُ، وَتَأْدِيبُهُ
فَرَسَهُ، وَرَمْيُهُ عَنْ قَوْسِهِ» قَالَ الْغَزَالِيُّ: قُلْنَا قَوْلَهُ -
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - " فَهُوَ بَاطِلٌ " لَا يَدُلُّ
عَلَى التَّحْرِيمِ، بَلْ يَدُلُّ عَلَى عَدَمِ فَائِدَةٍ انْتَهَى
KESIMPULAN
Dari
perbahasan ringkas ini, disimpulkan adalah seperti berikut;
Pandangan
yang mengatakan haram main chess yang dibahas oleh ulama dan hujah mereka
bersandarkan kepada kaedah Sad al-Zaraie, iaitu menutup pintu haram. Justeru,
selama tidak ada elemen yang haram, seperti permusuhan, judi dan lalai dari
melaksanakan kewajipan agama, maka hukumnya adalah harus. Justeru, saya secara
peribadi cenderung menyokong pandangan al-Imam al-Ghazali dan al-Qaradawi.
Wallahu
‘Alam.
#IslamPenang