Dalam fiqh politik sunni, asas kepada seseorang pemimpin itu
perlu kepada dua perkara; al-Qawi dan al-Amin, iaitu kemampuan dan amanah. Berbeda
dengan Syiah yang mensyaratkan Imam Ma’sum. Lalu, ketika ketiadaan Imam, maka
diijtihadkan oleh al-Khomaini dengan himpunan dua belas ayatollah Syiah yang
dikenali kepimpinan Ulama-ulama Syiah atau dalam istilah Irannya Wilayah Faqeh.
Dari sudut pandang sunni, selain syarat al-Qawi dan al-Amin,
ia perlu dilihat kepada tiga perkara; Tempat, masa dan kondisi. Ini kerana,
keperluan kepimpinan di sesuatu tempat, masa atau kondisi tidak sama antara
satu dengan yang lain.
Ibn al-Qayyim ada menyatakan;
ثبت أن التحريم و الإباحة تابعان للمصالح ، و إنما يختلفان بإختلاف الزمان و المكان و الحال ، فيكون الشيء الواحد حراما فى ملة دون ملة ، و فى وقت دون وقت ، و فى مكان دون مكان ، وفى حال دون حال. وهذا معلوم بالإضطرار من الشرائع
Maksudnya;
“pengharaman dan mengharuskan itu tertakluk dengan
maslahah. Ia berbeza berdasarkan tiga faktor, iaitu perbezaan masa, tempat dan
keadaan. Ada sesuatu itu haram pada satu millah, tetapi tidak pada millah yang
lain, haram pada satu ketika waktu, tetapi tidak pada ketika waktu yang lain,
haram pada di sesuatu tempat, tetapi tidak haram pada tempat yang lain, haram pada
kondisi tertentu, tetapi tidak pada kondisi yang lain. Perkara ini diketahui
secara pasti dalam syariat. (al-Dau' al-Munir 'ala al-tafasir, jld 2, hlmn 87)
Apabila perkara syariah yang melibatkan halal dan haram pun
perlu kepada ketiga-tiga faktor ini, maka sudah pasti dalam perkara yang
melibatkan kepimpinan dan politik, tiga faktor ini amat perlu diambil kira.
Melihat kepada keadaan itu, tidak hairan dalam kondisi
dinasti Abbasiah, al-Mawardi yang berada dalam pemerintahan tersebut
mensyaratkan pemimpin itu dari kalangan Kabilah arab Quraish. (al-Ahkam
al-Sultaniah, jld 1, hlmn 5)
Beliau bersandarkan kepada satu hadis bahawa Nabi SAW ada
menyatakan;
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ
Maksudnya;
“Para
pemimpin itu dari kalangan Quraish” (Ahmad, hadis no : 11859)
Juga dia bersandarkan kepada hadis yang lain;
قَدِّمُوا قُرَيْشًا وَلَا تَقَدَّمُوهَا
Maksudnya;
“Dahulukan Quraiash dan
jangan kamu mendahuluinya” (sya’b al-Iman, hadis no : 1557)
Syarat itu dikemukakan oleh al-Mawardi disebabkan beliau
seorang ulama kerajaan Abasiah, iaitu pemerintahan yang berasaskan kepada
keturunan Abbas yang bermata-airkan keturunan Quraish.
Namun begitu, Quraish tidak menjadi syarat penting bagi
seseorang pemimpin disisi Ibn Khaldun. Pada Ibn Khaldun, maksud hadis Nabi SAW
yang menyebut tentang pensyaratan Quriash adalah merujuk kepada mengelak dari
berlaku perbelahan sahaja. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan perbalahan,
perlantikan pemimpin selain Quraish sudah sah.
Beliau menyatakan;
فإذا ثبت أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع بما كان
لهم من العصبية والغلب
Maksudnya;
“Syarat
Quraish itu adalah untuk mengelak dari perbalahan memandangkan bagi mereka keturunan
dan pendominasian” (Muqaddimah, hlmn 100)
Perkara yang sama juga dalam melihat ulama mujtahid sebagai
syarat bagi pemimpin disisi al-Mawardi. Disisi sunni, Ulama mujtahid bukan
syarat wajib bagi seseorang pemimpin sepertimana tidak menjadi syarat wajib quraish
sebagai pemimpin, tetapi ia sekadar keperluan di era Abbasiah dan sewaktu
dengan mereka. Namun begitu, syarat ulama tersebut adalah satu kemestian
berdasarkan kepada ijtihad al-Khomaini, iaitu dengan himpunan 12 orang
ulama-ulama Syiah yang dikenali sebagai wilayah faqeh, iaitu sebagai ganti
dengan keghaiban imam mereka.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment