Bagi orang yang berkawan dengan Dr Juandajaya, pasti akan
tahu bahawa beliau seorang yang suka bergurau. Beliau juga pandai menyesuaikan
diri dengan siapa yang dia sedang bergurau. Makanya, style gurauan aku difahami
Dr Juandajaya. Dia turut bergurau dengan aku dengan style aku.
Selain itu, Dr Juandajaya ini boleh bergurau berbentuk kutuk.
Pernah aku kutuk dia berdepan bahawa dia punya epistomologi jumud. Dia ketawa
dengan gurauan aku itu.
Makanya, semasa keadaan amat keliru dengan status kerusi Parlimen
Kangar, Hishamuddin Rais ada menghantar SMS kepadaku minta bagitau kepada Dr
Juandajaya bahawa dia fokus kepada plan B, kerana melihat kepada Plan A sudah
gagal. Aku hanya tahu tentang Plan A, iaitu bertanding di parlimen Kangar,
tetapi tidak tahu pun tentang Plan B. Aku menjangkakan, bertanding di parlimen
Sarawak barangkali.
Aku forwardkan SMS Hishamuddin itu kepada Dr Juandajaya. Dr
Juandajaya membalas SMS dengan mendakwa dia tidak faham maksud SMS tersebut.
Aku pula forwardkan SMS itu kepada Hishamuddin Rais balik. Hishamuddin Rais
nyatakan bahawa seperti yang dibincangkan sebelum ini. Dalam SMS Hishamuddin
itu, ada tulis “takkan tak faham kot?”
“ok faham. Cakap kat abang sham jangan marah. Nanti susah
pula kena peluk dengan Rosmah. Kalau kena peluk dengan Isteri Taib mahmood,
boleh tahan lagi.. hahaha” lebih kurang begitu kandungan SMS gurauan Dr
Juandajaya yang menyebabkan aku ketawa besar. Semasa aku membaca SMS itu, aku
kat kedai mamak yang selalu aku lepak. Aku ketawa tu sampai orang keliling
tengok padaku. Apa lagi, aku pun cover line macam sedang tengok video dalam
internet.
Keadaan terus berlanjutan yang aku tidak ambil tahu sangat. Tetapi,
satu pagi, tengah aku tidur, aku dapat satu sms dari Ustaz Zulqarnain
bertanyakan keadaan Dr Juandajaya yang isytihar mengundi BN. Aku terkejut
tetapi masih tidak faham. Apabila aku tengok internet, aku terkejut besar.
Aku pun hantar mesej melalui whatsapp kepada Dr Juandajaya,
apakah tindakannya ini adalah plan B. Dia tidak membalas. Soalan yang sama juga, aku hantar SMS kepada
Hishamuddin Rais. Juga turut tidak membalas.
Aku tanya kepada Dr Juandajaya beberapa soalan lain tentang
dia sebut tentang undi BN tu. Dia hanya mengelak dengan menyatakan apakah aku
percaya dengan utusan. Dia menggunakan word “utusex”.
Aku tidak faham, tetapi tetap mencari maklumat. Bila aku
membaca satu berita disertakan gambar beliau dengan Muhyiddin Yasin, aku mula
merasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku mula hantar mesej dalam whatsapp
berbentuk menyerang. Sejak dari itu, dia tak balas langsung mesej aku whatsaap
sampai hari ini.
Dari sudut hati kecilku, aku merasa frust sangat-sangat. Ini kerana,
harapan aku melihat sudut pandang agama yang progresif yang pernah aku dengar
dan baca dari tulisan Dr Juandajaya tidak kesampaian untuk diadaptasikan dalam
kerangka politik baru. Ketika itulah, Hishamuddin Rais membalas SMS aku dengan
katanya; “Aku pun tak faham. Aku rasa dia marah. Sila beritahu sabar. Jangan
buat kenyataan yang kutuk Pakatan atau anti rakyat, dia masih muda dan masa
panjang masa. Orang akan ingat kenyataan ini”
Aku tidak tahu, apa sebenarnya yang terjadi. Seorang rakanku
ada berkata kepadaku, “aku rasa ini isu psykologi.. tekanan politik kepartian”
Semasa rakan itu bagitau, aku teringat di awal beliau
dikhabar anginkan bertanding dalam PRU, aku ada nyatakan kepada beliau bahawa
peperangan dalaman parti lebih kuat dari peperangan luaran parti.
Itulah politik…..
Sekian….
:'(
ReplyDeleteHuhu sdih.
ReplyDeleteMgkinkah ada pengaruh dari Dr.MAZA?..
ReplyDeleteEnding menyedihkan, harap Ustaz blh update lagi lepas ni kalau ada apa2 perkembangan tentang Dr. Juandajaya walaupun siri 'Kisah Aku dan Juandajaya' dah berakhir di sini :)
ReplyDelete