Wednesday, 5 June 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (24)

Sebelum PAS mengisytiharkan bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Kangar. Aku mendapat gambar kempen Dr Juandajaya sebagai calon PKR di Kangar. Aku angkatkan gambar itu di FB aku. Didapati ramai sangat yang ‘like’ dan ‘share’ gambar tersebut.


Nampak gayanya, dari sudut sokongan, agak ramai yang menyokong Dr Juandajaya sebagai calon PKR. Ada yang memberi komen dengan menyatakan kehadiran Dr Juandajaya dalam politik boleh memberikan satu harapan baru dalam tafsiran agama yang lebih progresif. Tidak terikat dengan pemikiran jumud dan konservatif sepertimana pandangan-pandangan agama dari sebilangan agamawan di Malaysia.

Namun, suasana menjadi berubah di luar jangka. Iaitu, disuatu pagi ketika aku sedang tidur yang tidur selepas subuh adalah “mata pelajaran” yang amat jarang aku tinggalkan. Sejak zaman belajar sehingga kini, ia masih kekal diamalkan. Pada waktu malam pula, amat sukar untuk aku melelapkan mata kecuali jika siangnya terlalu penat dan banyak urusan kerja yang dilakukan.

Satu hari, sedang aku tidur, aku mendapat satu sms dari ustaz Zulqarnain. Aku mengetahui kandungan SMS itu selepas bangun dari tidur. Dilihat SMS yang terlalu banyak. Ada antaranya bertanyakan jadual kuliah. Yang paling banyak adalah bertanyakan hukum-hukum fiqh. Antara SMS yang menjadi tarikan aku adalah SMS dari Ustaz Zul. Beliau bertanyakan status Dr Juandajaya bertanding di Kangar, kerana pada malamnya pihak PAS telah mengisytiharkan bahawa PAS bertanding di Parlimen Kangar.

Aku masih “blur” akibat baru bangun tidur. Terus aku capai hp nokiaku untuk melihat berita di internet. Bila membaca satu berita dari lamanweb Malaysiakini, aku baru faham maksud Ustaz Zul. Keadaan semakin keliru dan hambar.

Aku bertanya khabar dari sebilangan pihak-pihak yang hampir di sana. Makanya aku faham bahawa di pihak PAS telah mengisytiharkan kerusi kangar sebagai mereka bertanding tanpa diputuskan dalam mesyuarat antara PKR dan PAS.

Ketika itu, aku mula teringat balik tentang berita-berita angin yang tersebar, iaitu tuduhan  bahawa Dr Juandajaya itu wahabi dan sebagainya. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

Apabila aku hubungi Dr Juandajaya, kelihatan beliau tetap dengan pendiriannya yang akan bertanding di Parlimen Kangar atas tiket PKR. Disamping juga, Aku mendapat maklumat dari sebilangan pihak PKR bahawa rundingan itu masih lagi berlaku untuk memastikan PKR akan bertanding di kerusi tersebut.

“betapa tidak patutnya PAS buat macam tu kat Juanda…. Dah la ambil kerusi Kangar, lepas tu bubuh Posmen… macam nak hina Juanda jer” kata seorang rakan dari perlis.

Aku tidak faham maksudnya. Rakan itu menjawab, “Juanda tu mufti. Dia tu ada doktor Phd. Mana patut bubuh posmen sebagai ganti. Itukan macam nak hina dia”


Aku diam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Padaku, posmen bukan alasan yang kukuh, tetapi jika Dr Juandajaya berfikir seperti itu, ia amat berat dan bahaya.

Aku diberitahu juga bahawa kononnya “game” ini dibuat oleh Cikgu Pa. Didakwa juga bahawa kononnya tindakan Cikgu Pa itu untuk nak bagi “padan muka” kepada Dr Juandajaya yang tidak mahu terima tawaran PAS bertanding di Kangar atas tiket PAS. Tidak diketahui status benar atau tidak dakwaan itu. aku harapkan, ia tidak benar sama sekali.

Aku masih lagi berinteraksi dengan Dr Juadajaya..

Bersambung…



No comments:

Post a Comment