Kritikan saya terhadap kupasan Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS
Pusat dalam artikle beliau bertajuk “Israk Mikraj, Ujian dan teladan kepadapejuang Islam” adalah seperti berikut;
Pertama : Isra’
dan Ummu Hani
Dakwaan cerita isra’ dan mikraj ini
ada kaitan dengan Ummu Hani cukup meragukan. Ini kerana, dari tradisi sunni
bahawa Isra’ dan mikraj itu berlaku setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad SAW ke
Madinah. al-Zuhri ada menyatakan perkara itu dalam al-Sirah al-Nabawiyyah[1].
(al-Sirah al-Nabawiyyah, jld 2,
hlmn 93)
Adapun Islamnya Ummu Hani, dinyatakan
oleh al-Zahabi sebagai antara orang yang terlewat masuk Islam. (al-Zahabi,
Siyar al-A’lam wa al-Nubala’, jld 2, hlmn 312)
Dari sudut yang lain pula, dalam kisah Isra’ yang dikaitkan
dengan Ummu Hani diceritakan bahawa Nabi Muhammad mula isra’ dari rumahnya,
sedangkan dalam al-Quran menyatakan bahawa Isra’ itu bermula dari Masjidil
Haram.
Jika Ustaz Idris Ahmad berfahaman Syiah, tidak mengapa
menyandarkan kisah isra’ ini dengan Ummu hani, kerana dalam riwayat Syiah,
memang mereka menyatakan bahawa Isra’ itu dikaitkan dengan Ummu Hani.
Dalam Kitab al-Kharaij al-Jaraih, tulisan seorang tokoh Syiah
bernama Abu al-Husain Said bin Abd Allah bin al-Husain bin Hibah Allah bin
al-Hasan, atau dikenali sebagai Qutb al-Din al-Rawandi yang meninggal pada 573
Hijrah menyatakan bahawa pulangnya Nabi Muhammad ke rumah ummu Hani dan beliau
menyatakan kepada Baginda SAW bahawa jika diberitahu kepada manusia, pasti
manusia lebih mendustainya berbanding membenarkannya[2].
(Qutb al-Din al-Rawandi, Al-Kharaij al-Jaraih, jld 1, hlmn 85)
Kedua : Fiqh
Politik dengan Hujjah Aqidah
Fiqh Ibadat,
asas kaedahnya adalah asal sesuatu amalan itu adalah bidaah atau terlarang,
selama tiada nas yang saheh dan sareh menyatakan keizinanannya. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa asal
sesuatu perkara ibadat itu adalah bidaah atau terlarang, selama tiada nas yang
saheh, tetapi tidak disyaratkan sareh. Dengan maksud, amalan ibadat itu semestinya
wujud berdasarkan kepada nas. Tanpa nas, maka amalan ibadat itu tidak boleh
diamalkan.
Ini berbeda dengan fiqh politik. Ia sama dengan fiqh
Muamalat, iaitu asal sesuatu perkara adalah harus selama tiada nas secara saheh
dan sareh menyatakan haram. Dengan maksud, selama perkara itu tidak ada elemen
haram, seperti nas yang mengatakan haram, atau mendatangkan mudharat, maka ia
boleh dilakukan.
Al-Qaradawi menyatakan dalam al-Siyasah al-Syariiyah bahawa
politik itu hendaklah memberi kemaslahatan kepada rakyat. ‘Allal al-Fasi pula
menyatakan dalam Maqasid al-Syariah al-Islamiah wa makarimuha bahawa politik
itu perlu menunaikan tiga perkara penting; iaitu memberikan hak kepada yang
berhak, perakuan terhadap keadilan dan mengurus tadbir urusan rakyat.
Semua perkara ini tidak akan berlaku, jika sekadar meletakkan
kepada kepercayaan semata-mata, tanpa melibatkan penilaian akal. Apabila
berpolitik, perlu kepada perancangan. Dalam kerangka politik pilihanraya pula,
menubuhkan parti itu sendiri bersifat akal. Jika dengan percaya yang tidak
melibatkan akal, menubuhkan parti itu tidak perlu. Cukup sekadar berada di
tikar sejadah, kemudian berdoa siang dan malam untuk mencapai kemenangan dalam
politik.
Faktor akal menjadi perkara penting dalam politik amat
kelihatan dengan cara perlantikan empat khalifah awal selepas kewafatan Nabi
muhammad SAW. Semua cara perlantikan mereka tidak mempunyai cara yang sama. Cara
perlantikan Abu bakar al-Siddiq dengan cara perlantikan Umar bin al-Khattab
berbeda. Begitulah cara perlantikan Osman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
Ditambahi lagi, semasa pemerintahan Umar bin al-Khattab
menjadi khalifah, beliau telah membuat keputusan untuk menangguhkan
perlaksanaan hukuman potong tangan kepada pencuri di tahun kebuluran. keputusan
Umar itu berasaskan kepada ijtihad yang sudah pasti faktor akal mengambil
peranan.
Juga seperti tindakan Osman bin Affan yang tidak menunaikan
solat qasar semasa di Mina. Dalam khutbah pula, Osman bin Affan melarang dari
mereka menunaikan solat itu dalam keadaan qasar kerana bimbang ramai dari
kalangan Badwi yang datang pada tahun itu menganggap solat zohor itu bukan
empat rakaat.
Nyata disini, dalam sejarah umat Islam zaman salaf soleh,
faktor akal merupakan perkara penting dalam merungkai politik. Makanya, jika
Ustaz idris Ahmad mendakwa bahawa tidak menggunakan akal dalam politik kerangka
Islam adalah salah dan tersasar dari aturan Islam itu sendiri.
Ketiga : Guna
akal dalam beragama
Al-Izz bin Abd al-Salam ada
menyatakan dalam Qawaed ahkam bahawa sebahagian besar maslahah dunia dan
mafsadahnya diketahui berdasarkan kepada akal. Ia terjadi pada kebanyakkan
syariat-syariat[3].
Al-Quran sendiri menyeru manusia memanfaatkan akal
dengan bertadabbur pada ciptaan Allah dan mencari rahsia-rahsianya. Seperti
dalam ayat 101 dari surah Yunus, Allah menyuruh melihat apa yang ada pada
langit dan bumi. Juga seperti dalam ayat ke 17 dari surah al-Ghasyiah, bahawa
Allah SWT menyuruh mencari rahsia dengan melihat bagaimana unta itu diciptakan
tuhan.
Dalam diri manusia, faktor akal amat penting.
Allah SWT sendiri ada menceritakan bagaimana ahli neraka itu merasakan menyesal
ekoran tidak memanfaatkan akal.
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا
كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya;
“Berkata mereka, “kalau kami dengar dan kami
menggunakan akal, sudah pasti kami bukan dari kalangan ahli neraka” (Surah
al-Mulk, ayat 10)
Berfaktorkan akal, manusia dikira sebagai mukallaf atau diberati hukum. Bagi orang yang tidak berakal atau gila, mereka tidak pula dikira sebagai mukallaf. Dengan akal, manusia dapat mengenal tentang maslahah. Orang yang tidak berakal, tidak mengetahui sesuatu itu kebaikan atau keburukan, tetapi ia dapat dikenal oleh orang yang berakal.
Makanya kita akan dapat melihat bagaimana
perdebatan aqidah antara aliran muktazilah dengan Asyairah dengan menggunakan
akal, sehinggakan melahirkan sifat 13 yang kemudian ditambah oleh al-Maturidiah
sehingga mencapai bilangan 20 sifat.
Juga, al-Ghazali mengkritik beberapa ahli falsafah
dengan menulis kitab bertajuk tahafut al-Falasifah, lalu dikritik balas oleh
Ibn Rushd dengan menulis kitab bertajuk Tahafut al-Tahafut juga merangkumi
berdebatan perkara aqidah dengan menggunakan akal.
Tidak diabaikan, jika dilihat pada ayat-ayat
al-Quran bahawa Allah SWT menyuruh manusia supaya mengabdikan diri mereka
kepada Allah dengan memerhatikan kepada alam. Memandang kepada alam, tidak lain
tidak bukan adalah untuk menggerakkan akal agar berfikir tentang Allah SWT yang merupakan tuhan Maha Mencipta.
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ * الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ
فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ
الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang
telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa * Dialah
yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia
menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu
segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan
sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui” (Surah al-Baqarah, ayat
21-22)
Begitujuga kisah Nabi Ibrahim yang diceritakan
dalam al-Quran bahawa bagaimana secara tidak langsung Nabi ibrahim telah
mengajar manusia tentang Allah dengan melihat kepada alam, iaitu matahari,
bulan dan bintang.
Firman Allah:
وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ * فَلَمَّا
جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَبًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ
لَا أُحِبُّ الْآَفِلِينَ * فَلَمَّا رَأَى
الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي
رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ * فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا
رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ
* إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya;
“Ketika malam telah
gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah
Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya
tidak suka kepada yang tenggelam." * Kemudian tatkala dia melihat bulan
terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu
terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk
kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat." * Kemudian tatkala ia
melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih
besar." Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. * Sesungguhnya
aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan
cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang
mempersekutukan Tuhan” (Surah al-‘An’am, ayat 76-79)
Sifat aqidah itu
sendiri ia mesti jazim atau pasti. Sesuatu kepercayaan yang tidak pasti, ia
bukan aqidah, tetapi keraguan. Macam mana mahu mendapat kepercayaan jika hanya
dengan taqlid buta tanpa menggunakan akal untuk berfikir.
Keempat :
Isra’ dan mikraj tidak logik?
Kanak-kanak tidak
akan faham nilai sijil kerana pada fikiran kanak-kanak itu tidak logik untuk
diusahakan. Adapun bagi orang dewasa, sijil itu adalah satu perkara yang cukup
bernilai dari sudut logik mereka.
Kalau orang di zaman Hang Tuah dulu melihat orang sekarang yang memakai handphone, sudah pasti orang akan kata bahawa orang sekarang melakukan perkara yang tidak logik. Tetapi, era moden, menggunakan handphone adalah perkara yang logik.
Menilai isra’ dan mikraj dengan pandangan “kanak-kanak” atau
dengan pandangan “orang di zaman Hang Tuah” sudah pasti akan dikatakan tidak
logik. Tetapi, jika melihat Isra’ dan Mikraj dengan pandangan “orang dewasa”
atau dengan pandangan “orang di era moden”, pasti ia akan dapat difahami dari
segi logik.
Hakikatnya, islam itu sendiri sifatnya logik. Logiknya merentasi
zaman. Adapun jika kita tidak memahami, itu bukan kerana Islam itu tidak logik,
tetapi itu masalah kebodohan kita yang tidak faham atau belum memahami logik yang
dikehendaki oleh islam.
Kelima :
benarkah Qurish tolak kerana akal
Dalam al-Quran,
banyak ayat yang menyuruh manusia berfikir. Malahan, dalam surah al-Mulk, Allah
SWT menyatakan bahawa ahli neraka itu adalah mereka yang tidak menggunakan akal
mereka. Makanya, amat pelik jika dikatakan bahawa penolakan Quraish terhadap
Isra’ dan Mikraj kerana faktor logik akal.
Dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa penolakan
terhadap kebenaran itu bukan berfaktorkan logik, tetapi penolakan itu berlaku
ekoran kedegilan terhadap kebenaran. Walaupun didatangkan dengan
mukjizat-mukjizat yang benar sehingga mereka melihat dengan mata kepala mereka sekalipun,
tetapi mereka tetap menolak. Makanya tidak hairan, perkara yang logik yang
dibawa oleh islam pun mereka tetap menolak kebenaran Nabi Muhammad SAW. Lebih-lebih
lagi, tindakan mereka menyembah berhala itu sendiri jauh tidak logik berbanding
menyembah Allah SWT.
Jadi, dakwaan bahawa penolakan Quraish terhadap kebenaran
Isra’ dan mikraj dengan alasan logik akal adalah tidak benar sama sekali. Ia
sama seperti mendakwa haramnya arak kerana airnya berwarna hitam, walhal
haramnya arak bukan kerana airnya berwarna hitam, tetapi kerana mabuk yang ada
pada arak itu. begitujuga, penolakan Quraish itu bukan kerana logik akal,
tetapi kerana kedegilan mereka terhadap kebenaran.
Keempat :
sirah bukan hujjah, tetapi nas yang saheh dan sareh.
Hujjah dalam
islam itu adalah al-Quran, al-Sunnah, Qias dan Ijmak. Dalam beberapa mazhab,
seperti Maliki menambah amal ahli madinah dan sebagainya. kesemua ini dikira sebagai
hujjah induk.
Adapun sirah, ia perlu dilihat kepada dua jenis, iaitu yang
bersifat hadis, seperti ia punyai sanad yang boleh diguna pakai. Lalu, ia perlu
dikaji pula status saheh atau tidak, boleh dibuat hujjah atau tidak. Satu lagi
adalah hadis yang punyai sanad, tetapi tidak sedarjat dengan hadis, seperti
kisah-kisah yang diceritakan oleh ulama sirah atau tarikh dengan didatangkan
sanad-sanad yang kadangkala boleh diragui, seperti kisah Isra’ dan Mikraj yang
dikaitkan dengan Ummu Hani. Dari sudut periwayatan, didapati riwayatnya didatangkan
perawi-perawi yang cukup mempunyai masalah, seperti Riwayat Abu Jaafar al-Razi,
Abu Harun al-‘Abdi dan Khalid bin Yazid.
Makanya, ia sekali-kali tidak tidak boleh dijadikan sebagai
hujjah induk, tetapi ia sekadar mengukuhkan sahaja hujjah sedia ada sahaja. Itupun,
jika tidak bercanggah dengan nas-nas yang saheh dan umum al-Quran.
Makanya, kupasan Ustaz Idris dalam artikle beliau tentang
Isra’ dan mikraj cukup mempunyai masalah dari sudut faham agama mengikut aliran
sunni.
Wallahu ‘Alam..
* artikle ini tertakluk kepada kritikan..
well done boh... kritik jangan tak kritik... supaya ia memberi pelajaran kepada orang yang dikritik dan orang yang membacanya...
ReplyDeleteTk atas pencerahan.yg peliknya kenapa tak dibendung fahaman syiah ni terus menular dalam PAS
ReplyDeletePemimpin Pas yg menjadi target Syiah untuk direndah-rendahkan martabat mereka ialah Tn Guru Haji Hadi Awang,Ustaz Harun Taib (ketua dewan ulama), Ust Nik Abduh, Utz Nasaruddin dan mgkin ada lg. Sebab apa? sbb mereka2 ini pernah MENYENTUH hal berkenaan syiah.
ReplyDeleteBuat ape sokong Nik Abduh, Haji Hadi, Harun Taib yang UG tu- Mereka tahu nak bergabung je, redha dengan pilihanraya, sedangkan Tuan Guru Nik Aziz kata tak redha dengan Pilihanraya, dan tak boleh redha. Eh=eh=eh=eh Mari Haji hadi suruh redha, terima sahaja, terima apa penipuan? Terima untuk Unity Government? UG dah menular jauh dalam PAS, kerosakkan PAS dah jadi macam UMNO- Dulu PAS lawan UMNO dengan Hujah- Bila UMNO tak mampu berhujah dia guna kuasa kerajaan untuk jatuhkan PAS- Sekarang bila PAS dah ramai sikit dah kuat sikit mula lah naik tocang- Guna konsep wala' tak boleh kritik PAS- Kalau kritik PAS macam kritik Rasulullah- Kritik rasulullah kritik Allah- Kritik Allah neraka jawabnya. Amende begitu? Memang UG ni dah parah dah- Kerosakkan dalam PAS. Dengan wujudnya kapitalis dalam PAS. Nik Abduh dengan kes kayu balaknya. Kes di kelantannya, Menteri Besar baru di Kelantan yang patutnya Husam Musa lah jadi tapi yang tak dikenali itu juga diambil untuk diangkat menjadi MB kelantan yang baru- Memang pelik- PAS ni dah menjadi macam UMNO- Makin nak tunjuk belang. MasyaAllah. Apa nak jadi dengan PAS yang dulunya bagus tapi sekarang- Hanya tinggal sisa yang suka mengkafirkan dan menghina dan Fil Qudha. Dikata nya Dr.Nasir itu tidak solat- tidak Puasa, Syaitan- Apa nak jadi dengan PAS- Dulu katanya PAS for ALL. sekarang dah jadi PAS for DAP and PKR. Apa dah jadi dengan PAS ni? Bercanggah situ dan sini. Cuba lah bawak meneliti balik- Pimpimnan tu cuba teliti balik-
DeleteAku suka baca pasal penerangan Ust Wan Ji mengenai PAS mengamalkan Wilayatul Faqeh. Memang dah rosak dah PAS. tak boleh di kritik, tak sama dengan pendapat rakyat. Lepas tu amalkan wilayatul Faqeh. Kata dekat Syiah macam-macam, tetapi dalam diam amalkan Wilayatul Faqeh- Boleh baca Tajuk yang Ust Wan Ji tulis.
ReplyDeleteJiwa Muslim ni badwi seperti yang dimaksudkan oleh ustaz wanji dlm artikel diatas. Jadi penerangan ustaz wanji diajadikan oleh asas oleh badwi untuk hukum PAS secara pukal. memang badwi berlakon jiwa muslim.
ReplyDeleteWan Ji
ReplyDeleteDlm ceramah israk mikraj oleh Maulana Asri (www.darulkautsar.net)
Memang riwayat yg menyebut di rumah Ummu Hani permulaan dan kembalinya Nabi SAW dari israk mikraj ialah dari Syiah.Boleh tonton di youtube!
"Adapun sirah, ia perlu dilihat kepada dua jenis, iaitu yang bersifat hadis, seperti ia punyai sanad yang boleh diguna pakai. Lalu, ia perlu dikaji pula status saheh atau tidak, boleh dibuat hujjah atau tidak. Satu lagi adalah hadis yang punyai sanad, tetapi tidak sedarjat dengan hadis, seperti kisah-kisah yang diceritakan oleh....."
ReplyDeleteAdakah ustaz maksudkan "Satu lagi adalah sirah yang punya sanad, tetapi tidak sedarjat dengan hadis..."
Ana agak jem di di situ.