Saturday, 1 June 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (21)

Dr Juandajaya hadir. Kami bersalaman dan terus mengambil satu meja. Kelihatan beberapa rakan Dr Juandajaya yang pertama kali aku bertemu mata dengan mereka. Kalau tidak salah ingat aku, namanya Ustaz Abdul Kadir dan beberapa rakan yang kelihatan seperti anak muda.


Kami berbual-bual dengan tajuk yang agak banyak juga. tengah berbual panjang itu, tiba-tiba datang seorang lelaki agak berumur menegur dan bertanya sesuatu kepada Dr Juandajaya. Orang tua itu adalah Dato’ Azmi Khalid. Pakaq ajak Dato’ Azmi duduk sama untuk berbual panjang. Dato’ Azmi tidak menolak.

Makanya hari tu, kami berbual tentang dengan tajuk yang pelbagai. Antaranya tentang kemampuan Anwar Ibrahim hendak melaksanakan manifesto yang dicadangkan jika PR memerintah Malaysia. Juga beberapa polisi-polisi tanah dan kritikan kami terhadap beberapa sistem yang diamalkan UMNO/BN. Dr Juandajaya banyak ketawa, senyum dan memberi respon mencelah, tidak membahaskan secara serius.

Hampir Dato’ Azmi khalid nak berlalu pergi, sambil menepuk bahu Dr Juandajaya, Dato’ Azmi ada menyatakan; “Dr ni, ramai parti  datang melamar”


Kami hanya ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Azmi Khalid. Kemudian tidak lama kemudian, Ustaz Zulqarnain pula nak beransur pergi kerana mahu ambil anak sekolah. Kemudian kami sambung tajuk perbualan kami. Sedang berbual, Shahidan Kasim telefon Dr Juandajaya, tetapi Dr Juandajaya tidak angkat. Dia tunjuk kepada kami Hpnya, tertera nama Shahidan Kasim.

Kali ini, kami berbual tentang bertanding. Dr Juandajaya banyak memberi sudut pandang politik yang memberi implikasi baik kepada PR di Perlis. Memang menarik sudut pandang beliau itu, tetapi sudut pandang beliau tidak pernah dibuat oleh ahli-ahli politik PR di Perlis. Kadangkala aku fikirkan selepas mendapat keputusan PRU baru-baru ini, jika sudut pandang Dr Juandajaya itu dibincang oleh pimpinan PR di perlis, mungkin keputusan PRU baru-baru ini banyak memberi untung kepada PR.


Selesai berbual, kami beransur pulang. Kami bergambar dan bersalaman. Kelihatan sebuah kereta peruntukan kerajaan kepada mufti perlis itu sedang menunggu dengan seorang driver dalam kereta itu.

“kalau ana nak jadi mufti pun, semata-mata nak ada driver dan kereta free jer” aku berjenaka yang disambut ketawa rakan-rakan, tetapi Dr Juandajaya hanya tersenyum sahaja.

“nak tumpang, aku boleh hantarkan” Dr Juandajaya membalas jenaka aku.

“Ah, tak pe.. ana dah ada budak dah.. kami naik dengan dia je lepas ni” kataku.

Dr Juandajaya pun berlalu pergi. Kami pun naik kereta kami dan meneruskan perjalanan kami ke pulau pinang, seterusnya menuju ke kolej Islam perak, Kuala Kangsar kerana pada keesokkan paginya aku dijadualkan membentang kertas kerja tentang manhaj dan method tafsir maqasidi.

Dalam perjalanan, pakaq tidak pasal-pasal bersuara; “aku dok nampak, Juanda ni licik… ada juga kan orang agama yang licik macam dia ni”…

Aku merenung jauh hadapan. Melihat kereta dan papantanda yang tertera kalimah alor star…

Bersambung….



No comments:

Post a Comment