Saturday 24 May 2014

AL-TAHSIN WA AL-TAQBIH AL-AQLIYAN

Tajuk kitab : al-Tahsin wa al-Taqbih al-Aqliyan Wa Asaruha fi Masail Usul al-fiqh Ma'a Munaqasyah Ilmiyyah li al-Usul al-Madrasah al-Aqliyyah al-Hadisah
Penulis : Dr 'Ayid bin Abdullah bin Abd al-Aziz al-Syahrani
Terbitan : Dar Kunuz Ishbiliya li al-Nasyr wa al-tawzi'
tarikh : 2008 - 1429.
Muka surat kitab : jilid 1 - 514.  

Download kitab di sini: jilid 1, 2, 3


kemampuan akal dalam memahami sesuatu itu dalam perkara berikut;

SKOP AQIDAH

Manusia boleh faham secara ijmal, tidak secara tafsili.

 Ibn Taimiyyah kata, para rasul datang menerangkan perkara yang akal lemah nak faham. Namun, ada orang yang melampau,  semua perkara guna akal. Maka itu adalah kebatilan dan menyanggahi nubuwwah.

والرسل جاءت بما يعجز العقل عن دركه ، لم تأت بما يعلم بالعقل امتناعه ، لكن المسرفون فيه قضوا بوجوب الأشياء و جوازها وامتناعها لحجج عقلية بزعمهم ، اعتقدوا حقا وهي باطل وعارضوا بها النبوات ( مجموع فتاوي : 3/339 )

Perkara aqidah yang difahami secara akal;

secara badihi;

Kewujudan Allah, ketuhanan Dia. (1/131)

apabila ada segala alam ini, sudah pasti ada pencipta,  iaitu Tuhan.

Ibn al-Qayyim menyatakan;

 فخاطبواهم مخاطبة من لا ينبغي أن يخطر له شك في وجود الله سبحانه ( مفتاح دار السعادة : 1/280 )( 1/132 )

Dalam Quran dipamerkan orang yang mengingkari kewujudan Allah adalah zalim dan degil. (Lihat al-Qasas, ayat 38 dan surah al-Naml, ayat 14) (1/133)

QURAN GUNA KAEDAH AKAL UNTUK BUKTIKAN KEWUJUDAN ALLAH

akui bahawa Allah wujud. (Surah al-Zariyat, ayat 20-21; al-Baqarah,  164)

menolak dakwaan batil bahawa Allah itu dakwaan mereka tiada. (Loqman, 11; al-Haj, 73; zumar, 38) (1/135-136)

ISBAT NUBUWWAH

buktikan kenabian seseorang nabi menggunakan kaedah akal. (Surah saba', 46)

Kata tuan kitab:

والحق الذي ستقوده اليه عقولهم - بعد هذا التفكر - أنه عليه الصلاة و السلام أرجح الناس عقلا و أصلحهم رأيا و أصدقهم قولا و انزههم نفسا ، وهذا يكفي لأن يظن المشركون بالرسول خيرا ( 1/137 )

KEBANGKITAN AKHIRAT

seperti dalam surah Rom, 27. Mujahid berkata;

الإعادة أهون عليه من البداءة و البداءة عليه هينة ( طبري : 21/35: ابن كثير : 3/431 )

 KERANGKA PENSYARIATAN

Iaitu ijtihadi. Tanpa akal, ijtihad tak berlaku. 

Definisi ijtihad;

وهو استفراغ الفقيه وسعه لدرك حكم شرعي ( 1/139 )

 **

proses ijtihad dalam kerangka manat.

tahqiq manat

contoh hadis;

انها ليست بنجس إنها من الطوافين عليكم و الطوافات

 Tawaf dalam hadis adalah illat yang telah dinaskan. Makanya mujtahid nyatakan illat ini ada pada tikus juga. Makanya ia seperti kucing juga. (145)

tanqih manat

dalam nas banyak illat yang dinaskan. Lalu, dianalisa dan memilih salah satu yang muktabar. (145)

Contoh hadis badwi ngaku setubuh isteri Pada siang hari bulan ramadan. Nabi suruh merdekakan hamba.

Illat analisa mujtahid;
1. Badwi
2. Ramadhan
3. Tenggelam zakar dalam faraj (zina atau jimak?) (146)

takhrij manat

Nas tidak sebut illat, tetapi nyatakan hukum (samaada secara nas atau ijmak) lalu mujtahid keluarkan illatnya.

contoh mabuk pada arak.

Dalam tahqiq dan tanqih, illat ada dalam nas. Dalam takhrij, illat di istinbatkan (akal). (147)

KERANGKA AKHLAK

akal faham akhlak secara ijmal. Tp, wahyu tafsilikan. Seperti akal faham kebaikan adil dan buruknya zalim. Tp tafsili bagi adil dan zalim itu, wahyu menjelaskan.

Ibn al-Qayyim kata;

غاية العقل أن يدرك بالإجمال حسن ما أتي الشرع بتفصيله أو قبحه ، فيدركه العقل جملة و يأتي الشرع بتفصيله، وهذا كما أن العقل يدرك حسن العدل وأما كون هذا الفعل المعين عدلا أو ظلما فهذا مما يعجز العقل عن ادراكه في كل فعل وعقد ( مفاتح دار السعادة : 2/117)

#Tahsintaqbih

AKAL

Tufi dalam Dar' al-Qaul al-Qabih mengatakan, baik dan buruk itu bukan sekadar diketahui melalui akal, tetapi dikenali juga menerusi tabiat, inderawi dan wujdani. (286)

Ibn Burhan dalam al-Wusul fi al-Usul anggap bahawa ia tidak terkhusus dengan orang berakal sahaja, kerana binatang akan lari dari perkara yang memudharatkannya dan cenderung kepada perkara yang memberi kemanfaatan. (287)

al-Juwaini dalam al-Burhan fi Usul al-Fiqh pula menyatakan bahawa beliau tidak tolak kemungkinan bahawa akal boleh menjauhkan dari sebagai kerosakan dan boleh mendekatkan dengan manfaat. (294)

Al-Ghazali  dalam al-mustasfa pula menyatakan, Jika sesuatu keputusan akal itu selaras dengan wahyu, maka ia baik. Jika menyalahi, maka ia buruk. (294)

Ini berbeda dengan muktazilah. Menurut ibn Burhan dalam al-Wusul fi al-Usul, sesuatu itu dinilai baik atau buruk secara akal, iaitu walaupun sebelum kedatangan syarak lagi. iaitu, dengan kecenderungan diri manusia itu sendiri. (295)

Dalam ungkapan imam abu al-Hasan al-Asy'ari dalam risalah al-Sugr pula, buruk itu adalah berkaitan dengan sifat makhluk.  Iaitu, apa yang dilarang oleh Tuhan dari dilakukan, maka ia buruk. Adapun baik, apa yang dilakukan ekoran suruhan tuhan, sama ada harus, sunat atau wajib.  (297)

Dengan itu, difahami bahawa akal tidak memutuskan sesuatu perkara,  tetapi penentuan baik dan buruk itu pada sam', iaitu dengar dari wahyu. Kata beliau, "tanpa dengar (wahyu), pasti tidak akan diketahui buruk sesuatu dan tidak diketahui baik sesuatu itu. (298)

ungkapan abu hasan al-Asy'ari ini selaras dengan apa yang diungkapkan oleh al-Juwaini dalam al-Burhan fi Usul al-Fiqh,  yang mengatakan hukum syarak itu ada baik dan buruk. Kedua2nya merujuk kepada suruh dan tegah.  Tidak buruk sesuatu perkara dalam hukum Allah secara ainnya (zati) sepertimana tidak boleh menjadi baik sesuatu itu secara ainnya. (301)

Komentar Ibn Taimiyyah dalam majmuk fatawa pula, tujuan bagi perkara ini adalah akibat bagi perbuatan itu; iaitu kebahagiaan atau kecelakaan di hari akhirat. Ia tidak akan diketahui kecuali dengan syarak. (304)

PENENTUAN BAIK DAN BURUK SECARA AKAL?

Terdapat kepada beberapa aliran sepeti berikut;

1. Penentuan baik dan buruk bukan dengan akal - asyairah. (309)
2.  Akal menentukan baik dan buruk. - muktazilah. (334)
3. Akal mengetahui baik dan buruk, wahyu pula menentukan ia secara terperinci seperti wajib, sunat, harus, haram dan makruh - pendapat jumhur ulama - abu al-Qasim saad bin Ali al-zanjani, Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim.

AKAL TIDAK TENTUKAN BAIK DAN BURUK (310)

Abu al-Walid al-Baji menyatakan dalam ahkam al-Fusul bahawa tiada penentuan akal pada sesuatu itu baik dan larangan, mahupun harus dan juga wajib.  (315)

dinyatakan juga bahawa mengetahui baik dan buruk itu dengan syarak. (-)

al-Juwaini menyatakan dalam al-Talkhis Fi Usul al-Fiqh bahawa menurut ahli al-Haq, semata-mata akal tidak dapat menanggapi baik dan buruk. Beliau juga bertanya, bagaimana hendak memastikan baik dan buruk sebelum datangnya syarak, kerana selepas kehadiran syarak baru diketahui sesuatu amalan itu terpuji atau terkeji.

Dia juga menyatakan dalam kitab al-Burhan tidak celaan pada hukum Allah (yang berbentuk larangan) pada ainnya (li Ainih), sepertimana tidak menjadi baik sesuatu pada ainnya.

Al-Ghazali pula menyatakan dalam al-Mankhul bahawa baik dan buruk sesuatu perbuatan itu tidak ditanggapi dengan akal, sebaliknya terhenti tanggapannya pada syarak yang manqul. (315)
Ibn al-Sam'ani menyataian dalam Qawati' al-Adillah, bahawa akal sebagai alat untuk menanggapi sesuatu. Ia dapat menanggap perkara yang baio dan buruk, lalu diharuskan dan diharamkan selepas ia terbukti menerusi sam', iaitu dengar dari wahyu. (316)

Menurut Al-Zinjani dalam takrij al-Furu' Ala al-Usul bahawa jumhur ulama menyatakan bahawa penentuan baik dan buruk itu kembali kepada suruhan dan larangan. Kecelaan itu bukan pada ainnya, begitu juga pada kebaikan sesuatu,  malahan makna yang menentukan buruk itu adalah sesuatu yang diharamkan yang semestinya ia berkaitan dengan tegahan; dan makna bagi baik itu adalah diwajibkan yang ia berkaitan dengan suruhan.  ( 317)

Secara ringkas, senarai ulama sealiran dengan asyairah adalah;

1. Abu al-Walid al-Baji menerusi kitab Ihkam al-Fusul
2. Al-Juwaini menerusi kitab al-Talkhis fi Usul al-Fiqh dan al-Burhan.
3. Al-Ghazali menerusi al-Mankhul
4. Ibn al-Sam'ani menerusi kitab Qawati' al-Adillah.
5. Ibn Burhan menerusi kitab al-Wusul fi al-Usul.
6. Al-Amidi menerusi kitab al-Ihkam fi Usul al-Ahkam
7. Al-Zinjani menerusi kitab takhrij al-Furu' 'ala al-Usul.
8. Add al-Din al-Iji menerusi kitab al-Mawaqif fi Ilm al-Kalam.

#tahsintaqbih.

BAIK DAN BURUK DI TENTUKAN OLEH AKAL OLEH MUKTAZILAH

Pada muktazilah, penentuan baik dan buruk itu ditentukan oleh akal. Perbincangan tentang fikrah ini kepada hal-hal berikut;

satu : perkara yang akal boleh tahu tentang baik dan buruk secara dharuri dan badihi (secara pasti) (335)

Contoh : secara pasti akal tahu bahawa bersyukur, amanah dan bercakap benar itu baik. (336)

Dua : akal mengetahui baik dan buruk secara nazari (kena ada penelitian)

contoh : ada beberapa keadaan berbohong itu boleh mendatangkan manfaat seperti berbohong untuk mendapatkan wang dll. (336)

tiga : akal menentukan baik dan buruk dengan perantaraan wahyu. (336)

contoh : solat, haji, ibadat, buruk zina dll.

Pada muktazilah,  syariat mengukuhkan apa yang telah ditetapkan oleh akal. (336)

20 mei 2014 | Dewan china Kuala Lumpur.

#tahsintaqbih.


SUDUT PANDANG TAFSIRAN MUKTAZILAH TENTANG BAIK BURUK DITENTUKAN AKAL

sudut pandang pertama;

baik dan buruk itu pada perbuatan Itu sendiri tanpa ada kaitan dengan sifat yang mewajibkannya.

Didakwa bahawa ini adalah pandangan awal muktazilah seperti diakui oleh Al-Amidi dalam al-aihkam, ibn al-Hajib dalam Muntaha al-Wusul, al-asfahani dalam al-Kasyif 'an al-Mahsul dan al-Qarafi dalam Nafais al-Usul, tetapi ibn Taimiyyah menafikan dalam  al-Rad 'ala al-Mantiqiyyin kewujudan fikrah ini. (339)

sudut pandang kedua;

Baik dan buruk itu adalah sifat tambahan pada perbuatan yang melazimi dengan baik dan buruk tersebut. 

Contoh : zina. Ia adalah buruk pada akal, kerana ia membawa kepada kerosakan pada percampuran keturunan yang boleh membawa kepada kerosakan sistem kekeluargaan. (339)

didakwa ini pandangan kalangan mutaakkhirin muktazilah. Al-Amidi mendakwa bahawa ini adalah pandangan Pengikut al-Jubbaie. (340)

sudut pandang tiga:

Perbualan buruk itu tersifat pada sifat buruk sahaja, tanpa melibatkan sifat baik.  Dengan maksud, jika perkara itu tidak buruk, maka ia adalah sifat yang baik.

Didakwa ini adalah pandangan Abi Ali al-Jubbaie dan Abi al-Hasan al-Basri. (340)

sudut pandang keempat:

perbuatan baik dan buruk bukan sifat hakiki, tetapi sekadar iktibari sahaja yang berbeda satu sudut pandang dengan sudut pandang lain.

Contoh : menampar anak yatim sebagai mendidik.  Ia dilihat dari sudut iktibar sebagai menyakiti anak yatim.

Didakwa bahawa ini juga pandangan abi ali al-Jubbaie,  seperti didakwa oleh Ibn Hajib dalam muntaha al-Wusul wa al-Amal. (341)

secara mudahnya, ibn Burhan dalam dar' al-Qaul al-Qabih menyatakan bahawa muktazilah menjadikan akal sebagai hakim. (323)

ini berbeda dengan asyairah dan maturidiyyah yang menyatakan bahawa hakim adalah Tuhan (wahyu, syariat dll)

20 mei 2014 | 7:04 malam | Dewan china Kuala Lumpur.

#tahsintaqbih

ULAMA AHLI AL-SUNNAH MENANGGAPI MUKTAZILAH

Dikalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, mereka menanggapi muktazilah dengan beberapa tafsiran mereka, iaitu seperti berikut;

1. Muktazilah anggap akal sebagai hakim (pembuat hukum)
2. Muktazilah membuat hukum dengan akal
3. Muktazilah menganggap bahawa akal yang mengharuskan, mewajibkan dan mengharamkan. (343)

Ibn Malak, seorang ulama usul dalam mazhab Hanafi menyatakan dalam Syarh al-Manar fi al-Usul  bahawa di sisi muktazilah, penghukum terhadap sesuatu baik dan buruk adalah akal, tanpa dimasuki elemen syariat. (345)

Ilkiya al-Tabari menyatakan yang perkataannya dinukilkan dalam Bahr muhit bahawa akal mengetahui kewajipan setengah perbuatan.  Dan makna bagi kewajipan itu adalah, ia mengetahui bahawa tindakan wajib itu disertai kerosakan jika tidak dilakukannya. (347)

ibn Burhan menyatakan dalam al-Wusul ila al-Usul bahawa muktazilah meletakkan akal boleh menentukan baik dan buruk, dengan maksud akal mewajibkan keadaan perbuatan itu baik dan setengahnya buruk. (347)

al-Qarafi pula dalam Syarh Tanqih al-Fusul menyatakan bahawa tanggapan muktazilah bahawa Allah adalah pembuat hukum, lalu mustahil Allah abaikan kerosakan yang wujud di sebalik sesuatu yang diharamkan dan mengabaikan maslahah, maka Dia tidak akan menyuruh melakukannya.

Menurut al-Qarafi lagi, bahawa muktazilah menanggapi bahawa setiap yang sabit selepas syarak turun, sebenarnya ia sabit juga sebelum syarak diturunkan. (347)

Al-Qarafi menambah lagi bahawa muktazilah bukanlah meletakkan hukum itu pada akal, tetapi akal digunakan untuk menanggapi hikmah, yang mana hikmah itu ditaklifkkan untuk meninggalkan kerosakan dan menghasilkan maslahah. (378)

Dalam menanggapi komentar al-Qarafi, al-Tufi menyatakan dalam kitab Dar' al-Qaul al-Qabih bahawa akal itu menanggapi sesuatu perbuatan itu maslahah atau mafsadah yang semestinya dikaitkan dengan balasan pahala dan dosa secara ibtidai (permulaan). (349)

al-Isnawi dalam Nihayah al-Sul menyatakan bahawa muktazilah beranggapan bahawa akal ada kemampuan membongkar tentang kebaikan dan keburukan,  dan tidak perlu terikat pada hukum Allah itu sehingga datangnya syariat kerana kepercayaannya bahawa wajib meraikan kemaslahatan dan kemafsadatan.

Kesimpulan al-Isnawi adalah semua sepakat bahawa hakim secara hakikatnya adalah Allah, tetapi kekhilafan berlaku adalah apakah akal sudah memadai untuk mengetahui hukum Allah atau tidak? (349)

Menurut kupasan al-Zarkashi dalam Tasynif al-Musami' bahawa hukum syarak itu mengikut akal sedangkan akal itu yang diikut. (350)

Bagi menolak pendapat muktazilah ini, al-Amidi menyatakan dalam al-Ihkam bahawa hukum tidak ada kecuali kedatangan syariat. (343)

Al-Tufi pula menyatakan, jika ikut pendapat muktazilah ini, sudah pasti ia bercanggah dengan ayat ke 15 dari surah al-Isra yang Allah nyatakan bahawa Allah tidak akan azab sesuatu kaum kecuali Allah datangkan Rasul terlebih dahulu. (345)

21 mei 2014 | 7:14 malam | kelana Jaya.


KOMENTAR ULAMA TENTANG KENYATAAN ABU HANIFAH TENTANG AKAL DAN WAHYU

Dalam kitab Kasyf al-asrar karangan al-Bukhari, ada menukilkan bahawa imam Hanafi ada berkata;

لا عذر لأحد في الجهل بالخالق لما يرى من خلق السماوات و الأرض و خلق نفسه

"Tiada keuzuran bagi seseorang dalam kejahilannya terhadap pencipta kerana dia melihat ciptaan langit dan bumi dan penciptaan dirinya sendiri"

Ibn Nujaim pula me nukilkan dalam kitab Fath al-Ghaffar bahawa Imam Abu Hanifah berkata;

ولو لم يبعث الله للناس رسولا لوجب عليهم معرفته بعقولهم

Kalau tidak Allah membangkitkan rasul untuk manusia, sudah pasti menjadi wajib kepada manusia itu bahawa mengenal Allah dengan akal mereka" (371)

Dengan ungkapan imam abu hanifah ini, dikalangan ulama menyatakan bahawa akal mewajibkan untuk mengenal Allah, kewajipan beriman dan keharaman kufur, walaupun dengan tidak diturunkan wahyu.  Pendapat ini didokong oleh sebilangan ulama dalam mazhab Hanafi, seperti Abu Mansur al-Maturidi dan kebanyakkan ulama bermazhab Hanafi di sebelah Iraq. (372)

Namun begitu,  di kalangan mereka memberikan penjelasan terhadap maksud imam abu hanifah tersebut. Antaranya al-Dabbusi menyatakan dalam Taqwim al-Adillah dengan dia menyatakan bahawa sifat akal mengenali sesuatu itu ada dua bentuk, iaitu sifat akal secara menyendiri (al-Aql Li-zatih) dan sifat akal secara dokongan dari faktor yang lain (al-Aql li-idafatih)

perbedaan kedua-duanya adalah, akal li-Zatih itu adalah akal itu memahami sesuatu secara menyendiri, sedangkan akal li idafatih adalah kefahaman akal ekoran melihat faktor-faktor yang lain dari akal, seperti kaitan dengan melihat alam, pembacaan,  pengalaman diri dan sebagainya.

Mengikut komentar mereka, maksud dari Imam Abu Hanifah itu adalah merujuk kepada akal dalam maksud yang kedua (al-Aql Li-Idafatih). (372)

ekoran itu, al-Bukhari menyatakan dalam Kasyf al-Asrar bahawa tiada keuzuran bagi mereka yang ada tajribah, pengkajian dan penelitian ilmu untuk tidak mengenal Allah menggunakan akal mereka. 

Ini berbeda dengan muktazilah, kerana sifat mengenal Allah, mengenal baik dan buruk Mengikut mereka dalam kerangka al-Aql Li-Zatih.

Walau bagaimana pun, Nur al-Din al-Sabuni dalam kitab al-Kifayah dan Syaikh Akmal al-Din dalam Syarh Wasiat al-Imam Al-A'zam menyatakan bahawa maksud dengan kewajipan iman dan keharaman kufur dengan akal yang dimaksudkan oleh Imam Abu Hanifah itu tiada kaitan langsung dengan penentuan pahala dan dosa.  Ini kerana, penentuan pahala dan dosa tidak terhasil kecuali dengan wahyu. (375)

23 mei 2014 | 6:46 petang | Saujana Utama.

#tahsintaqbih. 

TRADISI MUSLIM DALAM ISU BAIK DAN BURUK BERKAITAN DENGAN AKAL

Secara ringkas, dalam tradisi umat Islam dalam penentuan baik dan buruk ditentukan oleh akal itu terbahagi kepada beberapa bahagian berikut;

1. Akal secara zatinya tidak menentukan baik dan buruk, malahan tidak dapat mengetahui sesuatu itu baik dan buruk kecuali dengan kedatangan wahyu. Adapun tugas akal, ia sebagai alat sahaja untuk memahami khitab dari Allah. (378)

Ini adalah pendapat Asyairah. Antara ulama dari kalangan pendokong asyairah ini adalah al-Bazdawi menerusi kitab usul beliau,  Abdul Aziz al-Bukhari menerusi kitab Kasyf al-Asrar, al-Surakhsi dalam kitab usul beliau, Ibn Al-Sa'ati dalam Nihayah al-Wusul ila Ilm al-Usul dan al-Nasafi dalam Kasyf al-Asrar.

2. Akal secara zatinya mengetahui sesuatu itu baik dan buruk, malahan penilaian baik dan buruk oleh akal itu memberikan natijah balasan pahala dan dosa. Adapun wahyu sekadar untuk menyelak, membuka atau mengukuhkan apa yang telah diputuskan oleh Akal. (379)

Pendapat ini didominasi oleh aliran Muktazilah.  Ini disokong oleh al-Asmadi dalam kitab Bazl al-Nazr, al-Lamashyi dalam  kitab fi Usul al-Fiqh, Ibn Malak dalam syarh al-Manar fi al-Usul dan al-Karamasti dalam kitab al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. (380)

Abd al-Aziz al-Bukhari pernah menyatakan dalam kitab Kasyf al-Asrar dengan katanya, " akal adalah alat bagi mengetahui perkara yang difikirkan seperti mendengar (wahyu) adalah alat untuk mengetahui perkara yang didengari".

3. Akal dapat memastikan kewajipan beriman dan pengharaman kufur.

Ia adalah pandangan abu mansur al-Maturidi.

Al-Dabbusi menyatakan dalam Taqwim al-Adillah bahawa dengan semata-mata akal , manusia perlu beriman dengan Allah dan beriktiqad dengan wajib taat kepada Allah. Ia disokong oleh al-Bukhari dalam Kasyf al-Asrar dan al-Bazdawi dalam kitab usul beliau. (385)

Perbedaan antara maturidi dengan muktazilah adalah skop kemampuan akal yang dikaitkan dengan keputusan syariat. Pada muktazilah,  penentuan akal dengan syariat lebih luas berbanding maturidi. (383)

4. Akal mungkin mengetahui baik dan buruk, tetapi ia tidak memestikan sebagai hukum Allah.  Pada mereka, hakim itu adalah Allah, dan syariat sebagai pembuka.

Pendapat ini didokong oleh kebanyakkan hanafiyyah, seperti Ibn Abd al-Syukur menerusi kitab Musallam al-Subut fi Usul al-Fiqh dan al-Mutii dalam Sulam al-Wusul syarh Nihayah al-Sul. (386)

ini merupakan mazhab pertengahan antara muktazilah dan asyairah.

5. Mereka akui bahawa akal mungkin tahu baik dan buruk,  tanpa diwajibkan baik itu dibuat oleh Allah dan buruk itu tidak dibuat oleh Allah sepertimana ditanggapi oleh akal.

Pendapat ini didokong oleh Nur al-Din al-Sabuni yang dinukilkan oleh Abd al-Aziz al-Bukhari dalam kasyf al-Asrar dan akmal al-Din yang dinukilkan oleh Ibn Nujaim dalam Fath al-Ghaffar. (287)

23 mei 2014 | 11:12 malam | Tropikana Sungai Buloh.

#tahsintaqbih



HUJAH TENTANG ISU BAIK DAN BURUK SECARA AKAL

Dalam hal ini, terdapat perbahasan tiga aliran pendapat dan hujah mereka adalah seperti berikut;

SATU : ASYAIRAH

Asyairah berpendapat bahawa baik dan buruk itu  tidak ditentukan oleh akal, sebaliknya ia adalah ketentuan Allah semata mata. Hujah-hujah mereka adalah seperti berikut;

satu :

Dalam ayat ke 15 dari surah al-Isra' Allah menyatakan bahawa Allah tidak akan memberikan azab kecuali didatangkan Nabi.

Menurut kupasan seorang ulama asyairah, iaitu al-Dabbusi dalam kitab Taqwim al-Adillah bahawa, ayat ini membuktikan bahawa penentuan azab atau tidak itu dengan kedatangan Rasul. Ini menandakan, akal tiada peranan dalam menentukan baik dan buruk. (415)

dua:

dalam ayat 165 dari surah al-Nisa, Allah nyatakan bahawa tugas Rasul itu adalah memberi khabar gembira dan khabar ketakukan agar manusia tiada hujah.

al-Dabbusi menyatakan, ia merupakan dalil bahawa akal tiada peranan penentuan baik dan buruk, sebaliknya wahyu, iaitu berdasarkan kepada ayat ini.( 419)

tiga:

dari ayat ke 130, surah al-An'am, Allah persoalkan kepada orang kafir, apakah tidak Allah telah datangkan rasul untuk menceritakan tentang ayat Allah?

Al-Bukhari dalam kitab kasyf al-Asrar bahawa Ia adalah dalil bahawa kafir itu perlu mendengar dari Rasul. Ini menandakan, akal tidak memadai. ini kerana, walaupun manusia itu kafir, mereka tetap punyai akal. (419)

empat :

ayat ke 131, surah al-An'am, Allah swt menyatakan bahawa Allah tidak akan binasakan ahli sebuah kerajaan yang tidak tahu.

Ia sebagai bukti bahawa ada kemaafan dari penentuan baik dan buruk tanpa kehadiran wahyu. (420)

DUA : MUKTAZILAH

muktazilah menyatakan bahawa baik dan buruk ditentukan oleh akal, bukan wahyu. (441)

hujah-hujah mereka adalah seperti berikut;

satu ;

firman Allah dari ayat ke 109, surah Yusuf. Allah bertanya,  apakah tidak mereka berjalan di atas muka bumi untuk melihat bagaimana keadaan yang pernah terjadi kepada orang-orang yang sebelum dari mereka.

juga dari ayat ke 8, surah al-Rom, Allah menyoal apakah manusia tidak berfikir tentang diri mereka sendiri, juga ciptaan langit dan bumi dan makhluk yang berada antara langit dan bumi itu.

dalam ayat ke 46, surah al-Haj, Allah menyatakan tentang manusia yang ada hati, tapi tak fikir; ada telinga tapi tak dengar.

Dari ayat-ayat ini, kalangan muktazilah menyatakan bahawa peranan akal amat besar dalam menentukan baik dan buruk.  (442)

Dua:

banyak ayat menyuruh manusia berfikir dan taammul pada ciptaan Allah dan kehidupan manusia itu sendiri. Seperti surah al-Anam ayat 11, surah al-ankabut ayat 20, surah al-aaraf ayat 176 dan sebagainya. (443)

TIGA : MATURIDIYYAH

Pandangan ini menyatakan bahawa akal mengetahui baik dan buruk, tetapi tidak pada penentuan hukum halal, haram, pahala dan dosa, kerana semua ini ditentukan oleh wahyu. (455)

hujah-hujah mereka adalah seperti berikut;

Satu;

dalam kisah Nabi Musa bahawa Allah menyatakan bahawa Firaun itu amat zalim,  walaupun Nabi Musa belum lagi dilantik menjadi Rasul lagi. Ia dirakamkan dalam surah al-Sofat, ayat 85 - 87, surah al-Qasas ayat 4, surah syuara ayat 10-11 dan surah al-Nazi'at ayat 17.

Namun kedatangan Nabi Musa itu sebagai menerangkan lagi bahawa amalan itu adalah salah di sisi agama dan menimpakan dirinya ke dalam neraka. (456- 458)

dua:

surah al-aaraf, ayat 157, Allah menyuruh manusia melakukan makruf dan mungkar dan Allah halalkan yang baik dan haramkan yang buruk. (458)

tiga :

dalam surah al-Nahl, ayat 90, Allah suruh laksanakan keadilan dan ihsan, berikan kepada zil Qurba dan cegah fahsya dan mungkar.

Dalam ayat yang lain, Allah akui keadilan itu boleh berlaku juga pada orang bukan islam.

Empat :

Allah larangan zina berlaku kerana ia adalah fahsya dan buruk. Tersebut dalam surah al-Isra, ayat 32.

fahsya itu adalah illah, yang sudah pasti terlebih dahulu sebelum ma'lul. Jd, ma'lul yang tersebut dalam nas. Ini menandakan, sebelum kedatangan wahyu, akal manusia boleh akui bahawa zina itu buruk. (461)

lima :

hadis riwayat bukhari bahawa Huzaifah berkata kepada Nabi bahwa mereka berada dlm Jahiliyyah, lalu datang kebaikan. Dalam hadis itu, sahabat sudah tahu tentang jahiliyyah, walaupun belum datang islam lagi. (461)

24 Mei 2014 | 7:20 malam | Bandar Baru Sungai Buloh.

#tahsintaqbih.

IMPLIKASI PERBINCANGAN BAIK DAN BURUK SECARA AKAL

Kesan dari perbincangan baik dan buruk secara akal, lahirnya perbincangan seperti berikut;

KENAL ALLAH

Pada muktazilah, mereka mewajibkan mengenal Allah dengan akal. Dengan itu, orang yang tidak menyembah Allah dikira sebagai berdosa dan diazab, waima tidak diturunkan wahyu sekalipun.

Adapun Jumhur menyatakan kenal Allah tidak diwajibkan dengan akal, sebaliknya perlu terikat dengan wahyu. (481)

WAJIB BERSYUKUR

maksud dengan syukur adalah;

1. Memuji Allah ekoran kesan baik yang Dia berikan.
2. Hindari perkara buruk secara aqli dan lakukan perkara baik yang difahami secara aqli.

Di kalangan muktazilah, Sairafi (syafiiyyah), ibn Suraij (syafiiyyah), al-Qaffal al-Kabir (syafiiyyah) dan al-Qadhi Abi Hamid al-maruzi (syafiiyyah) berpendapat bahawa wajib bersyukur kepada Allah, waima tidak diturunkan wahyu.

Jumhur ulama mengatakan, kewajipan bersyukur itu tertakluk kepada wahyu. Dengan semata-mata akal, tidak bersyukur kepada Allah tidak diwajibkan. (483)

*asas tahsin dan taqbih?

Menurut Ibn Burhan dalam kitab al-Wusul ila al-Usul bahawa tajuk kewajipan syukur terhadap nikmat Allah adalah asal mahsul bagi perbincangan tahsin dan taqbih Aqliyan.

Perkara yang sama dinyatakan oleh al-Zarkashi dalam sulasih al-Zahab. (484)

WAJIB BUAT BAIK BAGI ALLAH?

buat baik yang dimaksudkan adalah melakukan tindakan yang tidak menatijahkan kerosakan serta boleh membawa kepada kebahagiaan yang mendatang. 

Pada muktazilah,  Allah wajib melakukan kebaikan, juga wajib bahawa tindakan Allah memberi kemaslahatan kepada manusia. Pendapat muktazilah ini selaras dengan Imamiyyah dan Zaidiyyah.

Di kalangan muktazilah pula, berlaku sikit kekhilafan tentang maksud wajib buat baik Allah terhad manusia. Kekhilafan itu seperti berikut;

1. Allah wajib buat baik pada agama dan dunia manusia. Ini pendapat muktazilah baghdad.
2. Allah wajib buat baik pada agama sahaja, tidak wajib pada dunia.  Ini pendapat muktazilah basrah. (488)

pendapat jumhur ulama (termasuk asyairah dengan Jahmiyyah) - Allah tidak wajib melakukan perkara yang menberi kebaikan kepada manusia,  tetapi ia terserah pada iradah Allah sahaja. Makanya, harus sahaja bagi Allah untuk melakukan kebaikan; melakukan kebaikan oleh Allah itu sekadar ihsan Allah terhadap hambanya sahaja. (489 - 490)

TUHAN WAJIB BAGI PAHALA

Muktazilah - Wajib Allah bagi pahala kepada orang yang melakukan taat.

asyairah - tidak wajib.

Cuma, dalam asyairah ada menyatakan bahawa Tuhan tidak akan menyalahi janji. (495)

WAJIB BALASAN TERHADAP PENDOSA BESAR

Muktazilah - wajib Tuhan kenakan azab kepada pembuat dosa besar, jika mereka tidak bertaubat.

Hujah mereka, jika tidak dikenakan azab kepada pendosa besar, sudah pasti sama antara ahli taat dengan ahli maksiat. Ia sudah pasti tercela,  sedangkan tercela tidak boleh wujud pada diri Allah.

Asyairah - tidak wajib bagi Allah, malahan terpulang kepada Allah untuk menggugurkannya. (495-496)

SYAFAAT BAGI PENDOSA BESAR

muktazilah dan khawarij - ingkar syafaat kepada pendosa besar. Jika tuhan bagi juga, bermakna ia sudah tercela secara akal. Ia mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat tercela.

jumhur ummah - Tuhan boleh memberi syafaat kepada pendosa besar berdasarkan kehendakNya disamping wujud sumber menerusi wahyu. (496)

SYURGA DAN NERAKA TELAH DIBUAT?

Muktazilah - ia belum diciptakan lagi, kerana jika telah diciptakan, maka ia adalah sia-sia. Sia-sia itu mustahil bagi tindakan Allah.

Jumhur ummah - ia telah diciptakan berdasarkan sumber wahyu yang menyatakan begitu dan Nabi Muhammad saw menceritakan bahawa baginda pernah melihatnya. (500)

24 mei 2014 | 10:10 malam | Tropikana Sungai buloh.

#tahsintaqbih.