Saturday 9 March 2024

PERISTIWA 13 MEI: SEJARAH PERHUBUNGAN MELAYU – CINA

 

PERISTIWA 13 MEI: SEJARAH PERHUBUNGAN MELAYU – CINA

Oleh: Leon Comber (pendahuluan oleh Tunku Abdul Rahman)

Penterjemah: Omardin Haji Ashaari

Terbitan: IBS Buku Sdn. Bhd. 2011.

 



Muka Depan buku





[1] Setelah kemasukan cina beramai-ramai pada kurun ke-19, barulah wujud pertikaian antara melayu-cina. (xix)

 

[2] Perkahwinan campur melayu cina tidak berlaku kerana perlu masuk islam.(xx)


[3] Kebanyakan orang cina yang duduk di tanah melayu hanya duduk untuk berdagang sahaja. Mereka mahu duduk kekal. Namun, pada awal kurun ke-20, bilangan cina yang dilahirkan di Tanah Melayu sudah ramai. Mereka ini, tidak mahu pulang ke negara China lagi. Kelompok ini yang mula tuntut kerakyatan dan suara dalam pentadbiran negara. (xx)

 

[4] Bancian telah dilakukan rada 1931, itulah bancian yang pertama kali dilakukan. Didapati bilangan orang BUKAN MELAYU sudah melebihi bilangan orang melayu di negeri mereka sendiri. Demi mengekalkan warisan dan hak tanah tumpah darah mereka, beberapa sekatan telah dibuat untuk MENYEKAT KEDATANGAN ORANG-ORANG CINA. Begitu juga kawalan terhadap sekolah-sekolah cina. (xxi)

 

[5] Jepun yang duduki Tanah Melayu sejak tahun 1942 sehingga 1945 telah membangkitkan rasa benci kaum antara melayu-cina. Yang paling teruk, benci jepun kepada cina. Tambahan pula, negara Jepun telah berperang dengan China sejak tahun 1937. (xxi)


[6] Apabila Inggeris perkenalkan MALAYAN UNION pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun keluar dari malaya, orang-orang melayu menolaknya. Malayan Union terpaksa ditarik balik dengan digantikan dengan PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Perjanjian terbabit memberi jaminan hak orang melayu dan mengakui Raja-raja melayu. Ini bermakna, Persekutuan Tanah Melayu adalah sebuah negara melayu. (xxi)

 

[7] Awal 1950, ORANG-ORANG CINA marah kerana kekurangan hak kerakyatan mereka dan soal bahasa kebangsaan. Mereka merasakan, tanpa hak kerakyatan itu, bahasa dan budaya mereka bakal pupus. (xxii)

 

[8] MCA bersetuju dengan hak istimewa melayu. Sebagai balasan, mereka dapat hak kerakyatan yang lebih liberal. (xxii)


[9] Tahun 1969, Tungku Abdul Rahman ada berkata: "orang-orang melayu telah memperoleh kuasa politik untuk diri mereka sendiri. orang-orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi". (xxii)

 

[10] Dalam PRU tahun 1964, DAP angkat slogan "Malaysia untuk orang Malaysia". PM Singapore, Lew Kuan Yew pula cabar hak-hak istimewa melayu yang dengan itu membawa kepada keluar Singapore dari Malaysia (xxii)

 

[11] Selepas tragedi 13 Mei 1969, 20 bulan parlimen tidak bersidang. Dalam jangka itu, negara di perintah oleh Majlis Gerakan negara (MAGERAN). September 1970, Tungku Abdul Rahman letak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas memimpin negara selama 15 tahun. (xxiii)

 

[12] Selepas itu, beberapa perkara utama dan hal yang mudah menyentuh perasaan TIDAK DIBENARKAN dibincangkan di tempat terbuka kecuali dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara sahaja, seperti soal keistimewaan melayu, bahasa kebangsaan, agama dan sebagainya. (xxiii)


14 FEB 2024 - RABU - 11.24 MALAM.

[13] Seawal kurun ke-13, terdapat beberapa penempatan cina di kepulauan melayu. Terdapat beberapa ratus ribu orang cina di SAN-FO-TSI, iaitu satu tempat di kawasan Palembang, Sumatera. (1)

- Kemungkinan, orang cina sudah sampai tanah melayu di era Dinasti Ming lagi (1)

- Pada kurun ke-15, CHENG HO sudah sampai Melaka, ketika itu dia masih terkenal dengan nama SAM-PO-KONG.

- Setiausaha Cheng Ho bernama FE-SIN pada tahun 1436 ada menulis bahawa di Melaka sudah ada penempatan cina. (2)

 

[14] Pada kurun ke-19, sudah ada kelompok cina yang berkahwin dengan orang tempatan yang dikenali dengan "BABA CINA" yang mereka terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Mereka tidak anggap diri mereka sebagai pendatang, kerana mereka adalah peneroka. Ramai dari kalangan mereka tidak tahu bahasa cina. Bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa melayu. (2).

 

[15] Sebelum tahun 1850, dilaporkan bahawa hanya ada 3 orang cina sahaja di Larut, Perak. Tetapi, pada tahun 1862, terdapat 20 ribu sehingga 25 ribu orang. Pada tahun 1877, sudah ada seramai 40 ribu orang. (3)

 

[16] Buruh-buruh cina yang terlibat dengan perlombongan yang duduk di tanah melayu, selalunya mereka duduk dalam negara sekitar 7 tahun. Kemudian, mereka pulang ke tanah air mereka. (5)

 

[17] Umum mengetahui, Inggeris memberi jaminan hak memiliki hartabenda persendirian. (6).

 

[18] Orang-orang cina hidup sesama mereka, tidak duduk bersama orang melayu.

- orang-orang cina suka duduk di bandar, sedangkan melayu suka duduk di kampung-kampung. (6).

 

[19] Mereka bercakap dalam bahasa mereka sendiri, dan pada masa itu, tidak ada orang yang bertutur bahasa cina kecuali sesama mereka sahaja. (6).

 

[20] Orang cina ada sikap merasa kurang senang dengan bangsa selain mereka. Mereka memandang rendah kepada orang melayu. Mereka anggap melayu adalah bangsa pemalas, mundur dan hanya suka berhibur sahaja. Orang-orang melayu pula tidak suka kepada orang cina kerana mereka kafir, tak ada kitab suci dan sembah berhala. (8)

 

[21] Dalam tanggapan melayu ketika itu, orang melayu yang kahwin dengan orang cina, umpama makan gulai tanpa sambal. (9).

 

[22] Pertengahan kurun ke-19, orang melayu tidak anggap orang Cina sebagai ancaman, walaupun mereka datang beramai-ramai. Namun, apabila kurun ke-20, orang cina yang datang itu mahu duduk kekal di sini, maka melayu mula merasakan orang Cina adalah ancaman. (10)

 

[23] Orang melayu ada konsep semangat padi. konsep ini, adalah dari aqidah animisme. Justeru, tidak boleh diabai pengaruh hindu dari pedagang-pedagang India sebelum kemasukan islam ke tanah melayu. (11)

 

14 FEBRUARY 2024 - KHAMIS - 12.37 PAGI

 

[24] Inggeris semakin meluas;

tahun 1786, pengambilan Pulau Pinang.

tahun 1819, Pengambilan Singapore

tahun 1824, Pengambilan Melaka.

tahun 1870an, inggeris mula hak ambil semua negeri. (15)

 

[25] Cina berebut lombong-lombong bijih dengan cara wujudkan kongsi-kongsi gelap.

- Gabenor Inggeris percaya bahawa para kongsi gelap tidak dapat didamaikan oleh pembesar-pembesar melayu, maka inggeris menjemput para ketua kongsi gelap dalam pertemuan di Pulau Pangkor pada tahun 1874. (16)

 

[26] Pentadbir Inggeris seperti FRANK SWEETENHAM, HUGH CLIFFORD, WILLIAM MAXWELL dan RICHARD WINSTEDT; mereka ini adalah pentadbir awam yang mempunyai kefasihah dalam bahasa melayu dan diakui oleh Sarjana bahasa Melayu (19)

 

[27] Orang melayu terlalu sopan dengan Inggeris, dengan sebab itu, melayu sebut/panggil mereka dengan sebutan "Mat Saleh". Cina pula tidak hormat; mereka panggil Inggeris dengan "ANG MOW" dalam bahasa Hokkien atau "HUNG MO KWAI" dalam bahasa kantonis yang kedua-dua ungkapan itu bermakna SYAITAN BERAMBUT MERAH. (19)

 

[28] Orang-orang Inggeris tidak suka kepada orang Cina dari negara China kerana mereka anggap cina-cina itu adalah lanun atau orang liar. (19)

 

[29] Orang Cina tidak suka terikat dengan British. Makanya mereka hidup bersosial melalui kumpulan-kumpulan sosial, ekonomi dan politik sesama mereka. Dari sini, kongsi gelap main peranan. (20)

 

[30] Timbalan Setiausaha Parlimen bagi Tanah Jajahan, ORMSBY GORE menyatakan bahawa tanah melayu adalah hak milik orang melayu dan perlu dikekalkan kuasa dan martabat raja-raja melayu, bahkan anggap bahawa ia adalah perkara utama. (21)

 

15 FEBRUARY 2024 - KHAMIS - 4.02 PETANG

 

[31] Tahun 1932, SAMUEL WILSON siasat soal pemecahan kuasa. Ketika itu, ada 2 cogankata;

a. Tanah melayu untuk orang-orang melayu

b. Tanah melayu untuk penduduk tanah melayu.

- Orang-orang cina setuju pada (b), kerana ketika itu, mereka sudah ada hasrat mahu jadi warganegara tanah melayu. (31).

 

[32] Gebenor ketika itu, iaitu CLEMENTI menyatakan, perlu bagi raja-raja melayu menggubal untuk golongan kaum pendatang. Tujuannya adalah untuk memberi kawalan lebih ketat keatas orang-orang cina yang telah pun berada di negara ini. (33)

 

[33] Tahun 1927, kemasukan orang-orang cina ke Singapore sudah mencecah seramai 435 708 orang

- Tahun 1932, 282 779 orang cina telah tinggalkan tanah Melayu, iaitu mereka pulang ke negara mereka, berbanding 32 925 orang yang masuk dalam negara.

- Bilangan orang-orang cina masuk ke tanah melayu semakin meningkat pada tahun 1941, iaitu sebelum Jepun menduduki tanah melayu. (34)

 

[34] Tahun 1931, 31 peratus orang-orang cina lahir di tanah melayu berbanding 22 peratus sahaja pada tahun 1921. Pihak berkuasa inggeris dan sultan Melayu anggap mereka sebagai cina tanah melayu. (35).

 

[35] Pada tahun 1920 an, di China ada ditubuh PARTI KUOMINTANG (KMT). Parti itu telah menubuhkan beberapa cawangan di tanah melayu.  Gabenor pada masa itu, iaitu CLEMENTI telah haramkan parti tersebut dari negara ini. Dia menyatakan, mana-mana cina masuk negara perlu tinggalkan idealogi parti-parti mereka di China. (35)

 

[36] Pada tahun 1937, terjadi perang JEPUN-CHINA. Dalam tahun itu, kegiatan-kegiatan politik bawah tanah cina di tanah melaya telah hancur. Kerana, China kebangsaan lebih tumpukan pada perang mereka dengan Jepun. (36).

 

[37] Tahun 1902-1904, WILLIAM TREACHER menjadi Residen General negeri-negeri melayu Bersekutu. Dia telah mewajibkan kepada inggeris untuk memberi peluang kepada orang-orang melayu agar memainkan peranan untuk pembangunan negara. (39)

- Ketika itu, MCKK ditubuhkan, iaitu sekitar tahun 1909.

- Banyak sekolah-sekolah inggeris di bina di bandar-bandar.

- Memandangkan orang melayu banyak berada di kampung dan pendalaman, maka sekolah-sekolah inggeris ini dipenuhi dengan orang cina. (40)

 

[38] Sejak awal lagi, orang-orang cina buka sekolah sendiri.

- Hanya tahun 1923, sekolah cina dapat sedikit bantuan dari kerajaan.

- Kerajaan tidak memberi bantuan kepada sekolah yang tidak guna bahasa melayu. (41)


[39] Pada akhir kurun ke-19, dan awal kurun ke-20, orang Cina masuk beramai-ramai. Pusat-pusat bandar dipenuhi orang-orang Cina. Ada pula orang-orang Cina yang terlibat dengan pertanian dan Peladangan, menyebabkan ada dari kalangan mereka mengisi ruang-ruang yang ditinggalkan oleh orang melayu. (41)

 

[40] Kesan dari situ, maka kerajaan memperkenalkan undang-undang rezab melayu. ia bermula dilaksanakan pada tahun 1913. (42)

 

[41] Walaupun rezab melayu tidak dapat dimiliki oleh orang bukan melayu dari sudut undang-undang, tetapi orang melayu cagarkan tanah tersebut kepada arang-orang cina. Justeru, apabila tidak mampu bayar cagaran, tanah tersebut menjadi hak milik Cina akhirnya.

- Kesan dari itu, tahun 1933, undang-undang rezab melayu digubal agar tanah rezab melayu tidak boleh digadai. (43)



16 FEBRUARY 2024 - JUMAAT - 12.08 PAGI00:08 AM

 

[42] Orang-orang melayu curahkan taat kepada raja-raja melayu.

- Dasar inggeris pula tidak suka kepada orang Cina. (47)

 

[43] Orang-orang melayu terpelajar tidak setuju dengan polisi inggeris, tetapi terpaksa akur sebab cina telah kuasai ekonomi. (48)

 

[44] Tan Chen Lock yang dilahirkan di Selat. Dia cadangkan negara tanah melayu berdiri sendiri. Namun, kena terima kerakyatan orang cina. Ada pemimpin Cina dalam perhimpunan majlis mesyuarat undangan negeri pada tahun 1931 yang lebih berani angkat slogan bahawa "negara ini adalah negara kita". (48).

 

[45] Bancian tahun 1931, 38 peratus Orang cina di negeri selat dan 31 peratus di tanah melayu telah dilahirkan disini. kesannya, orang-orang cina tak suka dianggap sebagai pendatang. Mereka mula membantah sekatan imigrasi tahun 1930-an. (48)

 

[46] Pentadbiran Kepun pengaruh cara berfikir orang melayu-indonesia agar cenderung kepada tanah melayu. Sungguh begitu, Jepun tidak akui taraf raja-raja melayu. (49)

 

[47] KMM (kesatuan melayu muda) ditubuhkan dengan salah satu objektif mereka adalah mereka mahu bina negara Indonesia raya, iaitu gabungan antara TANAH MELAYU-INDONESIA. Pemimpin mereka ramai ditahan oleh inggeris. (50)

 

[48] Inggeris berhasrat untuk terbangkan IBRAHIM YAAKUB ke India untuk dipenjarakan di sana. Tetapi terbantut kerana dia berada dalam tahanan Singapura yang ketika itu masih dalam tangan Jepun.

- Walaupun Jepun telah haramkan KMM dengan alasan bahaya gerakan bawah tanah, tetapi Jepun yang bebaskan Ibrahim Yaakub, malah melantik dia sebagai Leftenan-Kolonel untuk memerintah tentera melayu anjuran Jepun yang terkenal dengan nama Pembela Tanah Air (PETA). (50)

 

[49] Jepun menggalakan Indonesia Raya. Jepun tak setuju Indonesia merdeka tanpa bersama dengan tanah melayu. (51)

 

[50] Pada 12 ogos 1945, IBRAHIM YAAKUB berjumpa SUKARNO dan HATTA tanpa dirancang di airport Taiping. (51)

- Berdasarkan laporan, di situ Ibrahim bincang rancangan Indonesia raya bersama Sukarno dan Hatta. (52)

 

[51] Pada 16 dan 17 ogos 1945, KRIS adakan kongres di kuala Lumpur. turut hadir adalah Dato onn bin Jaafar. Dalam kongres itu dibincangkan perjuangan kebangsaan di Tanah Melayu.l, walaupun tanah Melayu tidak dapat bersama dengan Indonesia untuk merdeka. Ibrahim tidak hadir. Pada 19 ogos, dia telah terbang dari Singapora ke Jakarta. Dikatakan sejak itu, beliau tidak diketahui lagi. (53)

- Apabila pasukan keselamatan Inggeris tiba di Tanah Melayu pada akhir september 1945, ramai pemimpin KMM, PETA dan KRIS telah ditangkap tetapi dibebaskan kemudiannya. (53)

 

[52] Setelah KRIS dimansuhkan, idealogi itu diteruskan atas nama baru, iaitu PKM. Tujuan utama parti itu adalah untuk menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia. Namun, Inggeris isytiharkan pengharaman parti tersebut. (53)

 

[53] Inggeris masuk balik ke Tanah Melayu sekali lagi, iaitu pada September 1945, iaitu selepas 3 tahun Jepun masuk Tanah Melayu. Dalam tempoh Jepun itu, penduduk Tanah Melayu tertekan dengan kekurangan makanan. (53)

 

[54] MPAJA (malayan people's Anti-Japanese union) di tubuhkan untuk lawan Jepun. kebanyakkan anggotanya adalah orang cina. Orang melayu terbahagi kepada dua. satu, kelompok yang sokong Jepun. Dua, sebilangan kecil yang lawan jepun.

- MPAJA bertindak menyerang rakyat tempatan yang sokong Jepun, yang kebanyakannya adalah orang melayu. Makanya, orang-orang melayu lakukan serangan balas terhadap MPAJA yang kelihatan seperti pertembungan melayu-cina.

- Di pendalaman Negeri Sembilan, orang melayu bunuh 40 orang dari kampung Cina yang kebanyakanya adalah wanita dan kanak-kanak. Serangan itu dibalas oleh orang cina dengan lakukan serangan terhadap orang melayu di sepanjang sungai Perak. (55)

 

[55] November 1943, Tan Chen Lock telah tulis surat kepada setiausaha negara bagi Tanah melayu. Antara tuntutannya adalah:

(a) Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di Tanah Melayu, bahawa perlu libatkan sama wakil dari orang cina.

(b) Kemukakan watikah bertajuk "memorandum masa depan tanah melayu". Dalam watikah itu dijelaskan cara berfikir orang cina terhadap Tanah Melayu.

(c) Perlu ada dasar yang jelas berkenaan keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di tanah melayu. (56)

(d) Sarankan bentuk Perlembagaan baru untuk tanah melayu dengan hak perwakilan di dewan mesyuarat undangan dan kerajaan Tanah melayu dengan dibahagikan kepada kaum melayu, Cina dan India. (57)

(e) sekatan imigrasi yang dikenakan ke atas orang-orang cina kerana sebab-sebab politik selepas perang mesti dihapuskan.

(f) orang melayu yang lebih mundur, bahawa perlu diberi perlindungan daripada persaingan dan penindasan terutama berkenaan hak tanah, kampung halaman serta bantuan yang patut diberi oleh kerajaan dalam keadaan hak kaum lain tidak terjejas. (57-58)

- cadangan lain yang dihantar ke Britain, iaitu pada bulan febuari 1943, TUNKU MAHMUD MAHYDEEN yang merupakan putera raja dari keluarga diraja kelantan:

(a) Penyatuan tanah melayu.

(b) hapuskan raja-raja melayu.

(c) kemasukan orang Cina dan india ke tanah melayu perlu dihentikan. sebaliknya, dicadangkan orang jawa digalakan serta dimudahkan untuk masuk ke tanah melayu.

(d) Pengetahuan bahasa melayu sebagai syarat Peroleh nak kerakyatan

(e) kemudahan Pelajaran untuk orang-orang Melayu perlu diberi. (58)

 

[56] MALAYAN UNION:

(a) Sir Harold MacMichael ditugaskan berunding dengan 9 orang raja-raja melayu. ia berlaku bermula pada Oktober 1945 dan selesai pada disember 1945.

(b) Singapura tidak termasuk. kerana, la mustahak kepada Britain. kalau singapura di masukkan, orang cina lebih ramai lagi.

(c) Malayan Union mahu ambil alih kuasa negeri-negeri melayu dan taraf raja-raja melayu dikurangkan.

(d) Kerajaan negeri tidak wujud, tetapi semuanya tertumpu kepada kerajaan pusat. (59)

(e) Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk wujudkan perpaduan dan keharmonian kaum.

(f) Semua khazanah dan harta di semua negeri dipindahkan kepada kerajaan pusat.

(9) Orang bukan melayu boleh jadi warganegara jika mereka dilahirkan dalam negara atau mereka sudah duduk dalam negara lebih dari 10 hingga 15 tahun.

(h) Membuka perkhidmatan awam kepada orang bukan melayu juga. (60)

 

[57]  Tindak balas orang melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Dato Onn bin Jaafar, menteri besar Johor menubuhkan UMNO. Ia adalah sebagai rancangan orang Melayu untuk lawan rancangan Malayan Union.

-  Bekas pesuruhjaya tinggi dan pegawai-pegawai kanan awam kerajaan seperti FRANK SWETTENHAM, CECIL CLEMENTI, GEORGE MAXWELL dan RICHARD WINSTEDT memberi sokongan penuh pada perjuangan umno.

- Bantahan utama umno berpunca daripada pemindahan kuasa secara haram dan paksa nak kedaulatan raja-raja melayu kepada mahkota Inggeris. (61)

 

[58] UMNO meminta kembalikan kuasa, kedaulatan raja-raja dan prinsip asas bahawa tanah melayu adalah negeri melayu. Justeru, sebarang kemudahan orang bukan melayu, perlu atas budi bicara orang-orang melayu yang mempunyai kuasa politik.

- Tuntutan orang cina akan dipertimbangkan setelah orang melayu punyai status ekonomi setaraf dengan orang cina.

- Ambil sikap begitu, kerana orang melayu syak wasangka kepada orang cina, kerana minat orang Cina ketika itu dalam kerajaan China terhadap hal ehwal orang cina di Tanah Melayu. Tambahan pula, kerajaan China anggap orang cina di Tanah Melayu sebagai rakyat mereka lagi (61)

- Lebih syak wasangka, apabila majoriti yang terlibat dengan parti komunis adalah orang-orang cina. (62)

 

[59] Perjanjian Persekutuan merupakan tolak ansur antara orang melayu dan cina. Walaupun orang cina tidak dimasukkan dalam jawatankuasa, tetapi pandangan mereka diambil kira juga sebelum berjanjian itu menjadi undang-undang. (63)

 

[60] Kelayakan kelahiran yang ketat, ujian bahasa dan syarat tempoh masa tinggal di negara ini telah menyekat ramai dari kalangan orang bukan melayu daripada menjadi rakyat. (64)

 

[61] Orang melayu berpuas hati dengan kandungan perlembagaan. Tidak lama kemudian mendapat sambutan daripada orang-orang cina. Lebih-lebih lagi dengan memasukan Singapore yang di situ ramai orang cina. (64)

 

19 FEBRUARY 2024 - ISNIN - 4:12 PETANG

 

[62] Mei 1948, 5 bulan selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, suasana perang menjadi tegang kerana telah dihasut oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

- Banyak getah dicuri, ladang getah dibakar, peladang dan pelombong Inggeris telah dibunuh.

- Jun 1948, kerajaan umum lawan komunis sepenuhnya. (69)

 

[63] Menurut MALCOLM MACDONALD, Pesuruhjaya Agung Inggeris bagi Asia tenggara, gerakan komunis itu ada kaitan dengan fahaman komunis antarabangsa. Hujahnya;

- Sep 1947, Parti komunis seluruh dunia didesak dalam persidangan Komunis Antarabangsa untuk meneruskan perjuangan bersenjata terhadap penjajahan.

- Mac 1948, persidangan parti komunis di Jakarta disampaikan kepada semua parti komunis di asia Tenggara.

- Sejak itu, bermula serangan komunis. Bermula dari Tanah Melayu, Burma, Filipina dan Hyderabad. Selain itu, kebangkitan bersenjata di Indonesia dan Vietnam. (70)

 

[64] Matlamat PKM di Tanah Melayu adalah untuk mencapai kemenangan secara segera. Perusahaan Bijih timah dan getah yang merupakan sumber utama Tanah Melayu dibinasakan. (70)

 

[65] Kebanyakan ahli PKM adalah orang Cina. Anggota keselamatan pula berbangsa Inggeris. Mereka ditugaskan untuk bantu Polis Tanah Melayu. Kesannya, perang itu kelihatan berasaskan perkauman. (70)

 

[66] Semasa darurat, diisytiharkan ahli PKM kira-kira 12 ribu sehingga 14 ribu orang. 90% dari kalangan mereka adalah orang Cina. (71)

 

[67] Di kawasan-kawasan melayu, tidak terdapat kegiatan komunis. Makanya, PKM menubuhkan sebuah pasukan melayu di Pahang dengan beberapa orang India. Terdapat beberapa orang melayu di bahagian lain di Tanah Melayu. Usaha PKM itu tidak berjaya. (71)

 

[68] Pada tahun 1950, Pasukan polis Tanah Melayu seramai 60 ribu orang, dan hanya 1500 sahaja orang cina. Inggeris mula bimbang keseimbangan kaum dalam negara. (75)

 

[69] Dari sudut politik, pemimpin-pemimpin cina menentang hak istimewa Melayu dan kerakyatan terhad kepada orang cina dalam Perlembagaan. (75)

 

[70] November 1950, tentera kerahan diperkenalkan untuk belia-belia Tanah Melayu yang berumur antara 18 tahun hingga 24 tahun. Akhbar Cina masa itu berkeras membantah jika ia melibatkan kaum cina. Tan Chen Lock menjelaskan bahawa dalam tradisi cina, keluarga lebih diutamakan berbanding negara. lalu, dia meminta pengecualian untuk anak lelaki sulong dan anak tunggal dalam keluarga.

- kerajaan pula bertegas, tidak layan tuntutan orang Cina, makanya ramai belia cina berlepas ke Singapore, Hong Kong dan Tanah Besar China. Pada tahun 1954, ditaksirkan bilangan belia mereka yang keluar itu purata 1000 orang sebulan.

- Akhbar Melayu pada masa itu dengan lantang keluarkan pandangan terhadap tindak tanduk orang-orang Cina itu. (76)

 

[71] Di permulaan darurat 1948, UMNO ditubuhkan. Orang India juga tubuhkan MIC. Orang Cina pula tak ada hasrat mahu tubuh parti. Tetapi, HENRY GURNEY, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan tanah Melayu menggalakan orang Cina tubuh parti. Makanya, Febuary 1949, MCA ditubuhkan dengan TAN CHEN LOCK sebagai yang dipertua.

 

[72] Masalah pada MCA:

(a) Parti berasaskan perkauman.

(b) Berharap mendapat kerjasama dan PKM untuk menyokong orang-orang cina miskin.

(c) Dasar sekadar nak berbaik-baik dengan orang melayu dan mahu buat kerjasama dengan pihak berkuasa Inggeris. (78)

 

19 FEBRUARY 2024 - ISNIN - 6 PETANG

 

[73] Selepas perang dunia ke-2, Sistem pendidikan negara dirombak demi menyatukan rakyat yang ada pelbagai kaum dan bangsa. Jawatankuasa BARNES mencadangkan bahawa sistem pendidikan dipersatukan. Ciri utama sekolah rendah kebangsaan adalah bahasa Pengantar adalah bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pelajar-pelajar terbaik dapat meneruskan pelajaran mereka le sekolah menengah yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. (78-79)

 

[74] Tahun 1951, Henry Gurney melantik sebuah Jawatankuasa yang diketuai Dr. W.P. Fenn dan DR. WU TEH-YAO untuk kaji pelajaran cina di tanah melayu. banyak cadangan dan jawatan kuasa mi bercanggah dengan Penyata Barnes.

- Kesannya, berlaku perselisihan pendapat yang membawa kepada Ordinan Pelajaran telah berkuat kuasa pada tahun 1952. Ordinan itu menyatakan, bahasa utama adalah bahasa melayu dan bahasa inggeris, tetapi bahasa Cina dan tamil boleh diajar sebagai bahasa ketiga. (79-80)

 

[75] Ketika itu, menteri pelajaran adalah Dato Abdul Razak yang ketika itu, PM adalah Tunku Abdul Rahman. Setelah Tunku letak Jawatan PM pada tahun 1970, sebuah jawatankuasa dibawah ABDUL RAHMAN TALIB menggantikan Dato' Abdul Razak sebagai menteri pelajaran mengkaji kesan perjalanan PENYATA RAZAK berdasarkan pengalaman yang ada. (80)

 

[76] Pada tahun 1967, bahasa Rasmi adalah bahasa Melayu, sedangkan bahasa inggeris sebagai rasmi sampingan. Justeru, bahasa melayu menjadi bahasa rasmi tunggal dan bahasa pengantar di sekolah menengah jenis kebangsaan bantuan penuh. (81)

- Orang-orang cina bertindak keras membantah dasar ini. Mereka mahu bahasa Cina juga diakui sebagai bahasa rasmi. mereka menuduh kerajaan mahu membunuh bahasa cina. (82)

 

[77] Tahun 1949, cubaan untuk merapatkan hubungan antara orang-orang melayu dan cina serta mewujudkan keharmoniaan kaum diusahakan oleh kerajaan. MALCOLM MACDONALD selaku Pesuruhjaya-Jeneral bagi Asia Tenggara berusaha menubuhkan sebuah jawatankuasa Perhubungan (communication Lingon Committee - CLC) yang ahli-ahlinya dari kalangan pemimpin pelbagai kaum. Tujuannya adalah mencari jalan untuk kapuskan pertikaian kaum. (83)

 

[78] Dato' Onn mendesak UMNO agar terima cadangan CLC, tetapi beliau mendapat tentangan. Pertengahan 1951, beliau undur diri dari UMNO, makanya Tunku Abdul Rahman pun dilantik jadi Yang DiPertua. Beberapa minggu, Dato' Onn tubuh parti kemerdekaan Malaya (independence of malaya-party- IMP). Parti itu di sokong oleh HENRY GURNEY, MALCOM MACDONALD & TAN CHENG LOCK. Tetapi, parti itu tidak disokong oleh orang-orang melayu, kerana kononnya ia dibentuk oleh inggeris. (85)

 

[79] Tan Chen Lock berpendirian prinsip Jus Soli perlu digunakan, tetapi prinsip itu dibantah oleh orang melayu. (87)

 

[80] Semasa kempen PRU, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa jika Perikatan dipilih, parti tersebut akan berusaha untuk dapatkan status berkerajaan sendiri dalam masa dua tahun dan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menerangkan perkembangan bagi mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. (87)

 

20/2/24 - SELASA - 6.05 PETANG

 

[81] awal tahun 1956, persidangan Perlembagaan telah berlangsung di London. Perbincangan di hadiri wakil-wakil Perikatan, raja-raja Melayu dan kerajaan inggeris. (87)

- Kerajaan inggeris sejak awal lagi sedia beri kemerdekaan tanpa perlangan berdarah serta perlu rundingan dijalankan dengan lancar.

- Suruhanjaya Lord Reid ditubuhkan untuk merangka perlembagaan.

- Dari bulan Jun hingga Oktober 1956, suruhanjaya itu bersidang. Pandangan dari parti Perikatan diambil kira. ketiga-tiga parti dalam Perikatan itu pula bersetuju untuk bercakap dalam satu suara kepada sunharjaya tersebut. (88)

 

[82] UMNO setuju dengan Jus Soli serta perlu diberi kebebasan kepada orang Cina untuk meneruskan pemiagaan mereka. (88)

 

[83] Tunku Abdul Rahman dan Tan Chen Lock dapat capai persefahaman. apatah lagi, tengku adalah petera raja daripada keluarga diraja kedah dan mendapat pendidikan dari inggeris, iaitu Cambridge serta tinggal lama di Britain. Tan Chen Lock pula seorang Baba cina melaka, bertutur bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda, tidak menguasai bahasa Cina. (89)

 

[84] Suruhanjaya itu menerima banyak cadangan-cadangan dari raja-raja melayu.

- Orang-orang melayu tidak bersetuju apabila beberapa hak keistimewaan mereka tidak diperuntukkan.

- Orang cina pula tidak puas hati dalam hal kerakyatan serta peruntukan bahasa mereka. (90)

 

[85] Pindaan perlembagaan berlaku dengan memasukkan hak istimewa melayu, bahasa kebangsaan, agama dan beberapa hal lain. (90)

 

[86] Cadangan Reid untuk hak istimewa melayu:

(a) Tanah simpanan Melayu

(b) hak kuota besar untuk Perniagaan

(c) kouta dalam perkhidmatan awam.

(d) kouta khas untuk biasiswa dan bantuan Pelajar. (91)

 

[87] Penyata Reid cadangkan kedudukan istimewa itu perlu dikaji balik selepas 15 tahun. selepas itu, ia perlu di mansuh beransur-ansur. Namun, cadangan itu dibantah oleh UMNO sehingga ia tidak termaktub dalam perlembagaan. (92)

 

[88] Walaupun Pulau Pinang dan Melaka bukan negeri - negeri melayu, tetapi hak tanah simpanan melayu tetap ada di dua negeri tersebut. (92)

 

[89] Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa inggeris dibenarkan digunakan di Parlimen, majlis mesyuarat undangan negeri dan mahkamah untuk tempoh 10 tahun selepas merdeka sehingga ia diputuskan oleh parlimen. Bahasa lain, ia tidak dibenarkan. (93)

 

[90] Pakatan UMNO dan MCA berkompromi dalam penggubalan Perlembagaan untuk memainkan peranan dalam memberi kebebasan kepada orang cina dalam kehidupan ekonomi mereka. (93)

 

20 FEBUARI 2024 - SELASA - 6.55 PETANG

 

[91] 27 mei 1961, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dijemput berucap dalam majlis makan tengahari oleh PERSATUAN WARTAWAN ASING ASIA TENGGARA di Singapura. Dalam ucapan, Tunku Abdul Rahman ada cadangkan;

(a) Perikatan agung Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara British dan Brunei. Cadangan ini, dahulunya pernah dicadangkan oleh MALCOM MACDONALD selaku Pesuruhjaya Agung British Asia tengara (1949-1952). Bahkan, lebih awal lagi, iaitu 1887, LORD BRASSEY sudah nyatakan hal itu. (99)

(b) Cadangan Penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu dengan syarat kedua-dua tanah jajahan ini mewujudkan sebuah unit ekonomi. Namun, cadangan ini ramai orang Melayu kurang bersetuju kerana Singapura ramai penempatan orang Cina.

(c) Penyatuan Tanah Melayu dengan 3 buah Wilayah Borneo, iaitu Utara British, Brunei dan Sarawak. (100)

 

[92] 1961, Tunku Abdul Rahman setuju terima Singapura ke dalam Malaysia. Tunku Abdul Rahman percaya dengan penjelasan Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa PAP dapat ancaman dari anasir-anasir komunis dan Tanah melayu dalam bahaya kalau singapura tidak dimasukkan ke dalam Malaysia. Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan alasan keperluan kerjasama antara dia buah negara dari sudut keselamatan dan kerjasama ekonomi. (100). Namun:

(a) Melayu ragui orang cina kerana orang-orang Cina pada masa itu tidak tunjuk sikap bahawa mereka adalah penduduk Malaysia.

(b) Dalam ucapan, Tunku Abdul Rahman menggambarkan ada orang-orang cina anggap Singapura sebagai "negara kecil cina".

(c) Orang utara Borneo dan Sarawak bimbang pemaksaan untuk menganut agama islam dan bahasa Melayu.

- Semua kebimbangan itu diatasi dengan jaminan perlembagaan. Akta Malaysia 1963, membolehkan bahasa inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Borneo Utara dan sarawak, serta agama islam bukan agama rasmi negeri di kedua-dua buah jajahan takluk itu. (101)

 

[93] Pada peringkat awal, Brunei bersetuju untuk masuk dalam Malaysia. Namun, melihat dalam hal kewangan, Brunei menolak. Kerana, nampak merugikan Brunei. Apatah lagi, Brunei adalah negara yang kaya dengan minyak.

 

[94] 1956 tertubuhnya FELDA (Lembaga kemajuan Tanah persekutuan)

 

[95] 1950 ditubuhkan RIDA (Lembaga kemajuan Perusahaan dan Luar Bandar) yang kemudiannya bertukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). dan MARA :

(a) 1954, pusat membuat tali.

(b) 1960, institut Pengajian profesional untuk perdagangan

(c) 1966-1970, sediakan 4800 pinjaman berjumlah RM 31 juta untuk berbagai projek terutama kepada ahli-ahli perniagaan melayu dan perusahaan kecil.

(d) Tubuh beberapa buah syarikat dalam bidang Perdagangan dan Perusahaan batik, kanji dan barang-barangan yang diperbuat daripada getah.

(e) kendalikan syarikat-syarikat Bas untuk nak lawan syarikat-syarikat bas milik orang cina yang ketika itu, mereka yang kuasai. Tahun 1970, MARA miliki 360 buah Bas. kemudian, 6 perkhidmatan bas, MARA Serahkan kepada pengusaha melayu. (104)

 

[96] Tahun 1952, ditubuhkan FAMA (Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan)

 

[97] Tahun 1965, Bank Bumiputera ditubuhkan

 

[98] 1969, Bank Pertanian Malaysia ditubuhkan untuk memberi pinjam kepada petani-petani melayu bagi mengusahakan Pertanian mereka.

- Pada masa itu, orang-orang melayu yang terlibat dengan pertanian terlibat dengan ceti-ceti india untuk nak majukan tanah pertanian. Bank ini ditubuhkan untuk nak hancurkan cengkaman ceti-ceti India ini. (105)

 

[99] Sekitar tahun 1950-1960, ada amalan disebut "Padi kunca", iaitu;

- kilang padi atau kedai bagi pinjaman kepada Petani melayu dengan RM50, tetapi Petani melayu itu perlu bayar balik dengan RM 80.

- orang-orang cina berduit bagi beras, pakaian dan sedikit wang kepada nelayan-nelayan melayu. Apabila sampai musim tengkujuh, mereka boleh beli ikan dari nelayan-nelayan terbabit dengan harga bawah harga pasaran. (106)

 

[100] Orang-orang cina banyak tertumpu di 3 bandar di Semenanjung Malaysia:

(a) Kuala Lumpur

(b) Pulau Pinang

(c) Ipoh.

- 1970 kira-kira 41% orang- orang cina duduk kat bandar. 19% mereka tinggal di 3 bandar ini. (109)

 

29 FEBRUARY 2024 - KHAMIS - 3:17 PETANG - TEALIVE VILLA PUTRA

 

[101] Akhir tahun 1960-an, tidak ada sebarang ladang getah 100 ekar dan lebih di semenanjung adalah kepunyaan orang melayu. (109)

 

[102] Tahun 1969, orang-orang melayu hanya mempunyai 1.0 peratus saham daripada saham modal syarikat-syarikat sendirian berhad tempatan di semenanjung Malaysia. orang-orang cina pula punyai 22.8 peratus dan syarikat-syarikat kawalan asing atau cawangan-cawangan syarikat yang telah ditubuhkan di Seberang laut dengan pegangan saham yang paling besar.

- Makanya, Perbincangan berkenaan Penyesuaian dan penyusunan ekonomi secara besar-besaran mula dibincangkan. (110)

 

[103] Pada masa yang sama, orang melayu tidak senang dengan kemasukan singapura yang dilihat kecinaan. Apatah lagi, 75 peratus penduduk singapora adalah orang Cina. (110)

 

[104] Pada masa itu, orang-orang melayu melihat PAP adalah parti cina, bukannya parti yang tidak bercorakkan perkauman, walaupun Parti itu turut mempunyai ahli-ahli bukan cina. (110)

 

[105] PAP pula terkenal sebagai parti yang selalu menang dalam perbahasan, sedangkan UMNO dilihat parti yang banyak selesaikan masalah negara secara mesyuarat sebelum membuat sebarang pengisytiharan umum. (III)

 

[106] April 1964, PAP mengambil bahagian kecil dalam Pilihanraya Persekutuan. Tindakan itu mengejutkan banyak pihak. Alasan PAP, mereka mahu jadi ganti kepada MCA sebagai rakan UMNO. Namun, Tunku tetap bertegas bahawa tetap berkawan dengan MCA.

- Dalam pilihanraya, PAP tegas menyerang MCA dan memuji Tunku Abdul Rahman dan UMNO.

- Hanya seorang calon PAP sahaja yang menang. itupun Perolehi kelebihan hanya 808 undi. (111-112)

 

[107] Setelah kalah dalam pilihanraya di semenanjung, PAP sedia sebagai Pembangkang di Malaysia. Pada masa itu, Lee Kuan Yew tubuhkan pakatan baru yang bernama "Pertubuhan Perundingan rakyat malaysia", dengan cogankata "malaysia untuk rakyat Malaysia". (112)

 

[108] Pada masa itu, PAP secara terang-terang tidak terima hak istimewa dan kedudukan orang-orang melayu, walhal April 1965, PAP akui hak istimewa itu dalam Perlembagaan. Alasan PAP, hak istimewa itu dikecapi oleh kelompok-kelompok kecil tertentu dan kalangan orang melayu sahaja. (112)

 

[109] Ketika itu, UMNO dan MCA ada merancang untuk kuatkan kedudukan mereka di singapura. MCA gagal, tetapi UMNO nampak hasil yang serius. Usaha di pihak UMNO itu dilakukan oleh SYED JAAFAR ALBAR, Setiausaha agung UMNO yang digelar pelampau oleh Lee Kuan Yew. Albar membuat ucapan yang berapi-rapi dan utusan melayu dalam tulisan jawi menentang PAP.

- Pada Julai 1964, rusuhan melayu-Cina berlaku dalam satu perarakan Maulidul Rasul.

- Sehari sebelum rusuhan, risalah-risalah telah disebarkan mendesak orang-orang melayu berjihad menentang orang-orang cina dan menyembelih mereka di mana sahaja jumpa mereka.

- Walaupun askar dikerah untuk berkawal di Singapore, tetapi seramai 22 orang awam yang mati dan hampir 500 orang yang cedera.

- Pada masa itu, ada konfrontasi indonesia-Malaysia, maka Tunku menuduh bahawa kejadian itu ada kaitan dengan anasir luar. (113)

 

[110] September 1964, rusuhan kali ke-2 berlaku di Singapura. Kebetulan pula, askar-askar payung terjun indonesia mendarat di bahagian selatan semenanjung tanah melayu. Maka lebih mudah orang anggap api perkauman yang berlaku dalam negara ada kaitan dengan anasir-anasir luar. (114)

 

[111] Mei 1965, orang melayu sedar bahawa mereka bukan kaum terbesar di Malaysia. Lee Kuan Yew Pula secara terang-terang cabar hak keistimewaan melayu.  Pada masa itu, Datuk Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri menyatakan tindakan Lee Kuan Yew itu menyinggung perasaan orang melayu dan raja-raja melayu. Kalau berlaku rusuhan kaum di Malaysia, Lee Kuan Yew pun turut sama menderita. (114-115)

 

[112] Dato' Syed Ja'afar Albar adalah pendatang dari Indonesia. Dia datang ke Malaysia sebelum perang ketika berusia lebih kurang 30 tahun. (114)

 

[113] Tunku Abdul Rahman ketika ada menulis bahawa dia hanya ada dua pilihan sahaja, untuk ambil langkah positif terhadap Lee Kuan Yew, ataupun berpecah dari singapore untuk elak pertumpahan darah. (115).

- 9 ogos 1965, Tunku umumkan di dewan Rakyat bahawa Singapore terpaksa meninggalkan Malaysia.

- Setahun selepas pengumuman itu, tunku ada kata, kalau tidak berpisah juga, bunuh membunuh pasti akan berlaku. (116)

 

[114] Walaupun Singapore sudah keluar dari Malaysia, PAP tetap ambil perhatian berat terhadap kedudukan orang-orang cina di semenanjung Malaysia. Makanya, pada bulan mac 1966, wakil tunggal PAP tunggal di dewan Rakyat telah mendaftarkan parti baru, lalu menamakan sebagai DAP yang perjuangan parti itu sama dengan PAP, iaitu memperjuangkan konsep "malaysia untuk rakyat ". (116)

 

[115] Perutukan asal tentang bahasa dalam perlembagaan adalah hanya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang boleh diguna di Parlimen dan Dewan-dewan mesyuarat undangan Negeri selepas tahun 1967, iaitu sepuluh tahun selepas merdeka melainkan keputusan lain dibuat oleh parlimen. Menjelang tahun 1967, kalangan pelampau Cina MCA membuat tekanan terhadap bahasa melayu, maka UMNO membuat desakan agar diperluaskan penggunaan bahasa Melayu melaki Dewan Bahasa dan Pustaka (117)

 

[116] Tunku Abdul Rahman menyeru semua usaha dijalankan untuk kembangkan penggunaan bahasa melayu dengan cogan kata "Bahasa jiwa bangsa". Namun, orang bukan melayu tidak berapa semangat untuk sokong pendirian kerajaan itu. Pejuang-pejuang melayu pula mengkritik hebat terhadap Tungka dan UMNO kononnya Tunku terlalu banyak bagi muka kepada orang-orang Cina. (118)

 

3 MAC 2024 - AHAD - AL-YUSUF MAJU VILLA PUTRA.

 

[117] Dalam PRU 10 Mei 1969, pemimpin Perikatan tidak tumpukan perhatian rasa tidak puas hati orang-orang cina. Orang cina rasa tidak puas hati dalam isu melibatkan hak istimewa melayu. Pada tanggapan orang cina, orang-orang cina ditindas dengan hak istimewa itu. Walaupun semasa kempen kejadian buruk tidak terjadi, tetapi ketika dekat dengan hari pengundian, rasa tegang semakin nampak terjadi. (123-124)

 

[118] Parti-parti pembangkang ketika itu;

(a) PAS

(b) DAP

(c) GERAKAN

(d) PPP (Parti Progresif Rakyat) (124)

 

[119] Manifesto Perikatan pada masa itu, lebih kepada penyata kerajaan sahaja.

(a) Tumpukan pada kemajuan ekonomi

(b) Pertahanan dan keselamatan

(c) Hal ehwal luar

(d) Perpaduan kaum.

(e) hubungan melayu-cina hanya sambilan sahaja. (124)

 

[120] Polisi ekonomi pada masa itu, kedudukan orang tak berada (merujuk kepada orang melayu) mesti disamaratakan dengan kedudukan orang berada (menjuk kepada orang Cina). ia tidak bermaksud untuk merampas nak sesiapa pun untuk maju ke hadapan. (124)

 

[121] Dalam kempen, Perikatan bagi tekanan yang berat pada keistimewaan melayu (125)

 

[122] Dalam siaran Radio Malaysia pada 9 Mei, Tengku menegaskan bahawa orang melayu pegang kuasa Politik, sedangkan orang cina pegang kuasa ekonomi. (125)

 

[123] Musuh utama UMNO pada masa itu adalah PAS. PAS pula dianggap parti perkauman Melayu.

- PAS berjanji nak buat negara islam serta nak pinda Perlembagaan agar lebih bercorak melayu berbanding Malaysia. Ini dilihat pada cogankata PAS: Bangsa, Agama dan Tanah Melayu. (125)

- Tumpuan kuasa PAS pada masa itu:

(a) kelantan

(b) terengganu

(c) Perlis

(d) kedah

(e) utara Pulau Pinang.

- PAS tuduh UMNO menjual negara melayu ini kepada orang-orang cina. (125)

 

[124] UMNO pula menuduh bahawa PAS ada hubungan dengan parti komunis Malaya di selatan Thai. PKM pada masa tu, ahlinya ramai orang Cina. UMNO pula tuduh PAS tidak buat apa-apa pun untuk kemajuan Kelantan walaupun PAS dah perintah kelantan Sejak Pilihan raya 1959, serta PAS dituduh punyai persefahaman dengan DAP yang pada pandangan orang melayu, DAP adalah parti cina

- Tunku menuduh PAS dapat dana dari PAP di Singapura melalai DAP. tuduhan itu sehingge dinafikan oleh menteri Luar Singapore. (126)

- PAS pula tuduh UMNO dapat dana dari CIA. Tengku terpaksa nafikan sehingga bersumpah dengan al-Quran dalam masjid. (126)

- DAP pula menuduh MCA telah serah hak orang-orang cina kepada UMNO melalui perikatan. (127)

 

[125] 19 mei 1967, DAP ada buat "Pengisytiharan setapak" iaitu Jawatankuasa umum DAP bersama Jawatan kuasa cawangan di setapak untuk menentang Perbezaan kaum serta menyokong konsep malaysian untuk Malaysia.

- Dengan itu, Perikatan tuduh DAP adalah parti Perkauman cina yang menentang melayu, hak istimewa orang melayu dan memperjuangkan idealogi PAP di Malaysia. (127)

 

[126] DAP adalah Pakatan pilihan raya bersama GERAKAN dan PPP. (127)

 

[127] Parti GERAKAN ditubuhkan pada 1968 sebagai parti bukan perkauman oleh beberapa orang cendekiawan. Turut serta adalah bekas pemimpin parti Demokratik Bersatu (UDP) yang telah dimansuhkan pada tahun tersebut, dan ahli-ahli parti Buruh Malaya (labour party of Malaya-LPM) yang keluar dari parti. (127)

- Penaja-penaja utama parti GERAKAN.

(a) Syed Hussein Alattas, selaku pengerusi parti

(b) Prof Wang Gungwu, bekas Pensyarah sejarah, UM

(c) Dr Lim Chong Eu

(d) Dr Tan Chee Koon, Bekas Pemimpin LPM. (129)

- Kempen PRU tahun 1969 GERAKAN adalah Persamaan hak, keadilan dan persamaan peluang untuk semua. (129)

- Matlamat GERAKAN dalam PRU untuk kurangkan dua pertiga suara Perikatan agar tak wewenang mereka untuk gubal perlembagaan. (129)

- Walaupun setuju bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana tercatat dalam perlembagaan, tetapi parti itu terima bahasa Cina dan Tamil dipelajari di universiti, serta sekolah menengah cina dan tamil dikekalkan. (130)

- Asal parti UDP ditubuhkan tahun 1962 oleh Dr. Lim Chong Eu, yang merupakan doktor Perubatan swasta dan bekas YDP MCA. Dia bantu taja GERAKAN dan kemudiannya jadi ketua menteri Pulau Pinang.

- LPM pula parti yang ditubuhkan Pada awal tahun 1950 an oleh ahli-ahli profesional yang dapat pendidikan inggeris yang berfahaman sosialis. namun mereka keluar dari parti itu apabila pada penghujung tahun yang sama, ramai orang-orang Cina yang mendapat pendidikan cina serta ramai ahli parti itu dari kalangan Pelampau-pelampau cina dari Juhov, melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

- Parti LPM dituduh kerajaan mempunyai hubungan dengan komunis. (128)

 

[128] LPM terlibat pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang pada bulan April. 10 hari selepas kejadian pembunuhan, seorang ahli parti itu telah ditembak mati oleh polis kerana melawan ketika hendak di tangkap di Kuala Lumpur.

- Selepas itu, LPM adakan perarakan mayat secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 mei 1969, iaitu sehari sebelum hari buang undi.

- Kehadiran mencecah 10,000 orang serta mereka abaikan arahan polis

- Mereka langkan slogan "MAO TSE-TUNG" dan nyanyikan lagu komunis "TIMUR ITU MERAH", mereka angkat gambar MAO TSE-TUNG dan Bendera Merah.

- Di tepi jalan, orang-orang cina meneriakkan slogan "Malai-si" (melayu mati), & "hutang darah dibayar darah". (129)

 

[129] Parti Progesif Rakyat (PPP) tertumpu di Perak.

- Semasa PRU pertama, tahun 1955, mereka sokong nak istimewa melayu, Perinsip Perikatan berkenaan bahasa dan isu-isu melibatkan pelajaran, tetapi selepas merdeka, mereka berubah sama sekali. mereka menentang pula nak istimewa melayu.

- Walaupun pemimpin parti itu bukan orang cina, tetapi kebanyakkan ahli parti dan penyokongnya adalah orang Cina. (130)

 

[130] Dalam PRU 10 mei 1969, MCA kalah teruk. hanya menang 13 kerusi sahaja dari pada 33 kerusi yang dipertandingkan. (131)

 

[131] Menurut NEW STRAITS TIMES, PERIKATAN mendapati sulit untuk menangi pilihanraya itu. (131)


3 MAC 2024 - AHAD - 5:09 PETANG - RUMAH

 

[132] Dalam PRU10 mei 1969;

(a) GERAKAN bentuk kerajaan di Pulau Pinang. Hanya 4 calon yang menang daripada 24 calon UMNO. GERAKAN menang 16 kerusi. DAP menang 3 kerusi.

(b) Di Kelantan, PAS menang dan bentuk kerajaan

(c) Di Selangor, pembangkang menang separuh kerusi. DAP menang 9 kerusi, Gerakan 4 kerusi dan 1 kerusi bebas.

(d) Di Perak, Perikatan menang hanya 19 kerusi berbanding 40 buah kerusi.

- Perikatan terpaksa hadapi Pembangkang yang ramai orang cina dalam Parlimen. (132)

 

 

[133] Pengarah-pengarah Pilihanraya UMNO telah mesyuarat secara sulit. mereka tuntut

(a) Jemaah menteri perlu ramai melayu.

(b) kementerian kewangan dan kementerian Perdagangan dan Perindustrian Perlu tidak diberi kepada orang cina lagi. (133)

 

[134] Setelah akta bahasa kebangsaan diluluskan, kedudukan Tengku pun semakin merosot. Pejuang-pejuang bahasa melayu mendakwa Tengku tidak mahu bertegang dengan orang-orang Cina. (133)

 

[135] Pada 11 dan 12 mei 1969, DAP dan GERAKAN anjurkan perarakan di Kuala Lumpur. Beberapa perarakan tidak mendapat kebenaran Polis. (133)

 

[136] Beberapa orang penyokong DAP dan GERAKAN ke rumah DATO' HARUN IDRIS yang merupakan pengerusi UMNO cawangan Selangor. Mereka mendesak Dato' Harun berhenti kerana beliau kononnya bukan Menteri Besar Selangor lagi. (133)

 

[137] Tunku ada menulis, bahawa perarakan tersebut melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan Polis. kesannya, berlaku kesesakan lalu lintas.(133)

- mereka berarak ke kampung Bharu yang di situ terdapat 30 ribu penduduk melayu. orang-orang cina yang berarak itu menghina orang melayu seperti ungkapan "melayu sudah jatuh", "kuala lumpur sekarang cina punya", "ini negeri bukan melayu punya, kita mahu halau orang melayu". (134)

 

[138] 13 mei 1969, Penyokong-penyokong UMNO sudah berhimpun di lar kediaman Datuk Harun. mereka mahu tunjuk perasaan untuk nak tandingi perarakan Cina itu.
- kesannya, hari itu, orang Cina dan melayu saling berbunuh-bunuhan, saling membakar dan barang-barang diambil begitu sahaja. (134)

 

[139] Pada pukul 8 malam, 13 mei 1969, telah keluar perintah berkurung.
- Tunku ada tulis bahawa dia dapat lihat dengan jelas apinya menjulang tinggi dari dekat kediamannya di atas bukit. (134)

- Perintah berkurung melibatkan negeri;

(a) Selangor.

(b) negeri Sembilan

(c) Perak

(d) kedah

(e) Pulau Pinang

(f) melaka. (135)

 

[140] Pada 14 mei 1969, ada kejadian tembak curi di beberapa tempat di Kuala Lumpur. (135)

 

[141]. Pada 15 mei 1969, berlaku tembak menembak antara tentera dengan beberapa orang yang bersenjata. (135)

 

[142] Lihat 139.

 

[143] 29 Mei 1969, walaupun keadaan masih tegang, tetapi kaadaan sudah kembali normal (135)

[144] Dari 13 mei sampai 31 julai 1969, angka;

(a) 196 orang mati

(b) 180 orang cedera.

(c) 259 orang yang cedera dengan senjata lain.

- angka-angka ini dibantah banyak pemberita akhbar.

- angka-angka lain

(a) 9143 orang ditangkap.

(b) 5561 orang di dakwa di mahkamah

(c) 6000 orang hilang tempat tinggal.

(d) 211 kenderaan rosak

(e) 753 bangunan yang rosak. (136)

 

[145] 14 mei 1969, asong isytihar Darurat;

(a) ikut Fasa 2 akta 150 Perlembagaan Malaysia.

(b) Perlembagaan dan parlimen digantung

(c) Pilihanraya timur di tangguhkan. (136)


[146]. Tunku tubuhkan majlis gerakan negara (MAGERAN);

diketuai oleh Tun Abdul Razak selaku Timbalan PM.

10 orang ahli.

Tengku lantik jemaah menteri yang baru yang lebih berkuasa daripada majlis gerakan.

Tunku terang-terang menyatakan bahawa dia adalah Perdana menteri. (136-137)

- Jemaah menteri darurat, diwujudkan oleh Tenku pada 20 Mei 1969

(a) Tengku selaku PM.

(b) Tun Abdul Razak, Timbalan PM.

(c) Tun Dr. Ismail, KDN

(d) Tan Sui Sardon, kesihatan

(e) mohamed Khir Johari, Perdagangan dan Perindustrian dan pemangku menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

(f) Haji Mohamed Ghazali pertanian dan syarikat kerjasama.

(g) Abdul Rahman Yaakub, Pelajaran

(h) Ghafar Baba, Pembangunan negara dan Luar bandar, tanah dan galian

(i) Hamzah Abu Samah, Penerangan dan Penyiaran.

(j) Fatimah Haji Hashim, kebajikan masyarakat

(k) Ganie Gilong, keadilan

(l) Temenggong Jugah, Hal Ehwal Sarawak

(m) Sambanthan, kerja Raja pos dan telekom.

(n) V. Manickavasagam, Buruh dan pemangku menteri pengangkutan.

(o) MCA: Tan Siew Sin, tak ada jabatan

(p) MCA: Khaw kai Boh, tak ada jabatan

(r) MCA: Lee Siok Yew, tak ada jabatan. (144)

 

[147] 13 mei 1969, Tan Siew Sin selaku YDP MCA umumkan tarik diri dari kerajaan, walaupun Parti itu masih kekal dalam Perikatan. Alasan mereka, kaum cina sudah tidak percaya kepada mereka. Namun, 3 orang ahli MCA menyertai jemaah menteri Darurat Pada 20 mei 1969. (137)

 

[148] Rusuhan rusuhan kecil Cina -melayu sebelum 13 mei, tetapi tak dahsyat sangat.

(a) Mei 1959, di Pulau Pangkor.

(b) Julai 1964, di daerah bukit mertajam.

(c) julai dan September 1964, di singapura

(d) awal tahun 1965, di Kuala Lumpur

(e) April 1969, di Pulau Pinang. (137)

 

[149] Hakikatnya, perbezaan melayu-cina telah lama wujud dalam bidang sosial Politik dan ekonomi. (138)

 

[150] Tunku salahkan semata-mata kepada komunis dan kongsi gelap cina.

- Tun Dr. Ismail selaku KDN tidak berpendapat begitu. (141)

 

[151] 9 okt 1969, laporan MAGERAN dikeluarkan. Dalam laporan itu sebut ada kaitan parti komunis malaya dan kongsi gelap Cina serta disebut juga faktor-faktor lain.

- Perbezaan tafsiran terhadap perlembagaan dalam kalangan melayu dan cina dan juga tentangan terhadap golongan pendatang tertentu yang berkaitan nak istimewa melayu, bahasa kebangsaan, terutama di bawah sek 152 dan 153 Perlembagaan (142).

- Tahun 1971, kerajaan akui ia berlaku disebabkan sikap permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang antara kaum.

- Terdapat tidak puas hati dalam kalangan orang melayu bahawa mereke ketinggalan ekonomi berbanding orang-orang Cina. (143)

 

[152] Artikel 153 meliputi tanggungjawab agong untuk menjaga kepentingan dan hak istimewa orang-orang melayu dan kepentingan kaum-kaum yang lain. (142)

 

[153] MAGERAN laporkan, faktor perkauman dalam kempen pilihan raya, antaranya, apabila berlaku penghinaan kaum serta ancaman yang dilakukan oleh DAP dan Perarakan kemenangan GERAKAN di kuala lumpur. (142)

 

[154] Generasi muda cina tidak mahu terima tolak ansur yang di buat antara MCA dan UMNO. (142)

 

[155] orang-orang melayu merasakan mereka telah diatasi oleh kaum cina, dari sudut ekonomi dan bilangan. mereka berazam tidak mahu hapuskan hak istimewa dan warisan mereka sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. (143)

 

[156] 12 jun 1969, diumumkan secara rasmi bahawa semua bukan warganegara perlu ada pas kerja, walaupun mereka adalah penduduk kekal. (145)

 

[157] November 1969, semua bukan Melayu dapat sijil kerakyatan jika (a) Salah seorang ibu bapa mereka adalah warganegara, (b) telah mustautin di negara ini sejak lahir. (146)

 

[158] 30 Julai 1969, menteri Pelajaran umumkan rancangan perkenalkan Bahasa melayu sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah di semenanjung secara berperingkat-peringkat. Tahun 1970, mula dari darjah satu. Bahasa inggeris diajar sebagai bahasa ke-2.

- Perubahan dasar itu diperkenalkan kerana dianggap bahasa melayu adalah bahasa perpaduan kebangsaan. (146)

 

[159] 18 jun 1969, Tunku dapat “surat kaleng” dari Mahathir. Masa itu, dia ahli Majlis tertinggi UMNO. dia tuntut Tengku letak jawatan kerana Terlalu sokong Cina.

- Penuntut universiti demo di kampus, tuntut Tengku letak jawatan. (147)

 

[160] Musa Hitam selaku golongan muda, dia bekerjasama dengan JAAFAR ALBAR dan SYED NASIR sehingga mereka dituduh golongan pelampau. (147)

 

7 MAC 2024 - SABTU - 12:17 PETANG - TEA LIVE VILLA PUTRA SG BULOH

 

[161] RAJA MUKHTARUDDIN DAIN, pensyarah Pengajian melayu sebar risalah bertajuk "Perutusan kepada Bangsa Melayu". sebaran itu diharamkan mengikut Akta keselamatan dalam Negeri. (148)

 

[162] Beberapa orang ahli UMNO nak wujudkan satu sistem parti dan singkir orang Cina dari kerajaan. (148)

 

[163] Mahathir disingkirkan dari UMNO atas alasan langgar disiplin parti. Musa Hitam disingkir dari jawatan menteri muda dan di hantar cuti belajar ke Britain. (148)

 

[164] Ketika itu, Tunku diangkat sebagai lambang masyarakat berbilang kaum;

-  Julai 1969, diwujudkan MAJLIS MUHIBAH KEBANGSAAN. YDPnya adalah Tungku. melaluinya diadakan majlis dialog.

-  Julai 1970, diwujudkan MAJLIS PERUNDING NEGARA dan LEMBAGA PERPADUAN NEGARA. (150)

 

[165] 31 ogos 1970, Agong isytihar idealogi kebangsaan yang di namakan rukun negara. (151)

 

[166] Semasa rukun negara dilancarkan, masa itu Tengku umumkan hasrat nak bersara. masa itu, tarik balik gantung parlimen dan majlis mesyuarat negeri, pada bulan Febuari 1971. (155)

 

[167] Akta hasutan dipinda, dianggap bersalah jika persoalkan secara terbuka pada;

(a) kuasa dan keistimewaan Agong dan raja-raja melayu,

(b) undang-undang kerakyatan.

(c) penggunaan bahasa Melayu

(d) hak istimewa melayu

(e) agame islam sebagai agama rasmi. (155-156)

 

[168] 23 Febuari 1971, berakhir pemerintahan Selama 20 bulan, pemerintahan MAGERAN. (156)

 

[169]. RUU (Pindaan) memberi kuasa yang lebih kepada agong untuk arahkan agar nisbah tertentu bagi orang melayu di pusat pengajian tinggi terutama dalam bidang yang orang melayu tak ramai, seperti Perubatan, kejuteraan dan sains. MCA sokong, tetapi di bantah oleh DAP dan PPP. (157)

 

[170] Walaupun pemerintahan berparlimen sudah kembali tetapi MAGERAN terus berfungsi sebagai majlis keselamatan negara bawah Tunku. Pada masa itu, majlis perunding negara dan majlis Muhibah telah dicantumkan menjadi sebuah badan penasihat kebangsaan yang baru dah ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai kaum. Badan ini punyai tugas memberi nasihat kepada PM berkenaan soal-soal perkauman (157)

 

[171] Sewaktu pembukaan Parlimen, DEB diumumkan oleh Tun Abdul Razak. Sebelum itu pun, JENERAL TEMPLER ketika menjadi PJ Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, pada febuari 1952, beliau telah sebut betapa perlu orang melayu ambil peranan terhadap aktiviti ekonomi. (158)

 

[172] Pada 23 Februari 1971, orang cina dan melayu membangkitkan bahawa DEB adalah menyebabkan luka lama berdarah kembali. Tetapi, kerajaan telah berkali-kali menegaskan bahawa dasar DEB tidak akan mengikan mana-mana kaum dalam negara. (164)

 

4 MAC 2024 – ISNIN – 2:52 PETANG – TEA LIVE VILLA PUTRA