Friday 26 April 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (3)


Semasa pertemuan pertama antara Dr Juandajaya dengan Isham, kami telah berjanji bahawa akan diadakan pertemuan kedua. Pertemuan kedua mahu diadakan setelah di pihak Isham mengadakan sedikit perbincangan dengan sebilangan rakan-rakan dalam Parti PR. Perbincangan tentang keadaan Mufti Perlis itu dengan PRU yang tidak lama berkunjung tiba.


Tidak lama kemudian, aku dapat sms dari Isham. Dia menyatakan bahawa ada seorang pimpinan tertinggi PR mahu berjumpa dengan aku dan Isham. Katanya ada perkara yang mahu dibualkan. Mengikut janjinya lebih kurang pukul 12 pagi ke atas. Aku bersetuju. 


Apabila mendapat sms itu, banyak perkara yang aku fikirkan. Antara perkara yang aku fikirkan, kemungkinan besar perkara yang mahu dibincangkan adalah berkaitan dengan Juandajaya. Lebih-lebih lagi, pertemuan dengan pemimpin PR tersebut berlaku sehari sebelum pertemuan kali kedua antara Juandajaya dan Isham berlaku.

Ternyata, pertemuan kali ini tidak ada kaitan langsung dengan mufti perlis terbabit, tetapi lebih kepada perbincangan tentang projek yang dilakukan oleh sebilangan pihak untuk mengagalkan usaha merampas putrajaya dari tangan BN. Perbicangan pada malam itu, tidak lebih sekadar memikirkan kaedah yang berkesan bagi hadapi perkara tersebut. projek tersebut berjaya diatasi dengan baik.


Keesokannya, pertemuan antara Juandajaya, Isham dan salah seorang pimpinan PR telah berlaku. Banyak perkara yang dibincangkan yang mendatangkan satu solusi yang menarik juga pada malam itu. Antara solusinya adalah…..

Bersambung….  






Thursday 25 April 2013

TENGAH PERANG DAN HUDUD


Hudud itu, tidak dinafikan wajib dilaksanakan. Ia merupakan suruhan tuhan dalam al-Quran. Perlaksanaan hudud bertujuan untuk memastikan masyarakat berada dalam keamanan, kedamaian dan keadilan.


Tanpa tercapainya keamanan, kedamaian dan keadilan, perlaksanaan hudud boleh ditangguhkan. Perkara ini pernah dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab semasa sahabat besar itu menjadi khalifah yang kedua. Iaitu, ketika berlaku satu zaman yang dikenali sebagai tahun kebuluran. Tindakan itu juga berasaskan kepada sabda Nabi SAW; “hindarkan hudud sekiranya berlaku syubhat”.

Tujuan penangguhan dan hindari perlaksanaan hudud jika berlaku syubhat atau kesamaran itu adalah untuk mengelak kezaliman lebih tersebar, kerana sifat keadilan itu adalah memastikan tercapainya kemaslahatan kepada rakyat. Sekiranya tidak dapat tercapai kemaslahatan, perlu difikirkan mengurangkan setahap mungkin kerosakan.

Perlaksanaan hudud pada tahun kebuluran akan menjadikan rakyat yang miskin mungkin dihukum, walhal menghukum orang miskin yang lapar adalah satu kesalahan dan kezaliman. Makanya, Umar al-Khattab menangguhkannya.


Di Malaysia, perkara yang paling besar adalah baiki sistem negara yang teruk dan rosak. Masakan bicara tentang perlaksanaan hudud, penghapusan rasuah juga masih rumit dihapuskan ekoran parti yang memerintah adalah sebuah parti yang cukup sebati dengan rasuah. Umpama analogi Timbalan presiden PAS, UMNO dan Rasuah umpama kentut dan taik.

Hudud tetap akan gagal mendatangkan perlaksanaan yang adil, sekiranya pemerintahan masih lagi tidak amanah dan tidak mempunyai siqah atau kepercayaan. Makanya, usaha pertama yang perlu dilakukan adalah melahirkan pemerintahan yang mempunyai sistem yang amanah, juga berjaya melahirkan pemerintah yang ada kepercayaan.


Oleh yang demikian, berbicara tentang hudud di kala PRU sedang berlangsung adalah satu perkara yang akan melahirkan perkara berikut;

1-      Hudud tetap tidak dapat dilaksanakan;
2-      Memberi kredit kepada musuh untuk hadapi PR;
3-      Pengamalan rasuah dalam kerajaan memerintah tetap juga berlaku.
4-      Kepercayaan atau siqah dari non Muslim untuk melayakkan PAS memerintah juga bakal hilang.


Apabila ini berlaku, bicara tentang hudud bukan perkara yang boleh mencapaikan kemaslahatan kepada rakyat, malahan mengagalkan pula usaha mengurangkan kerosakan yang berlaku di Malaysia.

Wallahu ‘alam…

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (2)


Pertemuan JuandaJaya dengan HishamRais telah aku rancang. Mereka bertemu di port lepak Tukar Tiub yang disebut oleh Hisham Rais sebagai “tempat lepak yang paling cool”, iaitu Old Town Brikfil (bahasa SMS kami). Ketika itu, aku bertanya juga kepada pak mufti, apakah dia selesa minum di oldtown. Dia menjawab, bahawa budaya di sarawak, kebimbangan seperti yang aku bimbang terhadap dia itu tidak pernah berlaku langsung. Di sana, lebih harmoni hubungan antara kaum dan antara agama berbanding di semenanjung. Hati kecil aku hanya kata, “cool juga mufti ni”.


Pertemuan itu pun berlaku di situ, walaupun sebelum itu, Isham ada juga tanya, pertemuan itu hendak dilakukan di mana. Sengaja Isham tanya sebegitu sebab bimbang mufti perlis itu tidak selesa bertemu di situ. Tetapi, aku tetap nyatakan bahawa biar sang mufti datang di situ, kerana dia yang mahu berjumpa dengan Isham, bukan Isham yang mahu berjumpa dengan pak mufti.

Hari pertemuan itu, aku membawa bersama dua teman; Aiman dan Ilhami. Perancangan aku pada malam itu adalah nak “buli” pak mufti. Iaitu, selepas pertemuan, nak suruh dia belanja makan. Aku istilahkan sebagai “perabis duit sultan”.

Pertemuan berlangsung dengan baik. Banyak perkara yang dibincangkan. Aku mendengar perbicangan antara Isham dan Juandajaya. Perbincangan berkisar politik Malaysia, juga sudut pandangan masing-masing tentang projek putrajaya selepas PRU yang tidak lama berkunjung tiba.

Pada hari itu, baru aku mengetahui bahawa Juandajaya merupakan seorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan darah, sepupu sepapat, bau bacang dan belacan dengan Ketua Menteri Sarawak yang kebal dengan undang-undang Malaysia, Taib Mahmood. Dia ada bercerita tentang pertemuannya dengan Taib Mahmood ketika dia berselisih jalan dengan Ketua Menteri tersebut sebelum-sebelum ini. Juga dia bercerita tentang tawaran-tawaran yang pernah dia ditawarkan dari berbagai-bagai parti, termasuk dari parti Ketua Menteri Sarawak.

Dalam perbualan itu, Juandajaya ada bertanyakan kepada Isham tentang sejauh mana kepercayaan yang boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim. Isham nyatakan kepercayaannya kepada Anwar Ibrahim untuk membawa arus perubahan politik di Malaysia dengan alasan bahawa Anwar Ibrahim buat tidak layan kepada “cukong-cukong” besar di Malaysia yang selama ini menjadi “pembela UMNO”, seperti Syed Bukhari, Ananda Krishnan, Robert Kuok dan seumpamanya. Isham nyatakan kepercayaannya bahawa Anwar memang ikhlas untuk membuat perubahan.

Pertemuan itu agak lewat selesai. Lebih kurang hampir pukul 2.30 pagi, perbincangan itu baru selesai. Perut kami sudah lapar. Apabila naik kereta, aku terus bersungut; “perut dah lapaq ni… mufti dah janji nak belanja”

“ok… cari makan… tapi cepat sikit, aku dah ngantuk ni.. esok pagi aku ada program awal pula tu”. Lebih kurang begitu ungkap Juandajaya.


Kami pun terus menuju ke sebuah gerai berhampiran dengan Maju junction yang popular di kalangan orang kelantan; gerai Ikan Singgang. Di situ kami order banyak-banyak untuk nak “pedajal mufti”.

Sambil-sambil makan, ada beberapa perkara yang kami bual. Kami berbual tentang keadaan jabatan mufti dan….

Bersambung….

Wednesday 24 April 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (1)


Aku kenali Dr JuandaJaya melalui buku-buku terjemahan beliau. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang banyak menterjemah buku-buku tulisan Dr Yusuf al-Qaradawi. Kepada mereka yang membaca tulisan al-Qaradawi dalam bahasa melayu, selalunya buku itu diterjemah oleh Dr JuandaJaya.


Aku ikuti beberapa perbahasan beliau tentang agama, terutama semasa beliau telah menjadi mufti perlis. Antaranya, kupasan beliau tentang perpindahan organ mengikut sudut pandang Islam dalam TV. Juga  aku dapat tahu dia meletakkan jawatan dalam baitul Mal Perlis ekoran tindakan Baitul Mal menggunakan wang zakat untuk keperluan yang tidak sewajarnya.


Kami mula berkawan, apabila dia mula-mula sekali buka twiter. Dia telah membalas dan memberi komen pada beberapa twit aku. Kami berbalas pendapat dan pandangan, tidak lepas juga sindir menyindir sesama kami, juga terhadap pemain-pemain politik dan agama.

Satu hari, sedang aku tidur di rumah di waktu tenghahari. Aku dihubungi oleh Dr Maszlee Malik. Aku angkat telefon, kedengaran suara Dr JuandaJaya yang ajak berjumpa. Kami merancang berjumpa di sekitar Kuala Lumpur. Tidak disangka-sangka, dalam pertemuan tersebut, turut hadir sama Dr Maza dan Ustaz Azhar Idrus. Selepas Ustaz Azhar Idrus berlalu pergi, Kami berbual banyak berkisar isu kalimah Allah, politik dan sebagainya.


Dan diberitahu juga, mereka semua berkumpul pada hari itu adalah hasil pertemuan mereka dengan Presiden PAS dan Timbalan presiden PAS di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

MAKIN RAPAT

Dr Juandajaya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub. Dia meminta bantuan aku untuk membawanya bertemu. Aku nyatakan persetujuan itu, kerana memandangkan Tukar tiub seorang sosialis tegar, jadi dimana-mana sahaja beliau boleh untuk bertemu. Perkara itu, aku rancang dan pertemukan beliau dengan Tukar Tiub itu berlaku.

Dia mula hantar sms dan telefon. Kami berbual tentang beberapa perkara tentang agama, tetapi yang paling kerap adalah politik. Pada pandangan peribadi aku, Juandajaya seorang yang mempunyai sudut pandang agama yang agak progresif.

Dalam banyak kupasan Dr Juandajaya tentang isu-isu agama, kupasan agamanya agak bagus dari sudut dalam mengemukakan hujjah, disamping kaedah pendalilan beliau juga agak menarik. Mungkin terpengaruh dengan style penghujahan al-Qaradawi. Ini membedakan beliau dengan Dr Fathul Bari yang agak lancar dengan bacaan nas al-Quran dan al-Hadis, tetapi mempunyai kaedah pendalilan yang agak literal.

Ketika bising isu kalimah Allah buat kali kedua, aku ada menghantar sms kepada beliau tentang isu ini. beliau banyak memberikan pandangan dalam isu ini dengan baik. ketika itu, aku dapati beliau seorang yang cukup tidak mempercayai ulama UMNO untuk melakukan perubahan dalam minda melayu di Malaysia.

HASMI HASHIM

Satu malam, aku bersama dengan berapa teman bertemu dengan Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat. Hasmi naik kereta yang aku memandunya. Dalam perjalanan, Dr Juandajaya telah telefon dan nyatakan hasrat ingin bertemu pada malam itu, kerana dia sedang berada di Kuala Lumpur. Ada sedikit silap pemberitahuan, dan berlaku sesat jalan dan sebahainya. Walaubagaimana pun, akhirnya kami bersetuju bertemu di restoran Shah Jee, sebuah restoran pakistan berhampiran dengan pejabat Agong PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang aku provoke Dr Juandajaya tentang politik. Terutama perbincangan tentang konsep negara Islam dan sebagainya. disamping itu juga, kita berbicara juga tentang pentafsiran al-Quran dengan menukilkan kisah-kisah dari taurat dan injil, sepertimana yang pernah dilakukan oleh seorang ulama tafsir yang terkenal bernama al-Bida’i. sudut pandangan beliau tentang al-Bida’I juga agak menarik, mempamerkan beliau bukan seorang mufti sepertimana mufti-mufti malaysia yang lain.

Di situ, aku menilai beliau bukan seorang ilmuan islam yang biasa, tetapi seorang yang mempunyai kemahiran ilmu islam yang baik, dan punyai pandangan isu-isu agama dari sudut pandang yang agak progresif, tidak sepertimana kebanyakkan agamawan-agamawan islam di malaysia yang banyak terikat dengan pandangan konservatif dan lama.

POLITIK

Satu malam, ketika berada di kedai mamak dan bersembang dengan beberapa orang rakan-rakan. Tiba-tiba Dr Juandajaya telefon. Sebelum itu, aku telah ditanya oleh seorang pak cik dari negeri perlis. Bertanyakan apakah benar Juandajaya akan bertanding. Aku nyatakan bahawa tidak bertanding. Tetapi, aku tetap hantar sms kepada beliau, bertanyakan apakah benar beliau mahu bertanding.

Apabila beliau telefon, kami pun berbual panjang. Beliau nyatakan bahawa memang beliau ada dapat tawaran dari tiga parti; PAS, PKR dan UMNO. Tetapi, beliau menolak UMNO, tetapi masih sangsi antara dua parti; PAS atau PKR. Mendengar itu, aku menyatakan pandangan kepada beliau. Pandangan aku adalah;
1-  lebih baik tidak bertanding, dan kekalkan sebagai mufti, memberi pandangan dari luar, sepertimana yang sedang dilakukan oleh Dr Maza. Sebab, pada aku, tindakan itu lebih memberi kesan besar dalam perubahan dalam minda rakyat Malaysia.
2-     Jika mahu bertanding juga, aku nyatakan bahawa jangan bertanding dalam tiket BN (UMNO), atau PAS. Tetapi, bertanding atas tiket PKR atau DAP. Aku cadangkan itu, kerana memikirkan pandangan agama beliau yang progresif yang padaku, jika dibawa ke dalam PAS, beliau akan berhadapan dilema yang cukup besar. Cadangan yang sama juga aku nyatakan kepada Dr Maza ketika bising tentang khabar angin bahawa beliau kononnnya nak bertanding.

Mendengar cadangan aku itu, Dr Juandajaya ada menyatakan sesuatu kepadaku. Iaitu, sudut pandang yang positif tentang PR, terutama pada PKR.  Selepas itu, kami selalu bertemu. Terutama selepas pertemuan pertama beliau dengan Tukar tiub. Pada hari pertemuan tersebut, aku agak terkejut apabila melihat Tukar Tiub telah berdiri ketika bersalam dengan Mufti Perlis itu, sedangkan kita kawan-kawan Tukar Tiub amat masak style Tukar Tiub yang kaki selamber; yang agak mustahil Tukar Tiub lakukan seperti berikut. Nak ketawa pun ada juga hari tu.

Bersambung….




Sunday 21 April 2013

ISU DUN KOTA DAMANSARA : PAS KAWASAN N PAS SELANGOR


DUN Kota Damansara dibawah Parlimen Subang. Parlimen subang pula berada dibawah negeri Selangor. Makanya, isu perlantikan seorang calon PAS di DUN kota Damansara tidak boleh lepas dari pengetahuan dari dua badan;
1-    PAS peringkat Negeri Selangor
2-    PAS Kawasan Subang.

Setelah mengambil maklumat dari kedua-dua pihak, didapati makluman yang mereka berikan adalah seperti berikut;

JAWAPAN PIMPINAN PAS SELANGOR


Sms saya kpd beberapa ahli dewan harian pimpinan PAS negeri selangor;

'apakah dlm pengetahuan pas negeri atau disengajakan pas negeri dengan hantar wakil pas di Dun Kota Damansara? Atau ini tindakan 'tangan2 hantu' yang diketahui?

Dibalas sms dari ahli dewan harian seperti berikut;

'ada 'tangan2 hantu'... Negeri dan setiausaha agung tak tahu menahu tentang pas bertanding di Kota Damansara....'


JAWAPAN PIMPINAN PAS KAWASAN SUBANG


"di Dun Kota Damansara, PAS kawasan subang dah putus kul 9 malam 19 april 2013 yg pas tak bertanding dan sokong calon PKR.. tiba2 Pemuda PAS Kawasan dan calon dia masuk bertanding kerana dapat watikah guna cable jugak...dah macam UMNO jugak kita ni.. kena ada cable.. akhirnya ayat wala la jadi mangsa"




Saturday 13 April 2013

FITNAH CIKGU PAS DAN FITNAH SEORANG JURAIJ YANG SILAP


Dalam hadis yang saheh, disebutkan bahawa Nabi SAW pernah bercerita tentang seorang ‘abid di zaman terdahulu yang bernama Juraij. Betapa kuat dia melakukan ibadat, sehinggakan dia telah membina sebuah rumah ibadatnya sendiri yang tidak bersekali dengan rumahnya sendiri. Semasa dia sedang melakukan ibadat, ibunya telah datang memanggilnya. Tetapi, dia tidak menyahut panggilan ibunya itu kerana mementingkan solatnya berbanding menyahut panggilan ibunya.

Disebabkan tidak menyahut panggilan ibunya itu, menjadikan ibunya kembali ke rumah. Kemudian datang kembali dan memanggilnya. Namun, sekali lagi Juraij tidak menyahut. Kejadian itu berlaku berkali-kali menyebabkan ibunya merasa sedih sehingga terpancul dari bibir ibunya bahawa dia berdoa agar Juraij terfitnah dengan perempuan sebelum saat kematiannya.

Kesan dari doa ibunya itu, menjadikan Juraij terfitnah dengan tuduhan telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak. Perempuan itu mendakwa bahawa anak yang dilahirkan itu adalah anaknya hasil penzinaan dengan Juraij. Fitnah perempuan menjadikan Juraij telah ditangkap oleh orang Bani Israel. Kemudian Juraij di pukul, juga rumah ibadatnya telah diruntuhkan.

Keadaan itu menjadikan Juraij tidak ketahui tentang kesalahannya. Makanya dia telah bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu. Dijawab bahawa dia telah berzina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak. Mendengar penjelasan tersebut, dia telah meminta agar bayi itu dibawa kepadanya. Lalu bayi dibawa hadir kepada Juraij.

Melihat kepada bayi tersebut, Juraij telah menunaikan solat. Selesai solat, dia telah mencocok perut bayi itu lalu bertanya; “siapa bapa kamu”. Lalu bayi kecil itu menjawab bahawa bapanya adalah seorang pengembala kambing. Keadaan itu menjadikan pihak yang memukul dan meruntuhkan rumah ibadatnya itu meminta maaf, seterusnya menggantikan dengan rumah ibadat yang lain.

FITNAH CIKGU PA

Style politik UMNO memang tidak bermaruah. Fitnah, video seks dan seumpamanya merupakan kesebatian cara UMNO berpolitik sepertimana kesebatian antara rasuah dengan UMNO. Makanya tidak hairan, demi mempertahankan kuasa, berbagai-bagai cara kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang “beragama UMNO”.

Cikgu Pa antara mangsa dalam style politik UMNO ini. Tidak hairan, baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan sebuah video seks yang didakwa “pelakonnya” adalah Setiausaha Agung sebuah parti islam di Malaysia.

Namun, jika diperhatikan style politik cikgu Pa pula, ia seiras-iras dengan apa yang telah tertimpa kepada Juraij, seorang Abid dari kalangan Bani Israel yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika kesilapan Juraij dengan tidak menyahut panggilan ibunya ketika melakukan ibadat, menjadikan Juraij terfitnah dengan perempuan, maka tidak hairan perkara yang sama berlaku pada cikgu Pa yang kadangkala style politik beliau cukup mengkhianati kawa dari PKR dan DAP.

Rata-rata yang mengetahui  dan mengikuti politik cikgu pa dari dekat akan mengetahui bagaiaman cikgu pa adalah orang yang terlibat dengan politik khianat kawan PKR dan DAP. Antaranya adalah seperti dalam isu pergabungan PAS dan UMNO yang berlaku di pertengahan tahun 2008 yang lalu. Kemudian, projek mengagalkan 16 Sep dan projek mencadangkan Kuli sebagai PM.  Terbaru pula, mengkhianati kerusi-kerusi yang sudah menjadi kepunyaan PKR, tetapi dijadikan seperti “kerusi mak bapak sendiri” tanpa diputuskan dalam mesyuarat  dalam PRU yang tidak lama berkunjung tiba.  

Contohnya seperti kerusi di parlimen Kangar. Seperti yang sudah diketahui, kerusi itu adalah kepunyaan PKR dalam PRU yang lepas, tetapi dinafikan hak PKR itu dengan tidak semena-mena didakwa kepunyaan PAS tanpa diputuskan dalam perbincangan yang jitu. Lebih-lebih lagi, kerusi tersebut sudah disediakan oleh PKR sejak awal lagi sebagai calonnya adalah mufti perlis sekarang, Dr Juandajaya. Tetapi, dikhianati kawan oleh PAS yang di “game”kan oleh cikgu pa dengan diisytiharkan kepunyaan PAS.



Dalam sejarah PAS, tidak pernah berlaku pengkhinatan dan kencing kawan yang pernah dilakukan oleh PAS kecuali di era Cikgu Pa menjadi Setiausaha agung. Tindakan beliau itu, tidak hairan dikifaratkan tuhan dengan tertimpa fitnah terhadap beliau dalam isu video seks ini.

Fitnah yang tertimpa kepada Cikgu pa ini tidak wajar didiamkan dan wajar kita semua bangkit melawan. Sebagai rakyat malaysia, sewajarnya kita semua perlu membentuk politik yang sihat dan segar; seperti elak politik fitnah video seks, politik kencing kawan, politik perkauman dan sebagainya.

Harapannya, pengkhinatan dan kencing kawan ini tidak berlaku pada parti islam (PAS) lagi selepas ini. Ini kerana, Islam tidak menang dengan pengkhianatan, tetapi Islam boleh menang dengan keadilan dan kebajikan yang menjadi manifesto PAS dalam PRU kali ini.

Sekian