Thursday 7 October 2021

KITAB AL-IJTIHAD FI ILM AL-HADIS WA ASARUHU FI AL-FIQH AL-ISLAMI

 

KITAB AL-IJTIHAD FI ILM AL-HADIS WA ASARUHU FI AL-FIQH AL-ISLAMI

Dr. ‘Ali Naif Biqaie

Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut : 2009 – 1430

Yang menyediakan : Wan Ji bin Wan Hussin

 

 

DIRAYAH HADIS

 

Dirayah hadis adalah:

 

هو علم يبحث فيه عن المعني المفهوم من ألفاظ الحديث, وعن المعني المراد منها, مبتنيا علي قواعد اللغة العربية, وضوابط الشريعة, مطابقا لأحوال النبي[1]

 

Ilmu hadis dirayah, kita boleh tahu sesuatu hadis itu diterima atau ditolak berdasarkan kaedah-kaedah umum.

 

Ilmu hadis riwayah, kitab oleh tahu sesuatu hadis itu diterima dan ditolak berdasarkan kajian perincian satu persatu.

 

Beza antara ilmu riwayat dari dirayah, seperti ilmu nahu dan I’rab; seperti ilmu fiqh dan usul al-fiqh[2].

 

 

TAJRIH

 

1.       Tajrih di bawah maksud dharurat. Jadi:

 

a.       Masa tajrih perlu didatangkan juga pujian.

b.       Tajrih mengikut kadarnya sahaja. tidak boleh lebih. Sebab kaedah sebut : تقدر بقدرها

 

2.       Kata abu al-Hasanat al-Laknawi, Tajrih tidak boleh datang dari orang bias, taksub[3].

 

 

FAHAMI ISTILAH JARH TA’DIL

 

 

Ibn Hibban pernah kata:

 

واهل الحجاز يسمون الخطاء كذبا

“Ahli Hijaz menamakan salah sebagai dusta[4]

 

 

PERAWI BIAS

 

Laknawi kata : kalau tajrih berlaku dari individu yang dapat dibuktikan secara qarinah (maqaliyyah atau haliyyah) bahawa dia taksub, maka tajrih itu ditolak.

 

Contoh :

-          Ibn hajar tolak tajrih al-Juzjani terhadap orang kufah, sebab dia ada sentiment kenegerian.

-          Tajrih al-Zahabi terhadap tokoh-tokoh sufi[5]. 

 

Imam bukhari terima riwayat Ibn Ishaq, walaupun Ibn Ishaq ditolak imam malik, kerana Jarh al-Aqran, iaitu mereka satu zaman dan dianggap ada bias.

 

Sama juga tidak terima jarh Nasaie terhadap Ahmad bin Soleh al-Misri; Ibn Ma’in terhadap al-Syafie[6].

 

Ibn abdil Bar kata: kalau dakwa seseorang rawi itu dusta, ia tidak boleh diguna pakai kecuali diberikan bukti[7].

 

 

PERLU NYATAKAN SEBAB BILA TA’DIL DAN TAJRIH?

 

Ada empat mazhab:

 

a.       Tajrih perlu nyatakan sebab. Ta’dil tidak perlu.

b.       Ta’dil perlu nyatakan sebab. Tajrih tidak perlu.

c.       Semua kena nyatakan sebab

d.       Semua tidak perlu nyatakan sebab, jika datang dari orang alim yang terkenal.

 

Pendapat (a) adalah pandangan majoriti ulama. antaranya, Nawawi, ibn hajar al-Asqalani, ibn al-Solah, Khatib al-Baghdadi, al-Bukhari, Muslim dll[8].

 

Sebab itu, ikrimah maulan ibn Abbas diterima oleh al-Bukhari; Ismail bin Abi Uwais juga.

 

Sebab, mereka ini ditajrih, tp tidak dinyatakan sebab[9].

 

Pandangan ibn hajar:

 

Kalau perawi itu ditajrih tanpa dinyatakan sebab, lalu ada ulama lain siqahnya, maka tajrih itu tidak diterima kecuali dinyatakan sebab.

 

Jika tidak ada ta’dil, maka tajrih itu diterima selama tidak dinyatakan sebab; iaitu dengan syarat, tajrih itu dari orang yang alim[10].

 

 

KALAU JARH DAN TA’DIL SAMA

 

Pendekatan Taj al-Din al-Subki (tabaqat syafiiyyah kubra)

 

Pertama:

-          Asal seseorang perawi itu adalah adil selama tidak dibuktikan bahawa dia adalah jarh.

-          Justeru, untuk mengatakan bahawa perawi jarh, perlu diberikan bukti bahawa dia memang majruh.

 

Kedua :

-          Apabila seseorang perawi itu telah dibuktikan jarh, tetapi dalam masa yang sama didapati ta’dilnya juga kuat, maka perlu proses tarjih antara kedua-duanya.

-          Jika gagal ditarjih, maka didahulukan jarh berbanding ta’dil.

 

-          Jarh tidak berlaku terhadap para imam besar yang diakui sebagai ta’dil.

-          Sebab itu  tidak berlaku jarh: 

o   Jarh Abu Zi’b terhadap Malik

o   Jarh Ibn Ma’in terhadap Imam syafie.

o   Jarh Nasaie terhadap Ahmad bin Soleh[11].

 

Dalilnya adalah:

 

“Apabila air sudah sampai dua kolah, maka air itu tidak menanggung sebarang kerosakan”

 

 

HUKUM RAWI MAJHUL AL-AIN

 

Ibn Hajar al-Asqalani dan Ibn Qattan:

 

ASAL Rawi majhul al-Ain tidak boleh diterima periwayatannya KECUALI jika ada ulama rijal siqahkan dia. NAMUN, jika ada kritikan dari rijal lain dalam mentajrihkannya, maka kembali kepada hukum asal (tidak boleh diterima periwayatannya)[12]

 

 

CONTOH RAWI MAJHUL YANG BOLEH DI BUAT HUJAH

 

BACAAN FATIHAH BAGI MAKMUM

 

Bagi seseorang makmum, apakah wajib bagi dirinya membaca surah al-Fatihah ataupun tidak?

 

Dalam hal ini, terdapat perbezaan pendapat seperti berikut:

 

Pertama, syafie menyatakan wajib bagi makmum membaca fatihah, sama ada ketika imam membaca al-Quran secara Jahar, mahupun secara sir.

 

Kedua, Maliki dan Hanbali dan hanafi yang mengatakan makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah bagi solat yang imam baca secara Jahar.

 

DALIL

 

Perbezaan pendapat itu diasaskan kepada hadis berikut:

 

Seorang perawi bernama Nafi’ bin Mahmud bin al-Rabi’ al-Ansari menyatakan bahawa dia ke masjid bersama Ubbadah bin al-Somit (sahabat). Ketika itu, Ubbadah agak lambat sampai ke masjid. Apabila sampai di masjid, didapati Abu Naim sedang menunaikan solat. Makanya, Nafi’ dan Ubbadah membuat sof di belakang Abu Nuaim. Ketika itu, mereka mendengar Abu Nuaim membaca surah al-Fatihah.

 

Menurut Abu Nuaim lagi, beliau mendengar Ubbadah turut membaca surah al-Fatihah bersama imam semasa solat berjemaah. Selesai memberi salam, Abu Nuaim bertanya kepada Ubbadah: “Wahai Abu al-Walid, aku dapati kamu membaca (al-Fatihah) bersama imam. Aku tidak tahu, apakah kamu sengaja atau kamu lupa”.

 

Jawab Ubbadah : “aku tidak lupa dan sememangnya aku lakukan itu dengan sengaja”

 

Ubbadah pun bercerita pengalamannya semasa hidup Nabi saw lalu; iaitu pada suatu hari bahawa dia dan beberapa orang sahabat menunaikan solat berjemaah sebagai makmum Nabi saw – solat berbentuk Jahar, dan beliau mengikut serta bacaan Baginda. Apabila selesai solat, Nabi saw bertanya : “apakah kamu membaca bersamaku?”

 

Sahabat yang hadir ketika itu mengakuinya. Makanya, nabi saw pun berkata: “Jangan kamu lakukan lagi kecuali membaca surah al-fatihah sahaja. Ini kerana, tidak ada solat bagi mereka  yang tidak membacanya (al-Fatihah)”

حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَزْدِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنِي زَيْدُ بْنُ وَاقِدٍ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ نَافِعِ بْنِ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ نَافِعٌ: أَبْطَأَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ، فَأَقَامَ [ص:218] أَبُو نُعَيْمٍ الْمُؤَذِّنُ الصَّلَاةَ فَصَلَّى أَبُو نُعَيْمٍ بِالنَّاسِ، وَأَقْبَلَ عُبَادَةُ وَأَنَا مَعَهُ، حَتَّى صَفَفْنَا خَلْفَ أَبِي نُعَيْمٍ، وَأَبُو نُعَيْمٍ يَجْهَرُ بِالْقِرَاءَةِ فَجَعَلَ عُبَادَةُ يَقْرَأُ أُمَّ الْقُرْآنِ فَلَمَّا انْصَرَفَ، قُلْتُ لِعُبَادَةَ: سَمِعْتُكَ تَقْرَأُ بِأُمِّ الْقُرْآنِ وَأَبُو نُعَيْمٍ يَجْهَرُ، قَالَ: أَجَلْ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْضَ الصَّلَوَاتِ الَّتِي يَجْهَرُ فِيهَا بِالْقِرَاءَةِ قَالَ: فَالْتَبَسَتْ عَلَيْهِ الْقِرَاءَةُ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ، وَقَالَ: «هَلْ تَقْرَءُونَ إِذَا جَهَرْتُ بِالْقِرَاءَةِ؟» ، فَقَالَ بَعْضُنَا: إِنَّا نَصْنَعُ ذَلِكَ، قَالَ: " فَلَا، وَأَنَا أَقُولُ: مَا لِي يُنَازِعُنِي الْقُرْآنُ، فَلَا تَقْرَءُوا بِشَيْءٍ مِنَ الْقُرْآنِ إِذَا جَهَرْتُ إِلَّا بِأُمِّ الْقُرْآنِ " – ابو داود, 824

 

Hadis ini dijadikan sandaran oleh al-Syafie dalam menyimpulkan hukum bahawa makmum wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah dalam solat berjemaah.

 

Namun begitu, majoriti ulama tidak bersetuju dengan penghujahan dengan menggunakan hadis. Mereka mengkritik hadis ini dari sudut sanad; iaitu ada perawi hadis bernama Nafi’ bin mahmud yang dikatakan beliau seorang yang majhul (tidak dikenali).

 

Ibn al-Turkmani dalam kitab al-Jawhar al-Naqi menyatakan bahawa Imam al-Bukhari tidak menyebut berkenaan Nafi’ dalam kitab tarikh beliau. Demikian juga Ibn Abi Hatim. Turut mengatakan Nafi’ ini majhul adalah Abu Umar dan al-Tahawi.

 

Walaubagaimana pun, al-Tahanawi menyatakan bahawa ada dua perawi siqah mengambil riwayat Nafi’ bin Mahmud, iaitu Haram bin Hakim dan Makhul.

 

Dalam kaedah ilmu hadis, apabila seseorang perawi yang majhul yang ada dua orang perawi siqah meriwayatkan hadis darinya, maka perawi yang majhul itu boleh dijadikan sebagai sandaran riwayat. Dengan itu, mazhab syafie menggunakan hadis ini sebagai sandaran hukum[13].

 

 

ZIARAH KUBUR NABI, WAJIB DAPAT SYAFAAT?

 

Dalam hal ini, ada dua pendapat ulama:

 

Pertama, majoriti ulama yang berpendapat bahawa menziarahi kubur Nabi adalah sunat dan mendapat ganjaran syafaat nabi.

 

Kedua, Ibn Taimiyyah yang memandang menziarahi kubur Nabi saw bukan tuntutan syariah[14].

 

Kekhilafan antara dua pendapat ini berasaskan kepada satu hadis – daripada Ibn Umar bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

مَنْ زَارَ قَبْرِي وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي

“Barangsiapa yang menziarahi kuburku, maka wajib baginya syafaatku” (Sunan al-Daraqutni, hadis no : 2695 | Syu’ab al-Iman, hadis no : 3862[15] (

 

Sila lihat sanadnya dalam Sunan al-Daraqutni:

ثنا الْقَاضِي الْمَحَامِلِيُّ , نا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْوَرَّاقُ , نا مُوسَى بْنُ هِلَالٍ الْعَبْدِيُّ , عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ , عَنْ نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

 

Dalam syuab al-Iman, sanadnya seperti berikut:

أَخْبَرَنَا أَبُو سَعْدٍ الْمَالِينِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبُو أَحْمَدَ بْنُ عَدِيٍّ الْحَافِظُ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْحُلْوَانِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ سَمُرَةَ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هِلَالٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ الْعُمَرِيِّ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

HUJAH IBN TAIMIYYAH

 

Pendapat yang mendokong ibn Taimiyyah seperti Albani menganggap hadis ini palsu (Doifah al-Jami’ al-Soghir, rujukan hadis, 5607)

 

Antara hujah yang dikemukakan adalah hadis ini dalam semua turuqnya ada perawi bernama Musa bin Hilal al-‘Abdi.

 

Abu Hatim dalam kitab al-Jarh wa al-Ta’dil menyatakan bahawa Musa bin Hilal ini seorang yang majhul (8/166)[16].

 

Dengan sebab itu, Ibn taimiyyah simpulkan hadis ini tidak boleh dijadikan sandaran hukum.

 

HUJAH JUMHUR

 

Kritikan Jumhur terhadap kesimpulan Ibn Taimiyyah itu:

 

a.       Yang menyatakan Musa bin Hilal ini sebagai majhul adalah Abu hatim. Abu hatim itu amat terkenal dengan bermudah dalam menuduh seseorang perawi majhul, walhal ia tidak majhul dari kalangan ulama yang lain.

 

Contohnya, gurunya al-Imam al-Bukhari yang bernama Bayan bin Amru yang berasal dari Bukhara, dinilai Majhul oleh Abu Hatim. Ibn Hajar al-Asqalani mengkritik Abu Hatim dengan menyatakan bahawa hampir semua ulama-ulama besar hadis menganggap dia tidak majhul, seperti al-Bukhari, Abu Zur’ah, Ubaidullah bin Wasil; bahkan, semua ulama-ulama besar ini menganggap Bayan sebagai siqah. (Hady al-Sari, hlm 393)

 

Dalam Lisan al-Mizan, Ibn hajar menjelaskan bahawa Abu hatim itu kerap menggunakan perkataan Majhul yang ditujukan kepada sebilangan sahabat nabi yang dari kalangan badwi yang mereka tidak diriwayatkan hadis oleh para imam tabiin. (6/13)[17]

 

Justeru, penilaian Abu Hatim sebagai majhul itu tidak boleh diterima secara mutlak, sebalik perlu kepada penelitian yang lebih mendalam lagi.

 

b.       Andai mahu dikatakan bahawa Musa bin Hilal ini sebagai majhul sekalipun, didapati riwayat Musa ini diterima oleh sebilangan besar ulama-ulama hadis yang siqah, seperti Ahmad bin Hanbal, Muhammad bin Jabir al-Muharibi, Muhammad bin Ismail al-Ahmasi, Abu Umayyah Muhammad bin Ibrahim al-Tarasus, Ubaid bin Muhammad al-Warraq, al-Fadhl bin Sahl dan Ja’far bin Muhammad al-Bazuri[18].

 

Dalam usul al-Hadis, seorang perawi yang majhul, riwayatnya sememangnya ditolak. Namun, menurut Ibn hajar al-Asqalani dan Ibn al-Qattan, apabila dua perawi siqah meriwayatkan hadis dari perawi majhul, makanya hadisnya boleh diterima dan dijadikan sandaran hukum. (al-ijtihad fi ilm al-hadis wa asaruhu fi al-fiqh al-islami, hlm 162)[19]

 

Justeru, hadis riwayat musa ini boleh dijadikan sandaran, kerana riwayat musa ini bukan sekadar dua orang, bahkan seramai 7 orang perawi siqah yang Namanya disebutkan di atas mengambil riwayat beliau.

 

Dari ini, disimpulkan oleh Majoriti ulama bahawa hadis ini boleh dijadikan sandaran hukum. Makanya, amalan bermusafir dengan mahu menziarahi kuburnya nabi adalah disyariatkan.

 

Mulla ‘Ali al-Qari ada menyatakan dalam syarah kitab al-Syifa’ dengan menyatakan : Ziarah kuburnya nabi saw itu adalah salah satu sunnah dari sunnah-sunnahnya orang Islam”

 

 

 

 

ULAMA YANG MUDAH MAJHULKAN ORANG

 

ABU HATIM

 

Contohnya : anggap majhul pada ABU AL-NU’MAN AL-HAKAM BIN ABDULLAH AL-BASARI.

 

Ibn Hajar al-Asqalani (Hady al-Sari) komen : dia tidak majhul, bahkan 4 ulama siqah riwayatkan hadis darinya. Turut menganggap dia siqah adalah al-Zuhli.

 

Contoh lain : BAYAN BIN AMRU AL-BUKHARI

 

Ibn hajar al-Asqalani (Hady al-Sari) komen : dia tidak majhul, bahkan Ibn Madini puji dia, Ibn Hibban dan ibn ‘Adi anggap dia siqah.

 

Ulama besar meriwayatkan hadis darinya seperti al-Bukhari, Abu Zur’ah, Ubaidillah bin Wasil dll.

 

Abu Hatim menganggap majhul sahabat Nabi dari kalangan arab badwi yang para Imam Tabiin tidak meriwayatkan hadis dari mereka[20].

 

IBN HAZM

 

Contoh : MUHAMMAD BIN ISA BIN SURAH.

 

Ibn Hajar al-‘Asqalani (al-Tahzib) : sepakat ulama kata dia siqah, seperti Abu al-Qasim al-Baghawi, Ismail bin Muhammad al-Saffar, Abu al-Abbas al-Assam dll.

 

Abdul Fattah Abu Ghuddah pernah berpesan agar teliti dahulu individu yang dianggap majhul oleh ibn Hazm[21].

 

 

MAJHUL DI SISI HANAFI

 

a.       Dia riwayatkan satu atau dua hadis sahaja.

b.       Dia tidak diketahui mengetahui fiqh dan berijtihad[22].

 

 

AHLU BID’AH

 

 

Menurut imam ibnu taimiyyah, permulaan bagi berlakunya amalan bidaah adalah selepas pembunuhan terhadap Saidina Osman[23].

 

Dalam kitab Ihya', imam ghozali menyatakan orang yang mula-mula sekali mengajak ahli bidaah berdebat adalah sadina Ali, iaitu dengan beliau melantik Abdullah bin Abbas untuk berhadapan dengan kelompok khawarij[24].

 

Al-Zahabi mengklasifikasikan bidaah kepada dua;

A. Sughra, seperti berlaku di kalangan tabiin ataupun Atba' tabiin yang warak tetapi mereka cenderung kepada syiah

 

B. Kubra, seperti golongan rafidhah yang melampau sehingga sanggup mengkafirkan kepada Abu Bakar dan Umar[25].

 

 

BEZA KHILAF DALAM HAL BID’AH DAN KAEDAH ISTINBAT HUKUM

 

Nabi suruh berhati-hati dalam hal yang kabur.

 

Dalam hadis riwayat Muslim, Aisyah binti Abu Bakar berkata

اذا رايتم الذين يتبعون ما تشابه منه، اولئك الذين سمى  الله فاحذروهم

 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim bahawasanya Abdullah bin amru berkata bahawa suatu hari Nabi mendengar suara dua orang lelaki yang berselisih berkenaan sesuatu ayat Al-Quran.

 

Mendengar itu nabi keluar kepada mereka dan berjumpa dengan mereka dalam keadaan muka nabi kelihatan marah, seraya nabi berkata:

انما هلك من كان قبلكم باختلافهم في الكتاب

 

Imam Nawawi menyatakan di dalam Syarah Muslim, yang dimaksudkan dengan kebinasaan yang berlaku kepada umat sebelum kita adalah berkenaan dengan kekufuran dan amalan bidaah yang dilakukan mereka.

 

Adapun perselisihan pada istinbat furu' agama, dan perdebatan yang berlaku di kalangan ahlul Ilmi yang mendapat faedah ilmu dan menampilkan sesuatu kebenaran, perselisihan itu adalah tidak dilarang dalam agama. Bahkan ia dituntut dan mempunyai kelebihan tersendiri. Sesungguhnya ijmak orang Islam dalam hal ini semenjak era sahabat sehingga sekarang[26].

 

 

MANGSA TUDUHAN AHLI BID’AH

 

Tidak semua mereka yang dituduh sebagai ahli bidaah adalah sebenar-benarnya ahli Bid'ah.

 

Al-Qasimi ada menyatakan seramai 25 orang perawi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan muslim dituduh oleh imam sayuti sebagai Syiah, tetapi Al-Qasimi mendapati bahawa semua itu tidak mempunyai asas untuk mengatakan mereka sebagai Syiah kecuali hanya dua orang sahaja, Abang bin Tughlub dan Abdul Malik bin 'Ayun[27].

 

Imam Abu Hanifah dan dua orang murid beliau; imam Abu Yusuf dan imam Muhammad bin Hassan pernah dituduh sebagai penganut fahaman murjiah.

 

Tuduhan itu dilakukan oleh sebilangan ulama hadis kerana beliau kerana dikatakan beliau anggap bahawa amalan bukan termasuk dari iman; serta mengatakan Iman tidak bertambah dan tidak menurun[28].

 

Pada kalangan ulamak hadis Iman adalah murakkab dari amalan, yang sebenarnya kepercayaan ini tidak ada jauh beza dengan pandangan imam Abu Hanifah hanya kerana perbezaan dari sudut pemahaman bahasa sahaja.

 

Ini kerana pada imam Abu Hanifah, orang yang ketiadaan tasdiq, maka orang itu boleh menjadi kufur, dan orang yang tidak mempunyai amalan, maka dia menjadi fasiq[29].

 

Ibnu Hajar al-asqalani tidak menafikan bahawa ada pihak yang melampau dengan menuduh kafir kepada ahli Bid'ah.

 

Walaubagaimanapun, Ibn Hajar menyimpulkan bahawa yang dimaksudkan kufur adalah apabila mengingkari perkara yang mutawatir di dalam syariat; atau mengingkari perkara yang diketahui dalam agama secara pasti[30].

 

 

BENTUK BID’AH

 

RIWAYAT AHLI BID'AH YANG MEMBAWA KEPADA KUFUR TIDAK DITERIMA LANGSUNG.

 

RIWAYAT AHLI BID’AH YANG TIDAK MEMBAWA KEPADA KUFUR?

 

A. TIDAK DITERIMA LANGSUNG

 

- ini adalah pandangan ibnu sirin, Al Hasan Basri, Malik, ibnu Uyaynah, Al-Humaidi, Yunus bin Abi Ishaq dan 'Ali bin Harb[31].

 

B. DITERIMA RIWAYAT DENGAN SYARAT-SYARAT YANG KETAT.

 

- ini pandangan Imam Syafie, imam al-ghazali, Abul Hussian al-basri dan kebanyakan ulama usul fiqh

 

- al-Zahabi pernah sebut perawi bernama ABAN BIN TUGHLUB AL-KUFI - dia seorang Syiah tetapi soduq. Bagi kita dari sudut kebenarannya, bid'ah itu dibebankan atas kepalanya.

 

- imam Syafi'i menerima riwayat IBRAHIM BIN ABI YAHYA yang merupakan seorang qadariyah[32].

 

C. DITERIMA JIKA MEREKA PERCAYA TIDAK HALAL BERBOHONG.

 

- tekan hantar tu yang berpendapat sebegini adalah imam Syafi'i, ibnu Abi Laila dan Imam Abu Yusuf[33].

 

B. DITERIMA SELAMA DIA TIDAK MENYERU KEPADA BID'AHNYA

 

- antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah imam Ahmad bin hambal, Yahya bin ma'in, al-Bukhari dan Abu Daud.

 

Walau bagaimanapun mengikut komentar ibnu Hajar al-'asqalani, bawa imam Bukhari menerima perawi ahli bid'ah jika;

 

A. Hadis itu ada mutaba-ah.

B. Hadis tersebut mempunyai banyak jalur

C. Sekadar untuk Fadhail[34].

 

 

HADIS NABI TIDAK AKAN BERTEMBUNG

 

 

PERTAMA : ULAMA YANG KATA TIDAK BERLAKU PERTEMBUNGAN

 

Imam syafie menyatakan: Perkara yang diketahui bahawa hukum-hukum Allah itu di sana ada hukum RasulNya yang ia tidak akan berselisihan[35].

وأنْ يعْلم أنَّ أحكامَ اللهِ ثمَّ أحكامَ رسولِه لا تختلف، وأنها تجري على مثال واحد

 

Al-Qadhi Abu Bakar bin Tayyib al-Baqilani ada berkata: bahawa setiap dua hadis bahawa Nabi saw bercakap, ia tidak saheh berlaku pertembungan atas apa bentuk sekalipun[36].

فَكُلُّ خَبَرَيْنِ عُلِمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكَلَّمَ بِهِمَا فَلَا يَصِحُّ دُخُولُ التَّعَارُضِ فِيهِمَا عَلَى وَجْهٍ

 

KEDUA : KALAU BERLAKU KHILAF JUGA?

 

Jika sesuatu hadis ahad itu didapati berlaku percanggahan dengan nas-nas yang lain, atau dengan dasar agama dan akal, kemungkinan besar hadis itu mempunyai masalah dari sebarang sudut, sama ada sanad, mahupun matan[37].

 

Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata : tidak berlaku percanggahan antara hadis-hadis saheh. Andai berlaku percanggahan juga, sama ada salah satu hadis itu bukan perkataan Nabi yang berlaku kesalahan pada sesetengah perawi yang siqah; ataupun salah satu hadis tersebut menasakhkan hadis yang satu lagi; berlaku pertembungan pada orang yang mendengar, bukan hakikat perkataan nabi itu yang bertembung[38].

لَا تَعَارُضَ بِحَمْدِ اللَّهِ بَيْنَ أَحَادِيثِهِ الصَّحِيحَةِ. فَإِذَا وَقَعَ التَّعَارُضُ، فَإِمَّا أَنْ يَكُونَ أَحَدُ الْحَدِيثَيْنِ لَيْسَ مِنْ كَلَامِهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَقَدْ غَلِطَ فِيهِ بَعْضُ الرُّوَاةِ مَعَ كَوْنِهِ ثِقَةً ثَبْتًا، فَالثِّقَةُ يَغْلَطُ، أَوْ يَكُونُ أَحَدُ الْحَدِيثَيْنِ نَاسِخًا لِلْآخَرِ، إِذَا كَانَ مِمَّا يَقْبَلُ النَّسْخَ، أَوْ يَكُونُ التَّعَارُضُ فِي فَهْمِ السَّامِعِ، لَا فِي نَفْسِ كَلَامِهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، فَلَا بُدَّ مِنْ وَجْهٍ مِنْ هَذِهِ الْوُجُوهِ الثَّلَاثَةِ

 

 

KETIGA :  DALIL TIDAK BOLEH BERLAKU[39]

 

Dalil pertama, firman Allah:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) – النجم

 

 Dalil kedua, sesuatu wahyu yang benar, sudah pasti tidak akan berlaku perselisihan. Firman Allah:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82) – النساء

 

Dalil ketiga, kebenaran itu datang untuk menjelaskan sebarang perkara yang manusia perselisihkan. Jika wujud pertembungan, ia sudah terkeluar dari maksud kebenaran. Firman Allah:

وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (64) – النحل

 

 

KEEMPAT : DHAWABIT BERLAKU PERSELISIHAN

 

Tidak semua keadaan bahawa perselisihan sesuatu hadis itu menjadi wacana ilmu kritik matan hadis. Dhawabit atau ketetapan terhadap ikhtilaf berlaku adalah seperti berikut:

 

Dhawabit pertama, perselisihan yang berlaku bukan dalam perselisihan jenis. Jika dalam kerangka jenis, ia tidak termasuk dalam perbahasan.

 

Dhawabit kedua, perselisihan antara hadis saheh dan hadis doif. Jika berlaku, maka hadis doif itu ditolak.

 

Dhawabit ketiga, perselisihan perlu sesama hadis marfu’, bukan hadis mauquf atau hadis maqtu’. Jika berlaku perselisihan, maka hadis mauquf atau hadis maqtu’ itu perlu ditolak[40].

 

 

PENDEKATAN TARJIH

 

 

PENDEKATAN JUMHUR ULAMA

 

Pendekatan Jumhur Ulama yang terdiri dari kalangan ulama bermazhab maliki, syafie, Hanbali dan Zahiri bahawa tarjih berlaku dengan susunan berikut; iaitu, dimulakan dengan himpun semua hadis-hadis yang bertembung. Jika tidak dapat, maka tarjihkan salah satu dari hadis-hadis yang bertembung tersebut. Jika tidak dapat juga, maka dilihat dari sudut Tarikh hadis, maka ditentukan hadis yang terdahulu sebagai Mansukh. Jika tidak dapat dilakukan juga, maka pendekatan yang diambil adalah tawaqquf, iaitu tidak mengambil sikap terhadap pertembungan antara hadis-hadis tersebut.

 

PENDEKATAN HANAFIYYAH

 

Pendekatan ini berbeza dengan ulama-ulama bermazhab Hanafi yang memulakan sikap dengan hadis-hadis yang bertembung dengan diteliti tarikh sesuatu hadis. Pada hadis yang awal, dianggap sebagai Mansukh. Jika pendekatan Mansukh tidak dapat dilaksanakan, maka menggunakan pendekatan tarjih. Jika tidak dapat tarjih, maka menggunakan pendekatan himpun antara hadis-hadis tersebut. Jika tidak dapat diselesaikan juga, maka tawaqquf[41].

 

KRITIKAN TERHADAP HANAFIYYAH

 

Pendekatan hanafiyyah yang mendahulukan nasakh ini dikritik oleh Abu al-Hasanat al-Lakhnawi dengan beliau menjelaskan bahawa mengeluarkan dari mengamalkan sesuatu nas syarak dalam keadaan ia boleh diamalkan merupakan pendekatan yang tidak selayaknya berlaku. Yang paling utama adalah menghimpunkan semua hadis-hadis yang bertembung dengan meneliti secara mendalam terhadap setiap hadis-hadis terbabit[42].

 

Beliau turut mengkritik dengan pendekatan hanafiyyah yang mendahulukan pendekatan tarjih berbanding himpun hadis dengan menjelaskan bahawa pendekatan tersebut membawa kepada tidak mengamalkan salah satu dari dua dalil tanpa keperluan yang mendesak. Pendekatan yang baik adalah mendahulukan himpun terlebih dahulu kerana ia sudah pasti beramal dengan semua dalil-dalil[43].

 

 

PENDEKATAN TARJIH  ZARKASHI

 

 

PENDEKATAN ZARKASHI

 

Apabila ada hadis-hadis yang kelihatan bertembung, al-Zarkashi menggunakan empat pendekatan berikut:

 

a.       Mentarjih hadis dengan meneliti dari sudut sanad.

b.       Mentarjih hadis dengan meneliti dari sudut matan[44].

 

TARJIH DARI SUDUT SANAD

 

Antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam hal melibatkan tarjih dari sudut sanad adalah seperti berikut:

 

PERTAMA : TARJIH SANAD YANG RAMAI PERAWI

 

Pendekatan mentarjih dengan meneliti dari sudut sanad, al-Zarkashi menjelaskan bahawa hadis yang perawi ramai didahulukan berbanding perawi yang sedikit[45].

فَيُرَجَّحُ مَا رُوَاتُهُ أَكْثَرُ عَلَى مَا رُوَاتُهُ أَقَلُّ بِخِلَافِهِ

 

Turut memberi komentar yang sama adalah al-Isnawi dengan beliau menukilkan bahawa yang berpendapat sebegini adalah Imam al-Juwaini dan al-Amidi.

 

Hujah mereka adalah kemungkinan salah dan dusta pada hadis yang ramai perawi itu lebih sukar berlaku berbanding jika perawinya sedikit[46].

كثرة الرواة فيرجح بها عند الإمام والآمدي وأتباعهما؛ لأن احتمال الغلط والكذب على الأكثر أبعد من احتمالهما على الأقل

 

 

Contoh bagi pendekatan ini adalah seperti al-Imam al-Syafie menyimpulkan hukum mengangkat dua tangan ketika takbir pada beberapa perbuatan solat yang pendapat ini berbeza dengan yang mengatakan takbir hanya berlaku ketika di permulaan solat sahaja[47].

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ: وَبِهَذَا نَقُولُ، فَنَقُولُ: إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ رَفَعَهُمَا، وَكَذَلِكَ أَيْضًا إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ، وَلَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنَ الصَّلَاةِ غَيْرِ هَذِهِ الْمَوَاضِعِ

 

Pada imam syafie, hadis yang menjelaskan berkenaan itu lebih diperakui kerana hadis tersebut diriwayatkan oleh sebilangan besar sahabat sehingga mencecah bilangan seramai sebelas orang sahabat, termasuk Abu Humaid al-Sa’idi dan Wail bin Hujr[48].

 

قَالَ الشَّافِعِيُّ: لِأَنَّهَا أَثْبَتُ إِسْنَادًا مِنْهُ، وَأَنَّهَا عَدَدٌ، وَالْعَدَدُ أَوْلَى بِالْحِفْظِ مِنَ الْوَاحِدِ ....قُلْتُ: فَمَعَ الزُّهْرِيِّ أَحَدَ عَشَرَ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ مِنْهُمْ أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ، وَحَدِيثُ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ كُلُّهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا وَصَفْتُ، وَثَلَاثَةَ عَشَرَ حَدِيثًا أَوْلَى أَنْ تَثْبُتَ مِنْ حَدِيثٍ وَاحِدٍ

 

Bahkan, al-Zarkashi menyatakan bahawa hadis terbabit diriwayatkan oleh sahabat sehingga mencecah bilangan seramai empat puluh tiga orang sahabat[49].

قَدْ رَوَى الرَّفْعَ ثَلَاثَةٌ وَأَرْبَعُونَ صَحَابِيًّا، وَكَثِيرٌ مِنْهَا فِي الصَّحِيحَيْنِ

 

KEDUA : TARJIH DENGAN LIHAT DARI SUDUT SANAD YANG PALING TINGGI

 

Apabila sanad tinggi, bermaksud kurang jarak antara nabi saw dari imam hadis. Dengan itu, kurang berlaku kesalahan.

 

Contohnya, seperti berlaku kekhilafan dalam kalangan ulama fiqh berkenaan bacaan iqamah, dibacakan secara berulang sebanyak dua kali, atau tanpa berulang; pada mazhab Hanafi menyatakan bahawa dibaca secara berulang sebanyak dua kali, sedangkan pandangan ulama selain Hanafi bahawa dibacakan sekali.

 

Hal itu berlaku kerana melihat kepada hadis yang menyebut berkenaan iqamah yang dibaca berulang sebanyak dua kali itu; sanad hadis terbabit didapati tinggi, iaitu hadis tersebut adalah:

 

Daripada ‘Amir al-Ahwal, daripada Makhul bahawa Abu Muhaizir yang menceritakan bahawa Abu Mahzurah bercerita bahawa Nabi saw mengajar kepadanya azan dan iqamah yang baginda menyebutkan iqamah itu di baca dua kali-dua kali[50].

 

-          354 -

 

Hadis ini bercanggah dengan hadis dalam Riwayat lain; daripada Khalid al-Hazza’ bin Abi Qilabah, daripada Anas bin Malik berkata: Nabi saw menyuruh Bilal menggenapkan bacaan azan, tetapi mewitirkan (hitungan ganjil, iaitu satu kali sahaja) ketika Iqamah[51].

 

Di lihat dari sudut ketinggian sanad, maka ulama selain Hanafi menyimpulkan laungan iqamah dibacakan dengan tidak berulang dua kali. Adapun Hanafiyyah, mereka tidak melihat dari sudut ketinggian sanad, tetapi melihat pada hadis yang perawinya lebih dhobit dan lebih faqih[52].

 

KETIGA : TARJIH DENGAN MELIHAT PERAWI MANA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG.

 

Pendekatan ini diambil kerana perawi yang terlibat secara langsung mengetahui keadaan sebenar sesuatu kejadian berbanding dari perawi yang hanya mendengar dari orang lain.

 

Contohnya, berkenaan status puasa bagi orang yang berjunub, yang dalam Riwayat Abu Hurairah yang berkata:

 

“barangsiapa yang berpagi dalam keadaan berjunub, maka hari itu dia tidak berpuasa”.

 

Perkataan Abu Hurairah ini didengari oleh Marwan bin al-Hakam yang merupakan Amir Madinah ketika itu. Beliau meminta agar seorang temannya Bernama Abd al-Rahman agar bertanya kepada dua orang isteri Nabi, iaitu Aisyah dan Ummu Salamah. Apabila Abd al-Rahman bertanya Aisyah, isteri Nabi saw itu menjawab:

 

Aku saksikan sendiri bahawa Rasulullah berpagi berjunub dengan sebab jimak yang bukan sebab bermimpi, kemudian baginda berpuasa pada hari itu”

 

Kemudian, Abd al-Rahman bertanya kepada Ummu Salamah pula dan bertanya kepadanya sama dengan persoalan yang dibangkitkan kepada Aisyah. Ummu Salamah menjawab sama sepertimana jawapan Aisyah[53].

مَالِكٌ، عَنْ سُمَيٍّ، مَوْلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ ؛ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا بَكْرِ بْنَ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ يَقُولُ: كُنْتُ أَنَا وَأَبِي عِنْدَ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ. َهُوَ أَمِيرُ الْمَدِينَةِ. فَذُكِرَ لَهُ  أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: مَنْ أَصْبَحَ جُنُباً، أَفْطَرَ ذلِكَ الْيَوْمَ. فَقَالَ مَرْوَانُ: أَقْسَمْتُ عَلَيْكَ يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ. لَتَذْهَبَنَّ إِلَى أُمَّيِ الْمُؤْمِنِينَ عَائِشَةَ وأُمِّ سَلَمَةَ. فَلَتَسْأَلَنَّهُ مَا عَنْ ذلِكَ. فَذَهَبَ عَبْدُ الرَّحْمنِ، وَذَهَبْتُ مَعَهُ. حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى عَائِشَةَ. فَسَلَّمَ عَلَيْهَا، ثُمَّ قَالَ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ. إِنَّا كُنَّا عِنْدَ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ. فَذُكِرَ لَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: مَنْ أَصْبَحَ جُنُباً أَفْطَرَ ذلِكَ الْيَوْمَ. قَالَتْ عَائِشَةُ: لَيْسَ كَمَا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ. يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ. أَتَرْغَبُ عَمَّا كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَصْنَعُ؟ قَالَ عَبْدُ الرَّحْمنِ: لاَ، وَاللهِ. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَأَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ كَانَ يُصْبِحُ جُنُباً مِنْ جِمَاعٍ، غَيْرِ احْتِلاَمٍ ، ثُمَّ يَصُومُ ذلِكَ الْيَوْمَ. قَالَ: ثُمَّ خَرَجْنَا، حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى أُمِّ سَلَمَةَ. فَسَأَلَهَا عَنْ ذلِكَ. فَقَالَتْ مِثْلَ مَا قَالَتْ عَائِشَةُ.

 

Syafie mengambil hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dan Ummu Salamah berbanding Abu Hurairah dengan kata beliau:

 

“Kami mengambil hadis Aisyah dan Ummu Salamah yang kedua-dua mereka merupakan isteri Nabi dengan tidak mengambil hadis Abu Hurairah dengan beberapa alasan; antaranya adalah, kedua-dua itu adalah isteri nabi yang sudah pasti mereka lebih mengetahui berkenaan hal ini berbanding lelaki lain yang hanya mengetahui itu dari dengar dan dari berita sahaja[54].

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ: فَأَخَذْنَا بِحَدِيثِ عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ زَوْجَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دُونَ مَا رَوَى أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَجُلٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ بِمَعَانٍ، مِنْهَا أَنَّهُمَا زَوْجَتَاهُ، وَزَوْجَتَاهُ أَعْلَمُ بِهَذَا مِنْ رَجُلٍ إِنَّمَا يَعْرِفُهُ سَمَاعًا أَوْ خَبَرًا

 

Demikian juga, al-Hazimi dan al-Zarkashi mentarjih hadis hadis Riwayat Abi Rafi’ berkenaan perkahwinan Nabi saw dengan Maimunah yang kedua-dua mereka adalah tidak memakai ihram berbanding Riwayat ibn Abbas yang menyatakan bahawa ketika itu Nabi sedang pakai ihram.

 

Walaupun hadis Ibn Abbas itu diriwayatkan oleh al-Bukhari, namun hadis tersebut tidak dijadikan sandaran hujah kerana didapati Ibn Abbas tidak berada di tempat kejadian berbanding Abu Rafi’ yang ada di tempat kejadian[55].

 

Walaubagaimana pun, tarjih al-Zarkashi dan al-Hazimi ditolak oleh al-Nawawi  dan ibn Hajar al-‘Asqalani dengan takwilan bahawa semasa Nabi saw kahwini Maimunah itu, sememangnya mereka berada di tanah haram, tetapi ketika itu mereka tidak memakai ihram; ataupun keizinan itu diberikan kepada nabi sebagai khususiyat Nabi[56].

 

TARJIH DARI SUDUT MATAN

 

PERTAMA : TARJIH MATAN YANG ADA ILLAT SECARA JELAS BERBANDING YANG TIDAK JELAS.

 

Al-Zarkashi menyatakan, ditarjihkan khabar (hadis) yang disebut pada lafaznya illat hukum berbanding yang tidak disebut illat pada matan hadis tersebut. Pada beliau, illat yang jelas itu antara sebab kekuatan hadis untuk diumumkan[57].

يُرَجَّحُ الْخَبَرُ الْمَذْكُورُ مِنْ لَفْظٍ مُومٍ إلَى عِلَّةِ الْحُكْمِ عَلَى مَا لَيْسَ كَذَلِكَ. لِأَنَّ الِانْقِيَادَ إلَيْهِ أَكْثَرُ مِنْ الِانْقِيَادِ إلَى غَيْرِ الْمُعَلَّلِ، لِأَنَّ ظُهُورَ التَّعْلِيلِ مِنْ أَسْبَابِ قُوَّةِ التَّعْمِيمِ

 

Contohnya, ada dua hadis yang dianggap bercanggahan, iaitu hadis berikut:

 

Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“barangsiapa tukar agamanya, maka hendaklah kamu membunuhnya[58]

 

Dan hadis bahawa Abdullah bin Umar memberitahu :

 

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَخْبَرَهُ: أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ مَغَازِي النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْتُولَةً، «فَأَنْكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَتْلَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ»

“Seseorang Wanita didapati terbunuh dalam sesetengah perang yang dihadiri oleh nabi. Lalu nabi saw ingkari membunuh Wanita dan kanak-kanak[59]

 

Al-Imam al-Zarkashi mendahulukan hadis Ibn Abbas berbanding hadis Abdullah bin Umar kerana pada matan hadis tersebut secara terang-terangan menjelaskan illat atau punca dijatuhkan hukuman bunuh, berbanding hadis Ibn Umar yang tidak dinyatakan illat hadis secara jelas[60].

كَتَقْدِيمِ قَوْلِهِ - عَلَيْهِ السَّلَامُ -: «مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ» عَلَى حَدِيثِ النَّهْيِ عَنْ قَتْلِ النِّسَاءِ، مِنْ جِهَةِ أَنَّ التَّبْدِيلَ إيمَاءٌ إلَى الْعِلَّةِ

 

KEDUA : TARJIH HADIS YANG ADA TA’KID BERBANDING YANG TIADA TA’KID.

 

Kata al-Zarkashi, hadis yang tidak ada ta’kid terhindari dari sebarang kemungkinan majaz dan ta’wil[61].

لِأَنَّ التَّأْكِيدَ يُبْعِدُ احْتِمَالَ الْمَجَازِ وَالتَّأْوِيلِ

 

Contohnya, seperti dua hadis berikut:

 

Daripada Aisyah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَيُّمَا امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ مَوَالِيهَا، فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ» ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ «فَإِنْ دَخَلَ بِهَا فَالْمَهْرُ لَهَا بِمَا أَصَابَ مِنْهَا، فَإِنْ تَشَاجَرُوا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ»

“Mana-mana wanita yang menikah tanpa izin walinya, maka pernikahannya adalah batal." (baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali). Apabila ia telah mencampurinya maka baginya mahar kerana apa yang ia peroleh darinya, kemudian apabila mereka berselisih, maka penguasa adalah wali bagi orang yang tidak memiliki wali[62]

 

Dan hadis, daripada Ibn Abbas berkata bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الْأَيِّمُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا، وَالْبِكْرُ تُسْتَأْذَنُ فِي نَفْسِهَا، وَإِذْنُهَا صُمَاتُهَا» ؟ قَالَ: نَعَمْ

“Seorang janda lebih berhak atas dirinya berbanding walinya, sedangkan anak gadis harus di mintai izin darinya, dan izinnya adalah diamnya"? Dia menjawab, "Ya.[63]"

 

Sebagai menolak pandangan ulama mazhab Hanafi, al-Zarkashi menjelaskan bahawa hadis Aisyah didahulukan berbanding hadis Ibn Abbas kerana hadis Aisyah itu disertai dengan ta’kid[64]. - 359 -

 

 

ZIYADAH SIQAH

 

Boleh berlaku pada dua:

a.       Ziyadah pada sanad

b.       Ziyadah pada matan.

 

ZIYADAH PADA MATAN

 

Ta’rif:

 

Kata Khatib al-Bagdadi : “hadis dari perawi adil yang apabila dia menyendiri dengan sesuatu Riwayat yang ada penambahan, tanpa orang lain meriwayatkan hadis yang ada penambahan itu[65]

خَبَرِ الْعَدْلِ إِذَا انْفَرَدَ بِرِوَايَةِ زِيَادَةٍ فِيهِ لَمْ يَرْوِهَا غَيْرُهُ

 

Ibn kathir kata: seorang perawi menyendiri dalam meriwayatkan penambahan pada hadis berbanding perawi-perawi yang berbaki; yang mereka mengambil hadis dari seorang syaikh[66].

تفرد الراوي بزيادة في الحديث عن بقية الرواة عن شيخ لهم

 

Ibn Rajab al-Hambali: hadis yang masyhur pada diri perawi, tetapi sesetengah perawi menambah pada matannya yang agak Gharib (ganjii)[67]

وهو أن يكون الحديث في نفسه مشهوراً لكن يزيد بعض الرواة في متنه زيادة تستغرب

 

Di tempat lain, ibn rajab al-Hanbali kata: satu Jemaah meriwayatkan sesuatu hadis dengan satu sanad dan matan yang sama; lalu sesetengah perawi menambah tanpa disebut oleh perawi yang berbaki[68].

أن يروي جماعة حديثا واحدا بإسناد واحد ومتن واحد، فيزيد بعض الرواة فيه زيادة لم يذكرها بقية الرواة

 

Nuruddin Itir dalam kitab Manhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadis: seorang siqah menyendiri dalam meriwayatkan hadis pada lafaz dan jumlah[69].

هي ما يتفرد به الثقة في رواية الحديث من لفظة او جملة ...

 

Definisi Dr. Ali Naif Biqaie: setengah perawi siqah dari kalangan tabiin dan selepas mereka menyendiri dalam meriwayat sesuatu matan hadis yang ada penambahan dari lafaz-lafaz fiqh terhadap hadis yang diketahu nasnya tertentu tanpa perawi siqah lain meriwayatkan hadis yang sama dengan lafaz tersebut[70].

هي ما ينفرد بزيادتها بعض الرواة الثقات من التابعين فمن بعدهم من الفاظ فقهية علي حديث عرف بنص معين دون غيرهم من رواة الحديث

 

TOKOH HEBAT ZIYADAH

 

 

Mulla Ali Qari kata, cara nak tahu ziyadah siqah pada matan ini adalah himpun semua turuq hadis, baru kita boleh perasan ziyadah itu berlaku di mana.

 

Al-Hakim menyebut antara yang hebat itu adalah Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Ziyad al-Naisaburi, seorang faqih Baghdad, Abu Nuaim Abdul Malik bin Muammad bin ‘Adi al-Jurjani dari Khurasan dll.

 

Ibn Hibban menyatakan, Muhammad bin ishaq bin Khuzaimah adalah tokoh yang hebat berkenaan ilmu ini.

 

Ibn Rajab al-Hanbali pula kata, Abu Daud antara tokoh yang hebat dalam hal ini[71].

 

HUKUM ZIYADAH SIQAH PADA MATAN

 

Ada tiga pendapat:

 

1.                   DITERIMA SECARA MUTLAK.

-          Al-Nawawi berpendapat begini. Juga, Ibn Hazm.

-          Khatib kata, ini pandangan jumhur ulama fiqh. Namun, sakhawi tolak dakwaan Khatib sebab ramai ulama hadis yang tidak terima mutlak hadis yang ada ziyadah siqah[72].

 

2.                   DITOLAK SECARA MUTLAK

-          Imam Abu Hanifah dan sebahagian besar ulama mazhab Hanafi berpendapat sebegini.

-          Kalau ditolak hadis syaz, maka lebih-lebih lagi ditolak ziyadah siqah, kerana dia menyendiri, sedangkan yang lawannya adalah ramai.

-          Hujah ini ditolak dengan alasan:

o   Ada dua perbezaan:

§  Tafarrud Hadis asal

§  Tafarrud hadis ziyadah.

o   Syaz berlaku pada hadis asal, tidak berlaku pada hadis ziyadah.

o   Pada hal hadis syaz, ia melibatkan perawi yang kuat ingatan berbanding yang kurang ingatan.

o   Pada hadis ziyadah, tidak boleh sama dengan syaz kerana ia melibatkan bilangan perawi yang ramai berbanding dengan seorang perawi[73].

 

3.                   DITERIMA DENGAN SYARAT-SYARAT KETAT

-          Ini pandangan Tarmizi, Khatib al-Baghdadi, Sairafi, Ibn Abdil Bar, Ahmad dan Ibn Khuzaimah.

-          Syafie meletakkan syarat, perawi itu perlu siqah dan Huffaz (449) perkara yang sama oleh ibn khuzaimah (454)

-          Diterima jika dari perawi siqah dan huffaz, kerana:

o   Mungkin semasa guru itu menyampaikan hadis kepada perawi yang siqah itu dengan Panjang lebar, sedangkan perawi yang ramai pula, tidak disampaikan Panjang lebar.

o   Mungkin sahaja, perawi siqah yang seorang itu jauh lebih kuat ingatannya berbanding yang lain[74].

 

CONTOH ZIYADAH SIQAH DARI SUDUT MATAN

 

ISU BASUH JILATAN ANJING DENGAN TANAH

 

Riwayat pertama: daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi saw ada bersabda : bersih bejana seseorang kamu apabila dijilat anjing adalah perlu membasuhnya tujuh kali dan salah satunya adalah dengan tanah (Muslim, hadis no : 279)

وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ»

 

Selain Ibn Sirin, hadis ini ada jalur yang lain, iaitu Abi Rafi’ sepertimana yang dikeluarkan oleh al-Nasaie.

 

Riwayat kedua : juga sama dengan matan hadis pada Riwayat pertama. Cuma dalam Riwayat ini, tidak ada penambahan “salah satu dengan tanah”. (Muslim, hadis no : 279)

وَحَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، أَخْبَرَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي رَزِينٍ، وَأَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيُرِقْهُ ثُمَّ لِيَغْسِلْهُ سَبْعَ مِرَارٍ»

 

Hadis ini, bukan sekadar dalam jalur Abu Saleh, bahkan terdapat perawi siqah yang lain seperti Hammam bin a-Munabbih, Sabit maula Abdul Rahman bin Zaid, Abi razin, al-A’raj dan al-Zakwan.

 

Selain Abu Hurairah, ada sahabat lain turut riwayatkan hadis ini, iaitu Abdullah bin Umar (daripada Nafi’)

 

Memandangkan Riwayat pertama yang ada penambahan pada matan hanya ada dua perawi sahaja, iaitu Ibn Sirin dan Abi Rafi’, sedangkan pada Riwayat kedua tidak ada penambahan sedangkan ia diriwayatkan ramai perawi siqah, makanya:

 

a.       Majoriti ulama mengatakan tidak perlu disertakan tanah untuk membasuh jilatan anjing.

b.       Syafie mengatakan, perlu sertakan tanah untuk membasuh jilatan anjing.

 

Ini kerana, syafie berpendapat bahawa selama hadis itu datang dari siqah, maka hadis itu perlu dijadikan sandaran hujah[75].

 

Contohnya, pada hadis berikut;

 

Riwayat pertama : Daripada Anas bin Malik berkata: “Nabi saw melakukan ibadat qunut selama sebulan. Baginda mendoakan kepada mereka dan kemudiannya, Baginda tinggalkannya. Adapun pada subuh, Baginda sentiasa lakukan qunut sehingga baginda wafat. (Sunan al-Daraqutni, hadis no : 1693)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ بُهْلُولٍ , ثنا أَبِي , ثنا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى , ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ النَّيْسَابُورِيُّ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ السُّلَمِيُّ , ثنا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى , ثنا أَبُو جَعْفَرٍ الرَّازِيُّ , عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ , عَنْ أَنَسٍ , أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُوا عَلَيْهِمْ ثُمَّ تَرَكَهُ , وَأَمَّا فِي الصُّبْحِ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا»

 

Riwayat kedua : Dan kedua adalah hadis; Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah saw melakuikan qunut selama sebulan; dilakukan selepas dari rukuk. Dalam qunut itu, baginda mendoakan kepada penduduk sekitar arab. (al-Bukhari, hadis no : 4089)

حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا، بَعْدَ الرُّكُوعِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنَ العَرَبِ»

 

Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik.

 

Namun, pada matan hadis pertama, ada penambahan, iaitu dinyatakan bahawa baginda sentiasa menunaikan qunut subuh sehingga baginda wafat.

 

Pada matan hadis kedua, tidak dinyatakan penambahan tersebut.

 

pada pandangan kebanyakkan ulama fiqh, apabila bertembung antara hadis yang mempunyai satu makna yang terdapat banyak riwayat, maka hendaklah didahulukan hadis yang perawi siqah paling ramai dengan meninggalkan hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi, walaupun dia siqah sekalipun.

 

Dalam penelitian para imam mazhab, mereka dapati bahawa hadis pada Riwayat kedua mempunyai pelbagai turuq dengan semua perawinya adalah siqah. Ia bukan sekadar qatadah (seperti dibawakan di atas), bahkan turut meriwayatkan hadis yang sama oleh Abu Mijlaz, ‘Asim al-Ahwal dan Ibn Sirin.

 

Bahkan, bukan sekadar sahabat yang Bernama Anas bin Malik sahaja yang meriwayatkannya, bahkan sahabat lain turut meriwayatkannya seperti Abu Hurairah (daripada Yahya bin Kathir, daripada Abu Salamah) dan Ibn Abbas (dari ikrimah).

 

Adapun pada matan hadis yang pertama, semuanya bermuarakan dari seorang perawi sahaja, iaitu Abu Ja’far al-Razi ‘Isa bin Mahan. Status perawi ini berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama rijal, tetapi majoriti mereka anggap bahawa Abu Ja’far adalah siqah.

 

Memandangkan pada matan pertama itu dari seorang perawi siqah sahaja, sedangkan dalam matan kedua, perawi siqahnya ramai, maka majoriti ulama simpulkan bahawa tidak ada amalan qunut subuh. Ini kerana, pada pandangan majoriti ulama fiqh, hadis yang ada ramai perawi siqah perlu didahulukan berbanding hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi siqah. Dengan erti kata lain, hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi siqah itu hendaklah tidak diamalkan.

 

Ini berbeza dengan pendekatan Syafie yang menganggap, walaupun ada penambahan matan; maka ia perlu diterima selama ia diriwayatkan oleh perawi siqah, walaupun ia seorang sahaja. Dengan sebab itu, syafie mengatakan bahawa wujudnya amalan qunut semasa menunaikan solat subuh.

 

KENAPA SYAFIE SIMPULKAN BEGITU?

 

Pada pandangan syafie, selama seseorang perawi itu siqah, maka hendaklah diterima riwayatnya:

 

a.       Kaedah ada menyatakan: menerima itu lebih baik dari menolak. Dengan maksud, sesuatu hadis yang datang dari perawi siqah, lebih baik diterima  perawi itu berbanding ditolak.

 

b.       Kaedah ada menyatakan: beramal dengan hadis lebih utama berbanding tinggalkan amalan dari hadis tersebut. Dengan maksud, apabila terbukti hadis itu saheh, maka mengamalkan hadis itu lebih diutamakan berbanding tidak beramal dengan hadis terbabit.

 

c.       Seseorang perawi yang siqah, apabila dia ada membuat penambahan (Ziyadah); memungkinkan gurunya menyampaikan hadis kepadanya dengan menyebut secara penuh, sedangkan pada murid yang lain, guru yang sama tidak meriwayatkan hadis secara penuh[76].

 

ZIYADAH SIQAH PADA SANAD

 

Maksudnya, hadis yang sama ada dua:

a.       Ada perawi siqah kata ia mursal

b.       Ada perawi siqah lain kata, ia mausul.

 

Ataupun:

a.       Ada perawi siqah kata ia marfu’

b.       Ada perawi siqah kata ia mawquf.

HUKUM

 

ANTARA MURSAL DAN MAUSUL?

a.       Pendapat pertama, ia dikira sebagai mausul.

o   Ini pendapat kebanyakkan ulama usul fiqh.

o   Ulama hadis yang terima pendekatan ini adalah Khatib al-Baghdadi dan ibn al-Solah[77].

 

b.       Pendapat kedua, ia dikira sebagai mursal.

o   Pendapat kebanyakkan ulama hadis. Antaranya al-Nasaie dan al-Sakhawi.

o   Pandangan Abu Bakar al-Baqilani.

o   Hujah mereka : mendahulukan jarh berbanding ta’dil.

o   Jadi, anggap terputus sanad lebih utama dari anggap bersambung sanad.

 

c.       Pendapat ketiga : Perlu dilihat, perawi mana yang lebih ramai. Kalau ramai mursal, maka dianggap mursal. Jika ramai mausul, maka dikira mausul.

o   Hujah : kalau banyak orang, lebih kurang berlaku kesilapan.

 

d.       Pendapat keempat : Perlu dilihat, perawi mana yang lebih hafaz.

 

e.       Pendapat kelima : Perlu kepada proses tarjih.

o   Ini adalah pendapat majoriti ulama hadis, seperti Abdulrahman bin mahdi, Ibn Sa’id al-Qattan, Ahmad bin Hambal dan al-Bukhari[78].

 

ANTARA MARFU’ ATAU MAWQUF?

 

A.      Pendapat pertama : dianggap sebagai marfu’.

o   Kata Sabbir Ahmad al-Osmani : ini pendapat ahli hadis.

o   Hujah Ibn al-Solah : kaedah Isbat didahulukan berbanding nafi.

 

B.      Pendapat kedua : dianggap sebagai mawquf.

o   Sakhawi kata: ini pendapat kebanyakkan ahli hadis.

 

C.       Pendapat ketiga: didahulukan perawi yang paling ramai.

o   Ini pandangan Dr. Ali Naif Biqaie.

o   Hujah beliau : perlu ada qarinah. Justeru, kaedah tarjih:

§   perawi ramai itu lebih kuat berbanding perawi tidak ramai.

§  Kalau ada perawi siqah berbanding yang lebih siqah, maka dipilih Riwayat perawi yang lebih siqah.

§  Kalau ada perawi sesame kuat kesiqahannya, maka dilihat mana yang paling ramai perawi siqah[79].

 

 

GHARIB AL-HADIS

 

Ia adalah sesuatu matan hadis yang mempunyai lafaz yang sukar difahami kerana jarang digunakan; ataupun, ia adalah lafaz arab yang digunakan oleh golongan pendalaman yang jauh dari bandar dan kota[80].

 

Al-Kitabi kata: Nabi bila bercakap:

a.       Mudah difahami pendengar.

b.       Sahabat mudah nak ingat dan hafal.

c.       Perkataan yang digunakan dekat dengan pendengar.

d.       Orang baru masuk islam pun tidak susah hendak fahaminya.

 

Ibn al-Atsir kata dalam kitab al-Nihayah fi Gharib al-hadis wa al-Atsar:

a.       Nabi orang paling fasih cakap arab dan jelas lahjahnya.

b.       Nabi paling jelas perkataannya.

c.       Paling kuat hujah.

d.       Lebih mengetahui keadaan orang yang berkomunikasi dengannya.

e.       Nabi bercakap dengan arab sesuai dengan etnik-etnik dan kabilah arab.

f.        Tujuannya untuk memudahkan mereka faham dan senang berkomunikasi dengan nabi.

 

Justeru, sebab berlaku gharibul hadis:

a.       Nabi meraikan sahabat yang pelbagai kabilah. Jadi, nabi cakap dengan Bahasa kabilah itu.

b.       Sahabat pula menyampaikan pesan nabi kepada kabilah mereka dalam laras Bahasa kabilah mereka[81].

 

PERLU PASTIKAN MAKNA LAFAZ HADIS

 

Imam sakhawi kata, wajib kita kena pastikan makna lafaz dalam hadis. IMAM AHMAD BIN HANBAL pernah ditanya hal ini. Jawab mereka: kena tanya orang mahir Gharib al-hadis. Aku tidak suka bercakap berkenaan Nabi secara sangkaan sahaja[82].

وَقَدْ أَمَرَ أَحْمَدُ بِذَلِكَ، فَإِنَّهُ سُئِلَ عَنْ حَرْفٍ فَقَالَ: سَلُوا عَنْهُ أَصْحَابِ الْغَرِيبِ، فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ أَتَكَلَّمَ فِي قَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالظَّنِّ

 

CONTOH HADIS GHARIB

 

Hadis berikut:

 

حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، حَدَّثَهُمْ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ، وَلاَ تُنْكَحُ البِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: «أَنْ تَسْكُتَ» - البخاري, 5136

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Ibn Abbas.

 

Hadis ini dijadikan sandaran Imam Abu Hanifah bahawa gadis adalah wali bagi dirinya sendiri.

 

Hujahnya adalah seperti berikut:

 

Lafaz الأيم adalah Gharib. Ini kerana, ia bermaksud “mana-mana perempuan yang tidak mempunyai suami, sama ada dia janda, mahupun gadis; ketiadaan suami itu, sama ada dengan sebab bercerai, ataupun kematian suami. (kata Ibn al-Atsir dalam al-Nihayah fi Gharib al-hadis wa al-Atsar dan al-matrazi)

 

Namun begitu, ramai ulama (nawawi, majoriti ulama hijaz dan fuqaha), kata, maknanya adalah janda yang bermaksud lawan bagi anak gadis. Antara hujah mereka adalah hadis beriku[83]t:

أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ قَزَعَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ وَهُوَ ابْنُ حَبِيبٍ، عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ جَابِرٍ، قَالَ: لَقِيَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «يَا جَابِرُ، هَلْ أَصَبْتَ امْرَأَةً بَعْدِي؟» قُلْتُ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «أَبِكْرًا أَمْ أَيِّمًا؟» قُلْتُ: أَيِّمًا، قَالَ: «فَهَلَّا بِكْرًا تُلَاعِبُكَ» - النسائي, 3220

 

 

HADIS MAQLUB

 

 

 

DEFINISI

 

Ibn al-Solah kata: hadis yang ada kecacatan pada kesahihannya dalam pada zahirnya nampak macam seperti selamat[84].

فَالْحَدِيثُ الْمُعَلَّلُ هُوَ الْحَدِيثُ الَّذِي اطُّلِعَ فِيهِ عَلَى عِلَّةٍ تَقْدَحُ فِي صِحَّتِهِ، مَعَ أَنَّ ظَاهِرَهُ السَّلَامَةُ مِنْهَا

 

Kata al-Iraqi: Ibarat dari sebab-sebab yang datang. Padanya banyak kekaburan dan kesan-kesan tersembunyi[85].

وَهْيَ عِبَارَةٌ عَنْ أَسْبَابٍ طَرَتْ ... فِيهَا غُمُوضٌ وَخَفَاءٌ أَثَّرَتْ

 

NAMA LAIN:

a.       Muallal

b.       Ma’lul

c.       Mua’ll.

 

Al-Sakhawi kata : kebiasaan digunakan dalam kalangan ulama hadis atas jalan isti’arah, maka mereka selalu sebut[86]:

علله فلان

 

ILMU SUSAH

 

Al-Hakim kata : banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi siqah yang mereka tidak perasan ada kecacatan (illat) pada hadis tersebut[87].

 

Al-Sakhawi kata : yang  nampak kecacatan pada hadis saheh ini adalah kalangan tokoh yang pakar dari kalangan ahli hadis, kefahaman mendalam terhadap hadis dan ada pengalaman yang mendalam, seperti IBN AL-MADINI, AHMAD, AL-BUKHARI, YA’QUB BIN SHAIBAH, ABU HATIM, ABU ZUR’AH DAN AL-DARAQUTNI[88].

 

IBN AL-MAHDI dan ABU ZUR’AH kata : nak tahu ini mesti ada ilham[89].

 

Ibn rajab al-Hanbali: mesti selalu berinteraksi dengan ilmu hadis dan banyak kepada muzakarah[90].

ولا بد في هذا العلم من طول الممارسة، وكثرة المذاكرة، فإذا عدم المذاكر به، فليكثر طالبه المطالعة في كلام الأئمة العارفين كيحيى القطان، ومن تلقى عنه كأحمد وابن المديني، فمن رزق مطالعة ذلك وفهمه وفقهت نفسه فيه وصارت له فيه قوة نفس وملكة، صلح له أن يتكلم فيه

 

CARA NAK TAU ILLAT

 

Ibn Solah kata, nak tau itu:

a.       Perlu tahu tafarrud hadis yang bercanggah dengan perawi-perawi siqah yang lain.

b.       Perlu ada qarinah yang mengukuhkan.

a.       Dapat bezakan antara mausul dari mursal.

b.       Dalam beza antara mauquf dan marfu’.

c.       Boleh detackted perawi waham atau tidak.

d.       Boleh detackted apakah banyak hadis merujuk kepada satu kejadian, atau dalam kejadian yang pelbagai[91].

 

Al-Khatib Abu Bakar kata: Jalan untuk tercapai itu:

a.       Himpun semua turuq hadis.

b.       Diklasifikasikan pada semua yang berbeza itu.

c.       Diteliti status hafazan, tahap ketekunan dan dhobit perawi[92].

 

Ibn rajab al-Hanbali:

a.       Ketahui rijal perawi.

b.       Ketahui tahap kesiqahan.

a.       Beza antara mausul dari mursal.

b.       Beza antara mauquf dan marfu’[93].

 

DR. ALI NAIF BIQAIE: nak tau kena ikut jalan-jalan berikut:

a.       Himpun semua turuq hadis Bersama dengan perbezaan lafaz dan sanad.

b.       Klasifikasikan antara yang tafarrud siqah berbanding yang banyak perawi siqah.

c.       Tengok PUNCA perbezaan yang berlaku pada sanad dan matan.

d.       Kena perhatikan perkara berikut:

a.       Hadis masuk ke dalam hadis?

b.       Maqlub hadis dari sudut sanad dan matan.

c.       Tashif pada sanad dan matan.

d.       Riwayat secara makna atau lafaz.

e.       Ada nakarah atau tidak

f.        Ada syaz atau tidak[94].

 

JENIS-JENIS ILAT HADIS

 

Hakim nyatakan jenis-jenis ilat:

 

1.       Sanad nampak saheh, Cuma gagal dibuktikan apakan perawi itu dengar hadis dari gurunya.

2.       Hadis yang nampak saheh, tetapi ramai perawi siqah riwayat secara mursal.

3.       Didapati perawi berada di negara yang berbeza, walaupun satu zaman. Contoh, antara perawi dari kufah mengambil hadis dari perawi hijaz.

4.       Tabiin mengambil hadis dari sahabat, tetapi diragui, apakah dia pernah berjumpa individu sahabat yang dia ambil hadis.

5.       Perawi riwayat secara عنعنة tetapi pada sanad yang lebih mahfuz didapati ada tergugur rawi dalam riwayat lain.

6.       Didapati gurunya yang nama sama, tetapi sebenarnya individu berbeza.

7.       Seorang perawi didapati bertemu dengan gurunya, tetapi hadis yang dia riwayatkan itu, dia tidak pernah dengar dari gurunya.

8.       Ada hadis diriwayatkan dari perawi itu secara marfu’. Tp, dalam riwayat lain diriwayatkan secara mauquf[95].

 

 

 

 

HADIS MUDRAJ

 

DEFINISI

 

Penambahan yang berlaku pada sanad atau matan hadis, walhal ia bukan dari hadis[96].

 

BENTUK

 

Berlaku pada:

a.       Sanad

b.       Matan.

 

Yang selalu berlaku pada matan:

a.       akhir matan

 

Contoh:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى عَلَى قَوْمٍ يَتَوَضَّئُونَ، وَكَانَ فِي سَفَرٍ، فَقَالَ: «أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ، وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ»

 

Pada kata   أَسْبِغُوا الْوُضُوء, ramai kata itu perkataan nabi. Walhal, ia bukan. Ini dilihat pada riwayat lain:

 

قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، وَكَانَ يَمُرُّ بِنَا وَالنَّاسُ يَتَوَضَّئُونَ مِنَ المِطْهَرَةِ، قَالَ: أَسْبِغُوا الوُضُوءَ، فَإِنَّ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ»

 

b.       Tengah matan

 

 

c.       Akhir matan

 

Contoh 1:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى قَوْمًا وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ، فَقَالَ: «وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ، أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ»

 

Contoh 2:

 

عَنِ الزُّهْرِيِّ، سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ المُسَيِّبِ، يَقُولُ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لِلْعَبْدِ المَمْلُوكِ الصَّالِحِ أَجْرَانِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَالحَجُّ وَبِرُّ أُمِّي، لَأَحْبَبْتُ أَنْ أَمُوتَ وَأَنَا مَمْلُوكٌ» - البخاري, 2548

 

Kata وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَالحَجُّ وَبِرُّ أُمِّي، لَأَحْبَبْتُ أَنْ أَمُوتَ وَأَنَا مَمْلُوكٌ  bukan perkataan Nabi, tetapi perkataan Abu Hurairah.

 

Dapat diketahui sebab:

a. Ibu nabi sudah meninggal dunia.

b.                        Mana mungkin nak jadi hamba[97].

 

 

CARA NAK TAHU

 

1.       Bandingkan dengan riwayat lain yang tidak ada idraj.

2.       Rawi sendiri bagitahu bahawa ia ada idraj, atau ulama hadis yang pakar akui bahawa hadis itu ada idraj.

3.       Tidak masuk akal itu adalah perkataan Nabi saw. (macam kes nabi nak jadi hamba)[98].

 

SEBAB BERLAKU IDRAJ

 

Ibn Hajar kata: sebab perawi nak ringkas, sampai tidak sebut يعني

Contohnya, berlaku pada WAQI’. Dia nak tafsirkan hadis, dia selalu sebut يعني, tetapi ada ketika dia tidak sebut.

Contoh lain, berlaku pada AL-ZUHRI[99].

 

 

HUKUM IDRAJ

 

Ibn al-Solah : tidak harus idraj dengan sengaja.

Sayuti : haram idraj secara ijmak ulama hadis dan ulama fiqh.

BOLEH GUGUR KEADILAN RAWI dan BOLEH DITOHMAH SEBAGAI PENDUSTA, kata Ibn Sum’ani[100].

وَعِبَارَةُ ابْنِ السَّمْعَانِيِّ وَغَيْرِهِ: " مَنْ تَعَمَّدَ الْإِدْرَاجَ فَهُوَ سَاقِطُ الْعَدَالَةِ، وَمِمَّنْ يُحَرِّفُ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ، وَهُوَ مُلْحَقٌ بِالْكَذَّابِينَ

 

 

Sum’ani kata lagi : kalau rawi kerap buat idraj, ia boleh mencacatkan dhobit rawi[101].

قال السمعاني: من تعمد الإدراج فهو ساقط العدالة وممن يحرف الكلم عن مواضعه, وهو ملحق بالكذابين، وأما ما وقع من الراوي خطأ من غير عمد, فإن كان قليلا فلا حرج عليه إلا إن كثر خطؤه فيكون جرحا وطعنا في ضبطه وإتقانه

 

 

HADIS MAQLUB

 

Hadis yang berlaku pertukaran (ابدال), sama ada pada sanad atau pada matan. Sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja[102].

 

Contoh maqlub sanad:

 

عن حكيم بن سعد, عن عمران بن ظبيان عن سلمان, انه قال : من وجد في بطنه رزا الخ

 

Sanad kedua:

 

عن سفيان عن عمران بن ظبيان, عن حكيم بن سعد عن سلمان

 

Sanad ini maqlub pada hakim dan Imran[103].

 

MAQLUB PADA MATAN

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الإِمَامُ العَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ، أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ " – البخاري, 660

 

Ia maqlub dengan hadis:

 

Dalam matan al-Bukhari ini, disebut:

أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُه

 

Ia maqlub pada matan muslim:

فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ

 

Hadis muslim:

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ "-  مسلم, 1031

 

KENAPA ADA MAQLUB?

 

a.                   Maqlub Ighrab (مقلوب للإغراب) : Sebab nak tunjuk dia ganjil dan nak popular. Ini berlaku pada HAMMAD BIN AMRU AL-NASIBI. Jenis ini, ulama hadis gelarkan sebagai سرقة  atau سارق[104]

b.                   Maqlub li al-Ikhtibar (مقلوب للإختبار) : Sebab dia nak test ulama hadis itu, hafaz atau tidak. Ini berlaku pada YAHYA BIN MAIN lakukan terhadap AL-HAFIZ ABU NUAIM AL-FADHL BIN DAKIN[105].

 

HUKUM MAQLUB

 

Perawi kalau kerap buat qalb, maka status dhobit dia akan tergugur.

 

Ibn Hajar al-‘Asqani kata: kalau maqlub, maka ia illat atau syaz[106].

فقال الحافظ: "لا يختص هذا بهذا المثال بل كل مقلوب لا يخرج عن كونه معللا أو شاذا؛ لأنه إنما يظهر أمره بجمع الطرق واعتبار بعضها ببعض، ومن معرفة من يوافق ومن يخالف فصار المقلوب أخص من المعلل والشاذ

 

Kalau maqlub li al-ighrab, maka perawi itu:

a.                   Kebiasaan ulama hadis gelarkan سرقة او سارق

b.                   Ibn hajar al-Asqalani gelarkan dia pendusta[107].

فممن كان يفعل ذلك عمدا لقصد الإغراب على سبيل الكذب: حماد بن عمرو النصيبي وهو من المذكورين بالوضع[108]

 

CONTOH MAQLUB

 

Hadis pertama : nak sujud, turun dua tangan, kemudia dua lutut:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ، وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ» - ابو داود, 840

"Apabila salah seorang dari kalian sujud, maka janganlah menderum sebagaimana unta menderum, akan tetapi hendaknya ia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya."

 

Hadis kedua : turun dua lutut, kemudian dua tangan:

 

عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ، قَالَ: «رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ وَضَعَ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ، وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ» - ابو داود, 838

“saya melihat apabila Nabi sujud, beliau meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya, dan apabila bangkit, beliau mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya."

 

Hadis pertama, didakwa maqlub, kerana:

 

a.       Nabi suruh letak dua tangan terlebih dahulu untuk nak bezakan dengan unta, sedangkan hakikat bagi unta; apabila menderum, dahulukan dua tangannya.

 

b.       Justeru, difahami bahawa hadis pertama sebenarnya maqlub dari hadis kedua. Iaitu, perbuatan yang betul adalah untuk bezakan dari unta, hendaklah letak dua lutut terlebih dahulu, baru dua tangan[109].

 

 

HADIS MUDHTARIB

DEFINISI

 

Hadis ada pelbagai riwayat yang tidak dapat dihimpunkan dan tidak dapat nak tarjih salah satu dari semua riwayat itu.

 

Secara mudahnya, ia ada 3 syarat:

a.       Semua riwayat kuat dari sudut kekuatan. Jika dapati ada yang paling kuat, maka tarjih yang paling kuat.

a.       Yang kuat : mahfuz.

b.       Yang tak kuat : syaz.

 

b.        Apabila semua kuat sehingga tidak dapat ditarjih, maka perlu himpun.

 

c.       Tiba-tiba, didapati tidak dapat nak himpun juga, maka ia mudhtarib.

 

(p) rawi siqah macam mana pun, pasti ada lemahnya. Terutama dari sudut dhobitnya. Jadi, jika ada hadis dari seseorang yang amat siqah macam mana pun, tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa dia boleh sahaja berlaku idhtirab. Apabila idhtirab, maka hadis itu lemah.

 

CONTOH MUDHTARIB SANAD

 

Contoh mudhtarib pada sanad

 

-          ABU ISHAQ – IKRIMAH – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ABU JUHAIFAH – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – AL-BARRA’ – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ABU MAISARAH – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – MASRUQ – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – MASRUQ – AISYAH – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ALQAMAH – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ‘AMIR BIN SA’AD AL-BIJLI – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ‘AMIR BIN SA’AD – BAPANYA – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – MUS’AB BIN SA’AD – BAPANYA – ABU BAKAR

-          ABU ISHAQ – ABU AL-AHWAS – ABDULLAH BIN MAS’UD[110]

 

Mudhtarib di sini adalah: siapa sebenarnya tengah-tengah antara ABU ISHAQ dan ABU BAKAR?

 

CONTOH MUDHTARIB MATAN

 

Dalam sunan Abi Daud, hadis no : 992:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: " نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: - أَنْ يَجْلِسَ الرَّجُلُ فِي الصَّلَاةِ، وَهُوَ مُعْتَمِدٌ عَلَى يَدِهِ

 

قَالَ ابْنُ شَبُّوَيْهِ: «نَهَى أَنْ يَعْتَمِدَ الرَّجُلُ عَلَى يَدِهِ فِي الصَّلَاةِ»

 

قَالَ ابْنُ رَافِعٍ: «نَهَى أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ ، وَهُوَ مُعْتَمِدٌ عَلَى يَدِهِ»

 

وَقَالَ ابْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ، «نَهَى أَنْ يَعْتَمِدَ الرَّجُلُ عَلَى يَدَيْهِ إِذَا نَهَضَ فِي الصَّلَاةِ»

 

Hadis ini, semua bermuara dari ABDUL RAZAK. Namun, dalam bacaan yang tidak konsisten.

 

Kalau semua itu dari perawi yang pelbagai, kita boleh katakan bahawa hadis ini diriwayatkan secara makna.

 

Tetapi, hadis ini datang dari satu perawi sahaja, iaitu abdul Razak. Maka hadis ini adalah muhdtarib[111].

 

HUKUM HADIS MUDHTARIB

 

-          Doif.

-          Ia lambat kurang dhobit

 

PERINGATAN

 

Ada beberapa sanad, yang kelihatannya tidak konsisten dari sudut nama perawi. Tiba-tiba didapati, semua nama-nama itu hakikatnya adalah orang yang sama. maka itu bukan mudhtarib.

 

Contoh : perawi bernama HARIS

 

-          ABU AMRU BIN HARIS – bapanya – abu Hurairah.

-          ABU AMRU BIN MUHAMMAD BIN HARIS BIN SALIM – bapanya – abu Hurairah.

-          ABU AMRU BIN HARIS – datuknya –

-          HARIS BIN AMMAR – abu Hurairah.

 

KOMEN:

-          Sebenarnya, haris ini adalah orang yang sama. Cuma, disebut dengan pelbagai nama sehingga ada anggapan bahawa mereka adalah orang berbeza.

-          Hadis ini tidak mudhtarib[112].

 

 

RIWAYAT SECARA MAKNA

RIWAYAT SECARA MAKNA

 

Tajuk ini turut dibincangkan dalam ilmu usul al-Fiqh dan ilmu Bahasa arab.

 

Cara nak riwayatkan hadis:

a.       Dengan lafaz.

b.       Dengan makna.

 

MENYAMPAIKAN HADIS ADALAH TUNTUTAN[113]

 

SATU : Dalam Riwayat al-Bukhari, daripada Ibn Abbas bahawa Nabi saw memberitahu kepada kelompok Abd al-Qais:

«احْفَظُوهُنَّ وَأَخْبِرُوا بِهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ» - البخاري, 53

 

DUA : Sunan Abi Daud; Daripada Zaid bin Sabit:

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا، فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ» - ابو داود, 3660

 

ULAMA AKUI TIDAK MAMPU SAMPAIKAN SECARA LAFAZ

 

Dalam Ilal al-Tarmizi ada menyatakan[114]:

 

SUFYAN : kalau kamu cakap aku ceritakan kepada kamu setiap perkara yang aku dengar, maka jangan kamu percaya – ia sekadar makna sahaja

حَدثنَا أَبُو عمار الْحُسَيْن بن حُرَيْث أخبرنَا زيد بن حباب عَن رجل قَالَ خرج إِلَيْنَا سُفْيَان الثَّوْريّ فَقَالَ إِن قلت لكم أَنا أحدثكُم كل مَا سَمِعت فَلَا تصدقوني إِنَّمَا هُوَ الْمَعْنى

 

WAQI’ : kalau tidak ada keluasan untuk Riwayat dengan makna, manusia akan binasa.

أخبرنَا الْحسن بن حُرَيْث قَالَ سَمِعت وكيعا يَقُول إِن لم يكون الْمَعْنى وَاسِعًا فقد هلك النَّاس

 

ABU ISA : ulama memang ada kelebihan hafalan dan tekun ketika dengar hadis, tetapi tidak bermakna mereka tidak selamat dari salah dan silap, hatta dalam kalangan imam besar.

قَالَ أَبُو عِيسَى وَإِنَّمَا تفاضل أهل الْعلم بِالْحِفْظِ والإتقان والتثبت عِنْد السماع مَعَ أَنه لم يسلم من الْخَطَأ والغلط كَبِير أحد من الْأَئِمَّة مَعَ حفظهم

 

Tarmizi sebut:

a.       Riwayat hadis dengan  makna :  IBRAHIM AL-NAKHAIE, AL-HASAN AL-BASRI DAN AL-SYA’BI : Riwayat

b.       Riwayat hadis dengan lafaz : AL-QASIM BIN MUHAMMAD, MUHAMMAD BIN SIRIN DAN RAJA’ BIN HAYWAH[115].

عَن بن عون قَالَ كَانَ إِبْرَاهِيم النَّخعِيّ وَالْحسن وَالشعْبِيّ يأْتونَ بِالْحَدِيثِ على الْمعَانِي وَكَانَ الْقَاسِم بن مُحَمَّد وَمُحَمّد بن سِيرِين ورجاء بن حَيْوَة يعيدون الحَدِيث على حُرُوفه

 

 

HUKUM RIWAYAT DENGAN MAKNA

 

Ada dua perkara:

a.       Bagi orang yang belajar dan jahil – sepakat ulama kata haram Riwayat secara makna.

b.       Dalam hal melihat perkara ta’abbud, seperti bacaan solat dll – sepakat kata tidak boleh.

c.       Orang yang orang alim makna dan konteks hadis.

a.       Boleh : pandangan kebanyakkan ulama

b.       Tidak boleh : pandangan sebilangan ulama hadis, ahli usul  dari kalangan ulama-ulama mazhab syafie.

c.        (P) tidak boleh kecuali dia faqih : pandangan abu Hanifah.

d.       boleh dalam hal hadis mauquf dan maqtu’, tetapi hadis marfu’ tidak boleh. Pandangan sebilangan ulama[116].

 

HUJAH PENDAPAT KATA BOLEH :

 

Satu : al-‘Asqalani kata : ijmak ulama kata, boleh Riwayat hadis dalam Bahasa ajam. Jadi, Riwayat secara makna dalam Bahasa arab, lebih-lebih lagi boleh[117].

 

Dua : kalau tidak boleh, sudah pasti Nabi saw sudah pasti Nabi suruh tulis hadis sepertimana tulis al-Quran. Tiba-tiba Nabi tidak suruh, menandakan Riwayat dengan makna itu adalah boleh[118].

 

Tiga : berlaku dalam kalangan salaf. Kata Ibn Sirin:  Aku dengar hadis dari 10 orang yang lafaz pelbagai, tp maknanya satu[119].

عَن مُحَمَّد بن سِيرِين قَالَ كنت أسمع الحَدِيث من عشرَة اللَّفْظ مُخْتَلف وَالْمعْنَى وَاحِد

 

Kalau perawi hadis salah menggunakan lafaz, maka Riwayat dengan itu boleh jadi ma’lul[120].

 

Contohnya, berlaku pada hadis Riwayat Syu’bah bin al-Hajaj berkenaan hadis za’faran[121].

 

Lafaz yang dia guna:

أَخْبَرَنِي كَثِيرُ بْنُ عُبَيْدٍ، عَنْ بَقَيَّةَ، عَنْ شُعْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَنِ التَّزَعْفُرِ» - النسائي, 2707

 

Lafaz yang sebenar:

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَزَعْفَرَ الرَّجُلُ» - البخاري, 5846

 

 

CARA NAK TAU?

 

Dahlawi kata: kita tengok semua turuq hadis yang berkaitan. Lepas tu, kita lihat dari sudut makna dari matan hadis itu, maknanya sama atau berbeza[122].

 

Kalau berbeza makna, maka pilih matan hadis dari orang yang lebih siqah, Riwayat yang paling banyak, atau perawi yang paling tahu jalan cerita[123]. Kalau Abu Hanifah, pilih yang paling faqih.

 

 

HADIS GHARIB

 

Cara nak tau hadis illat, kita tengok hadis itu:

a.                   tafarrud atau tidak;

b.                   hadis itu ada menyalahi dengan perawi lain atau tidak.

 

Caranya, himpun semua turuq hadis dengan pelbagai lafaz dan sanad. Lepas tu, cari mana yang tafarrud. Justeru, yang tafarrud itu adalah syaz[124].

 

Hadis yang tafarrud itu disebut sebagai Gharib. Al-Asqalani kata, Gharib dan fard satu maksud sahaja[125].

لأنَّ الغَريبَ والفَرْدَ مترادفان لغةً واصطلاحاً

 

 

PEMBAHAGIAN FARD (GHARIB)

 

Ada dua:

a.                   tafarrud dari sahabat – الفرد المطلق

b.                   tafarrud pada tengah-tengah sanad – الفرد النسبي (الغريب)

 

HUKUM

 

Kalau berlaku pada sahabat dan tabiin besar, maka DITERIMA DAN BOLEH BUAT HUJAH

 

Namun, TIDAK BOLEH BUAT HUJAH DAN DITOLAK JIKA:

a.                   menyalahi yang lebih sabit dan lebih masyhur.

b.                   Matan hadis terbabit tidak tahu asal kecuali dari matan itu, serta tidak ada satu dokongan dari amalan sahabat dan tabiin terbabit[126].

 

Dalam kalangan pengkritik hadis menolak Riwayat Gharib sebegini, kecuali kalangan yang tasahul seperti ibn Hibban[127].

 

Jika Gharib (atau : al-fard al-nisbi):

a.       Jika perawi itu terkenal dengan siqah (dhobit dan adil), maka diterima. Contohnya, perawi Bernama al-Zuhri.

b.       Jika bukan perawi terkenal dengan siqah, tetapi hadis itu ada mutaba-ah, maka boleh diterima juga. Jika tidak ada mutaba-ah, maka hadis itu dianggap MA’LUL[128].

c.       Jika hadis Gharib itu ada mukhalafah, perlu dilihat kekuatan perawi dan ramai perawi. Jika ramai dan kuat, maka itu mahfuz. Dan yang kurang dan tak kuat dianggap syaz.

 

 

KENYATAAN ULAMA YANG MENOLAK HADIS GHARIB

 

Ibn rajab al-Hanbali :

a.       Salaf puji hadis masyhur dan cela hadis Gharib secara jumlah.

b.       Ibn al-Mubarak sebut, ilmu itu datang dari segenap cara – masyhur.

c.       Ali bin Husin, bukan ilmu jika tidak diketahui puncanya. Ilmu itu, mesti diketahui dan tersebar di lidah manusia[129].

وقد كان السلف يمدحون المشهور من الحديث، ويذمون الغريب منه في لجملة، ومنه قول ابن المبارك: العلم هو الذي يجيئك من ههنا ومن ههنا، يعني المشهور. خرجه البيهقي من طريق الترمذي عن أحمد بن عبدة، عن أبي وهب عنه. وخرج أيضاً من طريق الزهري عن علي بن حسين، قال: ليس من العلم ما لا يعرف إنما العلم ما عرف وتواطأت عليه الألسن

 

Abu daud :

a.                   Semua hadis dalam sunan dia, dia pastikan hadis itu diriwayatkan secara masyhur.

b.                   Tidak boleh dibuat hujah hadis Gharib, walaupun dari Riwayat Imam Malik, Yahya bin Sa’id dan para imam siqah[130].

وَالْأَحَادِيث الَّتِي وَضَعتهَا فِي كتاب السّنَن أَكْثَرهَا مشاهير وَهِي عِنْد كل من كتب شَيْئا من الحَدِيث إِلَّا أَن تمييزها لَا يقدر عَلَيْهِ كل النَّاس وَالْفَخْر بهَا أَنَّهَا مشاهير فَإِنَّهُ لَا يحْتَج بِحَدِيث غَرِيب وَلَو كَانَ من رِوَايَة مَالك وَيحيى بن سعيد والثقات من أَئِمَّة الْعلم

 

 

HADIS SYAZ

 

DEFINISI

 

SYAFIE : syaz adalah hadis yang diriwayatkan satu siqah menyalahi dengan hadis yang diriwayatkan ramai siqah.

-          Dalam definisi syafie : ada tajuk MUKHALAFAH[131]

قَالَ لِيَ الشَّافِعِيُّ: «لَيْسَ الشَّاذُّ مِنَ الْحَدِيثِ أَنْ يَرْوِيَ الثِّقَةُ مَا لَا يَرْوِيهِ غَيْرُهُ، هَذَا لَيْسَ بِشَاذٍّ، إِنَّمَا الشَّاذُّ أَنْ يَرْوِيَ الثِّقَةُ حَدِيثًا يُخَالِفُ فِيهِ النَّاسَ، هَذَا الشَّاذُّ مِنَ الْحَدِيثِ»

 

Al-Khalili menukilkan perkataan Syafie : Syaz mesti ada mukhalafah. Cuma, ada disebut factor ada penambahan atau tidak[132].

فَقَدْ قَالَ الشَّافِعِيُّ وَجَمَاعَةٌ مِنْ أَهْلِ الْحِجَازِ: الشَّاذُّ عِنْدَنَا مَا يَرْوِيهِ الثِّقَاتُ عَلَى لَفْظٍ وَاحِدٍ وَيَرْوِيهِ ثِقَةٌ خِلَافَهُ زَائِدًا أَوْ نَاقِصًا

 

HAKIM : satu hadis masuk dalam hadis lain; atau perawi waham padanya dengan dianggap sebagai mursal, tetapi dianggap mausul. Hadis syaz itu:

a.       Tafarrud siqah berbanding siqah lain.

b.       Tidak ada mutaba-ah[133].

هَذَا النَّوْعُ مِنْهُ مَعْرِفَةُ الشَّاذِّ مِنَ الرِّوَايَاتِ، وَهُوَ غَيْرَ الْمَعْلُولِ، فَإِنَّ الْمَعْلُولَ مَا يُوقَفُ عَلَى عِلَّتِهِ، أَنَّهُ دَخَّلَ حَدِيثًا فِي حَدِيثٍ، أَوْ وَهِمَ فِيهِ رَاوٍ أَوْ أَرْسَلَهُ وَاحِدٌ، فَوَصَلَهُ وَاهِمٌ، فَأَمَّا الشَّاذُّ فَإِنَّهُ حَدِيثٌ يَتَفَرَّدُ بِهِ ثِقَةٌ مِنَ الثِّقَاتِ، وَلَيْسَ لِلْحَدِيثِ أَصْلٌ مُتَابِعٌ لِذَلِكَ الثِّقَةِ

 

AL-KHALILI  : syaz itu:

a.       Ada satu sanad.

b.       Gurunya:

a.       Kalau tidak siqah, maka tidak diterima.

b.       Kalau siqah, maka tawaqquf dan tidak boleh dibuat hujah[134].

الشَّاذُّ: مَا لَيْسَ لَهُ إِلَّا إِسْنَادٌ وَاحِدٌ يَشُذُّ بِذَلِكَ شَيْخٌ ثِقَةٌ كَانَ أَوْ غَيْرَ ثِقَةٍ , فَمَا كَانَ عَنْ غَيْرِ ثِقَةٍ فَمَتْرَوْكٌ , لَا يُقْبَلُ , وَمَا كَانَ عَنْ ثِقَةٍ يُتَوَقَّفُ فِيهِ وَلَا يُحْتَجُّ بِهِ

 

PERBEZAAN:

 

Syafie syaratkan mukhalafah.

 

Al-Khalili dan Hakim tidak syaratkan mukhlafah.

 

 



[1] 38

[2] 40

[3] 74

[4] 72

[5] 79

[6] 81

[7] 77

[8] 86

[9] 86

[10] 90

[11] 92

[12] 126

[13] 170 - 171

[14] 169

[15] 167

[16] 167

[17] 138

[18] 168

[19] 162

[20] 138

[21] 140

[22] 137

[23] 181

[24] 186

[25] 194

[26] 184

[27] 188 - 207

[28] 189

[29] 190

[30] 192

[31] 198

[32] 200

[33] 201

[34] 204

[35] al-Syafie, Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas al-Qurashi (204 H), al-Risalah, Maktabah al-Halabi, Mesir. 1940 H. hlm, 173

 

[36] al-Khatib al-Baghdadi Abu Bakar Ahmad bin ‘Ali bin Sabit (463 H), al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah, al-Maktabah al-Ilmiyyah – al-Madinah al-Munawwarah. Hlm 433

 

[37] ‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis, hlm 343.

[38] Ibn Qayyim al-Jawziyyah Muhammad bin Abi Bakar bin Ayub (751 H), Zad al-Ma’ad Fi Hady Khair al-‘Ibad, Muassasah al-Risalah – Beirut. 1994. Jld 4, hlm 137.

 

[39] ‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis Wa Asaruhu fi al-Fiqh al-Islami, Syarikah al-Basyair al-Islamiyyah – Beirut – Lubnan. 2009. Hlm 341.

[40] ‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis wa asaruhu Fi al-Fiqh al-Islami, hlmn 343 – 344.

[41] ‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis wa asaruhu Fi al-Fiqh al-Islami, hlmn 350.

[42] Abu al-Hasanat al-Lakhnawi, al-Ajwibah al-Fadhilah Li al-Asilah al-‘Asyarah al-Kamilah, maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah, Halab – Beirut. 184.  hlm 183.

[43] Ibid, hlm 196.

[44] Al-Zarkashi Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdillah bin Bahadur (794 H), al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh, Dar al-Kutubi – Jordan. 1994 . jld 8, hlm 168.

[45] Ibid.

[46] Al-Isnawi Abu Muhammad Jamal al-Din Abd al-Rahim bin al-Hasan bin ‘Ali al-Syafie (772 H), Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah – Beirut – lubnan. 1999. Hlm 379

[47] Al-Syafie Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Osman bin Syafi’ bin Abd al-Muttalib bin Abd al-manaf al-Qurashi al-Makki (204 H), Ikhtilaf al-hadis, Dar al-Ma’rifah – Beirut. 1990. Jld 8, hlm 634.

[48] Ibid, hlm 634 – 635.

[49] Al-Zarkashi, jld 8, hlm 168

[50] Semak sanad.

[51] Semak sanad.

[52] 355

[53] Al-Muwatta’, مَا جَاءَ فِي صِيَامِ الَّذِي يُصْبِحُ جُنُباً, hadis no : 1017

[54] Ikhtilaf al-hadis, syafie, jld 8, hlm 640.

[55] 356

[56] 357

[57] Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm 192.

[58] Al-Bukhari, بَابٌ: لاَ يُعَذَّبُ بِعَذَابِ اللَّهِ, hadis no : 3017

[59] Al-Bukhari, بَابُ قَتْلِ الصِّبْيَانِ فِي الحَرْبِ, hadis no : 3014

[60] Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm 192.

[61] Ibid.

[62] Abu Daud, بَابٌ فِي الْوَلِيِّ, hadis no : 2083

[63] Muslim, بَابُ اسْتِئْذَانِ الثَّيِّبِ فِي النِّكَاحِ بِالنُّطْقِ، وَالْبِكْرِ بِالسُّكُوتِ, hadis no : 1421

[64] Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm 192

[65] Khatib, al-Kifayah, hlm 424.

[66] 443

[67] Ibn Rajab al-Hambali, Syarah Ilal al-Tarmizi, jld 2, hlm 631.

[68] Ibid, jld 1, hlm 213.

[69] 444

[70] 445

[71] 446

[72] 448

[73] 449 – 450 - 451

[74] 451

[75] 458 - 460

[76] 471 - 474

[77] 481

[78] 483

[79] 485

[80] 307

[81] 308

[82] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis, jld 3, hlm 178

[83] 326

[84] Ibn al-Solah, Ulum al-Hadis, hlm 90.

الكتاب: معرفة أنواع علوم الحديث، ويُعرف بمقدمة ابن الصلاح

المؤلف: عثمان بن عبد الرحمن، أبوعمرو، تقي الدين المعروف بابن الصلاح (المتوفى: 643هـ)

المحقق: نور الدين عتر

الناشر: دار الفكر- سوريا، دار الفكر المعاصر - بيروت

سنة النشر: 1406هـ - 1986م

[85] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis, jld 1, hlm 273

الكتاب: فتح المغيث بشرح الفية الحديث للعراقي

المؤلف: شمس الدين أبو الخير محمد بن عبد الرحمن بن محمد بن أبي بكر بن عثمان بن محمد السخاوي (المتوفى: 902هـ)

المحقق: علي حسين علي

الناشر: مكتبة السنة - مصر

الطبعة: الأولى، 1424هـ / 2003م

[86] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis, jld 1, hlm 274.

[87] 497.

[88] Ibid.

[89] Ibid.

[90] Ibn Rajab al-Hanbali, Syarh Ilal al-Tarmizi, hlm 126

الكتاب: شرح علل الترمذي

المؤلف: زين الدين عبد الرحمن بن أحمد بن رجب بن الحسن، السَلامي، البغدادي، ثم الدمشقي، الحنبلي (المتوفى: 795هـ)

المحقق: الدكتور همام عبد الرحيم سعيد

الناشر: مكتبة المنار - الزرقاء - الأردن

الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م

[91] 500

[92] 500.

[93] 500

[94] 501.

[95] 503.

[96] 505

[97] 507.

[98] 508.

[99] 509.

[100] Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, jld 1, hlm 322.

الكتاب: تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي

المؤلف: عبد الرحمن بن أبي بكر، جلال الدين السيوطي (المتوفى: 911هـ)

حققه: أبو قتيبة نظر محمد الفاريابي

الناشر: دار طيبة

[101] Abu Shahbah, al-Wasit Fi Ulum wa Mustalah al-Hadis, 315

الكتاب: الوسيط في علوم ومصطلح الحديث

المؤلف: محمد بن محمد بن سويلم أبو شُهبة (المتوفى: 1403هـ)

الناشر: دار الفكر العربي

[102] 520.

[103] 521.

[104] 522.

[105] 523.

[106] Ibn Hajar al-‘Asqlani, al-Nukat, jld 1, hlm 130.

[107] 523.

[108] Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Nukat, jld 2, hlm 864.

الكتاب: النكت على كتاب ابن الصلاح

المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ)

المحقق: ربيع بن هادي عمير المدخلي

الناشر: عمادة البحث العلمي بالجامعة الإسلامية، المدينة المنورة، المملكة العربية السعودية

الطبعة: الأولى، 1404هـ/1984م

[109] 526

[110] 529

[111] 530

[112] 531

[113] 537.

[114] Al-Tamizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746

الكتاب: العلل الصغير

المؤلف: محمد بن عيسى بن سَوْرة بن موسى بن الضحاك، الترمذي، أبو عيسى (المتوفى: 279هـ)

المحقق: أحمد محمد شاكر وآخرون

الناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت

[115] Tarmizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746

[116] 539

[117] 541

[118] Ibid.

[119] Tarmizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746.

[120] 541

[121] 541

[122] 541

[123] 542

[124] 547

[125] Al-Asqalani, al-Nuzhah, hlm 66

الكتاب: نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلح أهل الأثر

المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ)

المحقق: عبد الله بن ضيف الله الرحيلي

الناشر: مطبعة سفير بالرياض

الطبعة: الأولى، 1422هـ

[126] 549.

[127] 549

[128] 550

[129] Ibn Rajab al-Hambali, Syarh Ilal al-Tarmizi, jld 2, hlm 621

\ الكتاب: شرح علل الترمذي

المؤلف: زين الدين عبد الرحمن بن أحمد بن رجب بن الحسن، السَلامي، البغدادي، ثم الدمشقي، الحنبلي (المتوفى: 795هـ)

المحقق: الدكتور همام عبد الرحيم سعيد

الناشر: مكتبة المنار - الزرقاء - الأردن

الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م

[130] Abu Daud, Risalah Abu Daud, hlm 29.

الكتاب: رسالة أبي داود إلى أهل مكة وغيرهم في وصف سننه

المؤلف: أبو داود سليمان بن الأشعث بن إسحاق بن بشير بن شداد بن عمرو الأزدي السِّجِسْتاني (المتوفى: 275هـ)

المحقق: محمد الصباغ

الناشر: دار العربية - بيروت

[131] Al-Hakim, Ma’rifah Ulum al-Hadis, hlm 119.

الكتاب: معرفة علوم الحديث

المؤلف: أبو عبد الله الحاكم محمد بن عبد الله بن محمد بن حمدويه بن نُعيم بن الحكم الضبي الطهماني النيسابوري المعروف بابن البيع (المتوفى: 405هـ)

المحقق: السيد معظم حسين

الناشر: دار الكتب العلمية - بيروت

الطبعة: الثانية، 1397هـ - 1977م

[132] Al-Khalili, al-Irsyad Fi Ma’rifah Ulama al-Hadis, jld 1, hlm 176.

الكتاب: الإرشاد في معرفة علماء الحديث

المؤلف: أبو يعلى الخليلي، خليل بن عبد الله بن أحمد بن إبراهيم بن الخليل القزويني (المتوفى: 446هـ)

المحقق: د. محمد سعيد عمر إدريس

الناشر: مكتبة الرشد - الرياض

الطبعة: الأولى، 1409

[133] Al-Hakim, Ma’rifah Ulum al-Hadis, hlm 119

[134] Al-Khalili, al-Irsyad Fi Ma’rifah Ulama al-Hadis, jld 1, hlm 177