Wednesday 20 April 2016

[NOTA BUKU] AL-SUNNAH WA MAKANATUHA FI AL-TASYRIK

AL-SUNNAH WA MAKANATUHA FI AL-TASYRIK

Penulis : Dr Mustafa al-Sibaie
Penerbit : al-Maktab al-Islami, Dar al-Warraq Li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
Tarikh : 1949/1368 H

1. Antara perkara yang diletakkan oleh ulama kritik dari kalangan ulama hadis untuk nak kenal hadis palsu adalah, bahawa matannya menyalahi logik yang pasti (badahah al-Uqul) dan perkara yang qatie dalam agama atau tarikh atau perubatan atau seumpamanya". (49)

2. Untuk mengetahui perkara agama menjadi yakin perlu kepada 3 perkara;

A) Khabar benar yang pendengar percaya kebenaran pemberi berita. Seperti Khabar Allah dalam kitab-kitabnya dan khabar2 para anbiya. (Dengar)

B) tajribah (uji kaji) dan musyahadah (penyaksian) selepas pasti dari ujikaji. (Penglihatan)

C) hukum akal, walaupun tiada kaitan dengan khabar saheh dan ujikaji. (Hati)
Asas 3 perkara ini adalah surah Al-'Isrā':36 - Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (50)

3. Shaikh anggap, perkara aqidah perlu kepada perkara yakin dan jazam, selaras dengan realiti dalil. Adapun perkara furu' syariah (hukum amaliyyah) memadai dengan zan. (51)

4. Hadis2 yang disahehkan oleh ulama, hendaklah tidak bercanggah dengan akal (atau : mustahil pada akal). Terutama dalam perkara yang berkaitan aqidah disamping tidak bercanggah dengan al-Quran, kerana al-Quran tidak menampilkan perkara agama yang mustahil pada akal.

Perkara yang sama juga dalam perkara berkaitan dengan ibadat, muamalat, adab dan sebagainya.

Perkara yang melibatkan umat2 terdahulu, perkara ghaib seperti syurga, neraka dll, perlu dalam batasan akal tidak anggap ia sebagai mustahil, walaupun kadangkala ia tidak difahami oleh akal. (51)

5. Ia bukan seperti muktazilah, kerana perbahasan muktazilah melihatkan kepada sudut idrak, kefahaman yang melibatkan akal, sedangkan ahli al-Sunnah dalam perkara yang bukan idrak, tp realiti bagi akal. (52)

6. Soal tuhan ada tangan mengikut tafsiran asyairah dan tafsiran salafi. Salafi, tidak takwil berserta konsep tanzih. Dalam asyairah, takwil. (54)

7. Muktazilah menolak sesuatu hadis, jika sesuatu hadis itu ada masalah pada sudut akhir hadis, walaupun ia tiada masalah pada awal hadis.

Contoh; hadis bahawa Nabi saw ada kata, apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya, maka jangan celup tangan dalam bekas air kecuali dibasuh dulu tiga kali basuh. Ini kerana, seseorang kamu tidak tahu di mana tangannya berada (semasa tidur).

Dalam komentar muktazilah, hadis ini saheh, jika tidak ada perkataan akhir "ini kerana, seseorang kamu tidak tahu di mana tangannya berada (semasa tidur)".
Pada komentar muktazilah;

A.     seseorang yang sedang tidur sebenarnya dia tahu di mana anggota badannya berada, termasuk tangannya.

B.     Jika maksud sentuh yang batal itu adalah kemaluan, maka terdapat hadis bahawa sentuh kemaluan tidak membatalkan wudu.

C.     Terdapat dalil juga bahawa amalan yang dilakukan semasa tidak tahu adalah tidak diambil kira, sedangkan semasa tidur, amalan yang dilakukan itu dalam keadaan tidak tahu. (57)

D.    Jika kerana tidur boleh membatalkan wudu, terdapat beberapa hadis bahawa Nabi saw tidur ketika sedang berwudu, lalu Nabi bangun dan solat tanpa ambil wudu yang baru. (P)

MAKNA SUNNAH DAN TAKRIF

8. Asal makna sunnah adalah, jalan sama ada baik atau buruk.
Makna sunnah dari sudut istilah ulama hadis,

"perkara yang terkesan dari Nabi, sama ada dari sudut perkataan, perbuatan, diam, sifat semulajadi, akhlak, perjalanan hidup, sama ada sebelum kebangkitan atau selepasnya"

Makna sunnah di sisi ulama usul;

"Apa2 yang dinukilkan dari Nabi, sama ada dari sudut perkataan, perbuatan atau diam". (65)

Kadangkala sunnah juga adalah perkara yang terdalil dari dalil syarie, sama ada melalui kitabullah, dari Nabi Muhammad, ijtihad sahabat. Contohnya, himpun al-Quran. Ia berlawanan dengan maksud bidaah. Seperti sabda Nabi saw, "hendaklah kamu berpegang teguh ddngan sunnahku dan sunnah khulafa rashidin selepasku". (66)

Istilah ulama fiqh;

"Perkara yang sabit dari Nabi bukan dalam kerangka fardu atau wajib. Ia menyalahi wajib dan selainnya dari 5 jenis hukum. Kadangkala, ia adalah lawan bagi bidaah. Contohnya, istilah talak terbahagi kepada sunni dan bid'ie. (66)

9. Dalam al-Quran, ada kalimah hikmah. Menurut jumhur, kalimah Hikmah itu bukan merujuk kepada al-Quran, tp merujuk kepada sunnah. Perkara ini diungkapkan oleh al-Syafie dalam kitab al-Risalah. (68)

10. Menafsirkan bahawa amalan kita perlu lebih warak dari Nabi adalah dilarang oleh Nabi.

Saheh Muslim dan syafie (risalah) : daripada Ata bin Yasar : seseorang lelaki dari kalangan sahabat utuskan isterinya bertanya Rasulullah berkenaan hukum cium isteri ketika sedang berpuasa. Ummu salamah kata, Rasulullah pernah cium dia semasa Baginda sedang berpuasa. Perempuan itu balik dan maklumkan kepada suaminya. Suaminya pula kata, aku tidak seperti Rasulullah yang Allah halalkan kepada Rasulullah perkara yang Rasulullah mahu. Perkara itu Sampai kepada Rasulullah. Nabi marah dan berkata, "aku orang yang paling bertaqwa kepada Allah dan lebih tahu tentang batasan2 Allah". (71)

11. Bukhari : Daripada Ibn Umar : Rasulullah pakai cincin emas. Sahabat pun pakai. Kemudian nabi tak pakai, dan sahabat pun tak pakai. Dan nabi kata, "aku tidak akan pakai cincin emas sampai bila2".

Qadhi Iyadh (kitab al-Syifa) : daripada Abu Said al-Khudri : ketika Rasulullah saw solat jemaah dengan para sahabat, Baginda saw buka kasut dan meletakkannya di sebelah kiri. Sahabat tiru. Nabi tanya, kenapa buat begitu? Mereka jawab, ikut Nabi saw. Nabi kata, "Jibril bgtau kepadaku, bahawa pada kasutku ada kotoran" (71)

KENAPA HADIS TIDAK DISUSUN MASA HIDUP NABI? 

12. Pada zaman Nabi, bilangan orang Islam yang menulis tidak ramai. Jadi, mereka fokus menulis sandaran utama Islam, iaitu al-Quran berbanding selainnya. (72)

13. Dalam hadis, terdapat riwayat sudah ada penulisan hadis. Abu hurairah riwayatkan bahawa orang khuzaah telah membunuh seseorang lelaki dari Bani Laits ketika Fath Makkah sebagai balasan seorang dalam kalangan mereka dibunuh. Apabila perkara itu sampai ke nabi, nabi berkhutbah atas kenderaan. Nabi kata, mekah telah bebas dari pembunuhan atau pasukan gajah. Dipendekkan cerita, Nabi saw menyatakan mekah tidak boleh dipotong durinya, tidak ditebang pokoknya dll. Selepas ucapan itu, seorang penduduk Yaman datang kepada Nabi saw dan minta ia ditulis. Lalu, Nabi saw suruh ia ditulis untuk lelaki yaman terbabit. (Bukhari : 112)

Dalam hadis juga ada menampilkan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan surat kepada pemerintah di jazirah arab menyeru mereka kepada Islam. (77)

14. Sebilangan sahabat ada yang menulis apa yang mereka dengar dari Nabi saw. Seperti wujud sahifah Abdullah bin Amru bin al-As. Abu Hurairah berkata, "tidak ada seorang pun yang lebih tahu tentang hadis selainku kecuali Abdullah bin Amru kerana dia tulis, aku tidak menulis". 

Dalam hadis, Abdullah bin Amru pernah disuruh oleh Nabi saw agar tulis apa yang nabi sebut, kerana tidak keluar dari mulut Nabi saw kecuali kebenaran. (78)

15. Di sisi Ali bin Abi Talib terdapat satu sahifah berkenaan hukum bayaran diat. Begitu juga terdapat tulisan Nabi kepada pegawainya tentang kadar zakat unta dan kambing. (78)

16. Dalam kalangan ulama, antara hadis melarang dengan membenarkan menulis hadis Nabi, terdapat khilaf kepada perkara berikut; 

A. Kebanyakkan ulama anggap, hadis izinkan tulis hadis itu menasakhkan hadis yang melarang.

B. Larangan ini tertumpu kebimbangan salah atau tersilap sehingga tercampur antara al-Quran dan hadis, sedangkan keizinan bermaksud setelah selamat dari sebarang percampuran dan kesilapan.

C. Larangan itu dari menulis secara rasmi, tapi dibenarkan tulis secara tidak rasmi. (78)

17. Dalam al-Bukhari ada meriwayatkan hadis daripada ibn abbas bahawa ketika nabi sangat2 sakit, Baginda saw ada berkata, "bawakan kepadaku kitab yang aku akan tulis yang kamu tidak akan sesat sampai bila2". Memandangkan Nabi terlalu sakit, Saidina Umar melarang. Hadis ini dalilnya bahawa tulis Hadis di akhir Islam adalah dibenarkan, sedangkan larangan di awal Islam itu dimansukhkan. Perkara ini sepertimana yang ditegaskan oleh Rashid Ridha. (79)

18. Dalam Jamik Bayan al-Ilm (1/94), Abu Hurairah ada berkata, kalau aku menceritakan hadis pada zaman Umar, pasti beliau akan pukul aku. (81)

Ibn Hazm dalam al-Ihkam fi Usul al-Ahkam mempertikaikan bahawa Umar menghalang Ibn Masud, abu darda dan abu Zar dari bercerita hadis dengan mendakwa riwayat tersebut inqita', kerana perawi bernama Ibrahim bin abdurrahman bin Auf tidak pernah mendengar hadis daripada Umar. Pendapat ibn Hazm ini selaras dengan pandangan al-Baihaqi. 

Namun, Ya'qub bin Syaibah dan al-Tibrani menyatakan bahawa Ibrahim ada mendengar dari Umar. 

Al-Sibaie anggap, tidak pernah mendengar kerana, Umar meninggal pada umur 75 tahun pada tahun 95 atau 99 hijrah, sedangkan Ibrahim dilahirkan 20 hijrah sebelum akhir pemerintah Umar. 

Ibn Hazm anggap riwayat ini terdapat pendustaan, kerana terkandung tohmahan terhadap sahabat yang melambangkan seperti Sahabat halang dari disebarkan sunnah Nabi. (83)

19. Dalam al-Mahsul (al-Razi) menyatakan bahawa Abu Bakar al-Siddiq telah menetapkan sesuatu keputusan hukum terhadap dua orang. Lalu Bilal datang menyatakan tentang cara Nabi berhukum, menjadi Abu Bakar menarik balik keputusan hukum dan ikut cara Nabi saw. (88)

20. Menurut kajian al-Sibaie, beliau dapati tidak terdapat satu riwayat bahawa Abu Bakar meminta hadis dari sahabat kecuali dalam kes melibatkan pusaka terhadap atuk. Jadi, ditanggapi bahawa sesuatu hukum, Abu bakar akan lihat kepada al-Quran. Apabila tiada, baru beliau akan cari yang lain. (87)

21. Hukum melibatkan pusaka, disyariatkan dengan nas2 al-Quran dan hadis yang perawinya mesti 2 orang ke atas. Perkara ada juga dijelaskan oleh al-Ghazali dalam al-Mustasfa. (88)

PEMALSUAN HADIS

22. Berlaku pemalsuan hadis bermula pada tahun 40 Hijrah.

23. Kesan dari peperangan sesama sahabat, perpecahan sesama muslim, menjadikan ada kalangan manusia itu mereka menakwilkan al-Quran tidak tepat dengan kehendak sebenarnya, menampilkan hadis yang sebenarnya tidak ada, menyatakan bahawa Nabi melakukannya, walaupun ia tidak pernah dibuat oleh Nabi pun dll. (92)

24. Dalam syarah Nahj al-Balaghah, Ibn abi Al-Hadid menyatakan bahawa kalangan yang memulakan pemalsuan hadis dalam mengangkat kelebihan tokoh adalah Syiah. (93)

25. Pada al-Sibaie, sahabat Nabi adalah kalangan yang sangat sayangkan nabi. Ini terbukti dengan banyak kejadian yang mereka sanggup pertahankan Nabi walau pun dengan harta dan nyawa mereka. Justeru, amat tidak masuk akal apabila didakwa bahawa mereka sanggup memalsukan hadis. (93)

26. Lebih jelas lagi, seperti kisah Umar meminta perempuan merendahkan mas kahwin, lalu ditegur oleh seseorang perempuan dan Umar terus menarik balik permintaannya itu. (94)

27. Ali pernah berbeda pendapat dengan Umar dalam isu rejam perempuan berzina. Umar akui dan berkata, "kalau tanpa Ali, sudah pasti Umar telah rosak". (94)

28. Abu Said pernah mengingkari Marwan  (wali Madinah) dalam isu mendahulukan khutbah berbanding solat hari raya dengan mendakwa ia menyalahi sunnah.

Dalam Takzirah al-Huffaz, al-Zahabi ada menyatakan ketika Hajjaj berkhutbah, Ibn Umar berkata, "musuh Allah yang telah halalkan perkara Allah haramkan, merosakkan rumah Allah dan membunuh wali-wali Allah" (94)

29. Era Tabiin, perdustaan hadis Nabi amat hebat.( 95)

30. Sibaie mendakwa kalangan yang mula2 suburkan pemalsuan hadis adalah Syiah dari Iraq. Sehinggakan Malik menamakan Iraq sebagai Dar al-Darb (دار الضرب) iaitu, cetak hadis dan disebarkan kepada manusia seperti mana cetak wang dirham dan disebar dalam urusan kewangan manusia. (96)

31. Sibaie mendakwa rafidah yang paling ketara dalam pemalsuan hadis, sehinggakan Imam Malik (sepertimana yang diriwayatkan oleh ibn Taimiyyah dalam minhaj sunnah) pernah berkata, "jangan kamu bercakap dengan mereka. Jangan kamu riwayatkan daripada mereka kerana mereka selalu berbohong". (96)

32. Syuraikh bin Abdullah (seorang syiah yang mutadil) menyatakan bahawa dia boleh terima semua riwayat kecuali dari rafidah kerana mereka terlalu banyak memalsukan hadis dan menjadikannya sebagai agama. (96)

33. Syafie pernah berkata,  "aku tidak pernah melihat orang kuat ikut hawa nafsu dan berdusta kecuali Rafidah". (96)

34. Sunni menampilkan contoh hadis palsu yang rafidah bawa adalah hadis Ghadir Khom, iaitu selepas haji wida', Nabi saw himpunkan beberapa orang sahabat. Ketika itu, Nabi saw pegang tangan Saidina Ali. Dan nabi kata, "ini adalah wasiatku, saudaraku, khalifah selepasku. Dengarilah dia dan taatlah dia".

Hadis ini dianggap dusta oleh sunni sepertimana hadis lain, seperti kononnya Nabi saw ada kata, "sesiapa yang nak tengok adam dari sudut ilmunya, noh dari sudut ketaqwaannya, Ibrahim dari sudut malunya, musa dari sudut kehebatannya, Isa dari sudut ibadahnya, maka lihatlah Ali".

35. Ketika Nabi saw diisra'kan, Jibril bawa makanan dari syurga. Khadijah suap kepada Fatimah. Jadi, kalau mau cium bau syurga, maka ciumlah bau Fatimah.

Hadis ini palsu kerana Fatimah dilahirkan sebelum kejadian isra dan Khadijah meninggal sebelum diwajibkan solat (waktu isra) (97)

36. Ada juga dalam kalangan Ahli sunnah yang memalsukan hadis, seperti wujudnya perkataan bahawa dalam syurga ada sebuah pokok yang tertulis pada daunnya la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, Abu bakar al-Siddiq, Umar al-Faroq, Usman Zu Nuranain.

Pentaassub kepada Muawiyyah, mendakwa bahawa Nabi ada berkata. "Orang amanah itu ada tiga; aku, jibril dan Muawiyyah". "Kamu dalam kalangan aku, aku dari kalangan kamu". (98)

37. Sibaie mendakwa, kalangan yang paling kurang mendustakan hadis adalah khawarij. Mereka tidak halalkan dustakan atas nama Nabi saw sehingga tokoh2 mereka tak terima pendustaan terhadap hadis nabi.

Dalam kalangan mereka ada perkataan, "hadis2 ini adalah agama. Maka perhatikan dari siapa kamu ambil agama kamu". (99)

38. Antara hadis palsu dalam khawarij, kononnya Nabi kata, "apabila datang kepadamu sesuatu hadis dariku, bandingkan dengan al-Quran. Jika selaras, maka itu memang perkataanku". (99)

Hadis ini, Shams al-Haq Al-Azim Abadi menyatakan, ia tiada asal. Yahya bin Main kata, hadis ini direka oleh geng zindiq (100)

39. Abu daud mengatakan, "tiada dalam kalangan ahli hawa lebih saheh hadis dari Khawarij"

Ibn Taimiyyah kata, "tiada ahli hawa nafsu yang lebih adil dan lebih besar daripada khawarij" 

Katanya lagi, "mereka tidak melakukan dusta bahkan mereka lebih dikenali sebagai kalangan yang benar hingga hadis2 mereka antara hadis2 yang saheh". (101)

40. Zindiq adalah kalangan yang benci agama dan daulah. Mereka memalsukan lebih 100 hadis berkenaan imam mahdi; memalsukan 4 ribu hadis menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. (102)

41. Semangat perkauman juga melahirkan hadis palsu. Contoh, perkauman farsi, mereka menyatakan, "sesungguhnya Allah, apabila marah akan diturunkan wahyu dalam bahasa Arab. Apabila Dia redha, akan turunkan wahyu dalam bahasa farsi".
Serupa juga sebaliknya, kalau redha ditrunkan dalam bahasa arab.

Pentaassub Abu Hanifah, "lagi akan ada seseorang lelaki dari kalangan umatku, disebut namanya Abu Hanifah al-Nu'man. Dia adalah pelita umatku".
Pentaassub kebencian terhadap imam Syafie, "lagi akan ada seseorang lelaki disebut namanya Muhammad bin Idris. Dia lebih mudharat terhadap umatku melebihi Iblis". (102)

42. Ada juga dalam kalangan umat ini mendustakan hadis untuk memberi kebaikan kepada Nabi. Apabila disebut hadis, "barang siapa berdusta atasku, maka dia telah menempah satu tempat dalam neraka".

Mereka mendakwa, mereka berdusta untuk kebaikan Nabi, bukan untuk memburukkan Nabi. (105)

USAHA LAWAN PEMALSUAN HADIS

ISNAD HADIS

43. Era sahabat, keraguan sesama mereka dalam meriwayatkan hadis tidak berlaku. Malahan, para tabiien pun tak ragu2 menerima hadis dari sahabat.

44. Menurut sibaie, fikrah itu bermula dari kewujudan seorang yahudi mengaku Islam bernama Abdullah bin Saba' yang kempen manusia kepada fahaman Rafidah sehingga menganggap Ali sebagai Tuhan.

45. Ibn sirin ada menyatakan (dalam muqaddimah muslim), dulu mereka tidak pernah tanya berkenaan Isnad. Ketika berlaku fitnah, mereka mula bertanya, sebutkan nama2 rijal kamu, maka lihat kepada ahli al-Sunnah, lalu diambil hadis mereka. Dilihat pada ahli bidaah, jangan diambil hadis mereka" (108)

46. Pada zaman Ibn Abbas, ada seseorang lelaki bernama Busyair al-Adawi datang kepada Ibn Abbas dan menyebut perkataan yang disandarkan kepada Nabi saw. Ibnu abbas tidak mendengarnya sehingga dia bertanya. Ibn abbas kata, kami tidak akan ambil hadis dari orang yang kami tidak kenal. (109)

47. Abdullah bin Mubarak kata, "isnad dari agama. Tanpa sanad, manusia akan bercakap sesuatu sesuka hati mereka". (109)

KRITIK PERAWI

48.kalangan yang tidak boleh diterima riwayat mereka;

A. Pendusta atas Rasulullah.

Sepakat ulama tak leh terima riwayat pendusta hadis, malahan dianggap sebagai dosa besar.

Ahmad, abu bakar al-Humaidi (guru al-Bukhari) anggap taubat pendusta hadis tidak diterima. Nawawi kata, taubat diterima dan diterima riwayatnya selepas dia bertaubat.

Abu Muzaffar al-Sam'ani : riwayat mereka tidak boleh diterima sampai bila2. (110)

B. Pendusta pada hadis2 umum.

Malik berkata, tidak boleh diterima ilmu dari empat; lelaki yang menampilkan kebodohan walaupun dia seorang yang boleh riwayatkan hadis; lelaki yang suka berbohong kepada manusia, walaupun dia tak berbohong atas nama Nabi;  orang yang ikut hawa nafsu dan menyeru kepada hawa nafsu itu; orang tua yang ada kelebihan dan ibadah yang kuat, apabila tidak diketahui apa yang dia cakap. (111)

Jumhur ulama, selepas taubat, riwayat mereka diterima. Abu Bakar al-Sairafi : tak boleh diterima walaupun taubatnya diketahui ramai. (111)

C. Ahli Bidaah.

Bidaah yang kufur, riwayat mereka tidak boleh diterima. Sepakat ulama anggap begitu.

Ahli bidaah yang menyeru kepada bidaahnya, syafie kata tak boleh dijadikan hujah.
Al-Bukhari ada ambil riwayat dari Imran bin Hittan, orang yang memuji Abdurrahman bin Muljam (khawarij).

Syafie sendiri menerima riwayat ahli hawa kecuali al-Khitabiah dari kalangan Rafidah kerana mereka boleh saksi palsu.

Jelas, terima riwayat ahli bidaah jika tidak seru kepada bidaah mereka. Tak diterima, jika seru kepada bidaah mereka.

Riwayat syiah yang dikenali sebagai amanah dan benar, seperti Imran bin Hittan, dibolehkan. (112)

D. Zindiq, fasiq dan lalai. Mereka tidak tahu apa yang mereka cakap. 

Iaitu, setiap yang tidak capai syarat2 dobit dan adil dan kefahaman.
Rawi2 yang tawaqquf untuk terima riwayatnya; 

1. Ulama ikhtilaf tentang dirinya antara adil atau tajrih.
2. Banyak silap dan menyalahi riwayat imam2 lebih  siqah.
3. Banyak lupa.
4. Ikhtilat pada akhir umur
5. Buruk hafazan
6. Tidak teliti dalam ambil ambil, sehingga bercampur antata siqah dan lemah. (112)

LETAK KAEDAH2 UMUM 

49. Ia dibahagikan kepada tiga; saheh, hasan dan doif. 

Penggunaan "hasan" dalam tradisi ilmu hadis tidak berlaku kecuali selepas era Ahmad dan al-Bukhari. Selepas tu, baru popular dalam pengamalan. (113)

50. Antara hadis2 lemah;

A. Hadis mursal, khilaf dalam kalangan ulama tentang mengamalkannya. Syafie : asalnya tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Sama juga, Ibn Solah.
B. Munqati' : dalam sanad terdapat gugur seseorang yang bukan sahabat, atau disebut seseorang yang mubham.
C. Muaddhal : dalam sanad, gugur dua orang atau lebih.
D. Syaz : seorang siqah meriwayatkan hadis menyalah dengan yang lebih ramai siqah. Lainnya, satu riwayat yang ganjil jika dibandingkan dengan riwayat2 lain.
E. Mungkar : hadis doif yang bertentangan dengan yang adil dan dobit.
F. Mudhtarib : ikhtilaf riwayat pada matan dan sanad sehingga tidak dapat nak tarjih salah satunya. (114)

TANDA2 HADIS PALSU

51. Nak kenal sesuatu hadis itu palsu, boleh guna dua cara; sanad dan matan.

SANAD

52. Nak kenal hadis palsu menerusi sanad;
A. Perawi seorang pendusta dan dikenali sebagai pendusta.
B. Perawi mengakui bahawa dia adalah pendusta hadis, sepertimana Abu Usmah Noh bin Abo Maryam yang akui bahawa dia yang palsukan banyak hadis-hadis tentang fadhilat surah. Juga seperti Abdul Karim bin Abi Auja' yang memalsukan lebih 4 ribu hadis; halalkan yang haram, haramkan yang halal.
C. Perawi meriwayatkan dari orang yang dia tidak pernah jumpa; atau diperhatikan pada tarikh, didapati dia dilahirkan ketika orang yang diambil hadis itu sudah meninggal; atau didapati dia tidak pernah sampai di sesuatu tempat orang yang diambil hadis itu.

sepertimana dakwaan Makmun bin Ahmad al-Harawi bahawa dia dengar hadis dari Hisyam bin Ammar, didapati dia masuk ke syria (tempat Hisham) pada tahun 250 Hijrah, sedangkan Hisham meninggal tahun 245 hijrah (semak Ibn Hibban),
Juga seperti berlaku pada Abdullah bin Ishaq al-Karmani yang mengambil hadis dari Muhammad bin Abi Yaaqub, sedangkan Muhammad meninggal sebelum Abdullah dilahirkan selama 9 tahun.

Juga seperti Muhammad bin Hatim al-Kushi  dakwa dia ambil hadis dari Abdun bin Hamid, sedangkan kata al-Hakim Abu Abdullah bahawa Al-Kushi ambil hadis dari Abdun 13 tahun selepas kematiannya.

Juga seperti abu Wail dakwa dia bersama Ibn Masud semasa perang Siffin. Dakwaan ini ganjil, kerana Ibn Masud meninggal tahun 32 atau 33 hijrah, iaitu 3 tahun sebelum Osman dilantik jadi Khalifah. Nyata Ibn Masud tidak terlibat perang siffin, kerana perang itu berlaku zaman Ali bin Abi Talib.

Sufyan al-Sauri kata, "ketika kamu nak terima seseorang Perawi, maka perhatikan tarikh mereka" (115 - 116)

MATAN

53. Cara nak kenal hadis palsu melalui matan adalah seperti berikut;
A. Lafaz yang tidak fasih. (117)
B. Rosak makna hadis. Seperti hadis itu tidak selaras dengan logik akal secara pasti serta ; 1. tidak boleh ditakwil lagi. Contohnya, kapal nabi noh tawaf keliling kaabah tujuh kali dan solat dua rakaat di makam Ibrahim. 2. Menyalahi kaedah umum syariah dan akhlak, seperti "kezaliman turki dan tidak ada keadilan Arab". 3. Menyeru kepada syahwat dan kerosakan,  seperti "melihat kepada wajah cantik akan mencerahkan mata" 4. Menyalahi emparikal (hissi dan musyahadah), 5. Menyalahi kaedah perubatan yang disepakati, "terung adalah ubat segala penyakit". 6. Menyalahi kesucian Tuhan yang difahami secara akal, seperti tuhan dicipta dari peluh kuda. 7. Menyalahi perkara tarikh secara Qatie atau sunnatullah, seperti auj bin Unuq panjang 3 ribu hasta,  Nabi Noh semasa atas kapal ambil ikan dengan tangannya dan panggang dengan cahaya matahari.

Ibn Jauzi ada sebut, "apabila kamu tengok hadis menyalahi akal, bertembung dengan nas, menyalahi asas agama, ketahuilah ia adalah palsu".

Al-Razi kata dalam al-Mahsul, setiap khabar yang diwahamkan batil dan tidak diterima takwil, maka ia adalah dusta" (117)

C. Menyalahi riwayat mutawatir; sama ada, 1. sareh al-Quran, dan tidak dapat ditakwilkan. Contohnya, anak zina tidak akan masuk syurga 7 keturunan. Ia bercanggah dengan ayat 164, surah al-An'am, bahawa Allah nyatakan seseorang tidak boleh menanggung dosa orang lain.  (118)

Ataupun, 2. menyalahi hadis mutawatir, seperti "apabila kamu jumpa hadis dariku yang selaras dengan kebenaran, maka ambillah, sama ada konfirm dari aku atau tidak".

Ia bercanggah dengan hadis mutawatir lafzi, "barang siapa dusta terhadap aku, dia telah menempah satu tempat dalam neraka".

Ataupun 3. Menyalahi kaedah umum yang diambil dari Quran dan hadis. Contohnya, barang siapa lahirkan anak lalu dinamakan muhammad, dia dan anaknya akan masuk syurga.

Kaedah umum : masuk syurga sebab beriman, beramal soleh. Hadis ini palsu, sebab hanya faktor nama sahaja masuk syurga.

Ataupun, 4. Menyalahi ijmak. Contohnya, hadis menyatakan bahawa sesiapa qadha solat selepas jumaat dalam bulan Ramadan, maka dia telah berjaya menampalkan solatnya yang luput selama 70 tahun.

D. Menyalahi tarikh yang diketahui pada zaman nabi. Contoh, dakwaan Nabi saw tetapkan jizyah pada ahli khaibar, sedangkan jizyah tidak pernah diamalkan kecuali pada tahun peperangan tabuk.

Contoh lain seperti didakwa Nabi saw masuk tandas, sedangkan semua tahu bahawa zaman itu tidak ada tandas. (118)

E. Hadis selaras dengan mazhab perawi, iaitu kandungan hadis riwayatnya bias. Contohnya, rafidah meriwayatkan hadis2 kelebihan ahli bait. (119)

F. Kandungan hadis tu ada keraguan yang munasabah, seperti hadis Ghadir Kum yang diceritakan bahawa ia di hadiri sebilangan besar sahabat. Namun, tidak ada perawi hadis itu kecuali seorang sahaja. Malahan Ibn Hazm menyatakan bahawa beliau tidak dapati rawi hadis ini kecuali riwayat yang wahiah; dari majhul kepada majhul, yang dikenali sebagai Abu Humaira'. (119 - 120)

G. Hadis menampilkan melampau dalam menentukan sesuatu pahala, walhal amalan itu hanya kecil sahaja; ataupun, melampau dalam janji azab, padahal kejahatannya tak sebesar mana pun. Contohnya, barang siapa yang solat dhuha, akan diberikan pahala 70 nabi".

KESAN KESUNGGUHAN

54. Orang yang mula2 sekali berfikir untuk tadwin hadis dalam kalangan Tabiin adalah Umar bin Abdul Aziz. Iaitu, beliau telah utuskan kepada pegawai dan qadhinya di Madinah, iaitu abu bakar bin Hazm dengan katanya, "perhatikan perkara yang ada dari hadis Nabi dan tuliskan dia. Kerana, aku takut pengajian ilmu (ada masalah) dan matinya ulama".  Beliau minta catat balik apa yang ada pada umrah binti abdurrahman al-ansariah (98 H), dan Qasim bin Muhammad bin abi Bakar (106 H). (123)

55. Abu Nuaim menulis dalam Tarikh al-Isfahani bahawa Umar Abdul Aziz menulis kepada ahli al-Afat agar himpun hadis Nabi saw. (123)

56. Mereka mencatat, tetapi yang tadwinkan ini adalah Imam Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri (124 H). Ini kerana, Umar Abdul Aziz menyuruh orang berjumpa dengan dia kerana ketika itu, dia adalah orang yang paling banyak mengetahui berkenaan hadis. (123)

57. Generasi himpunan hadis
A. Di mekah : Ibn Juraij (150 H), ibn Ishaq (151 H)
B. Di Madinah : Said bin Abi Arubah (156 H), al-Rabi' bin Sabih (160 H), Imam Malik (179 H)
C. Di Basrah : Hammad bin Salamah (167 H).
D. Di Kufah : Sufyan al-Sauri (161 H)
E. Di Syam : Abu Amr al-Auzaie (157 H)
F. Di Khurasan : Abdullah bin Mubarak (181 H)
G. Di Yaman : Ma'mar (154 H) (124)

58. Ulama yang mula2 menulis tentan Usul al-Fiqh secara tak langsung adalah;
A. Guru imam bukhari, Ali bin al-Madini.
B. Imam bukhari, imam muslim dan imam tarmizi

59. Ulama yang mula2 tulis usul al-Fiqh secara langsung;
A. Al-Qadhi Abu Muhammad al-Ramihramzi (360 H) : al-Muhaddis Al-Fasil Bain al-Rawi wa al-Sami'.
B. Al-Hakim Abu Abdillah al-Naisaburi (405 H) : ma'rifah Ulum al-Hadis.
C. Al-Khatib Abu Bakar al-Baghdadi (463 H) : al-Kifayah dan al-Jamik li Adab al-Syaikh wa al-Samik.
D. Al-Qadhi Iyyadh (544 H) : al-Ilma' (sandaran kepada kitab al-Kifayah)
E. Al-hafiz Taqi al-Din Abu Amru Osman bin al-Solah al-Syahrzuri al-Dimasyqi (643 H) : muqaddimah Ibn Solah.
F. Ibn Kathir (774 H) : ikhtisar Ulum al-Hadis.
G. Alfiah al-Iraqi (806 H)
H. Ibn Hajar : nukhbah al-Fikri Fi Mustalah al-Atsar.
I. Tahir al-Jazairi : Taujih al-Nazar
J : al-Qasimi al-Dimasyqi : Qawaed al-Tahdis. (128)

60. Ibn Kathir menyatakan dalam al-Ikhtisar : jarh tidak boleh diterima kecuali perlu diperjelaskan. (132)

61. Ulum al-Hadis;
A. Mengetahui sejauh mana benarnya, telitinya, tasabbut, usul yang sahih seseorang muhaddis, yang boleh sanadnya boleh diguna pakai. (132)
B. Ketahui masanid dari hadis2.
C. Ketahui hadis2 mauquf.
D. Ketahui sahabat berdasarkan maratibnya.
E. Ketahui mursal yang dikhilafi ulama dalam mnjadikan hujah.
F. Mengetahui mungqati' dalam hadis.
G. Tahu musalsal dari musnad2.
H. Tahu hadis mu-an-an.
I. Mu'dhal.
J. Al-Mudraj
K. Kenal Tabiin.
L. Kenal anak2 kepada sahabat.
M. Tahu ilmu jarh wa ta'dil.
N. Tahu mana yang sahih dan mana yang saqim.
O. Tahu fiqh hadis.
P. Tahu nasikh mansukh.
Q. Hadis2 yang masyhur.
R. Gharib dalam hadis.
S. Tahu afrad hadis; ada 3: 1. Hadis yang tafarrud oleh ahli madinah sahaja 2. Hanya seorang sahaja ambil dari imam
3. Seorang sahaja lelaki dari madinah ambil hadis dari orang mekah.
T. Mudallas.
U. Tahu ilal hadis.
V. Tahu sunan yang bertembung.
W. Tahu khabar2 yang tiada pertembungan.
X. Penambahan dalam lafaz2 fiqh. Contoh;  hadis yang sebenarnya, apakah nabi kata, "الصلاة علي وقتها" atau "الصلاة اول وقتها"
Z. Tahu mazhab imam2 hadis.
Z1. Tahu tashifat dalam matan hadis.
Z2. Tahu tashifat dalam sanad2 hadis. (139)

SUNNAH BERSAMA SYIAH DAN KHAWARIJ

62. Perkara pertama berlaku khilaf dalam kalangan sahabat adalah kekhilafan mereka berkenaan khilafah. (148)

63. Pada peringkat awal, khawarij agak bersikap adil dengan sahabat. Namun, kemudiannya mereka mengkafirkan Ali, Osman dan geng Jamal dan terhadap mereka yang setuju dengan tahkim. Sejak dari itu, mereka menolak majoriti sahabat. (149)
64. Majoriti dalam kalangan syiah, mereka tajrih Abu bakar, umar, osman, Aisyah, talhah, Zubair, muawiyah, Amru bin al-As dan kalangan yang tidak memberi wala kepada Saidina Ali. Kalangan yang diiktiraf mereka, dalam 15 orang sahaja. (151)
65. Kalangan syiah pula, ada yang menolak kalangan mereka yang lain, iaitu  kalangan Zaidiyyah. Walaupun Zaidiyyah akui kelebihan Saidina Ali, tetapi mereka tetap mengiktiraf kepimpinan Abu bakar, umat dan osman sebagai sah. Sibaie anggap, mereka adalah Syiah yang muktadil dan fiqh mereka amat dekat dengan fiqh sunni. (151)

66. Kalangan jumhur muslimin (sibaie : sunni) menganggap sahabat sebagai Adil semuanya, sama ada sebelum zaman fitnah atau selepas zaman fitnah. Mereka anggap riwayat semua sahabat boleh diterima. (151)

67. Walau bagaimanapun, mereka tidak terima riwayat dari laluan pengikut Ali kecuali jika melalui laluan pengikut Abdullah bin Mas'ud. Ini kerana, sunni anggap laluan itu tidak berlaku pembohongan atas nama Saidina Ali. (151)

68. Antara alasan sunni tidak terima hadis gadhir Khum, apabila kisah itu dihadiri ramai sahabat, kenapa tidak ada penceritaan terhadap kisah ini dari mereka kecuali satu jalan sahaja. Lebih2 lagi, jika kisah ini dianggap sebagai terlalu penting. (152)

69. Antara perbedaan antara khawarij dengan sunni, seperti isu rejam dan larangan himpun isteri dengan mak saudara isteri, sama ada sebelah bapanya atau ibunya. (153)

SUNNAH BERSAMA MUKTAZILAH DAN MUTAKALLIMIN

70. Al-Amidi menyatakan bahawa Abu Al-Husain al-Basri (ulama muktazilah) menganggap bahawa berlaku ta'abbud dengan hadis ahad secara akal. Namun, al-Jubbaie dan sebilangan ahli kalam kata tak boleh harus.

Al-Sayuti menyatakan dalam tadrib daripada Abi Ali al-Jubbaie bahawa dia tidak terima hadis ahad apabila diriwayatkan oleh seorang yang adil kecuali;
A. jika ada riwayat lain dari seorang yang adil yang lain,
B. Selaras dengan zahir al-Quran
C. Selaras dengan zahir hadis yang lain.
D. Amalan tersebut tersebar dalam kalangan sahabat atau sebilangan dari kalangan mereka.

Dalam al-Muktamad, Abu al-Husain al-Basri dan abu nasr al-Tamimi ambil dari Abi Ali (al-Jubbaie) bahawa dia tidak terima kecuali jika diriwayatkan empat orang. (155)

71. Dakwa Ibn Hazm dalam al-Ihkam bahawa semua aliran dalam kalangan umat Islam menerima khabar ahad yang siqah sehingga pada tahun selepas ke  seratus, kalangan muktazilah menolak, iaitu bermula dari Amru bin Ubaid. (155)

72. Dalam iilam al-Muwaqiin, Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa muktazilah menolak nas hadis ahad yang menyebut tentang syafaat terhadap pelaku dosa dari kalangan mukminin, kerana berpegang kepada firman Allah dalam surah al-Mudassir, ayat 48.

73. menurut sibaie, beliau dapati seorang ulama muktazilah bernama Abu Mansur al-Baghdadi (429 H) mengingkari hadis mutawatir dan menafikan capaian hukum secara qatie. Beliau anggap bahawa boleh berlaku dusta pada hadis mutawatir dan umat boleh bersepakat dalam melakukan dusta. (156)

74. Antara tokoh2 muktazilah;
A. Wasil bin Ata (131 H)
B. Amru bin Ubaid : lahirnya muktazilah al-Amrawiyyah.
C. Abu Al-Huzail (235 atau 227 H) : lahirnya muktazilah al-Huzailiyyah.
D. Al-Nazzam : muktazilah nazzamiyyah.

75. Mazhab Nazzam menafikan mukjizat bahawa Nabi saw membelah bulan, terbit air dari celah jari, melihat Jin. (159 : 161)

76. Al-Baghdadi mendakwa bahawa kebanyakkan muktazilah mentakfirkan nazzam. Pengikut nazzam seperti al-Aswari, ibn Hait. (159)

77. Nazzam antara aliran yang mendakwa bahawa hadis mutawatir memungkinkan berlaku dusta. Mereka percaya bahawa hadis ahad tidak menghasilkan ilmu daruri. (159)

78. Mereka antara menganggap bahawa Ijmak boleh berlaku kesalahan. (160)

79. Pada abu hizail, hukum tidak akan sabit menerusi hadis ahad kecuali jika diriwayatkan lebih 20 orang. (161)

80. antara fatwa2 ganjil Nazzam;
A. Talak tak jatuh dengan lafaz kinayah, walaupun diniatkan talak
B. Menyebut batin dan kemaluan yang dikaitkan isteri tidak jatuh zihar.
C. Tidur tidak membatalkan wuduk
D. Tidak sah qadha solat dan tak wajib qadha bagi yang meninggalkan solat dengan sengaja.

SUNNAH DAN PENOLAKANNYA

81. Al-Syafie menafsirkan maksud hikmah adalah sunnah atau hadis Rasulullah. (167)

82. Banyak fahaman2 ganjil datang dari basrah, termasuk mazhab Muktazilah. (171)

83. Hadis termasuk dari maksud wahyu juga berdasarkan kepada beberapa dalil, iaitu surah al-Maidah, 92; al-Nisa', 59. (173)

84. tuduhan syiah sebagai kufur, apabila imam sayuti sebut dalam kitab miftah al-Jannah bahawa syiah anggap ingkar sunnah dan anggap hanya al-Quran boleh dibuat hujah. Kerana, mereka kononnya didakwa percaya kenabian Ali dan Malaikat tersilap hantar wahyu. (174)

85. Muktazilah bukan tolak hadis mutawatir. Tetapi, mereka anggap hadis mutawatir tidak capai tahap qatie. Kerana, mereka anggap hadis mutawatir ada ihtimal dusta. (174)

86. Dalam riwayat al-Hakim (zahabi nukilkan dalam Tazkirah al-Huffaz) bahawa Aisyah ada meriwayatkan bahawa Abu Bakar al-Siddiq ada membakar 5 ratus hadis yang beliau tulis. (177)

87. Zaid diminta oleh Muawiyyah menyebut tentang hadis. Apabila zaid bin sabit sebut, Muawiyyah suruh anak buahnya tulis. Lalu, zaid sebut bahawa Nabi tak bagi tulis hadis. Dia pun padam. (177)

88. Saidina Umar pernah berhasrat menulis segala hadis2, tp tidak jadi kerana teringat kepada kaum sebelum beliau yang menulis sehingga terlupa akan kitabullah. Perkara yang sama berlaku pada Saidina Ali dan Ibn Masud. (177)

89. Nama2 tabiin yang tidak cenderung penulisan hadis;
A. Alqamah
B. Ubaidah
C. Al-Qasim bin Muhammad
D. Al-Sya'bi
E. Al-Nakhaie
F. Mansur
G. Mughirah
H. Al-A'mash (177)

90. Larangan menulis hadis di era Nabi masih hidup kerana ada nas melarang. Dibenarkan selepas nabi wafat, walaupun ada nas yang melarang kerana melihat kepada keperluan maslahah. Di era Nabi, maslahah menulis juga ada, tetapi untuk elak dari berlaku mafsadah bercampur antara Quran dan hadis semakin kuat, menyebabkan ia dilarang. (181)

91. Dalam budaya arab, hafalan mereka amat kuat. Terutama, apabila kalangan yang dilarang oleh Nabi dari menulis hadis. (182)

92. Zaid bin Sabit antara sahabat yang tidak selesa hadis ditulis. (183). Dia berkata;
اتدرون لعل كل شيء حدثتكم به ليس كما حدثتكم به
93. Al-Zuhri menyusun hadis adalah atas suruhan Umar Abdul Aziz. (183)

94. Semua ahli ilmu sepakat menyatakan bahawa sunnah sahih tidak akan bercanggah dengan kitabullah. Malahan, jika berlaku pertembungan, maka hadis perlu ditolak. (185)

Ibn Hazm ada berkata;
ليس في الحديث الذي صح شيء يخالف القرءان

95. Muhammad bin abdullah bin masrah ada menyatakan bahawa hadis ada tiga jenis;
A. Selaras dengan al-Quran. Berpegang dengannya adalah fardu.
B. Hadis sebagai tambahan terhadap apa yang ada dalam al-Quran. Berpegang dengannya adalah fardu
C. Hadis yang menyalahi al-Quran. Ia wajar ditolak. (186)

96. Ali bin Ahmad (ibn hazm) menyatakan, tiada jalan kepada wujud khabar sahih yang menyalahi al-Quran; sama ada ma'tuf atau menafsirkannya. Jika ada pengecualian, maka ia adalah menjelaskan bagi jumlahnya. Tiada pada wajah ke tiga. (186)

97. Syatibi ada cakap, hadis adalah wahyu dari Allah. Sudah pasti ia tidak bertembung dengan kitabullah. (186)

SUNNAH DAN KHABAR AHAD

98. Abu Bakar pernah menolak khabar Mughirah dalam hal miras nenek sehingga ia dikukuhkan khabar muhammad bin Maslamah. Saidina Umar pernah menolak khabar Abu Musa tentang isti'zan sehingga dikukuhkan dengan khabar Abu Said.( 192)

99. Al-Amidi menyatakan, sesuatu khabar ditolak atau tawaqquf dari diamalkan, jika ada pertentangan atau terluput syarat. (194)

100. Saidina Umar tidak pernah ambil jizyah sehingga AbdurRahman bin Auf bagitau bahawa Nabi saw ambil jizyah dari orang majusi. (203)

101. Syafie akui bahawa ada sebilangan ulama fiqh yang tidak menerima hadis ahad. Tetapi mereka tidak terima itu, bersebabkan hadis itu ada hadis lain yang menyalahinya, atau perawi hadis itu tidak hafiz, atau dia ditohmah, atau hadis itu ihtimal dua makna dll. (210)

102. Said bin Abdurrahman pernah berkata, "wahai abu al-Haris, kalau tidak kerana Ibn Shihab, sudah pasti banyak hadis telah hilang" (Muslim, kitab Iman dan nazar) (238)

103. Zuhri tidak akur bulat-bulat dengan apa yang disebut oleh pemimpin Umaiwyyah (al-Walid bin Abdul Malik) (240)

104. Ada dakwaan kata, Kubah Syakhra' dibina oleh Abdul Malik bin Marwan. Namun, pengkaji ramai mengatakan tanpa khilaf bahawa orang yang membina Kubah itu adalah al-Walid bin Abdul Malik. (243)

105. Dalam tarikh khulafa (sayuti) dinyatakan bahawa Muawiyyah adalah orang yang mula-mula berkhutbah dalam keadaan duduk. Dia buat, kerana dia dah jadi gemuk. (255)

106. Marwan pernah mendahulukan dua solat berbanding dua khutbah, ia kerana ada keperluan darurat kerana ramai manusia datang lambat selepas selesai khutbah. Dalam saheh al-Bukhari, pada awalnya ia dihalang oleh Abu Said al-Khudri, lalu Marwan bagitau kenapa dia melakukan begitu. (256 )

107. Fuqaha Khurasan menamakannya hadis mauquf sebagai athar dan hadis marfu' sebagai khabar. (275)

108. Zahiri : ambil zahir nas tanpa lihat pada ta'lil dan mereka tidak luaskan konsep Qiyas

Jumhur : tengok zahir sambil tengok ta'lil, luaskan konsep qias, takhsis umum, taqyid mutlak, nasikh dan mansukh ketika wujud Qarinah. (288)

109. Ibn Abd al-Bar kata (jamik bayan -Ilm) dari al-Syafie bahawa berkata, "seseorang tidak boleh kata halal dan haram kecuali mesti dari sudut ilmu. Sudut ilmu tidak berlaku kecuali dari al-Quran atau hadis, atau ijmak atau Qiyas". (288)

120. Ibn Kathir kata : sahabat, semuanya adil di sisi ahli sunnah wal jamaah. Kemudian dia kata, perkataan Muktazilah, sahabat adalah adil kecuali mereka yang bunuh Ali" (291)

121. Orang sunni tidak akan terima sebarang hadis yang diriwayatkan oleh Syiah berkenaan saidina Ali kecuali jika ia diriwayatkan oleh Ibn mas'ud. Orang Syiah tidak anggap siqah kecuali pada perawi dari ahli bait. (296)

122. Al-zahabi menyatakan bahawa Ulama rijal tidak akan berikhtilaf dalam mensiqahkan seseorang yang popular dengan doif, atau mendoifkan orang yang popular dengan siqah. 

Tetapi mereka berkhilaf, mereka yang popular lemah atau siqah. (298)

123. Kritik matan, perlu kepada;
A. Lafaznya fasih.
B. Tidak menyalahi perkara badihi pada akal
C. Tidak menyalahi kaedah umum dari hukum dan akhlak.
D. Tidak menyalahi hissi dan musyahadah
E. Tidak menyalahi perkara badihi dalam ilmu perubatan dan hikmah.
F. Tidak menyeru kepada buruk pada syariah.
G. Tidak menyalahi logik dalam usul aqidah dari sifat2 Allah.
H. Tidak menyalahi sunnatullah.
I. Tidak menyalahi Quran dan perkara muhkam dalam sunnah, perkara ijmak atau perkara yang diketahui dalam agama secara pasti sekira2 tidak boleh di takwil
J. Menyalahi hakikat tarikh yang diketahui pada zaman Nabi
L. Tidak selaras dengan mazhab perawi yang menyeru kepada mazhabnya.
M. Perkara besar, tp diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.
N. Melampau2 pahala pada amalan kecil, melampau2 dosa pada kesalahan kecil. (301 - 302)

124. Contoh melampau2 dalam hal ibadat : berkomor2 dan instinsyaq ketika junub sebanyak tiga kali adalah fardu.

Darah kadar dirham di baju, wajib basuh baju dan diulang solat. (305)

125. Melampau dalam hal politik : hadis taassub kepada individu, seperti syiah terhadap Ali, terhadap Usman dll. (305)

126. Ulama tidak terus tolak hadis yang tak masuk akal kecuali jika tak dapat diterima akal juga walaupun telah ditakwil. (306)

127. Contoh takwil;  hadis : tidak kekal atas bumi selepas seratus tahun satu nyawa pun. (Bukhari n muslim)

Hadis ini tak masuk akal, sebab dunia sampai hari ini masih kekal
Takwilan : hadis ini ditumpukan kepada sahabat nabi. Ijmak ulama kata, Sahabat yang paling akhir mati adalah Abu al-Tufail amir bin Wasilah. (311)

Dia meninggal tahun 100 hijrah (ibn solah dan Asad al-Ghabah). Ada riwayat kata?, dia mati 110 hijrah. (311)

128. Berkenaan dengan tamar ajua' yang boleh hapuskan racun. Ibn al-Qayyim anggap bahawa ia khusus untuk ajua' Madinah dan sesuai ubat orang yang tinggal di Madinah. Dalam komentar Ibn al-Qayyim, bumi di sesuatu tempat mempengaruhi tabiat manusia di situ. Kadangkala, ia adalah penawar bagi satu kalangan manusia, tetapi ia racun bagi manusia yang lain. (314)

129. Jelas bahawa, sesuatu hadis tidak mudah dianggap sebagai dusta, tetapi perlu kepada penelitian akal dan kajian kedoktoran secara benar. (315)

ABU HURAIRAH

130. Ramai meraguai kadar hafalan Abu HUrairah. Dalam bukhari, ada dinyatakan bahawa Abu Hurairah ada report kepada nabi saw bahawa dia tak ingat ilmu. Lalu, Nabi saw minta dia buka rida'nya dan nabi saw suruh dia selimuti rida itu. Sejak dari itu, dia tak lupa lagi. (325)

131. Pada era khalifah Marwan, beliau test abu Hurairah. Ibn Hajar kisahkan hal ini dalam al-Isabah, bahawa Abu al-Za'iza-'ah telah disuruh oleh Marwan agar berada di belakang tabir untuk catit semua hadis yang disebut oleh Abu Hurairah. Selepas setahun, diminta oleh Marwan agar Abu Hurairah membaca balik hadis yang dia sebut sambil dia melihat apa yang telah dicatat oleh Abh Za'iza-'ah ternyata tidak silap walaupun satu huruf. (327)

132. Pengakuan sahabat;
A. Talhah bin Ubaidillah : tak syak lahu bahawa Abu Hurairah dengar dari Rasulullah yang kami tidak dengar.
B. Ibn Umar : abu hurairah lebih baik dari aku dan aku tahu apa yang dia ceritakan.
C. Zaid bin Sabit : Nabi saw aminkan doa mereka. Cuma, doa Abu Hurairah adalah؛
اللهم اني اسالك مثل سال صاحباي واسالك علما لا ينسي
Doa itu, diaminkan oleh Rasulullah. Zaid kata, kami minta agar ilmu tidak terlupa lagi. Nabi kata, "budak al-Dausi ini telah mendahului kamu". (327 - 328)

133. Saidina Umar tulis surat kepada Syuraih; berhukum dengan apa yang ada dalam kitabullah. Jika tiada, maka dengan Sunnah Rasulullah. (312)

134. Sikap dalam mengamalkan Sunnah;
A. Ia menguatkan apa yang ada dalam al-Quran.
B. Ia sebagai penjelasan terhadap al-Quran, seperti Taqyid Mutlak, tafsil mujmal, takhsis umum.
C. Dia berhukum pada perkara yang al-Quran tak sebut.
ulama tidak ada khilaf bahawa sikap hadis pada bentuk (a) dan (b), tetapi ulama berkhilaf dalam hal hadis pada bentuk (c).
Jumhur : hadis boleh istiqlal dalam pendalilan
Syatibi : hadis hendaklah dibawah nas2 al-Quran, walaupun secara takwil sekalipun. (414 - 415)

135. Dalam komentar al-Syafie; hadis dilihat pada 3 wajah;
A. Hadis menjelaskan apa yang ada dalam Quran.
B. Hadis menjelaskan kehendak Allah yang ada dalam Quran.
C. Hadis menjelaskan perkara yang tak ada dalam Quran. (415 - 416)

136. Dalam hadis, ada disebut; dibimbangi seseorang kamu bahawa berkata ini adalah Kitabullah. Apa yang dinyatakan halal, maka kami halalkan dan apa yang dinyatakan haram, maka kami haramkan. Ketahuilah, barangsiapa yang mendustakan hadis dari ku setelah sampai kepadanya, maka dia mendustakan kitabullah, rasulNya dan apa yang diceritakan itu. (418)

137. Penambahan yang berlaku dalam Quran hendaklah dalam syarah sahaja, bukan penambahan ayat al-Quran. (321)

138. Tegur menegur sesama sahabat dalam hal memahami hadis;

Taus solat dua rakaat selepas solat asar. Ibn Abbas tegur. Taus kata, yang nabi larang tu bermaksud jika dianggap sebagai sunnah. Ibn abbas kata, Nabi larang solat selepas solat asar, tp tidak diketahui apakah dilarang untuk diberikan azab atau diberikan pahala. Kerana Allah ada menyatakan bahawa tidak wajar orang beriman itu memilih lain dari apa yang diajar oleh Allah dan Rasulullah. (Surah al-Ahzab, ayat 36). (422)

139. Cara amalkan sunnah;
A. Quran menunjukkan wajib beramal dengan sunnah.
B. Sunnah tafsilkan mutlaq Quran.
C. Dalam kepelbagaian ayat dalam al-Quran, dicari maksud (maqasid) quran itu. Dan maqasid Quran adalah memastikan bahawa tercapai kebahagiaan kepada manusia. Iaitu dalam kerangka jaga, dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat. (423)
D. Quran datang menyatakan dua hukum kelihatan bertembung. Hadis datang, tentukan pertembungan itu sebagai tidak bertembung. (423 - 424)
E. Hukum tafsil dalam hadis dikembalikan kepada hukum tafsil dalam Quran. Contoh, Ibn Umar talak isteri semasa sedang Haid. Nabi suruh dia rujuk balik dan selepas suci, diberi pilihan untuk nak talak atau nak kekal sebagai isteri. Selaras dengan ayat Quran, talaj isteri dalam iddah (suci dari haid) (426)

140. Sunnah dinasakhkan dengan Quran
Jumhur : berlaku, seperti dalam Quran ada sebut menasakhkan solat mengadap ke Baitullah,  sedangkan dalam al-Quran tak ada sebut mengadap Baitullah, tp yang sebut itu adalah hadis. (430)

141. Quran dinasakhkan dengan Hadis.
A. Hanafiyyah : boleh berlaku, dengan syarat hadis itu mutawatir, masyhur. Namun, hadis ahad tidak boleh menasakhkan Quran (431)
B. Jumhur : sunnah tidak boleh nasakhkan Quran, walaupun sunnah itu mutawatir atau masyhur. Hujahnya, dalam Quran sebut, proses nasakh dengan yang lebih baik. (Baqarah, 106), sedangkan hadis kurang baik berbanding Quran. (432)

IMAM HANAFI

142. Qadhi Iyyad menyatakan dalam al-Madarik bahawa Imam abu hanifah pernah berjumpa dengan Imam Malik di Madinah. Dalam pertemuan itu, Malik akui bahawa Abu Hanifah adalah orang faqih.

Malik juga pernah mutalaah kitab Abu Hanifah dan menerima 60 ribu masalah fiqh yang diputuskan oleh Abu Hanifah. (446)

143. Imam syafie tidak pernah berjumpa dengan Imam Abu Hanifah. Justeru, dakwaan syafie kutuk imam Abu Hanifah adalah bohong. Malahan, imam syafie pernah kata;
الناس عيال في الفقه علي ابي حنيفة
144. Imam Ahmad juga tidak pernah jumpa imam abu hanifah, tp pernah jumpa imam abu Yusuf. (447)

145. Sibaie akui bahawa ada hadis yang tidak sampai kepada imam Abu Hanifah. Ini kerana, para sahabat berada di banyak tempat, tidak dapat mendengar hadis dari mereka secara sistematik. (459)

146. Syarat-syarat Abu Hanifah menerima hadis ahad;
A. Tidak bercanggah dengan usul bagi agama (terhasil menerusi Istiqra)
B. Tidak bercanggah dengan umum dan zahir al-Quran.
C. Tidak bercanggah dengan Sunnah masyhurah, samada Qauli atau fi'li.
D. Tidak bercanggah sesama hadis. Jika bercanggah, terima hadis yang perawi yang lebih faqih atau pilih mana yang kurang lupa berbanding kuat lupa.
E. Perawi melakukan perkara yang dia riwayat. Contoh, Abu hurairah ada riwayat basuh jilatan anjing, sedangkan dia sendiri tidak buat seperti yang dia riwayatkan.
F. Kalau matan ada penambahan, maka tidak diambil pada penambahan, tp ambil yang tiada penambahan.
G. Tidak menyalahi umum balwa.
H. Perawi tidak mencela salaf
J. Dalam  hadis berkaitan dengan hudud, ambil riwayat yang kandungan hukuman paling ringan.
K. Hafalan perawi kekal, tanpa ada lupa sejak dia dengar hadis.
L. Amalan itu tidak bercanggah dengan amalan warisan sahabat. (459 - 461)

147. Abu Hanifah pernah berjumpa dengan al awzaie dan kedua-duanya berdebat ilmiah. Awzaie tanya, kenapa tak angkat tangan semasa rukuk dan bangun dari rukuk.
Jawab hanafi, sbb tak ada yang saheh dari Nabi amalan itu.

Awzaie : bagaimana tak ada sedangkan telah cerita kepadaku Al-Zuhri, dari salim dari bapanya bahwa Rasulullah angkat tangan masa pembukaan solat, ketika rukuk dan ketika bangun dari rukuk?

Hanafi : telah menceritakan kepadaku Hammad, dari Ibrahim, dari alqamah dan al- aswad dari Abdullah bin masud bahawa Rasulullah tidak angkat tangan semasa pembukaan solat.

Abu hanifah kata, hammad lebih faqih dari zuhri, Ibrahim lebih faqih dari salim (462)

IMAM MALIK

148. Khalifah al-Mansur telah berjumpa dengan imam malik semasa  meminta imam Malik himpun hadis2. Disebabkan itu dikenali sebagai kitab muwatta. Khalifah al-Rashid telah meminta agar kitab itu digantung di Kaabah agar manusia beramal. Tp, tidak disetujui oleh Imam malik dengan katanya; (426)

لا تفعل يا امير المؤمنين فان اصحاب رسول الله اختلفوا في الفروع وتفرقوا في البلدان وكل مصيب

149.  Imam malik pernah kata, dia himpun kitab muwatta selama 40 tahun. (470 

150.  Dalam hujjatullah al-Balighah, dahlawi menyatakan bahawa muwatta sebaris sebagai Tabqah ula bersama saheh bukhari dan muslim. (470)

Jumhur pula berpendapat bahawa muwatta tak setaraf dengan saheh bukhari dan muslim. Antara yang kata begitu adalah Ibn Hajar. Antara sebabnya adalah, dalam muwatta ada hadis munqati' dan mursal, sepertimana yang diungkapkan oleh Ibn Abd al-Bar. Namun dijawab bahawa hadis munqati dan mursal dalam muwatta ada dalam turuq lain. (471)

151. Ibn Hazm ada menyatakan bahawa dalam muwatta ada hadis doif. Namun, laknawi kata, ia tidak capai tahap palsu. Ada pula orang kata, hadis itu dinilai saheh pada sudut ijtihad malik. (472)

152. Berbagai pandangan ulama tentang kitab muwatta. Ada kata, ia kitab kitab fiqh, bukan kitab hadis. Ini sepertimana yang ditekankan oleh Ali Hasan Abdul Qadir dalam kitab Nazrah Umdah fi Tarikh al-Fiqh al-Islami.

Dalil lain kata bahawa ia bukan kitab hadis, apabila kitab itu merujuk amal ahli Madinah sebagai hujjah. (474)

153. Kewujudan hadis mursal dan munqati dalam kitab muwatta kerana imam malik memang menerima hadis munqati dan mursal boleh dijadikan hujah dalam mazhabnya, bukan kerana faktor sanad sepertimana yang dikehendaki oleh para muhaddisin. (476)

154. Walau bagaimanapun, ramai ulama hadis iktiraf imam malik sebagai ulama hadis. Contoh, Sufyan bin Uyahnah menyatakan bahawa hadis malik tidak capai kecuali semuanya saheh, dia tak akan ambil kecuali dari siqah.

Yahya bin Said al-Qitan kata, imam malik adalah imam hadis.

Ibn Quddamah kata, malik adalah orang yang paling hafaz hadis pada zamannya. (476)

IMAM SYAFIE

155. Syafie adalah orang yang meletakkan kaedah riwayat hadis dan beliau pernah menyatakan bahawa sikap beliau berbeza pendapat dengan malik dan abu hanifah, seperti tidak syaratkan ahli madinah untuk terima hadis. (479)

156. Imam ahmad bahawa dia tak tahu tentang nasikh dan mansukh dalam hadis kecuali belajar dengan imam syafie. (479)

157. Syafie menolak hadis mursal kecuali jika diriwayatkan oleh kibar tabiin, said bin Musayyib. (480)

IMAM AHMAD

158. Pernah belajar dengan Abu Yusuf kemudian baru belajar hadis. Dia belajar fiqh dengan syafie kemudian belajar dengan syafie ilmu hadis.  Antara murid ahmad adalah bukhari dan muslim. (481)

159. Abu musa al-Madini : semua hadis ahmad adalah hujah dan anggap ia sebagai saheh.

Ibn Jauzi nyatakan dalam musnad ada hadis Saheh, doif dan palsu. Ibn jauzi susun 29 hadis palsu

Al-Iraqi : 9 hadis dalam musnad ahmad adalah palsu.

Zahabi, ibn Hajar, ibn taimiyyah dan Sayuti : hadis2 doif dalam musnad, hampir menjadi hasan.

160. Imam ahmad dalam ilmu jarh wa takdil dianggap sebagai muktadil, dan beliau mungkin tasahul pada hadis2 fadail. (483)

Wallahu 'Alam.