Monday 27 May 2013

TIADA WILAYAH FAQEH DALAM SUNNI (2)


Dalam Sunni, perkataan, perbuatan dan taqrir nabi SAW perlu dilihat pada beberapa kerangka. Al-Syaikh Muhammad al-Ghazali pernah mengungkapkan bahawa sudut pandang sunnah itu hendaklah diperhatikan pada dua sudut; iaitu Tasyri3 dan tidak tasyri3. Makanya, timbul soal memakai kopiah itu dikira sebagai amalan sunnah pensyariatan atau ia sekadar pakaian Nabi SAW yang berbangsa arab yang memakai pakaian kebudayaan arab sahaja.


Adapun Dr Nu3man Jughaim, beliau menyatakan dalam tesis Phd beliau bahawa sudut pandang pada hadis Nabi SAW itu kepada empat; iaitu Tasyri3, ta’dib, al-Hady wa al-Irsyad dan al-Imamah. (huraian ringkas ada di sini)


Istilah imamah ini tidak sekadar digunakan oleh Dr Nu3man Jughaim dalam kitab Turuq al-Kasyf 3an Maqasid al-Syari3, tetapi digunakan juga oleh Dr Sa3id Ramadan al-Buti dalam kitab Dhawabit al-maslahah. Dalam istilah Dr Sulaiman al-Asyqar dalam kitab al-Wadih fi Usul al-Fiqh li al-Mubtadiin, beliau menggunakan istilah al-Amr al-Maslahi atau urusan kemaslatahan. Perkara Imamah ini, ia tertakluk kepada maksud politik itu sendiri, iaitu memberi kemaslahatan kepada rakyat.

Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Al-Qaradawi pernah menyatakan bahawa politik itu adalah memberi kemaslahatan kepada rakyat. Dalam Maqasid Syariah Islamiah wa makarimuha, al-Syaikh 3allal al-Fasi menyatakan siyasah itu hendaklah melaksanakan tiga perkara, iaitu memberikan hak kepada yang berhak, mengakui keadilan dan mengurus urusan rakyat.

Yang penting, politik dalam sudut pandang sunni adalah kemaslahatan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, dalam sunni ada satu kaedah yang popular, iaitu urusan pemerintah itu terhadap rakyat tertakluk dengan kemaslahatan.

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة

Ekoran itu, asas dalam Sunni bahawa pemimpin politik itu berasaskan kepada dua perkara, iaitu al-Qawi dan al-Amin, atau seorang yang ada kemampuan dan beramanah. Ia berasaskan kepada Firman Allah;

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

            Maksudnya;
            “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya." (Surah al-Qasas, ayat 26)


Makanya tidak hairan, perkara ini ditekankan oleh al-Qaradawi semasa sedang berlaku Pilihanraya di Mesir selepas kejatuhan Mubarak. (baca sini)

Bersambung..


No comments:

Post a Comment