Wednesday 15 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (14)


Padaku, perlis adalah sebuah negeri yang mempunyai kelebihan tersendiri berbanding negeri-negeri lain. Dari sudut amalan ibadat, mereka dikenali sebagai negeri sunnah. Di sana, kebanyakkan surau dan masjid mereka, subuhnya tidak dilakukan Qunut seperti di negeri-negeri lain. Mufti-mufti lantikan mereka, semestinya amat berbeda dengan mufti lantikan di negeri lain. Lebih menarik, di kebanyakkan negeri-negeri lain, mufti mereka dari kalangan orang-orang tua, tetapi di Perlis, muftinya dari kalangan ilmuan-ilmuan muda.


Sebelum ini, Malaysia dibisingkan dengan perlantikan Dr MAZA sebagai mufti. Seorang agamawan muda yang agak berani menyatakan pandangan. Sudut pandang agamanya juga agak progresif sehingga tidak disenangi dengan mereka yang beraliran konservatif. Isu-isu yang dikemukakan juga menggegarkan Malaysia, seperti isu “bin Abdullah” kepada muallaf, isu sekodeng dan sebagainya. sikapnya yang tidak mengira siapa, menjadikan beliau seorang pengkritik terhadap beberapa dasar yang diamalkan oleh parti politik, tidak kira di pihak kerajaan memerintah, mahupun terhadap pembangkang.

Keadaan yang sama juga ada pada Dr Juandajaya yang banyak menyatakan sudut pandang agama yang agak berani. Antaranya adalah isu memberi “bin” kepada bayi yang dilahirkan sedangkan bayi itu berumur 6 bulan dalam kandungan. Tidak dinafikan, perdebatan ini amat panjang lebar, malahan pandangan yang dikemukakan oleh Dr Juandajaya itu cukup berasaskan kepada fatwa-fatwa ulama terdahulu, seperti Ibn Quddamah dalam al-Mughni, juga bersesuaian dengan konsep maqasid penjagaan maruah manusia.

Aku mengkagumi Dr Juandajaya adalah disebabkan keberanian dia mengkritik BN di Perlis ekoran wang baitul Mal yang digunakan oleh pihak parti memerintah Perlis dengan cara yang tidak benar. Beliau pernah bercerita kepadaku bahawa setelah sikapnya menarik diri dari baitul Mal itu bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak Istana Perlis.


Menariknya dari cerita beliau, apabila Raja Perlis bertanyakan hal itu, beliau menjawab; “Patik tak nak masuk neraka, Tuanku… kalau Tuanku nak masuk neraka, Tuanku boleh sokong tindakan mereka”.

Mendengar cerita beliau itu, menjadikan aku kagum dengan keberanian menyatakan kebenaran yang ada pada diri Mufti perlis itu. Kadangkala aku terbayang juga, alangkah baiknya kalau semua mufti-mufti Malaysia bersikap seperti ini. kerana, banyak perkara yang boleh diselesaikan, terutama berkaitan dengan harta rakyat.

Kadangkala aku juga berfikir, kalau perkara sebegini berlaku dihadapanku sendiri, apakah aku mampu menyatakan perkara yang sama kepada Sultan. Aku juga memikirkan, jika perkara ini berlaku pada rakan-rakan dalam perjuangan Islam. Apakah ada kemampuan melakukan tindakan yang sama.

Bersambung….







1 comment:

  1. tu baru baitulmal perlis,dah takut neraka.kalau sokong BN yg conquer wang dan hasil negara tak takut neraka ke mufti?

    ReplyDelete