Ulama sepakat menyatakan bahawa haram hukum cukur janggut. Dalam
kitab Maratib al-Ijmak, Ibn Hazm pula menyatakan, pengharaman itu diijmakkan
oleh Ulama. Dalam kitab al-Ibda’ fi
Madhar al-Ibtida’, al-Syaikh Ali Mahfuz menyatakan bahawa pengharaman cukur
janggut itu disepakati dikalangan ulama-ulama mazhab empat.
Pengharaman itu berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya
adalah seperti sabda Nabi SAW dalam hadis al-Bukhari;
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا
الشَّوَارِبَ
Maksudnya;
“Bedakan dirimu dari orang-orang musyrikin, dan lebatkan janggut dan
potonglah misai” (al-Bukhari, hadis no : 5442)
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyuruh orang Islam tidak
menyerupai orang-orang musyrik. Antaranya adalah dengan tidak mencukur janggut.
Ibn Taimiah menyatakan Syarh al-3umdah bahawa larangan mencukur janggut itu
seperti larangan mencukur rambut bagi orang perempuan. Juga beliau menyatakan
dalam kitab al-Fatawa al-Kubra bahawa larangan mencukur janggut sama seperti
suruhan berkhitan bagi orang lelaki.
Menurut al-Qaradawi pula, beliau menyatakan larangan dalam
hadis ini dengan dua kupasan, iaitu seperti berikut;
Satu:
Hadis yang
melarang ini tidak dibawah maksud pensyariatan seperti dalam fiqh Ibadat,
tetapi ia adalah dibawah hadis yang tidak pensyariatan.
Dua:
Larangan dalam hadis ini tidak
bersifat mutlaq, tetapi bersifat muqayyad. Dengan arti kata lain, larangan itu
merujuk kepada tujuan agar tidak menyerupai orang musyrik. Ini kerana, di zaman
nabi Muhammad SAW, orang-orang majusi itu, rupa paras mereka adalah dengan
mencukur janggut.
Makanya, jika datang di satu era bahawa mencukur itu tidak
ada kaitan pun menyerupai musyrikin, atau dengan mencukur itu akan membedakan
pula dengan orang-orang musyrikin yang membela lebat janggut, maka cukur itu
tidak menjadi haram.
Sekian
Wallahu ‘Alam..
No comments:
Post a Comment