Tuesday, 7 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (5)


Apabila waktu maghrib hampir menjengah, kami ramai-ramai meninggalkan restoran Insaf. Ini kerana, restoran itu sudah mahu tutup. Dr Maszlee bertanya, dimanakah mahu sambung lepak. Aku mencadangkan sebuah restoran pakistan, Shah Jee Restoran yang berada di lorong dihadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Mereka semua bersetuju dengan pergi dengan kereta mereka, dan aku dengan kereta aku sendiri.


Aku terus memandu menuju ke arah restoran terbabit. Sesampai di sana, aku dapati agak ramai rakan-rakan dari Unit Amal sedang lepak. Semangat himpunan bersih amat kelihatan dalam wajah mereka. Mereka menegurku dan aku menyahut teguran mereka. Mereka pamerkan beberapa gambar dalam akhbar keterlibatan mereka dalam bersih. Perjuangan dan kesungguhan mereka wajar dipuji. Mereka bertanya, mengapa aku datang ke restoran itu. Aku nyatakan bahawa aku sedang menunggu kehadiran Dr MAZa, Dr Maszlee, Dr Juandajaya dan rakan-rakan yang lain. Tidak lama kemudian, aku dapat satu panggilan telefon dari Dr Maszlee, menyatakan bahawa mereka sudah bercadang untuk bertukar tempat, iaitu ke arah Petaling Jaya untuk makan durian di sana. Juga berjanji, akan menunggu aku di masjid Bulat, Petaling jaya.


Aku terus minta diri dari rakan-rakan Unit Amal, dan terus memandu menuju ke arah Petaling Jaya. Ketika sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju ditepi keretaku, dan kelihatan tangan melambai-lambai agar kereta aku ketepi.

“samseng mana pula nak cari pasal dengan aku ni” bisik hatiku.

Aku perhatikan lebih dalam, rupa-rupanya Abang Muhammad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS. Aku buka tingkap kereta, menyahut panggilannya.

“Oi.. hang parking depan.. kita minum teh pakistan kat kedai mehran kat depan” suara mat sabu dengan garau kedengaran.

Aku terus follow belakang kereta abang mat. Dalam hati kecil aku ketawa kecil, mengenangkan style Mat Sabu. Seorang berjawatan tinggi dalam PAS, juga dikenali di pelusuk negara, tetapi watak kekampungan beliau mencuit hati.

Sesampai di restoran, abang mat terus pegang tangan aku. Dia tarik aku ke tempat duduk, seperti ada sesuatu benda  penting yang mahu disampaikan.

Bersambung…. 

2 comments:

  1. Cepat ust, sambunng siri 6 plak. Tak sabar ana nak baca. :)

    ReplyDelete
  2. ust wanji tulis bgi habis..xlarat nak baca putus2.

    ReplyDelete