Orang yang tidak kenal Dr MAZA, pasti anggap beliau seorang
yang serius. Tetapi, jika mengenali beliau
secara rapat, kita akan tahu bahawa
beliau seorang yang suka bergurau dan menyindir.
Ada sekali dalam tweet, Ketua AMK Malaysia, Samsul Iskandar
menyatakan bahawa Dr MAZA ada bercerita tentang konsep sekular dalam beberapa
negara dan bentuk pemahamannya yang sebenar, sepertimana yang disalah tanggap
oleh ramai orang islam di Malaysia. Aku memberikan
satu komen dari tweet itu, lalu tweet itu menjadikan ramai dari kalangan
cybertrooper UMNO yang serang. Memandangkan serangan itu adalah terhadap Samsul
Iskandar, Ketua AMK Malaysia, menjadikan isu PKR dibangkitkan. Namun, dalam
tweet tersebut disertakan tweet aku dan Dr MAZA, maka aku dapat ikuti apa yang
dibincangkan. Melihat serangan begitu kuat, aku pun menyatakan; “jangan
libatkan saya. Saya bukan PKR, tp saya Komunis” dengan tujuan bergurau.
Dari kejadian itu, menjadikan Dr MAZA setiap kali berjumpa
dengan aku, beliau akan bergurau dengan aku dengan mengatakan “komunis”
kepadaku. Aku hanya ketawa kecil sahaja setiap kali dia bergurau begitu
denganku.
Semasa pertemuan di restoran Insaf pun, walaupun agak lambat
bagitau kepadaku untuk hadir di situ, tetapi Dr MAZA menyatakan bahawa aku
boleh sampai dengan segera juga, sebab dakwa beliau aku ini suka langgar
undang-undang.
“Ana percaya anta boleh sampai cepat sbb ni komunis” gurau Dr
MAZA. Aku senyum sahaja dengan gurauan itu, kerana itulah style Dr MAZA yang
kadangkala boleh memeriahkan suasana. Aku pula tidak merasakan sebarang janggal,
malahan jika suasana menjadi meriah dengan gurauan tersebut, aku tidak menjadi
sebarang masalah pun dengan gurauan sebegitu.
Sekali lagi, setelah selesai kami makan durian, lalu kami nak
beredar. Kami bersalaman. Lalu, sambil bersalaman Dr MAZA sekali bergurau denganku
dengan kata beliau; “Komunis”. Aku hanya tersenyum.
Aku pun beredar bersama dengan Dr Maszlee dengan kereta
kepunyaan seorang rakan Dr Maszlee yang aku sudah lupa namanya. Mereka hantar
aku ke masjid bulat balik, kerana kereta aku parkingkan di situ.
Setelah itu, aku terus beredar dari PJ. Dengan segera aku
terus menuju ke port klang untuk meraikan rakan-rakan usrah di sana, sempena
menyambut tarikh lahirku yang ke 31…
Bersambung….
No comments:
Post a Comment