Saturday 18 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (17)


“Kat Sarawak, masalah yang macam ko dok bimbangkan tu tak pernah berlaku pun” lebih kurang begitu Ujar Dr Juandajaya.

Masa tu, pemikiranku baru teringat bahawa Dr Juandajaya adalah orang Sarawak, walaupun berkhidmat sebagai mufti di Perlis.

Sambil-sambil itu, Dr Juandajaya pun keluar dari kereta, dan terus meluru ke arah Hishamuddin Rais. Kelihatan Hishamuddin Rais bangun dari kerusi dan berjalan menuju kea rah Dr Juandajaya untuk menyambut kedatangan Dr Juandajaya.

Aku melihat keadaan Hishamuddin itu, hati kecilku mahu ketawa. Ini kerana, kelihatan bagaimana Hishamuddin Rais itu memberi penghormatan kepada agamawan seperti Dr Juandajaya.

“ada agama lagi hisham ni sebenarnya” hatiku berbisikan sendirian.

Hishamuddin Rais membawa Dr Juandajaya ke satu meja yang agak berjauhan sikit dari rakan-rakan yang lain. Selepas Dr Juandajaya bersalaman dengan rakan-rakan yang ada, Hishamuddin, Dr Juandajaya, Aku, Aiman dan Ilhami pun duduk dimeja yang dibawa oleh Hishamuddin Rais.

Mungkin Hishamuddin Rais ini adalah orang yang agak berumur dan selalu berinteraksi dengan “orang-orang besar”, menjadikan dia agak tidak kekok untuk berinteraksi dengan agamawan seperti Dr Juandajaya, walaupun mereka berdua adalah dua aliran yang berbeda. Hishamuddin Rais mengambil Order untuk kami semua. Kelihatan Dr Juandajaya membuka kopiahnya. Aku mula ketawa dengan tindakan Dr Juandajaya itu.


Antara mereka berdua, banyak perkara yang dibualkan. Tetapi, focus perbualan mereka banyak berkisar politik, tentang parti PKR dan hubungan Dr Juandajaya dengan Taib Mahmood.


Pada malam itu, baru aku tahu bahawa Dr Juandajaya ini dari keturunan bangsawan melanau yang mempunyai hubungan besar dengan Taib Mahmood yang berkuasa di Sarawak. Beliau pernah bercerita bahawa semasa kemerdekaan Malaysia dulu, atuknya datang berjumpa Tengku Abdur Rahman dengan membawa hamba, sedangkan Tengku hanya bawa Setiausaha politik dan pegawai kerajaan sahaja. Gambaran betapa bangsawannya keturunan melanau di Sarawak.

Banyak perkara yang disebut oleh Hishamuddin tentang scenario politik di Malaysia; analisa dan sudut pandang yang beliau berikan. Sedang berbual, datang air white coffee yang dipesan. Aku tengok, dengan selamber mufti perlis itu minum. Aku pun menyampuk dengan nada gurauan dengan menyatakan; “tak jadi masalah ke ni?”

Dr Juandajaya terus bercerita keadaan di Sarawak. Beliau nyatakan bahawa di sana, masalah hubungan antara muslim dan non Muslim amat toleransi. Muslim tidak janggal masuk ke dalam kedai non Muslim, dan non Muslim pula amat tahu makanan dan minuman yang orang islam tidak boleh makan. Diasingkan antara makanan yang halal dan tidak halal.

“perh.. cool gile ye keadaan kat sana” ujarku menyampuk cerita Dr Juandajaya.


“Ana tak pernah sampai lagi kat sana… rasa macam nak pegi je kat sana je” sambungku lagi.

Kemudiannya, perbualan antara Hishamuddin Rais dan Juandajaya bersambung kembali. Dr Juandajaya ada bertanya setahap mana kepercayaan yang boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim. Hishamuddin dengan terang-terang menyatakan bahawa anwar Ibrahim boleh dipercayai dan boleh diharap untuk membuat perubahan dalam politik Malaysia.

Bersambung… 

No comments:

Post a Comment