Di Mesir, pendedahan bacaan cukup banyak dan luas. Perbincangan ilmunya agak menarik dan lebih tersusun. Manhaj al-Azhar adalah manhaj yang aku rasa sangat menarik selama aku belajar agama. Mereka bukan sekadar ada manhaj istinbat, tetapi manhaj penyusunan poin dalam penulisan juga wujud.
Menariknya tentang al-azhar adalah pendedahan terhadap mazhab yang agak luas. Pendedahan tentang kaedah usul fiqh mengikut aliran mazhab-mazhab tertentu mampu mempamerkan perbincangan mereka cukup objektif.
Di al-azhar, aku amat suka kepada mata pelajaran usul al-Fiqh. Aku meminati mata pelajaran itu kerana ia mendedahkan kepada kita punca asal terhadap berlakunya khilaf di kalangan ulama fiqh, khususnya mazhab-mazhab muktabar. Kekhilafan berlaku dengan banyak faktor, seperti faktor bahasa arab, penggunaan sesuatu kalimah di sesuatu daerah tidak sama maksudnya dengan daerah lain walaupun kalimah yang digunakan adalah sama. Ada pula perbedaan berlaku dari sudut setempat, seperti keperluan sesuatu tempat tidak sama dengan tempat yang lain. Ada pula kekhilafan berlaku ekoran kaedah pemikiran setiap mazhab dalam menilai nas, seperti penggunaan mafhum mukhalafah, mengkhususkan nas umum, nasikh dan mansukh dan sebagainya. Malahan berlaku khilaf juga berfaktorkan penentuan status seseorang perawi hadis, apakah diterima atau tidak.
Pemahaman ini lebih membuka minda aku untuk mengambil sikap untuk saling hormat menghormati dalam menanggapi sesuatu fahaman, mazhab atau aliran. Padaku, wahabi atau tidak, itu bukan perkara penting. Yang paling penting adalah, apakah kita berjaya memberi kebaikan kepada umat, jangan kita nafikan hak manusia lain, tidak melahirkan permusuhan sesama kita, bagaimana mahu menumpang kebijaksanaan dari orang yang berbeda dengan kita dan sebagainya.
31 okt 2013 | 4:51 petang
konklusi yg pada saya amat baik.. :)
ReplyDeleteCeritanya belum habis. Akan disambungkah ceritanya nanti? Apa yang jadi setelah balik ke Malaysia? Ustaz sambung berguru dgn siapa lepas Syaikh Abd Rahim? Bagaimana boleh jatuh minat dengan sufi?
ReplyDelete