Monday, 5 March 2018

NOTA KITAB : الارهاب و خطره على السلام العالمي


KEGANASAN DAN BAHAYANYA TERHADAP KESELAMATAN DUNIA
الارهاب و خطره على السلام العالمي
سلسله مجمع البحوث الاسلاميه
Tahun ke 47, kitab pertama. Tarikh : 2015
اشراف : امين عام مجمع البحوث الاسلاميه
Dr Mahyuddin Afifi Ahmad


----
MUQADDIMAH
Oleh : Dr Muhyiddin Afifi Ahmad
1.     Ada dua kalimah yang diselewengkan maknanya yang boleh membawa kepada keganasan:
a.     Kufur
b.     Jihad.

2.     Begitu juga amalan mengkafirkan sesama orang Islam dianggap sebagai salah satu rukun Islam atau rukun iman. Kesannya;
a.     Mudah menangkap pelaku dosa besar sebagai kafir.
b.     Sesiapa yang tidak terima konsep negara Islam adalah kafir.
c.      Mudah menuduh orang yang berbeza pendapat sebagai anti Islam. (4)
3.     Maqasid Syariah antara kaedah yang boleh mengatasi masalah terorism kerana;
a.     Maqasid Syariah menjaga kuliyah agama.
b.     Mengajar hormati kepelbagaian
c.      Mengajar saling bantu membantu dalam khilafiyyah jenis.
d.     Mempunyai hikmah dalam berhadapan dengan khilafiyyah pertembungan. (5)
4.     Antara punca yang boleh membawa kepada terorism adalah;
a.     Tidak selesai dalam isu kewarganegaraan.
b.     Gagal memahami isu kepelbagaian.

5.     Ekoran itu perlu ada pemahaman terhadap falsafah kenegaraan. (6)

***

ثقافه الارهابيه قراءه الشرعيه
Oleh : Mustafa bin Hamzah
رئيس المجلس العلمي المحلي لوجده المغربي

1.     Masalah takfiri, apabila menganggap memutuskan silaturrahim Itu sebagai tuntutan keimanan. (9)

2.     Perkara ini Sudah pasti bercanggah dengan Islam, kerana asas bagi Islam adalah memberi kebaikan (maslahah) dan tolak kerosakan. Malahan di dalam Islam ada kaedah yang boleh memberi kebaikan kepada manusia seperti istihsan, Sa'd zaraie, Fath zaraie dan sebagainya.(12)

3.     Dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam ada menyatakan barangsiapa yang mengikuti dalam Islam ikutan yang baik. 
من سن في الاسلام سنه حسنه

Hadis ini sebab wurudnya dalam isu sedekah tetapi digunakan dalam ada yang umum.

4.     Imam syatibi berkata, Setiap perkara yang baru yang baginya ada asas yang sahih, maka ia bukanlah dicela bahkan ia terpuji. (13)
كل ما من المحادثات له وجه صحيح فليس بمذموم بل هو ممدوح

5.     Sekurang-kurang takrif mesti setara dengan معرف, Tidak boleh kurang dan tidak boleh umum.

6.     Islam adalah ulama yang membahagiakan bidaah kepada sunat, haram, makruh, wajib dan harus. (14)
البدعة ما لم يعهد في عصر الرسول و هي مقسمه الى بدعه الواجبه و بدعه محرمه و بدعة مندوبه و بدعه المباحة

7.     Contoh bidaah wajib, sunat dan harus seperti ilmu usul al-quran dan hadis, usul fiqh, ilmu jarh wa ta'dil dll.

8.     Takrif bidaah oleh Imam syatibi oleh Imam syatibi adalah jalan dalam agama yang direka-reka menyerupai Syariah dengan bertujuan melakukan ibadat yang melampau dalam peribadatan (16)
طريقه في الدين مخترعه تضاهي الشرعيه يقصد بالسلوك عليها المبالغه في التعبد
                       
9.     Salah besar yang berlaku apabila mudah menuduh orang yang berbeza sebagai ahli bidaah. (16)

10.                       bin bar pernah kata, boleh azan dilaungkan oleh seseorang ataupun orang ramai. Dalil yang digunakan adalah pada zaman Omar ada satu solat Jumaat yang diasaskan oleh ramai tukang azan. (18)

11.                       Mut'i kata, pada zaman Umar ada 3 tukang azan, 2 orang di luar masjid dan seorang di hadapan khatib. (18-19)

12.                         Mak berbeza pendapat ketika Khatib berkhutbah Apakah boleh seseorang yang datang lambat itu terus duduk atau menunaikan solat sunat dua rakaat. 
a.     Syafie, Ibn Hanbal dan Abu sur : solat dua rakaat. (22)
b.     Maliki : makruh solat sunat ketika Khatib sedang berkhutbah.
Malique merujuk kepada satu hadis, seorang sahabat bernama tsa'labah Ibni Abi malik Al Qurazi, Sesungguhnya duduk Imam di atas mimbar menyebabkan terputus sebarang solat dan terputus sebarang perkataan. (21)
ان جلوس الامام على المنبر يقطع الصلاه وان كلامه يقطع الكلام

ان على من جاء يوم الجمعة والإمام يخطب أن يجلس ولا يركع


13.                       Antara masalah terorism;
a.     Konsep gerakan Islam (23)
b.     Konsep negara kufur kufur (25)
c.      Istilah kafir Harbi (p).
d.     Hakimiyyah (p)
e.     Perlaksanaan Syariah. (P)
f.       Utopia pada Syariah. (P)
g.     Merasakan diri yang paling benar. (P)

(P) orang yang terjebak kepada pemikiran takfir.
A. Kenyataan jelas dari tokoh yang ada pengikut.
B. Kenyataan yang tidak jelas dari seseorang tokoh yang ada pengikut, dalam keadaan kenyataan itu boleh ditafsirkan takfir.

14.                       Tiga perkara penyebab kepada takfir;
a.     Anggap takfir itu salah satu dari rukun Iman.
b.     Mengkafirkan kepada orang yang melakukan dosa besar.
c.      Mengkafirkan kepada orang yang berbeza ideologi politik (30-31)

15.                       Ada slogan "tiada Iman bagi orang yang tidak beramal". Slogan ini tidak ada beza dengan apa yang dipercayai oleh Khawarij. (31)

16.                        Perdebatan tentang Iman;
a.     Semua ulama Ahli Sunnah sepakat bahawa perkara elok bagi Iman Adalah membenarkan di dalam hati (التصديق بالقلب)
b.     Ibnu Hajar al-asqalani menyakitkan, amal perbuatan sekadar syarat Tambahan sahaja.  (34)
c.      Imam Abu Mansur al-maturidi menyatakan menyatakan pengakuan di lidah adalah syarat Tambahan sahaja. (38)
d.     Imam Abu Hanifah menyatakan syarat utama bagi Iman Adalah pengakuan di lidah (الاقرار باللسانن) dan membenarkan dalam hati (التصديق بالقلب)
e.     Syiah Karamiyyah menyatakan seseorang yang mengaku di lidah sudah memadai dikatakan beriman. (37)
f.       Mulla Ali al-qari dalam mensyaratkan kitab fiqh al Akbar Akbar al Akbar Akbar fiqh al Akbar Akbar al Akbar Akbar, menyatakan pengakuan di lidah lidah sebagai tahqiq sahaja. (36)
g.     Muktazilah dan khawarij menyatakan,  tanpa amal, maka Iman pun tiada. (38)

17.                       Imam abul Hasan al Ashari berkata, orang yang ada amal dalam kalangan ahli kiblat adalah masih lagi dikira sebagai mukmin. (37)

قال أبو الحسن الأشعري 

فحدثوانا عن الفاسق من اهل القبله المؤمن هو؟

قيل له ؛ نعم مؤمن بايماني فاسق بفسقه و كبيرته


18.                       Tafsir boleh berlaku disebabkan salah dalam menafsirkan Nas. Contohnya nabi sallallahu alaihi wasallam memanggil Abu dzar dzar memanggil Abu dzar jahiliyyah.
انك امرؤ وفيك الجاهلية

19.                       Iman perlu dilihat pada 2;
a.      Asal
b.     Kesempurnaan
                                                              i.      membuang kesakitan Di Jalanan Jalanan, ia sekadar kesempurnaan bukan asal bagi Iman bukan asal bagi Iman. Ini Sepertimana yang dikupas oleh Abdul Rahman al-Iji. (43)

20.                        Kenyataan-kenyataan ulama yang menolak amalan kafir mengkafirkan sesama orang Islam. (43-45)
a.     Imam Abu hanifah
لا نكفر مسلما بذنب من الذنوب وان كانت كبيره اذا لم تستحلها و لا نزيل عنه اسم الايمان و نسميه مؤمناً حقيقة ويجوز أن يكون المؤمن فاسقا غير كافر

b.     Imam Ahmad bin Hanbal
من مات من اهل القبله موحدا يصلى عليه و يستغفر له ولا تترك الصلاة عليه بذنب اذنبه صغيرا كان أو كبيرا وأمره الى الله عز وجل

c.      Imam al-Bukhari
لم يكونوا يكفرون احدا من اهل القبلة بالذنب لقوله؛ ان الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر مادون ذلك لمن يشاء

d.     Abu zur’ah dan Abu Hatim al-Raziyyan
لا يكفر اهل القبلة بذنوبهم ونكل اسرارهم الى الله عز وج

e.     Omar dan Nasafi
الكبيره لا تخرج العبد المؤمن من الايمان و لا تدخله في الكفيله في الكفر

f.       Abu Abdillah al-Battah al-Hanbali
قد اجمعت العلماء لا خلاف بينهم انه لا يكفر واحد من اهل القبله بذنب و لا نخرجه من الاسلام بمعصيه نرجو للمحسن و نخاف على المسيء

g.     Al-Tahawi
ولا نكفر احدا من القبله بذنب مالم يستحله، ولا نقول لا يضر من الايمان ذنب لمن عمله

TAKFIR BERLAKU DISEBABKAN KONSEP NEGARA

21.                       Ada beberapa definisi berkenaan dengan konsep negara Islam;
a.      Muhammad Abdul Salam faraj, dalam kitab al-Faridhahdhah al-Ghaibah, negara kalau orang muslim ramai sekali pun adalah tidak Islam lagi (47)
b.     Ibnu qayyim Al jauziyah menyatakan, Andai budak dijumpai dalam Dar al-Harb, maka agamanya dianggap sebagai kafir.
c.      Asyhab, andai dalam negara Harb tu ada dua atau tiga orang muslim budak itu tetap dikira sebagai Musyrik.
d.     Sesetengah ulama dalam mazhab Syafi'i, Kalau jumpa budak itu di negara yang majoriti rakyatnya kafir, maka budak itu tetap dikira sebagai Islam. Diandaikan dia menyembunyikan keislamannya. (48-49)

22.                        Konsep "Dar" pada zaman dahulu;
a.     dar bagy : ada hubungan diplomatik dan perniagaan. Muawiyah pernah membuat hubungan dengan ahli Al arminiyah. Abdullah bin Saad buat hubungan perniagaan dengan ahli naubah (50)
b.     Dar al-'ahd (Mu'ahadah atau Dar Sulh).

23.                         Definisi negara Islam;
a.     Pemerintah yang kebiasaan rakyatnya adalah Muslim. Ini adalah pandangan Imam Ibnu Hazm dalam kitab Muhalla. (51)
b.     Zahir hukum Islam dan aman untuk amalkan Islam. Ini pendapat Imam Abu Hanifah, kerana beliau pernah menghasilkan sesebuah negara boleh jadi kafir jika Zahir hukum kafir, ada hubungan dengan negara kafir dan putus hubungan dengan negara Islam lain, dan muslim di sini tak aman dalam amalkan Islam. (52) sama juga yang pernah disebut oleh kashani. (53)
c.      Nyata hukum-hukum Islam. Ulamak yang mengatakan sebegini adalah Imam Ibnu qayyim al-jauziyyah, al-kasani, Abu Yusuf dan Ibnu Yahya al-Murtadha.adha.adha. al-Murtadha.adha.adha. (53-54)

24.                       Masalah besar jika sesebuah negara menjadi negara iaitu harta rakyatnya boleh dicuri. (55)

25.                        Dalam kalangan pengamal terorism, mereka ada ungkapan; (56)

ان الله في الاسلامي يطالبك بارسال ابنك ليموت من اجله، اما في المسيحيه فان الرب يرسل ابنه ليقتل من اجلك

-----
KEGANASAN DAN BAHAYA PADA KEAMANAN.
الارهاب وخطره على السلم والامن العالمي
Abu lubabah Husin | Pensyarah di Universiti al-Ain, dan anggota Makmal al-Buhith Al-Islamiah.

1.     Maka Irhab adalah menakutkan atau menggerunkan (خاف أو خوف : الفزع و الرعب)

2.      Dari sudut istilah, Irham mempunyai makna makna berikut;
a.     Tindakan keganasan
b.     Bahaya pada kehidupan manusia
c.      Langgar undang-undang yang menangani jenayah dalam sesebuah negara. (68)

3.     Makna Irham oleh majma Al fiqh al Islami;
a.     Permusuhan terhadap individu, kelompok atau negara.
b.     Melampaui batas dan bersikap keras dan memberi bahaya pada agama, darah, maruah, akal, harta dan keturunan.
c.      Ada unsur menggerunkan dan melahirkan perasaan takut dan kecut dengan cara membunuh bukan cara yang berhak. (69)
d.     Caranya adalah perang, rompak dan takutkan di Jalanan.

4.         Dalam komentar Abu lubabah Husin
a.     Permulaan keganasan dalam kalangan Arab dari serangan Israel terhadap Palestin. (67)
b.     Sebagai reaksi terhadap serangan itu lahir gerakan-gerakan melawan dari kalangan Muslim. (74)
c.      Keganasan tak boleh diatasi Selama ada permainan dari kuasa besar dari sudut ekonomi dan politik. (73-74)

5.         Cara untuk atasi keganasan;
a.     Demokrasi yang sihat.
b.     Hindari permainan kuasa besar.
c.      Ekonomi yang sihat. (75)

___

KONSEP KEWARGANEGARAAN DAN KEHIDUPAN SELAMAT DALAM SUDUT PANDANG ISLAM
المواطنه و التعايش السلمي في منظور الاسلام
Dr muhyiddin Afifi

1.     Kalimah Kelantan bermakna tempat yang diduduki. المنزل نقيم به. Rujuk surah at-taubah ayat 25. (91)
لقد نصركمركم الله في مواطن كثيره
2.     Falsafah watan dalam politik;
a.     Kebersamaan bersama dengan orang lain pada sudut kewajipan dan hak-hak.
b.     Kedaulatan undang-undang. (92)

3.     Konsep intima' kepada watan menulis surah At Taubah ayat 24, adalah larangan sayang kepada negara melebihi sayangkan Allah dan Rasul (93)

4.     Kalimah "masakin" dalam;
a.     Rasa redha dan kagum.
b.     Hati ada kecenderungan.
c.      Tinggal di situ lebih disukai. (94)

5.     Tidak salah sayangkan watan, kerana dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam pernah menangis ketika meninggalkan Mekah. (98)
و الله انك لاحب بلاد الله الى الله و احب بلاد الله الي، ولولا ان اهلك اخرجوني منك ما خرجت

6.     Masa nabi masuk Madinah;
a.     Nabi membantu negara dari semua pihak.
b.     Urusan ekonomi dan harta. (98)
c.      Kesetaraan hak hak warganegara.
d.     Kebebasan beragama (99).
7.     Warganegara ada kewajipan dan hak-hak Dari sudut;
a.     Undang-undang
b.     Iltizam dan dokongan.
c.      Tanggungjawab kewarganegaraan
d.     Walak kepada negara (101)
e.     Hormati rakyat lain.
f.       Hormati kepercayaan orang lain.
g.     Saling bantu membantu sesama warga negara. (103)

8.     Kesalahan yang berlaku dalam kewarganegaraan.
a.     Tak ada kesetaraan anutan agama.
b.     Tak ada kesetaraan berasaskan warna kulit dan bangsa.
c.      Tak ada kesetaraan disebabkan politik dan ekonomi. (104)
9.     Sikap terhadap kaum
a.     Doa Nabi Ibrahim Untuk zuriat baginda. (Ibrahim, ayat 35)
b.     Hadis berkenaan kaum Daus.
c.      Kisah orang yang sayangkan kaumnya (surah Yasin ayat 26 hingga 27)
d.     Seruan agar kaum Firaun beriman (surah ghafir ayat 30 dan 31)
e.     Hadis nabi, orang yang manfaat adalah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
احب الناس الى الله انفعهم للناس

F. Permintaan Nabi Yusuf jadi menteri demi kemaslahatan awam bukan peribadi. (106)
G. Abu Bakar lebih memberi infaq berbanding Saidina Omar. (107)
10. Islam tolak asabiyah:
A. Ekoran itu tidak masuk akal Larangan Salam dengan orang Yahudi Masa Aman.
B. Dalil nya; al-quran menyatakan keizinan muslim berkahwin dengan perempuan Ahlul kitab dan boleh makan sembelihan mereka. (Surah Al Maidah, ayat 5)

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَّهُمْ ۖ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ

C. Ada dalam kalangan sahabat memberi salam kepada orang bukan Islam.
D. Melihat kepada umum hadis yang menyuruh memberi salam.

أفشُوا السلام، وأطعِموا الطعام، وصِلُوا الأرحام، وصلُّوا بالليل والناس نيام

E. Hadis yang melarang memulakan salam kepada orang Yahudi dan menyuruh menghimpit mereka ke dinding ketika berjumpa, hadis ini ditakwilkan merujuk kepada masa perang, bukan masa Aman. (112)

 لا تبدؤوا اليهود والنصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

10.                       Amalan salaf dalam hal kewarganegaraan.
a.     Dalam Piagam Madinah terdapat akuan hak kebebasan actifast dan fikir, dan Nabi letak password sesama manusia.
b.     Nabi mengiktiraf terhadap Kristian yang berada di Najran.
c.      Abu Bakar teruskan apa yang telah dilakukan oleh nabi kepada masyarakat Najran.
d.     Saidina Umar memberi Kemaafan kepada ahli Ilya kepada ahli Ilya Kemaafan kepada ahli Ilya kepada ahli Ilya dalam kebebasan mengamalkan agama. (116-118)

11.                       Golongan terorism bukan sekadar mengamalkan amalan takfiri, malahan mereka tidak mengakui konsep kewarganegaraan. (119-120)

----
ASAS KEWARGANEGARAAN MENURUT AL QURAN, HADIS DAN SIRAH AN NABAWIYYAH
اسس المواطنه في القران و السنه و السيره النبويه

Oleh : Muhammad Zahid Nazir Ahmad |
Naib pengerusi Al jamiah Al Islamiah Faisalabad Pakistan.

1.     Negara bangsa atau Nation State, dalam sebutan Arab disebut Daulah al-wataniah (الدولة الوطنية)

2.     Kewarganegaraan di dalam sebutan Arab ada dua kalimah;
a.     الجنسية
b.     المواطنة

3.     Kewarganegaraan dalam sebutan Inggeris juga ada dua kalimah;
a.     Citizenship.
b.     Nationality (125)

4.     Isu kewarganegaraan adalah isu yang melibatkan undang-undang lebih banyak berbanding melibatkan isu akidah.(126) Dalil;
a.     Najashi sebagai ketua kerajaan Habshah. Walaupun beliau memeluk agama Islam pada tahun 5 hingga 6 tahun kenabian dan mati dalam 7 hingga 8 Hijrah; dalam jangka waktu tersebut beliau tidak pernah disuruh membuat undang-undang di Habsyah berdasarkan Islam. (128-129)
b.     Tsumamah bin utsal utsal peluk agama Islam. Selepas itu beliau tetap tinggal bersama dengan kabilah Bani Hanifah yang tidak mengamalkan undang-undang Islam. (129)

------
PERBEZAAN, KEPELBAGAIAN DAN PERKONGSIAN KEHIDUPAN.
الاختلاف والتنوع و التعايش المشترك
oleh : Riyadh Jarjur | Setiausaha kelompok arab bagi Dialog Islam - Kristian)
1.     Perbezaan dan kepelbagaian adalah salah satu dari sunnah tabiat manusia (sunnah tabiah basyariyyah) di dalam masyarakat.

2.     Dalam kepelbagaian dan perbezaan itu, undang-undang datang untuk menyatukan

3.     Undang-undang yang menyatukan itu bukan berbentuk penentu segala tindakan, sebaliknya sebagai penetap aras dan batas sahaja. (165)

4.     Kepelbagaian agama merupakan jalan yang banyak dalam mencapai kepada Tuhan yang maha esa. Ia adalah perbezaan bagi kepercayaan-kepercayaan yang semuanya merujuk kepada Tuhan sekelian Alam.

5.     Masalah besar yang berlaku, kebanyakkan kepelbagaian, bagi setiap pihak ada kalangan yang menyeru kepada ketaksuban. Dari ketaksuban itu membawa kepada peperangan dan perpecahan. (166)

6.     Justeru dalam mengatasi perpecahan dalam kepelbagaian, ia perlu dikepalai dengan semangat kasih sayang Dan persaudaraan. Terutama Islam mengajar mukmin yang sebenar adalah orang yang akan menghormati hak dan tidak akan melampaui batas. (P) kepelbagaian yang berlaku di dalam sesebuah negara, cara yang terbaik untuk atasi perkara itu perlu mewujudkan semangat kewarganegaraan.

7.     Kebebasan dalam menentukan kepercayaan, adalah isu yang melibatkan pilihan individu bukan melibatkan pemaksaan terhadap orang ramai. (168)

8.     Demokrasi merupakan salah satu mekanisma yang baik dalam berhadapan dengan kepelbagaian. Ini kerana demokrasi mempunyai dua prinsip penting;
a.     Meraikan dan menjamin kebebasan.
b.     Melaksanakan kesetaraan hak dan kewajipan. (169)

9.     Di Lubnan, kepelbagaian mazhab diatasi secara demokrasi. Ia dikenali sebagai "demoratiyyah Tawafuqiyyah".

10.                        Walaupun negara itu sekular, tetapi sekular yang diamalkan adalah sekular yang beriman, bukan sekular Atheis. Dengan maksud, agama menjadi asas bagi individu manusia yang terlibat dalam pentadbiran, Walaupun pentadbiran tersebut tidak menggunakan nama agama. (170)

***

بيان الازهر العالمي في مواجهه التطرف و الارهاب
Dibacakan : Raktor Al-Azhar, Dr Ahmad Taib


1.     Sebarang gerakan keganasan merupakan keganasan merupakan gerakan yang berdosa Dari sudut pemikiran dan pendekatan, ia bukan daripada Islam yang benar.

2.     Mengakui orang Islam dan orang Kristian adalah bersaudara dan bersama-sama membina tamadun yang satu dan umat yang satu dan umat yang satu. Perlu mengakui kesetaraan sebagai warganegara dan menghormati kebebasan. (210)

3.      Mengakui bahawa yang menggunakan kalimah jihad adalah penyelewengan terhadap makna jihad yang sebenar. Makna jihad menurut Islam adalah mempertahankan diri, tolak permusuhan dan mesti pengumuman itu datang dari pemerintah. (213)






No comments:

Post a Comment