NON MUSLIM MASUK
MASJID
Oleh;
Wan Ji bin Wan Hussin
Dalam isu non Muslim masuk ke masjid, ulama berbeda
pendapat. Perbincangannya adalah seperti berikut;
PERTAMA: KEIZINAN MUTLAK
Al-Jassas menyatakan bahawa al-Syafie menyatakan
bahawa ahli Zimmah boleh masuk semua masjid kecuali masjidil haram. Menurut
ulama mazhab Hanafi (Jasas bermazhab Hanaf), zimmi boleh masuk semua masjid.
Larangan dalam al-Quran merujuk kepada masjid Makkah sahaja, kerana mekah itu
sendiri adalah tanah haram yang tidak boleh dimasuki oleh non Muslim[1].
وَقَالَ الشَّافِعِيُّ يَدْخُلُ كُلَّ
مَسْجِدٍ إلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ خَاصَّةً وَقَالَ أَصْحَابُنَا يَجُوزُ
لِلذِّمِّيِّ دُخُولُ سَائِرِ الْمَسَاجِدِ وَإِنَّمَا مَعْنَى الْآيَةِ عَلَى
أَحَدِ وَجْهَيْنِ إمَّا أَنْ يَكُونَ النَّهْيُ خَاصًّا فِي الْمُشْرِكِينَ
الَّذِينَ كَانُوا مَمْنُوعِينَ مِنْ دُخُولِ مَكَّةَ وَسَائِرِ الْمَسَاجِدِ
لِأَنَّهُمْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ ذِمَّةٌ
Al-Surakhsi al-Syafie pula menyatakan, al-Syafie
berpandangan dengan merujuk kepada hadis al-Zuhri bahawa mazhab syafie
menghalang non Muslim, sama ada muslim atau non muslim masuk dalam masjid haram
sahaja, tidak pada masjid yang lain[2].
ثُمَّ أَخَذَ الشَّافِعِيُّ - رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ - بِحَدِيثِ الزُّهْرِيِّ فَقَالَ: يُمْنَعُونَ مِنْ دُخُولِ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ خَاصَّةً لِلْآيَةِ فَأَمَّا عِنْدَنَا فَلَا يُمْنَعُونَ
عَنْ ذَلِكَ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ دُخُولِ سَائِرِ الْمَسَاجِدِ،
وَيَسْتَوِي فِي ذَلِكَ الْحَرْبِيُّ وَالذِّمِّيُّ
Dalam kitab fath al-Qadir, Ibn al-Himam dari mazhab
Maliki menyatakan bahawa tidak mengapa ahli zimmah masuk masjid haram. Bahkan,
beliau menulilkan perkataan al-Syafie bahawa larangan non muslim masuk ke
masjidil haram itu hanya larangan makruh sahaja[3].
قَالَ (وَلَا بَأْسَ بِأَنْ يَدْخُلَ
أَهْلُ الذِّمَّةِ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ) وَقَالَ الشَّافِعِيُّ: يُكْرَهُ
ذَلِكَ
Dari penjelasan ini, didapati seperti berikut
1. Al-Syafie dan
Hanafi membenarkan non Muslim masuk ke masjid secara mutlak.
2. Adapun
larangan non muslim masuk ke masjid, hanya merujuk kepada masjid haram sahaja.
3. Pun begitu,
terdapat satu riwayat menyatakan bahawa al-Imam al-Syafie membenarkan non
muslim masuk ke dalam masjidil Haram. Namun, kebenaran itu dibawah maksud
makruh sahaja.
KEDUA : LARANGAN MUTLAK
Dalam al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurtubi
menyatakan bahawa ahli madinah yang menjadi rujukan mazhab Maliki menganggap, larangan
non Muslim pada semua masjid[4].
فَقَالَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ: الْآيَةُ
عَامَّةٌ فِي سَائِرِ الْمُشْرِكِينَ وَسَائِرِ الْمَسَاجِدِ
Al-Sawi dari mazhab Maliki juga menyatakan orang kafir
tidak dibenarkan masudk masjid, walaupun diizinkan oleh muslim kecuali jika ada
keperluan dan dharurat[5].
يُمْنَعُ دُخُولُ الْكَافِرِ
الْمَسْجِدَ أَيْضًا وَإِنْ أَذِنَ لَهُ مُسْلِمٌ إلَّا لِضَرُورَةِ عَمَلٍ
Dari dua kenyataan ini, disimpulkan bahawa mazhab
Maliki tidak membenarkan non Muslim masuk ke masjid secara mutlak, sama ada
masjidil haram, mahupun selain itu. Keizinan hanya berlaku apabila wujud
dharurat sahaja.
KETIGA: KEIZINAN DENGAN SYARAT
Nawawi kata, non muslim tidak boleh masuk masjid haram
dan masjid di mekah. Selain masjid haram, boleh masuk dengan syarat mendapat
izin dari muslim[6].
أَمَّا الْكَافِرُ فَلَا يُمَكَّنُ مِنْ
دُخُولِ حَرَمِ مَكَّةَ بِحَالٍ، سَوَاءٌ مَسَاجِدُهُ وَغَيْرُهَا. وَلَهُ دُخُولُ
مَسَاجِدِ غَيْرِ الْحَرَمِ بِإِذْنِ مُسْلِمٍ
Ibn Quddamah, Hanbali menyatakan non Muslim dilarang
masuk masjid kecuali dengan keizinan dari orang islam[7].
فَأَمَّا مَسَاجِدُ الْحِلِّ، فَلَيْسَ
لَهُمْ دُخُولُهَا بِغَيْرِ إذْنِ الْمُسْلِمِينَ
Pandangan dari al-Nawawi dan Ibn Quddamah ini,
disimpulkan bahawa, non Muslim dibenarkan masuk ke masjid selain masjidil haram
dengan diikat dengan syarat mendapat keizinan dari muslim.
DALIL
Perdebatan ini terikat kepada beberapa hujah, iaitu;
Satu : Dalam surah al-Taubah, ayat 28 bahawa Allah
menyatakan bahawa orang musyrik adalah najis, dan mereka dilarang masuk ke
masjidil haram. (Surah al-Taubah, ayat 28)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا
الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ
هَذَا
Ayat ini dinyatakan larangan orang musyrik masuk ke
masjidil haram dengan alasan najis. Dengan alasan itu, Mazhab Maliki melarang
mutlak dari mereka masuk ke masjid secara mutlak, sama ada masjidil haram,
mahupun masjid selain masjidil haram.
Namun begitu, ada satu riwayat menyatakan al-Syafie
memandang larangan musyrik masuk ke masjidil haram menerusi ayat ini bukan
bersifat haram, tetapi bersifat makruh. Ini kerana, dalam satu riwayat,
dinyatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb sebelum memeluk Islam, dia masuk ke dalam
masjid[8],
sedangkan ketika itu ayat ini sudah diturunkan.
وَذَكَرَ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَنَّ أَبَا
سُفْيَانَ بْنَ حَرْبٍ كَانَ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ فِي الْهُدْنَةِ وَهُوَ كَافِرٌ
Selain masjidil haram pula, mereka tidak melihat ia
sebagai haram. Ini kerana terdapat beberapa dalil-dalil yang menggambarkan ada
orang bukan islam masjid ke dalam masjid, seperti kisah Sumamah bin Usal
sebelum memeluk islam, dia telah ditawan dalam perang dan diikat dalam masjid[9] (ketika
itu, nabi saw masih hidup).
حدثني سعيد المقبري أنه سمع أبا هريرة يقول:
بَعَثَ رَسُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- خيلًا قبل نجد، فجاءت
برجل من بني حنيفة يقال له ثمامة بن أثال سيد أهل اليمامة، فربطوه بسارية من سواري
المسجد
Juga
dalam al-Mughni, diriwayatkan dari Tabiin besar bahawa Abu Sufyan sebelum
memeluk islam, beliau masuk ke dalam masjid Madinah sedangkan ketika itu dia
masih musyrik (ketika itu, nabi saw masih hidup). Begitujuga, Umair bin Wahab
yang sebelum masuk Islam masuk ke masjid berjumpa dengan Nabi saw untuk
bertanya hukum yang kemudiannya dia direzekikan anugerah hidayah Islam[10].
وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ: قَدْ كَانَ
أَبُو سُفْيَانَ يَدْخُلُ مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ وَهُوَ عَلَى شِرْكِهِ. وَقَدِمَ
عُمَيْرُ بْنُ وَهْبٍ، فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ وَالنَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِيهِ، لِيَفْتِكَ بِهِ، فَرَزَقَهُ اللَّهُ الْإِسْلَامَ.
Adapun
dari pihak yang mengambil sikap keizinan perlu bersyaratkan meminta izin dari
muslim terlebih dahulu kerana merujuk kepada kisah Ali yang berada atas mimbar
dan melihat ada seorang majusi dalam masjid, lalu dia turun dan memukul majusi
tersebut[11].
أم غراب قالت: رأيت عليا - رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ - على المنبر وبصر بمجوسي، فنزل، فضربه، وأخرجه من أبواب كندة
Cuma,
kisah ini diragui sumbernya kerana banyak tersebut
dalam kitab fiqh tanpa dinyatakan sanad sehingga ada pihak anggap kisah ini
munqati’ dan lemah.
KESIMPULAN
Dari perbahasan di atas, disimpulkan adalah seperti
berikut
Pertama, tiada satu nas yang saheh dan sareh (jelas) dari
al-Quran dan hadis menyatakan larangan non muslim masuk ke masjid selain masjid
al-Haram.
Kedua, larangan terhadap non Muslim dari masuk masjid
selain masjidil haram adalah datang dari pandangan ulama berdasarkan nas yang
tidak sareh (tidak jelas).
Ketiga, pandangan yang mengatakan keizinan terhadap
non muslim masuk ke masjid dengan disyaratkan mendapat izin dari muslim
terlebih dahulu juga tidak berpijak kepada nas, sebaliknya lebih kepada isu
maslahah masjid. Soal maslahah adalah soal uruf atau pandangan kebiasaan di
sesuatu tempat. Ia sudah pasti tidak sama, antara satu tempat dengan tempat
yang lain.
Keempat, Al-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aali Syaikh menyatakan,
Non Muslim dihalang masuk ke masjid haram. Selain dari masjid haram, berlaku
khilaf dalam kalangan ulama. Ini kerana terdapat sekelompok nasrani najran datang
ke masjid Nabawi untuk mendengar bacaan al-Quran, zikir, malahan ada yang
ditawan dalam masjid. Ekoran itu, non Muslim dibenarkan masuk ke dalam masjid dengan
tujuan maslahah agama seperti dakwah kepada Islam[12].
لأن الحق ليس
للشخص المسلم، بل لأن الكافر نجس. لكن المساجد على "
قسمين" الأول: المسجد الحرام، وهو كل ما أدخلته الأميال. وأما المساجد الأخرى
ففيها الخلاف. وقصة إنزال النبي وفد ثقيف ونجران في المسجد النبوي ليسمعوا القرآن
والذكر ويروا الطاعة رجاء أن يهتدوا، وكذلك الأسير.
ولهذا الصحيح إن كان لرجاء أن يسلم أو لمصلحة
دينية فيجوز ,والمساجد الأخرى لا تساوي الحرام، بل بينها فرق كبير. وأما الدخول لا
لمصلحة دينية فينبغي أن يمنعوا من المساجد ـ ظاهر كلام الأصحاب هنا
Kelima,
Ibn Qayyim al-Jawziyyah ada menyatakan
bahawa Imam Ahmad bahawa pada zaman Nabi saw ada satu kelompok nasrani Najran
datang ke masjid Nabi, kemudian masuk waktu solat mereka, lalu mereka solat
dalam masjid tersebut[13]. Kisah ini dinukilkan juga dalam Zad al-Ma’ad[14].
حكي عن أحمد رحمه
الله تعالى فيه روايتان كما تقدم، وقد «صح عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أنه
أنزل وفد نصارى نجران في مسجده وحانت صلاتهم فصلوا فيه» وذلك عام الوفود بعد نزول
قوله تعالى: {إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا} [التوبة:
28]
Wallahu
‘Alam.
[2] Al-Surakhsi, Syarh al-Syair al-Kabir, jld 1, hlmn 134.
[3] Ibn
al-Himam al-Hanafi, Fath al-Qadir, jld 10, hlmn 62.
[4]
Al-Qurtubi, al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, jld 8, hlmn 104
[5] Al-Sawi
al-Maliki, al-Syarh al-Saghir (masalik Li Mazhab Malik), jld 1, hlmn 178.
[6]
Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin wa Umdah al-Muftin, jld 1, hlmn 296.
[7] Ibn
Quddamah, al-Mughni, jld 9, hlmn 359.
[8] Al-Surakhsi, Syarh al-Syair al-Kabir, jld 1, hlmn 134.
[9]
Al-Zahabi, Siyar a’lam al-Nubala’, jld 2, hlmn 14.
[10] Ibn Quddamah, al-Mughni, jld 9. Hlmn 359.
[11] Ibn
Quddamah, Al-Kafi fi Fiqh al-Imam Ahmad, jld 4, hlmn 180.
[12] Muhammad
bin Ibrahim Aali Syaikh, Fatawa wa rasail Samahah al-Syaikh Muhammad
Aali-Syaikh, jld 6, hlmn 263.
[14] Ibn
Qayyim al-Jawziyyah, Zad al-Ma’ad, jlld 3, hlmn 550.
No comments:
Post a Comment