Thursday, 25 April 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (2)


Pertemuan JuandaJaya dengan HishamRais telah aku rancang. Mereka bertemu di port lepak Tukar Tiub yang disebut oleh Hisham Rais sebagai “tempat lepak yang paling cool”, iaitu Old Town Brikfil (bahasa SMS kami). Ketika itu, aku bertanya juga kepada pak mufti, apakah dia selesa minum di oldtown. Dia menjawab, bahawa budaya di sarawak, kebimbangan seperti yang aku bimbang terhadap dia itu tidak pernah berlaku langsung. Di sana, lebih harmoni hubungan antara kaum dan antara agama berbanding di semenanjung. Hati kecil aku hanya kata, “cool juga mufti ni”.


Pertemuan itu pun berlaku di situ, walaupun sebelum itu, Isham ada juga tanya, pertemuan itu hendak dilakukan di mana. Sengaja Isham tanya sebegitu sebab bimbang mufti perlis itu tidak selesa bertemu di situ. Tetapi, aku tetap nyatakan bahawa biar sang mufti datang di situ, kerana dia yang mahu berjumpa dengan Isham, bukan Isham yang mahu berjumpa dengan pak mufti.

Hari pertemuan itu, aku membawa bersama dua teman; Aiman dan Ilhami. Perancangan aku pada malam itu adalah nak “buli” pak mufti. Iaitu, selepas pertemuan, nak suruh dia belanja makan. Aku istilahkan sebagai “perabis duit sultan”.

Pertemuan berlangsung dengan baik. Banyak perkara yang dibincangkan. Aku mendengar perbicangan antara Isham dan Juandajaya. Perbincangan berkisar politik Malaysia, juga sudut pandangan masing-masing tentang projek putrajaya selepas PRU yang tidak lama berkunjung tiba.

Pada hari itu, baru aku mengetahui bahawa Juandajaya merupakan seorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan darah, sepupu sepapat, bau bacang dan belacan dengan Ketua Menteri Sarawak yang kebal dengan undang-undang Malaysia, Taib Mahmood. Dia ada bercerita tentang pertemuannya dengan Taib Mahmood ketika dia berselisih jalan dengan Ketua Menteri tersebut sebelum-sebelum ini. Juga dia bercerita tentang tawaran-tawaran yang pernah dia ditawarkan dari berbagai-bagai parti, termasuk dari parti Ketua Menteri Sarawak.

Dalam perbualan itu, Juandajaya ada bertanyakan kepada Isham tentang sejauh mana kepercayaan yang boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim. Isham nyatakan kepercayaannya kepada Anwar Ibrahim untuk membawa arus perubahan politik di Malaysia dengan alasan bahawa Anwar Ibrahim buat tidak layan kepada “cukong-cukong” besar di Malaysia yang selama ini menjadi “pembela UMNO”, seperti Syed Bukhari, Ananda Krishnan, Robert Kuok dan seumpamanya. Isham nyatakan kepercayaannya bahawa Anwar memang ikhlas untuk membuat perubahan.

Pertemuan itu agak lewat selesai. Lebih kurang hampir pukul 2.30 pagi, perbincangan itu baru selesai. Perut kami sudah lapar. Apabila naik kereta, aku terus bersungut; “perut dah lapaq ni… mufti dah janji nak belanja”

“ok… cari makan… tapi cepat sikit, aku dah ngantuk ni.. esok pagi aku ada program awal pula tu”. Lebih kurang begitu ungkap Juandajaya.


Kami pun terus menuju ke sebuah gerai berhampiran dengan Maju junction yang popular di kalangan orang kelantan; gerai Ikan Singgang. Di situ kami order banyak-banyak untuk nak “pedajal mufti”.

Sambil-sambil makan, ada beberapa perkara yang kami bual. Kami berbual tentang keadaan jabatan mufti dan….

Bersambung….

1 comment: