Aku kenali Dr JuandaJaya melalui buku-buku terjemahan beliau.
Beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang banyak menterjemah buku-buku
tulisan Dr Yusuf al-Qaradawi. Kepada mereka yang membaca tulisan al-Qaradawi
dalam bahasa melayu, selalunya buku itu diterjemah oleh Dr JuandaJaya.
Aku ikuti beberapa perbahasan beliau tentang agama, terutama
semasa beliau telah menjadi mufti perlis. Antaranya, kupasan beliau tentang perpindahan
organ mengikut sudut pandang Islam dalam TV. Juga aku dapat tahu dia meletakkan jawatan dalam
baitul Mal Perlis ekoran tindakan Baitul Mal menggunakan wang zakat untuk
keperluan yang tidak sewajarnya.
Kami mula berkawan, apabila dia mula-mula sekali buka twiter.
Dia telah membalas dan memberi komen pada beberapa twit aku. Kami berbalas
pendapat dan pandangan, tidak lepas juga sindir menyindir sesama kami, juga
terhadap pemain-pemain politik dan agama.
Satu hari, sedang aku tidur di rumah di waktu tenghahari. Aku
dihubungi oleh Dr Maszlee Malik. Aku angkat telefon, kedengaran suara Dr
JuandaJaya yang ajak berjumpa. Kami merancang berjumpa di sekitar Kuala Lumpur.
Tidak disangka-sangka, dalam pertemuan tersebut, turut hadir sama Dr Maza dan
Ustaz Azhar Idrus. Selepas Ustaz Azhar Idrus berlalu pergi, Kami berbual banyak
berkisar isu kalimah Allah, politik dan sebagainya.
Dan diberitahu juga, mereka semua berkumpul pada hari itu
adalah hasil pertemuan mereka dengan Presiden PAS dan Timbalan presiden PAS di
Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.
MAKIN RAPAT
Dr Juandajaya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan
Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub. Dia meminta bantuan aku untuk membawanya
bertemu. Aku nyatakan persetujuan itu, kerana memandangkan Tukar tiub seorang
sosialis tegar, jadi dimana-mana sahaja beliau boleh untuk bertemu. Perkara itu,
aku rancang dan pertemukan beliau dengan Tukar Tiub itu berlaku.
Dia mula hantar sms dan telefon. Kami berbual tentang
beberapa perkara tentang agama, tetapi yang paling kerap adalah politik. Pada pandangan
peribadi aku, Juandajaya seorang yang mempunyai sudut pandang agama yang agak progresif.
Dalam banyak kupasan Dr Juandajaya tentang isu-isu agama, kupasan
agamanya agak bagus dari sudut dalam mengemukakan hujjah, disamping kaedah
pendalilan beliau juga agak menarik. Mungkin terpengaruh dengan style
penghujahan al-Qaradawi. Ini membedakan beliau dengan Dr Fathul Bari yang agak
lancar dengan bacaan nas al-Quran dan al-Hadis, tetapi mempunyai kaedah pendalilan
yang agak literal.
Ketika bising isu kalimah Allah buat kali kedua, aku ada
menghantar sms kepada beliau tentang isu ini. beliau banyak memberikan
pandangan dalam isu ini dengan baik. ketika itu, aku dapati beliau seorang yang
cukup tidak mempercayai ulama UMNO untuk melakukan perubahan dalam minda melayu
di Malaysia.
HASMI HASHIM
Satu malam, aku bersama dengan berapa teman bertemu dengan Hasmi
Hashim aka Buddhi Hekayat. Hasmi naik kereta yang aku memandunya. Dalam perjalanan,
Dr Juandajaya telah telefon dan nyatakan hasrat ingin bertemu pada malam itu,
kerana dia sedang berada di Kuala Lumpur. Ada sedikit silap pemberitahuan, dan
berlaku sesat jalan dan sebahainya. Walaubagaimana pun, akhirnya kami bersetuju
bertemu di restoran Shah Jee, sebuah restoran pakistan berhampiran dengan
pejabat Agong PAS Pusat, Jalan Raja Laut.
Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang aku provoke Dr
Juandajaya tentang politik. Terutama perbincangan tentang konsep negara Islam
dan sebagainya. disamping itu juga, kita berbicara juga tentang pentafsiran
al-Quran dengan menukilkan kisah-kisah dari taurat dan injil, sepertimana yang
pernah dilakukan oleh seorang ulama tafsir yang terkenal bernama al-Bida’i.
sudut pandangan beliau tentang al-Bida’I juga agak menarik, mempamerkan beliau
bukan seorang mufti sepertimana mufti-mufti malaysia yang lain.
Di situ, aku menilai beliau bukan seorang ilmuan islam yang
biasa, tetapi seorang yang mempunyai kemahiran ilmu islam yang baik, dan punyai
pandangan isu-isu agama dari sudut pandang yang agak progresif, tidak
sepertimana kebanyakkan agamawan-agamawan islam di malaysia yang banyak terikat
dengan pandangan konservatif dan lama.
POLITIK
Satu malam, ketika berada di kedai mamak dan bersembang
dengan beberapa orang rakan-rakan. Tiba-tiba Dr Juandajaya telefon. Sebelum itu,
aku telah ditanya oleh seorang pak cik dari negeri perlis. Bertanyakan apakah
benar Juandajaya akan bertanding. Aku nyatakan bahawa tidak bertanding. Tetapi,
aku tetap hantar sms kepada beliau, bertanyakan apakah benar beliau mahu
bertanding.
Apabila beliau telefon, kami pun berbual panjang. Beliau nyatakan
bahawa memang beliau ada dapat tawaran dari tiga parti; PAS, PKR dan UMNO. Tetapi,
beliau menolak UMNO, tetapi masih sangsi antara dua parti; PAS atau PKR. Mendengar
itu, aku menyatakan pandangan kepada beliau. Pandangan aku adalah;
1- lebih baik tidak
bertanding, dan kekalkan sebagai mufti, memberi pandangan dari luar,
sepertimana yang sedang dilakukan oleh Dr Maza. Sebab, pada aku, tindakan itu
lebih memberi kesan besar dalam perubahan dalam minda rakyat Malaysia.
2- Jika mahu
bertanding juga, aku nyatakan bahawa jangan bertanding dalam tiket BN (UMNO),
atau PAS. Tetapi, bertanding atas tiket PKR atau DAP. Aku cadangkan itu, kerana
memikirkan pandangan agama beliau yang progresif yang padaku, jika dibawa ke
dalam PAS, beliau akan berhadapan dilema yang cukup besar. Cadangan yang sama
juga aku nyatakan kepada Dr Maza ketika bising tentang khabar angin bahawa beliau
kononnnya nak bertanding.
Mendengar cadangan aku itu, Dr Juandajaya ada menyatakan
sesuatu kepadaku. Iaitu, sudut pandang yang positif tentang PR, terutama pada
PKR. Selepas itu, kami selalu bertemu. Terutama
selepas pertemuan pertama beliau dengan Tukar tiub. Pada hari pertemuan
tersebut, aku agak terkejut apabila melihat Tukar Tiub telah berdiri ketika
bersalam dengan Mufti Perlis itu, sedangkan kita kawan-kawan Tukar Tiub amat
masak style Tukar Tiub yang kaki selamber; yang agak mustahil Tukar Tiub
lakukan seperti berikut. Nak ketawa pun ada juga hari tu.
Bersambung….
menarik artikel ni..cpt r continue ustaz..heheh
ReplyDeletepandai anta bercerita..
ReplyDelete