Wednesday 24 April 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (1)


Aku kenali Dr JuandaJaya melalui buku-buku terjemahan beliau. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang banyak menterjemah buku-buku tulisan Dr Yusuf al-Qaradawi. Kepada mereka yang membaca tulisan al-Qaradawi dalam bahasa melayu, selalunya buku itu diterjemah oleh Dr JuandaJaya.


Aku ikuti beberapa perbahasan beliau tentang agama, terutama semasa beliau telah menjadi mufti perlis. Antaranya, kupasan beliau tentang perpindahan organ mengikut sudut pandang Islam dalam TV. Juga  aku dapat tahu dia meletakkan jawatan dalam baitul Mal Perlis ekoran tindakan Baitul Mal menggunakan wang zakat untuk keperluan yang tidak sewajarnya.


Kami mula berkawan, apabila dia mula-mula sekali buka twiter. Dia telah membalas dan memberi komen pada beberapa twit aku. Kami berbalas pendapat dan pandangan, tidak lepas juga sindir menyindir sesama kami, juga terhadap pemain-pemain politik dan agama.

Satu hari, sedang aku tidur di rumah di waktu tenghahari. Aku dihubungi oleh Dr Maszlee Malik. Aku angkat telefon, kedengaran suara Dr JuandaJaya yang ajak berjumpa. Kami merancang berjumpa di sekitar Kuala Lumpur. Tidak disangka-sangka, dalam pertemuan tersebut, turut hadir sama Dr Maza dan Ustaz Azhar Idrus. Selepas Ustaz Azhar Idrus berlalu pergi, Kami berbual banyak berkisar isu kalimah Allah, politik dan sebagainya.


Dan diberitahu juga, mereka semua berkumpul pada hari itu adalah hasil pertemuan mereka dengan Presiden PAS dan Timbalan presiden PAS di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

MAKIN RAPAT

Dr Juandajaya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub. Dia meminta bantuan aku untuk membawanya bertemu. Aku nyatakan persetujuan itu, kerana memandangkan Tukar tiub seorang sosialis tegar, jadi dimana-mana sahaja beliau boleh untuk bertemu. Perkara itu, aku rancang dan pertemukan beliau dengan Tukar Tiub itu berlaku.

Dia mula hantar sms dan telefon. Kami berbual tentang beberapa perkara tentang agama, tetapi yang paling kerap adalah politik. Pada pandangan peribadi aku, Juandajaya seorang yang mempunyai sudut pandang agama yang agak progresif.

Dalam banyak kupasan Dr Juandajaya tentang isu-isu agama, kupasan agamanya agak bagus dari sudut dalam mengemukakan hujjah, disamping kaedah pendalilan beliau juga agak menarik. Mungkin terpengaruh dengan style penghujahan al-Qaradawi. Ini membedakan beliau dengan Dr Fathul Bari yang agak lancar dengan bacaan nas al-Quran dan al-Hadis, tetapi mempunyai kaedah pendalilan yang agak literal.

Ketika bising isu kalimah Allah buat kali kedua, aku ada menghantar sms kepada beliau tentang isu ini. beliau banyak memberikan pandangan dalam isu ini dengan baik. ketika itu, aku dapati beliau seorang yang cukup tidak mempercayai ulama UMNO untuk melakukan perubahan dalam minda melayu di Malaysia.

HASMI HASHIM

Satu malam, aku bersama dengan berapa teman bertemu dengan Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat. Hasmi naik kereta yang aku memandunya. Dalam perjalanan, Dr Juandajaya telah telefon dan nyatakan hasrat ingin bertemu pada malam itu, kerana dia sedang berada di Kuala Lumpur. Ada sedikit silap pemberitahuan, dan berlaku sesat jalan dan sebahainya. Walaubagaimana pun, akhirnya kami bersetuju bertemu di restoran Shah Jee, sebuah restoran pakistan berhampiran dengan pejabat Agong PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang aku provoke Dr Juandajaya tentang politik. Terutama perbincangan tentang konsep negara Islam dan sebagainya. disamping itu juga, kita berbicara juga tentang pentafsiran al-Quran dengan menukilkan kisah-kisah dari taurat dan injil, sepertimana yang pernah dilakukan oleh seorang ulama tafsir yang terkenal bernama al-Bida’i. sudut pandangan beliau tentang al-Bida’I juga agak menarik, mempamerkan beliau bukan seorang mufti sepertimana mufti-mufti malaysia yang lain.

Di situ, aku menilai beliau bukan seorang ilmuan islam yang biasa, tetapi seorang yang mempunyai kemahiran ilmu islam yang baik, dan punyai pandangan isu-isu agama dari sudut pandang yang agak progresif, tidak sepertimana kebanyakkan agamawan-agamawan islam di malaysia yang banyak terikat dengan pandangan konservatif dan lama.

POLITIK

Satu malam, ketika berada di kedai mamak dan bersembang dengan beberapa orang rakan-rakan. Tiba-tiba Dr Juandajaya telefon. Sebelum itu, aku telah ditanya oleh seorang pak cik dari negeri perlis. Bertanyakan apakah benar Juandajaya akan bertanding. Aku nyatakan bahawa tidak bertanding. Tetapi, aku tetap hantar sms kepada beliau, bertanyakan apakah benar beliau mahu bertanding.

Apabila beliau telefon, kami pun berbual panjang. Beliau nyatakan bahawa memang beliau ada dapat tawaran dari tiga parti; PAS, PKR dan UMNO. Tetapi, beliau menolak UMNO, tetapi masih sangsi antara dua parti; PAS atau PKR. Mendengar itu, aku menyatakan pandangan kepada beliau. Pandangan aku adalah;
1-  lebih baik tidak bertanding, dan kekalkan sebagai mufti, memberi pandangan dari luar, sepertimana yang sedang dilakukan oleh Dr Maza. Sebab, pada aku, tindakan itu lebih memberi kesan besar dalam perubahan dalam minda rakyat Malaysia.
2-     Jika mahu bertanding juga, aku nyatakan bahawa jangan bertanding dalam tiket BN (UMNO), atau PAS. Tetapi, bertanding atas tiket PKR atau DAP. Aku cadangkan itu, kerana memikirkan pandangan agama beliau yang progresif yang padaku, jika dibawa ke dalam PAS, beliau akan berhadapan dilema yang cukup besar. Cadangan yang sama juga aku nyatakan kepada Dr Maza ketika bising tentang khabar angin bahawa beliau kononnnya nak bertanding.

Mendengar cadangan aku itu, Dr Juandajaya ada menyatakan sesuatu kepadaku. Iaitu, sudut pandang yang positif tentang PR, terutama pada PKR.  Selepas itu, kami selalu bertemu. Terutama selepas pertemuan pertama beliau dengan Tukar tiub. Pada hari pertemuan tersebut, aku agak terkejut apabila melihat Tukar Tiub telah berdiri ketika bersalam dengan Mufti Perlis itu, sedangkan kita kawan-kawan Tukar Tiub amat masak style Tukar Tiub yang kaki selamber; yang agak mustahil Tukar Tiub lakukan seperti berikut. Nak ketawa pun ada juga hari tu.

Bersambung….




2 comments: