Saturday, 13 April 2013

FITNAH CIKGU PAS DAN FITNAH SEORANG JURAIJ YANG SILAP


Dalam hadis yang saheh, disebutkan bahawa Nabi SAW pernah bercerita tentang seorang ‘abid di zaman terdahulu yang bernama Juraij. Betapa kuat dia melakukan ibadat, sehinggakan dia telah membina sebuah rumah ibadatnya sendiri yang tidak bersekali dengan rumahnya sendiri. Semasa dia sedang melakukan ibadat, ibunya telah datang memanggilnya. Tetapi, dia tidak menyahut panggilan ibunya itu kerana mementingkan solatnya berbanding menyahut panggilan ibunya.

Disebabkan tidak menyahut panggilan ibunya itu, menjadikan ibunya kembali ke rumah. Kemudian datang kembali dan memanggilnya. Namun, sekali lagi Juraij tidak menyahut. Kejadian itu berlaku berkali-kali menyebabkan ibunya merasa sedih sehingga terpancul dari bibir ibunya bahawa dia berdoa agar Juraij terfitnah dengan perempuan sebelum saat kematiannya.

Kesan dari doa ibunya itu, menjadikan Juraij terfitnah dengan tuduhan telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak. Perempuan itu mendakwa bahawa anak yang dilahirkan itu adalah anaknya hasil penzinaan dengan Juraij. Fitnah perempuan menjadikan Juraij telah ditangkap oleh orang Bani Israel. Kemudian Juraij di pukul, juga rumah ibadatnya telah diruntuhkan.

Keadaan itu menjadikan Juraij tidak ketahui tentang kesalahannya. Makanya dia telah bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu. Dijawab bahawa dia telah berzina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak. Mendengar penjelasan tersebut, dia telah meminta agar bayi itu dibawa kepadanya. Lalu bayi dibawa hadir kepada Juraij.

Melihat kepada bayi tersebut, Juraij telah menunaikan solat. Selesai solat, dia telah mencocok perut bayi itu lalu bertanya; “siapa bapa kamu”. Lalu bayi kecil itu menjawab bahawa bapanya adalah seorang pengembala kambing. Keadaan itu menjadikan pihak yang memukul dan meruntuhkan rumah ibadatnya itu meminta maaf, seterusnya menggantikan dengan rumah ibadat yang lain.

FITNAH CIKGU PA

Style politik UMNO memang tidak bermaruah. Fitnah, video seks dan seumpamanya merupakan kesebatian cara UMNO berpolitik sepertimana kesebatian antara rasuah dengan UMNO. Makanya tidak hairan, demi mempertahankan kuasa, berbagai-bagai cara kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang “beragama UMNO”.

Cikgu Pa antara mangsa dalam style politik UMNO ini. Tidak hairan, baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan sebuah video seks yang didakwa “pelakonnya” adalah Setiausaha Agung sebuah parti islam di Malaysia.

Namun, jika diperhatikan style politik cikgu Pa pula, ia seiras-iras dengan apa yang telah tertimpa kepada Juraij, seorang Abid dari kalangan Bani Israel yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika kesilapan Juraij dengan tidak menyahut panggilan ibunya ketika melakukan ibadat, menjadikan Juraij terfitnah dengan perempuan, maka tidak hairan perkara yang sama berlaku pada cikgu Pa yang kadangkala style politik beliau cukup mengkhianati kawa dari PKR dan DAP.

Rata-rata yang mengetahui  dan mengikuti politik cikgu pa dari dekat akan mengetahui bagaiaman cikgu pa adalah orang yang terlibat dengan politik khianat kawan PKR dan DAP. Antaranya adalah seperti dalam isu pergabungan PAS dan UMNO yang berlaku di pertengahan tahun 2008 yang lalu. Kemudian, projek mengagalkan 16 Sep dan projek mencadangkan Kuli sebagai PM.  Terbaru pula, mengkhianati kerusi-kerusi yang sudah menjadi kepunyaan PKR, tetapi dijadikan seperti “kerusi mak bapak sendiri” tanpa diputuskan dalam mesyuarat  dalam PRU yang tidak lama berkunjung tiba.  

Contohnya seperti kerusi di parlimen Kangar. Seperti yang sudah diketahui, kerusi itu adalah kepunyaan PKR dalam PRU yang lepas, tetapi dinafikan hak PKR itu dengan tidak semena-mena didakwa kepunyaan PAS tanpa diputuskan dalam perbincangan yang jitu. Lebih-lebih lagi, kerusi tersebut sudah disediakan oleh PKR sejak awal lagi sebagai calonnya adalah mufti perlis sekarang, Dr Juandajaya. Tetapi, dikhianati kawan oleh PAS yang di “game”kan oleh cikgu pa dengan diisytiharkan kepunyaan PAS.



Dalam sejarah PAS, tidak pernah berlaku pengkhinatan dan kencing kawan yang pernah dilakukan oleh PAS kecuali di era Cikgu Pa menjadi Setiausaha agung. Tindakan beliau itu, tidak hairan dikifaratkan tuhan dengan tertimpa fitnah terhadap beliau dalam isu video seks ini.

Fitnah yang tertimpa kepada Cikgu pa ini tidak wajar didiamkan dan wajar kita semua bangkit melawan. Sebagai rakyat malaysia, sewajarnya kita semua perlu membentuk politik yang sihat dan segar; seperti elak politik fitnah video seks, politik kencing kawan, politik perkauman dan sebagainya.

Harapannya, pengkhinatan dan kencing kawan ini tidak berlaku pada parti islam (PAS) lagi selepas ini. Ini kerana, Islam tidak menang dengan pengkhianatan, tetapi Islam boleh menang dengan keadilan dan kebajikan yang menjadi manifesto PAS dalam PRU kali ini.

Sekian






No comments:

Post a Comment