Hudud itu, tidak dinafikan wajib dilaksanakan. Ia merupakan
suruhan tuhan dalam al-Quran. Perlaksanaan hudud bertujuan untuk memastikan
masyarakat berada dalam keamanan, kedamaian dan keadilan.
Tanpa tercapainya keamanan, kedamaian dan keadilan,
perlaksanaan hudud boleh ditangguhkan. Perkara ini pernah dilakukan oleh
Saidina Umar al-Khattab semasa sahabat besar itu menjadi khalifah yang kedua. Iaitu,
ketika berlaku satu zaman yang dikenali sebagai tahun kebuluran. Tindakan itu
juga berasaskan kepada sabda Nabi SAW; “hindarkan hudud sekiranya berlaku
syubhat”.
Tujuan penangguhan dan hindari perlaksanaan hudud jika
berlaku syubhat atau kesamaran itu adalah untuk mengelak kezaliman lebih
tersebar, kerana sifat keadilan itu adalah memastikan tercapainya kemaslahatan
kepada rakyat. Sekiranya tidak dapat tercapai kemaslahatan, perlu difikirkan
mengurangkan setahap mungkin kerosakan.
Perlaksanaan hudud pada tahun kebuluran akan menjadikan rakyat
yang miskin mungkin dihukum, walhal menghukum orang miskin yang lapar adalah
satu kesalahan dan kezaliman. Makanya, Umar al-Khattab menangguhkannya.
Di Malaysia, perkara yang paling besar adalah baiki sistem
negara yang teruk dan rosak. Masakan bicara tentang perlaksanaan hudud,
penghapusan rasuah juga masih rumit dihapuskan ekoran parti yang memerintah
adalah sebuah parti yang cukup sebati dengan rasuah. Umpama analogi Timbalan
presiden PAS, UMNO dan Rasuah umpama kentut dan taik.
Hudud tetap akan gagal mendatangkan perlaksanaan yang adil,
sekiranya pemerintahan masih lagi tidak amanah dan tidak mempunyai siqah atau
kepercayaan. Makanya, usaha pertama yang perlu dilakukan adalah melahirkan
pemerintahan yang mempunyai sistem yang amanah, juga berjaya melahirkan
pemerintah yang ada kepercayaan.
Oleh yang demikian, berbicara tentang hudud di kala PRU
sedang berlangsung adalah satu perkara yang akan melahirkan perkara berikut;
1-
Hudud tetap tidak dapat dilaksanakan;
2-
Memberi kredit kepada musuh untuk hadapi PR;
3-
Pengamalan rasuah dalam kerajaan memerintah tetap juga
berlaku.
4-
Kepercayaan atau siqah dari non Muslim untuk
melayakkan PAS memerintah juga bakal hilang.
Apabila ini berlaku, bicara tentang hudud bukan perkara yang
boleh mencapaikan kemaslahatan kepada rakyat, malahan mengagalkan pula usaha
mengurangkan kerosakan yang berlaku di Malaysia.
Wallahu ‘alam…
No comments:
Post a Comment