Friday, 28 July 2017

NOTA BUKU : القول الشاذ وأثره في الفتيا

القول الشاذ وأثره في الفتيا

د احمد بن علي بن احمد سير المباركي

دار العزة للنشر والتوزيع : 2010 - 1432




1. 
Perbedaan kalimah Khilaf dan ikhtilaf.

Dalam mausu'ah Al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebut bahawa ikhtilaf adalah perbedaan yang terhasil dengan dalil. Khilaf pula adalah perbedaan yang tidak terbina pada dalil (jld 2, hlmn 291)

Menurut al-Raghib al-Asfahani, khilaf dan ikhtilaf satu maksud sahaja, iaitu tiada kesepakatan pada sesuatu perkara. (Mufradat al-Quran, hlmn 156) (21).

2.
Imam Syafie pernah menyatakan dalam risalah bahawa setiap perkara yang telah dinyatakan hujah dengan Nas secara jelas oleh Allah dalam kitabNya dan atas lisan NabiNya, maka tidak berlaku khilaf padanya bagi mereka yang mengetahuinya (23)

Namun, khilaf boleh berlaku dalam perkara yang boleh ditakwilkan dan ijtihad.( 24)

3. 
Ikhtilaf boleh berlaku dalam kalangan ulama fiqh adalah bersebabkan beberapa faktor;

1. Sesuatu masalah itu tidak punyai Nas.
2. Terdapat Nas yang saheh tp tidak sireh (tidak jelas)
3. Ada Nas yang Sareh (jelas) tp tidak saheh. 
4. Sesuatu Nas yang ulama berbeda pendapat dalam menentukan kesahihannya. 
5. Sesuatu Nas itu saheh tp bertembung dengan Nas yang lebih saheh (mahfuz - Syaz) (24)

4.
Sesuatu pendapat ulama bukan dilihat pada individu ulama yang bercakap, sebaliknya perlu dilihat kepada kekuatan dalilnya. Ini kerana, ibrah itu pada dalil, bukan orang yang bercakap (25)

العبرة بالدليل لا بالقائل

5.

Dilihat kepada kandungan perkataan, bukan kepada orang yang berkata. Semua kalam itu boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kalam Nabi. Kebenaran adalah kebenaran, walaupun orang yang berkata itu hina. - al-Syanqiti - (26)





6.

Berlaku ikhtilaf dalam kalangan manusia adalah perkara biasa. Ini kerana, manusia tidak boleh lepas dari tidak seragam dalam kehenfak, kefahaman dan kekuatan dalam membuat penanggapan, Ibn Qayyim (30)






7.

Perkara aqidah pun, boleh berlaku khilaf, iaitu pada perkara yang tidak melibatkan dalil yang Qatie.

Malahan, dalam kalangan sahabat pernah berlaku khilaf dalam isu aqidah seperti isu mendengar di mati suara orang hidup, di mati diazab dengan sebab menangis ahli keluarganya, melihat Nabi akan Tuhan dan banyak lagi (31)
[Image 109.jpg]





8.
Sesuatu perkara yang dianggap haram oleh seseorang ulama, tetapi tidak haram oleh ulama yang lain, ia tidak perlu dicegah, kerana ia di bawah maksud khilafiyyah yang perlu diraikan.

Ulama besar yang menyatakan begitu, antaranya Sufyan al-Sauri, al-Khatib Al-Baghdadi, Yahya bin Said, Ahmad bin Hanbal dan banyak lagi (35)
[Image 110.jpg]


9.

Ahmad bin Hanbal pernah ditanya berkenaan orang solat sunat selepas asar. Ahmad jawab, dia tak buat dan dia tak akan aibkan orang yang melakukannya.

Ibn Rajab kata, Ahmad tidak ingkari orang yang tidak ikut pandangannya itu. Benda yang sama diakui oleh Ibn Muflih. (36)






10.Ulama-ulama Islam menyatakan bahawa tidak perlu ingkari perkara yang dikhilafi dalam kalangan ulama. Perkara ini ditekankan oleh ulama besar seperti Nawawi, suyuti, Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, Ibn Muflih, Ibn Rajab dan ramai lagi (37 - 38)
[Image 112.jpg]


11.
Dahlawi ada menyatakan bahawa walaupun Syafie anggap wajib baca Bismillah dalam Fatihah, beliau tetap boleh menunaikan solat dengan diimamkan ulama mazhab Maliki walaupun mazhab Maliki tidak membaca Bismillah secara kuat, mahupun perlahan. (39)
[Image 113.jpg]


12.
Khilaf itu terbahagi kepada dua, iaitu khilaf yang boleh diterima dan ada khilaf yang tidak boleh diterima.

Ekoran itu, tidak tepat dianggap tidak boleh ingkar perkara khilaf. Yang tepat disebut, tiada diingkari perkara ijtihadi. (40)
[Image 115.jpg]

13.
Ada pandangan menyatakan bahawa digalakkan melakukan amalan sunat berkaitan solat atau wudu' di waktu lain, jika ditinggalkan. Ibn abdil Bar menyatakan bahawa itu pandangan lemah. (55)
[Image 116.jpg]


14.
Syatibi klasifikasikan ijtihad kepada dua;
1. Muktabar 
2. Tidak muktabar.

Yang muktabar datang dari orang yang berkemahiran dan berkelayakan untuk berijtihad. 

Tidak muktabar, jika datang dari orang yang tidak berkelayakan. Ini kerana, pandangannya sudah pasti berasaskan hawa nafsu (59)
[Image 117.jpg]


15.
Imam Syatibi menjelaskan cara untuk nak tau ciri orang yang tidak berkelayakan berijtihad adalah kadangkala dinyatakan perkara juzie, yang ia menyalahi dengan salah satu perkara Kulli dari perkara-perkara Kulli syariah dan menyalahi usul syariah yang bersifat umum. (59 - 60)
[Image 118.jpg]


16.
Dalil bahawa ijtihad dari orang yang tidak berkeahlian perlu ditolak adalah;

Hadis : Nabi saw marah kepada orang memberi fatwa yang sehingga memberi kematian kepada orang yang bertanya, iaitu dia mandi wajib juga dalam keadaan dia dalam keadaan luka parah.

Hadis : nabi saw Ada nyatakan dua ciri hakim masuk neraka, iaitu yang membuat keputusan tanpa ilmu dan berhukum dengan kejahatan. (60 - 61)
[Image 119.jpg]


17.
Semasa Abu Bakar mahu memerangi orang yang tidak mahu membayar zakat, ijmak sahabat tidak bersetuju (pandangan Abu Bakar menjadi Syaz). Lalu, apabila sahabat saling menampilkan hujah, akhirnya sahabat semua bersetuju dengan Abu Bakar. (75)
[Image 121.jpg]


18.
Qaul Syaz adalah menyendiri dengan sesuatu perkataan (pendapat) yang menyalahi bagi kalangan ramai dari kalangan mujtahidin. Serta, tidak disandarkan kepada sima' (Nas naqli), Qiyas dan hujjah muktabar (75)
[Image 122.jpg]


19.
Maksud pendapat Syaz itu ada beberapa pandangan;
1. Menyalahi dalil Qatie (Nas Mutawatir, ijmak Qatie, hukum Kulli)
2. Berlaku juga pada dalil zanni (kena tengok jenis dalil zanni tu, sebab sifatnya mutawafit)

Yang menyalahi dalil Qatie, itu confirm kena tolak. Tp jika masih dalam zanni, maka ia masih dalam kerangka ijtihadi. (76)
[Image 123.jpg]


20.
Ibn Jarir anggap, sesuatu pandangan yang berbeda dari ahli ilmu sudah cukup dianggap qaul Syaz. (77)
[Image 128.jpg]


21.
Ulama anggap sesuatu pendapat itu Syaz, selalunya;
1. Menyalahi Nas saheh dan Sareh.
2. Pendapat itu menyalahi ijmak sebelumnya.
3. Menyalahi dari kalangan ramai. Menyalahi mazhab umum. Lemah rujukannya.
4. Bukan kebiasaan amalan ulama dan ulama menolaknya.
5. Menyalahi usul syariah dan kaedah umum. (77)
[Image 129.jpg]


22.
Syatibi menyatakan bahawa perkataan seseorang ulama itu tidak diikut kecuali berasaskan kepada hujah yang selaras dengan syariah. (92)
[Image 130.jpg]


23.
Zahabi ada menyatakan berkenaan orang yang ikut Rukhas dan kegelinciran mujtahid sebenarnya telah mengoyakkan agamanya. Contoh yang dibuat oleh awzaie, pakai ulama Makkah dalam bab mut'ah, ulama Kufah dalam isu nabiz, Madinah dalam isu muzik, syam dalam isu maksum pemimpin. Ini bermaksud, himpunan segala kejahatan. (85)
[Image 131.jpg]


24.
Ibn Taimiyyah menafikan kewujudan imam-imam muktabar yang menyatakan bahawa bapa boleh menikahi anak zinanya sendiri. Bahkan, anggap itu adalah tuduhan berat terhadap imam-imam. (92)
[Image 132.jpg]


25.
Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa orang alim tidak maksum. Justeru, tidak harus terima semua apa yang sang alim itu kata. Terutama, kalau alim itu sudah tergelincir. Lagi-lagi tidak boleh diikuti. (93)
[Image 134.jpg]


26.
Qarafi kata, setiap perkara yang difatwakan mujtahid yang keluar dari khilaf ijmak, kaedah, nas, Qiyas Jali dan selamat dari pertembungan rajin, tidak harus disebarkan kepada manusia (93)
[Image 135.jpg]


Ibn Taimiyah pun cakap perkara yang sama. (99)
[Image 138.jpg]


27.
Syaikh Muhammad Said Albani kata, perkataan Syaz yang tidak didapati perkara yang mengukuhkan dari syariah, bahkan menyalahi jumhur tidak boleh diambil. Contoh, a'mash anggap boleh berpuasa bagi orang yang makan siang hari bulan Ramadhan sebelum zohor. (93)
[Image 136.jpg]


28.
Dalam mazhab Hanbali terdapat seorang ulama bernama Sulaiman bin Abd al-Qawi al-Tufi bahawa beliau ada buat Syarah hadis 40 imam Nawawi. Dlm bahaskan hadis mudharat, beliau menyatakan bahawa maslahah didahulukan berbanding Nas. (105 - 106)

Komen : kupasan beliau dikritik oleh buti dalam kitab dhawabit maslahah. Qaradawi takwil dalam kitab siyasah.
[Image 139.jpg]


29.
Ulama sepakat menyatakab bahawa muzik adalah haram. Malahan auzaie menyatakan bahawa ulama yang mengatakan harus muzik itu adalah ulama yang tergelincir yang perlu dielak dari ikut mereka (107 - 108)
[Image 140.jpg]


30.
Semata-mata syair lembut pun, Ibn Rajab kata sebagai haram. Dibawah maksud muzik haram juga. (108)
[Image 141.jpg]


31.
Abu Sa'id al-astakhri, salah seorang ulama mazhab Syafie menyatakan membuat patung dan beberapa jenis gambar adalah harus. Yang tidak boleh itu, merujuk kepada zaman manusia cenderung kepada sembah berhala.

Pandangan ini ditolak oleh Ibn Daqiq al-Ain dengan menyatakan ia batil. (110)
[Image 142.jpg]


32.
Ijmak kata, isteri yang ditalak tiga tidak boleh di kahwini suaminya kecuali dia berkahwin n disetubuhi oleh suami kedua. Said Musayyib kata, tidak disyaratkan setubuh. (115 - 116)
[Image 143.jpg]


33.
Imam Abu Zuhrah kata, sebenarnya ijmak ulama kata bahawa perempuan tidak boleh jadi qadhi. Yang dinyatakan khilaf itu, apakah hukum yang diputuskan itu berjalan atau tidak (119 - 120)
[Image 144.jpg]


34.
Ibn Quddamah kata, Nabi dan khalifah tidak pernah lantik perempuan sebagai qadhi dan wilayah Balad. (119 - 120)
[Image 145.jpg]


35.
Takrif Tatabbu'Rukhas : ambil pandangan yang paling ringan kerana ikut hawa nafsu. (137)
[Image 146.jpg]


36.
Ulama yang menolak tatabbu'Rukhas; (137)
[Image 147.jpg]


37.
Syatibi ada menyatakan tatabbu'Rukhas yang boleh membawa kepada kerosakan;
1. Tidak ikut dalil kepada ikut khilaf.
2. Bermudah-mudah dalam beragama.
3. Meninggalkan perkara yang di ketahui dan tinggal perkara yang tidak diketahui.
4. Menyalahi prinsip siyasah Syar'iyah
5. Talfiq sampai rosak ijmak ulama (145)
[Image 149.jpg]


38.
Nak ambil rukhsah mesti;
1. Ada keperluan (dharurat atau hajat)
2. Masih dalam guru ijtihadiyyah
3. Tidak bercanggah dengan dasar agama.
4. Perkara itu masih dalam khilaf Muktabar.
5. Ada cara lain dulu, maka tak boleh.
6. Tidak membawa kepada talfiq yang tercegat. (146)
[Image 150.jpg]


39.
Tatabbu' Rukhas ada yang dibenarkan dan ada yang tidak dibenarkan.
Yang tidak dibenarkan, jika ikut hawa nafsu.
Yang dibenarkan, terikat faktor dharurat, guru ijtihadiyyah dll (154 - 155)
[Image 151.jpg]




Download kitab di sini : sila Klik atau klik

1 comment:

  1. dalam isu Tatabbu' Rukhas, dalam hal yg tak dibenarkan itu, kerana atas alasan jika ikut hawa nafsu, adakah itu bermaksud "HARAM"..?

    maksud saya, adakah HARAM melakukan Tatabbu' Rukhas jika mengikut hawa nafsu..?

    jika haram, apakah dalilnya..?

    trerima kasih.. :)

    ReplyDelete