Monday 4 April 2016

NOTA KITAB : AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH BAINA AHL AL-FIQH… WA AHL AL-HADIS


NOTA KITAB  : AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH BAINA AHL AL-FIQH… WA AHL AL-HADIS

Karangan : Syaikh Muhammad al-Ghazali
Terbitan : Dar al-Syuruq, kaherah – lubnan
Tarikh : 1989.

1. Para imam fiqh meletakkan dasar bahawa sesuatu ijtihad hendaklah selaras dengan al-Quran. Jika bercanggah, maka wajar ditolak. (23)

2. Hadis "tidak dibunuh muslim yang dibunu oleh orang kafir" perlu ditolak, walaupun ia saheh pada sudut sanad. Ini kerana, matan hadis itu ma'lul kerana bercanggah dengan al-Quran dalam hukum Qisas "nyawa dengan nyawa". Dalam ayat itu, Allah ada sebut "hendaklah kamu berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah" (25)

3. Ekoran itu, mazhab Hanafi lebih dekat dengan keadilan dan lebih menjaga hak manusia dan hormati kemanusiaan tanpa dibataskan warna kulit, hamba atau tidak, kufur atau tidak. (25)

4. Dalam kalangan ahli Hadis, mereka jadikan diat perempuan separuh dengan diat lelaki. Ia ditolak pentahqiq dari kalangan ulama fiqh. Ini kerana, dalam al-Quran, diat lelaki dan perempuan adalah sama. (25)

5. Mazhab Hanafi menyamakan sesama manusia dalam hal melibatkan darah dan diat. (26)

6. Ulama dalam mazhab Hanafi dan Maliki, mereka anggap makruh solat dua rakaat ketika imam sedang berkhutbah. Dalam penilikan syaikh Muhammad al-Ghazali, dalam al-Quran, Allah menyatakan diam semasa al-Quran dibaca. Jadi, semasa berkhutbah yang ada bacaan al-Quran, agak pelik jika disuruh solat sunat. (27)

7. Syaikh anggap dusta kepada orang dakwa bahawa Nabi Muhammad tengok Allah dengan mata kepala, kerana dalam al-Quran Allah kata, Allah tidak tercapai dengan mata (Surah al-An'am, ayat 103). (30)

8. Juga dianggap dusta kepada orang yang dakwa bahawa Nabi saw tahu tentang perkara akan berlaku esok. Kerana dalam al-Quran (luqman, 34) bahawa Nabi saw tak tahu apa yang bakal berlaku esok. Juga syaikh anggap dusta, jika ada orang dakwa Nabi saw menyembunyikan sesuatu perkara. (30)

9. Dalam hadis, al-Aswad bin Yazid bercerita ketika dalam masjid berkenaan dengan Fatimah binti Qais. Kononnya Fatimah kata, bahawa Nabi saw tidak tetapkan tempat tinggal dan nafkah kepada perempuan ditalak. Perkara diketahui oleh saidina Umar menjadikan saidina Umar tolak perkataan Fatimah itu kerana apa yang disebut oleh Fatimah itu bercanggah dengan ayat al-Quran. Kisah Fatimah ini menjadikan ulama fiqh berkhilaf. Hanafi tolak dan Hanbali terima. Ulama mazhab Maliki dan syafie menyatakan pula, perempuan ditalak dengan talak 3, hanya perlu disediakan tempat tinggal sahaja, tanpa perlu disediakan nafkah. Hanbali melihat ayat al-Quran merujuk kepada talak Rajie, sedangkan hadis fatimah itu dalam kerangka talak bain. (41)

10. Dalam hadis, nabi larang kahwini hamba hingga dia merdeka, jangan kahwini anak gadis hingga minta izin. Dalam hadis lain, seorang perempuan dinikahkan oleh bapanya secara paksa. Diberitahu kepada Nabi. Nabi suruh perempuan itu buat pilihan. Dalam riwayat lain, perempuan dinikahkan oleh bapanya tanpa dia setuju. Nabi saw panggil bapanya dan nabi serahkan urusan perkahwinan itu kepada perempuan itu sendiri.

Dari hadis2 itu, syafie dan hambali nyatakan keizinan bapa paksa anak kahwin. Tp, hanafi pula memberikan hak aqad kepada diri perempuan. Kerana, melihat kepada ayat al-Quran dalam surah baqarah, 148. (42)

ISU NIQAB

11. Fatwa yang anggap wanita wajib tutup muka adalah ganjil, kerana ketika buat haji, islam wajibkan buka muka. Dalam hadis juga, Nabi saw berjumpa dengan ramai perempuan yang tidak tutup muka dan Nabi saw tidak menyuruh mereka tutup muka. (44)

12. Dalam al-Quran, Allah swt menyuruh lelaki merendahkan pandangan mata (al-Nur, 30). Kalau sudah ditutup muka, buat apa ada suruhan rendahkan pandangan mata. Dalam hadis, Nabi saw ada suruh Ali tidak ekori penglihatan pertama dengan penglihatan kedua. Dalam hadis juga, Nabi saw ada menyatakan bahawa seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga naik syahwat, bahawa dia perlu mendatangi isterinya. (45)

13. Qadhi Iyyadh (seperti yang diriwayatkan oleh al-Syaukani) menyatakan bahawa tidak wajar bagi seseorang perempuan menutup muka. (45)

14. Pada zaman jahiliyyah dan dalam zaman Islam, memang ada perempuan pakai niqab. Ia bukan ibadat, tetapi sekadar adat sahaja. Dalilnya, dalam hadis Abu Daud (2488)  seorang muslimat berniqab berjumpa dengan Nabi saw bertanyakan kepada Nabi saw tentang anaknya yang terbunuh dalam peperangan. Sahabat bertanya, kenapa dia berniqab sedangkan dia mahu bertanya kepada Nabi saw. Sahabat bertanya itu merupakan dalil bahawa berniqab bukan ibadat, tp sekadar adat sahaja (47)

15. Ada hadis bahawa Aisyah berkata, ketika lelaki yang menaiki kenderaan lalu di hadapan perempuan, perempuan akan tutup muka mereka dan buka setelah mereka berada jauh dari mereka. Hadis ini doif pada sudut sanad dan syaz pada sudut matan. (48)

16. Dikukuhkan lagi, Asma' binti abi bakar datang berjumpa dengan Nabi dengan memakai pakaian nipis. Nabi saw menyatakan bahawa perempuan yang baligh perlu menutup kecuali muka dan tangan. Hadis ini mursal, tp dikukuhkan dengan hadis2 yang lain. (48)

17. Dalam hadis, bahawa Aishah berkata ketika lalu orang lelaki, bahawa perempuan akan tutup muka. Bila mereka dah berlalu pergi, perempuan akan buka balik. Hadis ini, kata syaikh, lemah pada sanad dan syaz dari sudut matan. Ia tidak boleh dijadikan hujah.
Ini kerana, hadis2 saheh ada menyatakan; nabi pesan kepada asma ketika dia datang jumpa dengan Nabi dalam keadaan pakaiannya nipis. Wahai asma, apabila perempuan dah baligh, maka semua perlu ditutup kecuali muka dan tangan.
Hadis ini mursal, tp dikuatkan dengan riwayat2 yang lain.
Dalam al-Quran, Allah ada menyatakan bahawa lelaki perlu menundukkan pandangan mereka (Nur, 31). Ahli tafsir kata, ia merujuk kepada melihat wajah dan tangan. (49)

18. Dalam hadis, ada diceritakan bahawa seorang perempuan kematian bapanya, dan dia minta izin dengan Nabi untuk pergi ziarah. Nabi tak izinkan kecuali dia dapat izin dari suami dulu. Ekoran ketaatan dia kepada suaminya, bapanya dia tentukan syurga.
Problen hadis ini;
1. Tidak ketahui perawi sahih.
2. Suami itu memutuskan hubungan silaturahim seorang anak kepada bapanya. Mustahil nabi bersetuju, sbb ia bercanggah dengan aturan al-Quran.
3. Dalam hadis saheh, ada menyatakan bahawa perempuan diizinkan keluar dari rumah jika ada keperluan. (51)

PEREMPUAN, KEKELURAGAAN DAN URUSAN UMUM

19. Saidina Umar melantik lelaki dan perempuan dalam urusan pasar di Madinah. ( 56) nama perempuan itu adalah syifa. (69)

20. Shaikh bukan la pro perempuan jadi pemimpin. Namun, hadis yang menyatakan sesuatu kaum tak akan berjaya kalau lantik perempuan sebagai pemimpin itu bercanggah dengan al-Quran, dengan realiti tarikh dan hadis2 lain. (58)

21. Ada dalam riwayat ibn Khuzaimah bahawa solat perempuan di rumah lebih afdal dari solat di masjid Nabi. Persoalannya timbul;
a. Kenapa nabi biarkan perempuan solat dalam masjid nabi dan mengkhususkan pintu tertentu untuk keluar dari masjid.
b. Nabi pendekkan solat subuh ketika kedengaran suara anak kecil menangis kerana ibunya solat berjemaah. (63)
C. Tiada satu hadis Nabi saw melarang perempuan solat di masjid. (64)

22. Hadis saheh bertembung dengan hadis lebih saheh, disebut syaz. Hadis doif bertembung dengan hadis saheh, disebut sebagai matruk atau mungkar. (64)

23. Shaikh letak tanggapan bahawa sesuatu perkara fardu tak boleh kecuali dengan dalil qatie. Pengharaman sesuatu tidak boleh kecuali dengan dalil qatie. Dalil2 zanni, mesti kurang dari kadar haram atau fardu. (65)

PEREMPUAN JADI SAKSI

24. Diketahui, saksi dua perempuan menyamai dengan seorang saksi lelaki. Surah al-Baqarah, 282. (66)

25. Ibn Hazm kata, tiada asas dari hadis untuk tolak saksi perempuan dalam kesalahan hudud dan Qisas. (67)

26. Dari ata' bahawa Saidina Umar terima saksi perempuan bersama lelaki dalam hal talak dan nikah. Namun, riwayat ini ada al-Haris al-Ghanawi. Dia adalah majhul.
Ata bin Abi Rabah kata, "harus saksi perempuan bersama lelaki pada semua keadaan"
Ibn Hazm kata, daripada Abdullah bin Umar daripada Nabi saw saksi dua perempuan menyamai dengan saksi seorang lelaki. (68)

27. Ibn Hazm anggap, perempuan harus jadi hakim. Ia juga pandangan abu hanifah.
Mazhab Maliki anggap,  boleh terima wasiat dan wakil dari orang perempuan. (69)

LAGU

28. Syaikh anggap bahawa sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan naql, apabila ada dakwaan mengatakan hadis ahad boleh memberi faedah qatie (yaqin) sepertimana hadis mutawatir. (74)

29. Ketika Syaikh mendengar pandangan dalam mazhab Hanafi berkata, batal puasa bagi mereka yang termakan dan wajib dia qada, syaikh anggap sebagai pandangan yang tidak berasas kepada hadis saheh.
Syaikh juga anggap tiada baca bismillah semasa membaca fatihah dalam solat, sepertimana yang diamalkan dalam mazhab syafie. (74)

30. Dalam mazhab Hanafi, sesuatu perkara fardu semestinya bersumberkan dalil qatie. Adapun wajib, bersumberkan nas yang zanni. (75)

31. Menurut kitab al-Manar bahawa ibn al-Qayyim ada kata dalam iilam muwaqiin bahawa riba ada dua jenis; jali dan khafi.
Riba jali : haramnya kerana mudaratnya besar.
Riba khafi : haramnya kerana zariah kepada jali.
Bermaksud, ibn al-Qayyim anggap Riba yang berkait dengan asnaf riba adalah riba khafi, haram berfaktor sad al-zaraie. (75)

32. Perkara aqidah dan rukun2, tak boleh kecuali bersumberkan riwayat mutawatir, capai tahap masyhur. Selain ini, boleh guna sumber ahad.. (75)

33. Syaikh Muhammad Abduh antara ulama yang menolak dakwaan bahawa Nabi Muhammad saw pernah kena sihir, seperti kewujudan kisah itu dalam hadis riwayat al-Bukhari. (76)

34. Ibn Hazm anggap jual chess, muzik dll sebagai halal dan jika dipecahkan, maka wajib diganti. Begitu juga harus menjual alat muzik dan membelinya. Ini berpegang kepada firman Allah  (baqarah, 29 - 275) yang menyatakan bahawa tuhan ciptakan semua ini untuk manusia. (82)

35. Hadis2 tentang muzik, menurut penilaian ibn hazm, semuanya ada masalah pada sudut sanad. (83)

36. Syaikh kata, asal sesuatu perkara ada harus. Tidak ada pengharaman kecuali dengan nas yang qatie. (96)

37. Nabi saw pernah puji suara abu musa al-Asyari kerana suaranya sedap seperti seruling. (98)

AGAMA : ANTARA IBADAT DAN ADAT

38. Dalam perkara selain ibadat, kena cari nas yang melarang sahaja. Jika ada larangan, baru haram. Kalau ada nas suruh buat, ia bukan wajib, tp budaya (p)

39. Dalam Sunan Abi Daud, terdapat Hadis dari Aisyah yang kononnya kata, jangan potong daging dengan pisau, kerana ia adalah amalan orang ajam. Hadis ini batil kerana dalam hadis yang saheh, dinyatakan Nabi saw menggunakan pisau ketika makan. (103)

40. Hadis2 yang menyebut berkenaan kelebihan pakai serban, tidak sahih, sepertimana yang diungkapkan oleh Syaikh Muhammad Hamid al-Faqi. (105)

41. Syaikh Muhammad al-Ghazali menyatakan, serban dan tutup kepala dengan iqal, adalah budaya arab ekoran negara mereka panas. (105)

42. Syaikh anggap, Islam tiada pakaian khusus. (106)

MASUK JIN?

43. Anak Imam Ahmad (Abdullah) bertanya kepada imam ahmad, "ada orang kata bahawa jin tak boleh masuk dalam badan manusia". Jawab imam ahmad, "mereka berbohong". (116)

44. Ayat yang kata, orang yang terlibat dengan riba akan dikuasai oleh syaitan (baqarah, 275). Ayat ini bukan bermaksud jin masuk badan, tp balasan di akhirat nanti. (117)

FIQH AL-KITAB YANG PALING UTAMA

45. Apabila dahulukan hadis berbanding al-Quran, pasti akan berlaku kepelikan. Contoh, al-Sun'ani yang memfatwakan haram bernazar. Dia berpegang dengan hadis daripada Ibn Umar, bahawa Nabi saw ada melarang dari nazar. Kata nabi, "ia tidak datangkan kebaikan, kerana ia akan ada pemaksaan keluar duit bagi orang kedekut".

fatwa ini salah, kerana dalam al-Quran (al-Insan, 7 dan al-Haj, 29) menyatakan amalan nazar yang dibolehkan. Hakikatnya, hadis itu bukan halang nazar, tp dalam konteks nazar bersyarat untuk mencapai barang perniagaan. (126)

46. Ada pihak mendakwa bahawa hadis ahad boleh menasakhkan ayat al-Quran. Contoh, dakwaan kata hadis nabi saw nyatakan haram makan binatang buas berkuku adalah hadis ketika Nabi saw di Madinah menasakhkan ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah, iaitu al-An'am, 145. ( 127)

syaikh anggap dakwaan hadis boleh nasakh al-Quran sebagai tak masuk akal. (127)

47. Syaikh sebut bahawa al-Qaradawi membahaskan hadis "bapaku dan bapa kamu dalam neraka" adalah merujuk kepada abu talib. Kerana merujuk kepada hadis bahawa Abu Talib tak mahu sebut tauhid sebelum kematian, walaupun telah diminta oleh nabi (lihat hadis Muslim) (144)

HADIS2 FITNAH

48. Syaikh nafikan bahawa Tuhan itu berjisim. Kerana, jisim pasti berbentuk. Sudah pasti ia mustahil bagi Allah, kerana telah dinyatakan perkara ini oleh Allah dalam al-Quran. ( 153)

49. Ada pendapat menyatakan bahawa solat boleh jadi batal, jika lalu dihadapan orang yang solat itu perempuan. Ia ditolak, sbb Aishah pernah menyatakan bahawa Nabi teruskan solat ketika Aishaj tengah tidur hadapan Nabi.
Begitu itu, tak batal solat, jika yang lalu itu adalah himar. Kerana, terdapat hadis berkaitan dengan seorang sahabat bernama Iyash yang menunaikan solat bersama dengan Nabi saw. Ketika itu, lalu keldai. Dia bertasbih dan ditanya oleh Nabi, kenapa dia tasbih. Dia nyatakan bahawa keldai lalu di depannya. Nabi saw nyatakan bahawa keldai lalu itu tidak membatalkan solat.
Bermakna, sahabat Nabi saw yang berhijrah bersama dengan Nabi (orang awal dengan Islam) pun mendengar hadis yang salah dan dibetulkan oleh Nabi kemudiannya. (156)

WASAIL DAN TUJUAN

50. Syaikh ada membahaskan tentang konsep wasail dan kaitannya dengan ghayat (maqasid). Beliau nyatakan juga bahawa ada wasail yang tidak ada konpromi, seperti solat dan ada yang boleh kompromi seperti jihad, qital dll. (160)

51. Syaikh ada membahaskan tentang pembahagian harta ghanimah kepada 1/5 sepertimana yang telah tersebut dalam al-Quran, al-anfal, 41. Pada syaikh, pembahagian itu bukan sesuatu yang mulzim, tp perlu kepada kemaslahatan Daulah.. ini merujuk kepada mazhab Maliki yang merujuk kepada hadis bahawa Nabi saw membahagiakan harta rampasan perang dalam perang hunain.  Maka serupa juga dengan tindakan Saidina Umar yang tidak ikut pembahagian 1/5. (162)

52. Wudu adalah wasilah untuk solat. Ia tiada majal bagi pandangan (raky) kerana ia berdasarkan kepada nas yang muhkam. Sedangkan soal jihad, ada peluang kepada akal untuk menilai. (163)

53. Syura memang ada dalam al-Quran. Tp cara perlaksanaan syura itu diserahkan kepada keadaan dan suasana yang sesuai. Lebih2 lagi, era khilafah cara perlaksanaan syura tak sama antara satu daulah dengan daulah yang lain. (163)

54. Berbeda dengan pemerintah tidak semestinya boleh dibunuh (kata al-Sun'ani). Tp, yang dikenakan hukuman bunuh itu, apabila berbeda dengan pemerintah itu sehingga mengangkat senjata.
Saidina abdullah bin Umar pernah kata, "sesiapa yang angkat senjata, maka ia bukan dari kalangan aku". (165)

55. Dalam muwatta dan muslim, ada dinyatakan hadis bahawa jadi anak susuan itu, jika 10 kali kenyang. Kemudiannya, jadi 5 kali kenyang. Imam malik tidak dapat amal hadis ini, dan kembali kepada mutlak hisap susu sudah jadi anak susuan. Sama juga mazhab Hanafi. ( 173)

56. Hakikat agama sabit dengan akal dan naql. Ekoran itu, hadis wahi pada sanad dan hadis yang ma'lul pada matan tidak boleh dijadikan hujah. (179)

57. Kisah bahawa perkara pertama yang diciptakan adalah alQalam adalah tidak saheh, atau mungkar, palsu atau matruk. Ini berdasarkan taklik yang dilakukan oleh syaikh Muhammad Hamid al-Faqi. Walau bagaimana pun, syaikh muhammad al-Ghazali anggap ia selaras dengan prinsip dilalah dalam al-Quran, sama ada secara jauh atau dekat, iaitu ilmu Allah, semua perkara tidak akan terjadi kecuali semuanya telah ditetapkan oleh Allah. (186)

PENUTUP

58. Ketika Allah berbicara tentang kaum nabi lut, tuhan sertakan juga sifat2 mereka yang tertentu, seperti pembaziran, permusuhan, kejahilan, maksiat, kerosakan dan semua perkara yang membawa kepada kezaliman. (192)

59. Konsep warganegara dahulu, masuk negara islam, minta masuk islam; kalau tak, maka bayar jizyah; jika tak, maka perangi. (199)

60. Dalam hadis Muslim, terdapat hadis bahawa Nabi saw nyatakan hak2 pasti akan dikembalikan kepada pemiliknya pada kiamat nanti, sehingga kambing yang patah tanduk akan patahkan tanduk kambing yang bertanduk. (202)

61. Hadis ahad dilewatkan berbanding;
A. Nas al-Quran
B. Realiti
C. Tarikh
D. Amal ahli Madinah (maliki)
E. Qiyas qatie (hanafi)


Wallahu 'Alam.

1 comment:

  1. Syeikh Wan Jee, Jazakumullah banyak yg boleh dimanfaatkan dari kitab tersebut.

    ReplyDelete