Thursday 3 September 2015

BAIAH TA’LIQ TALAK



BAIAH TA’LIQ TALAK


Dalam isu baiah talak yang melibatkan tindakan pengamalan PAS, disimpulkan ada beberapa perbahasan berikut;

1.      SUMPAH

Hukum asal bersumpah adalah dimakruhkan. Ini berdasarkan kepada beberapa dalil, seperti Firman Allah melarang agar tidak menjadikan  nama Allah dalam sumpah sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa (Surah al-Baqarah, ayat 224). Lebih-lebih lagi, ia amat menyusahkan dari ditunaikan[1].

يكره التلفظ باليمين في أعمّ الأحوال، ودليل هذا قول الله عزّ وجلّ: [وَلاَ تَجْعَلُواْ اللهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ] (البقرة: 224) [أي لا تكثروا الحلف بالله تعالى]. وسبب ذلك أنه ربما يعجز الحالف عن الوفاء به

Al-Imam al-Syafie sendiri pernah mempamerkan sikapnya yang tidak suka bersumpah dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan bersumpah, sama ada dalam perkara benar, jauh sekali dalam perkara dusta[2].

قال حرملة رحمه الله تعالى: سمعت الشافعي رحمه الله تعالى يقول: (ما حلفت بالله صادقاً، ولا كاذباً)

Walaubagaimana pun, apabila sumpah sudah dilakukan, maka wajib kandungan sumpah itu dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan, wajib kepada orang yang bersumpah itu membayar kifarat sumpah[3].

أن يكون الحنث باليمين عبارة عن عدم تحقيق المقسِم لما التزمه بيمينه؛ كأن أقسم بالله تعالى ليتصدقنّ على فقير في يوم كذا، فلم يتصدّق في اليوم المحدود. وحكم هذا الحنث: هو وجوب تكفير الحانث عن يمينه

Contohnya, seperti seseorang itu bersumpah untuk bersedekah pada waktu tertentu. tiba-tiba, pada waktu yang ditentukan itu, dia gagal sempurnakan sumpah tersebut, maka ketika itu wajib kepadanya membayar kifarat sumpah.

Kadangkala orang yang bersumpah mahu melakukan kebaikan, tetapi ia tidak dapat menunaikannya ekoran wujud penghalang, ataupun selepas itu didapati ada perkara yang lebih baik yang perlu dilakukannya. Ketika itu, dia perlu melakukan perkara yang baik tersebut, disamping wajib kepadanya membayar kifarat sumpah. Hal ini merujuk kepada hadis saheh yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim[4].

فربما كان عازماً عند النطق باليمين على البِرّ باليمين، والعمل بموجبها، لكنه حالَ بينه وبين الوفاء بها حائل، أو أنه تنبّه بعد ذلك إلى شيء هو خير مما التزمه باليمين، فعمل بوصية النبي - صلى الله عليه وسلم -: " مَنْ حلفَ على يمينٍ، فرأى غيرَها خيراً منها، فليأتِ الذي هو خيرٌ، وليكفِّرْ عن يمينه". أخرجه مسلم

Contohnya, seperti seseorang yang bersumpah menderma kepada pada tarikh tertentu. tiba-tiba, pada waktu tertentu didapati dia tidak dapat sempurnakan sumpahnya kerana jatuh miskin; ataupun, seseorang bersumpah mahu menderma kepada seseorang dengan kadar wang tertentu, lalu didapati ada orang yang berhak menerima dermanya itu berbanding orang yang diniatkan awal, maka wajar dia mendermakan kepada orang yang lebih berhak tersebut. Walaubagaimana pun, ia tidak terlepas begitu sahaja, sebaliknya dia dikehendaki membayar kifarat sumpah.

Malahan, dalam hadis saheh al-Bukhari, diceritakan bahawa Nabi saw pernah berkata bahawa Baginda tidak akan bersumpah. Lalu, jika baginda saw melihat ada perkara yang lebih baik dari kandungan yang disumpah, sudah pasti baginda saw akan akan lakukan perkara yang lebih baik, dan baginda saw akan membayar kifarat sumpah[5].

وَإِنِّي وَاللَّهِ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - لاَ أَحْلِفُ عَلَى يَمِينٍ، فَأَرَى غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَتَيْتُ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ، وَتَحَلَّلْتُهَا»

Apabila didapati ada perkara yang lebih baik, maka sumpah pada perkara pertama boleh dibatalkan, sudah pasti wajib membatalkan sumpah perkara pertama, jika didapati perkara yang ditunaikan sumpah itu terkandung amalan yang haram, ataupun meninggalkan kewajipan, ataupun dalam perkara yang ada kaitan dengan pendustaan[6].

حراماً: وذلك إذا كانت على فعل حرام، أو ترك واجب، أو على شيء كاذب، لا أصل له

Contohnya, seperti kalangan perompak bersumpah sesama mereka untuk merompak; ataupun seperti seseorang itu bersumpah untuk tidak menunaikan solat. Maka wajib kepada perompak itu berhenti dari merompak; hendaklah orang bersumpah tidak mahu menunaikan solat itu bahawa dia menunaikan solat. Dalam masa yang sama, wajib dia membayar kifarat sumpah.

Kifarat sumpah adalah dengan diberi pilihan melakukan tiga perkara, iaitu memerdekakan hamba, atau memberi makan sepuluh orang miskin atau memberi pakaian kepada seorang yang memerlukan pakaian. Jika tidak mampu melaksanakan tiga perkara ini, hendaklah dia berpuasa tiga hari, tanpa disyaratkan berturut-turut. Dalil atas kifarat sumpah ini adalah merujuk kepada firman Allah dari surah al-Maidah, ayat 89[7].

ومَنْ حنث في يمين غموس، أو غير غموس، وجبت عليه كفارة. وهو مخيَّر فيها أولاً بين ثلاثة أشياء: 1 - عِتق رقبة مؤمنة، والمراد بالرقبة: عبد أو أَمَة. وإنما يكون هذا حيث يوجد الرقيق. 2 - إطعام عشرة مساكين، لكل مسكين مُدُّ حَبٍّ من غالب قوت بلده. والمدّ: مكيال معروف يتسع: 600 غراماً تقريباً. ويجب تمليك كل مسكين ما ذكر، فلا يكفي دعوتهم لتناول طعام غداء، أو عشاء، ونحو ذلك. 3 - كِسْوَة عشرة مساكين مما يُعتاد لُبْسه، ويسمى في العُرْف كسوة: فالقميص، والسراويل، والجَوْرب، وغطاء الرأس على أي شكل كان، كله يسمى كسوة. فإن عجز عن تحقيق شيء من هذه الأمور الثلاثة: بأن كان مُعْسِراً، وجب عليه صيام ثلاثة أيام، ولا يشترط فيها التتابع، بل يجوز له تفريقها. دليل كفارة اليمين: ودليل هذه الكفّارة قول الله عزّ وجلّ: [لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ] (المائدة: 89).

2.      TA’LIQ TALAK

Dalam kalangan ulama, berlaku kekhilafan tentang hukum talak berbentuk taklik ini. kekhilafan itu adalah seperti berikut;

Pertama :
Pendapat yang menyatakan taklik talak itu tidak berlaku. Ibn Qayyim al-Jauziyyah ada  menyatakan bahawa seperti seseorang berkata kepada isterinya, “jika kamu keluar dari rumahku, maka kamu tertalak”, atau “talak menjadi kewajipanku, maka jangan kamu keluar dari rumahku”, lalu mufti memfatwakan bahawa ini adalah sumpah, maka ia tidak menjadi talak, kerana talak yang ditaklikkan adalah lagha (sia-sia), sepertimana yang diakui oleh sebilangan ulama dalam mazhab syafie, seperti Abu Abd al-Rahman al-Syafie, dan sebilangan ulama dari kalangan Ahli Zahir, sepertimana yang disebut secara jelas oleh penulis kitab Muhalla[8].

كَمَنْ قَالَ لِامْرَأَتِهِ: إنْ خَرَجْت مِنْ بَيْتِي فَأَنْتِ طَالِقٌ، أَوْ الطَّلَاقُ يَلْزَمُنِي لَا تَخْرُجِينَ مِنْ بَيْتِي، فَأَفْتَاهُ مُفْتٍ بِأَنَّ هَذِهِ الْيَمِينَ لَا يَلْزَمُ بِهَا الطَّلَاقُ بِنَاءً عَلَى أَنَّ الطَّلَاقَ الْمُعَلَّقَ لَغْوٌ كَمَا يَقُولُهُ بَعْضُ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ كَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الشَّافِعِيِّ وَبَعْضُ أَهْلِ الظَّاهِرِ كَمَا صَرَّحَ بِهِ صَاحِبُ الْمُحَلَّى

Dalam tempat yang lain pula, Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyatakan contoh seperti seseorang lelaki berkata kepada isterinya, “jika kamu bercakap dengan zaid, atau kamu keluar dari rumah aku tanpa izin aku”, atau seumpamanya dari perbuatan perempuan itu, “maka kamu tertalak”, lalu isterinya itu benar-benar bercakap dengan zaid atau keluar dari rumah tanpa izin. Dan isterinya itu lakukan tersebut dengan tujuan untuk menjadikan dirinya tertalak. Maka tindakan isterinya itu tidak menjadikan dia tertalak[9].

فَإِنَّهُ قَالَ: إذَا قَالَ الرَّجُلُ لِامْرَأَتِهِ: " إنْ كَلَّمَتْ زَيْدًا، أَوْ خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِي بِغَيْرِ إذْنِي " وَنَحْوَ ذَلِكَ مِمَّا يَكُونُ مِنْ فِعْلِهَا " فَأَنْتِ طَالِقٌ " وَكَلَّمَتْ زَيْدًا أَوْ خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهِ تَقْصِدُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهَا الطَّلَاقُ لَمْ تَطْلُقْ

Ditempat lain, dalam kitab yang sama, Ibn Qayyim menyatakan  bahawa talak secara taklik dengan syarat tidak berlaku, malahan tidak sah taklik talak, sepertimana tidak sah taklik nikah. Pandangan ini mengikut pilihan Abi Abd al-Rahman Ahmad bin Yahya bin Abd al-Aziz dari mazhab al-Syafie[10].

أَخْذُهُ بِقَوْلِ مَنْ يَقُولُ: إنَّ الطَّلَاقَ الْمُعَلَّقَ بِالشَّرْطِ لَا يَقَعُ، وَلَا يَصِحُّ تَعْلِيقُ الطَّلَاقِ، كَمَا لَا يَصِحُّ تَعْلِيقُ النِّكَاحِ، وَهَذَا اخْتِيَارُ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَحْمَدَ بْنِ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ الشَّافِعِيِّ

Ungkapan yang hampir sama, diulangi Ibn Qayyim dalam kitab al-Sowaiq al-Mursalah. Malahan menambah lagi bahawa Abu Muhammad ibn Hazm menyatakan sumpah dengan talak tidak berlaku[11].

أن في الطلاق المعلق بالشرط قولين للعلماء أحدهما يقع عند وقوع شرطه والثاني لا يقع بحال ولا يتعلق الطلاق بالشرط كما لا يتعلق النكاح به وهذا اختيار أجل أصحاب الشافعي الذي أخذ عنه وكان يلازمه أبو عبد الرحمن ولا ينزل اختياره عن درجة من له وجه من المتأخرين بل هو أجل من أصحاب الوجوه وهو مذهب داود بن علي الأصبهاني وابن حزم وأصحابهما. قال أبو محمد بن حزم واليمين بالطلاق لا يلزم

Pendapat ini menganggap amalan tidak pernah berlaku pada zaman wahyu, sedangkan soal talak dan nikah merupakan perkara yang tidak boleh kecuali punyai asas menerusi wahyu[12].

إنَّ الطَّلَاقَ الْمُعَلَّقَ بِشَرْطِ لَا يَقَعُ بِحَالِ؛ بِنَاءً عَلَى أَنَّهُ لَا يَقَعُ عِنْدَهُمْ مِنْ الطَّلَاقِ إلَّا مَا ثَبَتَ أَنَّ الشَّارِعَ أَذِنَ فِيهِ

Ia sudah pasti dianggap sebagai amalan yang batil, sedangkan dalam surah Muhammad, ayat 33, Allah melarang orang beriman membatalkan amalan mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

Hujah lain, mereka merujuk kepada riwayat Abd al-Razak dari Ma’mar dari Ibn Taus yang menyatakan sumpah dengan talak tidak memberi kesan sedikit pun. Ia saheh juga dari Ikrimah dari riwayat Sunaid bin Daud bin ‘Ali dalam tafsirnya bahawa ia dianggap sebagai mengikut jejak langkah syaitan[13].

، فَلَا يَلْزَمُ الْحَالِفَ بِهَا شَيْءٌ كَمَا صَحَّ عَنْ طَاوُسٍ مِنْ رِوَايَةِ عَبْدِ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْهُ: " لَيْسَ الْحَلِفُ بِالطَّلَاقِ شَيْئًا " وَصَحَّ عَنْ عِكْرِمَةَ مِنْ رِوَايَةِ سُنَيْدِ بْنِ دَاوُد بْنِ عَلِيٍّ فِي تَفْسِيرِهِ عَنْهُ أَنَّهَا مِنْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ لَا يَلْزَمُ بِهَا شَيْءٌ، وَصَحَّ عَنْ شُرَيْحٍ قَاضِي أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ عَلِيٍّ وَابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّهَا لَا يَلْزَمُ بِهَا طَلَاقٌ، وَهُوَ مَذْهَبُ دَاوُد بْنِ عَلِيٍّ وَجَمِيعِ أَصْحَابِهِ

Kedua :
Pendapat ini menganggap bahawa talak taklik ini berlaku. Ibn Quddamah menyatakan bahawa jika seseorang lelaki berkata, “kamu tertalak jika kamu masuk dalam rumah – Insya Allah”, al-Imam Ahmad dalam hal ini ada dua riwayat; Pertama, talak jatuh dengan jika si isteri itu masuk dalam rumah. Ini kerana, talak dan memerdekakan hamba bukan dari perkara sumpah. Pada riwayat kedua, dinyatakan ia tidak tertalak. Ia juga adalah pendapat Abi Ubaid. Ini kerana, jika ditaklikkan talak dengan syarat, sudah pasti ia menjadi sumpah. Makanya, ia boleh berlaku pengecualian[14].

فَإِنْ قَالَ: أَنْتِ طَالِقٌ إنْ دَخَلْت الدَّارَ إنْ شَاءَ اللَّهُ. فَعَنْ أَحْمَدَ فِيهِ رِوَايَتَانِ؛ إحْدَاهُمَا، يَقَعُ الطَّلَاقُ بِدُخُولِ الدَّارِ، وَلَا يَنْفَعُهُ الِاسْتِثْنَاءُ؛ لِأَنَّ الطَّلَاقَ وَالْعَتَاقَ لَيْسَا مِنْ الْأَيْمَانِ، وَلِمَا ذَكَرْنَاهُ فِي الْفَصْلِ الْأَوَّلِ. وَالثَّانِيَةُ، لَا تَطْلُقُ. وَهُوَ قَوْلُ أَبِي عُبَيْدٍ؛ لِأَنَّهُ إذَا عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِشَرْطٍ صَارَ يَمِينًا وَحَلِفًا، فَصَحَّ الِاسْتِثْنَاءُ

Al-Syirazi dalam mazhab Syafie juga ada menyatakan bahawa talak yang ditaklik dengan syarat yang tidak mustahil, seperti masuk ke rumah atau kehadiran bulan yang ditaklikkan, maka talak berlaku dengan berlakunya syarat tersebut. Namun, jika syarat itu tidak berlaku, maka talak tidak terjadi[15].

إذا علق الطلاق بشرط لا يستحيل كدخول الدار ومجيء الشهر تعلق به فإذا وجد الشرط وقع وإذا لم يوجد لم يقع

Hujah mereka adalah merujuk kepada hadis saheh al-Bukhari bahawa Nabi SAW menyatakan bahawa orang Islam itu hendaklah berpegang dengan syarat-syarat yang mereka buat[16].

وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ»

Dijawab hujah ini bahawa sememangnya orang islam perlu memegang syarat yang mereka tetapkan. Namun, syarat tersebut bukan bersifat mutlak, sebaliknya perlu tidak menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal. Dalam matan hadis yang lain, dinyatakan bahawa syarat-syarat tersebut hendaklah dipastikan selaras dengan kebenaran[17].

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ مَا وَافَقَ الْحَقَّ مِنْهَا»

Memandangkan syarat yang muslim kena ikut itu tidak mutlak, menjadikan perbuatan nikah muhallil (cina buta) dikira sebagai haram, kerana amalan nikah muhallil ini mempunyai sifat menetapkan syarat yang tidak selaras dengan kebenaran.

Hujah lain adalah, mereka merujuk kepada amalan Ibn Umar yang menyatakan jatuh talak bagi lelaki yang taklikkan dengan keluar dari rumah[18].

وَقَالَ نَافِعٌ: طَلَّقَ رَجُلٌ امْرَأَتَهُ البَتَّةَ إِنْ خَرَجَتْ فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: «إِنْ خَرَجَتْ فَقَدْ بُتَّتْ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ تَخْرُجْ فَلَيْسَ بِشَيْءٍ»

Dijawab hujah ini dengan menyatakan bahawa jika ungkapan itu dengan niat mahu mentalakkan isteri. Adapun jika tidak diniatkan talak, sebaliknya diniatkan sebagai mahu bersumpah atau mengukuhkan perkataan sahaja, maka ia tidak jatuh talak[19].

وَإِذَا قَالَ: إنْ سَرَقْت إنْ زَنَيْت: فَأَنْتِ طَالِقٌ. فَهَذَا قَدْ يُقْصَدُ بِهِ الْيَمِينُ وَهُوَ أَنْ يَكُونَ مَقَامُهَا مَعَ هَذَا الْفِعْلِ أَحَبَّ إلَيْهِ مِنْ طَلَاقِهَا؛ وَإِنَّمَا قَصْدُهُ زَجْرُهَا وَتَخْوِيفُهَا لِئَلَّا تَفْعَلُ: فَهَذَا حَلِفٌ لَا يَقَعُ بِهِ الطَّلَاقُ وَقَدْ يَكُونُ قَصْدُهُ إيقَاعَ الطَّلَاقِ وَهُوَ أَنْ يَكُونَ فِرَاقُهَا أَحَبَّ إلَيْهِ مِنْ الْمُقَامِ مَعَهَا مَعَ ذَلِكَ فَيَخْتَارُ إذَا فَعَلَتْهُ أَنْ تَطْلُقَ مِنْهُ: فَهَذَا يَقَعُ بِهِ الطَّلَاقُ.

3.      NIAT PELAFAZ

Melihat perbahasan lafaz talak secara taklik yang diungkap oleh seseorang suami, ia tidak semestinya dilihat dalam satu maksud, iaitu mentalak, sebaliknya hendaklah dilihat juga dari sudut lain, iaitu bertujuan mahu bersumpah, iaitu mahu mengukuhkan atau sekadar untuk menakutkan isterinya agar tidak melakukan perkara yang suami tidak sukai.

Justeru, sesuatu ungkapan talak dari seseorang suami, tidak boleh terus dinilai dengan lafaz si suami itu secara literal, sebaliknya perlu dilihat niat si lelaki yang mengungkapkan lafaz talak ini.

Perkara ini selaras dengan kaedah fiqh yang menyatakan tujuan sesuatu lafaz, hendaklah merujuk kepada niat orang yang melafazkan[20].

مقاصد اللفظ على نية اللافظ

Al-Imam al-Sayuti mendatangkan contoh, seperti jika seseorang isteri itu bernama “Taliq” (melayu : Perempuan yang tertalak), lalu dipanggil oleh suaminya “Ya Taliq” (Melayu : wahai perempuan yang tertalak), jika si suami itu niatkan talak, maka ia menjadi talak. Jika dia niatkan sekadar memanggil, pendapat yang paling kuat mengatakan ia tidak jatuh talak[21].

لو كان اسمها طالق، أو حرة، فقال: يا طالق، أو يا حرة، فإن قصد الطلاق، أو العتق حصلا، أو النداء فلا، وإن أطلق، فوجهان، لكن الأصح هنا عدم الحصول

Jelas, bahawa sebarang ungkapan seseorang lelaki kalimah talak, hendaklah dilihat pada niatnya, bukan dilihat pada zahir ungkapan, atau melihat ungkapan itu secara literal sahaja.  lebih-lebih lagi, Ibn Taimiyyah ada menyatakan bahawa asal sesuatu itu hendaklah dilihat pada kehendak orang yang mengungkapkan kata dan tujuan disebaliknya. Jika dia bertujuan untuk jatuh talak, maka ia jatuh talak dengan cara taklik. Tetapi, jika diungkapkan itu untuk berniat talak, sebaliknya sekadar bersumpah dalam keadaan dia tidak suka berlaku talak, maka ia tidak boleh dianggap sebagai talak, tetapi dianggap sebagai sumpah sahaja[22].

فَالْأَصْلُ فِي هَذَا: أَنْ يُنْظَرَ إلَى مُرَادِ الْمُتَكَلِّمِ وَمَقْصُودِهِ فَإِنْ كَانَ غَرَضُهُ أَنْ تَقَعَ هَذِهِ الْأُمُورُ وَقَعَتْ مُنْجَزَةً أَوْ مُعَلَّقَةً إذَا قُصِدَ وُقُوعُهَا عِنْدَ وُقُوعِ الشَّرْطِ. وَإِنْ كَانَ مَقْصُودُهُ أَنْ يَحْلِفَ بِهَا؛ وَهُوَ يَكْرَهُ وُقُوعَهَا إذَا حَنِثَ وَإِنْ وَقْعَ الشَّرْطُ فَهَذَا حَالِفٌ بِهَا؛ لَا مُوقِعٌ لَهَا فَيَكُونُ قَوْلُهُ مِنْ " بَابِ الْيَمِينِ "؛ لَا مِنْ " بَابِ التَّطْلِيقِ وَالنَّذْرِ "

Pada Ibn Taimiyyah, ungkapan dilihat tidak semestinya mewakili apa yang ada dalam hati, sepertimana seseorang yang bersumpah “Jika aku buat, maka aku yahudi atau nasrani”, ia tidak menjadikan sumpah itu menjadikannya seorang yahudi atau nasrani. Atau seperti perkataan seseorang non muslim yang zimmi, “jika aku berbuat begian, maka aku muslim”, ia tetap kekal dengan kekufuran. Maka begitujuga dalam isu taklik dalam talak dalam kupasan Ibn Taimiyyah[23].

وَأَمَّا قَوْلُ الْقَائِلِ: إنَّهُ الْتَزَمَ الطَّلَاقَ عِنْدَ الشَّرْطِ فَيَلْزَمُهُ: فَهَذَا بَاطِلٌ مِنْ أَوْجُهٍ. " أَحَدُهَا " أَنَّ الْحَالِفَ بِالْكُفْرِ وَالْإِسْلَامِ كَقَوْلِهِ: إنْ فَعَلْت كَذَا فَأَنَا يَهُودِيٌّ أَوْ نَصْرَانِيٌّ. وَقَوْلُ الذِّمِّيِّ: إنْ فَعَلْت كَذَا فَأَنَا مُسْلِمٌ: هُوَ الْتِزَامٌ لِلْكُفْرِ وَالْإِسْلَامِ عِنْدَ الشَّرْطِ وَلَا يَلْزَمُهُ ذَلِكَ بِالِاتِّفَاقِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَقْصِدْ وُقُوعَهُ عِنْدَ الشَّرْطِ؛ بَلْ قَصَدَ الْحَلِفَ بِهِ وَهَذَا الْمَعْنَى مَوْجُودٌ فِي سَائِرِ أَنْوَاعِ الْحِلْفِ بِصِيغَةِ التَّعْلِيقِ

KESIMPULAN

Dari perbincangan ringkas ini, disimpulkan seperti berikut;

Pertama : Membatalkan sumpah di kala berjumpa perkara yang lebih baik tidak menjadi salah, jika dibayar kifarat sumpah.

Kedua : Dakwaan Taklik Talak sebagai jatuh talak adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama fiqh. Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim antara kehadapan menyatakan bahawa talak tidak akan jatuh, jika ia berlaku dalam bentuk taklik. Malahan, terdapat pandangan selain seperti Ibn Abi Abd al-Rahman dari mazhab Syafie dan Ibn Hazm.

Ketiga : Ibn Taimiyyah melihat taklik dalam talak ini kepada dua bentuk, iaitu bentuk untuk diniatkan talak. Dan satu lagi, bentuk untuk sekadar mengukuhkan perkataan atas jalan sumpah. Jadi, keputusan jatuh atau tidak talak secara taklik itu, perlu dilihat pada niat si suami yang melafazkan taklik. Jika diniatkan talak, maka jatuh talak. Jika tidak, maka ia tidak jatuh talak.

Wallahu ‘Alam.

Rujukan;

Dr Mustafa Khin @ Dr Mustafa al-Bubgho @ Ali al-Syirbaji, al-Al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Dar al-Qalam Li tabaah wa al-Nasyr wa al-tawzi’, Damsyik. Tarikh : 1992.

Abu Nuaim Ahmad bin Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mehran al-Asfahan (meninggal 430 H), Huliyyah al-Awliya wa Tabaqat al-Asfiya’, Dar al-Kitab al-Arabi, Kaherah. Tarikh : 1409 H

Muhammad bin Abi Bakar bin Ayyub bin Sa’ad Syams al-Din Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751 H), ‘Ilam al-Muwaqqiin ‘An Rab al-Alamin, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut. Tarikh : 1991.

Muhammad bin ABi Bakar bin Ayub bin Sa’ad Syams al-Din Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751 H), al-Sawaiq al-Mursalah fi al-Rad ‘Ala al-Jahmiyyah wa al-Muattilah, Dar al-Asimah, Riyadh. Tarikh : 1480 H.

Taqi al-Din Abu al-Abbas Ahmad bin ABd al-Halim bin Taimiyyah al-Harani (meninggal 728 H), Majmuk al-Fatawa, Majmak al-Malik Fahd li al-Tabaah al-Mashaf al-Syarif. Madinah. Tarikh : 1995

Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali bin Yusuf al-Syirazi (meninggal 476 H), al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Tanpa tarikh.

Abu Muhammad Abdullah bin ‘Ali bin al-Jarud al-Naisaburi (meninggal 307 H), al-Muntaqa min al-Sunan al-Musnidah, Muassasah al-Kitab al-Saqafiyyah, Beirut. Tarikh : 1988.

Abdurrahman bin Abi Bakar Jalal al-Din al-Sayuti (meninggal 911 H), al-Asybah wa al-Nazair, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Tarikh : 1990.



[1] Mustafa Khin, Mustafa Bugha, Al-Fiqh al-Manhaji, jld 3, hlmn 11
[2] Al-Asbahani, Hulliyyah al-Awliya wa Tabaqat al-Asfiya’, jld 9, hlmn 135
[3] Mustafa khin, Mustafa Bugha, al-Fiqh al-Manhaji, jld 3, hlmn 17.
[4] Ibid,
[5] Al-Bukhari, بَابٌ: وَمِنَ الدَّلِيلِ عَلَى أَنَّ الخُمُسَ لِنَوَائِبِ المُسْلِمِينَ , hadis no : 3133
[6] Al-Fiqh al-Manhaji, jld 3, hlmn 11.
[7] Al-Fiqh al-Manhaji, jld 3,hlmn 18
[8] Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqi’in, jld 4,hlmn 64.
[9] Ibid, jld 4, hlmn 74.
[10] Ibid, jld 4, hlmn 78.
[11] Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Sawaiq al-Mursalah fi al-Rad ‘Ala al-Jahmiyyah wa al-Muattilah, jld 2, hlmn 610.
[12] Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jld 33, hlmn 206.
[13] Ilam muwaqqi’in, jld 3,hlmn 53.
[14] Ibn Quddamah, al-Mughni, jld 7, hlmn 466.
[15] Al-Syirazi, al-Muhazzab fi al-Fiqh al-Syafie, jld 3, hlmn 21.
[16] Abu Daud, بَابٌ فِي الصُّلْحِ , hadis no : 3594
[17] Al-Naisaburi, al-Muntaqa li Ibn Jarud, أَبْوَابِ الْقَضَاءِ فِي الْبُيُوعِ , hadis no : 637
[18] Al-Bukhari, بَابُ الطَّلاَقِ فِي الإِغْلاَقِ وَالكُرْهِ، وَالسَّكْرَانِ وَالمَجْنُونِ وَأَمْرِهِمَا، وَالغَلَطِ وَالنِّسْيَانِ فِي الطَّلاَقِ وَالشِّرْكِ وَغَيْرِهِ
[19] Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jld 33, hlmn 225.
[20] Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair, hlmn 44
[21] Ibid.
[22] Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jld 33, hlmn 60.
[23] Ibn Taimiyyah, Majmuk al-Fatawa, jld 33, hlmn 56.

2 comments:

  1. tidakkah ini jelas?

    Sahih Muslim: Book of Divorce

    3491: Ibn 'Abbas (Allaah be pleased with them) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allaah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allaah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allaah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

    3492: Abu Sahba' said toIbn 'Abbas (Allaah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allaah's Prophet (sallAllaahu alayhi wa sallam), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allaah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allaah be pleased with them) said: Yes.

    3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allaah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allaah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one).

    "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab:36)

    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa': 59)

    ReplyDelete
  2. Ybhg Usaz Dr. Maqasid,

    Saya selalu mengikut blog kajian Quran http://kajian-quran.blogspot.com/ dan saya suka dengan hasil kajian dan penamuannya. Namun banyak yang bertentangan dgn para ulamak.

    Boleh dpt komen dan pencerahan dari Yang Mulia Dr. Ustaz Wanji terutama tentang ayat-ayat mutasyabihat.

    TK.

    ReplyDelete