BELAJAR KONSEP
LOGIKA
Jodol asal : Asynai’I
ba ‘Ulum-e Islami
Oleh : Murtadha
Muthohhari
Penterjemah : Ibrahim
Husein al-Habsyi
Terbitan :
Rausyanfikr Institute, Yogyakarta
Tarikh : Mei 2013
(Cetakan kedua)
Tebal : 150
Didakwa bahawa
pencetus serta penyusun ilmu mantik adalah Aristotle dari yunani. Mantik ala
Aristotle yang paling besar dibukukan dalam kalangan orang islam adalah mantik
al-Syifa karya Ibn Sina.
Teks
karya Aristotle dalam bahasa yunani diterjemah ke bahasa arab oleh Hunain bin
Ishaq. Dalam banyak penilitian, mendakwa bahwa terjemahan hunain itu adalah
terjemahan yang paling teliti. (1)
Mantiq Aristotle
dikenali sebagai mantiq suri. (5)
Pada mutahhari,
mantik bermaksud aturan berfikir benar. (2) Dengan maksud, ia menjaga fikiran
dari kesalahan dalam berfikir.
Menurut
mutahhari, fikir akan menghubungkan beberapa hal yang diketahui (maklum) untuk
hasilkan maklum yang baru dengan cara mengubah hal yang tak diketahui (majhul)
menjadi maklum. (3)
Bukan semua maklumat
dapat menberi kesimpulan, tetapi maklumat yang dapat memberikan kesimpulan yang
benar jika mengikut aturan berfikir (mantik). (3-4)
#mantiqmutahhari
Dalam ulasan
mutahhari, mantik ini perlu kepada dua; bentuk dan materi (premis).
Kalau
salah satunya salah, maka kesimpulannya juga salah.
Contoh
salah materi;
*Socrates adalah
manusia,
*Setiap manusia
bertindak zalim.
** Socrates
bertindak zalim.
Contoh
salah bentuk;
*Socrates
adalah manusia,
*Socrates
seorang ilmuan.
**
manusia adalah ilmuan. (5)
#Mantiqmutahhari
Dalam mantik, mesti
ada berjumpa dengan dua perkara;
1.
Tasawwur
2.
Tasdiq
Menurut mutahhari,
dua perkara ini, yang mula2 sekali tawarkan adalah al-Farabi (Abu Nasr Muhammad
bin Tarkhan al-Farabi). (18)
Menurut
ulasan mutahhari, susunan hal ini adalah seperti berikut;
Idrak
– ke - tasawwur – ke- tasdiq. (15)
Kupasan
mutahhari, titik tolak idrak adalah jahil. Saat indera menanggapi sesuatu
perkara, ia akan membawa kepada tasawwur dalam akal.
Tasawwur
itu, perlu diberikan hukum. Diberikan hukum itu dinamakan sebagai tasdiq.
Contoh
: ketika manusia menanggapi hawa yang panas, tergambar (tasawwur) dalam
pemikiran manusia tentang hawa dan panas. Lalu, ada proses penelitian sehingga
kita tahu keadaan yang sebenar terhadap apa yang kita tasawwur itu. Ia
dinamakan sebagai tasdiq. (17)
Pada
sisi tasawwur dan tasdiq itu pula, ia terbahagi kepada dua;
1.
Badihi - terhasil
tanpa fikir dan nazr
2.
Iktisabi - terhasil
dengan fikir dan nazr.
-
dalam komentar mutahhari, badihi adalah dimaklumi dengan sendirinya, sedangkan
iktisabi adalah yang maklum melalui perantara hal atau hal2 lain.
-
badihi, menjadi maklum tanpa memerlukan pemikiran, sedangkan iktisabi, menjadi
faham dengan keperluan berfikir. (18)
Dengan
maksud, ia akan jadi begini;
1.
Tasawwur badihi -
tasawwur iktisabi
2.
Tasdiq badihi -
tasdiq iktisabi
Contoh
:
1- hawa panas (tasawwur badihi) - pastu mengkaji dan meneliti hawa
panas (tasdiq badihi)
2-
jin dan malaikat (
tasawwur iktisabi) - pastu meneliti dan mengkaji tentang jin dan malaikat
(tasdiq iktisabi) (18-19)
Menurut mutahhari,
apabila perbincangan mantik, perkara besar perlu dibincangkan adalah;
1.
Kulli
2.
Juzie
Dalam kupasan
mutahhari lagi, apabila disebut kulli dan juzie, perkara yang perlu
diperhatikan adalah pada tajuk yang dikenali sebagai nisab al-Arba'ah. Iaitu;
1.
Tabayun
Iaitu,
antara dua kulli (atau lebih) didapati dalamnya ada juzie masing-masing. Namun,
dalam juzie dalam kulli pertama tidak sama dengan juzie pada kulli yang kedua.
(25)
Contoh
: haiwan adalah kullinya. Dalam haiwan itu, ada dua juzie, iaitu manusia dan
binatang. Setiap juzie (manusia dan binatang) berbeda antara satu dengan yang
lain. (26)
2-
tasawi
Antara
dua kulli, punyai juzie yang sama kedua-duanya. (25)
Contoh
: haiwan adalah kullinya. Dalam haiwan itu, ada dua juzie, iaitu manusia dan
makhluk boleh berfikir. Antara manusia dengan makhluk boleh berfikir,
kedua-dunya adalah sama. (26)
3-
al-am wa al-Khas mutlaq
Antara
dua kulli, salah satu kulli boleh diletakan di bawah kulli satu lagi (menjadi
juzie). (25)
Contoh
: haiwan dan manusia. Haiwan adalah kulli, dalam maksud di bawahnya ada
juzie-juzienya tersendiri (binatang, tumbuh - tumbuhan dll). Begitujuga
manusia, kerana juzie bagi manusia adalah ahmad, zaid, Abdullah dll. Namun,
manusia itu sendiri merupakan juzie bagi haiwan. (26)
4-
al-Am wa al-Khas min Wajhin
Dua
kulli, yang kedua-duanya boleh diterap di bawah masing-masing. Juzie dalam
kulli pertama boleh diterapkan pada kandungan kulli kedua, dan juzie pada kulli
kedua boleh diterapkan dibawah kulli pertama. (25)
Contoh
: manusia dan putih. Manusia itu adalah kulli, sedangkan juzie di bawahnya
adalah ahmad, abdullah, zaid dll. Begitujuga putih, ia adalah kulli yang juzie
di bawahnya adalah manusia, lembu, kambing dll. (25)
Ada
manusia yang putih, sepertimana ada kambing dan lembu yang putih. Tetapi, putih
itu, tidak semestinya khusus pada manusia, disebabkan ada manusia yang hitam,
sawo matang dll. (26)
#Mantiqmutahhari
Menurut mutahhari,
Segi-segi yang berlaku dalam qadiyyah adalah seperti berikut;
1.
Tanaqudh
2.
Tadhad
3.
Dukhul taht tadhad
4. Tadakhul. (57)
TANAQUDH
kalau
salah satu benar, sudah pasti satu lagi adalah salah.
*Mustahil
dua-dua salah, dan mustahil kedua-dua benar. (58)
TADHAD
Salah
satunya salah, dan salah satunya tidak semestinya benar, tetapi memungkinkan
benar.
Namun,
kedua-duanya mungkin salah, tetapi mustahil kedua-duanya benar.
DUKHUL
TAHT TADHAD
Salah
satunya benar, dan satu lagi tidak semestinya salah.
Namun,
kedua-duanya mungkin benar, tetapi mustahil kedua-duanya salah. (60)
TADAKHUL
Juzie
berada dalam kulli. Jika kulli benar, maka juzie mesti benar. Namun, jika juzie
salah, tidak semestinya kulli juga salah (mungkin juga benar). (61)
#mantiqmutahhari
AKS
aks
terbahagi kepada dua;
1.
Mustawi
2.
Naqidh (69)
MUSTAWI
Pembalikan
antara maudhuk dengan mahmul.
contoh:
*Manusia itu haiwan,
*Manusia itu haiwan,
*Haiwan
itu manusia.
NAQIDH
Naqidh
ada dua maksud:
1.
Maudhuk dan mahmul,
masing saling menggantikan.
contoh
:
*Manusia
adalah haiwan, (+ / +)
*yang
bukan haiwan adalah bukan manusia. (- / -)
2.
Mahmul ganti posisi
maudhuk - maudhuk ganti posisi mahmul.
Contoh
:
*Manusia
adalah haiwan (+ / +)
*Tidaklah
yang bukan haiwan itu manusia ( - / +) (69)
#Mantiqmutahhari
Menurut kupasan
mutahhari, hujjah itu ada tiga jenis;
1.
Dari juzie kepada
juzie. (Di kalangan ahli mantiq, ia dikenal sebagai tamsil (analogi), tetapi
dikenali di kalangan ahli usul al-Fiqh sebagai qiyas)
2.
Dari juzie kepada
kulli (istiqra)
3.
Dari kulli kepada
juzie (Qiyas) (74 - 75)
#mantiqmutahhari
Menurut
mutahhari, qiyas adalah pekerjaan berfikir atau gerakan berfikir yang bertitik
dari maklum menuju kepada majhul, lalu mengubah perkara majhul itu kepada
maklum. (89)
Menurut
mutahhari, mantik itu dilihat oleh ahlinya dengan dua sudut;
1. Dari segi kebenaran
2.Dari
segi keuntungan dan kegunaan.
Dalam keadaan begitu, tidak dinafikan cukup banyak yang menolak tanggapan bahawa mantik itu boleh mencapai kepada kebenaran dan keuntungan.
Antara tokoh di kalangan sarjana muslim yang menolak; Ibn Taimiyyah (al-Rad 'ala al-Mantiqi); Al-Sayuti (Shaun al-Mantiqi wa al-Kalam 'an mantiqi wa al-Kalam); amin astarabadi - seorang syiah akhbari (al-Fawaid al-Madaiyah). (91)
Di kalangan eropah pula, Francis bacon, Rene Descartes, John Stuart Mill dan Bertrand Russel. (92)
#mantiqmutahhari
Dalam huraian
Mutahhari, berfikir itu perlu kepada perkara berikut;
1.
Pemikiran menerima
gambaran dari luar. Ia sepeti kamera yang memantulkan gambar-gambar pada
permukaan filem. Sifat pemikiran ketika itu adalah reaksi dan menerima. (93)
2.
Kemudian :
mengumpulkan serangkai gambaran dari jalur pancaindera. Kerja pemikiran ketika
ini adalah recall dan mengingati balik apa yang pernah digambarkan dahulu.
Proses memanggil itu
tidak semestinya dengan aturan, malahan kadangkala Ia datang dalam keadaan yang
terabur.
Faktor
psikologi, muzik dan sebagainya amat berguna dalam proses mengingat kembali
tersebut. (94)
3.
Tajziah
(penghuraian) dan Tarkib (penyusunan). Iaitu, menghuraikan setiap satu gambaran
yang terpamer, kemudian menyusun balik semua perkara tersebut. (94)
Cara
penghuraian itu pula, ia terjadi dengan dua cara; (1) menghuraikan satu
gambaran menjadi beberapa gambaran. (2) menghuraikan satu gambaran menjadi
beberapa erti.
Contoh:
(dari satu gambaran menjadi banyak gambaran) adalah huraian satu badan punyai
serangkai anggota. Fikiran ketika menghuraikan itu terkadang menggabungkannya
dengan serangkai perkara.
Contoh
: (dari satu gambaran menjadi berbagai erti) melihat gambaran itu dengan garis
kuantiti berdimensi tunggal yang bersambungan dengan perkara yang lain.
kadangkala
fikiran merangkumkan semua gambaran yang banyak menjadi satu, seperti tergambar
dalam pemikiran seekor kuda yang berkepala manusia. (95)
4.
Tajrid (abstrak) dan
takmim (general), iaitu abstrakkan (tajrid) semua gambaran - gambaran yang ada
dalam pemikirannya, iaitu membuat elemen yang tidak penting dan bentukkan
(takmim) sebuah gambaran kulli dari sejumlah gambaran juzie yang didapatinya.
(95)
Contoh
: pancaindera menanggapi gambaran husin, ahmad, zaid dll, lalu diabstrakkan dan
di generalkan dengan satu gambaran, iaitu manusia. (96)
5.
Tafakkur dan
berhujjah. Iaitu hubungkan serangkaian perkara maklum untuk menemukan sesuatu
yang majhul. Dalam bahasa yang lain, Tafakkur adalah proses mengahwinkan dan
kembangkan antara pemikiran.
Tafakkur
seperti tarkib, iaitu tarkib yang subur dan menghasilkan. (96)
#mantiqmutahhari
Kupas mutahhari,
perbedaan antara empiris dengan rasionalis adalah;
Empiris
- berhubungan langsung dengan alam luar melalui pancaindera adalah cara tunggal
menambah maklum. Satu - satunya cara itu adalah dengan eksperimen. (96)
Rasionalis
- eksperimen bukan satu2nya cara menambah maklum, tetapi ia salah satu sahaja.
Dengan maksud, ada cara lain lagi untuk mencapai maklum itu, antaranya
menghubungkan serangkaian maklum dalam rangka hasilkan maklumat lain. Ia samada
dinamakan sebagai had, qiyas atau burhan. (97)
#mantiqmutahhari
Menurut mutahhari, tujuan qias ada beberapa tujuan, iaitu;
1. BURHAN (yakini)
Ia terdiri dari;
pertama : mahsusat (pengamatan inderawi) -
matahari adalah benda yang menyinari.
kedua : Mujarrabat (eksperimen) –
kedua : Mujarrabat (eksperimen) –
ketiga : badihiyat (secara pasti) - 1 + 1 = 2 (129)
(P)
Keempat : mutawatirat - di tengah masjid haram, ada kaabah.
Kelima : musyahadah (lihat) - bulan itu bentuknya bulat.
keenam : wujdaniyyah - lapar sebab tak makan.
2. JADAL
Contoh : debat antara imam ridha (imam syiah) dengan seorang ilmuan kristian tentang Nabi Isa itu tuhan atau makhluk.
imam ridha : "Nabi Isa itu sepatutnya baik kecuali satu perkara sahaja, iaitu beliau tidak sukai ibadat"
Ilmuan kristian : "sangat menghairankan engkau mengatakan hal semacam itu, baginda orang yang paling kuat melakukan ibadat di kalangan masyarakat"
Imam ridha : "isa beribadat pada siapa? Bukankah ibadat merupakan dalil bagi kehambaan? Bukankah beribadat merupakan dalil bahawa isa bukan Tuhan?". (130)
3. KHITABAH
Memaksa lawan untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu pekerjaan.
Contoh :
pembohong itu hina di mata masyarakat - penakut itu tidak berjaya.
4. SYIIR
4. SYIIR
Terdapat elemen emosi dalam imaginasi (tasawwurat). Tasawwurat membangkitkan emosi. (131)
5. MUGHALATAH/SAFSATHAH
Ia terbahagi kepada dua:
1.
Lafzi
2.
Maknawi
contoh :
* nasib
budi malang
* malang
itu kota madya
** nasib
budi adalah kota madya. (132)
No comments:
Post a Comment