Tuesday 28 May 2013

TIADA WILAYAH FAQEH DALAM SUNNI (3)


Dalam syiah, asas pemimpin itu mesti “ayatolah” atau dalam istilah melayu disebut sebagai “agamawan”, sedangkan dalam sunni, kepimpinan itu hendaklah ada dua; Qawi dan Amin.  Iaitu, mempunyai kemampuan mentadbir dan amanah. Dalam erti kata yang lain, seseorang  setahap ayatollah atau agamawan tidak semestinya layak menjadi pemimpin, jika dua perkara ini tidak wujud dalam dirinya.

Abu Zar al-Ghiffari pernah dinasihati oleh nabi SAW;

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا


Maksudnya;
            “Wahai Abu Zar, kamu adalah lemah.  Ia (jawatan) adalah amanah. Ia pada hari kiamat adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang memegangnya dengan sebenarnya dan menunaikan seperti kehendaknya” (Muslim, hadis no : 3404)

Dalam membahaskan maksud “lemah”, al-Imam al-Nawawi menyatakan;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل عَظِيم فِي اِجْتِنَاب الْوِلَايَات ، لَا سِيَّمَا لِمَنْ كَانَ فِيهِ ضَعْف عَنْ الْقِيَام بِوَظَائِفِ تِلْكَ الْوِلَايَة

Maksudnya;
            “Hadis ini adalah asal yang besar bagi menghindarkan dari kepimpinan, terutama bagi mereka yang ada kelemahan dari sudut melaksanakan tanggungjawab kepimpinan itu” (Syarh al-Muslim, jld 6, hlmn 296)

Adapun contoh orang yang mempunyai kemampuan dan amanah itu adalah sepertimana permintaan jawatan oleh Nabi Yusuf yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
            “Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf, ayat 55)


Nabi Yusuf AS layak memegang jawatan kerana beliau mempunyai dua sifat utama; iaitu Qawi dan Amanah. Allah SWT menyatakan bahawa Nabi Yusuf mendakwa bahawa dirinya ‘Alim, aiitu mengetahui. Ibn Kathir menyatakan, maksud dengan mengetahui itu adalah;

ذو علم وبصرَ بما يتولاه

Maksudnya;
            “Iaitu orang yang mempunyai pengetahuan dan pandangan terhadap apa yang dia pimpinkan” (Ibn Kathir, jld 4, hlmn 395)


Dengan erti kata lain, jika seseorang itu sekadar agamawan atau ayatollah sahaja, tetapi tidak ada kemampuan mentadbir seperti pentadbirannya mendatangkan kerosakan, bukan kebaikan dan kemaslahatan kepada rakyat bawahannya, maka ia tidak layak dilantik sebagai pemimpin mengikut acuan sunni. 


Bersambung….


No comments:

Post a Comment