Friday 8 April 2022

MAQAYIS NAQD MATN AL-HADIS ‘IND AL-ALBANI MIN KHILAL KITABIH “SALSILAH AL-AHADIS AL-DOIFAH WA AL-MAUDU’AH”

 


MAQAYIS NAQD MATN AL-HADIS ‘IND AL-ALBANI MIN KHILAL KITABIH “SALSILAH AL-AHADIS AL-DOIFAH WA AL-MAUDU’AH”

Oleh: Abdul Majid bin Abdullah Mubarakiyyah.

Supervisor: Dr. Mas’ud Falusi.

Terbitan: al-jumhuriyyah al-Jazariiyyah al-Dimokratiyyah al-Sya’biyyah Wizarah al-ta’lim al-‘Ali wa al-bahs al-Ilmi

(Jamiah al-Haj Lakhdhar – Batinah, Kuliah al-Uluim al-Insaniyyah wa al-Ijtimaiyyah, wa al-Ulum al-Islamiyyah) 2013-2014

-         Selesai baca: 20 disember 2021 (downlaod di sini)

 

1.     Naqd (kritik)

-         LUGHAH : AL-ZUBAIDI dan IBN MANZUR : membezakan antara dirham serta keluarkan yang kotor daripadanya. (48)

-         ISTILAH : kata YAHYA BIN MAIN :  ilmu yang membahaskan untuk membezakan antara hadis sahih dari hadis doif; menjelaskan kecacatan dan hukum terhadap perawinya sebagai jarh dan adil dengan lafaz-lafaz tertentu berdasarkan bukti-bukti yang diketahui oleh orang yang berkeahlian dengan ilmu tersebut. (48)

 

2.     KRITIK SANAD : jarh terhadap perawi dengan lisan dan bercakap padanya dari sudut keadilannya dan agamanya. Dari sudut dhobitnya dan hafazannya dan sedarnya. (49)

 

3.     KRITIK MATAN : Riwayat selamat dari sebarang tohmahan pada sebarang perawinya. Para perawinya siqah. Riwayat yang sanadnya dari sudut zahirnya sahih. Tetapi, ulama hadis dan pengkritik bampak bahawa pada riwayat itu terdapat kesalahan. Dia menyatakan kesalahan pada rawi siqah itu tanpa sengaja. Hadis ini dinamakan sebagai Hadis Ma’lul. Hadis Ma’lul adalah hadis yang salah, walaupun perawinya selamat dari sebarang doif. (49)

 

4.     Kritik matan adalah ilmu untuk memastikan kesalahan perawi siqah. Ini keran, dapat diketahui kesalahannya melalui matan hadis yang dia riwayatkan. (50)

 

KEPENTINGAN KRITIK MATAN DI SISI ULAMA HADIS

 

5.     Sejak dari dahulu lagi, ulama hadis menggunakan dua pendekatan untuk kritik hadis:

a.     Sanad – mencari kecacatan pada sanad hadis melibatkan perawi dan sambung atau tidak sanad.

b.     Matan – melihat dari sudut lafaz yang digunakan oleh Nabi, sama ada idraj, atau maqlub, tashif dll. (53)

 

6.     Dari sudut sejarah, ilmu kritik matan hadis wujud sebelum ilmu jarh wa ta’dil dan ilmu kritik sanad. (55)

 

7.     Terdapat beberapa hadis yang kandungan matannya selaras dengan usul agama dan maknanya juga sahih, tetapi sanad hadisnya ada wahi, doif lagi tidak boleh dijadikan hujah. (55)

 

8.     Kritik matan itu sudah berlaku sejak era sahabat lagi. (55)

 

9.     Dibentangkan sesuatu hadis dengan usul agama. Jika selaras, sahabat terima . Jika bercanggah, maka mereka tinggalkan hadis itu. (56)

-         Dalilnya : tindakan Saidina Umar yang tidak menerima penyataan Fatimah binti Qais. (56)

-         Dalil 2 : terdapat banyak riwayat bahawa Aisyah menolak sesuatu pemberitaan yang bercanggah dengan usul, bukan kerana kelemahan perawi. Al-Zarkashi ada karang kitab secara khusus dalam hal ini (56)

-         Dalil 3: Ibn Abbas cerita kepada Aisyah bahawa dia dengar Umar bagitahu bahawa Nabi saw ada bersabda: “Seseorang itu diazab dengan menangis ahli keluarganya”. Hal itu dibantah oleh Aisyah dengan menyatakan bahawa nabi saw kata: Allah menambah azab kepada orang kafir dengan sebab ahli keluarganya tangisi kematiannya”. Aisyah membandingka pula dengan firman Allah dari surah al-An’am :166) (57)

 

10. Era Tabiin juga berlaku kritikan hadis dari sudut matan:

a.     Bukti : Ibrahim al-Nakhaie tolak sesuatu hadis riwayat Abu Hurairah dengan alasan ia pernah dilakukan oleh sahabat.

b.     Bukti 2 : Al-Nakhaie kata : hadis anak zina jahat tiga keturunan ini ditolak.

c.      Bukti 3 : al-nakhaie tolak hadis Fatimah binti Qais.

d.     Bukti 4 : al-Nakhaie tolak hadis saksi dan sumpah dengan alasan ia bercanggah dengan al-Quran.

e.     Bukti 5 : al-Nakhaie tolak qunut subuh dengan alasan bahawa kenapa ia tidak dilakukan oleh ramai sahabat (umum balwa). (59)

 

11.Perkembangan kritik matan hadis era tabi al-Tabiin.

a.     Sebab :

                                                              i.       Pada ketika itu, tersebar pelbagai fahaman sesat, seperti rafidhah, zindiq.

                                                            ii.      Berlaku kepelbagaian mazhab.

                                                          iii.      Tersebar banyak hadis mursal dan munqati’.

 

b.     Bukti :

                                                              i.      Imam malik buat dhawabit dan kayu ukur untuk kenal pasti hadis diterima dan ditolak. Berlaku pada kurun 2. (59)

                                                            ii.      Imam Malik menilai hadis yang nabi melarang makan burung berkuku; pada beliau, ia ditolak kerana bercanggah dengan ayat al-Quran – Surah al-An’am, ayat 146.

                                                          iii.      Imam malik menolak hadis yang menyebut keizinan makan daging kuda dengan alasan ayat al-Quran menyatakan bahawa kuda itu sebagai kenderaan dan perhiasan, bukan makanan – surah al-Nahli, ayat 8. (60)

 

12.Kritik matan hadis di era pembukuan.

a.     Imam muslim (256 H) pernah kata dalam kitab AL-TAMYIZ : nak tau kesalahan perawi itu ada du acara :

                                                              i.      Perawi itu nukilkan hadis dengan menisbahkan kepada seseorang, tetapi bila diteliti dari bandingan yang lain, didapati berbeza.

                                                            ii.      Apabila sesuatu hadis sanad dan matan itu diriwayatkan oleh seseorang hafiz seperti al-Zuhri. Lalu, orang kemudiannya meriwayatkan hadis yang sama, tetapi didapati ada perbezaan seperti ada maqlub pada sanad. (60)

b.     Ibn abi Hatim (328) nak tau sesuatu perkataan itu benar-benar hadis adalah dipastikan pada matan yang digunakan itu benar-benar perkataan yang layak diungkapkan oleh seseorang nabi. (61)

c.      Dalam ilmu ilal al-hadis, ada beberapa ungkapan yang merujuk kepada kecacatan berlaku pada matan, seperti perkataan منكر المتن, مضطرب, غريب المتن, لا يطمئن له القلب (61)

o   Contohnya : hadis Ibn Abbas bahawa seseorang lelaki tanya nabi bahawa dia mahu buat haji untuk bapanya. Nabi saw kata, boleh, walaupun kamu tidak tahu bertambah kebaikan atau tidak bertambah keburukan.

o   Ibn Abd al-Bar kata : hadis ini tafarrud, iaitu hanya dari jalur Abdul Razak sahaja.

o   Lafaz mungkar, sebab tidak seiras dengan perkataan nabi, iaitu apabila tidak dapat diketahui apakah sesuatu perbuatan itu bermanfaat ataupun tidak bermanfaat. (62)

 

13.Kritik matan pada hadis-hadis palsu.

a.     Sebab :

                                                              i.      Ada perawi yang sariqah hadis.

                                                            ii.      Pemalsu hadis meletak sanad yang elok pada matan yang mungkar.

 

b.     Bukti-bukti:

                                                              i.      Ulama hadis seperti Ibn al-Jawzi ada tulis kitab berkenaan hadis palsu yang diketahui melalui matan – kitab al-Mawdu’at.

                                                            ii.      Hadis yang ada cerita bahawa Nabi saw ke kubur ibunya, lalu Nabi minta dengan Allah agar dihidupkan ibunya, lalu ibunya itu beriman. Selepas itu, dikembalikan mati semula. Kata ibn al-Jawzi, hadis ini bercanggah:

§  Dengan ayat al-Quran surah al-baqarah ayat 215 : orang yang mati dalam keadaan dia kafir. (62)

§  Dengan hadis bahawa Nabi saw ke kubur ibunya dan minta izin untuk istighfar, tetapi tidak diizinkan oleh Allah. (63)

 

14.Ibn Taimiyyah tolak hadis dengan melihat pada matan:

a.     Hadis yang menyatakan: Cela sahabat aku, maka ia adalah dosa yang tidak terampun. Ibn Taimiyyah kata, hadis ini batil sebab:

                                                              i.      Al-Quran kata, dosa yang tidak terampun adalah syirik sahaja. (al-Nisa’, 48 dan 116)

                                                            ii.      Kalau begitu, ada dosa yang lebih besar berbanding syirik.

                                                          iii.      Kafir harbi pun, apabila mereka cela sahabat, dan bertaubat, Allah terima taubatnya. (63)

 

b.     Hadis : barangsiapa yang buat haji di Baitulllah tanpa ziarah aku, maka dia telah membenci aku. Ibn Taimiyyah tolak dengan alasan:

                                                              i.       Seorang pun ahli ilmu tidak riwayatkan hadis ini.

                                                            ii.      Bercanggah dengan ijmak, kerana membenci Nabi itu adalah dosa besar, bahkan boleh jadi kufur dan nifaq. Hadis nabi saw ada kata bahawa sayang nabi lebih dari ibu bapa dan diri sendiri.

                                                          iii.      Ittifaq ulama, ziarah kubur Nabi bukan wajib. (64)

 

c.      Ibn Taimiyyah kerap sangat menyebut: ini tidak ada dalam kitab orang islam dan sunnah, dan sebagainya. Bahkan ia menyalahi ijmak. (64)

 

15.Ibn al-Qayyim dalam kritik hadis dari sudut matan:

a.     Ada tulis kitab bertajuk “al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Doif”.

b.     Dalam kitab itu, dia ada kata : ada perkara itu diketahui palsu apabila bercanggah dengan hissi seperti hadis ; terung adalah pahala bagi mereka yang makannya. Terung adalah ubat segala penyakit.

c.      Dalam kitab itu juga, dia ada sebut hadis palsu : apabila seorang lelaki bersin ketika meriwayatkan hadis, maka itu adalah bukti benarnya.  (64)

 

16.Ulama selepas Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim:

a.     Ibn Rajab al-Hanbali (795 H) – ada tulis kitab Syarah Ilal al-Tarmizi.

b.     Ada banyak perkataan yang dikatakan perkataan Nabi saw, tetapi kandungannya seperti perkataan ulama fiqh. Contohnya : barangsiapa yang menanam di tanah sesuatu kaum tanpa izin mereka, maka semua kandungan tanaman itu mereka tidak dapat sebarang manfaat, bahkan baginya kena bayar kos. (65)

 

17.Ulama yang tidak terima hadis kecuali dengan sanad:

a.     Ibn Hibban : apabila seseorang faqih yang siqah riwayatkan hadis, aku tidak berhujah dengan riwayatnya. Orang faqih, selalu hafal hadis dari sudut matan, bukan pada sanad. (65)

-         Faqih apabila riwayatkan hadis, kadangkala berlaku tashif, maqlib sanad, marfu’kan hadis mawquf atau mawqufkan hadis mursal.

b.      Ibn Rajab : seseorang faqih, apabila riwayatkan hadis, mereka riwayatkan secara makna. Makanya, tidak patut diterima riwayatnya kecuali kalau selaras dengan riwayat siqah, atau dia ambil hadis itu dari kitab yang dipercayai.

-         Kebiasaan faqih, riwayatkan hadis dengan makna, walhal pemahaman manusia terhadap makna yang dia gunakan itu melahirkan pelbagai pemahaman. (66)

 

PERKEMBANGAN KRITIK MATAN HADIS

 

18.Nak tau sesuatu hadis palsu:

a.     Perawi yang dusta

b.     Riwayat dari perawi yang tidak dusta. (68)

 

19.Definisi sanad (69)

 

20.SYATIBI kata : apabila disebut sanad sebahagian dari agama, tidak bermakna semata-mata tahu haddasani fulan, tetapi mereka maksudkan kena tahu rijal sehingga tidak disandarkan kepada majhul, majruh, muttaham, orang yang tidak siqah. Ia perlu sampai ke darjat ghalabah al-Zann bahawa itu adalah perkataan nabi saw yang boleh disandarkan kepada Syariah. (70)

 

21.Al-Lakhnawi pun kata, semua urusan agama ini perlu ada sanadnya. (70)

 

22.Ulama hadis banyak berpaut pada sanad:

 

a.     Syu’bah kata, setiap hadis yang tidak ada “haddasana wa Haddasana”, ia seperti lelaki yang bersama unta yang tidak ada tali pengekang” (70)

b.     SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ: diketahui kesahihan hadis dengan sahih isnad.

c.      YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN : jangan kamu lihat kepada hadis, tetapi lihatlah pada isnad. (71)

d.     ALBANI : ratusan hadis yang imam hadis doifkan, tetapi makna hadis itu sahih. Sebab itu, perlu teliti pada sanad agar terhindari banyak perkara batil yang disandarkan kepada syarak. (71)

 

23.Isu tengok hadis dari sudut matan?

a.     Kata Imam syafie : mula-mula tengok sanad. Kemudian, dilihat hadis itu dibandingkan dengan yang riwayat yang lebih kuat dan lebih banyak dibuat pendalilan. (72)

b.     Ibn al-Qayyim : boleh tahu hadis dengan matan, iaitu bagi orang yang sedaging dan berbakat dalam dirinya dalam mengetahui sunan, athar, sirah dll. (72)

c.      Bazmul kata : mungkin berlaku hukumkan palsu pada sesuatu hadis yang rawinya adalah tidak pendusta, tetapi terdapat kecatatan (illat) pada sanad yang zahirnya kelihatan sahih. (73)

 

PUNCA LIHAT HADIS DARI SUDUT SANAD***

24.Kenapa kena tengok dari sudut matan?

a.     Riwayat secara makna. (80)

b.     Tashif dan tahrif (83)

c.      Tidak dhobit (85)

 

RIWAYAT SECARA MAKNA***

 

25.Fakta-fakta berkenaan riwayat secara makna:

a.     Abdullah bin Umar popular tegas dalam riwayat dengan lafaz. (81)

حَدَّثَنَا مُصْعَبُ بْنُ سَلَّامٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُوقَةَ، سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ مِنْ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا أَوْ شَهِدَ مَعَهُ مَشْهَدًا، لَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ أَوْ يَعْدُوهُ، قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ يَقُصُّ عَلَى أَهْلِ مَكَّةَ، إِذْ قَالَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ: مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ الْغَنَمِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ نَطَحَتْهَا، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ: لَيْسَ هَكَذَا، فَغَضِبَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ، وَفِي الْمَجْلِسِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ، فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، كَيْفَ قَالَ رَحِمَكَ اللَّهُ؟ فَقَالَ: قَالَ: «مَثَلُ الْمُنَافِقِ مَثَلُ الشَّاةِ بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا» ، فَقَالَ لَهُ: رَحِمَكَ اللَّهُ هُمَا وَاحِدٌ، قَالَ: كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ[1]

b.     Banyak tabiin dan sahabat riwayatkan hadis secara makna. (81)

c.      Antara sahabat nabi yang riwayatkan hadis secara makna. (81)

 

26.Hukum riwayat secara makna:

a.     Pendapat yang membenarkannya. Antaranya YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN, Imam syafie.

b.     Pendapat yang tidak membenarkan. (82)

 

SYARAT-SYARAT RIWAYAT DENGAN  MAKNA***

 

27.Imam syafie tetapkan syarat riwayat dengan makna:

a.     Orang itu siqah dari sudut agama.

b.     Diketahui benar dalam meriwayatkan hadis.

c.      Dia faham apa yang dia riwayatkan.

d.     Dia tahu lafaz yang boleh mengubah makna.

e.     Lafaz yang digunakan tepat dengan makna hadis yang dikehendaki oleh Nabi.

*Kalau tidak kerana syarat-syarat ini, bimbang boleh berubah halal kepada haram, haram kepada halal; dan boleh lari dari pemaknaan hadis yang sebenar.

منها أن يكون مَنْ حدَّثَ به ثِقَةً في دينه، معروفاً بالصِّدق في حديثه، عاقِلاَ لِمَا يُحَدِّثُ به، عالمِاً بما يُحيل مَعَانِيَ الحديث مِنَ اللفظ، وأن يكون ممن يُؤَدِّي الحديث بحروفه كما سَمِعَ، لا يحدث به على المعنى، لأنه إذا حدَّث على المعنى وهو غيرُ  عالمٍ بما يُحِيلُ به معناه: لم يَدْرِ لَعَلَّهُ يُحِيل الحَلاَلَ إلى الحرام، وإذا أدَّاه بحروفه فلم يَبْقَ وجهٌ يُخاف فيه إحالتُهُ الحديثَ، حافظاً إن حدَّث به مِنْ حِفْظِه، حافظاً لكتابه إن حدَّث مِنْ كتابه. إذا شَرِكَ أهلَ الحفظ في حديث وافَقَ حديثَهم، بَرِيًّا مِنْ أنْ يكونَ مُدَلِّساً، يُحَدِّثُ عَن من لقي ما لم يسمعْ منه، ويحدِّثَ عن النبي ما يحدث الثقات خلافَه عن النبي[2]

 

28.Diizinkan riwayat secara makna itu dalam kerangka Dharurat. (82)

 

29.Kata Ibn Ma’in : Dhobit ada dua:

a.      Hati

b.     Kitab. (85)

 

30.Untuk nak tahu dhobit rawi adalah dengan membandingkan matan hadis riwayat dia dengan riwayat para siqah yang terkenal dengan dhobit, itqan dan hafal hadis. (86)

 

HADIS ADA ILLAT***

 

31.Illat adalah sebab tercela yang tersembunyi dalam pada melihat pada zahir hadisnya kelihatan selamat; iaitu apabila dilihat pada sanad yang pada zahirnya sudah cukup segala syarat-syarat sahih. (88)

 

32.SAYUTI (TADRIB AL-RAWI) : Illat boleh berlaku pada matan juga, sepertimana berlaku sanad. Berlaku pada sanad itu lebih banyak. (88)

 

33.Nak tengok illat, perlu ada dua perkara:

a.      Tafarrud

b.     Ikhtilaf. (90)

 

ILLAT DENGAN TAFARRUD***

34.Definisi tafarrud : seorang perawi sahaja meriwayatkan sesuatu hadis tanpa ada yang lain turut sama dengannya. (91)

-         Kata IMAM MUSLIM : ziyadah dalam hadis-hadis tidak berlaku kecuali dari huffaz yang jarang berlaku waham pada hafazannya. (94)

-         Kata IBN RAJAB : banyak para Huffaz terdahulu anggap hadis yang taraffud dan tidak ada mutaba-ah sebagai hadis illat. Kecuali, jika perawi hadis tafarrud itu terkenal dengan banyak hafalan, terkenal dari sudut adil seperti al-Zuhri. Pun begitu, ada juga berlaku kritikan khusus terhadap riwayatnya. (94)

 

35.Lafaz yang sering digunakan untuk hadis tafarrud:

a.      تفرد به فلان

b.    لا يتابع عليه

c.      هذا حديث غريب

d.    هذا حديث فرد   (90)

 

36.Tafarrud terbahagi kepada dua:

a.     تفرد مطلق

b.    تفرد نسبي (91)

 

37.Tafarrud mutlak ; hadis yang hanya ada satu sanad sahaja.

 

38.Tafarrud nisbi (Gharib nisbi), sesuatu matan ada banyak sanad, tetapi Gharib pada factor-faktor tertentu:

a.      Dari sudut perawi, iaitu tidak meriwayatkan seseorang rawi kecuali dari rawi itu sahaja.

b.     Dari sudut siqah, iaitu seseorang perawi siqah (A) hanya ambil dari seorang perawi siqah (B) sahaja, sedangkan perawi siqah (B), kadangkala ambil hadis dari perawi lemah.

c.       Dari sudut tafarrud negeri seprti kata: “hadis ini tidak diriwayatkan kecuali ahli basrah sahaja”, atau : hadis ini tidak diriwayatkan Kecuali ahli kufah sahaja”

d.     Tafarrud dari sudut penduduk di sebuah negeri ambil dari penduduk di negeri satu lagi. Seperti kata: “hadis ini diambil oleh ahli hijaz dari penduduk ahli kufah”. (92)

 

39.Hadis gharib (tafarrud):

a.      Jika perawi siqah dan itqan, maka hadisnya SAHIH.

b.     Jika perawi ada cacat pada hafazan dan itqan, maka HASAN.

c.       Kalau tidak siqah dan tidak itqan, maka hadisnya doif.

d.     Hadis yang sahih dan hasan, tetapi ada qarinah, makai a menjadi illat pada hadis. (93)

 

 

**Sesuatu hadis yang tafarrud yang sahih sanad, maka hadis itu diterima.

 

Namun, jika terdapat qarinah yang menampilkan kecacatan pada hadis (sanad atau matan), maka hadis itu doif (ma’lul).

 

Ini dikupas oleh Ibn al-Solah (94)

 

 

40.Hadis illat hanya berlaku pada hadis tafarrud yang sahih. (94)

 

41.Illat itu seperti dapat tahu hadis mawsul itu sebenarnya mursal, hadis marfu’ itu sebenarnya mawquf, hadis masuk dalam hadis, berlaku waham pada perawi. (94)

 

ILLAT DENGAN IKHTILAF***

 

42.DEFINISI : Sesuatu hadis yang kandungannya berbeza dengan hadis yang sama dalam riwayat lain, sama ada berlaku pada perawi yang sama, ataupun pada perawi yang lain; sama ada berlaku pada sanad ataupun matan, ataupun kedua-duanya sekali. (95)

 

43.Selalu digunakan ayat:

رواه فلان وفلان وخالف فلان

 

44.Illat berlaku, apabila ada qarinah yang menjurus kepada illat pada sesuatu hadis yang sudah sahih pada sanad dan matan. Qarinah itu:

a.      Qarinah dari sudut sanad

b.     Qarinah dari sudut matan (97)

 

45.Qarinah Sanad, ini khusus berlaku dalam kalangan ulama hadis.

 

46.Qarinah matan, ia berlaku dalam Kalangan ulama hadis dan usul. (97)

 

47.Qarinah boleh membawa kepada:

 

a.      Kalau ia mengukuhkan hadis tafarrud, maka hadis itu semakin sahih.

b.     Kalau ia membawa sebaliknya, ia boleh jadikan hadis itu cacat. (98)

 

48.Contoh hadis Tafarrud adalah انما الأعمال بالنية tetapi hadis ini ada qarinah untuk dijadikan ia boleh dijadikan hujah. (98)

 

49.Sesuatu hadis tafarrud:

 

a.      Dari hafiz masyhur lagi siqah, atau imam : maka hadis tafarrud itu sahih.

b.     Dari bukan hafiz, atau tidak masyhur; itu adalah qarinah bahawa hadis itu ada illat. (98)

 

50.Tidak ada kaedah khusus untuk nak tahu sesuatu hadis itu illat atau tidak. Hanya orang yang mahir sahaja tahu. (99)

 

51.Contoh hadis ada illat sanad dan matan oleh Syaikh Soleh Usaimin:

عَنْ خَالِدٍ، قَالَ: يَعْقُوبُ ابْنُ دُرَيْكٍ: عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ، دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ، فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَالَ: «يَا أَسْمَاءُ، إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا» وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُدَ: «هَذَا مُرْسَلٌ، خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا»[3]

-         Soleh Usaimin kata, hadis ini ada illat dari sudut sanad dan matan.

-         Illat dari sudut sanad, khalid bin Duraik tidak pernah berjumpa dengan Aisyah (sudah disebut oleh Abu Daud). Hadis ini dianggap munqati’.

-         Illat dari sudut matan, Asma’ adalah perempuan yang berakal. Tidak mungkin dia boleh masuk berjumpa dengan Nabi dengan pakaian nipis sehingga dilihat oleh Nabi saw. (100)

-         Hadis ini dilihat illat dari sudut sanad terlebih dahulu. Kemudian, baru dilihat dari sudut matan. (101)

 

QARINAH UNTUK NAK TAU ILLAT DENGAN KAEDAH MUKHALAFAH

 

52.Factor nak tolak hadis adalah apabila ada mukhalafah dan ikhtilaf. (101)

 

53.Ikhtilaf tidak muktabar kecuali ada qarinah menggambarkan bahawa rawi ada buat salah. (101)

 

54.Ikhtilaf boleh berlaku pada sanad dan matan. Kalau pada sanad, ikhtilaf berlaku disebabkan penentuan mursal atau mawsul, inqita’ dan ittisal. (101)

 

QARINAH MUKHALAFAH DENGAN AL-QURAN

 

55.Apabila wujud mukhalafah antara al-Quran dan hadis, itu kemungkinan bahawa subut hadis ahad itu ada masalah. (105)

 

56.Tidak berlaku ta’arudh hakiki antara Quran dan hadis kecuali kewujudan hukum nasakh dan sebagainya. (105)

 

57.Contoh hadis ahad bercanggah dengan al-Quran:

a.     Hadis riwayat al-nasaie : Fatimah binti Qais telah dicerai oleh suaminya. Dia nak keluar dari rumah. Dia jumpa Nabi. Nabi bagitahu : pindahlah ke rumah sepupu kamu, Amru bin Umm Maktum.

-         Saidina dengar kisah tu, beliau cakap: jika Berjaya datangkan dua orang saksi bahawa mereka dengar dari Nabi, baru aku ikut. Jika tidak, aku tidak akan terima perkara yang bercanggah dengan al-Quran hanya kerana perkataan seorang perempuan. Kata Allah dalam Surah Talak, ayat 1 : Perempuan itu jangan keluar dari rumah mereka. (105)

 

MENYALAHI HADIS AHAD DENGAN SUNNAH YANG MA’RUF.

 

58.Ini adalah perkara besar dalam ilmu ini. Tidak ada kemampuan keciali para huffaz hadis.

 

 

HUKUM HADIS BERDASARKAN TARJIH DALAM IJTIHAD

 

59.Kayu ukur ulama hadis dalam melihat riwayat dan perawi, semua itu terbina atas ijtihad. (110)

 

60.Al-Hakim ada menyebut berkenaan hadis sahih yang ulama khilaf:

 

a.     Hadis mursal. Dianggap sahih oleh Malik, Abi Daifah, Ibrahim al-Nakhaie, Hammad bin Abi Sulaiman, Abu Yusuf, Muhammad bin al-hasan dan beberapa para imam kufah.

b.     Riwayat mudallis apabila mereka tidak menyebut Namanya dalam riwayat (tidak faham) (111)

c.      Terima riwayat syaz, asalkan sahih sanad.

d.     Hadis yang semua ok kecuali dari sudut hafazannya sahaja tidak diketahui. Al-hakim kata, ramai ulama hadis dan fiqh terima ini KECUALI ABU HANIFAH DAN MALIK. (112)

e.     Ulama berbeza pendapat dalam menentukan status adil dan dhobit rawi.

f.       Ulama berbeza pendapat dalam hal riwayat kanak-kanak.

g.      Ulama berbeza pendapat pendefinisian terhadap perawi fasiq.

h.     Ulama berbeza pendapat terhadap perawi dusta yang sudah bertaubat.

i.        Ulama berbeza pendepat dalam hal perawi ahli bid’ah.

j.        Dll. (112)

 

 

61.Imam al-Tarmizi pernah kata, para imam boleh ikhtilaf dalam menentukan status doif pada seseorang perawi.

-         Ibn al-Himmam al-hanafi pun kata : ada syaratnya sama, tetapi aplikasi syarat pula berbeza.

-         IBN HAJAR : ikhtilaf berlaku sebab penentuan itu berasaskan kepada ghalabah al-Zann (113)

-         IBNUL SOLAH : apabila nak aplikasi syarat pada rawi, di situ pelbagai penafsiran berlaku (114)

 

62.Ulama fiqh kadangkala mempunyai syarat-syarat tersendiri dalam menentukan penerimaan sesuatu hadis yang ia berbeza dengan syarat-syarat ulama hadis.

-          Contohnya, HANAFIYYAH kata, hadis mursal dari perawi siqah diterima sepertimana hadis musnad. (114)

-         MALIKIYYAH : menolak hadis yang bercanggah dengan amal ahli Madinah. (114)

 

 

63.Ijtihad seseorang ulama, kadangkala berbeza dengan dahulu. Itu perkara biasa.

-         Umar kata : Kembali kepada kebenaran, lebih baik berbanding kekal atas kebatilan.

-         Abu Hanifah kata kepada Abu Yusuf : jangan kamu tulis setiap apa yang kamu dengar dari aku. Ada perkara yang aku berpendapat pada hari ini dan aku tinggalkannya esok. Aku berpendapat esok, aku tinggalkan lusa.

-         IMAM SYAFEI : setiap isu yang ia sahih dari hadis di sisi ahli hadis yang menyalahi denghan apa aku perkatakan, aku akan rujuk Kembali semasa hidupku dan selepas matiku. (116)

 

64.Albani kata, dia putuskan hukum pada hadis bukan sebab taqlid, tetapi ikut kaedah dan manhaj yang diletakkan oleh Ulama hadis. (117)

 

MANHAJ ALBANI

 

65.Hadis doif berlaku;

a.     Gugur pada sanad

b.     Tohmah pada rawi.

c.      Syaz dan illat. (124)

 

66.Gugur pada sanad:

a.     Zahir

                                                              i.      Muallaq

                                                            ii.      Mursal

                                                          iii.      Mungqati’

                                                          iv.      Mu’dhal.

 

b.     Batin.’

                                                              i.      Tadlis

                                                            ii.      Irsal khafiy. (124)

 

67.Tohmah pada rawi:

a.     Adalah

                                                              i.      Pendustaan

                                                            ii.      Tohmah.

                                                          iii.      Bid’ah

                                                          iv.       Jahalah

                                                            v.      Fasiq.

 

b.     Dhobit

                                                              i.       Buruk hafalan

                                                            ii.      Lalai

                                                          iii.      Waham.

                                                          iv.      Menyalahi ramai siqah.

                                                            v.      Kesalahan berat. (124)

 

68.Tohmah pada riwayat:

a.     Syaz

b.     Illat. (125)

 

69.Nak tahu hadis sahih, kena ada dua unsur:

a.     Isbat

                                                              i.       Sanad bersambung

                                                            ii.      Rawi yang adil

                                                          iii.      Rawi yang dhobit.

 

b.     Nafi

                                                              i.      Tidak syaz

                                                            ii.      Tidak illat. (125)

 

70.Albani kata : mudallis tidak diterima kecuali diberitahu secara sareh bahawa dia dengar. Ini pendapat jumhur.

-         Pendapat Ibn Hazm – Mudallis tidak boleh diterima langsung. (127)

 

71.Albani kata, syaz berlaku pada sanad dan matan. (130)

 

72.Tafarrud ini ada dua:

a.     Illat yang tercela – dalam sanad hadis itu ada perawi yang tidak siqah dan tidak tidak dhobit.

b.     Illat tidak tercela – dalam sanad hadis itu ada perawi yang siqah dan dhobit.

*contoh hadis tafarrud yang ada perawi siqah adalah hadis niat. (131)

 

73.Antara cara untuk nak tahu tahap dhobit seseorang perawi adalah manhaj kritik matan hadis. Apabila seseorang perawi siqah itu meriwayatkan sesuatu hadis yang didapati bercanggah dengan hadis yang sekian ramai siqah, itu tandanya perawi siqah terbabit ada masalah dhobit. (133)

 

74.Contoh hadis bukhari yang albani kata doif. (136)

 

75.Albani tolak riwayat Imam Abu Hanifah dengan alasan imam Abu Hanifah tidak dhobit.

-         Albani senaraikan 14 imam yang pertikaikan dhobit Abu Hanifah (140)

 

76.Imam Muslim ada sebut berkenaan beberapa orang ulama yang selalu membawakan riwayat palsu, tetapi mereka bukan sengaja. (141)

 

 

P : ada imam-imam besar seperti Abu Hanifah, dengan manhajnya yang berbeza dengan manhaj ulama hadis menjadikan beliau dianggap sebagai tidak siqah. Seperti Albani kemukakan 14 imam hadis termasuk bukhari dan Muslim yang menolak Abu Hanifah.

 

Pun begitu, terdapat juga ulama fiqh yang terima seperti al-Imam al-Syafie pernah memuji al-Imam Abu hanifah.

 

 

77.Komen Albani berkenaan Abdullah bin Lahi-‘ah:

a.     Dia buruk hafalan kecuali pada ubadalah.

b.     Dia tidak sengaja melakukan kesilapan. Ia berfaktor buruk hafalan.

c.      Hadis dia tidak diterima kecuali ada mutaba-ah dan syawahid. (144)

 

78.Ibn Kathir pernah waham. Hadis riwayat Ibn kathir yang waham, dikritik oleh albani. (146)

 

79.Contoh hadis dianggap palsu kerana matan. Iaitu, hadis riwayat Ahmad bahawa nabi saw kata: orang fakir masuk syurga lebih awal berbanding para nabi selama 40 tahun.

-         Albani kata, ia palsu dari sudut sanad dan matan.

-         Kata albani, dalam riwayat tarmizi, tidak disebut kata الأنبياء, tetapi guna kata الأغنياء. (156)

 

 

**P: Pendekatan kritik matan hadis ada dua pendekatan:

a.     Kritik matan hadis dilakukan setelah didapati sanad sudah cacat. Ini adalah pendekatan sebilangan besar ulama hadis seperti al-Syafie dan albani.

b.     Kritik matan hadis dilakukan walaupun didapati sanad sahih sekalipun. Justeru, sanad yang sahih tidak menjadikan sesuatu hadis itu sahih jika matan hadis terdapat kecacatan. Ini adalah pendekatan sebilangan ulama seperti al-Hanafi, al-Maliki dan sebagainya.

 

 

 

KRITIK MATAN HADIS DI SISI ALBANI

 

80.Hadis terbuka kepada kritikan jika:

a.     Tafarrud

b.     Mukhalafah. (159)

 

81.Albani hanya tolak 5 hadis sahaja disebabkan matan berbanding 7 rabu hadis yang dia teliti. (160)

 

82.Antara hadis yang ditolak oleh albani disebabkan matan adalah:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، - وَاللَّفْظُ لِلْحَسَنِ - قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا وَقَعَتِ الْفَأْرَةُ فِي السَّمْنِ فَإِنْ كَانَ جَامِدًا فَأَلْقُوهَا، وَمَا حَوْلَهَا، وَإِنْ كَانَ مَائِعًا فَلَا تَقْرَبُوهُ» - ابو داود, 3842, بَابٌ فِي الْفَأْرَةِ تَقَعُ فِي السَّمْنِ

-         Kata albani : sanadnya nampak sahih, tetapi tidak begitu. Hal ini disebabkan oleh perawi bernama Ma’mar itu; walaupun dia siqah, tetapi sanadnya menyalahi dengan matannya.

-         Kata Albani, dalam sekian banyak riwayat hadis berkaitan, hanya riwayat Ma’mar sahaja ada tambahan: كَانَ جَامِدًا فَأَلْقُوهَا (163)

-         P| ini dah macam tajuk الزيادة علي الثقة

 

 

83.Antara contoh lain, Albani tolak kerana melihat pada matan:

 

«الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ وَلَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقٌّ عَظِيمٌ وَلَكُمْ مِثْلُ ذَلِكَ فَأَطِيعُوهُمْ مَا عَمِلُوا بِثَلَاثٍ إِذَا حَكَمُوا عَدَلُوا، وَإِذَا اسْتُرْحِمُوا رَحِمُوا، وَإِذَا عَاهَدُوا أَوْفُوا وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ مِنْهُمْ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»[4]

-         Albani anggap, hadis ini munkar kerana ada idhtirab pada sanad dan matan, serta ada jahalah. (172)

-         Dalam banyak matan, tidak ada kata عظيم dan فأطيعوهم

 

 

*** Dalam manhaj ahli Hadis, bukan tidak ada melihat hadis dari sudut matan. Tetapi, melihat itu dalam kerangka untuk mengetahui mudraj dan sebagainya.

 

 

84.Contoh-contoh hadis maqlub:

-         Hadis yang menyebut bahawa Nabi saw bertasbih dengan menggunakan anak batu.

-         Hadis ini maqlub dari hadis sahih bahawa Abdullah bin Amru berkata: aku lihat nabi saw membilang tasbih dengan tangan kanannya” (Abu Daud).

-         Dalam Abu Daud, Nabi saw menyuruh perempuan menghitung dengan jari-jarinya”. (185)

 

HADIS MUNGKAR

 

85.Ta’rif:

a.     MUSLIM: hadis yang diriwayatkan bercanggah dengan riwayat orang yang lebih hafaz dan redha. Bercanggah itu sehingga tidak dapat diseragamkan.

b.     BARDIJI: hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi, tidak diketahui matan hadis itu kecuiali dari dia sahaja; tidak dketahui wajah kecuali dari wajahnya sahaja.

c.      ABU HATIM AL-RAZI: dibandingkan hadis sahih dengan adalah perawi. Kalahnya itu patut dengan kalam nabi, diketahui cacatnya itu dengan tafarrudnya dalam pada dia tidak sahih dari sudut keadilan dalam periwayatannya. (195-196)

d.     ALBANI: matan hadis oleh seorang perawi doif bercanggah dengan riwayat sekian ramai rawi yang siqah. (196)

 

86.Hadis syaz:

-         Definisi Albani sama dengan al-syafie: iaitu, hadis yang diriwayatkan oleh siqah, tetapi bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan siqah yang ramai, ataupun bercanggah dengan perawi yang lebih siqah.

-         Definisi ini berbeza bagi definisi Hakim al-Naisaburi: syaz adalah hadis yang diriwayatkan oleh siqah secara tafarrud tanpa ada mutaba-ah dan syawahid. (204)

 

87.SAYUTI: hadis palsu berlaku pada dua bentuk:

a.     Disengajakan.

b.     Tersalah tanpa disengajakan, seperti ikhtilat dan idhtirab. (212)

 

88.Contoh hadis palsu yang tidak disengajakan: “Barangsiapa yang banyak solat malam, wajahnya akan berseri pada waktu siang”

-         Ini bukan hadis Nabi, tetapi perkataan Syarik bin Abdillah al-Nakgaie yang siqah.

-         Dia kata macam tu ketika melihat Sabit bin Musa al-Zahid.

-         Ramai anggap, itu adalah perkataan Nabi, walhal itu perkataan dia. (212) – (228)

 

89.Hadis: “apabila hina arab, maka hina Islam”.

-         Ada dalam kitab Akhbar Asbahan, riwayat Abu Nu’aim.

-         Hadis ini palsu.

-         Albani kritik dari sudut matan: islam tidak mulia dengan sebab dikaitkan dengan arab. Buktinya berlaku di era osmaniyyah. (218)

 

90.Hadis: barangsiapa angkat dua tangan ketika sedang solat, maka tiada solat lagi baginya.

-         Hadis ini ada dalam kitab TAZKIRAH AL-MAUDU’AT.

-         Hadis ini adalah palsu, direka oleh Ma’mun bin Ahmad al-Harawi.

-         Albani: dia palsukan hadis ini kerana nak menegakkan mazhabnya, iaitu mazhab Hanafi. (218)

 

91.Hadis: barangsiapa yang membaca dibelakang imam, mulutnya dipenuhi dengan api neraka”

-         Hadis ini ada dalam Tazkirah al-Mawdu’at.

-         Juga dipalsukan oleh Ma’mun bin Ahmad al-harawi.

-         Dia buat begitu, kerana nak tegakkan pendapat mazhab dia, iaitu mazhab Hanafi. (219)

 

92.Hadis: akan ada seorang lelaki dari kalangan umat aku yang disebut Muhammad bin Idris bahwa dia lebih memudharatkan berbanding iblis.  Akan ada seorang lelaki dari kalangan umat aku disebut sebagai Abu hanifah, bahawa dia pelita bagi umat aku”

-         Ada dalam kitab al-Mawdu’at.

-         Dipalsukan oleh Ma’mun atau al-Juwaibari. (220)

 

MANHAJ ALBANI: HADIS AHAD BERCANGGAH DENGAN USUL

 

PERTAMA: BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN

 

93.Contoh: hadis: “dunia adalah haram terhadap ahli akhirat. Akhirat pula haram terhadap ahli Dunia. Dunia dan akhirat haram terhadap ahli Allah”

-         ALBANI: hadis palsu sebab bercanggah dengan al-Quran (Surah al-Baqarah, 28|Allah ciptakan semua yang di dunia ini untuk kamu semuanya/Surah al-‘Araf, ayat 30 | Allah berikan perhiasan dunia kepada manusia).

-         Bagaimana Rasulullah saw haramkan orang mukmin perkara yang Allah halalkan. (231)

-         Albani kata, ini pemalsuan hadis yang dilakukan oleh ahli sufi. (232)

 

94.Hadis: Sahabat aku seperti bintang. Mana-mana dalam kalangan mereka yang kamu ambil dengan perkataannya, maka kamu dapat hidayah.

-         Ibn Hazm kata, ia bercanggah dengan al-Quran. “Jika kamu dapati ia bukan dari sisi Allah, sudah pasti kamu akan dapati banyak bercangga”.

-         Ibn Hazm: sahabat pernah bercanggah sesame mereka.

-         Hujah lain: Nabi saw bercakap dengan wahyu, bukan hawa nafsu. Sahabat boleh sahaja mengikut kehendak hawa nafsu. (232-233)

 

KEDUA: HADIS AHAD BERCANGGAH DENGAN HADIS SAHIH

 

KETIGA: HADIS AHAD BERCANGGAH DENGAN USUL SYARIAH

 

95.Maksud Usul: bercanggah dengan perinsip dan perkara muhkam dalam syariah dan makna-makna yang umum yang difahami dari syariah. (240)

 

96.Contoh hadis: anak itu berdasarkan pengaruh bapanya.

-         Hadis ini palsu.

-         Albani: ayah Nabi Ibrahim kufur. Anak Nabi Noh kufur. (240)

 

 

97.Contoh hadis: “Allah tidak azab orang yang muka cantik”

-         Hadis ini palsu.

-         Albani: bercanggah dengan konsep masuk syurga tidak ada kaitan dengan rupa paras.

-         Al-Quran kata: “Barangsiapa yang beramal dengan kebaikan sebesar zarrah”.

-         Hadis Nabi saw: “Allah tidak lihat pada jasad dan rupa kamu”. (241)

 

98.Hadis: anak zina dihimpunkan pada hari kiamat nanti dengan rupa beruk dan babi”

-         Albani : palsu sebab bercanggah dengan dasar agama. Iaitu firman Allah: seseorang itu tidak tanggung dosa orang lain. (241)

 

KEEMPAT: HADIS AHAD BERCANGGAH DENGAN IJMAK (241)

 

ALBANI LIHAT HADIS DARI SUDUT SANAD

 

99.Hadis: “barangsiapa mendapat anak seramai tiga orang tanpa dia memberi nama Muhammad kepada salah seorang dari kalangan mereka, maka dia jahil.

-         ALBANI: palsu kerana ramai dari kalangan salaf yang punyai anak tiga orang, mereka tidak bubuh nama Muhammad. (246)

 

ALBANI ANGGAP MATAN HADIS ITU DOIF KERANA MENYALAHI KEBIASAAN MANUSIA

 

100.                    Hadis: kebumikan orang mati di tengah-orang orang soleh. Mayat itu tersakiti dengan keburukan jirannya sepertimana orang hidup tersakiti dengan jirannya”

-         ALBANI: sulaiman al-Sukhri adalah kazzab.

-         Illat terselamat azab adalah kerana berjiran dengan orang soleh. Ini ghaib. Ta’lil tidak boleh dengan ghaib. (254)

 

101.                    Hadis: “sekurang-kurang haid adalah tiga hari. Yang paling lama adalah 10 hari”

-         Palsu sebab ada perawi nama AL-‘ALA BIN KATHIR (muttaham bi al-Kizb)

-         IBN TAIMIYYAH: dia batil.

-         SYAUKANI: hadis berkenaan kadar masa haid adalah palsu atau doif. (256)

 

PERKATAAN TIDAK SELARAS DENGAN PERKATAAN NABI

 

102.                    “Kalau Daud dan seluruh manusia di bumi menangis, pasti tidak dapat menandingi tangisan Nabi Adam”.

-         Hadis ini ada dalam al-hilyah, karya Abu Nuaim, Ibn ‘Asakir dari jalur al-Tibrani. Daripada Abu Burdah yang diriwayatkan secara marfu’.

-         Hadis ini palsu.

-         Albani: tidak menyamai dengan kalam kenabian dari sudut melambangkan mubalaghah. (275)

 

PERKATAAN FUQAHA’ DIKATAKAN HADIS  NABI

 

103.                    “kalau Juraij itu faqih dan alim, sudah pasti dia tahu menyahut seruan ibu lebih afdhal berbanding beribadat kepada tuhannya”

-         Ada dalam kitab TARIKH BAGHDAD.

-         Albani kata doif – seakan-akan palsu kerana menyerupai perkataan fuqaha’. (280)

 

 

 



[1] Ahmad, hadis no : 5546

[2] Hlm 369

الكتاب: الرسالة

المؤلف: الشافعي أبو عبد الله محمد بن إدريس بن العباس بن عثمان بن شافع بن عبد المطلب بن عبد مناف المطلبي القرشي المكي (المتوفى: 204هـ)

المحقق: أحمد شاكر

الناشر: مكتبه الحلبي، مصر

الطبعة: الأولى، 1358هـ/1940م

[3] Abu Daud, بَابٌ فِيمَا تُبْدِي الْمَرْأَةُ مِنْ زِينَتِهَا, hadis no : 4104

[4] 201

الكتاب: السنن الواردة في الفتن وغوائلها والساعة وأشراطها

المؤلف: عثمان بن سعيد بن عثمان بن عمر أبو عمرو الداني (المتوفى: 444هـ)

المحقق: د. رضاء الله بن محمد إدريس المباركفوري

الناشر: دار العاصمة - الرياض

الطبعة: الأولى، 1416