Thursday 16 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (15)


Satu hari, Dr Juandajaya memaklumkan kepadaku bahawa beliau akan datang ke Kuala Lumpur. ada satu program yang beliau akan hadir, tetapi diambil kesempatan untuk bertemu mata dengan Tukar tiub aka Hishamuddin Rais. Dia memaklumkan kepadaku untuk pertemuan itu.


Aku memaklumkan kepada Hishamuddin Rais, tetapi Hishamuddin memaklumkan bahawa beliau tidak ada di Kuala Lumpur, kerana pada malam itu beliau ada satu program bertempat di Temerloh. Lalu dirancang mahu berjumpa pada siang keesokkannya, tetapi sekali lagi Hishamuddin memaklumkan tidak sempat kerana melihat kepada kesempatan masa.

Melihat factor masa yang dilihat oleh Hishamuddin Rais itu, Dr Juandajaya menyatakan pujian beliau kepadaku tentang Hishamuddin Rais yang tidak berjanji jika diyakini tidak dapat ditepati.

“walaupun mereka bukan agamawan, tetapi mereka lebih menjaga masa” lebih kurang begitu ungkap Dr Juandajaya dalam sms.

Makanya dirancang pada waktu lain. Aku telah menyusun pertemuan itu. Hishamuddin Rais juga telah bersetuju untuk diadakan pertemuan antara tokoh sosialis itu dengan seorang agamawan berjawatan mufti.

Hishamuddin Rais bertanya kepadaku, di tempat manakah pertemuan mahu dilakukan. Aku menyatakan bahawa biar mufti itu datang tempat Hishamuddin, bukan Hishamuddin ke tempat yang dia mahu. Ini kerana, pertemuan itu atas kehendak mufti, bukan kehendak Hishamuddin.

Aku bersetuju untuk temukan antara mereka berdua di oldtown, brickfield. Iaitu tempat yang digelar oleh Hishamuddin Rais sebagai tempat lepak yang paling cool.


Selepas menyampaikan kuliah maghrib di salah sebuah surau sekitar Selangor, aku terus mengambil Aiman dan Ilhami untuk ambil Dr Juandajaya di salah sebuah hotel yang berhampiran dengan bukit bintang. Sesampai di hotel, aku hantar sms kepada beliau bahawa kami sedang menunggu di luar hotel, dan aku menyuruh Ilhami menjemputnya di lobi hotel.


Sesampai Dr Juandajaya di keretaku, beliau melihat dalam keretaku ada Aiman yang duduk di bahagian belakang kereta. Aku tahu, Juandajaya suka bergurau kasar denganku, kerana melihat perangaiku yang suka bergurau begitu dengan beliau beberapa kali sebelum ini.

“Oi, ramainya jambu kau” Ujar Juandajaya. Itulah kali pertama, Dr Juandajaya berbahasa “aku n kau” denganku.

Dengan nada gurauan, aku berkata, “kalau nak jadi PKR, kena ramai Jambu”.

Aiman dan Ilhami ketawa di belakang dengan jawapanku. Dr Juandajaya pun naik keretaku, yang ketika itu, keretaku sedang memasang lagu hindi. Aku menjeling Juandajaya apabila dia mendengar lagu itu, tetapi dia buat muka selamber jer.

"Dia ni mesti cool punya... " hatiku berbisikan sendiri.

Aku terus memandu laju menuju ke arah brickfield. Memandangkan hari itu adalah malam minggu, laluan jalan agak jem, menjadikan banyak perkara yang kami bualkan pada malam itu.

Bersambung….  




No comments:

Post a Comment