Monday 6 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (4)


Semasa pertemuan pertama kali antara aku dan Dr Juandajaya, aku menganggap Juandajaya adalah seorang yang sememangnya tidak menyukai BN. Lebih-lebih lagi, pertemuan pertama kali itu bersama dengan tokoh-tokoh yang amat dikenali ramai mengkritik dasar-dasar BN, seperti Dr MAZA, Dr Maszlee dan Ustaz Azhar Idrus di Restoran Insaf, Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ketika itu pula, isu yang sedang hangat dibincangkan adalah penggunaan kalimah Allah terhadap non Muslim. Aku, Dr Juandajaya, Dr MAZA dan Dr Maszlee sememangnya bersetuju penggunaan kalimah Allah itu diberikan kepada non Muslim, disebabkan tiada satu nas yang melarang. Adapun hujjah yang melarang dengan alasan uruf amat rapun, disamping hujjah larangan atas alasan sad al-Zarae tidak bermaksud larangan terus, tetapi sudah cukup dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat. Begitulah hujjah aku dihadapan tokoh-tokoh agamawan muda di restoran itu, samping disampuk oleh Dr MAZA dalam bahasa inggeris dengan maksud melayunya, “Ya, itu yang sebenarnya”.


Dr Juandajaya bertanya kepadaku, bagaimana keadaan PAS dalam isu ini. Aku tetap menyatakan bahawa dalam PAS juga ada dua aliran dalam isu ini. Ada aliran yang bersetuju, dan ada aliran tidak bersetuju. Tetapi, keadaan ahli PAS mereka hanya ikut sahaja pimpinan PAS kata apa. Sebab, cara berfikir ahli-ahli PAS ini sama seperti pengikut-pengikut parti lain. Mereka tidak mengkaji, kecuali ikut apa kata pemimpin mereka. Namun, aku tidak nafikan ada yang mempunyai pandangan sendiri dalam isu ini, seperti Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Mujahid dan sebagainya, yang punyai pandangan yang progresif untuk melihat perkembangan islam hebat di Malaysia.

Ketika itu, Dr Juandajaya menyatakan bahawa kehadiran mereka di Kuala Lumpur pada hari itu adalah baru selesai bertemu dengan dua pimpinan utama PAS; Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Perbincangan mereka adalah berkaitan dengan isu kalimah Allah. Beliau juga memberitahu kepadaku bahawa Presiden PAS berjanji bahawa PAS akan mengeluarkan kenyataan pada malam itu untuk nyatakan bahawa keizinan penggunaan kalimah Allah kepada Non Muslim, dan Juandajaya juga nyatakan bahawa beliau ada menyatakan kepada Presiden PAS agar kenyataan itu dibuat dengan dihadiri sama timbalan murshidul Am PAS.

Semasa Dr Juandajaya nyatakan itu, aku tidak tahu bahawa pada malam itu akan ada satu mesyuarat tergembar melibatkan Majlis Syura PAS tentang isu kalimah Allah. Aku mengetahuinya adalah pada pagi esoknya, lebih kurang dalam pukul 4 pagi, apabila ada seseorang rakan yang terlibat dengan dewan Ulama memaklumkan kepadaku keadaan yang berlaku dan keputusan majlis syura ulama pas pada malam itu.

Bersambung….. 


No comments:

Post a Comment