Sunday, 25 October 2026

BUKU: 13 MEI: SEBELUM DAN SELEPAS - TUNKU ABDUL RAHMAN





 BAB 1

1. 6 Jun 1969 : tunku abdul rahman masuk hospital. (1)

2. Pakar mata bernama Dr. Keshmahinger Singh, doktor peribadi bernama Dr. Pillai. Kedua-duanya bersetuju untuk lakukan pembedahan pada mata tunku abdul rahman.

Doktor yang bedah bernama Dr. Redmond Smith, dari Moorefield Hospital, England. (2)

3. Sebelum tulis buku ini tengkuam rahman dah fikir selama 10 hari 10 malam. Sebelum masuk hospital lagi dia telah mengisytiharkan hasrat untuk mahu menulis berkenaan dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya 1969. (3)

4. Tengku sudah berpesan bahawa jangan dinilai tulisannya ini dari sudut kewartawanan dan kesastraan. (3)

5. Selepas tragedi 13 Mei, tengku mengatakan bahawa negara ini telah mencapai dua kejayaan;

A. Menjadi negara merdeka.

B. Berjaya mengalahkan komunis. (4)

6. Selepas penubuhan malaysia tahun 1963, berlaku hubungan tidak baik antara malaysia dan indonesia yang dinamakan sebagai konfrontasi. Tahun 1969, hubungan baik antara malaysia dan indonesia berjaya di jalinkan. (5)



7. Antara sebab selepas merdeka negara ini capai keamanan walaupun berbeza bangsa, tengku mengatakan bahawa semua kaum-kaum yang ada di malaysia menjaga perasaan antara satu dengan yang lain, sama ada perniagaan, pekerjaan atau politik.. (5)

8. Perlembagaan kita adalah menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu. (6)

9. Malaysia bolehlah dikatakan menjalankan demokrasi liberal di semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh ditubuhkan dengan bebas dan bergerak dengan berterang-terang dan parti-parti baru sentiasa muncul secepat itu pula mereka lenyap. Parti perikatan hidup terus untuk mempertahankan demokrasi. (7)

10. Tengku mengakui, selepas merdeka beliau merasakan bahawa beliau adalah perdana menteri yang paling bahagia dalam dunia. Tetapi dengan kejadian 13 mei, beliau merasakan bahawa beliau adalah perdana menteri yang paling tidak berbahagia. (7-8)


11. Tempat-tempat yang berlaku rusuhan 13 mei, banyak tertumpu kepada panggung-panggung wayang, kelab, kedai kedai makan dan tempat hiburan. (8)

KOMENTAR: punya tengku tidak ambil cakna berkenaan dengan kejadian 13 mei di peringkat bawahan, beliau tidak sedar bahawa kejadian itu berlaku rentetan dari demonstrasi beramai-ramai meliputi beberapa kawasan panas.

BAB 2
BAYANGAN MASA LAMPAU

12. Semua pilihanraya sebelum 13 mei telah dijalankan dengan sempurna dalam suasana muhibah dan saling mengerti. Begitu juga pilihan raya yang berlaku pada 10 mei 1969. (10)

13. Semasa kempen pilihanraya pada 10 mei 1969, kempen-kempen pilihanraya, perbuatan-perbuatan liar telah dilakukan dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggungjawab telah dikeluarkan. (11)

14. Pengaruh fahaman komunis. Sebagai perdana menteri, tunku selalu mendapat maklumat-maklumat dan laporan-laporan sulit berkenaan dengan komunis. Dengan itu tengku tidak pernah memperkecilkan pengaruh-pengaruh yang ditanamkan oleh komunis (11)

15. Pada 19 november 1967, satu peristiwa di pulau pinang - gerakan belia Mau Tse-tung. Mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal ke seluruh negara. Tetapi mereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengendahkan seruan mereka. (12)

16. Dalam bulan Jun, 1968, hukuman gantung hampir hendak di jalankan ke atas sebelas orang china yang menjadi anggota parti komunis malaya (PKM) yang telah dihukum bunuh kerana membantu orang-orang sukarno menyerang selatan malaysia. Perintah hukum gantung yang sama juga telah ditandatangani ke atas dua orang melayu di perak. (12)

17. Dr. Tan Chee Khoon yang merupakan ahli parlimen parti buroh bagi kawasan batu telah membuat rayuan untuk menahan hukuman gantung itu. Bersama dengan ahli-ahli parti buruk dan penyokong komunis, dia melancarkan kempen yang besar dari rumah ke rumah, untuk menimbulkan rasa simpati dalam kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu. (12)

18. Rayuan rayuan mereka telah ditolak oleh duli-duli yang maha mulia sultan johor dan perak. (13)

19. Ketika tarikh hukuman telah hampir, di luar penjara pudu di kuala lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu berlaku tunjuk perasaan secara liar yang telah dilaksanakan oleh orang-orang dari kalangan belia komunis. Mereka membaling batu ke atas kereta yang lalu di situ dan menghalang melalui lintas. (13)

20. Untuk mengelak pergaduhan yang lebih besar, tungku telah menghadap kepada duli yang maha mulia sultan johor dan perak, agar hukuman gantung itu ringankan, dan baginda baginda pun telah berkenan menggantikan kepada penjara seumur hidup. (13)

 

BAB 3
PILIHANRAYA UMUM


21. Januari 1969 - ada persidangan perdana menteri perdana menteri komenwelth di London | 20 Mac 1969 - kerajaan isytiharkan pilihanraya akan diadakan pada 10 mei, dan hari penamaan calon ditetapkan pada hari sabtu 15 april. (18)
- pilihan raya di malaysia barat telah ditetapkan pada 10 mei.
- di malaysia timur pula hari-hari mengundi telah ditentukan pada beberapa hari hingga penghujung bulan jun. (20)
- kempen berjalan selama 7 minggu sebelum hari rakyat menentukan pemilihan mereka pada hari membuang undi pada 10 Mei. (20)

22. Pada pilihan raya itu, parti buruh pukul hendak memulau pilihanraya.
- pada hari penamaan calon, polis telah berjumpa dengan 55 bendera komunis di perak, dan pada hari itu pemuda parti buruh di kuala lumpur mengadakan tunjuk perasaan secara mengejut. (19)

23. 6 april 1969 - sebuah skuter yang dipunyai oleh seorang mata-mata telah dijumpai terbakar di ampang. Pada 15 april pula, sebuah kereta ronda polis telah direjam dengan batu di cheras. (19)

24. Hanya sebuah parti sahaja yang bertanding untuk semua kerusi, iaitu parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. (19)

25. Parti-parti lain;
a. PAS - memerintah di negeri kelantan, dengan mempunyai 9 orang wakil dalam parlimen.
b. GERAKAN - dipimpin oleh syed hussein alatas sebagai presiden; doktor lim chong Eu dan V. David sebagai naib presiden dan doktor Tan Cheng Khoon sebagai setiausaha agung.
c. DAP - sebuah cawangan dari parti PAP di Singapura. Goh Hock Guan sebagai setiausaha agung dan lim kit siang sebagai setiausaha penyelenggara.
d. UMCO (pertubuhan cina malaysia bersatu) sebuah parti baru di seremban. Chin See Him sebagai presiden.
e. PPP (parti progresif rakyat) - Datuk S. P. Seenivasagam sebagai Presiden
f. Parti rakyat - sebuah parti yang berfahaman kiri yang dipengerusikan oleh kasim ahmad dan Syed Husin Ali sebagai setiausaha agung. Parti ini meletakkan calonnya dalam pilihan raya majlis undangan 11 buah negeri.
g. Beberapa orang calon-calon bebas. (20)

26. Hari permulaan kempen itu, PAS telah memainkan sentimen perkauman dan agama untuk mendapat sokongan dari orang-orang melayu di negeri-negeri selain dari kelantan di mana mereka telah memegang kuasa. (21)

27. DAP, GERAKAN dan PPP - mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orang cina dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak orang-orang melayu sebagaimana tercatit dalam perlembagaan.
- menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu. (21)

28. Dengan kempen yang luar daripada batas kesopanan, dia telah diambil kesempatan oleh komunis. (21)

29. Beli beli yang mendapat perhatian dari komunis ialah mereka yang mempunyai perasaan ke chinaan yang tebal. Jika tidak pun kesemua, kebanyakan dari mereka menumpahkan taksi mereka ke negeri china. (23)

30. Satu golongan lagi yang terdapat dalam kalangan pemuda-pemuda cina ialah, golongan yang bercita-cita tinggi dan berlagak pandai dan pandai bercakap, yang menggelarkan diri mereka golongan terpelajar, dan baru saja lulus universiti dan sekarang boleh mengundi, iaitu pemuda yang enggan mengakui perimbangan kuasa di antara golongan politik dan golongan ekonomi. (23)
- golongan ini mahu menjadi pemimpin utama bagi orang-orang cina di dalam kedua-dua lapangan politik dan ekonomi di Malaysia. Mereka tidak redha mengakui adanya lagi kekuasaan politik di tangan melayu dan dengan itu mereka berpendapat konsep malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew secucuk dengan cita-cita mereka.
- mereka tidak tertarik hati dengan MCA, iaitu parti politik orang-orang cina yang terbesar yang sentiasa mendapat sokongan yang kuat daripada golongan ahli-ahli perniagaan kaum cina. Mereka merasa MCA telah berkuasa terlalu lama dan sentiasa terlampau bertolak ansur.

- mereka tidak bersetuju dengan dasar MCA yang bekerjasama dengan umno untuk berbentuk sebuah negara malaysia yang bersatu. (24)
- tengku percaya bahawa mereka memberikan taat setia kepada negara china di bawah pemerintahan Mao Tse-Tung. Mereka hanya satu suku dari kalangan masyarakat cina di malaysia, sedangkan tiga suku lagi memang jujur hidup aman dalam negara ini (25).

BAB 4
KONGSI GELAP DAN ORANG-ORANG CINA

31. Kongsi gelap bukan satu gerakan baru di malaysia. Anggota pertubuhan haram itu adalah menjadi sebahagian masyarakat cina. Apa colour kaum cina mendapat kekayaan, masyarakat ini menjadi bertambah besar.
- masyarakat cina dan kongsi gelap bukan sekadar berlaku di malaysia, bahkan berlaku di chicago San Francisco dan london. (26)

32. Sebelum pilihanraya 1969, kongsi gelap tidak pernah mengambil bahagian dalam politik kecuali sedikit sahaja. (26) Dalam pilihanraya tahun 1969, mereka mainkan menjadi lebih penting kerana mereka berada di mana-mana dan ditakuti oleh orang ramai.
- banyak ahli-ahli politik dari orang-orang cina yang memberi kerja kepada mereka, sama ada untuk mengawal keselamatan atau untuk menambah pengaruh dalam kalangan kaum itu. Maka mereka mendapat kedudukan penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama seperti kumpulan sulit mafia di amerika
- pengundi-pengundi telah diugut supaya mengundi kepada calon-calon yang mereka sukai. (27)

33. 5 atau enam tahun sebelum 1969, polis diraja malaysia sentiasa bergerak untuk menentang golongan kongsi gelap ini. Tetapi mereka tidak sangka gerakan ini, bertindak melalui jalan pilihan raya. (28)

34. Sikap anasir komunis dan mereka menimbulkan perasaan anti malaysia. Perasaan inilah yang telah ditonjolkan dalam pilihanraya. (28)

35. Tengku abdul rahman mengakui bahawa dia telah mendapat beberapa surat. Banyak orang-orang cina dan india merasa tidak senang hati ketika bahasa kebangsaan itu mula digunakan.
- memandangkan bahasa melayu telah menjadi asas kepada bahasa kebangsaan, maka cina Chauvinis telah melahirkan perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan sekolah-sekolah dan hospital-hospital yang berasingan dan sebuah universiti untuk orang-orang cina sahaja.
- alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan dalam kantin kantin bangunan yang ada berbagai kaum (28)
- soal makanan seperti makan babi adalah isu kecil sahaja, seperti di sebaliknya adalah golongan chiuvanish itu menentang langkah menjadikan mereka sebagai orang Malaysia. Mereka menentang tujuan ini dan mereka mahu kekal sebagai orang negara china. (29)

36. Negara mengadakan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Maka saya rasa adalah menjadi kewajiban bagi semua orang memberi sumbangan masing-masing bagi menjayakannya sebagai mana yang telah dipersetujui dan dicatitkan di dalam perlembagaan.
- inilah soal yang menyebabkan mca hilang pengaruhnya. Mestilah diakui bahawa dasar perikatan adalah selaras dengan kehendak perlembagaan (29)

37. Keengganan orang-orang cina yang tersebut untuk menyahut seruan supaya terbentuknya satu bangsa malaysia yang bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan ANTI-MELAYU. (29)

38. Dalam pelan raya 1969, pengundi - pengundi Cina yang sebelum ini kuat menyokong umno tetapi kini menyokong PAS. (30)

39. Tengku rasa susah untuk difahami kenapa orang-orang cina boleh menyokong PAS, kerana PAS secara terang-terangan menonjolkan sikap anti-cina. (30)
- tengku menjangkakan bahawa pengundi cina ini mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu agar tidak memberi undi kepada PERIKATAN. (31)

40. Dr. Mahathir pada tahun itu adalah calon PERIKATAN. Beberapa hari sebelum pengundian, Dr. Mahathir menghina orang-orang cina mengatakan bahawa sekalipun orang-orang cina tidak menyokongnya ia masih mempunyai harapan menang.
- Tengku tahu berkenaan kempen Dr. Mahathir itu melalui pengerusi MCA kedah yang bernama datuk doktor Cheah Toon lock (31)

41. Dalam kalangan parti-parti pembangkang. PAS adalah parti yang paling tua. Dalam pilihanraya yang pertama yang diadakan dalam sejarah malaysia iaitu semasa pemerintahan british tahun 1955, PERIKATAN memenangi 501 kerusi, sedangkan PAS memenangi satu kerusi, iaitu di Perak. (32)

42. Tengku mengatakan bahawa, kewujudan PAS adalah tanggungjawab Datuk Onn semasa menjadi YDP UMNO. Kerana ketika itu badan tersebut dinamakan jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untuk menasihatkan UMNO dalam hal ehwal agama

- selepas Datuk Onn meninggalkan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa ini telah menubuhkan parti politik dapat bertanding dalam pilihan raya.

43. 1959, pas berjaya mendapat dua negeri iaitu kelantan dan terengganu.
- tahun 1962, kerajaan pas terengganu dijatuhkan oleh PERIKATAN setelah beberapa orang ahli-ahli majlis mesyuarat parti itu melompat masuk ke dalam PERIKATAN. (33)

44. Pas hanya bergantung pada hal ehwal agama islam untuk mendapatkan sokongan. Single seorang khalifah wanita yang bernama Che Khatijah Sidek yang menjadi ahli parlimen telah mengugut hendak keluar dari pas jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam bulan.
- desakan itu tidak menghasilkan sebarang natijah dan selepas dari itu Che khatijah telah keluar dari gelanggang politik. (33)

BAB 5
TIPU HELAH KEMPEN

44. Dalam pilihanraya tahun 1969, PAS telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kepada umno.
- PAS menuduh UMNO pro-cina dan menjual negara kepada orang-orang cina. Fokus lebih kepada kawasan-kawasan luar bandar dalam negeri-negeri sebelah utara pantai barat (34)
- PAS sebarkan gambar Khair Johari seorang menteri kabinet bersama isterinya memakai pakaian orang cina mandarin. Pakaian itu adalah dipakai oleh Khir Johari semasa dia berada di Hong Kong ketika sambutan selamat tahun baru cina. Pakaian ini ada disediakan di restoran untuk pelancong-pelancong di sana. (35)

45. Semasa kempen pilihan raya 1969, PAS menuduh Tengku orang Siam, walhal mereka tahu bahawa ayah Tengku adalah sultan kedah. Mereka juga menuduh tengku beragama buddha.
- Dalam kempen, PAS sebarkan gambar tengku makan menggunakan chopstick dalam majlis makan cina (37)

46. Tengku tuduh pas pada tahun 1969, dalam pilihanraya itu bahawa pas bersubahat dengan DAP, gerakan dan PPP. (39)

47. Pas berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. (41)
- Tengku mendakwa, kerajaan yang PAS mahu bina adalah kerajaan melayu yang tidak bercampur dengan kaum-kaum lain. (41)

48. Persetujuan telah dicapai semasa merdeka dahulu malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak kebangsaan yang berteraskan melayu. (41)

49. Konsep malaysian malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew antara asbab yang menyebabkan sokongan kepada MIC dan MCA semakin berkurang. (42)

BAB 6
SIDANG ISLAM YANG BERSEJARAH

50. tungku kata: "sungguh pun malaysia bukan sebuah negara yang bercorak agama, tetapi islam ialah agama rasminya" (44)

51. Ketika sedang berlaku kempen pilihanraya 1969, tidak kurang daripada 23 buah negara-negara islam dalam dunia bersidang di kuala lumpur. (44) Iaitu pada April 1969.(49)
- dalam persidangan itu antara perkara yang dibincangkan adalah BAGAIMANA MENENTUKAN WAKTU SEMBAHYANG DI SETENGAH TEMPAT YANG TIDAK ADA MATAHARI dan HUKUM ISLAM DI ATAS PEMINDAHAN ANGGOTA ORANG ISLAM KEPADA ORANG BUKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN SAINS DAN PERUBATAN. (49)

52. Pada tahun 1961, tengku abdul rahman ada menyatakan cita-cita di masjid Woking London, bahawa beliau mahu mengadakan satu badan negara-negara islam yang dipanggil sebagai "Commonwealth islam" (45)

53. Malaysia merupakan pemula bagi pertandingan Al-Quran. Iaitu pada tahun 1960. (47)

BAB 7

UPACARA PENGKEBUMIAN PAHLAWAN MERAH.

54. Dalam pilihanraya 1969, Ucapan berbau perkauman berlaku di sebelah utara malaysia barat. Di sebelah selatan kempen pilihan raya telah berjalan dengan cara yang lembut dan teratur.
- dalam suasana seperti ini pihak komunis telah meresap masuk dalam kalangan mereka. (52)

55. Semasa kempen sedang berjalan, mereka melancarkan kempen menulis dengan cat merah, cogan-cogan kata dan tanda-tanda di atas celah raya dan tembok-tembok merah.
- cogan-cogan kata menggesa setiap orang supaya memulaukan pilihanraya.
- mengandungi perkataan-perkataan yang menyanjung tinggi sifat-sifat dan ajaran Mao Tze Tung.
- menyebarkan risalah-risalah dalam kalangan orang-orang cina untuk menggesa mereka supaya memulakan pilihan raya. (53)

56. 24 April 1969 - dua minggu sebelum hari mengundi. 8:30 malam. Encik kassim omar (pekerja umno) - di kawasan jelutong pulau pinang, dia nampak orang berkumpul. Dia ketika itu naik motor. Dia berhentikan motor kerana menyangka risiko ada kemalangan. Apabila dia pergi hampir dan dia telah dibunuh dengan kejam. Pembunuh pembunuh itu adalah pemuda-pemuda parti buroh. (53)

57. Kerana bimbang berlaku tindak balas, kerajaan telah meminta keluarga si mati dan pemimpin melayu pulau pinang supaya bersabar, dan mereka bersetuju untuk tidak menyebarkan berita pembunuhan supaya komunis tidak akan mendapat kesempatan untuk menghalang pilihanraya. (55)

58. 4 Mei 1969 (10 hari kemudian) - 3 orang mata-mata meronda bertembung dengan pemuda di kepong yang sedang menulis dengan cat tanda-tanda di atas jalan raya. Bila ditegur oleh mata-mata, mereka membalingkan kayu dan besi tajam, kemudian berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama berdekatan.
- tiga mata-mata itu mengekori mereka, rupa-rupanya mereka sudah bersedia untuk bergaduh. Ketika berlaku pergaduhan, pihak matematik terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Salah seorang daripada pemuda itu tercedera. (55)
- pemuda yang tercedera itu akhirnya mati di rumah sakit umum. Namanya Lim Soo Seng, umur 24 tahun.
- keluarganya telah membawa mayatnya untuk disimpan di rumah mayat jalan sultan (tempat yang paling ramai cina di kuala lumpur)
- komunis mengambil kesempatan ini menjadikan pemuda itu sebagai pahlawan menjadi lambang perjuangan mereka. (56)

59. 10 Mei (hari buang undi) - polis menerima permohonan untuk diadakan satu perarakan mayat.
- pemimpin parti buruh kepong bertalu-tali membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumi secara terhormat, maka polis telah bersetuju membenarkan perarakan mayat diadakan pada 9 mei.
- polis meletakkan syarat-syarat yang ketat keizinan perarakan mayat tersebut, seperti bilangannya tidak ramai. (56)

60. Perarakan itu telah menjadi besar yang pernah berlaku dalam sejarah bandar kuala lumpur. Dalam hal ini komunislah yang bertanggungjawab. Perasaan politik komunis yang habis-habis liar.
- sejauh 8 batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian di dalamnya atau menyaksikannya dari kaki lima ataupun di tepi-tepi jalan. (57)

Rakaman kenyataan-kenyataan dari pegawai kanan polis.

(61) Abu bakar bin abdul aziz, pegawai penjaga daerah polis kuala lumpur.
= 7 mei 79, bapak si mati telah dipanggil berjumpa untuk menyiapkan peraturan bagi perarakan anaknya. Dia bersetuju perarakan mayat berlaku pada hari jumaat 9 mei 1969. Tetapi dia tidak bertanggungjawab untuk segala persiapan bagi perarakan tersebut.
= Kemudian bapa si mati datang bersama dengan YAP KAU untuk berunding tetapi tidak mendapat keputusan kerana dia membuat alasan kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
= 8 Mei 1969 - YAP KAU (AJK Parti Buruh cawangan Kepong) dan MISS TAN SIEW ENG (Naib Pengerusi Parti Buruh cawangan Kepong) bersama seorang melayu telah datang ke pejabat, tetapi berapa si mati tidak ada bersama. (58)

(62) NOMBOR BAKAR AZIZ MENGHUBUNGI MANSOR PELAKU PEGAWAI PENJAGA LALUAN UNTUK BERBINCANG BERKENAAN DENGAN LALUAN PERARAKAN NANTI.
= Mansur memberitahu bahawa YAP KAU telah memperkenalkan MISS TAN kepadanya. Serta memperkenalkan SYED HAMID ALI (ketika itu, YDP persatuan penutup penuntut Universiti Malaya(60) sebagai seorang jawatankuasa penyelenggaraan yang menjaga hal-hal mayat bagi perarakan itu. (59)
= MISS TAN meminta agar polis tidak menghantar orang yang memakai uniform menjaga perarakan itu, lebih-lebih lagi anggota pasukan simpanan (FRU) untuk mengelak dari menyakitkan hati, dengan alasan si mati yang telah ditembak itu telah dianggap oleh mereka sebagai pahlawan.
= Lesen dikeluarkan atas nama YAP KAU (AJK Parti Buruh cawangan Kepong). (59)

(63) Jalan yang dicadangkan polis: => sultan => petaling => kuching => maxwell => Ipoh => kepong
Jalan yang mereka mahu: petaling => kinabalu => raja => TAR => Ipoh. (61)
= Ini bermakna, ia di tengah kota. MANSUR kata, dia terpaksa bersetuju, sebab bilangan mereka tidak sampai seribu orang.
= Laluan cadangan polis: sempadan dengan sungai. Tidak banyak bangunan.
= Laluan cadangan mereka: lalu di tengah-tengah kota, dan penuh dengan kedai perniagaan (61)

(64) 9 Mei 1969 - pukul 8.45 pagi - mansur pergi ke rumah mayat (Chik Sin Tong) untuk melihat persiapan perarakan mereka.

(65) Lesen kata, mereka start pukul 9.30 pagi. Tetapi, 9.55 pagi, perarakan mereka belum bermula lagi (65)

(66) Perjalanan patut ke jalan sultan menghala ke bulatan merdeka, tetapi mereka terus ke petaling. Sambil-sambil mereka mengejek polis lalu lintas.
= Mereka sebar risalah Mao, tampal risalah di tembok-tembok dan tiang, salah atu risalah: rejim Tungku Abdul Rahman Kejap dan ajaran mao sahaja boleh diamalkan di sini, bawa sepanduk gambar Mao (65)

(67) Di hadapan Bangunan MARA, kira-kira 500 orang menaiki motor sedang menunggu telah menyertai perarakan. (67)

(68) 12:35 - sampai hadapan ibu pejabat UMNO - buat ucapan menghina.
2:25 petang - sampai penjuru jalan jinjang dan jalan ipoh.
3 petang - tiba di ibu pejabat parti Buruh Malaysia, Kepong. (67)

(69) Ketika itu, himpunan tidak kurang dari 10 ribu orang.
= Inspektor Sakunathan - nampak senjata-senjata disembunyikan dalam keranda, dan mayat si mati telah diusung ke luar keranda dan dibalut dengan kain. (68)

BAB 8
PENGUNDI-PENGUNDI MEMBUANG UNDI

70. 10 Mei 1969 (Sabtu) hari pengundian. Ketika itu tengku berada di alor setar. Sehari sebelum itu berada di parlimen pulau langkawi. (73)
- tunku yakin bahawa parti perikatan akan menang dengan kelebihan 2/3. (74)

71. Dalam pilihan raya itu, UMNO dan MCA telah menjadi sasaran hebat parti-parti perbangkang. (74)

72. Calon-calon GERAKAN ialah bekas ahli-ahli parti buruh (75)

73. Ada seorang calon melayu dari parti DAP pada ketika itu tetapi kalah. (76)

74. Orang-orang melayu pada keseluruhannya menjadi kaum tani. Orang-orang cina pula umumnya berpecah dalam lapangan perniagaan, pertanian dan perlombongan. Orang-orang india terdapat dalam semua bahagian masyarakat malaysia, separuh di luar bandar dan separuh dalam bandar. (76)

75. Orang-orang india kebanyakannya jelas menguasai kesatuan kesatuan sekerja. Melalui kesatuan inilah mereka menekankan pengaruh semenjak gerakan kesatuan itu ditubuhkan di malaysia. Mereka lebih ramai bergerak dalam kesatuan berbanding parti politik. (76)
- walaupun keseluruhan India lebih cenderung kepada kesatuan kerja berbanding lapangan politik, maka orang-orang india mengambil berat dalam soal kenaikan gaji. (77)
- semasa menjalankan tugas di dalam kementerian, TUN SAMBANTHAN dan MANICKAVASAGAM tidak terdaya memenuhi segala tuntutan-tuntutan gaji kerana keterbatasan. Makanya dalam pilihanraya, pemimpin-pemimpin politik dan kesatuan-kesatuan ini menuduh menteri-menteri ini tidak menolong untuk mendapatkan gaji yang lebih. (78)

76. Dalam pilihan raya lepas, TUN SAMBANTHAN telah memberitahu kepada tengku bahawa dia telah pergi ke sebuah berhala di jalan bangsa untuk satu istiadat, dan apakala dia keluar dari rumah berhala itu, di dapati bendera persekutuan di keretanya telah dikoyakkan orang ramai. Dia berlaku di satu kawasan kediaman pekerja pekerja india. (79)

BAB 9
HASIL-HASIL YANG MENGEJUTKAN

77. Hari pengundian. Dari keputusan keputusan awal yang diisytiharkan selepas sahaja dari tengah malam, sudah mendapat bayang-bayang bahawa perikatan di pulau pinang akan hilang kuasa. (82)
- pulau pinang ialah negeri yang terkenal sebagai saram puak-puak pelampau di masa lepas.
- kali ini pengundi tidak lagi mempunyai parti buruh, tetapi mereka memberi undi kepada parti GERAKAN. (82)

78. Parti-parti GERAKAN dan DAP telah mendapat kejayaan yang besar dalam kawasan-kawasan negeri selangor. (82)

79. Kekalahan UMNO dalam beberapa kawasan dalam negeri kedah, yaitu sebuah negeri yang sentiasa disifatkan sebagai kubu kekuatan perikatan, adalah disebabkan oleh sikap orang-orang cina tidak menyokong perikatan. (83)

80. Pengaruh yang menakutkan orang-orang cina di negeri kedah nampaknya tidak ada di johor dan pahang. Jelaslah bahawa pengaruh yang mendorong orang-orang cina membuang undi mereka menentang perikatan datangnya dari pulau pinang, iaitu sarang bagi komunis, kongsi-kongsi gelap dan puak-puak pelampau yang lain. (84)

81. Di negeri terengganu, pahang, johor, melaka, negeri sembilan, kedah dan perlis; kerajaan perikatan telah mendapat kelebihan kerusi yang banyak.
- di negeri perak dan selangor, perikatan hampir-hampir kalah. (85)

BAB 10
MABUK KEMENANGAN

82. DAP dan GERAKAN pun tidak sangka bahawa mereka menang besar. Dengan itu mereka merasa sombong dan bongkak. Mereka pun tidak berlenggang-lengah untuk mengaturkan sambutan kemenangan mereka. (87)

83. 12 Mei - Dr. Tan Chee Khoon yang menang besar kerusi dalam kawasan batu, Selangor. Dia dari parti GERAKAN. Dia meminta kebenaran polis untuk mengadakan perarakan kemenangan. (87)
- ABU BAKAR BIN ABDUL AZIZ (pegawai penjaga daerah polis kuala lumpur) - Dr. Tan Chee membuat permohonan untuk perarakan kemenangan di tempat-tempat kawasan yang mereka menang iaitu batu, sentul dan jalan Ipoh yang bermula perarakan itu dari ibu pejabatnya di jalan Broderick. Bermula dari pukul 4:30 petang sehingga 7 malam. Bilangan mereka kira-kira 500 orang diadakan juga perarakan motosikal.
- abu bakar berbincang dengan mansor (lalu lintas), Mansur mencadangkan bermula pada 5:30 petang kerana pada pukul 4:30 lalu lintas tengah sibuk. Jika diizinkan akan menyusahkan orang ramai.
- abu bakar berbincang dengan Dr. Tan Chee, dan dia bersetuju tetapi meminta agar pada pukul 8:00 malam, dan abu bakar bersetuju. (88)
- setelah perarakan yang berlesen itu tamat, mereka membuat perarakan haram dengan perbuatan dan kelakuan biadap dan samseng. Mereka telah melanggar perintah polis dan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebenaran.
- perarakan haram itu telah masuk ke jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan menghala masuk ke kampung baru (bilangan penduduk kampung baru diri dari kalangan 30000 orang melayu, dan kampung baru adalah kubu UMNO)
- sesampai di kawasan orang melayu, mereka mengejek dan melakukan provokasi kepada orang melayu. (90)
- polis melaporkan (mansur bin muhammad noor) - seorang daripada demonstran melaungkan perkataan "melayu mati" di hadapan rumah kediaman anggota polis, serta menunjukkan kemaluan kepada polis dengan disaksikan oleh isteri-isteri polis - ada mata-mata membuat laporan terhadap kelakuan biadap itu.
- mereka menuju ke jalan Mountbatten, di sana mereka menahan kereta-kereta orang melayu dan memaki hamun mereka dengan tujuan hendak menghina. Mereka mengancam hendak menonyoh mata anak perempuan OCPD yang ketika itu berumur 17 tahun.
- mereka berkata "engkau melayu bodoh", "tidak kuasa".
- seorang pemuda melayu telah melaporkan kepolis bahawa dia telah dipukul oleh tiga orang cina di Foch Avenue.
- Yeoh Teck Chye (calon parti GERAKAN yang menang dengan undi yang besar dalam kawasan bukit bintang) yang merupakan YDP kongres kesatuan sekerja malaysia mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan haram itu telah mengganggu keamanan orang ramai. (91)
- pada 3 mei dia telah meminta maaf secara terbuka dalam akhbar akhbar di atas kelakuan penyokong partinya. Bahkan dia sendiri pun sebenarnya terlibat dalam perarakan haram itu. Menurut laporan polis (abu bakar bin abdul aziz) , Yeoh Teck Chye yang mengetuai satu perarakan di jalan bukit bintang dengan tidak mendapat kebenaran (91)
- satu lagi perarakan datang beri petaling jaya di kepalai oleh David dengan tidak mendapat kebenaran. (David dari parti gerakan telah memenangi kerusi parlimen di pulau pinang dan juga kerusi dun di negeri selangor). Ia menuju ke Peking Hotel (di jalan breakfield), di situ 200 orang pemuda india sedang menunggu. FRU telah dihantar ke sana untuk menyuraikan mereka. (93)
- David telefon ketua pegawai polis, tetapi tidak dapat. Lalu dia telefon abu bakar bin abdul aziz, meminta agar tidak hantar FRU. ABU BAKAR memaklumkan bahawa dia perlu hentikan himpunan itu, kerana sudah mengganggu ketenteraman awam. Kalau tidak, pihak berkuasa perlu suraikan secara paksa.
- dia bertanya kepada abu bakar, apakah kenal adalah siapa? Abu bakar hanya menyebut bahawa dia adalah david. Kemudian dia berkata, dia adalah seorang ahli parlimen yang baru menang.

- Abu Bakar kata, itu tidak penting. Yang penting adalah, dia perlu memberitahu penyokongnya supaya bersurai. Kalau tidak bersurai, anggota FRU akan menyuraikannya.
- David terus berkata: "pergi berambus FRU kamu anak haram"
- sebahagian perarakan itu pergi ke pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang melayu dan polis.
- sebuah lori yang penuh dengan penyokong GERAKAN, bertempik sorak telah pergi ke sekeliling sentul. Polis tahan lori itu kerana tidak ada permit pengangkutan. (95)

84. DAP pula mengadakan perarakan pada 13 mei dengan tidak mendapat kebenaran polis. (88)

85. Perarakan itu telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk menimbulkan tunjuk-tunjuk perasaan di tiga bahagian kuala lumpur: breakfield, Pudu dan Sentul. (97)

 

BAB 11
API MENYALA MALAM

86. Pada 13 Mei (selasa), setelah tunku pulang ke kuala lumpur dari alor setar, Tunku diberitahu oleh setiausaha beliau, tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang melayu di kuala lumpur sangat marah dengan tunjuk-tunjuk perasaan anti-melayu dan perbuatan menghina dan biadap yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 mei. (98)
- orang melayu akan adakan satu perarakan, mereka berhimpun di rumah menteri besar selangor, datuk harun bin haji idris di jalan Raja muda. (98)
- tungku merasakan bimbang perarakan yang akan diadakan oleh umno itu mungkin membawa kepada kekacauan.
- tetapi UMNO mendapat permit perarakan.(100)

87. Pada petang itu, beberapa orang pemimpin mca datang berjumpa dengan tunku. Mereka melahirkan rasa sedih dengan keputusan dalam pilihan raya. Mereka mahu mereka tidak dilantik menjadi menteri kabinet mewakili orang-orang cina.
- pemimpin MCA ketika itu adalah, Tun Tan Siew Sin, Khaw Kak Boh, Dr. Lim Swee Aun dan Tan Sri T. H. Tan. (99)
- tunku meminta agar mereka berfikir terlebih dahulu. Bahkan menyatakan Kabinet akan berhadapan dengan kerugian besar jika mereka tidak mengambil bahagian dalam kabinet. (99)

88. Tun Sambanthan datang berjumpa dengan tunku juga. Dia melahirkan rasa mic juga telah hilang sokongan orang-orang india, kerana kalah dalam pelan raya itu di sesetengah tempat.
- tunku tetap memberi nasihat agar Tun Sambanthan dan MANICKAVASAGAM agar terus kekal dalam kabinet dan mereka bersetuju. (100)

89. 13 Mei (6.45 petang) - tengku dapat panggilan telefon menyatakan bahawa kejadian yang ngeri telah berlaku di jalan raja muda dalam mana beberapa orang cina telah diserang. (100)

90. Tidak lama kemudian, Mansor (ketua lalu lintas polis kuala lumpur) dan dua kawannya datang berjumpa dengan tungku memberitahu bahawa kejadian pembunuh telah berlaku. Pada pukul 7:00 petang, kuala lumpur di arah di bawah perintah berkurung. Pasukan keselamatan dan askar telah dipanggil untuk membantu. (103)

91. Ketika itu, Tunku memberitahu kepada pihak polis bahawa dia mahu turun ke tempat kejadian. Tetapi polis memberi nasihat agar tunku pergi ke ibu pejabat polis untuk pendengar laporan yang diterima masa ke semasa.
- lepas solat maghrib, tunku pergi ke ibu pejabat polis selangor di jalan bandar.
- 9:30 malam - tunku merakamkan ucapan tanpa membuat sebarang persiapan. (103)

UÇAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO DAN TELEVISION MALAYSIA PADA 13 HARIBULAN MEI 1969

"Kejadian yang tidak di-ingini telah pun berlaku di-Kuala Lumpur dan pasukan2 keselamatan telah pun mengawal dengan kuat-nya di-serata2 tempat dan penjuru2 jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan dharurat di-Kuala Lumpur. Curfew pun telah di-mulakan dan di-jalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan buat dharurat atau pun state emergency di-serata2 negeri lagi, sa-kira-nya wajib di-buat demi-kian, kerana hendak menjaga keamanan negeri dan nyawa dan harta benda dan dengan ini ada-lah menjadi tanggong-jawab saya dan saya akan menjalankan dengan sa-kuat2-nya kuasa saya itu.

Saya pinta pertolongan semua pihak yang bertanggong-jawab supaya bekerja sama dengan pegawai2 keamanan kerana menolong menjaga keamanan di-negeri kita ini dan penduduk2-nya sakalian. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang di-perbuat oleh parti pembangkang pada semalam kita tidak ingini dan saya pegang dan tudoh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi balas membalas bukan boleh menimbulkan baik-nya.

Saya rasa sangat2 susah hati di-atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lama-nya saya telah berpusing di-tempat2 memberi sharahan dan mengingatkan kapada sakalian penduduk2 segala2 diayah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar di-antara bangsa2, penduduk2 di-negeri kita ini.

Oleh sebab negeri ini ada-lah berbilangan bangsa, saya rasa hal sa-umpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang sa-umpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sunggoh pun chara-nya sederhana.
Semua-nya yang bertanggong-jawab kena-lah menjalankan kepentingan mereka supaya hal ini tidak merebak.

Mahu-lah tiap2 tempat melantekkan jawatan-kuasa muhibbah serata tempat2 itu boleh menjaga keselamatan dan perasaan baik wasangka antara satu kaum dengan lain kaum. Negeri ini bergantung kepada tuan2 sakalian. Tolong masing2 yang jujur dan ikhlas kepada saya yang menjaga negeri ini supaya tidak berbangkit hal2 yang bahaya. Negeri yang kita kasehi ini ada-lah kehendak pertolongan tuan2 sakalian. Saya do'akan kepada ka-hadhrat subhanahu wa-ta'ala. Selamatkan-lah semua penduduk2 sakalian!. (103-105)

93. Selepas rakaman di radio, tungku terus menaiki kereta pergi ke televisyen malaysia. Tengku mengulangi apa yang disebut di dalam radio itu dalam televisyen dalam bahasa melayu dan inggeris. Ya di tayangkan pada pukul 10:32 malam. (105)

94. Pukul 11:00 malam, tunku mengambil keputusan untuk pergi ke ibu pejabat polis di jalan bandar sekali lagi.
- semasa dalam perjalanan, tengku nampak beberapa orang samseng. Tetapi apabila mereka melihat kereta tunku, mereka pun lari. (105)

95. Pada waktu malam, tengku berdiri di beranda di luar bilik tidur. Tengku menghalakan pandangan ke bandar sambil memerhatikan api yang telah menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran dengan kampung baru dan di sebelah utara. (106)
- kuala lumpur telah menjadi satu bandar yang kerang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah tengku yang berada di atas bukit. (106)

96. Dalam perarakan parti GERAKAN, mereka melemparkan kartunista terhadap orang-orang melayu dan menyuruh orang-orang melayu pulang ke desa dan kampung-kampung kerana kapal layar (lambang parti perikatan) ditenggelamkan. (109)

97. Kesan dari provokasi itu, menyebabkan ahli-ahli umno telah berhimpun di rumah menteri besar di jalan Raja muda pada petang 13 mei. Sebagai pengerusi UMNO bagi negeri selangor, Datuk Harun bersetuju dengan permintaan ahli parti. Sebelum mereka mengadakan perarakan yang sama bagi merayakan kemenangan perikatan, mereka telah minta kebenaran telah mendapat kebenaran itu.
- ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Datuk Harun, tiba-tiba perkhabaran telah diterima yang menyatakan bahawa orang-orang cina menyerang orang-orang melayu di Setapak, iaitu ketika orang-orang melayu sedang dalam perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan bergerak dari jalan raja muda.
- pengkhabaran itu menunaikan kemarahan orang-orang melayu yang berhimpun, singgahkan dua orang cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh. Di situlah bermulanya rusuhan 13 mei (109)

98. Beberapa hari kemudian, seorang saksi telah memberitahu kepada tunku abdul rahman, bahawa bas bas yang datang dari utara, dari tempat-tempat seperti selayang, telah ditahan oleh sekumpulan pemuda-pemuda cina untuk mencari orang-orang melayu, sambil melaung-laungkan perkataan "darah bayar darah". Perkataan serupa inilah yang telah kedengaran dalam perarakan mayat. (110)

99. Peristiwa 13 mei itu sebenarnya telah dicetuskan oleh pemuda-pemuda cina komunis; pemuda-pemuda ini boleh jadi orang yang sama yang telah mengambil bahagian dalam perarakan mayat. Tulisan "darah bayar darah" dialah di antara cogan-sogan yang telah ditulis di atas sepanduk yang diarak dalam perarakan oleh pemuda pemuda parti buruh pada 9 mei. (110)

100. Kita boleh mendakwa bahawa cogan-cogan kata "darah bayar darah" tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh ahli-ahli parti GERAKAN dan DAP tatkala mengadakan perarakan kemenangan mereka. (110)

BAB 12
TINDAKAN-TINDAKAN DAN KEJADIAN-KEJADIAN

101. 14 Mei - tungku abdul rahman memberitahu kepada duli yang maha mulia supaya mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Tunku juga mengambil keputusan hendak menubuhkan sebuah majlis gerakan negara untuk menyelenggarakan segala perkara-perkara yang bersangkutan dengan darurat. (114)
- juga menubuhkan sebuah kabinet darurat yang terdiri daripada ahli-ahli yang lama dan ahli-ahli yang baru untuk pemandangan lenggarakan perkara-perkara pentadbiran. (115)

102. 15 Mei - tunku membuat pemasyhuran penangguhan hari mengundi di malaysia timur melalui siaran televisyen dan radio. (116)

103. Tunku ada masalah penglihatan, dan ketika itulah memohon persetujuan duli yang maha mulia untuk melantik Tun Abdul Razak sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan sebagai pengarah bagi majlis gerakan negara. (117)

104. Tungku sanggup turun satu atau dua tingkat untuk memberi kuasa yang penuh kepada tun razak bagi menjalankan kerja yang penting tetapi masih Tungku masih sebagai perdana menteri.
- sebahagian orang-orang cina tertentu telah memfitnah Tun Razak dengan mengatakan bahawa beliau anti orang cina. (118)

105. Tungku sebut berkenaan Tun Razak; kalau saya dipanggil "bapa malaysia" , maka Tun Razak adalah salah seorang yang menjadi pencipta kemerdekaan kita itu. (119)

106. 15 Mei - kejadian di Melaka - samseng - samseng cina telah menyerang dua orang pengayuh beca roda tiga melayu, di jalan bandar kubu. Dipukul dengan kejam sehingga salah seorang daripada nya telah mati kemudiannya, sedangkan seorang lagi telah dapat menyelamatkan dirinya.
- pihak polis telah mencari samseng samseng itu. Dan berjaya mereka ditangkap. Setelah disiasat di dapati bahawa samseng itu telah diupah oleh ahli politik parti pembangkang. Ahli politik itu akhirnya juga ditangkap.(120)

107. 16 Mei - tun razak dilantik secara rasmi sebagai pengarah gerakan negara. Nantikan itu telah dimasyhurkan dalam warta kerajaan pada hari yang berikutnya, 17 Mei. (121)

BAB 13
KEADAAN DARURAT - UCAPAN TUNKU DALAM TELEVISYEN DAN RADIO PADA 16 MEI.


108. Terpaksa mengisytiharkan darurat, untuk mengelak dari menjadi bertambah buruk.
- komunis menyusun rancangan untuk mengambil kuasa.
- komunis telah menggunakan pendekatan ancaman dan menakut-nakutkan rakyat. (123)

109. Komunis menuduh MCA kerana mereka telah cop MCA sebagai parti pro melayu. (124)

110. Komunis telah mencuba sedaya upaya untuk menghalang supaya pilihan raya tidak dapat di jalankan tetapi dan kemudian mereka telah menjalankan cara-cara lain pula merosakkan perjalanan pilihan raya itu. (124)

111. Semasa perarakan kematian, mereka menunjukkan cogan-cogan anti kerajaan, anti malaysia, membawa bendera-bendera merah terang-terang, dan dengan sombong dan megah menunjukkan gambar Mao Tze Tung dan menyanyikan memuji muji Mao. (124)

112. Tunku hendak menubuhkan sebuah pasukan pertahanan yang kuat dalam negera ini. Orang-orang baru akan diambil untuk masuk menjadi anggota-anggota pasukan pertahanan tempatan atau lokal defence corp yang akan digunakan atau mobilize dengan sepenuhnya. Pasukan akan ditubuhkan dengan seberapa segera yang boleh dalam tiap-tiap bandar dan pegawai-pegawai tentera akan dipanggil untuk menjalankan kerja ini. (126)

113. Tungku tidak memberi izin kepada rakyat berbuat sesuka hati, kerana implikasinya akan menyebabkan orang yang tidak berdosa akan menjadi korban. (126)

114. Tunku mengakui, ada dalam karangan rakyat yang berbangsa cina, bahawa mereka itu setia. Walaupun mereka itu mempunyai pertubuhan yang kuat tetapi mereka tidak bersatu. (126)

BAB 14
PULIH KEMBALI

115. Di negeri-negeri pantai timur tidak terdapat rasa bimbang atau curiga. Di johor dan negeri sembilan pula tidak pernah berlaku sebarang kejadian. Sebenarnya perintah berkurung tidak dikenakan di negeri-negeri pantai timur ataupun di johor. (130)

116. Pulau pinang antara negeri yang menjadi sarang tempat bermulanya kekacauan. (131)

117. 28 Jun - pertengkaran di antara dua orang yang mabuk di jalan chow kit telah mencetuskan takut dan kelam kabut. Lima orang telah terbunuh dan sederet rumah-rumah kediaman telah dibakar. Ia melibatkan provokasi yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda india. Sekumpulan pemuda-pemuda india telah membaling batu ke atas masjid yang ada di kawasan itu. Menambah lagi dengan penghinaan ke atas orang-orang melayu dengan membaling najis najis manusia ke dalam kawasan masjid. Ia menjadikan satu rusuhan kecil sehingga menyebabkan kematian lima orang. (134)

118. Beberapa buah jawatankuasa menghibah yang tidak rasmi telah ditubuhkan dengan daya usaha penduduk-penduduk sendiri. (135)
- pada 21 Julai - tungku telah mengumumkan perancangan untuk menubuhkan sebuah majlis menghibah kebangsaan yang akan mempunyai badan-badan yang serupa itu juga di peringkat negeri. Tunku umumkan dalam satu mesyuarat menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri yang diadakan di kuala lumpur. (137)

119. 27 Julai - di sempadan sebelah utara malaysia barat, di mana 6 orang tentera malaysia telah terbunuh dan 8 lagi tercedera, di dalam satu serang hendap yang telah berlaku di hutan tebal oleh 30 pengganas-pengganas yang datang dari thai. (135)

BAB 15
SEPUCUK SURAT

119. 16 Jun - tunku keluar dari hospital. 17 Jun, tersebar satu surat yang ditulis oleh Dr. Mahathir - salah seorang majlis kerja tertinggi UMNO, calon parlimen umno yang kalah di kawasan Kota Star selatan (138)
- ahli parlimen selama 5 tahun, anggota majlis kerja tertinggi umno selama 12 Bulan. (139)
- salinan surat itu tersebar kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam, penuntut-penuntut melayu yang ada di institut pelajaran tinggi, dan juga kepada orang-orang melayu di kampung-kampung.
- Tun Dr ismail telah menerima satu salinan surat itu daripada mahathir sendiri.(139)

120. tun razak pula, surat itu diserah oleh tunku. Selaku timbalan pengerusi umno, tun razak telah memanggil satu persidangan majlis kerja tertinggi parti untuk membincangkan berkenaan surat itu. (12 Julai bertempat di kediaman rasmi Tun Razak, di sri taman, kuala lumpur).
- persidangan itu dilakukan secara tertutup. Tunku tidak adil, tetapi mahathir hadir.(140)
- persidangan itu berlaku selama 3 jam.
- pada pukul 4.05 petang, menteri penerangan dan penyiaran, hamzah bin datuk abu samah mengeluarkan satu kenyataan tujuh belas baris kepada wartawan. Ia telah ditandatangani oleh setiu usaha agung umno, senu abdul rahman. (140)

121. Keputusan persidangan itu adalah,
- mahathir melakukan kesalahan berat melanggar disiplin dan peraturan parti, juga boleh merosakkan perpaduan di dalam parti dan juga kerajaan yang didukung oleh parti.
- mahathir tidak lagi menjadi anggota majlis itu bermula pada hari itu juga. (141)

122. Kandungan surat itu terlampau merbahaya, maka menteri hal ehwal dalam negeri, Tun Dr. ismail, pada 14 Julai, mengeluarkan perintah di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri 1960, bahawa mencegah sesiapa pun daripada menyiar menyebar atau memiliki salinan surat itu. (141)

123. Tunku tuduh tunduk tun mahathir;
- salah seorang dari kumpulan yang disebut sebagai pelampau dan bijak pandai yang telah menembus masuk dalam umno.
- Mereka berpendapat bahawa cara pemikiran politik umno telah lapuk dan tidak selaras dengan dasar Afro Asia.
- mereka mahu meningkirkan raja berperlembagaan dan menegakkan malaysia sebagai sebuah negara republik.
- mereka akan ubah dasar luar kita untuk membawa kita lebih hampir kepada kumpulan afro asia. (142)
- tengku dakwa, Mahathir ada kepercayaan bawa umno saja yang memegang seluruh pentadbiran kerajaan, tanpa melibatkan kepada MCA dan MIC. (144)

124. Beberapa kali Lee Kuan Yew cuba memujuk Tunku supaya mengambil PAP masuk campur dengan PERIKATAN tetapi tengku tetap tolak. (144)

125. 17 Julai - cogan kata telah dijumpai di pagar hadapan masjid universiti malaya. Cogan kata itu berbunyi: "REJIM TUNKU IMPERIALIS DAN FEUDALIS", dan "TUNKU, BERHENTILAH" (145)

126. Sukan kata yang sama pernah digunakan dan masa digunakan oleh parti rakyat. Fathi rakyat adalah parti yang menentang kerajaan menyokong polisi sukarno: "GANYANG MALAYSIA" (145)

127. 17 Julai - ada perarakan dalam kalangan para pelajar Universiti. Sepanduk yang mereka angkat terkandung;
- "KAMI MAHU SEORANG PEMIMPIN DINAMIK"
- "SINGKIRKAN KAKI POKER DAN KAKI KUDA"
- "TUNKU, BERSARALAH" (147)

128. Penuntut-penuntut melayu universiti malaya mengadakan mesyuarat dengan penuntut-penuntut maktab teknologi MARA. Mereka sepakat menentang pemecatan dr mahathir daripada majlis kerja tertinggi UMNO. (147)

129. Ghafar Baba selaku menteri pembangunan negara dan luar bandar, yang juga menteri yang bertanggungjawab di atas maktab MARA berjumpa dengan pelajar MARA.
- Ghaffar Baba tanya kepada mereka, apakah mereka ahli umno? Mereka jawab tidak.
- Ghafar Baba tanya, apakah umno sebagai parti politik mereka? Mereka jawab tidak.
- Ghafar Baba terkejut kerana mereka boleh cerita kandungan persidangan majlis kerja tertinggi umno walhal ia adalah sulit. (148)

130. Tunku menuduh mahathir menggunakan penuntut-penuntut untuk menjalankan kerja-kerja kotor, sepertimana yang telah digunakan pendekatan yang sama oleh parti komunis indonesia, dan kumpulan perpaduan Afro Asian di Burma (150)

131. Untuk membangunkan negara, Tungku mendakwa DEWAN PERNIAGAAN BERSATU MALAYSIA yang mengandungi ahli-ahli perniagaan dari semua kaum telah memberikan kesempurnaan mereka untuk bekerjasama. (156)

132. 24 Ogos - persidangan tahunan persatuan kebangsaan pelajar-pelajar islam malaysia cawangan perlis pada 22 Ogos.
- menteri besar perlis, tan sri sheikh ahmad bin muhammad hashim berkata, ciri-ciri orang hadir dalam mesyuarat itu, dan kebanyakan mereka kelihatan seperti orang-orang kampung biasa. Sebelum Tunku berucap, tiga orang pemuda datang dan duduk di depan Tunku. Sambil membuka kot, kelihatan di belakang kemeja mereka bertulis "REVOLUSI"
- selesai sahaja tunku berucap, naib presiden persatuan itu dari kuala lumpur bernama mansor bin abdul rahman, mengambil alat pembesar suara, dan mengecam perdana menteri.
- dia menyeru supaya tidak mempercayai perdana menteri yang mengambil cergas dalam majlis gerakan negara.
- dia mengecam rancangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa muhibbah yang dianggap tidak berguna jawatankuasa itu ditubuhkan selepas berlaku kekacauan.(158)

133. 28 Ogos - kira-kira 2 orang penuntut-penuntut melayu di universiti malaya, mengambil keputusan hendak mengadakan tunjuk tunjuk perasaan menentang tungku. Mereka melakukan tunjuk perasaan itu di Dewan Tunku Canselor, iaitu sebuah bangunan yang telah diberikan nama tunku. (159)

134. Tunku sudah memimpin tun razak untuk bersedia menerima jawatan perdana menteri. Langkah itu bukanlah menjadi satu rahsia kerana tumpu telah berulang kali mengisytiharkan hasrat itu keseluruh negara. (161)

BAB 16
REBUTAN PUASA DALAM UMNO

135. Ketika tungku menjadi perdana menteri, sudah ada Universiti Malaya, dan Maktab latihan MARA. Sudah ada perancangan untuk membuat sebuah Universiti Kebangsaan. Di Universiti Malaya pula, langkah permulaan telah pun dibuat untuk membuka jabatan pengajian melayu. (165)

136. Dewan bahasa dan pustaka telah ditubuhkan untuk memperkaya dan memperbaiki lagi bahasa Melayu sehingga taraf kedudukannya telah dapat ditinggikan lagi, dengan itu bahasa melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan - bahasa malaysia. (165)

137. Tungku menuduh Mahathir sebagai golongan pelampau dalam UMNO. Tunku mendakwa, semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataan bahawa mca patut mengundur dan tidak mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan, puak-puak pelampau itu menyokongnya dengan berterang-terangan. Kebanyakan daripada kalangan puak-puak pelampau itu merasa senang hati kerana apa yang mereka cita-citakan itu akan jadi kenyataan. (168)

138. Dr. Lim Chong Eu, ketua menteri pulau pinang dari parti GERAKAN. Pada suatu ketika dahulu, dia telah menjadi pemimpin MCA. Kemudian dia telah meninggalkan parti itu terdahulu sedikit daripada pilihanraya 1964. (169)

BAB 17
PERLEMBAGAAN DAN HAK ASASI MELAYU

139. Perlembagaan negara kita telah digubalkan setelah mendapat sepakat dari semua kaum mereka memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang-orang melayu. (174)

140. Perlembagaan juga mesyaratkan bahawa agama islam hendaklah menjadi agama rasmi negara dan bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. (175)

141. Semasa perlembagaan digubalkan dengan persetujuan semua pihak, tiap-tiap orang telah sedar dan menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang-orang melayu telah tertinggal ke belakang berbanding kaum-kaum yang lain. Oleh itu satu syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran ekonomi orang-orang melayu. (175)

142. Laporan suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah melayu menyebut; kedudukan istimewa orang-orang melayu itu sentiasalah diakui , dan pengakuan ini telah dinyatakan sekali lagi di dalam perjanjian persekutuan tanah melayu 1948. (175)

143. Apakala undang-undang bahasa kebangsaan diluluskan, puak-puak pelampau dalam UMNO tidak bersetuju dengan beberapa fasal-fasal yang terkandung di dalamnya untuk memberi kuasa kepada yang dipertuan agong membenarkan penggunaan bahasa inggeris bagi maksud-maksud rasmi yang difikirkan mustahak.
- mereka tidak bersetuju diberi kuasa kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri, bahawa menggunakan sebarang terjemahan bagi surat-surat atau perutusan dalam bahasa mana-mana kaum lain untuk maksud-maksud yang difikirkan perlu bagi kepentingan awam
- mereka mahu supaya bahasa kebangsaan diamalkan dengan sepenuhnya dan dengan serta-merta tanpa memberi peluang kepada orang-orang lain membiasakan diri mereka dengan bahasa itu dengan beransur-ansur (179)

144. Kita boleh tengok sikap penuntut-penuntut di sekolah-sekolah cina yang berpaling ke negara china untuk menumpahkan taat setia mereka. Mereka menentang bahasa kebangsaan sebagai satu perkara dasar dengan sebab itu mereka mengutuk rakan kita MCA yang telah mempersetujuinya. (180)

145. Kata Tungku: saya menegaskan sekali lagi bahawa negeri ini ialah sebuah negeri melayu" (181)

BAB 18
PEMERINTAHAN BERAJA ATAU REPUBLIK?

146. Menurut pelampau pelampau itu, perbelanjaan bagi jawatan-jawatan yang dipertuan agong dan raja-raja adalah membazirkan wang, dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan-jawatan sultan di dalam semua negeri-negeri itu dihapuskan. (182)

BAB 19
KHIDMAT BAKTI DAN PENGORBANAN

147. Mahathir menulis surat yang disebar yang kandungan itu meletakkan di atas kepala tunku tanggungjawab berlakunya peristiwa 13 mei. (194)

148. Mahathir menuduh di dalam surat itu bahawa tengku sedang sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajiban kewajipan tunku dalam masa krisis itu. (197)

149. Tunku menuduh bahawa Mahathir sebagai salah seorang dalam kalangan pelampau dalaman UMNO itu. (198)

BAB 20
FALSAFAH HIDUP

150. Tunku pernah menafikan bahawa beliau minat kepada main poker dan lumba kuda. Bahkan beliau mengakui bahawa beliau memang main poker, dan menganggap bahawa ia satu permainan yang menyukakan hati di masa-masa yang lapang.
- kata Tunku: memanglah merbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya lakukan maka ianya boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan hati.
- tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tiada siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa. (201)

151. Perlumbaan kuda dalam falsafah tungku, untuk tujuan mendapatkan hasil dari perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapatlah dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan. (202)

BAB 21
PERANAN AKHBAR DAN RUSUHAN

152. Angka rasmi mengenai dengan orang yang terbunuh dan luka dan kemalangan lain daripada ibu pejabat polis sebagaimana yang tercatit di pejabat itu pada 15 ogos;
184 orang terbunuh
356 orang luka
753 kejadian membakar bangunan
211 buah kenderaan yang terbakar dan musnah (219)

153. Selain dari ditanam di sungai buloh, 11 mayat lagi yang telah dapat dikenali sebagai mayat-mayat orang islam, telah dibawa ke tanah perkuburan gombak di kuala lumpur. Tungku mengatakan tidak ada sebuah liang kubur beramai-ramai di kuala lumpur ini akibat dari rusuhan itu. (222) (Fakta tunku ini adalah salah. Sebab kubur 13 mei di tanam dengan sebuah liang kubur)

BAB 22
PENGAJARAN DARI BALING

154. Tengku simpulkan bahawa punca itu adalah perbuatan-perbuatan yang dirancang oleh komunis cina. (225)

155. Sehingga hari ini tidak ada sebuah negara pun di asia tenggara yang tidak bersentuh dengan apa-apa jua cara dari gerakan-gerakan komunis bercorak china itu. (227)

156. Parti komunis malaya selalu mengemukakan bangkangan mereka terhadap pilihan raya yang bercorak demokrasi. Mereka mensifatkan demokrasi berperliman itu sebagai satu ajaran imperialis yang tidak sesuai dengan semangat kebangsaan orang-orang asia. (227)

157. 1955 - tengku berjumpa dengan chin peng, pemimpin parti komunis malaya, di pekan baling. Chin Peng berkata kepada tengku: saya seorang komunis dan tuan tidak, jadi antara parti saya dengan parti tuan tidak sekali-kali akan tercapai sebarang persetujuan. Mustahil bagi komunis dapat hidup bersama dengan orang-orang yang bukan komunis. (228)