Monday 27 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (19)


Hishamuddin Rais dan Juandajaya merancang bertemu lagi. Kali ini, pertemuan dengan disertai Tian Chua. Aku turut hadir dalam pertemuan tersebut dengan aku membawa Ibrahim, salah seorang pelajar dari australia yang sedang bercuti. Pertemuan itu berlaku beberapa hari sebelum tercetus isu kesultanan Sulu.


“Kau ni ramai betul ye stock anak ikan” gurau Juanda kepadaku semasa aku ambilnya di hotel.

“eh, nak ambil calon PKR, mesti la bawa ramai anak ikan.. jambu…” aku balas dengan nada gurauan juga sambil ketawa.

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan. Antara yang terpenting adalah tentang cadangan Hishamuddin Rais untuk kerusi yang bakal Dr Juandajaya bertanding. Keputusannya adalah dua plan; Kerusi PKR di Parlimen Kangar, atau salah sebuah parlimen di Sawarak. Kandungan perbincangan itu, aku tidak ikuti mendalam.

Selepas perbincangan itu, Tian Chua ada sebut bahawa akan berlaku dalam beberapa hari lagi isu King Sulu. Aku hanya mendengar kupasan Tian Chua sambil-sambil disampuk oleh Hishamuddin Rais. Tukar Tiub tetap menyatakan bahawa ini semua lakonan untuk game pilihanraya. Ternyata, tidak lama kemudian isu King Sulu itu tercetus.


Pertemuan kali ini, kelihatan perbincangan lebih serius. Mungkin faktor Tian Chua adalah salah seorang pimpinan PKR mungkin mendatangkan natijah begitu.

Namun, perbincangan itu tidak selesai begitu sahaja. Tetapi, dicadangkan kepada perbincangan yang lain. Mungkin kerana mahu melihat beberapa faktor yang lain untuk membuat keputusan yang jitu.


Sebelum pertemuan keseterusnya, ada seorang pimpinan PKR mahu berjmpa dengan aku dengan Hishamuddin Rais. Pertemuan itu mahu dilakukan secara tertutup, melibatkan enam mata sahaja; Aku, Hishamuddin Rais dan pimpinan terbabit.

Pada jangka awalku, apakah tajuk Juandajaya ini yang mahu dibincangkan. Ternyata, tajuknya lain. Perbincangannya banyak tentang projek menjatuhkan UMNO/BN dari menapak sebagai pemerintah di Malaysia di waktu yang hampir dengan PRU.

Bersambung…..


No comments:

Post a Comment