Friday 10 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (8)


Banyak perkara yang kami bualkan pada malam itu. Tetapi, perkara yang banyak kami bincangkan adalah perkara politik. Dr MAZA dan Dr Juandajaya mencadangkan kepadaku supaya melihat sebuah filem yang bertajuk “amazing grace”. Kupasan  mereka, filem itu baik untuk aku tengok dalam usaha nak jatuhkan kekuatan politik.  Aku faham, maksud mereka merujuk kepada projek “lawan sultan” yang aku dok bising-bisingkan dalam facebook, Blog dan tweet.


Tengah kami berbual-bual tentang isu sultan, tiba-tiba beberapa rakan-rakan hadir. Anhar, salah seorang rakan Facebook aku, baru kenali beliau dengan bertentang mata. Dia hadir bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Ketika sedang sebuk makan durian, beberapa orang rakan-rakan usrahku hantar sms, minta supaya malam itu aku hadir di Port Klang, kerana nak menyambut hari lahirku. Baru aku ingat bahawa malam itu, adalah hari lahirku. Makanya, aku menyatakan kepada Dr MAZA, Dr Maszlee, Dr Juandajaya dan rakan-rakan yang lain, bahawa selepas perbualan malam itu, aku akan terus ke Klang untuk raikan rakan-rakan yang buat makan sambutan hari lahirku.

Selesai dari makan durian, kami pun beransur pulang. Apabila ada seorang rakan kepada Dr MAZA mahu membayar, Dr MAZA menghalang kerana beliau mahu membayar semua perbelanjaan makan kami pada malam itu. Kalau tidak salah ingat aku, Dr MAZA yang membayar makan kami pada malam itu yang hampir RM 200.

Ada durian yang berbaki. Mereka bagi kepada aku. Aku menolak, sebab aku dan keluarga agak kurang makan buah durian. Tetapi, Dr Maszlee katakan bahawa aku boleh berikan kepada rakan-rakan usrah, makanya aku ambil durian itu untuk dijamu dengan rakan-rakan usrah di Klang nanti.

Kami pun beredar ke kereta. Sebelum sampai ke kereta, aku berjalan berdampingan Dr Juandajaya bersama anhar. Aku menyebut kepadanya, bahawa kalau dia datang Kuala Lumpur, minta dia bagitau awal-awal, untuk aku nak susun jadual kuliahnya di beberapa tempat di sekitar selangor dan Kuala Lumpur. Dr Juandajaya tidak menolak dan tidak menerima.

Sesampai sahaja kami ke kereta, kami berkumpul lagi dan berbual-bual lagi beberapa isu, termasuk isu politik. Dr Maza ada menceritakan tentang perbualannya seorang ahli korporat yang berjumpa di Masjid Bulat tadi. Agak kelakar juga, apabila Dr MAZA menyatakan bahawa ahli korporat itu mendakwa dengan yakin bahawa Dr MAZA adalah orang UMNO, walhal ia tidak begitu. Juga, Dr MAZA ada sebut bahawa dia tidak berapa setuju dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dalam majlis anjuran Sinar Harian yang tidak lama lagi bakal berlangsung.

Aku menyampuk; “ana dengan mahathir ni, ana setuju dengan dia sebab dia buang kuasa sultan. Tapi ada yang ana tak setuju, sebab dia tak buang kuasa sultan seratus-peratus; dia buang sikit jer”

Kami ketawa dengan sampuk aku itu. Dr Juandajaya pun berkata; “mana anta belajar mantik ni?”

Hampir kami nak beredar, Dr Juandajaya ada berkata kepada kami dihadapan ramai-ramai. Beliau meminta kalau boleh aku bawa mereka berjumpa dengan Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub. Sebenarnya, apabila perkara itu diungkapkan oleh Dr Juandajaya, aku terus berfikir tentang sebab dan tujuan mereka mahu berjumpa dengan Hishamuddin Rais. Apakah ini permulaan cerita politik kepartian yang berkaitan dengan PRU yang tidak lama lagi berlangsung, atau sekadar pertemuan biasa untuk mengetahui sudut pandang dari aliran sosialis atau bagaimana?

Bersambung…






No comments:

Post a Comment