Sunday 12 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (11)


Kami sampai dahulu di restoran Shah Jee itu. Kami makan capati dan ayam masakan pakistan aka chiken keraihi. Agak lambat juga Dr Juandajaya sampai pada malam itu. Setelah selesai makan, kami pekena Dodh Phati aka teh cara masakan orang pakistan. Sambil-sambil makan dan minum itu, kami mendengar celoteh Hasmi Hashim tentang kisah menarik; tuduhan fitnah yang tertimpa kepada seorang ulama Usul al-Tafsir bernama al-Biqa3i. tuduhan itu terkena kepada beliau, ekoran beliau mencadangkan tafsiran al-Quran dengan merujuk kepada beberapa riwayat yang dinukilkan dari Taurat dan injil.

Sebenar, tafsiran menggunakan riwayat Taurat dan Injil ini sebenarnya pernah berlaku dikalangan ulama-ulama tafsir yang muktabar. Perkara ini juga pernah berlaku pada al-Imam Ibn Kathir. Dalam menafsirkan ayat 36 dari surah al-Baqarah, iaitu ayat yang menyebut tentang Syaitan menggelincirkan adam dan hawa dari syurga. Ada beberapa kupasan Ibn Kathir tentang cara yang dilakukan oleh Iblis untuk menggelincirkan kedua-dua manusia syurga itu. Antaranya adalah mengontrol adam dan hawa dari jauh seperti sistem remort control. Antara lain, dikemukakan tafsiran dari injil yang menyatakan bahawa syaitan telah masuk ke dalam ular, lalu ular itu masuk ke dalam syurga. Juga, dalam beberapa tafsiran ayat, ada beberapa riwayat dari israiliyyat dinukilkan.

Namun begitu, riwayat yang berkaitan dengan israiliyyat, Taurat dan injil ini, ia tidak boleh dijadikan sebagai sandaran hujjah kecuali dikukuhkan dengan hadis yang saheh.

Sambil-sambil pekena dhodh phati, tiba-tiba Dr Juandajaya pun sampai bersama seorang rakannya. Dua pun duduk. Kami menjemput dia minum dan makan bersama, tetapi beliau hanya mahu minum sahaja pada malam itu.


Kami berbual panjang pada malam itu. Hasmi banyak berkongsi bersama beliau tentang sejarah Islam dan tanah melayu; fokus pada keturunan Melayu batak. Dalam sejarah yang dibaca oleh Hasmi dari riwayat yang beliau baca bahawa Islam masuk di tanah melayu melalui susur galur aliran syiah. mereka masuk dengan memakai jubah, makanya mereka digelar sebagai tentera paderi.

Dalam bahasa melayu lama, iaitu sebelum kedatangan Islam di tanah melayu, paderi itu bukan merujuk kepada kristian, tetapi merujuk kepada orang-orang agama, tidak kira dari apa agama mereka. Tetapi, memandangkan kedatangan islam yang orang agamanya dikenali sebagai Ulama, makanya sejak itu penggunaan paderi itu digunakan kepada orang-orang agama kristian dalam pengistilahan melayu.

Juga, Islam masuk di kalangan batak itu melalui rogol; iaitu masuk dengan peperangan, lalu orang-orang batak yang tidak beragama islam itu di tawan dan mereka menjadi hamba. Perhambaan itu menjadikan mereka disetubuhi walaupun dalam keadaan mereka tidak rela. Kelahiran anak-anak mereka itu dengan agama Islam, menjadikan Islam tersebar di tanah melayu.

Ekoran itu, dikatakan bahawa orang batak itu tidak bangga dengan masuk Islam, tetapi mereka bangga dengan masuk melayu; kerana kemasukan mereka dalam Islam itu dalam keadaan cukup ngeri dari sudut sejarahnya. Makanya, mereka cukup popular dengan satu pantun;

Kapak bukan sebarang kapak
Kapak diguna untuk membelah kayu
Batak bukan sebarang batak
Batak masuk melayu.

Dr Juandajaya dengan style dia mengambil perhatian. Diletakkan dua tangannya di hadapan mulut dan hidungnya. Dengan cermin matanya yang buat besar, kelihatan matanya sedang merenung tajam kepada Hasmi ketika mendengar kupasan tersebut. Dr Juandajaya juga ada memberi komen ringkas terhadap kupasan hasmi itu, tetapi tidak lah mendalam sangat.

Kemudian, aku menyebut nama al-Biqa3i di hadapan Dr Juandajaya. Dengan spontar Dr Juandajaya menyampuk, “Ulama Usul al-Tafsir”.

Hati kecilku menyebut, “cit hampeh.. mamat mufti ni ada maklumat rupanya”.

Tidak ada apa sangat yang dikupas beliau tentang tokoh ahli tafsir itu. Namun, maklumat yang ada pada beliau, aku rasa keilmuan yang ada beliau tidak boleh dipandang rendah. Lebih-lebih lagi, jika mahu dibandingkan dengan mufti-mufti lain di Malaysia.

Kemudiannya, aku mula cari pasal dengan beliau dengan provoke beberapa isu-isu politik dalam Islam, seperti konsep negara Islam, konsep negara sekular dan sebagainya.


Mendengar cara beliau memberi komentar dan tidak termakan provokasi aku, aku mula meletakkan satu sudut pandang terhadap Dr Juandajaya dengan menganggap bahawa beliau seorang ulama yang progresif.

Perbualan kami pada malam itu berlanjutan hampir pukul empat pagi. Sebelum kami beredar….

Bersambung…


No comments:

Post a Comment