Saturday 11 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (10)


Keesokkan paginya, aku diberi tanggungjawab untuk menyampaikan satu ceramah tentang kaedah berfikir
anjuran mahasiswa di salah sebuah institut pengajian tinggi di satu tempat yang berhampiran dengan Gombak. Dalam perjalanan, aku ada menghantar SMS kepada beberapa pimpinan PAS, juga Dr Juandajaya, Dr MAZA dan Dr Maszlee tentang pendirian PAS yang bertukar dalam isu penggunaan kalimah Allah kepada non Muslim; dari dibenarkan kepada tidak dibenarkan pula.

Dr Juandajaya ada membalas SMS aku itu dan memberikan beberapa pandangan. Melihat ayat dan bahasa yang digunakan oleh Dr Juandajaya dalam SMS itu, aku merasakan betapa cermatnya Dr Juandajaya untuk menyatakan sesuatu pendapat agama. Dalam balas membalas sms itu, beliau ada menyatakan bahawa ulama melayu sukar diharapkan untuk membuat perubahan di Malaysia. Aku pula membalas sms itu dengan aku menyatakan bahawa aku sudah berkeyakinan seperti yang dinyatakan oleh Dr Juandajaya itu sejak 4 tahun lepas lagi.

Selepas itu, kami selalu berbalas-balas tweet. Juga tidak ketinggalan juga, berbalas sms antara satu sama lain. Jika membaca kandungan sms yang kami saling balas-membalas, kalau tidak tahu bahawa kami berkawan, sudah pasti ramai yang anggap bahawa kami seperti bergaduh, tetapi sebenarnya kami bergurau dan sindir menyindir antara satu dengan yang lain. Aku sebagai orang yang pernah dinasihatkan oleh Dr MAZA agar kurang bergurau, sukar untuk hendak berhenti dengan sikap burukku itu, menjadikan aku sering membalas Dr Juandajaya itu secara gurauan.

PERTEMUAN KEDUA

Satu hari, aku bersama Danial dan Ilhami, telah pergi berjumpa dengan penulis lirik lagu awan nano, iaitu Buddhi Hekayat aka Hasmi Hashim di tempat biasa; iaitu di sebuah gerai makan berhampiran dengan rumahnya di sekitar Kuala Lumpur. Setelah mengambil hasmi di rumahnya, dalam perjalanan hendak ke gerai makan, tiba-tiba Dr Juandajaya telah menelefonku. Beliau ajak berjumpa pada malam itu. Aku menyatakan bahawa aku bersama dengan Hasmi. Dia ajak berjumpa bersama.


Kami bersetuju. Kami juga menyatakan bahawa kami akan pergi ke tempat yang mudah bagi Dr Juandajaya. Beliau menyatakan bahawa beliau di sunway putra, Kuala Lumpur, tetapi dalam imiginasi aku, aku terbayang sunway pyramid di Subang Jaya. Aku terus menyatakan persetujuan untuk ke sana dengan persetujuan Hasmi Hashim. Kami terus ke sunway pyramid. Apabila sampai di sana, aku terus hantar sms kepada Dr Juandajaya menyatakan nama kedai yang tempat kami lepak. Tiba-tiba beliau telefon dan bertanya tentang tempat itu. Di serahkan pula handphonenya kepada seorang rakannya, dan menyatakan bahawa mereka di sunway putra, bukan sunway pyramid.

“macam mana aku boleh terbayang sunway pyramid ni.. kepala otak aku ni ingat firaun juga rupanya” bisik hatiku.

Makanya, kami terus beralih haluan dengan terus menuju ke arah Kuala Lumpur semula. Dalam perjalanan, aku dan hasmi berbual dalam banyak tajuk, tetapi banyak terfokus tentang seni lagu dan lukisan. Juga, turut Hasmi bercerita tentang sejarah seorang ulama usul tafsir yang  berhadapan dengan tuduhan fitnah liwat di zamannya bernama al-Biqa3i.

Saudara Hasmi hashim, walaupun beliau dikenali sebagai seorang ahli seni yang puitis dengan kepandaian beliau menulis lirik lagu, tetapi ramai tidak mengetahui bahawa beliau seorang pelukis yang mahir, sehingga lukisan beliau cukup hidup, disamping kemahiran beliau mengupas tentang falsafah sesuatu gambar. Juga, kerajinan beliau membaca dan mengkaji, menjadikan maklumat-maklumat ilmu banyak yang boleh berkongsi dengan beliau, terutama dalam bidang sejarah dan sufistik.


Dalam perjalanan, handphoneku berbunyi. Terlihat nama Dr Juandajaya tertera. Aku angkat dan bercakap dengan beliau. Beliau bertanya, ditempat mana yang mahu bertemu. Fikir punya fikir, akhirnya aku mencadangkan agar pada malam itu, kita berjumpa di restoran Shah Jee, sebuah restoran masakan pakistan yang berada betul-betul di lorong berhadapan dengan pejabat Pas agong PAS, Jalan Raja Laut.

Bersambung….





1 comment:

  1. The History of the Casino - One of the Most Popular Casinos
    A relative newcomer casinosites.one to the communitykhabar world of online gambling, 1등 사이트 Wynn Las Vegas opened its doors to a https://deccasino.com/review/merit-casino/ new audience of over 600,000 in 2017. This was 토토 the first casino

    ReplyDelete