Tuesday 14 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (13)


“Anta nampak macam mana?” soal Juandajaya dalam talian telefon.

“ana dengar cerita yang Doktor akan bertanding.. ini kisah benar ke khabar berita angin je?” aku bertanyakan soalan untuk kepastian.

Juandajaya ketawa bila aku tanya soalan itu. Lalu dinyatakan bahawa siang tadi dia berada di Kuala Lumpur. ketika dia telefon aku itu, dia baru sampai di perlis. Aku bertanya, buat apa ke Kuala Lumpur. dia menjawab bahawa dia baru lepas berjumpa dengan Timbalan Presiden PKR, Saudara Azmin Ali.

Bila mendengar dia menyebut nama Azmin Ali, aku terus menyatakan kepadanya agar tidak masuk bertanding pilihanraya. Alasan yang aku berikan adalah dengan beberapa alasan. Pertama, pergaduhan dalam parti sangat teruk, malahan lebih teruk pergaduhan antara PR dengan BN. Kedua, suaranya sebagai mufti di luar kerangka parti politik lebih berkesan kepada rakyat. Aku memisalkannya dengan kehadiran Dr MAZA yang banyak pandangan-pandangan agama dan pandangan politik beliau yang terbukti banyak memberi kesan pada minda politik rakyat Malaysia, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu parti politik.



Dr Juandajaya tidak berceloteh banyak pada malam itu, bahkan lebih banyak mendengar  pandangan-pandangan yang aku lontarkan kepadanya. Di akhir celotehku, aku menyatakan kepadanya bahawa jika mahu bertanding juga, aku cadangkan agar beliau bertanding di kerusi dua parti sahaja; PKR dan DAP. Jangan sekali-kali bertanding di kerusi parti fikrah melayu mundur, seperti parti PAS dan UMNO.

“kalau dalam PAS, mungkin Doktor jadi “Islam” tiga hari je. Hari keempat, doktor dah jadi “kafir”” ujarku sambil ketawa untuk memberi analogi kerana mengenangkan sudut agama Dr Juandajaya yang progresif yang merasakan sudut pandang itu pasti akan mendatang tentangan dari agamawan-agamawan yang ramai dari PAS.

Aku memberi pandangan agar Dr Juandajaya bertanding dalam PKR dan DAP bertujuan untuk mengubah sudut pandang persepsi politik rakyat Malaysia terhadap agamawan dalam parti politik. Selalunya, agamawan itu amat sinonim dengan PAS. Juga, rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa pandangan agama dalam PAS itu setahap wahyu, bukan dilihat sebagai ijtihad yang boleh diterima dan ditolak. Lebih parah lagi, sudut pandang agama dari parti PAS dilihat seakan-akan tidak boleh dikhilafi. Jika dikhilafi juga, terhamburlah dari pengkagum-pengkagum PAS dengan berbagai-bagai lebel agama, seperti lebel munafiq, munafiq haraki, fasiq dan sebagainya.

“sebelum ini, Mustafa Ali ada juga telefon” Dr Juandajaya memberikan info menarik. Aku semakin mengambil perhatian.

“apa yang dia minta?” aku menyoal ketamakan ingin tahu.

Dr Juandajaya pun bercerita bahawa Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali ada menelefon beliau meminta agar bertanding atas tiket PAS, tetapi hatinya tidak dekat dengan PAS sangat. Selepas ajakan Mustafa Ali kali pertama itu, beliau sudah jarang mengangkat telefon jika dihubungi oleh Setiausaha Agong PAS itu.

Di akhir perbualan pada malam itu, aku sekali lagi mengulangi pandangan bahawa jangan bertanding langsung dalam pilihanraya, dan kekalkan dirinya sebagai mufti yang memberikan pandangan-pandangan agama yang boleh mengubah minda rakyat malaysia yang lebih berkesan sepertimana yang dibuat oleh Dr MAZA. Tetapi, jika mahu bertanding juga, pastikan bertanding atas dua tiket sahaja; PKR atau DAP.

“kalau nak bertanding, bagitau la.. ana sedia membantu” ujarku penutup perbualan malam itu.

Selepas memberi salam, aku mematikan telefon… selang beberapa ketika…

Bersambung…







No comments:

Post a Comment