Sunday 2 June 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (22)

Juandajaya selalu maklumkan bahawa dia sudah nyatakan kesediaan untuk bertanding pada tiket PKR. Malahan, dia juga sebut bahawa dia tak kisah jika Anwar Ibrahim akan isytiharkan perkara itu kepada media. Namun, keadaan adalah sebaliknya. Ketua Umum PKR itu tidak pernah mengumumkan. Dr Juandajaya selalu sms kepadaku keadaan itu.


Makanya, aku mencadangkan agar pimpinan PKR yang lain mengisytiharkannya. Tetapi, mereka menyatakan bahawa Dr Juandajaya tidak punyai pendirian yang tetap lagi. Aku pun hubungi Dr Juandajaya, beliau menyatakan kesediaan itu.

Ekoran itu, apabila beliau datang ke KL, walaupun dengan urusan yang lain, tetapi aku ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan antara Dr JUandajaya dengan beberapa pimpinan PKR.

Pertemuan bertempat di lake club, kuala Lumpur itu, tidak ada perbincangan yang banyak tentang keadaan politik, tetapi lebih sekadar pertemuan suai kenal. Dr Juandajaya berjumpa dengan beberapa tokoh dalam PKR, seperti Nurul Izzah, Azmin Ali, Wan Azizah dan sebagainya.

Dalam pertemuan tersebut, aku amat menarik dengan style Wan Azizah dalam menilai seseorang agamawan. Di awal pertemuan aku dengan Kak wan pun yang bertempat di Lembah Pantai, beliau ada bertanyakan kepadaku tentang status Qantura’ binti Yaqtan, iaitu isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Aku nyatakan bahawa cerita Qantura’ itu adalah kisah yang bersumberkan riwayat al-Israiliyyat. AKu juga ada nyatakan, dari riwayat israiliyyat itu diceritakan bahawa anak Nabi Ibrahim dari Qantura’ itu seramai 6 orang.

Makanya, pertemuan Kak Wan pertama kali dengan Dr Juandajaya, sudah pasti perkara yang ditanya oleh Kak Wan adalah perkara agama. Bila Kak Wan berjumpa dengan Dr Juandajaya, beliau ada bertanyakan sesuatu perkara agama yang melibatkan pahala dalam melakukan sesuatu amalan. Aku lupa tentang amalan apa yang ditanya oleh kak Wan pada masa tu.


Dr Juandajaya pun terus menjawab bahawa ia mendapat pahala memandangkan amalan itu baik.

“Haaa sudah, Mufti jual agama dah… “aku menyampuk dengan suara yang agak kuat.

Kalimah “jual agama” ini adalah ungkapan gurauan kami berdua. Apabila aku ditelefon oleh Dr Juandajaya dan aku tidak angkat, mungkin disebabkan tidoq atau mengajar, pasti akan datang satu sms dari beliau “oi Kenapa tak angkat.. dok jual agama ke”

Sejak itu, kami suka bergurau dengan ungkapan itu.

Makanya, semasa Dr Juandajaya ditanya hukum oleh Kak Wan, aku bergurau dengan ungkapan yang sama. Dengan nada ketawa Dr Juandajaya menjawab, “dah memang buat baik dapat pahala.. mana ada buat amalan baik dapat dosa”.


Setelah pertemuan itu selesai, kami terus beransur keluar dengan segera. Lebih-lebih lagi, Dr Juandajaya mahu bertolak pulang ke Perlis. Sambil berjalan-jalan ke keretaku, Dr Juandajaya ada sebut bahawa beliau semakin hari semakin meluat dengan system monarki. Memang tajuk benci monarki ini kesukaaanku. Jadinya, sambil berjalan ke kereta, “goreng” aku tentang isu sultan ini lebih “berasap”.

Bersambung….





  

No comments:

Post a Comment