KITAB AL-IJTIHAD FI ILM AL-HADIS WA ASARUHU FI AL-FIQH AL-ISLAMI
Dr. ‘Ali Naif
Biqaie
Dar al-Basyair
al-Islamiyyah, Beirut: 2009 – 1430
Yang
menyediakan : Wan Ji bin Wan Hussin
boleh download di sini
DIRAYAH HADIS |
Dirayah hadis adalah: هو علم يبحث فيه عن المعني المفهوم من ألفاظ الحديث,
وعن المعني المراد منها, مبتنيا علي قواعد اللغة العربية, وضوابط الشريعة,
مطابقا لأحوال النبي[1] Ilmu hadis dirayah, kita boleh tahu sesuatu hadis
itu diterima atau ditolak berdasarkan kaedah-kaedah umum. Ilmu hadis riwayah, kitab oleh tahu sesuatu hadis
itu diterima dan ditolak berdasarkan kajian perincian satu persatu. Beza antara ilmu riwayat dari dirayah, seperti ilmu
nahu dan I’rab; seperti ilmu fiqh dan usul al-fiqh[2]. |
|||||
TAJRIH |
1. Tajrih di bawah maksud dharurat. Jadi: a. Masa tajrih perlu didatangkan juga
pujian. b. Tajrih mengikut kadarnya sahaja. tidak
boleh lebih. Sebab kaedah sebut : تقدر بقدرها 2. Kata abu al-Hasanat al-Laknawi, Tajrih
tidak boleh datang dari orang bias, taksub[3]. |
|||||
FAHAMI ISTILAH JARH TA’DIL |
Ibn Hibban pernah kata: واهل الحجاز يسمون الخطاء كذبا “Ahli Hijaz menamakan salah sebagai dusta[4]” |
|||||
PERAWI BIAS |
Laknawi kata : kalau tajrih berlaku dari individu
yang dapat dibuktikan secara qarinah (maqaliyyah atau haliyyah) bahawa dia
taksub, maka tajrih itu ditolak. Contoh : -
Ibn hajar
tolak tajrih al-Juzjani terhadap orang kufah, sebab dia ada sentiment
kenegerian. -
Tajrih
al-Zahabi terhadap tokoh-tokoh sufi[5]. Imam bukhari terima riwayat Ibn Ishaq, walaupun Ibn
Ishaq ditolak imam malik, kerana Jarh al-Aqran, iaitu mereka satu zaman dan
dianggap ada bias. Sama juga tidak terima jarh Nasaie terhadap Ahmad
bin Soleh al-Misri; Ibn Ma’in terhadap al-Syafie[6]. Ibn abdil Bar kata: kalau dakwa seseorang rawi itu
dusta, ia tidak boleh diguna pakai kecuali diberikan bukti[7]. |
|||||
PERLU NYATAKAN SEBAB BILA TA’DIL DAN TAJRIH? |
Ada empat mazhab: a. Tajrih perlu nyatakan sebab. Ta’dil
tidak perlu. b. Ta’dil perlu nyatakan sebab. Tajrih
tidak perlu. c. Semua kena nyatakan sebab d. Semua tidak perlu nyatakan sebab, jika
datang dari orang alim yang terkenal. Pendapat (a) adalah pandangan majoriti ulama.
antaranya, Nawawi, ibn hajar al-Asqalani, ibn al-Solah, Khatib al-Baghdadi,
al-Bukhari, Muslim dll[8]. Sebab itu, ikrimah maulan ibn Abbas diterima oleh
al-Bukhari; Ismail bin Abi Uwais juga. Sebab, mereka ini ditajrih, tp tidak dinyatakan
sebab[9]. Pandangan ibn hajar: Kalau perawi itu ditajrih tanpa dinyatakan sebab,
lalu ada ulama lain siqahnya, maka tajrih itu tidak diterima kecuali dinyatakan
sebab. Jika tidak ada ta’dil, maka tajrih itu diterima
selama tidak dinyatakan sebab; iaitu dengan syarat, tajrih itu dari orang
yang alim[10]. |
|||||
KALAU JARH DAN TA’DIL SAMA |
Pendekatan Taj al-Din al-Subki (tabaqat syafiiyyah
kubra) Pertama: -
Asal
seseorang perawi itu adalah adil selama tidak dibuktikan bahawa dia adalah
jarh. -
Justeru,
untuk mengatakan bahawa perawi jarh, perlu diberikan bukti bahawa dia memang
majruh. Kedua : -
Apabila
seseorang perawi itu telah dibuktikan jarh, tetapi dalam masa yang sama
didapati ta’dilnya juga kuat, maka perlu proses tarjih antara kedua-duanya. -
Jika gagal
ditarjih, maka didahulukan jarh berbanding ta’dil. -
Jarh tidak
berlaku terhadap para imam besar yang diakui sebagai ta’dil. -
Sebab
itu tidak berlaku jarh: o Jarh Abu Zi’b terhadap Malik o Jarh Ibn Ma’in terhadap Imam syafie. o Jarh Nasaie terhadap Ahmad bin Soleh[11]. Dalilnya adalah: “Apabila air sudah sampai dua kolah, maka air itu
tidak menanggung sebarang kerosakan” |
|||||
HUKUM RAWI MAJHUL AL-AIN |
Ibn Hajar al-Asqalani dan Ibn Qattan: ASAL Rawi majhul al-Ain tidak boleh diterima
periwayatannya KECUALI jika ada ulama rijal siqahkan dia. NAMUN, jika ada
kritikan dari rijal lain dalam mentajrihkannya, maka kembali kepada hukum
asal (tidak boleh diterima periwayatannya)[12] |
|||||
CONTOH RAWI MAJHUL YANG BOLEH DI BUAT HUJAH |
|
|||||
ULAMA YANG MUDAH MAJHULKAN ORANG |
ABU HATIM Contohnya : anggap majhul pada ABU AL-NU’MAN
AL-HAKAM BIN ABDULLAH AL-BASARI. Ibn Hajar al-Asqalani (Hady al-Sari) komen : dia
tidak majhul, bahkan 4 ulama siqah riwayatkan hadis darinya. Turut menganggap
dia siqah adalah al-Zuhli. Contoh lain : BAYAN BIN AMRU AL-BUKHARI Ibn hajar al-Asqalani (Hady al-Sari) komen : dia
tidak majhul, bahkan Ibn Madini puji dia, Ibn Hibban dan ibn ‘Adi anggap dia
siqah. Ulama besar meriwayatkan hadis darinya seperti
al-Bukhari, Abu Zur’ah, Ubaidillah bin Wasil dll. Abu Hatim menganggap majhul sahabat Nabi dari
kalangan arab badwi yang para Imam Tabiin tidak meriwayatkan hadis dari
mereka[20]. IBN HAZM Contoh : MUHAMMAD BIN ISA BIN SURAH. Ibn Hajar al-‘Asqalani (al-Tahzib) : sepakat ulama
kata dia siqah, seperti Abu al-Qasim al-Baghawi, Ismail bin Muhammad
al-Saffar, Abu al-Abbas al-Assam dll. Abdul Fattah Abu Ghuddah pernah berpesan agar teliti
dahulu individu yang dianggap majhul oleh ibn Hazm[21]. |
|||||
MAJHUL DI SISI HANAFI |
a. Dia riwayatkan satu atau dua hadis
sahaja. b. Dia tidak diketahui mengetahui fiqh dan
berijtihad[22]. |
|||||
AHLU BID’AH |
Menurut imam ibnu taimiyyah, permulaan bagi
berlakunya amalan bidaah adalah selepas pembunuhan terhadap Saidina Osman[23]. Dalam kitab Ihya', imam ghozali menyatakan orang
yang mula-mula sekali mengajak ahli bidaah berdebat adalah sadina Ali, iaitu
dengan beliau melantik Abdullah bin Abbas untuk berhadapan dengan kelompok
khawarij[24]. Al-Zahabi mengklasifikasikan bidaah kepada dua; A. Sughra, seperti berlaku di kalangan tabiin
ataupun Atba' tabiin yang warak tetapi mereka cenderung kepada syiah B. Kubra, seperti golongan rafidhah yang melampau
sehingga sanggup mengkafirkan kepada Abu Bakar dan Umar[25]. |
|||||
BEZA KHILAF DALAM HAL BID’AH DAN KAEDAH ISTINBAT
HUKUM |
Nabi suruh
berhati-hati dalam hal yang kabur. Dalam hadis
riwayat Muslim, Aisyah binti Abu Bakar berkata اذا رايتم الذين يتبعون ما
تشابه منه، اولئك الذين سمى الله
فاحذروهم Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh imam Muslim bahawasanya Abdullah bin amru berkata bahawa
suatu hari Nabi mendengar suara dua orang lelaki yang berselisih berkenaan
sesuatu ayat Al-Quran. Mendengar itu
nabi keluar kepada mereka dan berjumpa dengan mereka dalam keadaan muka nabi
kelihatan marah, seraya nabi berkata: انما هلك من كان قبلكم
باختلافهم في الكتاب Imam Nawawi
menyatakan di dalam Syarah Muslim, yang dimaksudkan dengan kebinasaan yang
berlaku kepada umat sebelum kita adalah berkenaan dengan kekufuran dan amalan
bidaah yang dilakukan mereka. Adapun
perselisihan pada istinbat furu' agama, dan perdebatan yang berlaku di
kalangan ahlul Ilmi yang mendapat faedah ilmu dan menampilkan sesuatu
kebenaran, perselisihan itu adalah tidak dilarang dalam agama. Bahkan ia
dituntut dan mempunyai kelebihan tersendiri. Sesungguhnya ijmak orang Islam
dalam hal ini semenjak era sahabat sehingga sekarang[26]. |
|||||
MANGSA TUDUHAN AHLI BID’AH |
Tidak semua
mereka yang dituduh sebagai ahli bidaah adalah sebenar-benarnya ahli Bid'ah. Al-Qasimi ada
menyatakan seramai 25 orang perawi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan
muslim dituduh oleh imam sayuti sebagai Syiah, tetapi Al-Qasimi mendapati
bahawa semua itu tidak mempunyai asas untuk mengatakan mereka sebagai Syiah
kecuali hanya dua orang sahaja, Abang bin Tughlub dan Abdul Malik bin 'Ayun[27]. Imam Abu Hanifah
dan dua orang murid beliau; imam Abu Yusuf dan imam Muhammad bin Hassan
pernah dituduh sebagai penganut fahaman murjiah. Tuduhan itu dilakukan
oleh sebilangan ulama hadis kerana beliau kerana dikatakan beliau anggap
bahawa amalan bukan termasuk dari iman; serta mengatakan Iman tidak bertambah
dan tidak menurun[28]. Pada kalangan
ulamak hadis Iman adalah murakkab dari amalan, yang sebenarnya kepercayaan
ini tidak ada jauh beza dengan pandangan imam Abu Hanifah hanya kerana
perbezaan dari sudut pemahaman bahasa sahaja. Ini kerana pada
imam Abu Hanifah, orang yang ketiadaan tasdiq, maka orang itu boleh menjadi
kufur, dan orang yang tidak mempunyai amalan, maka dia menjadi fasiq[29]. Ibnu Hajar
al-asqalani tidak menafikan bahawa ada pihak yang melampau dengan menuduh
kafir kepada ahli Bid'ah. Walaubagaimanapun,
Ibn Hajar menyimpulkan bahawa yang dimaksudkan kufur adalah apabila
mengingkari perkara yang mutawatir di dalam syariat; atau mengingkari perkara
yang diketahui dalam agama secara pasti[30]. |
|||||
BENTUK BID’AH |
RIWAYAT AHLI
BID'AH YANG MEMBAWA KEPADA KUFUR TIDAK DITERIMA LANGSUNG. RIWAYAT AHLI
BID’AH YANG TIDAK MEMBAWA KEPADA KUFUR? A. TIDAK
DITERIMA LANGSUNG - ini adalah
pandangan ibnu sirin, Al Hasan Basri, Malik, ibnu Uyaynah, Al-Humaidi, Yunus
bin Abi Ishaq dan 'Ali bin Harb[31].
B. DITERIMA
RIWAYAT DENGAN SYARAT-SYARAT YANG KETAT. - ini pandangan
Imam Syafie, imam al-ghazali, Abul Hussian al-basri dan kebanyakan ulama usul
fiqh - al-Zahabi
pernah sebut perawi bernama ABAN BIN TUGHLUB AL-KUFI - dia seorang Syiah
tetapi soduq. Bagi kita dari sudut kebenarannya, bid'ah itu dibebankan atas
kepalanya. - imam Syafi'i
menerima riwayat IBRAHIM BIN ABI YAHYA yang merupakan seorang qadariyah[32]. C. DITERIMA JIKA
MEREKA PERCAYA TIDAK HALAL BERBOHONG. - tekan hantar
tu yang berpendapat sebegini adalah imam Syafi'i, ibnu Abi Laila dan Imam Abu
Yusuf[33]. B. DITERIMA
SELAMA DIA TIDAK MENYERU KEPADA BID'AHNYA - antara yang
berpegang dengan pendapat ini adalah imam Ahmad bin hambal, Yahya bin ma'in,
al-Bukhari dan Abu Daud. Walau
bagaimanapun mengikut komentar ibnu Hajar al-'asqalani, bawa imam Bukhari
menerima perawi ahli bid'ah jika; A. Hadis itu ada
mutaba-ah. B. Hadis
tersebut mempunyai banyak jalur C. Sekadar untuk
Fadhail[34]. |
|||||
HADIS NABI TIDAK AKAN BERTEMBUNG |
PERTAMA : ULAMA YANG KATA TIDAK BERLAKU
PERTEMBUNGAN Imam syafie menyatakan: Perkara yang diketahui
bahawa hukum-hukum Allah itu di sana ada hukum RasulNya yang ia tidak akan
berselisihan[35].
وأنْ يعْلم أنَّ أحكامَ اللهِ ثمَّ أحكامَ رسولِه لا
تختلف، وأنها تجري على مثال واحد Al-Qadhi Abu Bakar bin Tayyib al-Baqilani ada
berkata: bahawa setiap dua hadis bahawa Nabi saw bercakap, ia tidak saheh
berlaku pertembungan atas apa bentuk sekalipun[36]. فَكُلُّ خَبَرَيْنِ عُلِمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكَلَّمَ بِهِمَا فَلَا يَصِحُّ دُخُولُ التَّعَارُضِ
فِيهِمَا عَلَى وَجْهٍ KEDUA : KALAU BERLAKU KHILAF JUGA? Jika sesuatu hadis ahad itu didapati berlaku
percanggahan dengan nas-nas yang lain, atau dengan dasar agama dan akal,
kemungkinan besar hadis itu mempunyai masalah dari sebarang sudut, sama ada
sanad, mahupun matan[37]. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata : tidak berlaku
percanggahan antara hadis-hadis saheh. Andai berlaku percanggahan juga, sama
ada salah satu hadis itu bukan perkataan Nabi yang berlaku kesalahan pada
sesetengah perawi yang siqah; ataupun salah satu hadis tersebut menasakhkan
hadis yang satu lagi; berlaku pertembungan pada orang yang mendengar, bukan
hakikat perkataan nabi itu yang bertembung[38]. لَا تَعَارُضَ بِحَمْدِ اللَّهِ بَيْنَ أَحَادِيثِهِ
الصَّحِيحَةِ. فَإِذَا وَقَعَ التَّعَارُضُ، فَإِمَّا أَنْ يَكُونَ أَحَدُ
الْحَدِيثَيْنِ لَيْسَ مِنْ كَلَامِهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
وَقَدْ غَلِطَ فِيهِ بَعْضُ الرُّوَاةِ مَعَ كَوْنِهِ ثِقَةً ثَبْتًا،
فَالثِّقَةُ يَغْلَطُ، أَوْ يَكُونُ أَحَدُ الْحَدِيثَيْنِ نَاسِخًا لِلْآخَرِ،
إِذَا كَانَ مِمَّا يَقْبَلُ النَّسْخَ، أَوْ يَكُونُ التَّعَارُضُ فِي فَهْمِ
السَّامِعِ، لَا فِي نَفْسِ كَلَامِهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -،
فَلَا بُدَّ مِنْ وَجْهٍ مِنْ هَذِهِ الْوُجُوهِ الثَّلَاثَةِ KETIGA : DALIL TIDAK BOLEH BERLAKU[39]
Dalil pertama,
firman Allah: وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا
وَحْيٌ يُوحَى (4) – النجم Dalil kedua,
sesuatu wahyu yang benar, sudah pasti tidak akan berlaku perselisihan. Firman
Allah: أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ
عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82) – النساء Dalil ketiga, kebenaran itu datang untuk menjelaskan
sebarang perkara yang manusia perselisihkan. Jika wujud pertembungan, ia
sudah terkeluar dari maksud kebenaran. Firman Allah: وَمَا أَنْزَلْنَا
عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (64) – النحل KEEMPAT : DHAWABIT BERLAKU PERSELISIHAN Tidak semua keadaan bahawa perselisihan sesuatu
hadis itu menjadi wacana ilmu kritik matan hadis. Dhawabit atau ketetapan
terhadap ikhtilaf berlaku adalah seperti berikut: Dhawabit pertama, perselisihan yang berlaku bukan
dalam perselisihan jenis. Jika dalam kerangka jenis, ia tidak termasuk dalam
perbahasan. Dhawabit kedua, perselisihan antara hadis saheh dan
hadis doif. Jika berlaku, maka hadis doif itu ditolak. Dhawabit ketiga, perselisihan perlu sesama hadis
marfu’, bukan hadis mauquf atau hadis maqtu’. Jika berlaku perselisihan, maka
hadis mauquf atau hadis maqtu’ itu perlu ditolak[40]. |
|||||
PENDEKATAN TARJIH |
PENDEKATAN JUMHUR ULAMA Pendekatan Jumhur Ulama yang terdiri dari kalangan
ulama bermazhab maliki, syafie, Hanbali dan Zahiri bahawa tarjih berlaku
dengan susunan berikut; iaitu, dimulakan dengan himpun semua hadis-hadis yang
bertembung. Jika tidak dapat, maka tarjihkan salah satu dari hadis-hadis yang
bertembung tersebut. Jika tidak dapat juga, maka dilihat dari sudut Tarikh
hadis, maka ditentukan hadis yang terdahulu sebagai Mansukh. Jika tidak dapat
dilakukan juga, maka pendekatan yang diambil adalah tawaqquf, iaitu tidak
mengambil sikap terhadap pertembungan antara hadis-hadis tersebut. PENDEKATAN HANAFIYYAH Pendekatan ini berbeza dengan ulama-ulama bermazhab
Hanafi yang memulakan sikap dengan hadis-hadis yang bertembung dengan
diteliti tarikh sesuatu hadis. Pada hadis yang awal, dianggap sebagai
Mansukh. Jika pendekatan Mansukh tidak dapat dilaksanakan, maka menggunakan
pendekatan tarjih. Jika tidak dapat tarjih, maka menggunakan pendekatan
himpun antara hadis-hadis tersebut. Jika tidak dapat diselesaikan juga, maka
tawaqquf[41]. KRITIKAN TERHADAP HANAFIYYAH Pendekatan hanafiyyah yang mendahulukan nasakh ini
dikritik oleh Abu al-Hasanat al-Lakhnawi dengan beliau menjelaskan bahawa
mengeluarkan dari mengamalkan sesuatu nas syarak dalam keadaan ia boleh
diamalkan merupakan pendekatan yang tidak selayaknya berlaku. Yang paling
utama adalah menghimpunkan semua hadis-hadis yang bertembung dengan meneliti
secara mendalam terhadap setiap hadis-hadis terbabit[42]. Beliau turut mengkritik dengan pendekatan hanafiyyah
yang mendahulukan pendekatan tarjih berbanding himpun hadis dengan
menjelaskan bahawa pendekatan tersebut membawa kepada tidak mengamalkan salah
satu dari dua dalil tanpa keperluan yang mendesak. Pendekatan yang baik
adalah mendahulukan himpun terlebih dahulu kerana ia sudah pasti beramal
dengan semua dalil-dalil[43]. |
|||||
PENDEKATAN
TARJIH ZARKASHI |
PENDEKATAN
ZARKASHI Apabila
ada hadis-hadis yang kelihatan bertembung, al-Zarkashi menggunakan empat
pendekatan berikut: a.
Mentarjih hadis dengan meneliti dari
sudut sanad. b.
Mentarjih hadis dengan meneliti dari
sudut matan[44]. TARJIH DARI SUDUT SANAD Antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam hal
melibatkan tarjih dari sudut sanad adalah seperti berikut: PERTAMA : TARJIH SANAD YANG RAMAI PERAWI Pendekatan
mentarjih dengan meneliti dari sudut sanad, al-Zarkashi menjelaskan bahawa
hadis yang perawi ramai didahulukan berbanding perawi yang sedikit[45].
فَيُرَجَّحُ مَا
رُوَاتُهُ أَكْثَرُ عَلَى مَا رُوَاتُهُ أَقَلُّ بِخِلَافِهِ Turut memberi komentar yang sama adalah al-Isnawi
dengan beliau menukilkan bahawa yang berpendapat sebegini adalah Imam
al-Juwaini dan al-Amidi. Hujah mereka adalah kemungkinan salah dan dusta pada
hadis yang ramai perawi itu lebih sukar berlaku berbanding jika perawinya
sedikit[46]. كثرة الرواة فيرجح
بها عند الإمام والآمدي وأتباعهما؛ لأن احتمال الغلط والكذب على الأكثر أبعد من
احتمالهما على الأقل Contoh
bagi pendekatan ini adalah seperti al-Imam al-Syafie menyimpulkan hukum
mengangkat dua tangan ketika takbir pada beberapa perbuatan solat yang
pendapat ini berbeza dengan yang mengatakan takbir hanya berlaku ketika di
permulaan solat sahaja[47]. قَالَ الشَّافِعِيُّ
رَحِمَهُ اللَّهُ: وَبِهَذَا نَقُولُ، فَنَقُولُ: إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ
رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ
يَرْكَعَ رَفَعَهُمَا، وَكَذَلِكَ أَيْضًا إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ
الرُّكُوعِ، وَلَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنَ الصَّلَاةِ غَيْرِ هَذِهِ
الْمَوَاضِعِ Pada
imam syafie, hadis yang menjelaskan berkenaan itu lebih diperakui kerana
hadis tersebut diriwayatkan oleh sebilangan besar sahabat sehingga mencecah bilangan seramai sebelas orang
sahabat, termasuk Abu Humaid al-Sa’idi dan Wail bin Hujr[48]. قَالَ الشَّافِعِيُّ:
لِأَنَّهَا أَثْبَتُ إِسْنَادًا مِنْهُ، وَأَنَّهَا عَدَدٌ، وَالْعَدَدُ أَوْلَى
بِالْحِفْظِ مِنَ الْوَاحِدِ ....قُلْتُ: فَمَعَ الزُّهْرِيِّ أَحَدَ عَشَرَ
رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ مِنْهُمْ أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ،
وَحَدِيثُ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ كُلُّهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِمَا وَصَفْتُ، وَثَلَاثَةَ عَشَرَ حَدِيثًا أَوْلَى أَنْ تَثْبُتَ
مِنْ حَدِيثٍ وَاحِدٍ Bahkan, al-Zarkashi menyatakan bahawa hadis terbabit
diriwayatkan oleh sahabat sehingga mencecah bilangan seramai empat puluh tiga
orang sahabat[49].
قَدْ رَوَى الرَّفْعَ
ثَلَاثَةٌ وَأَرْبَعُونَ صَحَابِيًّا، وَكَثِيرٌ مِنْهَا فِي الصَّحِيحَيْنِ KEDUA : TARJIH DENGAN LIHAT DARI SUDUT SANAD YANG
PALING TINGGI Apabila sanad tinggi, bermaksud kurang jarak antara
nabi saw dari imam hadis. Dengan itu, kurang berlaku kesalahan. Contohnya, seperti berlaku kekhilafan dalam kalangan
ulama fiqh berkenaan bacaan iqamah, dibacakan secara berulang sebanyak dua
kali, atau tanpa berulang; pada mazhab Hanafi menyatakan bahawa dibaca secara
berulang sebanyak dua kali, sedangkan pandangan ulama selain Hanafi bahawa
dibacakan sekali. Hal itu berlaku kerana melihat kepada hadis yang
menyebut berkenaan iqamah yang dibaca berulang sebanyak dua kali itu; sanad
hadis terbabit didapati tinggi, iaitu hadis tersebut adalah: Daripada ‘Amir al-Ahwal, daripada Makhul bahawa Abu
Muhaizir yang menceritakan bahawa Abu Mahzurah bercerita bahawa Nabi saw
mengajar kepadanya azan dan iqamah yang baginda menyebutkan iqamah itu di
baca dua kali-dua kali[50]. -
354 - Hadis ini bercanggah dengan hadis dalam Riwayat
lain; daripada Khalid al-Hazza’ bin Abi Qilabah, daripada Anas bin Malik
berkata: Nabi saw menyuruh Bilal menggenapkan bacaan azan, tetapi mewitirkan
(hitungan ganjil, iaitu satu kali sahaja) ketika Iqamah[51]. Di lihat dari sudut ketinggian sanad, maka ulama
selain Hanafi menyimpulkan laungan iqamah dibacakan dengan tidak berulang dua
kali. Adapun Hanafiyyah, mereka tidak melihat dari sudut ketinggian sanad,
tetapi melihat pada hadis yang perawinya lebih dhobit dan lebih faqih[52]. KETIGA : TARJIH DENGAN MELIHAT PERAWI MANA YANG
TERLIBAT SECARA LANGSUNG. Pendekatan ini diambil kerana perawi yang terlibat
secara langsung mengetahui keadaan sebenar sesuatu kejadian berbanding dari
perawi yang hanya mendengar dari orang lain. Contohnya, berkenaan status puasa bagi orang yang
berjunub, yang dalam Riwayat Abu Hurairah yang berkata: “barangsiapa yang berpagi dalam keadaan berjunub,
maka hari itu dia tidak berpuasa”. Perkataan Abu Hurairah ini didengari oleh Marwan bin
al-Hakam yang merupakan Amir Madinah ketika itu. Beliau meminta agar seorang
temannya Bernama Abd al-Rahman agar bertanya kepada dua orang isteri Nabi,
iaitu Aisyah dan Ummu Salamah. Apabila Abd al-Rahman bertanya Aisyah, isteri
Nabi saw itu menjawab: Aku saksikan sendiri bahawa Rasulullah berpagi
berjunub dengan sebab jimak yang bukan sebab bermimpi, kemudian baginda
berpuasa pada hari itu” Kemudian, Abd al-Rahman bertanya kepada Ummu Salamah
pula dan bertanya kepadanya sama dengan persoalan yang dibangkitkan kepada
Aisyah. Ummu Salamah menjawab sama sepertimana jawapan Aisyah[53]. مَالِكٌ، عَنْ
سُمَيٍّ، مَوْلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ ؛ أَنَّهُ سَمِعَ
أَبَا بَكْرِ بْنَ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ يَقُولُ: كُنْتُ أَنَا وَأَبِي
عِنْدَ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ. َهُوَ أَمِيرُ الْمَدِينَةِ. فَذُكِرَ
لَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ:
مَنْ أَصْبَحَ جُنُباً، أَفْطَرَ ذلِكَ الْيَوْمَ. فَقَالَ مَرْوَانُ:
أَقْسَمْتُ عَلَيْكَ يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ. لَتَذْهَبَنَّ إِلَى أُمَّيِ
الْمُؤْمِنِينَ عَائِشَةَ وأُمِّ سَلَمَةَ. فَلَتَسْأَلَنَّهُ مَا عَنْ ذلِكَ.
فَذَهَبَ عَبْدُ الرَّحْمنِ، وَذَهَبْتُ مَعَهُ. حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى
عَائِشَةَ. فَسَلَّمَ عَلَيْهَا، ثُمَّ قَالَ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ. إِنَّا
كُنَّا عِنْدَ مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ. فَذُكِرَ لَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ
يَقُولُ: مَنْ أَصْبَحَ جُنُباً أَفْطَرَ ذلِكَ الْيَوْمَ. قَالَتْ عَائِشَةُ:
لَيْسَ كَمَا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ. يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ. أَتَرْغَبُ عَمَّا
كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَصْنَعُ؟ قَالَ عَبْدُ الرَّحْمنِ:
لاَ، وَاللهِ. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَأَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه
وسلم أَنَّهُ كَانَ يُصْبِحُ جُنُباً مِنْ جِمَاعٍ، غَيْرِ احْتِلاَمٍ ، ثُمَّ
يَصُومُ ذلِكَ الْيَوْمَ. قَالَ: ثُمَّ خَرَجْنَا، حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى أُمِّ
سَلَمَةَ. فَسَأَلَهَا عَنْ ذلِكَ. فَقَالَتْ مِثْلَ مَا قَالَتْ عَائِشَةُ. Syafie mengambil hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
dan Ummu Salamah berbanding Abu Hurairah dengan kata beliau: “Kami mengambil hadis Aisyah dan Ummu Salamah yang
kedua-dua mereka merupakan isteri Nabi dengan tidak mengambil hadis Abu
Hurairah dengan beberapa alasan; antaranya adalah, kedua-dua itu adalah
isteri nabi yang sudah pasti mereka lebih mengetahui berkenaan hal ini
berbanding lelaki lain yang hanya mengetahui itu dari dengar dan dari berita
sahaja[54]. قَالَ الشَّافِعِيُّ
رَحِمَهُ اللَّهُ: فَأَخَذْنَا بِحَدِيثِ عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ زَوْجَيِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دُونَ مَا رَوَى أَبُو هُرَيْرَةَ
عَنْ رَجُلٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ بِمَعَانٍ، مِنْهَا أَنَّهُمَا زَوْجَتَاهُ،
وَزَوْجَتَاهُ أَعْلَمُ بِهَذَا مِنْ رَجُلٍ إِنَّمَا يَعْرِفُهُ سَمَاعًا أَوْ
خَبَرًا Demikian
juga, al-Hazimi dan al-Zarkashi mentarjih hadis hadis Riwayat Abi Rafi’
berkenaan perkahwinan Nabi saw dengan Maimunah yang kedua-dua mereka adalah
tidak memakai ihram berbanding Riwayat ibn Abbas yang menyatakan bahawa
ketika itu Nabi sedang pakai ihram. Walaupun
hadis Ibn Abbas itu diriwayatkan oleh al-Bukhari, namun hadis tersebut tidak
dijadikan sandaran hujah kerana didapati Ibn Abbas tidak berada di tempat
kejadian berbanding Abu Rafi’ yang ada di tempat kejadian[55].
Walaubagaimana
pun, tarjih al-Zarkashi dan al-Hazimi ditolak oleh al-Nawawi dan ibn Hajar al-‘Asqalani dengan takwilan
bahawa semasa Nabi saw kahwini Maimunah itu, sememangnya mereka berada di
tanah haram, tetapi ketika itu mereka tidak memakai ihram; ataupun keizinan
itu diberikan kepada nabi sebagai khususiyat Nabi[56]. TARJIH
DARI SUDUT MATAN PERTAMA
: TARJIH MATAN YANG ADA ILLAT SECARA JELAS BERBANDING YANG TIDAK JELAS. Al-Zarkashi
menyatakan, ditarjihkan khabar (hadis) yang disebut pada lafaznya illat hukum
berbanding yang tidak disebut illat pada matan hadis tersebut. Pada beliau,
illat yang jelas itu antara sebab kekuatan hadis untuk diumumkan[57]. يُرَجَّحُ الْخَبَرُ
الْمَذْكُورُ مِنْ لَفْظٍ مُومٍ إلَى عِلَّةِ الْحُكْمِ عَلَى مَا لَيْسَ
كَذَلِكَ. لِأَنَّ الِانْقِيَادَ إلَيْهِ أَكْثَرُ مِنْ الِانْقِيَادِ إلَى
غَيْرِ الْمُعَلَّلِ، لِأَنَّ ظُهُورَ التَّعْلِيلِ مِنْ أَسْبَابِ قُوَّةِ
التَّعْمِيمِ Contohnya,
ada dua hadis yang dianggap bercanggahan, iaitu hadis berikut: Daripada
Ibn Abbas berkata bahawa Nabi saw ada bersabda: مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ
فَاقْتُلُوهُ “barangsiapa
tukar agamanya, maka hendaklah kamu membunuhnya[58]” Dan hadis bahawa Abdullah bin Umar memberitahu : أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَخْبَرَهُ: أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ
مَغَازِي النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْتُولَةً، «فَأَنْكَرَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَتْلَ النِّسَاءِ
وَالصِّبْيَانِ» “Seseorang Wanita
didapati terbunuh dalam sesetengah perang yang dihadiri oleh nabi. Lalu nabi
saw ingkari membunuh Wanita dan kanak-kanak[59]” Al-Imam
al-Zarkashi mendahulukan hadis Ibn Abbas berbanding hadis Abdullah bin Umar
kerana pada matan hadis tersebut secara terang-terangan menjelaskan illat
atau punca dijatuhkan hukuman bunuh, berbanding hadis Ibn Umar yang tidak
dinyatakan illat hadis secara jelas[60]. كَتَقْدِيمِ قَوْلِهِ
- عَلَيْهِ السَّلَامُ -: «مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ» عَلَى حَدِيثِ
النَّهْيِ عَنْ قَتْلِ النِّسَاءِ، مِنْ جِهَةِ أَنَّ التَّبْدِيلَ إيمَاءٌ إلَى
الْعِلَّةِ KEDUA : TARJIH HADIS YANG ADA TA’KID BERBANDING YANG
TIADA TA’KID. Kata al-Zarkashi, hadis yang tidak ada ta’kid
terhindari dari sebarang kemungkinan majaz dan ta’wil[61]. لِأَنَّ التَّأْكِيدَ
يُبْعِدُ احْتِمَالَ الْمَجَازِ وَالتَّأْوِيلِ Contohnya, seperti dua hadis berikut: Daripada Aisyah berkata bahawa Rasulullah saw
bersabda: عَنْ عَائِشَةَ،
قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَيُّمَا
امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ مَوَالِيهَا، فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ» ،
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ «فَإِنْ دَخَلَ بِهَا فَالْمَهْرُ لَهَا بِمَا أَصَابَ
مِنْهَا، فَإِنْ تَشَاجَرُوا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ» “Mana-mana
wanita yang menikah tanpa izin walinya, maka pernikahannya adalah
batal." (baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali). Apabila ia telah
mencampurinya maka baginya mahar kerana apa yang ia peroleh darinya, kemudian
apabila mereka berselisih, maka penguasa adalah wali bagi orang yang tidak
memiliki wali[62]”
Dan hadis, daripada Ibn Abbas berkata bahawa Nabi
saw ada bersabda: عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ،
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الْأَيِّمُ أَحَقُّ
بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا، وَالْبِكْرُ تُسْتَأْذَنُ فِي نَفْسِهَا،
وَإِذْنُهَا صُمَاتُهَا» ؟ قَالَ: نَعَمْ “Seorang janda lebih berhak atas dirinya berbanding
walinya, sedangkan anak gadis harus di mintai izin darinya, dan izinnya
adalah diamnya"? Dia menjawab, "Ya.[63]" Sebagai menolak pandangan ulama mazhab Hanafi,
al-Zarkashi menjelaskan bahawa hadis Aisyah didahulukan berbanding hadis Ibn
Abbas kerana hadis Aisyah itu disertai dengan ta’kid[64].
- 359 - |
|||||
ZIYADAH SIQAH |
Boleh berlaku pada dua: a. Ziyadah pada sanad b. Ziyadah pada matan. ZIYADAH PADA MATAN Ta’rif: Kata Khatib al-Bagdadi : “hadis dari
perawi adil yang apabila dia menyendiri dengan sesuatu Riwayat yang ada
penambahan, tanpa orang lain meriwayatkan hadis yang ada penambahan itu[65]”
خَبَرِ الْعَدْلِ إِذَا انْفَرَدَ بِرِوَايَةِ
زِيَادَةٍ فِيهِ لَمْ يَرْوِهَا غَيْرُهُ Ibn kathir kata: seorang perawi menyendiri dalam
meriwayatkan penambahan pada hadis berbanding perawi-perawi yang berbaki;
yang mereka mengambil hadis dari seorang syaikh[66]. تفرد الراوي بزيادة في الحديث عن بقية الرواة عن شيخ
لهم Ibn Rajab al-Hambali: hadis yang masyhur pada diri
perawi, tetapi sesetengah perawi menambah pada matannya yang agak Gharib
(ganjii)[67]” وهو أن يكون الحديث في نفسه مشهوراً لكن يزيد بعض
الرواة في متنه زيادة تستغرب Di tempat lain, ibn rajab al-Hanbali kata: satu
Jemaah meriwayatkan sesuatu hadis dengan satu sanad dan matan yang sama; lalu
sesetengah perawi menambah tanpa disebut oleh perawi yang berbaki[68]. أن يروي جماعة حديثا واحدا بإسناد واحد ومتن واحد،
فيزيد بعض الرواة فيه زيادة لم يذكرها بقية الرواة Nuruddin Itir dalam kitab Manhaj al-Naqd Fi Ulum
al-Hadis: seorang siqah menyendiri dalam meriwayatkan hadis pada lafaz dan
jumlah[69]. هي ما يتفرد به الثقة
في رواية الحديث من لفظة او جملة ... Definisi Dr. Ali Naif Biqaie: setengah perawi siqah
dari kalangan tabiin dan selepas mereka menyendiri dalam meriwayat sesuatu
matan hadis yang ada penambahan dari lafaz-lafaz fiqh terhadap hadis yang
diketahu nasnya tertentu tanpa perawi siqah lain meriwayatkan hadis yang sama
dengan lafaz tersebut[70]. هي ما ينفرد بزيادتها بعض الرواة الثقات من التابعين
فمن بعدهم من الفاظ فقهية علي حديث عرف بنص معين دون غيرهم من رواة الحديث TOKOH HEBAT ZIYADAH Mulla Ali Qari kata, cara nak tahu
ziyadah siqah pada matan ini adalah himpun semua turuq hadis, baru kita boleh
perasan ziyadah itu berlaku di mana. Al-Hakim menyebut antara yang hebat itu
adalah Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Ziyad al-Naisaburi, seorang faqih
Baghdad, Abu Nuaim Abdul Malik bin Muammad bin ‘Adi al-Jurjani dari Khurasan
dll. Ibn Hibban menyatakan, Muhammad bin ishaq
bin Khuzaimah adalah tokoh yang hebat berkenaan ilmu ini. Ibn Rajab al-Hanbali pula kata, Abu Daud
antara tokoh yang hebat dalam hal ini[71]. HUKUM ZIYADAH SIQAH PADA MATAN Ada tiga pendapat: 1.
DITERIMA SECARA MUTLAK. -
Al-Nawawi berpendapat begini. Juga, Ibn Hazm. -
Khatib kata, ini pandangan jumhur ulama fiqh. Namun,
sakhawi tolak dakwaan Khatib sebab ramai ulama hadis yang tidak terima mutlak
hadis yang ada ziyadah siqah[72]. 2.
DITOLAK SECARA MUTLAK -
Imam Abu Hanifah dan sebahagian besar ulama mazhab
Hanafi berpendapat sebegini. -
Kalau ditolak hadis syaz, maka lebih-lebih lagi
ditolak ziyadah siqah, kerana dia menyendiri, sedangkan yang lawannya adalah
ramai. -
Hujah ini ditolak dengan alasan: o Ada dua perbezaan: § Tafarrud Hadis asal § Tafarrud hadis
ziyadah. o Syaz berlaku pada
hadis asal, tidak berlaku pada hadis ziyadah. o Pada hal hadis syaz,
ia melibatkan perawi yang kuat ingatan berbanding yang kurang ingatan. o Pada hadis ziyadah,
tidak boleh sama dengan syaz kerana ia melibatkan bilangan perawi yang ramai
berbanding dengan seorang perawi[73]. 3.
DITERIMA DENGAN SYARAT-SYARAT KETAT -
Ini pandangan Tarmizi, Khatib al-Baghdadi, Sairafi,
Ibn Abdil Bar, Ahmad dan Ibn Khuzaimah. -
Syafie meletakkan syarat, perawi itu perlu siqah dan
Huffaz (449) perkara yang sama oleh ibn khuzaimah (454) -
Diterima jika dari perawi siqah dan huffaz, kerana: o Mungkin semasa guru
itu menyampaikan hadis kepada perawi yang siqah itu dengan Panjang lebar,
sedangkan perawi yang ramai pula, tidak disampaikan Panjang lebar. o Mungkin sahaja, perawi
siqah yang seorang itu jauh lebih kuat ingatannya berbanding yang lain[74]. CONTOH ZIYADAH SIQAH DARI SUDUT MATAN ISU BASUH JILATAN ANJING DENGAN TANAH Riwayat pertama: daripada Abu Hurairah berkata
bahawa Nabi saw ada bersabda : bersih bejana seseorang kamu apabila dijilat
anjing adalah perlu membasuhnya tujuh kali dan salah satunya adalah dengan
tanah (Muslim, hadis no : 279) وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا
إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ
سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ،
أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ» Selain Ibn Sirin, hadis ini ada jalur yang lain,
iaitu Abi Rafi’ sepertimana yang dikeluarkan oleh al-Nasaie. Riwayat kedua : juga sama dengan matan hadis pada
Riwayat pertama. Cuma dalam Riwayat ini, tidak ada penambahan “salah satu
dengan tanah”. (Muslim, hadis no : 279) وَحَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ،
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، أَخْبَرَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي
رَزِينٍ، وَأَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ
أَحَدِكُمْ فَلْيُرِقْهُ ثُمَّ لِيَغْسِلْهُ سَبْعَ مِرَارٍ» Hadis ini, bukan sekadar dalam jalur Abu Saleh,
bahkan terdapat perawi siqah yang lain seperti Hammam bin a-Munabbih, Sabit
maula Abdul Rahman bin Zaid, Abi razin, al-A’raj dan al-Zakwan. Selain Abu Hurairah, ada sahabat lain turut
riwayatkan hadis ini, iaitu Abdullah bin Umar (daripada Nafi’) Memandangkan Riwayat pertama yang ada
penambahan pada matan hanya ada dua perawi sahaja, iaitu Ibn Sirin dan Abi
Rafi’, sedangkan pada Riwayat kedua tidak ada penambahan sedangkan ia
diriwayatkan ramai perawi siqah, makanya: a. Majoriti ulama
mengatakan tidak perlu disertakan tanah untuk membasuh jilatan anjing. b. Syafie mengatakan,
perlu sertakan tanah untuk membasuh jilatan anjing. Ini kerana, syafie berpendapat bahawa selama
hadis itu datang dari siqah, maka hadis itu perlu dijadikan sandaran hujah[75]. Contohnya, pada
hadis berikut; Riwayat pertama
: Daripada Anas bin Malik berkata: “Nabi saw melakukan ibadat qunut selama
sebulan. Baginda mendoakan kepada mereka dan kemudiannya, Baginda
tinggalkannya. Adapun pada subuh, Baginda sentiasa lakukan qunut sehingga
baginda wafat. (Sunan al-Daraqutni, hadis
no : 1693) حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ بُهْلُولٍ ,
ثنا أَبِي , ثنا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى , ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ
النَّيْسَابُورِيُّ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ السُّلَمِيُّ , ثنا عُبَيْدُ
اللَّهِ بْنُ مُوسَى , ثنا أَبُو جَعْفَرٍ الرَّازِيُّ , عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ
أَنَسٍ , عَنْ أَنَسٍ , أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
«قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُوا عَلَيْهِمْ ثُمَّ تَرَكَهُ , وَأَمَّا فِي الصُّبْحِ
فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا» Riwayat kedua : Dan kedua adalah hadis;
Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah saw melakuikan qunut selama
sebulan; dilakukan selepas dari rukuk. Dalam qunut itu, baginda mendoakan
kepada penduduk sekitar arab. (al-Bukhari,
hadis no : 4089) حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، حَدَّثَنَا
قَتَادَةُ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ شَهْرًا، بَعْدَ الرُّكُوعِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنَ العَرَبِ» Kedua-dua hadis
ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Namun, pada
matan hadis pertama, ada penambahan, iaitu dinyatakan bahawa baginda sentiasa
menunaikan qunut subuh sehingga baginda wafat. Pada matan hadis
kedua, tidak dinyatakan penambahan tersebut. pada pandangan
kebanyakkan ulama fiqh, apabila bertembung antara hadis yang mempunyai satu
makna yang terdapat banyak riwayat, maka hendaklah didahulukan hadis yang
perawi siqah paling ramai dengan meninggalkan hadis yang diriwayatkan oleh
seorang perawi, walaupun dia siqah sekalipun. Dalam penelitian
para imam mazhab, mereka dapati bahawa hadis pada Riwayat kedua mempunyai
pelbagai turuq dengan semua perawinya adalah siqah. Ia bukan sekadar qatadah (seperti dibawakan di atas), bahkan turut
meriwayatkan hadis yang sama oleh Abu Mijlaz, ‘Asim al-Ahwal dan Ibn Sirin. Bahkan, bukan sekadar sahabat yang Bernama Anas bin
Malik sahaja yang meriwayatkannya, bahkan sahabat lain turut meriwayatkannya seperti
Abu Hurairah (daripada Yahya bin Kathir, daripada Abu Salamah) dan Ibn Abbas
(dari ikrimah). Adapun pada matan hadis yang pertama, semuanya
bermuarakan dari seorang perawi sahaja, iaitu Abu Ja’far al-Razi ‘Isa bin
Mahan. Status perawi ini berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama
rijal, tetapi majoriti mereka anggap bahawa Abu Ja’far adalah siqah. Memandangkan pada matan pertama itu dari seorang
perawi siqah sahaja, sedangkan dalam matan kedua, perawi siqahnya ramai, maka
majoriti ulama simpulkan bahawa tidak ada amalan qunut subuh. Ini kerana,
pada pandangan majoriti ulama fiqh, hadis yang ada ramai perawi siqah perlu
didahulukan berbanding hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi
siqah. Dengan erti kata lain, hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi
siqah itu hendaklah tidak diamalkan. Ini berbeza dengan pendekatan Syafie yang
menganggap, walaupun ada penambahan matan; maka ia perlu diterima selama ia
diriwayatkan oleh perawi siqah, walaupun ia seorang sahaja. Dengan sebab itu,
syafie mengatakan bahawa wujudnya amalan qunut semasa menunaikan solat subuh. KENAPA SYAFIE SIMPULKAN BEGITU? Pada pandangan syafie, selama seseorang perawi itu
siqah, maka hendaklah diterima riwayatnya: a. Kaedah ada menyatakan: menerima itu
lebih baik dari menolak. Dengan maksud, sesuatu hadis yang datang dari perawi
siqah, lebih baik diterima perawi itu
berbanding ditolak. b. Kaedah ada menyatakan: beramal dengan
hadis lebih utama berbanding tinggalkan amalan dari hadis tersebut. Dengan
maksud, apabila terbukti hadis itu saheh, maka mengamalkan hadis itu lebih
diutamakan berbanding tidak beramal dengan hadis terbabit. c. Seseorang perawi yang siqah, apabila dia
ada membuat penambahan (Ziyadah); memungkinkan gurunya menyampaikan hadis
kepadanya dengan menyebut secara penuh, sedangkan pada murid yang lain, guru
yang sama tidak meriwayatkan hadis secara penuh[76].
ZIYADAH
SIQAH PADA SANAD Maksudnya,
hadis yang sama ada dua: a.
Ada perawi siqah kata ia mursal b.
Ada perawi siqah lain kata, ia
mausul. Ataupun: a.
Ada perawi siqah kata ia marfu’ b.
Ada perawi siqah kata ia mawquf. HUKUM ANTARA
MURSAL DAN MAUSUL? a.
Pendapat pertama, ia dikira sebagai
mausul. o
Ini pendapat kebanyakkan ulama usul
fiqh. o
Ulama hadis yang terima pendekatan
ini adalah Khatib al-Baghdadi dan ibn al-Solah[77]. b.
Pendapat kedua, ia dikira sebagai
mursal. o
Pendapat kebanyakkan ulama hadis.
Antaranya al-Nasaie dan al-Sakhawi. o
Pandangan Abu Bakar al-Baqilani. o
Hujah mereka : mendahulukan jarh
berbanding ta’dil. o
Jadi, anggap terputus sanad lebih
utama dari anggap bersambung sanad. c.
Pendapat ketiga : Perlu dilihat,
perawi mana yang lebih ramai. Kalau ramai mursal, maka dianggap mursal. Jika
ramai mausul, maka dikira mausul. o
Hujah : kalau banyak orang, lebih
kurang berlaku kesilapan. d.
Pendapat keempat : Perlu dilihat,
perawi mana yang lebih hafaz. e.
Pendapat kelima : Perlu kepada
proses tarjih. o
Ini adalah pendapat majoriti ulama
hadis, seperti Abdulrahman bin mahdi, Ibn Sa’id al-Qattan, Ahmad bin Hambal
dan al-Bukhari[78]. ANTARA MARFU’ ATAU MAWQUF? A. Pendapat pertama :
dianggap sebagai marfu’. o Kata Sabbir Ahmad
al-Osmani : ini pendapat ahli hadis. o Hujah Ibn al-Solah :
kaedah Isbat didahulukan berbanding nafi. B. Pendapat kedua :
dianggap sebagai mawquf. o Sakhawi kata: ini
pendapat kebanyakkan ahli hadis. C. Pendapat ketiga:
didahulukan perawi yang paling ramai. o Ini pandangan Dr.
Ali Naif Biqaie. o Hujah beliau : perlu
ada qarinah. Justeru, kaedah tarjih: § perawi ramai itu lebih kuat berbanding
perawi tidak ramai. § Kalau ada perawi
siqah berbanding yang lebih siqah, maka dipilih Riwayat perawi yang lebih
siqah. § Kalau ada perawi
sesame kuat kesiqahannya, maka dilihat mana yang paling ramai perawi siqah[79]. |
|||||
GHARIB AL-HADIS |
Ia
adalah sesuatu matan hadis yang mempunyai lafaz yang sukar difahami kerana
jarang digunakan; ataupun, ia adalah lafaz arab yang digunakan oleh golongan
pendalaman yang jauh dari bandar dan kota[80]. Al-Kitabi
kata: Nabi bila bercakap: a.
Mudah difahami pendengar. b.
Sahabat mudah nak ingat dan hafal. c.
Perkataan yang digunakan dekat
dengan pendengar. d.
Orang baru masuk islam pun tidak
susah hendak fahaminya. Ibn
al-Atsir kata dalam kitab al-Nihayah fi Gharib al-hadis wa al-Atsar: a.
Nabi orang paling fasih cakap arab
dan jelas lahjahnya. b.
Nabi paling jelas perkataannya. c.
Paling kuat hujah. d.
Lebih mengetahui keadaan orang yang
berkomunikasi dengannya. e.
Nabi bercakap dengan arab sesuai
dengan etnik-etnik dan kabilah arab. f.
Tujuannya untuk memudahkan mereka
faham dan senang berkomunikasi dengan nabi. Justeru,
sebab berlaku gharibul hadis: a.
Nabi meraikan sahabat yang pelbagai
kabilah. Jadi, nabi cakap dengan Bahasa kabilah itu. b.
Sahabat pula menyampaikan pesan nabi
kepada kabilah mereka dalam laras Bahasa kabilah mereka[81]. PERLU
PASTIKAN MAKNA LAFAZ HADIS Imam
sakhawi kata, wajib kita kena pastikan makna lafaz dalam hadis. IMAM AHMAD
BIN HANBAL pernah ditanya hal ini. Jawab mereka: kena tanya orang mahir Gharib al-hadis. Aku tidak
suka bercakap berkenaan Nabi secara sangkaan sahaja[82]. وَقَدْ أَمَرَ أَحْمَدُ بِذَلِكَ، فَإِنَّهُ سُئِلَ
عَنْ حَرْفٍ فَقَالَ: سَلُوا عَنْهُ أَصْحَابِ الْغَرِيبِ، فَإِنِّي أَكْرَهُ
أَنْ أَتَكَلَّمَ فِي قَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِالظَّنِّ CONTOH
HADIS GHARIB Hadis
berikut: حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا
هِشَامٌ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ،
حَدَّثَهُمْ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ
تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ، وَلاَ تُنْكَحُ البِكْرُ حَتَّى
تُسْتَأْذَنَ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: «أَنْ
تَسْكُتَ» - البخاري, 5136 Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Ibn
Abbas. Hadis ini dijadikan sandaran Imam Abu Hanifah bahawa
gadis adalah wali bagi dirinya sendiri. Hujahnya adalah seperti berikut: Lafaz الأيم adalah
Gharib. Ini kerana, ia bermaksud “mana-mana perempuan yang tidak mempunyai
suami, sama ada dia janda, mahupun gadis; ketiadaan suami itu, sama ada
dengan sebab bercerai, ataupun kematian suami. (kata Ibn al-Atsir dalam
al-Nihayah fi Gharib al-hadis wa al-Atsar dan al-matrazi) Namun begitu, ramai ulama (nawawi, majoriti ulama
hijaz dan fuqaha), kata, maknanya adalah janda yang bermaksud lawan bagi anak
gadis. Antara hujah mereka adalah hadis beriku[83]t: أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ قَزَعَةَ، قَالَ:
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ وَهُوَ ابْنُ حَبِيبٍ، عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ عَطَاءٍ،
عَنْ جَابِرٍ، قَالَ: لَقِيَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَ: «يَا جَابِرُ، هَلْ أَصَبْتَ امْرَأَةً بَعْدِي؟» قُلْتُ:
نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «أَبِكْرًا أَمْ أَيِّمًا؟» قُلْتُ:
أَيِّمًا، قَالَ: «فَهَلَّا بِكْرًا تُلَاعِبُكَ» - النسائي, 3220 |
|||||
HADIS MAQLUB |
|
|||||
HADIS MUDRAJ |
|
|||||
HADIS MAQLUB |
|
|||||
HADIS MUDHTARIB |
|
|||||
RIWAYAT SECARA MAKNA |
|
|||||
HADIS GHARIB |
|
|||||
HADIS SYAZ |
|
[1] 38
[2] 40
[3] 74
[4] 72
[5] 79
[6] 81
[7] 77
[8] 86
[9] 86
[10] 90
[11] 92
[12] 126
[13] 170 - 171
[14] 169
[15] 167
[16] 167
[17] 138
[18] 168
[19] 162
[20] 138
[21] 140
[22] 137
[23] 181
[24] 186
[25] 194
[26] 184
[27] 188 - 207
[28] 189
[29] 190
[30] 192
[31] 198
[32] 200
[33] 201
[34] 204
[35]
al-Syafie, Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas al-Qurashi (204 H),
al-Risalah, Maktabah al-Halabi, Mesir. 1940 H. hlm, 173
[36]
al-Khatib al-Baghdadi Abu Bakar Ahmad bin
‘Ali bin Sabit (463 H), al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah, al-Maktabah al-Ilmiyyah –
al-Madinah al-Munawwarah. Hlm 433
[37]
‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis, hlm 343.
[38]
Ibn Qayyim al-Jawziyyah Muhammad bin Abi
Bakar bin Ayub (751 H), Zad al-Ma’ad Fi Hady Khair al-‘Ibad, Muassasah
al-Risalah – Beirut. 1994. Jld 4, hlm 137.
[39]
‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis Wa Asaruhu fi al-Fiqh al-Islami,
Syarikah al-Basyair al-Islamiyyah – Beirut – Lubnan. 2009. Hlm 341.
[40]
‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis wa asaruhu Fi al-Fiqh al-Islami,
hlmn 343 – 344.
[41]
‘Ali Naif Biqaie, al-Ijtihad fi Ilm al-Hadis wa asaruhu Fi al-Fiqh al-Islami,
hlmn 350.
[42]
Abu al-Hasanat al-Lakhnawi, al-Ajwibah al-Fadhilah Li al-Asilah al-‘Asyarah
al-Kamilah, maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah, Halab – Beirut. 184. hlm 183.
[43]
Ibid, hlm 196.
[44]
Al-Zarkashi Abu
Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdillah bin Bahadur (794 H), al-Bahr
al-Muhit fi Usul al-Fiqh, Dar al-Kutubi – Jordan. 1994 . jld 8, hlm 168.
[45]
Ibid.
[46]
Al-Isnawi Abu Muhammad Jamal al-Din Abd al-Rahim bin al-Hasan bin ‘Ali
al-Syafie (772 H), Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul, Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah – Beirut – lubnan. 1999. Hlm 379
[47]
Al-Syafie Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Osman bin Syafi’ bin
Abd al-Muttalib bin Abd al-manaf al-Qurashi al-Makki (204 H), Ikhtilaf
al-hadis, Dar al-Ma’rifah – Beirut. 1990. Jld 8, hlm 634.
[48]
Ibid, hlm 634 – 635.
[49]
Al-Zarkashi, jld 8, hlm 168
[50]
Semak sanad.
[51]
Semak sanad.
[52] 355
[53]
Al-Muwatta’, مَا
جَاءَ فِي صِيَامِ الَّذِي يُصْبِحُ جُنُباً, hadis no : 1017
[54]
Ikhtilaf al-hadis,
syafie, jld 8, hlm 640.
[55] 356
[56] 357
[57]
Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm 192.
[58]
Al-Bukhari, بَابٌ: لاَ
يُعَذَّبُ بِعَذَابِ اللَّهِ, hadis no : 3017
[59]
Al-Bukhari, بَابُ قَتْلِ
الصِّبْيَانِ فِي الحَرْبِ, hadis no : 3014
[60]
Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm
192.
[61]
Ibid.
[62]
Abu Daud, بَابٌ
فِي الْوَلِيِّ, hadis no :
2083
[63]
Muslim, بَابُ
اسْتِئْذَانِ الثَّيِّبِ فِي النِّكَاحِ بِالنُّطْقِ، وَالْبِكْرِ بِالسُّكُوتِ, hadis no : 1421
[64]
Al-Zarkashi, al-Bahr al-Muhit, jld 8, hlm
192
[65] Khatib, al-Kifayah, hlm 424.
[66] 443
[67] Ibn Rajab al-Hambali, Syarah Ilal al-Tarmizi, jld 2, hlm 631.
[68] Ibid, jld 1, hlm 213.
[69] 444
[70] 445
[71] 446
[72] 448
[73] 449 – 450 - 451
[74] 451
[75] 458 - 460
[76] 471 - 474
[77] 481
[78] 483
[79] 485
[80] 307
[81] 308
[82] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis,
jld 3, hlm 178
[83] 326
[84] Ibn al-Solah, Ulum al-Hadis, hlm 90.
الكتاب: معرفة أنواع علوم الحديث، ويُعرف بمقدمة ابن
الصلاح
المؤلف: عثمان بن عبد الرحمن، أبوعمرو، تقي الدين
المعروف بابن الصلاح (المتوفى: 643هـ)
المحقق: نور الدين عتر
الناشر: دار الفكر- سوريا، دار الفكر المعاصر - بيروت
سنة النشر: 1406هـ - 1986م
[85] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis, jld 1, hlm 273
الكتاب: فتح المغيث بشرح الفية الحديث للعراقي
المؤلف: شمس الدين أبو الخير محمد بن عبد الرحمن بن محمد
بن أبي بكر بن عثمان بن محمد السخاوي (المتوفى: 902هـ)
المحقق: علي حسين علي
الناشر: مكتبة السنة - مصر
الطبعة: الأولى، 1424هـ / 2003م
[86] Al-Sakhawi, Fath al-Mughis, jld 1, hlm 274.
[87] 497.
[88] Ibid.
[89] Ibid.
[90] Ibn Rajab al-Hanbali, Syarh Ilal al-Tarmizi, hlm 126
الكتاب: شرح علل الترمذي
المؤلف: زين الدين عبد الرحمن بن أحمد بن رجب بن الحسن،
السَلامي، البغدادي، ثم الدمشقي، الحنبلي (المتوفى: 795هـ)
المحقق: الدكتور همام عبد الرحيم سعيد
الناشر: مكتبة المنار - الزرقاء - الأردن
الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م
[91] 500
[92] 500.
[93] 500
[94] 501.
[95] 503.
[96] 505
[97] 507.
[98] 508.
[99] 509.
[100] Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, jld 1, hlm 322.
الكتاب: تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي
المؤلف: عبد الرحمن بن أبي بكر، جلال الدين السيوطي
(المتوفى: 911هـ)
حققه: أبو قتيبة نظر محمد الفاريابي
الناشر: دار طيبة
[101] Abu Shahbah, al-Wasit Fi Ulum wa Mustalah al-Hadis,
315
الكتاب: الوسيط في علوم ومصطلح الحديث
المؤلف: محمد بن محمد بن سويلم أبو شُهبة (المتوفى:
1403هـ)
الناشر: دار الفكر العربي
[102] 520.
[103] 521.
[104] 522.
[105] 523.
[106] Ibn Hajar al-‘Asqlani, al-Nukat, jld 1, hlm 130.
[107] 523.
[108] Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Nukat, jld 2, hlm 864.
الكتاب: النكت على كتاب ابن الصلاح
المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر
العسقلاني (المتوفى: 852هـ)
المحقق: ربيع بن هادي عمير المدخلي
الناشر: عمادة البحث العلمي بالجامعة الإسلامية، المدينة
المنورة، المملكة العربية السعودية
الطبعة: الأولى، 1404هـ/1984م
[109] 526
[110] 529
[111] 530
[112] 531
[113] 537.
[114] Al-Tamizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746
الكتاب: العلل الصغير
المؤلف: محمد بن عيسى بن
سَوْرة بن موسى بن الضحاك، الترمذي، أبو عيسى (المتوفى: 279هـ)
المحقق: أحمد محمد شاكر
وآخرون
الناشر: دار إحياء التراث
العربي - بيروت
[115] Tarmizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746
[116] 539
[117] 541
[118] Ibid.
[119] Tarmizi, al-Ilal al-Soghir, hlm 746.
[120] 541
[121] 541
[122] 541
[123] 542
[124] 547
[125] Al-Asqalani, al-Nuzhah, hlm 66
الكتاب: نزهة النظر في توضيح
نخبة الفكر في مصطلح أهل الأثر
المؤلف: أبو الفضل أحمد بن
علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ)
المحقق: عبد الله بن ضيف
الله الرحيلي
الناشر: مطبعة سفير بالرياض
الطبعة: الأولى، 1422هـ
[126] 549.
[127] 549
[128] 550
[129] Ibn Rajab al-Hambali, Syarh Ilal al-Tarmizi, jld 2, hlm 621
\ الكتاب: شرح علل الترمذي
المؤلف: زين الدين عبد
الرحمن بن أحمد بن رجب بن الحسن، السَلامي، البغدادي، ثم الدمشقي، الحنبلي
(المتوفى: 795هـ)
المحقق: الدكتور همام عبد
الرحيم سعيد
الناشر: مكتبة المنار -
الزرقاء - الأردن
الطبعة: الأولى، 1407هـ -
1987م
[130] Abu Daud, Risalah Abu Daud, hlm 29.
الكتاب: رسالة أبي داود إلى
أهل مكة وغيرهم في وصف سننه
المؤلف: أبو داود سليمان بن
الأشعث بن إسحاق بن بشير بن شداد بن عمرو الأزدي السِّجِسْتاني (المتوفى: 275هـ)
المحقق: محمد الصباغ
الناشر: دار العربية - بيروت
[131] Al-Hakim, Ma’rifah Ulum al-Hadis, hlm 119.
الكتاب: معرفة علوم الحديث
المؤلف: أبو عبد الله الحاكم
محمد بن عبد الله بن محمد بن حمدويه بن نُعيم بن الحكم الضبي الطهماني النيسابوري
المعروف بابن البيع (المتوفى: 405هـ)
المحقق: السيد معظم حسين
الناشر: دار الكتب العلمية -
بيروت
الطبعة: الثانية، 1397هـ -
1977م
[132] Al-Khalili, al-Irsyad Fi Ma’rifah Ulama al-Hadis, jld 1, hlm 176.
الكتاب: الإرشاد في معرفة
علماء الحديث
المؤلف: أبو يعلى الخليلي،
خليل بن عبد الله بن أحمد بن إبراهيم بن الخليل القزويني (المتوفى: 446هـ)
المحقق: د. محمد سعيد عمر
إدريس
الناشر: مكتبة الرشد -
الرياض
الطبعة: الأولى، 1409
[133] Al-Hakim, Ma’rifah Ulum al-Hadis, hlm 119
[134] Al-Khalili, al-Irsyad Fi Ma’rifah Ulama al-Hadis, jld 1, hlm 177
No comments:
Post a Comment