MAQAYIS NAQD MATN AL-HADIS ‘IND AL-ALBANI MIN KHILAL KITABIH “SALSILAH AL-AHADIS AL-DOIFAH WA AL-MAUDU’AH”
Oleh: Abdul Majid bin
Abdullah Mubarakiyyah.
Supervisor: Dr. Mas’ud
Falusi.
Terbitan:
al-jumhuriyyah al-Jazariiyyah al-Dimokratiyyah al-Sya’biyyah Wizarah al-ta’lim
al-‘Ali wa al-bahs al-Ilmi
(Jamiah al-Haj
Lakhdhar – Batinah, Kuliah al-Uluim al-Insaniyyah wa al-Ijtimaiyyah, wa al-Ulum
al-Islamiyyah) 2013-2014
-
Selesai baca: 20
disember 2021 (downlaod di sini)
1.
Naqd (kritik)
-
LUGHAH : AL-ZUBAIDI
dan IBN MANZUR : membezakan antara dirham serta keluarkan yang kotor
daripadanya. (48)
-
ISTILAH : kata YAHYA
BIN MAIN : ilmu yang membahaskan untuk
membezakan antara hadis sahih dari hadis doif; menjelaskan kecacatan dan hukum
terhadap perawinya sebagai jarh dan adil dengan lafaz-lafaz tertentu
berdasarkan bukti-bukti yang diketahui oleh orang yang berkeahlian dengan ilmu
tersebut. (48)
2.
KRITIK SANAD : jarh
terhadap perawi dengan lisan dan bercakap padanya dari sudut keadilannya dan
agamanya. Dari sudut dhobitnya dan hafazannya dan sedarnya. (49)
3.
KRITIK MATAN : Riwayat
selamat dari sebarang tohmahan pada sebarang perawinya. Para perawinya siqah.
Riwayat yang sanadnya dari sudut zahirnya sahih. Tetapi, ulama hadis dan
pengkritik bampak bahawa pada riwayat itu terdapat kesalahan. Dia menyatakan
kesalahan pada rawi siqah itu tanpa sengaja. Hadis ini dinamakan sebagai Hadis
Ma’lul. Hadis Ma’lul adalah hadis yang salah, walaupun perawinya selamat dari
sebarang doif. (49)
4.
Kritik matan adalah
ilmu untuk memastikan kesalahan perawi siqah. Ini keran, dapat diketahui
kesalahannya melalui matan hadis yang dia riwayatkan. (50)
KEPENTINGAN KRITIK MATAN DI SISI ULAMA HADIS
5.
Sejak dari dahulu
lagi, ulama hadis menggunakan dua pendekatan untuk kritik hadis:
a.
Sanad – mencari
kecacatan pada sanad hadis melibatkan perawi dan sambung atau tidak sanad.
b.
Matan – melihat dari
sudut lafaz yang digunakan oleh Nabi, sama ada idraj, atau maqlub, tashif dll.
(53)
6.
Dari sudut sejarah,
ilmu kritik matan hadis wujud sebelum ilmu jarh wa ta’dil dan ilmu kritik
sanad. (55)
7.
Terdapat beberapa
hadis yang kandungan matannya selaras dengan usul agama dan maknanya juga
sahih, tetapi sanad hadisnya ada wahi, doif lagi tidak boleh dijadikan hujah.
(55)
8.
Kritik matan itu sudah
berlaku sejak era sahabat lagi. (55)
9.
Dibentangkan sesuatu
hadis dengan usul agama. Jika selaras, sahabat terima . Jika bercanggah, maka
mereka tinggalkan hadis itu. (56)
-
Dalilnya : tindakan
Saidina Umar yang tidak menerima penyataan Fatimah binti Qais. (56)
-
Dalil 2 : terdapat
banyak riwayat bahawa Aisyah menolak sesuatu pemberitaan yang bercanggah dengan
usul, bukan kerana kelemahan perawi. Al-Zarkashi ada karang kitab secara khusus
dalam hal ini (56)
-
Dalil 3: Ibn Abbas
cerita kepada Aisyah bahawa dia dengar Umar bagitahu bahawa Nabi saw ada
bersabda: “Seseorang itu diazab dengan menangis ahli keluarganya”. Hal itu
dibantah oleh Aisyah dengan menyatakan bahawa nabi saw kata: Allah menambah
azab kepada orang kafir dengan sebab ahli keluarganya tangisi kematiannya”.
Aisyah membandingka pula dengan firman Allah dari surah al-An’am :166) (57)
10. Era Tabiin juga
berlaku kritikan hadis dari sudut matan:
a.
Bukti : Ibrahim
al-Nakhaie tolak sesuatu hadis riwayat Abu Hurairah dengan alasan ia pernah
dilakukan oleh sahabat.
b.
Bukti 2 : Al-Nakhaie
kata : hadis anak zina jahat tiga keturunan ini ditolak.
c.
Bukti 3 : al-nakhaie
tolak hadis Fatimah binti Qais.
d.
Bukti 4 : al-Nakhaie
tolak hadis saksi dan sumpah dengan alasan ia bercanggah dengan al-Quran.
e.
Bukti 5 : al-Nakhaie
tolak qunut subuh dengan alasan bahawa kenapa ia tidak dilakukan oleh ramai
sahabat (umum balwa). (59)
11.Perkembangan kritik
matan hadis era tabi al-Tabiin.
a.
Sebab :
i.
Pada ketika itu, tersebar pelbagai fahaman
sesat, seperti rafidhah, zindiq.
ii.
Berlaku kepelbagaian
mazhab.
iii.
Tersebar banyak hadis
mursal dan munqati’.
b.
Bukti :
i.
Imam malik buat
dhawabit dan kayu ukur untuk kenal pasti hadis diterima dan ditolak. Berlaku
pada kurun 2. (59)
ii.
Imam Malik menilai
hadis yang nabi melarang makan burung berkuku; pada beliau, ia ditolak kerana
bercanggah dengan ayat al-Quran – Surah al-An’am, ayat 146.
iii.
Imam malik menolak
hadis yang menyebut keizinan makan daging kuda dengan alasan ayat al-Quran
menyatakan bahawa kuda itu sebagai kenderaan dan perhiasan, bukan makanan – surah
al-Nahli, ayat 8. (60)
12.Kritik matan hadis di
era pembukuan.
a.
Imam muslim (256 H)
pernah kata dalam kitab AL-TAMYIZ : nak tau kesalahan perawi itu ada du acara :
i.
Perawi itu nukilkan
hadis dengan menisbahkan kepada seseorang, tetapi bila diteliti dari bandingan
yang lain, didapati berbeza.
ii.
Apabila sesuatu hadis
sanad dan matan itu diriwayatkan oleh seseorang hafiz seperti al-Zuhri. Lalu,
orang kemudiannya meriwayatkan hadis yang sama, tetapi didapati ada perbezaan
seperti ada maqlub pada sanad. (60)
b.
Ibn abi Hatim (328) nak
tau sesuatu perkataan itu benar-benar hadis adalah dipastikan pada matan yang
digunakan itu benar-benar perkataan yang layak diungkapkan oleh seseorang nabi.
(61)
c.
Dalam ilmu ilal
al-hadis, ada beberapa ungkapan yang merujuk kepada kecacatan berlaku pada
matan, seperti perkataan منكر المتن, مضطرب, غريب المتن, لا يطمئن له القلب (61)
o
Contohnya : hadis Ibn Abbas bahawa seseorang lelaki
tanya nabi bahawa dia mahu buat haji untuk bapanya. Nabi saw kata, boleh,
walaupun kamu tidak tahu bertambah kebaikan atau tidak bertambah keburukan.
o
Ibn Abd al-Bar kata : hadis ini tafarrud, iaitu hanya
dari jalur Abdul Razak sahaja.
o
Lafaz mungkar, sebab tidak seiras dengan perkataan
nabi, iaitu apabila tidak dapat diketahui apakah sesuatu perbuatan itu
bermanfaat ataupun tidak bermanfaat. (62)
13.Kritik matan pada
hadis-hadis palsu.
a.
Sebab :
i.
Ada perawi yang
sariqah hadis.
ii.
Pemalsu hadis meletak
sanad yang elok pada matan yang mungkar.
b.
Bukti-bukti:
i.
Ulama hadis seperti
Ibn al-Jawzi ada tulis kitab berkenaan hadis palsu yang diketahui melalui matan
– kitab al-Mawdu’at.
ii.
Hadis yang ada cerita
bahawa Nabi saw ke kubur ibunya, lalu Nabi minta dengan Allah agar dihidupkan
ibunya, lalu ibunya itu beriman. Selepas itu, dikembalikan mati semula. Kata
ibn al-Jawzi, hadis ini bercanggah:
§
Dengan ayat al-Quran
surah al-baqarah ayat 215 : orang yang mati dalam keadaan dia kafir. (62)
§
Dengan hadis bahawa
Nabi saw ke kubur ibunya dan minta izin untuk istighfar, tetapi tidak diizinkan
oleh Allah. (63)
14.Ibn Taimiyyah tolak
hadis dengan melihat pada matan:
a.
Hadis yang menyatakan:
Cela sahabat aku, maka ia adalah dosa yang tidak terampun. Ibn Taimiyyah kata,
hadis ini batil sebab:
i.
Al-Quran kata, dosa
yang tidak terampun adalah syirik sahaja. (al-Nisa’, 48 dan 116)
ii.
Kalau begitu, ada dosa
yang lebih besar berbanding syirik.
iii.
Kafir harbi pun,
apabila mereka cela sahabat, dan bertaubat, Allah terima taubatnya. (63)
b.
Hadis : barangsiapa
yang buat haji di Baitulllah tanpa ziarah aku, maka dia telah membenci aku. Ibn
Taimiyyah tolak dengan alasan:
i.
Seorang pun ahli ilmu tidak riwayatkan hadis
ini.
ii.
Bercanggah dengan
ijmak, kerana membenci Nabi itu adalah dosa besar, bahkan boleh jadi kufur dan
nifaq. Hadis nabi saw ada kata bahawa sayang nabi lebih dari ibu bapa dan diri
sendiri.
iii.
Ittifaq ulama, ziarah
kubur Nabi bukan wajib. (64)
c.
Ibn Taimiyyah kerap
sangat menyebut: ini tidak ada dalam kitab orang islam dan sunnah, dan
sebagainya. Bahkan ia menyalahi ijmak. (64)
15.Ibn al-Qayyim dalam
kritik hadis dari sudut matan:
a.
Ada tulis kitab
bertajuk “al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Doif”.
b.
Dalam kitab itu, dia
ada kata : ada perkara itu diketahui palsu apabila bercanggah dengan hissi
seperti hadis ; terung adalah pahala bagi mereka yang makannya. Terung adalah
ubat segala penyakit.
c.
Dalam kitab itu juga,
dia ada sebut hadis palsu : apabila seorang lelaki bersin ketika meriwayatkan
hadis, maka itu adalah bukti benarnya. (64)
16.Ulama selepas Ibn
Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim:
a.
Ibn Rajab al-Hanbali
(795 H) – ada tulis kitab Syarah Ilal al-Tarmizi.
b.
Ada banyak perkataan
yang dikatakan perkataan Nabi saw, tetapi kandungannya seperti perkataan ulama
fiqh. Contohnya : barangsiapa yang menanam di tanah sesuatu kaum tanpa izin
mereka, maka semua kandungan tanaman itu mereka tidak dapat sebarang manfaat,
bahkan baginya kena bayar kos. (65)
17.Ulama yang tidak
terima hadis kecuali dengan sanad:
a.
Ibn Hibban : apabila
seseorang faqih yang siqah riwayatkan hadis, aku tidak berhujah dengan riwayatnya.
Orang faqih, selalu hafal hadis dari sudut matan, bukan pada sanad. (65)
-
Faqih apabila
riwayatkan hadis, kadangkala berlaku tashif, maqlib sanad, marfu’kan hadis
mawquf atau mawqufkan hadis mursal.
b.
Ibn Rajab : seseorang faqih, apabila riwayatkan
hadis, mereka riwayatkan secara makna. Makanya, tidak patut diterima riwayatnya
kecuali kalau selaras dengan riwayat siqah, atau dia ambil hadis itu dari kitab
yang dipercayai.
-
Kebiasaan faqih,
riwayatkan hadis dengan makna, walhal pemahaman manusia terhadap makna yang dia
gunakan itu melahirkan pelbagai pemahaman. (66)
PERKEMBANGAN KRITIK
MATAN HADIS
18.Nak tau sesuatu hadis
palsu:
a.
Perawi yang dusta
b.
Riwayat dari perawi
yang tidak dusta. (68)
19.Definisi sanad (69)
20.SYATIBI kata : apabila
disebut sanad sebahagian dari agama, tidak bermakna semata-mata tahu haddasani
fulan, tetapi mereka maksudkan kena tahu rijal sehingga tidak disandarkan
kepada majhul, majruh, muttaham, orang yang tidak siqah. Ia perlu sampai ke
darjat ghalabah al-Zann bahawa itu adalah perkataan nabi saw yang boleh
disandarkan kepada Syariah. (70)
21.Al-Lakhnawi pun kata,
semua urusan agama ini perlu ada sanadnya. (70)
22.Ulama hadis banyak
berpaut pada sanad:
a.
Syu’bah kata, setiap
hadis yang tidak ada “haddasana wa Haddasana”, ia seperti lelaki yang bersama
unta yang tidak ada tali pengekang” (70)
b.
SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ:
diketahui kesahihan hadis dengan sahih isnad.
c.
YAHYA BIN SA’ID
AL-QATTAN : jangan kamu lihat kepada hadis, tetapi lihatlah pada isnad. (71)
d.
ALBANI : ratusan hadis
yang imam hadis doifkan, tetapi makna hadis itu sahih. Sebab itu, perlu teliti
pada sanad agar terhindari banyak perkara batil yang disandarkan kepada syarak.
(71)
23.Isu tengok hadis dari
sudut matan?
a.
Kata Imam syafie : mula-mula
tengok sanad. Kemudian, dilihat hadis itu dibandingkan dengan yang riwayat yang
lebih kuat dan lebih banyak dibuat pendalilan. (72)
b.
Ibn al-Qayyim : boleh
tahu hadis dengan matan, iaitu bagi orang yang sedaging dan berbakat dalam
dirinya dalam mengetahui sunan, athar, sirah dll. (72)
c.
Bazmul kata : mungkin
berlaku hukumkan palsu pada sesuatu hadis yang rawinya adalah tidak pendusta,
tetapi terdapat kecatatan (illat) pada sanad yang zahirnya kelihatan sahih.
(73)
PUNCA LIHAT HADIS DARI
SUDUT SANAD***
24.Kenapa kena tengok
dari sudut matan?
a.
Riwayat secara makna.
(80)
b.
Tashif dan tahrif (83)
c.
Tidak dhobit (85)
RIWAYAT SECARA
MAKNA***
25.Fakta-fakta berkenaan
riwayat secara makna:
a.
Abdullah bin Umar
popular tegas dalam riwayat dengan lafaz. (81)
حَدَّثَنَا
مُصْعَبُ بْنُ سَلَّامٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُوقَةَ، سَمِعْتُ أَبَا
جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ مِنْ نَبِيِّ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا أَوْ شَهِدَ مَعَهُ مَشْهَدًا،
لَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ أَوْ يَعْدُوهُ، قَالَ: فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ
وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ يَقُصُّ عَلَى أَهْلِ مَكَّةَ، إِذْ قَالَ عُبَيْدُ بْنُ
عُمَيْرٍ: مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ، إِنْ
أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ الْغَنَمِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ
نَطَحَتْهَا، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ: لَيْسَ هَكَذَا، فَغَضِبَ
عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ، وَفِي الْمَجْلِسِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ،
فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، كَيْفَ قَالَ رَحِمَكَ اللَّهُ؟ فَقَالَ:
قَالَ: «مَثَلُ الْمُنَافِقِ مَثَلُ الشَّاةِ بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ، إِنْ
أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا
الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا» ، فَقَالَ لَهُ: رَحِمَكَ اللَّهُ هُمَا وَاحِدٌ، قَالَ:
كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ[1]
b.
Banyak tabiin dan
sahabat riwayatkan hadis secara makna. (81)
c.
Antara sahabat nabi
yang riwayatkan hadis secara makna. (81)
26.Hukum riwayat secara
makna:
a.
Pendapat yang
membenarkannya. Antaranya YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN, Imam syafie.
b.
Pendapat yang tidak
membenarkan. (82)
SYARAT-SYARAT RIWAYAT
DENGAN MAKNA***
27.Imam syafie tetapkan
syarat riwayat dengan makna:
a.
Orang itu siqah dari
sudut agama.
b.
Diketahui benar dalam
meriwayatkan hadis.
c.
Dia faham apa yang dia
riwayatkan.
d.
Dia tahu lafaz yang
boleh mengubah makna.
e.
Lafaz yang digunakan
tepat dengan makna hadis yang dikehendaki oleh Nabi.
*Kalau tidak kerana
syarat-syarat ini, bimbang boleh berubah halal kepada haram, haram kepada
halal; dan boleh lari dari pemaknaan hadis yang sebenar.
منها أن يكون
مَنْ حدَّثَ به ثِقَةً في دينه، معروفاً بالصِّدق في حديثه، عاقِلاَ لِمَا
يُحَدِّثُ به، عالمِاً بما يُحيل مَعَانِيَ الحديث مِنَ اللفظ، وأن يكون ممن
يُؤَدِّي الحديث بحروفه كما سَمِعَ، لا يحدث به على المعنى، لأنه إذا حدَّث على
المعنى وهو غيرُ عالمٍ بما يُحِيلُ به
معناه: لم يَدْرِ لَعَلَّهُ يُحِيل الحَلاَلَ إلى الحرام، وإذا أدَّاه بحروفه فلم
يَبْقَ وجهٌ يُخاف فيه إحالتُهُ الحديثَ، حافظاً إن حدَّث به مِنْ حِفْظِه، حافظاً
لكتابه إن حدَّث مِنْ كتابه. إذا شَرِكَ أهلَ الحفظ في حديث وافَقَ حديثَهم،
بَرِيًّا مِنْ أنْ يكونَ مُدَلِّساً، يُحَدِّثُ عَن من لقي ما لم يسمعْ منه،
ويحدِّثَ عن النبي ما يحدث الثقات خلافَه عن النبي[2]
28.Diizinkan
riwayat secara makna itu dalam kerangka Dharurat. (82)
29.Kata Ibn Ma’in
: Dhobit ada dua:
a.
Hati
b.
Kitab. (85)
30.Untuk nak tahu dhobit
rawi adalah dengan membandingkan matan hadis riwayat dia dengan riwayat para
siqah yang terkenal dengan dhobit, itqan dan hafal hadis. (86)
HADIS ADA ILLAT***
31.Illat adalah sebab
tercela yang tersembunyi dalam pada melihat pada zahir hadisnya kelihatan
selamat; iaitu apabila dilihat pada sanad yang pada zahirnya sudah cukup segala
syarat-syarat sahih. (88)
32.SAYUTI (TADRIB
AL-RAWI) : Illat boleh berlaku pada matan juga, sepertimana berlaku sanad.
Berlaku pada sanad itu lebih banyak. (88)
33.Nak tengok illat,
perlu ada dua perkara:
a.
Tafarrud
b.
Ikhtilaf. (90)
ILLAT DENGAN TAFARRUD***
34.Definisi tafarrud :
seorang perawi sahaja meriwayatkan sesuatu hadis tanpa ada yang lain turut sama
dengannya. (91)
-
Kata IMAM MUSLIM : ziyadah dalam hadis-hadis tidak
berlaku kecuali dari huffaz yang jarang berlaku waham pada hafazannya. (94)
-
Kata IBN RAJAB : banyak para Huffaz terdahulu anggap
hadis yang taraffud dan tidak ada mutaba-ah sebagai hadis illat. Kecuali, jika
perawi hadis tafarrud itu terkenal dengan banyak hafalan, terkenal dari sudut
adil seperti al-Zuhri. Pun begitu, ada juga berlaku kritikan khusus terhadap
riwayatnya. (94)
35.Lafaz yang sering
digunakan untuk hadis tafarrud:
a.
تفرد به فلان
b.
لا يتابع عليه
c.
هذا حديث غريب
d.
هذا حديث فرد (90)
36.Tafarrud
terbahagi kepada dua:
a.
تفرد مطلق
b.
تفرد نسبي (91)
37.Tafarrud
mutlak ; hadis yang hanya ada satu sanad sahaja.
38.Tafarrud nisbi
(Gharib nisbi), sesuatu matan ada banyak sanad, tetapi Gharib pada
factor-faktor tertentu:
a.
Dari sudut
perawi, iaitu tidak meriwayatkan seseorang rawi kecuali dari rawi itu sahaja.
b.
Dari sudut siqah, iaitu seseorang perawi siqah (A)
hanya ambil dari seorang perawi siqah (B) sahaja, sedangkan perawi siqah (B),
kadangkala ambil hadis dari perawi lemah.
c.
Dari sudut
tafarrud negeri seprti kata: “hadis ini tidak diriwayatkan kecuali ahli basrah
sahaja”, atau : hadis ini tidak diriwayatkan Kecuali ahli kufah sahaja”
d.
Tafarrud dari sudut penduduk di sebuah negeri ambil
dari penduduk di negeri satu lagi. Seperti kata: “hadis ini diambil oleh ahli
hijaz dari penduduk ahli kufah”. (92)
39.Hadis gharib
(tafarrud):
a.
Jika perawi siqah dan itqan, maka hadisnya
SAHIH.
b.
Jika perawi ada cacat
pada hafazan dan itqan, maka HASAN.
c.
Kalau tidak siqah dan tidak itqan, maka
hadisnya doif.
d.
Hadis yang sahih dan
hasan, tetapi ada qarinah, makai a menjadi illat pada hadis. (93)
**Sesuatu hadis yang
tafarrud yang sahih sanad, maka hadis itu diterima. Namun, jika terdapat
qarinah yang menampilkan kecacatan pada hadis (sanad atau matan), maka hadis
itu doif (ma’lul). Ini dikupas oleh Ibn
al-Solah (94) |
40.Hadis illat hanya
berlaku pada hadis tafarrud yang sahih. (94)
41.Illat itu seperti
dapat tahu hadis mawsul itu sebenarnya mursal, hadis marfu’ itu sebenarnya
mawquf, hadis masuk dalam hadis, berlaku waham pada perawi. (94)
ILLAT DENGAN IKHTILAF***
42.DEFINISI : Sesuatu
hadis yang kandungannya berbeza dengan hadis yang sama dalam riwayat lain, sama
ada berlaku pada perawi yang sama, ataupun pada perawi yang lain; sama ada
berlaku pada sanad ataupun matan, ataupun kedua-duanya sekali. (95)
43.Selalu digunakan ayat:
رواه فلان
وفلان وخالف فلان
44.Illat berlaku,
apabila ada qarinah yang menjurus kepada illat pada sesuatu hadis yang sudah
sahih pada sanad dan matan. Qarinah itu:
a.
Qarinah dari
sudut sanad
b.
Qarinah dari sudut matan (97)
45.Qarinah Sanad,
ini khusus berlaku dalam kalangan ulama hadis.
46.Qarinah matan,
ia berlaku dalam Kalangan ulama hadis dan usul. (97)
47.Qarinah boleh
membawa kepada:
a.
Kalau ia
mengukuhkan hadis tafarrud, maka hadis itu semakin sahih.
b.
Kalau ia membawa sebaliknya, ia boleh jadikan hadis
itu cacat. (98)
48.Contoh hadis
Tafarrud adalah انما الأعمال بالنية tetapi hadis ini ada qarinah untuk dijadikan ia boleh dijadikan
hujah. (98)
49.Sesuatu hadis
tafarrud:
a.
Dari hafiz
masyhur lagi siqah, atau imam : maka hadis tafarrud itu sahih.
b.
Dari bukan hafiz, atau tidak masyhur; itu adalah
qarinah bahawa hadis itu ada illat. (98)
50.Tidak ada
kaedah khusus untuk nak tahu sesuatu hadis itu illat atau tidak. Hanya orang
yang mahir sahaja tahu. (99)
51.Contoh hadis
ada illat sanad dan matan oleh Syaikh Soleh Usaimin:
عَنْ خَالِدٍ،
قَالَ: يَعْقُوبُ ابْنُ دُرَيْكٍ: عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّ
أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ، دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ، فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَالَ: «يَا أَسْمَاءُ، إِنَّ
الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا
هَذَا وَهَذَا» وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُدَ: «هَذَا
مُرْسَلٌ، خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا»[3]
-
Soleh Usaimin kata, hadis ini ada illat dari sudut sanad dan matan.
-
Illat dari sudut sanad, khalid bin Duraik tidak pernah berjumpa dengan
Aisyah (sudah disebut oleh Abu Daud). Hadis ini dianggap munqati’.
-
Illat dari sudut matan, Asma’ adalah perempuan yang berakal. Tidak
mungkin dia boleh masuk berjumpa dengan Nabi dengan pakaian nipis sehingga
dilihat oleh Nabi saw. (100)
-
Hadis ini dilihat illat dari sudut sanad terlebih dahulu. Kemudian, baru
dilihat dari sudut matan. (101)
QARINAH UNTUK
NAK TAU ILLAT DENGAN KAEDAH MUKHALAFAH
52.Factor nak tolak hadis adalah apabila ada mukhalafah
dan ikhtilaf. (101)
53.Ikhtilaf tidak muktabar kecuali ada qarinah
menggambarkan bahawa rawi ada buat salah. (101)
54.Ikhtilaf boleh berlaku pada sanad dan matan. Kalau
pada sanad, ikhtilaf berlaku disebabkan penentuan mursal atau mawsul, inqita’
dan ittisal. (101)
QARINAH MUKHALAFAH DENGAN AL-QURAN
55.Apabila wujud mukhalafah antara al-Quran dan hadis,
itu kemungkinan bahawa subut hadis ahad itu ada masalah. (105)
56.Tidak berlaku ta’arudh hakiki antara Quran dan hadis
kecuali kewujudan hukum nasakh dan sebagainya. (105)
57.Contoh hadis ahad bercanggah dengan al-Quran:
a.
Hadis riwayat al-nasaie : Fatimah binti Qais telah dicerai oleh
suaminya. Dia nak keluar dari rumah. Dia jumpa Nabi. Nabi bagitahu : pindahlah
ke rumah sepupu kamu, Amru bin Umm Maktum.
-
Saidina dengar kisah tu, beliau cakap: jika Berjaya datangkan dua orang
saksi bahawa mereka dengar dari Nabi, baru aku ikut. Jika tidak, aku tidak akan
terima perkara yang bercanggah dengan al-Quran hanya kerana perkataan seorang
perempuan. Kata Allah dalam Surah Talak, ayat 1 : Perempuan itu jangan keluar
dari rumah mereka. (105)
MENYALAHI
HADIS AHAD DENGAN SUNNAH YANG MA’RUF.
58.Ini adalah perkara besar dalam ilmu ini. Tidak ada
kemampuan keciali para huffaz hadis.
HUKUM HADIS
BERDASARKAN TARJIH DALAM IJTIHAD
59.Kayu ukur ulama hadis dalam melihat riwayat dan perawi,
semua itu terbina atas ijtihad. (110)
60.Al-Hakim ada menyebut berkenaan hadis sahih yang ulama
khilaf:
a.
Hadis mursal. Dianggap sahih oleh Malik, Abi Daifah, Ibrahim al-Nakhaie,
Hammad bin Abi Sulaiman, Abu Yusuf, Muhammad bin al-hasan dan beberapa para
imam kufah.
b.
Riwayat mudallis apabila mereka tidak menyebut Namanya dalam riwayat
(tidak faham) (111)
c.
Terima riwayat syaz, asalkan sahih sanad.
d.
Hadis yang semua ok kecuali dari sudut hafazannya sahaja tidak
diketahui. Al-hakim kata, ramai ulama hadis dan fiqh terima ini KECUALI ABU
HANIFAH DAN MALIK. (112)
e.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan status adil dan dhobit rawi.
f.
Ulama berbeza pendapat dalam hal riwayat kanak-kanak.
g.
Ulama berbeza pendapat pendefinisian terhadap perawi fasiq.
h.
Ulama berbeza pendapat terhadap perawi dusta yang sudah bertaubat.
i.
Ulama berbeza pendepat dalam hal perawi ahli bid’ah.
j.
Dll. (112)
61.Imam al-Tarmizi pernah kata, para imam boleh ikhtilaf
dalam menentukan status doif pada seseorang perawi.
-
Ibn al-Himmam al-hanafi pun kata : ada syaratnya sama, tetapi aplikasi
syarat pula berbeza.
-
IBN HAJAR : ikhtilaf berlaku sebab penentuan itu berasaskan kepada
ghalabah al-Zann (113)
-
IBNUL SOLAH : apabila nak aplikasi syarat pada rawi, di situ pelbagai
penafsiran berlaku (114)
62.Ulama fiqh kadangkala mempunyai syarat-syarat
tersendiri dalam menentukan penerimaan sesuatu hadis yang ia berbeza dengan
syarat-syarat ulama hadis.
-
Contohnya, HANAFIYYAH kata, hadis
mursal dari perawi siqah diterima sepertimana hadis musnad. (114)
-
MALIKIYYAH : menolak hadis yang bercanggah dengan amal ahli Madinah.
(114)
63.Ijtihad seseorang ulama, kadangkala berbeza dengan
dahulu. Itu perkara biasa.
-
Umar kata : Kembali kepada kebenaran, lebih baik berbanding kekal atas
kebatilan.
-
Abu Hanifah kata kepada Abu Yusuf : jangan kamu tulis setiap apa yang
kamu dengar dari aku. Ada perkara yang aku berpendapat pada hari ini dan aku
tinggalkannya esok. Aku berpendapat esok, aku tinggalkan lusa.
-
IMAM SYAFEI : setiap isu yang ia sahih dari hadis di sisi ahli hadis
yang menyalahi denghan apa aku perkatakan, aku akan rujuk Kembali semasa
hidupku dan selepas matiku. (116)
64.Albani kata, dia putuskan hukum pada hadis bukan sebab
taqlid, tetapi ikut kaedah dan manhaj yang diletakkan oleh Ulama hadis. (117)
MANHAJ ALBANI
65.Hadis doif berlaku;
a.
Gugur pada sanad
b.
Tohmah pada rawi.
c.
Syaz dan illat. (124)
66.Gugur pada sanad:
a.
Zahir
i.
Muallaq
ii.
Mursal
iii.
Mungqati’
iv.
Mu’dhal.
b.
Batin.’
i.
Tadlis
ii.
Irsal khafiy. (124)
67.Tohmah pada rawi:
a.
Adalah
i.
Pendustaan
ii.
Tohmah.
iii.
Bid’ah
iv.
Jahalah
v.
Fasiq.
b.
Dhobit
i.
Buruk hafalan
ii.
Lalai
iii.
Waham.
iv.
Menyalahi ramai siqah.
v.
Kesalahan berat. (124)
68.Tohmah pada riwayat:
a.
Syaz
b.
Illat. (125)
69.Nak tahu hadis sahih, kena ada dua unsur:
a.
Isbat
i.
Sanad bersambung
ii.
Rawi yang adil
iii.
Rawi yang dhobit.
b.
Nafi
i.
Tidak syaz
ii.
Tidak illat. (125)
70.Albani kata : mudallis tidak diterima kecuali
diberitahu secara sareh bahawa dia dengar. Ini pendapat jumhur.
-
Pendapat Ibn Hazm – Mudallis tidak boleh diterima langsung. (127)
71.Albani kata, syaz berlaku pada sanad dan matan. (130)
72.Tafarrud ini ada dua:
a.
Illat yang tercela – dalam sanad hadis itu ada perawi yang tidak siqah
dan tidak tidak dhobit.
b.
Illat tidak tercela – dalam sanad hadis itu ada perawi yang siqah dan
dhobit.
*contoh hadis
tafarrud yang ada perawi siqah adalah hadis niat. (131)
73.Antara cara untuk nak tahu tahap dhobit seseorang
perawi adalah manhaj kritik matan hadis. Apabila seseorang perawi siqah itu
meriwayatkan sesuatu hadis yang didapati bercanggah dengan hadis yang sekian
ramai siqah, itu tandanya perawi siqah terbabit ada masalah dhobit. (133)
74.Contoh hadis bukhari yang albani kata doif. (136)
75.Albani tolak riwayat Imam Abu Hanifah dengan alasan
imam Abu Hanifah tidak dhobit.
-
Albani senaraikan 14 imam yang pertikaikan dhobit Abu Hanifah (140)
76.Imam Muslim ada sebut berkenaan beberapa orang ulama
yang selalu membawakan riwayat palsu, tetapi mereka bukan sengaja. (141)
P : ada
imam-imam besar seperti Abu Hanifah, dengan manhajnya yang berbeza dengan
manhaj ulama hadis menjadikan beliau dianggap sebagai tidak siqah. Seperti
Albani kemukakan 14 imam hadis termasuk bukhari dan Muslim yang menolak Abu
Hanifah. Pun begitu,
terdapat juga ulama fiqh yang terima seperti al-Imam al-Syafie pernah memuji
al-Imam Abu hanifah. |
77.Komen Albani berkenaan Abdullah bin Lahi-‘ah:
a.
Dia buruk hafalan kecuali pada ubadalah.
b.
Dia tidak sengaja melakukan kesilapan. Ia berfaktor buruk hafalan.
c.
Hadis dia tidak diterima kecuali ada mutaba-ah dan syawahid. (144)
78.Ibn Kathir pernah waham. Hadis riwayat Ibn kathir yang
waham, dikritik oleh albani. (146)
79.Contoh hadis dianggap palsu kerana matan. Iaitu, hadis
riwayat Ahmad bahawa nabi saw kata: orang fakir masuk syurga lebih awal
berbanding para nabi selama 40 tahun.
-
Albani kata, ia palsu dari sudut sanad dan matan.
-
Kata albani, dalam riwayat tarmizi, tidak disebut kata الأنبياء, tetapi guna kata الأغنياء. (156)
**P:
Pendekatan kritik matan hadis ada dua pendekatan: a.
Kritik matan hadis dilakukan setelah didapati sanad
sudah cacat. Ini adalah pendekatan sebilangan besar ulama hadis seperti
al-Syafie dan albani. b.
Kritik matan hadis dilakukan walaupun didapati sanad
sahih sekalipun. Justeru, sanad yang sahih tidak menjadikan sesuatu hadis itu
sahih jika matan hadis terdapat kecacatan. Ini adalah pendekatan sebilangan
ulama seperti al-Hanafi, al-Maliki dan sebagainya. |
KRITIK MATAN
HADIS DI SISI ALBANI
80.Hadis terbuka kepada kritikan jika:
a.
Tafarrud
b.
Mukhalafah. (159)
81.Albani hanya tolak 5 hadis sahaja disebabkan matan
berbanding 7 rabu hadis yang dia teliti. (160)
82.Antara hadis yang
ditolak oleh albani disebabkan matan adalah:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، - وَاللَّفْظُ لِلْحَسَنِ -
قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ،
عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا وَقَعَتِ الْفَأْرَةُ فِي السَّمْنِ فَإِنْ كَانَ جَامِدًا فَأَلْقُوهَا، وَمَا
حَوْلَهَا، وَإِنْ كَانَ مَائِعًا فَلَا تَقْرَبُوهُ» - ابو داود, 3842, بَابٌ فِي الْفَأْرَةِ تَقَعُ فِي
السَّمْنِ
-
Kata
albani : sanadnya nampak sahih, tetapi tidak begitu. Hal ini disebabkan oleh
perawi bernama Ma’mar itu; walaupun dia siqah, tetapi sanadnya menyalahi dengan
matannya.
-
Kata Albani, dalam sekian banyak riwayat hadis berkaitan, hanya riwayat
Ma’mar sahaja ada tambahan: كَانَ جَامِدًا فَأَلْقُوهَا
(163)
-
P| ini dah macam tajuk الزيادة علي الثقة
83.Antara contoh lain, Albani tolak kerana melihat pada
matan:
«الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ وَلَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقٌّ عَظِيمٌ وَلَكُمْ مِثْلُ ذَلِكَ فَأَطِيعُوهُمْ مَا عَمِلُوا
بِثَلَاثٍ إِذَا حَكَمُوا عَدَلُوا، وَإِذَا اسْتُرْحِمُوا رَحِمُوا، وَإِذَا عَاهَدُوا
أَوْفُوا وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ مِنْهُمْ فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ
وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ»[4]
-
Albani anggap, hadis ini munkar kerana ada idhtirab pada sanad dan
matan, serta ada jahalah. (172)
-
Dalam banyak matan, tidak ada kata عظيم
dan فأطيعوهم
*** Dalam manhaj ahli Hadis, bukan tidak
ada melihat hadis dari sudut matan. Tetapi, melihat itu dalam kerangka untuk
mengetahui mudraj dan sebagainya. |
84.Contoh-contoh hadis maqlub:
-
Hadis yang menyebut bahawa Nabi saw bertasbih dengan menggunakan anak
batu.
-
Hadis ini maqlub dari hadis sahih bahawa Abdullah bin Amru berkata: aku
lihat nabi saw membilang tasbih dengan tangan kanannya” (Abu Daud).
-
Dalam Abu Daud, Nabi saw menyuruh perempuan menghitung dengan
jari-jarinya”. (185)
HADIS MUNGKAR
85.Ta’rif:
a.
MUSLIM: hadis yang diriwayatkan bercanggah dengan riwayat orang yang
lebih hafaz dan redha. Bercanggah itu sehingga tidak dapat diseragamkan.
b.
BARDIJI: hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi, tidak diketahui
matan hadis itu kecuiali dari dia sahaja; tidak dketahui wajah kecuali dari
wajahnya sahaja.
c.
ABU HATIM AL-RAZI: dibandingkan hadis sahih dengan adalah perawi.
Kalahnya itu patut dengan kalam nabi, diketahui cacatnya itu dengan tafarrudnya
dalam pada dia tidak sahih dari sudut keadilan dalam periwayatannya. (195-196)
d.
ALBANI: matan hadis oleh seorang perawi doif bercanggah dengan riwayat
sekian ramai rawi yang siqah. (196)
86.Hadis syaz:
-
Definisi Albani sama dengan al-syafie: iaitu, hadis yang diriwayatkan
oleh siqah, tetapi bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan siqah
yang ramai, ataupun bercanggah dengan perawi yang lebih siqah.
-
Definisi ini berbeza bagi definisi Hakim al-Naisaburi: syaz adalah hadis
yang diriwayatkan oleh siqah secara tafarrud tanpa ada mutaba-ah dan syawahid.
(204)
87.SAYUTI: hadis palsu berlaku pada dua bentuk:
a.
Disengajakan.
b.
Tersalah tanpa disengajakan, seperti ikhtilat dan idhtirab. (212)
88.Contoh hadis palsu yang tidak disengajakan:
“Barangsiapa yang banyak solat malam, wajahnya akan berseri pada waktu siang”
-
Ini bukan hadis Nabi, tetapi perkataan Syarik bin Abdillah al-Nakgaie yang
siqah.
-
Dia kata macam tu ketika melihat Sabit bin Musa al-Zahid.
-
Ramai anggap, itu adalah perkataan Nabi, walhal itu perkataan dia. (212)
– (228)
89.Hadis: “apabila hina arab, maka hina Islam”.
-
Ada dalam kitab Akhbar Asbahan, riwayat Abu Nu’aim.
-
Hadis ini palsu.
-
Albani kritik dari sudut matan: islam tidak mulia dengan sebab dikaitkan
dengan arab. Buktinya berlaku di era osmaniyyah. (218)
90.Hadis: barangsiapa angkat dua tangan ketika sedang
solat, maka tiada solat lagi baginya.
-
Hadis ini ada dalam kitab TAZKIRAH AL-MAUDU’AT.
-
Hadis ini adalah palsu, direka oleh Ma’mun bin Ahmad al-Harawi.
-
Albani: dia palsukan hadis ini kerana nak menegakkan mazhabnya, iaitu
mazhab Hanafi. (218)
91.Hadis: barangsiapa yang membaca dibelakang imam,
mulutnya dipenuhi dengan api neraka”
-
Hadis ini ada dalam Tazkirah al-Mawdu’at.
-
Juga dipalsukan oleh Ma’mun bin Ahmad al-harawi.
-
Dia buat begitu, kerana nak tegakkan pendapat mazhab dia, iaitu mazhab
Hanafi. (219)
92.Hadis: akan ada seorang lelaki dari kalangan umat aku
yang disebut Muhammad bin Idris bahwa dia lebih memudharatkan berbanding
iblis. Akan ada seorang lelaki dari
kalangan umat aku disebut sebagai Abu hanifah, bahawa dia pelita bagi umat aku”
-
Ada dalam kitab al-Mawdu’at.
-
Dipalsukan oleh Ma’mun atau al-Juwaibari. (220)
MANHAJ ALBANI:
HADIS AHAD BERCANGGAH DENGAN USUL
PERTAMA:
BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN
93.Contoh: hadis: “dunia adalah haram terhadap ahli
akhirat. Akhirat pula haram terhadap ahli Dunia. Dunia dan akhirat haram
terhadap ahli Allah”
-
ALBANI: hadis palsu sebab bercanggah dengan al-Quran (Surah al-Baqarah,
28|Allah ciptakan semua yang di dunia ini untuk kamu semuanya/Surah al-‘Araf,
ayat 30 | Allah berikan perhiasan dunia kepada manusia).
-
Bagaimana Rasulullah saw haramkan orang mukmin perkara yang Allah
halalkan. (231)
-
Albani kata, ini pemalsuan hadis yang dilakukan oleh ahli sufi. (232)
94.Hadis: Sahabat aku seperti bintang. Mana-mana dalam
kalangan mereka yang kamu ambil dengan perkataannya, maka kamu dapat hidayah.
-
Ibn Hazm kata, ia bercanggah dengan al-Quran. “Jika kamu dapati ia bukan
dari sisi Allah, sudah pasti kamu akan dapati banyak bercangga”.
-
Ibn Hazm: sahabat pernah bercanggah sesame mereka.
-
Hujah lain: Nabi saw bercakap dengan wahyu, bukan hawa nafsu. Sahabat
boleh sahaja mengikut kehendak hawa nafsu. (232-233)
KEDUA: HADIS
AHAD BERCANGGAH DENGAN HADIS SAHIH
KETIGA: HADIS
AHAD BERCANGGAH DENGAN USUL SYARIAH
95.Maksud Usul: bercanggah dengan perinsip dan perkara
muhkam dalam syariah dan makna-makna yang umum yang difahami dari syariah.
(240)
96.Contoh hadis: anak itu berdasarkan pengaruh bapanya.
-
Hadis ini palsu.
-
Albani: ayah Nabi Ibrahim kufur. Anak Nabi Noh kufur. (240)
97.Contoh hadis: “Allah tidak azab orang yang muka
cantik”
-
Hadis ini palsu.
-
Albani: bercanggah dengan konsep masuk syurga tidak ada kaitan dengan
rupa paras.
-
Al-Quran kata: “Barangsiapa yang beramal dengan kebaikan sebesar
zarrah”.
-
Hadis Nabi saw: “Allah tidak lihat pada jasad dan rupa kamu”. (241)
98.Hadis: anak zina dihimpunkan pada hari kiamat nanti
dengan rupa beruk dan babi”
-
Albani : palsu sebab bercanggah dengan dasar agama. Iaitu firman Allah:
seseorang itu tidak tanggung dosa orang lain. (241)
KEEMPAT: HADIS
AHAD BERCANGGAH DENGAN IJMAK (241)
ALBANI LIHAT
HADIS DARI SUDUT SANAD
99.Hadis: “barangsiapa mendapat anak seramai tiga orang
tanpa dia memberi nama Muhammad kepada salah seorang dari kalangan mereka, maka
dia jahil.
-
ALBANI: palsu kerana ramai dari kalangan salaf yang punyai anak tiga
orang, mereka tidak bubuh nama Muhammad. (246)
ALBANI ANGGAP
MATAN HADIS ITU DOIF KERANA MENYALAHI KEBIASAAN MANUSIA
100.
Hadis: kebumikan orang mati di tengah-orang orang soleh. Mayat itu
tersakiti dengan keburukan jirannya sepertimana orang hidup tersakiti dengan
jirannya”
-
ALBANI: sulaiman al-Sukhri adalah kazzab.
-
Illat terselamat azab adalah kerana berjiran dengan orang soleh. Ini
ghaib. Ta’lil tidak boleh dengan ghaib. (254)
101.
Hadis: “sekurang-kurang haid adalah tiga hari. Yang paling lama adalah
10 hari”
-
Palsu sebab ada perawi nama AL-‘ALA BIN KATHIR (muttaham bi al-Kizb)
-
IBN TAIMIYYAH: dia batil.
-
SYAUKANI: hadis berkenaan kadar masa haid adalah palsu atau doif. (256)
PERKATAAN
TIDAK SELARAS DENGAN PERKATAAN NABI
102.
“Kalau Daud dan seluruh manusia di bumi menangis, pasti tidak dapat
menandingi tangisan Nabi Adam”.
-
Hadis ini ada dalam al-hilyah, karya Abu Nuaim, Ibn ‘Asakir dari jalur
al-Tibrani. Daripada Abu Burdah yang diriwayatkan secara marfu’.
-
Hadis ini palsu.
-
Albani: tidak menyamai dengan kalam kenabian dari sudut melambangkan
mubalaghah. (275)
PERKATAAN
FUQAHA’ DIKATAKAN HADIS NABI
103.
“kalau Juraij itu faqih dan alim, sudah pasti dia tahu menyahut seruan
ibu lebih afdhal berbanding beribadat kepada tuhannya”
-
Ada dalam kitab TARIKH BAGHDAD.
-
Albani kata doif – seakan-akan palsu kerana menyerupai perkataan
fuqaha’. (280)
[1] Ahmad, hadis no : 5546
[2] Hlm 369
الكتاب: الرسالة
المؤلف: الشافعي أبو عبد الله محمد بن إدريس بن
العباس بن عثمان بن شافع بن عبد المطلب بن عبد مناف المطلبي القرشي المكي
(المتوفى: 204هـ)
المحقق: أحمد شاكر
الناشر: مكتبه الحلبي، مصر
الطبعة: الأولى، 1358هـ/1940م
[3]
Abu Daud, بَابٌ فِيمَا تُبْدِي الْمَرْأَةُ مِنْ زِينَتِهَا, hadis
no : 4104
[4] 201
الكتاب: السنن الواردة في الفتن وغوائلها والساعة
وأشراطها
المؤلف: عثمان بن سعيد بن عثمان بن عمر أبو عمرو
الداني (المتوفى: 444هـ)
المحقق: د. رضاء الله بن محمد إدريس المباركفوري
الناشر: دار العاصمة - الرياض
الطبعة: الأولى، 1416
No comments:
Post a Comment